{"id":912,"date":"2009-07-04T19:49:09","date_gmt":"2009-07-04T11:49:09","guid":{"rendered":"http:\/\/www.asasi.my\/?p=912"},"modified":"2009-07-04T19:49:09","modified_gmt":"2009-07-04T11:49:09","slug":"kesalingkaitan-antara-agama-dengan-sains-ke-arah-meletakkan-semula-sains-teknologi-di-bawah-pengarahan-shari%e2%80%98ah-islamiyyah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=912","title":{"rendered":"Kesalingkaitan antara Agama dengan Sains: Ke Arah Meletakkan Semula Sains &#038; Teknologi di bawah Pengarahan Shari\u2018ah Islamiyyah"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: left;\"><strong><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">oleh: Dr. Adi  Setia<sup>2<\/sup><\/span> <\/strong><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">1. Pengenalan:  Hubungkait antara \u2018<\/span><em><span style=\"text-decoration: underline;\">Ulum Naqliyyah<\/span><\/em><span style=\"text-decoration: underline;\"> dengan <\/span> <em><span style=\"text-decoration: underline;\">\u2018Ulum \u2018Aqliyyah<\/span><\/em><\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Imam al-Ghazali  membahagikan ilmu kepada ilmu naqliyyah dan ilmu \u2018aqliyyah, di mana  ilmu \u2018aqliyyah dilihat sebagai berkhidmat kepada ilmu naqliyyah.<sup>3<\/sup> Maka dari hakikat itu, kita boleh faham bahawa, dalam konteks semasa  ini, sains dalam Islam ialah sains yang berkhidmat kepada Islam. Ini  turut bermakna bahawa sains dan teknologi semasa tertakluk di bawah  sistem nilai, sistem ilmu dan sistem hukum Islam, lalu semestinya dihakimi  oleh Shari\u2018ah Islamiyyah. Maka kita tak boleh membiarkan berlarutan  suasana seperti sekarang di mana sains dan teknologi bebas bermaharalela  tanpa terbatas dan terpandu oleh hukum-hakam agama, apatah lagi bila  sudah jelas bagi kita semua bahawa terlalu banyak aspeks sains dan teknologi  semasa banyak membawa bencana bukan manfaat kepada alam dan insan. Pendek  kata, sains dan teknologi moden, termasuk segala kegiatan yang berkaitan  dengannya, sememangnya tertakluk kepada sistem nilai Islam yang terangkum  dalam <em>al-Maqasid al-Shar\u2018iyyah<\/em> (<em>din, hayah,  \u2018aql, nasl, mal, ird<\/em>) dan tidak terlepas daripada salah satu daripada  hukum fiqh yang lima itu: <em>wajib, mandub, ja\u2019iz, makruh <\/em> dan<em> haram<\/em>.<sup>4<\/sup> Tetapi siapakah yang akan menghakimi  ilmu sains semasa menurut hukum-hakam agama kalau bukan ahli agama itu  sendiri, yang tahu-menahu mengenai hukum-hakam agama dan juga tahu-menahu  akan ilmu-ilmu sains, khasnya <em>al-\u2018ulum al-tabi\u2018iyyah<\/em>,<sup>5<\/sup> <em> \u2018ulum al-\u2018umran<\/em><sup>6<\/sup> dan <em>al-\u2018ulum al-\u2018aqliyyah<\/em>?<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Imam  al-Ghazali menghakimi ilmu-ilmu \u2018aqliyyah Yunani purba setelah mula-mula  (i) menguasainya seratus-peratus lalu mengarang <em>Maqasid al-Falasifah<\/em>,  kemudian (ii) menghukumnya dengan mengarang <em>Tahafut al-Falasifah<\/em> lalu menyatakan apa yang benar dan apa yang palsu, serta apa yang boleh  diterima Shara\u2018 dan apa yang tertolak. Usaha-usaha beliau diteruskan  oleh Imam-Imam besar kita yang lain selepas beliau seperti Fakhr al-Din  al-Razi,<sup>7<\/sup> al-Amidi, al-Baydawi,<sup>8<\/sup> al-Nasafi,<sup>9<\/sup> al-Taftazani, al-Iji,  al-Jurjani, al-Jami\u2018, al-Raniri,<sup>10<\/sup> al-Nursi,<sup>11<\/sup> al-Thanvi.<sup>12<\/sup> <\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Pada  zaman kita ini, usaha penapisan sedemikian diteruskan oleh Nuh Ha Mim  Keller, Seyyed Hossein Nasr,<sup>13<\/sup> Syed Muhammad Naquib al-Attas,<sup>14<\/sup> Harun Yahya,<sup>15<\/sup> Wan Mohd Nor Wan Daud,<sup>16<\/sup> Osman  Bakar, Shaharir Mohamad Zain, Alinor, Muzaffar Iqbal, Adi Setia, Farid  Shahran, Syamsuddin Arif, Zaidi Ismail serta jaringan cendekiawan kita  dalam INSISTS, HAKIM, Ta\u2019dib International, WIA, Andalus Institute,  INSPEM, ISRU, Mu\u2018amalah Council, IIIT, CIS, MAAS, ATMA, AKK dan ASASI  (dan kini mungkin juga termasuk ILIM!), dan juga melibatkan beberapa  tokoh lain lagi lalu melahirkan gerakan ilmiah antarabangsa yang dikenali  umum sebagai Pengislaman Ilmu dan Pengislaman Sains,<sup>17<\/sup> yang  turut merangkumi Pengislaman Sains Tabii, Sains Sosial dan Sains Matematik,  meskipun kita perlu akui bahawa kemampuan ilmiah mereka yang tersebut  itu mencerminkan latar pendidikan dan latihan mereka lalu menghasilkan  hasil kerja yang berlain-lainan tahap mutu dan keberkesannya.