Perbahasan sains dan teknologi dalam tamadun Islam, di satu sisi, memang boleh menarik perhatian, terutamanya kepada mereka yang berminat untuk meneroka pengetahuan baru. Meskipun dewasa ini, pengetahuan yang terdapat di Barat cukup maju, namun sebahagian daripada asas-asas pengetahuan mereka sebenarnya merupakan pengaruh dari sumbangan yang terdapat dalam Tamadun Islam. Setakat ini, fakta iniĀ tidak pernah dinafikan secara sistematik. Namun, kefahaman kita terhadap fakta ini lazimnya bersifat selapis, atau sebaris sahaja. Kita tidak mengetahui dengan lebih mendalam, sejauh mana sumbangan yang telah Tamadun Islam berikan kepada Barat. Sehubungan dengan itu, ASASI dengan tangan terbuka mengundang hadhirin untuk turut sama dalam meneroka kefahaman ini di samping memeriahkan seminar sehari ini. Butiran seminar percuma ini adalah seperti berikut:
Seminar Sains & Teknologi dalam Tamadun Islam
Tarikh: 21 Februari 2009 (Sabtu)
Tempat: HSC LT 1 (dekat Bank Islam IIUM), UIAM, Gombak
Anjuran: Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)
Penyertaan: Hanya 40 hadhirin (penyertaan percuma)
Aturcara:
8:30-9:00 pagi: Pendaftaran
9:00-9:15 pagi: Perasmian
Prof Ir Dr Hj Wan Ramli Wan Daud (Presiden ASASI)
9:15-10:15 pagi:
Kertas I: Prof Madya Dr. Adi Setia Md. Dom
Teknologi Lestari: Iktibar daripada Tamadun Islam
10:15-10:30 pagi: Jamuan Ringan
10:30-11:30 pagi:
Kertas II: Prof. Dr. Hairuddin Harun
Faham Sains dan Teknologi dalam Tamadun Islam: Antara Histriografi dan al-Kahfi
11:30-12:30 pagi:
Kertas III: Dr. Farid Shahran
Asas-Asas Rasional dan Saintifik dalam Teologi Islam
12:30-2:00 petang: Makan Tengahari
2:00-3:00 petang:
Kertas IV: Dr. Syamsudin Arif
Pemikiran Sains Ibn Sina
3:00-4:00 petang:
Kertas V: Ustadh Fadzlullah Shuib
Pemikiran Sains dan Teknologi Menurut Persektif Jamaluddin al-Afghani
4:00-5:00 petang:
Kertas VI: Prof. Dr. Azizan Baharuddin
Sains Kemapanan Dalam Islam
5:00 petang : Jamuan dan Bersurai
Pendaftaran Penyertaan (percuma untuk 40 peserta pertama):
« Seminar Mesej Umdat Al-Muhtajin Shaykh Abdul Rauf Ali Al-Fansuri Al-Singkili | Adi Setia: Sains Islam Membangun Harga Diri Muslim »
4 Komen
Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.
10 Jan 2009
[…] Pendaftaran Penyertaan (percuma untuk 40 peserta pertama) –> http://www.asasi.org.my/archives/674 […]
20 Feb 2009
It would be very polite or nice to have recieved an acknowledgment upon submitting the forms for the one day seminar.
20 Feb 2009
Good job for good thinker for good Creater
20 Feb 2009
Good job for good thinker for good Creater..hmmmmm