Sains bukanlah kerja makmal semata. Setiap produk sains juga asalnya bermula dari pergolakan fikiran. Atau lebih tepatnya, permainan falsafah sains.
Fizik juga bersifat demikian. Membicarakan soal fizik, secara kebelakaannya tidak seharusnya terlepas dari gelojak kefalsafahan yang bermain di dalamnya. Hal ini dapat disoroti akrab menerusi fizik moden, yang mana merangkumi fizik kenisbian dan fizik kuantum. Kedua-dua displin ini ternyata memang sarat falsafahnya.
Sehubungan dengan itu, ASASI kali berikutnya membawakan Seminar Pemikiran Fizik Semasa bagi mengupas persoalan-persoalan mutakhir ini. Menerusi latar pembentang serta tema yang dikemukakan, seminar seumpama ini barangkali adalah yang pertama di Malaysia. Butiran seminar menarik ini adalah seperti berikut:
Seminar Pemikiran Fizik Semasa
Tarikh: 18 April 2009 (Sabtu)
Masa: 8:30 pagi – 5:00 petang
Tempat: Bilek Mesyuarat FST, Dewan Anuwar Mahmud, Fakulti Sains & Teknologi, UKM
Pembentang:
Prof. Dr. Hishamuddin Zainuddin (UPM)
Teorem Kochen-Specker: Implikasi, Variasi dan Penyelesaian
Prof. Dr. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah (UM)
Nama, Subset, Logik, Kesegerakan dan Neurologi – Sains Seperti Yang Kita Difahamkan
Prof. Dr. Shahidan Radiman (UKM)
Hubungan Antara Kosmologi Moden dengan Teori Nombor
Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir (UKM)
Fizik dan Topos
Prof. Madya Dr. Zainal Abdul Aziz (UTM)
Kamiran Feynman dan Sistem Terkamir Lengkap: Suatu Kerangka Kerja Baru Matematik Fizik
Untuk mendaftar, sila isi borang penyertaan di bawah:
« Kritikan Kedua Terhadap Mahathir Dalam Isu PPSMI | Sangkalan Terhadap PAGE »
3 Komen
Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.
25 Mar 2009
[…] ini mungkin tak lerai di sini. Nanti, ASASI, atau Akademi Sains Islam Malaysia akan menganjurkan Seminar Pemikiran Fizik Semasa. Menarik jika dapat hadhir. Di sana terdapat ramai ahli fizik teori yang berhimpun. Maka, sudah […]
27 Mar 2009
Alhamdulillah, di atas usaha membicarakan hubungkait fizik dan falsafah yang ibarat lagu dan irama itu. Terasa rugi tidak dapat menghadiri kerana mencari ilmu di luar negara ketika itu. Mudah-mudahan diberi rangsangan oleh Allah untuk terus menerokai rahsia-rahsia alam ciptaan Yang Maha Esa.
27 Mar 2009
[…] Untuk mendaftar, sila ke sini: http://www.asasi.org.my/archives/742 […]