<sup>18<\/sup><\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Seperkara  lagi, terlalu banyak tuntutan agama yang tak mungkin ditunaikan dengan  sempurna dan baik kalau ilmu-ilmu sains dan matematik tertentu tak dikuasai  atau dicipta terlebih dahulu. Tuntutan sembahyang dengan segala syarat-syaratnya  seperti menghadap qiblat dan menentukan masa masuk waktu sembahyang  (<em>\u2018ilm al-tawqit<\/em>) telah mencetuskan perkembangaan ilmu-ilmu  geometri dan trigonometri (<em>handasah<\/em>), ilmu taqwim dan astronomi  (<em>\u2018ilm al-hay\u2019ah<\/em>). Tuntutan pembahagian harta pusaka menurut  hukum <em>fara\u2019id<\/em> mencetuskan penciptaan dan perkembangan ilmu  aljabar (<em>\u2018ilm al-jabr wa al-muqabalah<\/em>).<sup>19<\/sup> Tuntutan  mengerjakan haji, jihad, menuntut ilmu (<em>al-rihlah fi talab al-\u2018ilm<\/em>),  memakmurkan bumi (<em>\u2018imarat al-ard<\/em>) dan perdagangan (<em>al-intishar  fi al-ard ibtigha\u2019an li fadl Allah<\/em>) mencetuskan perkembangan ilmu  alam, ilmu pertanian, ilmu pemetaan dan ilmu pelayaran.<sup>20<\/sup> Tuntutan mengambil i\u2018tibar daripada sejarah telah mencetuskan perkembangan  ilmu sirah, ilmu tarikh, malah penciptaan ilmu baru, iaitu <em>\u2018ilm  al-\u2018umran<\/em> atau ilmu peradaban oleh Ibn Khaldun.<sup>21<\/sup> Tuntutan  menjaga kesihatan dan pemakanan mencetuskan perkembangan ilmu pertanian  (<em>\u2018ilm al-filahah<\/em>) dan ilmu perubatan (<em>ilm al-tibb<\/em>),  termasuk ilmu-ilmu cabang yang berkaitan. Tuntutan mempertahankan serta  menghuraikan lagi \u2018aqidah Islamiyyah telah mencetuskan perkembangan  ilmu <em>kalam jadid<\/em> oleh Imam al-Ghazali dan Imam Fakhr al-Din al-Razi,<sup>22<\/sup> serta dikembangkan lagi oleh ahli ilmu kalam yang datang kemudian seperti  al-Amidi, al-Baydawi, al-Nasafi, al-Iji, al-Jurjani dan al-Taftazani.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Pendek  kata, tuntutan umum dalam al-Qur\u2019an supaya umat Islam \u201c<em>yatafakkaruna  fi khalq al-sama\u2019i wa al-ard<\/em>,\u201d telah menggalakkan para \u2018ulama\u2019  Islam dahulu kala, termasuk \u2018ulama Melayu-Islam kita, menguasai kedua-dua  ilmu naqli dan ilmu \u2018aqli dengan agak mendalam dan menyeluruh. Pergabungan  terpadu antara naqliyyat dan \u2018aqliyyat turut diusahakan oleh para  ulama Melayu-Islam kita, seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri,  Abdul al-Samad al-Falembangi, Daud al-Fatani, Nawawi al-Bateni, \u2018Abdul  Latif al-Minangkabawi,  Shaykh Yasin al-Fadani, seperti yang jelas didedahkan  oleh hasil penyelidikan Syed Muhammad Naqib al-Attas, al-Marhum Ustaz  Wan Muhamad Saghir Wan Abdullah<sup>23<\/sup> dan juga Ustaz Zaidi Abdullah. <\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Maka  apabila kita meneliti riwayat hidup da hasil karya ulama Islam dari  zaman Imam al-Ghazali sampai kepada zaman awal abad keduapuluh ini,<sup>24<\/sup> kita dapati ramai yang menggabungkan antara ilmu naqli dan ilmu \u2018aqli  dengan sedemikian cara sehingga ilmu naqli menjadi pemandu kepada ilmu  \u2018aqli, dan ilmu \u2018aqli pula berkhidmat kepada ilmu naqli, maka dengan  yang demikian segala perkembangan <em>\u2018ulum  \u2018aqliyyat<\/em> senantiasa sepanjang masa berada di dalam kerangka sistem  nilai keilmuan dan keadaban Islam lalu diarahkan kepada memenuhi tuntutan <em> al-Maqasid al-Shar\u2018iyyah <\/em>dan<em> al-Masalih al-\u2018Ammah<\/em>. Hal  demikian tidak menghairankan kerana mereka yang terlibat dalam pentadbiran  negara atau kerajaan, atau memegang jawatan awam, atau yang bergiat  dalam bidang kajian dan kerjaya sains dan teknologi juga adalah terdiri  dari golongan ulama yang memiliki kelayakan yang tinggi dalam bidang  naqliyyat dan \u2018aqliyyat sekaligus. Contohnya seperti Ibn Khaldun ulama  besar yang juga pernah bertugas sebagai menteri besar dan penasihat  sultan serta pernah juga berkhidmat sebagai duta bagi kerajaan Mamluk  untuk berunding dengan Timur yang ganas itu. Begitu juga Ibn Rushd faqih,  tabib dan qadi besar pengarang <em>Bidayat al-Mujtahid<\/em> dan juga ahli  falsafah, ahli falak pengarang <em>Mukhtasar al-Majisti<\/em> dan juga  terkenal sebagai ahli perubatan. Dan seperti juga al-Maqrizi, ulama  besar lagi ahli sejarah tambah pula ahli ekonomi dan pakar ilmu kewangan  Islam pengarang <em>al-Nuqud al-Islamiyyah<\/em> yang membantu kerajaan  Mesir Mamluk masa itu mengatasi krisis ekonomi dan krisis kewangan yang  melanda negara masa itu. Contoh lagi ialah semasa kerajaan \u2018Uthmaniyyah  di mana hanya orang yang sudah melalui pendidikan agama yang melalui  sistem madrasah dibenarkan memasuki sekolah-sekolah perubatan untuk  berlatih sebagai ahli perubatan. Di kalangan ulama Melayu-Islam kita  pula ialah umpama Shaykh Ahmad al-Khatib al-Minangkabawi, imam Shafi\u2018iyyah  di Makkah yang turut mengarang dalam bidang ilmu hisab pada tahap yang  agak canggih,<sup>25<\/sup> dan juga Shaykh Yasin al-Fadani (meninggal  1990-an) yang memupuk tradisi penggabungan antara \u2018naqliyyat dan \u2018aqliyyat.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Tapi  pada zaman ini, khasnya sejak tahun limapuluhan akibat penjajahan barat,  semakin membesar jurang pemisahan antara ilmu naqli dengan ilmu \u2018aqli,  khususnya antara ilmu agama dengan ilmu sains, sehingga boleh dikatakan  hampir semua ilmuwan yang bergelar ulama tak menguasai ilmu sains, dan  hampir semua ahli sains tak menguasai ilmu agama (termasuk hampir semua  ahli ASASI), lalu lahir gejala di mana kedua-dua bidang ilmu ini menuruti  haluan masing-masing hatta ilmu sains terlepas sama sekali daripada  panduan dan tujuan keagamaan lalu tertumpu seratus peratus kepada tujuan  kebendaan sekular tajaan barat. Natijahnya, ilmu agama semakin terhimpit  lagi tersepit kepada persoalan ibadat peribadi semata-mata (seakan-akan  agama Kristian), sedangkan ilmu sains, termasuk ilmu sains sosial, menguasai  seratus-peratus persoalan awam dan persoalan fardu kifayah atau persoalan <em> al-masalih al-\u2018ammah<\/em> (termasuk hal-hal berkaitan teknologi, industri,  ekonomi dan dasar-dasar pendidikan dan kenegaraan). Akibatnya persoalan <em> al-masalih al-\u2018ammah\/al-mursalah<\/em><sup><em>26<\/em><\/sup> dikupas dan  ditangani bukan dalam kerangka kefahamanan keagamaan tetapi dalam kerangka  kefahaman kebendaan, khasnya, kerangka kefahaman sekular barat yang  menolak sama-sekali kebenaran serta penilaian keagamaan. Akibatnya boleh  dikatakan bahawa hampir semua kakitangan awam termasuk pegawai tinggi  kerajaan jahil agama dalam hal-hal yang bersangkut dengan <em>al-masalih  al-\u2018ammah<\/em> atau <em>al-masalih al-mursalah<\/em> dan kalaupun mereka  ada ilmu pun itu cuma pada tahap <em>akli<\/em> bukan <em>\u2018amali.<\/em><\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Kini  kita dapati gejala membimbangkan di mana para ulama tak mampu berkata  apa-apa tentang sains atau gagal menyuarakan pandangan bernas lagi terperinci  lagi kritis dalam bidang \u2018aqliyyat itu meskipun terdapat banyak perkara  dalam sains dan teknologi, termasuk sains sosial, yang bertentangan  dengan hukum agama ataupun yang boleh dipersoalkan dari segi nilai agama,  memandangkan kekurangan kemahiran mereka dalam menguasai bidang itu  serta mengikuti apa yang berlaku dalam bidang itu. Yang lebih malang  lagi, para ulama cuma diperalatkan untuk mengesahkan lalu mengiyakan  segala apa yang dilakukan oleh ahli sains tabii dan ahli sains sosial,  seperti yang berlaku semasa pameran sains dan teknologi Islam anjuran  MOSTI seketika dahulu, dengan slogan ahli sains sebagai \u201culul al-bab\u201d  tanpa mengupas langsung persoalan sama ada ahli sains masakini benar-benar  memiliki ciri-ciri \u201culul-albab\u201d yang termaktub dalam kitab suci  al-Qur\u2019an itu. Jadi ulama kita bagai juru sorak sahaja di tepi pentas,  di tepi padang atau di atas mimbar mengiyakan apa-apa dasar awam kerajaan  atau dasar awam sains dan teknologi tanpa kritis, malah sibuk memenuhi  agenda yang dicipta oleh pembuat dasar, termasuk menteri sains yang  jahil agama serta jahil pula akan falsafah dan sejarah sains Islam.  Pendek kata, para ulama kini sekadar \u201c<em>rubber stamp<\/em>\u201d (cop  tanpa soal) terhadap apa sahaja yang dihasilkan oleh sains dan teknologi  moden, seolah-olah segala hasil itu baik belaka untuk \u201cpembangunan  dan kemajuan umat\u201d kononnya.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Kemudian  kita dapati pula gejala yang membahayakan di mana ahli sains tabii dan  sains sosial bergiat dalam bidang mereka di luar pengawalan dan pengarahan  lunas-lunas agama disebabkan (i) mereka sendiri jahil agama maka tak  dipandukan agama; (ii) ahli agama kurang memahami sains maka tak mampu  tegur mereka; dan (iii) ahli sains jahil sejarah dan falsafah sains  maka tak mampu bersikap kritis terhadap ilmu dan amalan mereka sendiri  yang rata-ratanya ditiru dan dipakturuti bulat-bulat dari budaya sains  Barat. Apatah lagi bila golongan alim dunya jahil agama ini menguasai  lapangan awam dan peranan mereka amat berpengaruh menentukan dasar-dasar  negara dalam bidang sains, teknologi, industri, ekonomi, politik, pentadbiran,  pendidikan, budaya, kebajikan awam, perundangan, pertanian, kewangan  dan sebagainya, padahal mereka semuanya dididik dan dilatih di barat  atau dididik dan dilatih cara barat, cara sekular, lalu mereka laksanakan  penyelesaian sekular di dalam masyarakat Islam-Melayu mereka sendiri,  kerana mereka ingat sistem ilmu barat itu \u201cbebas nilai\u201d = apa yang  berguna di barat seratus peratus berguna di timur. Itulah sistem pendidikan  meniru membabi tuli atau taqlid buta yang diwarisi mereka dari barat,  yang terlalu amatlah dibanggai mereka, siap dengan pelekat seperti Oxford  University dan sebagainya di cermin belakang kereta mereka atau di belakang  baju T mereka.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Yang  lebih parah lagi ialah gejala di mana mereka yang bergelar ulama atau  menduduki jawatan penting dalam pentadbiran agama, seperti imam dan  qadi turut kurang mahir dalam ilmu-ilmu aqliyyah yang selama ini sejak  turun-temurun memang dikuasai oleh ahli agama berwibawa, seperti ilmu  taqwim, ilmu <em>tawqit<\/em>, ilmu <em>fara\u2019id<\/em>, ilmu falak atau ilmu <em> hay\u2019ah<\/em>, ilmu mantiq, ilmu hisab, ilmu tibb, ilmu kalam, ilmu ekonomi,  perbandingan agama dan ilmu sejarah. Kekurangan dari segi ilmu aqliyyah  yang bersifat fardu kifayah seperti ini sudah tentu akan membantut keterlaksanaan  tugas mereka sebagai mufti atau qadi atau imam besar atau pegawai tinggi  pentadbiran agama atau pensyarah atau penasihat agama kepada kerajaan  dan sebagainya, demi kerana mereka tak akan mampu memberikan pandangan  ilmiah terhadap isu-isu penting yang bersangkutan dengan persoalan kepentingan  awam, persoalan masyarakat madani serta dasar-dasar kerajaan mahupun  dasar-dasar swasta yang menyentuh <em>maslahah  \u2018ammah\/mursalah<\/em>. Natijahnya peranan mereka sebagai ulama penasihat,  pembimbing atau penegur sekadar terbatas kepada persoalan ibadat dan  munakahat semata-mata sedangkan bidang mu\u2018amalah, siyasah, budaya,  sains, ekonomi, teknologi dan industri termasuk sudut-sudut kehidupan  awam yang lain terlepas bebas daripada pengawasan ilmiah dan moral mereka.<sup>27<\/sup><\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Kemudian  di IPTA-IPTA kita, seperti di Universiti Malaya, memang wujud kursus  atau kurikulum tertentu yang cuba gabungkan antara kelulusan agama dan  kelulusan sains, tapi apa yang berlaku bukan pergabungan sebenar dalam  ertikata ilmu sains itu diislamkan atau diagamakan lalu disepadukan  secara kritis ke dalam kerangka keagamaan, malah yang berlaku ialah  gejala \u201cperseiringan\u201d atau jalan seiring tapi di atas dua landasan  berlainan tak bertemu sama sekali lalu terhasillah gejala dwi-sijil,  katakan B.A. Shari\u2018ah dan B.Sc. Sains, namun B.A. agama langsung tak  mampu menghukum B.Sc. Sains, malah sikapnya lebih mengiyakan semata-mata,  lalu menimbulkan penyakit jiwa yang dipanggil \u201ckecanggunan pemikiran\u201d  = <em>cognitive dissonance<\/em>, sebagaimana pernikahan antara dua mempelai  yang tiada keserasian dan kesefahaman antara mereka, sekadar \u201clepas  syarat\u201d di mata awam. Di Malaysia, satu-satunya IPTA yang cuba mengatasi  gegala \u201ckecanggungan pemikiran\u201d ini, iaitu ISTAC yang diasaskan  oleh Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas serta dipimpin oleh  beliau selama lebih sepuluh tahun, telah diambil-alih oleh pihak-pihak  berwajib yang tak erti tugas mereka menjaga amanah keilmuan. Jadi musuh  Islam sebenarnya ialah orang Islam sendiri yang tiada ber-ADAB, meskipun  bergelar menteri atau profesor, Dr. atau Dato\u2019, Tan Sri, Rektor dan  sebagainya, yang semuanya lupa kepada hadith: \u201c<em>man la yashkuru  al-nas la yashkuru Allah<\/em>.\u201d\u00a0 Kalau dah tak erti ber-ADAB betapa  pula erti ber-SHUKUR? Termasuk dalam sikap tak bershukur ini ialah sikap  Prof. Shaharir dalam makalahnya baru-baru ini yang cepat \u201cmemalangkan\u201d  ISTAC kerana kononnya menurut dia, ISTAC tumpu pada falsafah semata-mata,  padahal sesiapa sahaja yang kenal ISTAC dari dekat tahu bahawa ISTAC  menggabungkan antara pendekatan falsafah dan tajribi sekaligus. Perkara  ini akan saya huraikan dalam makalah bertajuk \u201cPemalangan bukan Pengislaman.\u201d  Lebih baik Shaharir tumpu pada mengkritik kelemahan dan kegagalan diri  beliau sendiri daripada sibuk buang masa kritik kekurangan yang dia  khayal-khayalkan pada pihak lain, sama ada pada ISTAC, Bucaille atau  Harun Yahya, bak kata pepatah \u201ckuman di bulan nampak, raksaksa dalam  mata sendiri tak nampak\u201d (maaf, ubahsuai sikit!).<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Pada  perenggan yang seterusnya, saya akan bentangkan secara serba ringkas  beberapa sudut kesalingkaitan antara agama dengan sains demi memperlihatkan  bagaimana agama seharusnya memimpin sains agar sains memberi khidmat  kepada agama bukan memberi binasa! Ini juga perlu kepada generasi alim  ulama baru yang kuasai ulum diniyyah dan juga ulum aqliyyah agar mereka  tidak lagi bersorak di tepi pentas tapi terus MENGHUKUM menjadi HAKIM  di TENGAH pentas, malah PENGARAH gerak kerja sains, sepertimana leluhur  kita ulama besar dahulu kala.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">2. Kalam  dan Sains<\/span><\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Melalui  usaha gigih Imam al-Ghazali dan Imam Fakhr al-Din al-Razi dalam membina  kalam jadid, maka falsafah dan sains Yunani dapat ditapis dengan membezakan  antara yang betul dengan yang salah dari sudut pandangan alam Islam,  lalu apa yang betul diserapkan ke dalam kerangka sistem ilmu \u2018aqliyyah  Islam. Hasilnya mereka membina fizik <em>jawhar<\/em> dan <em>\u2018arad<\/em> bagi menggantikan sistem <em>surah<\/em> dan <em>maddah<\/em>, membina sistem  astronomi baru yang dipanggil ilmu <em>hay\u2019ah<\/em> bagi menggantikan  ilmu nujum, dan sebagainya. Boleh dikatakan bahawa melalui <em>kalam  jadid<\/em> semua segi <em>\u2018ulum tabi  \u2018iyyah<\/em> telah diislamkan.<sup>28<\/sup> Mana-mana pihak, termasuk  ASASI, yang ingin mengislamkan sains masakini seharusnya menguasai seluk-beluk  sejarah pengislaman ini seratus-peratus, kalau tidak nanti silap-silap  usaha ASASI akan sekadar lepas batuk di tangga, seperti omongan \u201csains  baru\u201d presidennya yang sampai kini selepas berlalu hampir dua tahun  tak hasilkan apa-apa, walaupun \u201ckimia baru\u201d apatah lagi \u201cfizik  baru.\u201d Hatta kertas dasar yang terperinci pun tak ada! Sikap ini dah  macam \u201ccakap tak serupa bikin.\u201d Harap-harap tak menular menjadi  budaya (tak?) kerja dalam ASASI.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Dalam  zaman moden pula timbul cabaran baru daripada faham evolusi Darwin yang  menafikan keterlibatan Tuhan di dalam penciptaan dan perkembangan hidupan  di bumi. Sebenarnya, golongan kedarwinan ini merupaka puak <em>Dahriyyun<\/em> yang baru, tapi dimanakah ulama kita yang mampu berdepan dengan mereka  dan menolak fahaman mereka yang sesat lagi menyesatkan itu, dengan memanfaatkan  semula prinsip-prinsip penghujahan <em>kalam jadid<\/em> ini? Dan ASASI  sampai sekarang tak mampu kemukakan RPBI (Rencana Penyelidikan Biologi  Islam) sebagai penerusan membina kepada kritiknya terhadap teori evolusi.  Itu salah satu lagi sebab mengapa Shaharir jangan buang masa malangkan  orang lain sedangkan usaha sendiri masih terbantut sekian lama.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Kemudian  dalam bidang kosmologi moden, wujud pula beberapa teori asal-usul kejadian  alam semesta yang seperti faham alam berayun (<em>oscillating universe<\/em>)  dan faham alam mantap (<em>steady-state universe<\/em>) yang jelas mengepikan  peranan Pencipta. Faham deguman besar (<em>big-bang theory<\/em>) pun kini  telah ditafsirkan secara yang menafikan atau meminggirkan keterlibatan  Pencipta. Sedangkan faham Islam ialah faham alam baharu atau faham penciptaan  baru (<em>khalq jadid<\/em>) yang menegaskan bahawa pada setiap detik alam  ini dan segala juzuknya diwujudkan dan ditiadakan, maka dengan itu alam  ini senantiasa baharu (<em>hadith<\/em>), maka senantiasa bergantung seratus  peratus pada Tuhan Maha Mencipta. Kalau para ulama dan ahli sains, termasuk  ahli ASASI, tak benar-benar kuasai ilmu fizik Islam nescaya sukar bagi  mereka untuk berdepan dengan pelbagai teori fizik dan kosmologi moden  ini demi membezakan antara mana yang betul dan mana yang salah. <\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Permasalahan  besar bagi <em>kalam jadid<\/em> berkenaan alam semesta ini ialah begini: <em> kalau alam ini memang diciptakan oleh Tuhan dan bukan terjadi dengan  sendirinya secara spontan, maka apakah ciri-ciri yang dapat dicerapi  dalam alam semesta yang menandakannya memang dicipta dan bukan terjadi  tersendirinya? <\/em>Itulah sebabnya mengapa dalam mempelajari ilmu \u2018aqidah  atau ilmu sifat dua puluh seperti kitab <em>Umm al-Barahin<\/em> karangan  Imam al-Sanusi, kita awal-awal lagi dididik agar cekap berhujah dengan  dalil-dalil \u2018aqli, iaitu dengan merujuk kepada kejadian dan binaan  alama semesta. Tapi siapakah di kalangan ahli ASASI yang kuasai kitab  Umm al-Barahin berserta syarahnya? Kalau tak kuasai jangan sibuk menyombong  memalangkan orang lain macam Bucaille dan Harun Yahya, seperti yang  sangat suka dilakukan oleh Shaharir sehingga orang pun jadi mual dengan  sikap \u201ctersendirinya.\u201d<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">3. Kalam  dan Matematik<\/span><\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Al-Kindi  telah menggunakan kaedah ilmu hisab atau matematik demi membuktikan  bahawa alam ini baharu. Fahkr al-Din pula menggunkan ilmu geometri atau <em> handasah <\/em>demi membuktikan teori <em>jawhar<\/em> dan <em>\u2018arad<\/em> dan menolak faham <em>surah <\/em>dan <em>maddah.<\/em> Perbahasan <em>dawr<\/em> dan <em>tasalsul<\/em> dalam ilmu kalam turut memiliki aspek matematiknya.  Begitu juga faham kerekaciptaan alam. Jelas di sini bahawa matematik  boleh dijadikan alat \u2018aqli untuk merumuskan persoalan \u2018aqidah agar  dapat berdepan dengan pelbagai cabaran ilmiah daripada sains barat.<sup>29<\/sup><\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Kini  di barat pula, para pendukung faham evolusi telah membina sistem penghujahan  matematik demi menyokong faham mereka, dan ahli sains Kristian yang  menolak evolusi turut juga usahakan sistem penghujahan matematik demi  menangkis faham evolusi sekaligus membuktikan faham keciptaan alam.  Tapi di manakah peranan alim ulama Islam, khasnya ahli ilmu kalam, yang  mengikuti perkembangan tersebut dengan kritis lalu membina kaedah penghujahan  matematik demi memperketat dan mengukuhkan lagi hujah-hujah kalam bagi  keciptaan alam yang telah dirumuskan oleh al-Jahiz, Imam al-Ghazali,  Imam Fakhr al-Din al-Razi, Badi\u2018uzzaman Sa\u2018id Nursi dan Profesor  Harun Yahya? Adakah ASASI lakukan usaha ini? Adakah Shaharir yang pakar  matematik lakukan usaha ini? Sampai kiamat pun kerja ini tak terlaksana  kalau asyik bersikap \u201ctersendiri\u201d macam katak bawah tempurung \u201cmemalangkan\u201d  orang lain.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">4. Tasawwuf  dan Fizik<\/span><\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Dari segi  pemikiran metafiziknya, ilmu tasawwuf menyentuh hubung-kait antara hakikat  yang nisbi dengan hakikat yang mutlak, dengan faham penarafan atau permartabatan  wujud daripada yang tertinggi iaitu wujud mutlak kepada yang terendah  iaitu alam inderawi ini. Kini persolaan kewujudan atau ontologi ini  turut dibahas dalam fizik kenisbian dan juga mekanik kuantum dan ramai  juga ahli fizik Islam yang terlibat dalam bidang fizik tersebut tanpa  benar-benar menguasai ontologi Sufi. Akhirnya mereka terperangkap dalam  kajian yang bersifat kealatan semata-mata tanpa membawa kepada ma\u2018rifat  sebenar akan hakikat kewujudan serta pelbagai martabatnya. Kini juga  hampir tiada ulama Islam yang pakar metafizik kesufian serta mampu mengkritik  ontologi fizik moden dari sudut ontologi Sufi lalu membimbing ahli fizik  Islam supaya membina tafsiran ontologi yang sesuai bagi penemuan-penemuan  empiris fizik moden. Gejala ini agak mendukacitakan kerana fizik moden  banyak membawa kepada faham wujud dan faham alam yang bertentangan dengan  pandangan alam Islam tanpa adanya alim ulama dan ahli fizik Islam yang  mampu memberi kritikan balas. Antara usaha mengkritik fizik moden dari  sudut pandang metafizik tasawwuf ialah apa yang cuba diusahakan oleh  Profesor Dr. Shahidan Radiman ahli fizik di UKM dan juga ahli ASASI.  Usaha lain ialah karya Mohamed haj Yousef, <em>Ibn  \u2018Arabi: Time and Cosmology<\/em> (London: Routledge, 2008). Kita perlu  menyokong bukan memalangkan usaha ini tanpa usul periksa, lebih-lebih  lagi orang yang memalangkan itu pun tak erti metafizik sufi, jadi macam  mengkritik barang yang dia tak tahu. Harap-harap juga ini tak jadi \u201caturcara\u201d  pengislaman dalam ASASI.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">5. Ilmu  Kalam, Pandangan Hidup Islam dan Falsafah Moden <\/span><\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Sejak Imam  al-Ghazali dan Fakhr al-Din al-Razi, pemikiran falsafah telah diislamkan  dan diserapkan ke dalam kerangka pemikiran kalam lalu membuahkan apa  yang diungkapkan oleh Ibn Khaldun sebagai <em>kalam jadid.<\/em> Kerangka  kalam jadid berjaya menyerapkan semua bidang aqliyyat ke dalam kerangka  keagamaan naqliyyat, dan dengan demikian mengatasi dengan baiknya cabaran  ilmiah yang dilontarkan oleh falsafah dan sains Yunani. <em>Kalam jadid<\/em> telah membuahkan satu rencana penyelidikan jangka panjang di kalangan  ulama Ahli Sunnah wal-Jama\u2018ah di mana ramai di antara mereka yang  menceburi lalu menguasai kedua-dua bidang naqliyyat dan \u2018aqliyyat  dan dengan demikian melaksana proses Pengislaman Ilmu dengan jayanya. <\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Kini  kita hadapi cabaran yang sama dari sistem ilmu barat sekular, termasuk  sistem sains dan falsafahnya yang jelas bercanggahan dengan pandangan  alam Islam. Wujud bermacam-macam isme atau faham barat seperti rasionalisme,  empirisime, idealisme, modenisme, pasca-modenisme, liberalisme, faham  kehakikatan (<em>realism<\/em>), faham kealatan (<em>instrumentalism<\/em>),  faham evolusi, faham kesejarahan (<em>historicism<\/em>), faham keraguan  (<em>skepticism<\/em>), faham kelakuan (<em>behaviorism<\/em>), faham kemodalan  (<em>kapitalisme<\/em>), sosialisme, komunisme dan macam-macam lagi yang  turut menjadi kerangka faham bagi sains dan teknologi barat. Oleh kerana  boleh dikatakan semua ahli sains kita dilatih di barat atau secara kebaratan,  maka sedikit sebanyak cara pemikiran mereka turut diresapi oleh pelbagai  isme tersebut sama ada mereka sedari atau tidak, dan ilmu mereka yang  tak bersifat kritis itu turut melahirkan institusi dan dasar yang mencorakkan  kehidupan awam tanpa dapat ditegur atau dinasihati alam ulama, demi  kerana sistem pendidikan agama arus perdana di Malaysia sekarang mengabaikan  sama sekali tradisi pengajian dan penyelidikan <em>kalam jadid<\/em> ini  lalu para alim ulama yang dilahirkan hari ini gagal mempertahankan pandangan  hidup Islam yang syumul itu di medan wacana ilmiah awam, lalu agama  akhir terhimpit kepada lapangan ibadat dan munakahat peribadi semata-mata.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Maka  adalah menjadi fardu \u2018ayn bagi para ulama, khasnya mereka yang bakal  menduduki jawatan penting seperti mufti, imam besar, tuan guru pondok  dan sebagainya untuk menguasai semula kalam jadid dengan cara yang memungkinkan  mereka berdepan dengan gejala faham sekular dengan pelbagai isme-nya  yang melanda segenap lapisan masyarakat umat Islam, dari kampong petani  ke kabinet menteri. Begitu juga menjadi fardu \u2018ayn bagi ahli sains  untuk menguasai kalam jadid sekadar yang memampukan mereka mengislamkan  secara kritis mana-mana bidang sains tabii mahupun bidang sains sosial  yang mereka ceburi kini. Dalam persoalan besar ini yang berkait rapat  dengan keberlangsungan Islam sebagai cara hidup di medan peribadi dan  juga medan awam, adalah menjadi kewajipan bagi kita semua untuk mewujudkan  kerjasama ilmiah yang lebih rapat di kalangan ulama dan ahli sains agar  mereka semua dapat menguasai dan melaksanakan prinsip-prinsip kalam  jadid ke dalam usaha membina semula kerangka keilmuan yang mampu menggantikan  kerangka keilmuan sekular yang bermaharajalela sekarang. <\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">6. Fiqh,  Sains, Falak dan Matematik<\/span><sup><span style=\"text-decoration: underline;\">30<\/span><\/sup><span style=\"text-decoration: underline;\"> <\/span><\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">(a) <em> Qiblat<\/em>: Buku Shaykh Nuh Ha Mim Keller, <em>Port in a Storm: A Fiqh  Solution to the Qibla of North America<\/em> yang banyak berpandukan fatwa  al-Azhar mengenai permasalahan penentuan arah qiblat jelas mendedahkan  bagaimana kecetekan pengetahuan mengenai sains pemetaan (<em>cartography<\/em>),  geometri dan trigonometri di kalangan segelintir alim ulama telah mencetuskan  banyak kekeliruan di kalangan orang awam mengenai arah qiblat yang sebenarnya  bagi mereka yang menetap di Amerika Utara, sedangkan permasalahan tersebut  tidaklah terlalu rumit, dan malah ulama dahulu kala, seperti al-Biruni,  telah pun bicara soal penentuan arah qiblat itu dengan amat terperinci. <\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">(b) <em> Ru\u2019yat al-Hilal<\/em>: Kini pula timbul banyak perbalahan di kalangan  alim ulama tentang kaedah terbaik bagi melihat anak bulan Ramadan dan  Eid yang sekaligus memelihara kehendak Sunnah di samping memanfaatkan  ilmu <em>hay\u2019ah<\/em> dan ilmu astronomi moden. Perbalahan ini timbul  kerana mereka yang terlibat, sama ada ahli agama atau ahli sains, (i)  tidak benar-benar memahami persoalan fiqh di sebalik isu itu, atau (ii)  tidak cukup memahami aspek-aspek teknikal sains astronomi yang berkaitan,  atau (iii) kurang memahami hubungkait antara fiqh dengan astronomi dalam  soal itu. Sampai sekarang saya tak nampak adanya karangan ulama yang  mampu kupaskan permasalahan ini secara menyeluruh dan memuaskan seperti  buku Shaykh Nuh Ha Mim Keller dalam soal permasalahan qiblat itu.<sup>31<\/sup><\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">(c) <em> Zakat dan Fara\u2019id<\/em>: Tokoh-tokoh pengkaji sejarah matematik Islam  telah mendedahkan bagaimana bidang matematik aljabar (algebra) telah  dicipta oleh ulama Islam untuk menangani kerumitan hukum-hakam pembahagian  harta pusaka serta pemungutan dan pengagihan zakat, tetapi seterusnya  diperkembangkan untuk kegunaan yang lebih meluas, termasuk dalam bidang  perniagaan. Kini sudah tentu kita perlu kepada pembinaan matematik ekonomi  yang baru jika kita ingin membangunkan semula <em>fiqh mu\u2018amalah<\/em> sebagai sistem ekonomi Islam menyeluruh demi menggantikan sistem ekonomi  neoliberal. Contohnya, faham wang dalam Islam sebenarnya merujuk pada  asasnya kepada dinar emas dan dirham perak<sup>32<\/sup> bukan kepada  wang kertas yang hampa nilai, tetapi pembangunan semula sistem wang  Islam perlu kepada penguasaan dan pembinaan matematik kewangan yang  baru, dan dalam soal ini kita perlu teliti semula hujah-hujah al-Maqrizi  dalam <em>al-Nuqud al-Islamiyyah<\/em>.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">(d) <em> Alam Sekitar<\/em>: Dr. Muhammad Abu Sway sedang mengusahakan apa yang  dinamakannya sebagai <em>fiqh al-bi\u2019ah<\/em>, iaitu fiqh alam sekitar  demi menangani permasalahan alam sekitar yang kian meruncing menurut  Shara\u2018. Sebenarnya karya-karya fiqh oleh para fuqaha\u2019 dahulu kala  banyak menyentuh kepentingan menjaga kesihatan alam sekitar demi menjaga  kepentingan awam (<em>masalih \u2018ammah<\/em>), termasuk merumuskan peraturan-peraturan  terperinci tertentu bagi menentukan perkongsian kekayaan alam sekitar  sesama insan dan juga di antara insan dan alam, seperti yang jelas ternyata  dalam faham pemuliharaan alam sekitar Islam yang dinamakan <em>hima <\/em> dan<em> harim<\/em>. Sudah tentu perumusan semula fiqh alam sekitar sesuai  dengan zaman semasa, khasnya dalam konteks menggubal undang-undang penjagaan  alam sekitar, akan menuntut alim \u2018ulama mendalami sains ekologi dan  kealamsekitaran, dan menuntut pula ahli ekologi mendalam <em>fiqh al-bi\u2019ah<\/em>,  agar wujud secara amali dasar serta peraturan alam sekitar yang bertitik-tolak  dari pandangan alam Islam dan Shari\u2018ah Islamiyyah.<sup>33<\/sup><\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">(e) <em> Filahah dan Pemakanan<\/em>: Kita umum ketahui bahawa kita disuruh dalam  al-Qur\u2019an agar memakan makanan yang <em>halalan tayyiban.<\/em><sup>34<\/sup><em> <\/em> Tapi adakah perintah itu mungkin terlaksana dalam ertikata sebenarnya  bila sistem pertanian (<em>filahah<\/em>) kita rata-ratanya menggunakan  baja kimia dan racun serangga yang membahayakan insan, merosakkan alam  sekitar serta meracuni makanan itu sendiri, serta pula binatang ternakan  seperti ayam, lembu dan sebagainya dilayan dengan cara yang melanggari  fitrahnya seperti dihimpit-himpitkan dalam sangkar atau kandang yang  sempit menurut kaedah \u201cfactory farming\u201d = perladangan kilang. Itupun  belum ambil kira jenis makanan ternakan yang disuapkan kepada ternakan  tersebut, serta ubat-ubatan yang perlu disuntik ke dalam badan ternakan  itu agar kesihatannya tak terjejas oleh suasana ladang yang merimaskan  itu. Dalam industri pemakanan pula terlalu banyak bahan kimia dan bahan  pewarna digunakan dalam makanan yang dihasilkan demi tahan lama, sedap  rasa, rupa asli, menarik pandang dan sebagainya seperti yang selalu  didedahkan oleh CAP = Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Kalau kini dah  ada fatwa rasmi mengharamkan rokok kerana membahayakan kesihatan, mengapa  pula tiada fatwa rasmi yang mengharamkan kaedah pertanian dan perladangan,  serta kaedah pembuatan makanan yang terlalu menggunakan bahan-bahan  kimia merbahaya, demi menjaga maslahat kesihatan awam? Setahu saya \u201cindustri  halal\u201d yang kini digembar-gemburkan di Malaysia ini langsung tak menyentuh  soal \u201ctayyiban\u201d ini. Malah ini salah satu lagi contoh di mana istilah  Islam seperti \u201chalal\u201d dan \u201cmu\u2018amalah\u201d disalahgunakan demi  tujuan perniagaan semata-mata tanpa menghayati pengertian sebenar di  sebalik istilah tersebut. Tetapi bagaimana alim ulama nak bersuara sekiranya  mereka tidak mendalami sains pertanian dan pemakanan demi mendedahkan  kepincangan yang berlaku yang bercanggah dengan <em>masalih  \u2018ammah<\/em>, termasuk menjaga kepentingan fitrah haiwan ternakan, dan  bagaimana pula ahli sains pertanian dan pemakanan nak insaf kalau mereka  jahil hukum-hakam agama dalam soal ini, serta jahil pula sejarah amalan  pertanian Islam? Yang malang lagi peliknya, kaedah pertanian dan pemakanan  organik atau MESRIA = Mesra Insan &amp; Alam, banyak diusahakan oleh  orang Cina yang bukan Islam,<sup>35<\/sup> padahal umat Islam yang lebih  berhak kepada kaedah MESRIA demi kerana ajaran al-Qur\u2019an yang menyeru  kepada <em>halalan tayyiban.<\/em><\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">(f) <em> Tibb<\/em>: Banyak kaedah perubatan moden yang lebih membahayakan daripada  menyihatkan. Contoh yang agak ketara ialah kaedah viviseksi = kaedah  menyiksa binatang hidup-hidup demi menemui ubat baru bagi penyakit insan.  Hasil daripada kaedah ini lahir pelbagai ubat-ubat kimia buatan makmal  yang mendatangkan pelbagai kesan sampingan yang membahayakan. Ini belum  lagi kita mengkritik sistem pendidikan kedoktoran yang lahirkan doktor-doktor  yang tak lebih daripada jurujual atau agen bagi syarikat farmasi gergasi  antarabangsa. Sedangkan warisan perubatan Islam yang diusahakan alim  ulama<sup>36<\/sup> kita dahulu kala dan yang sudah bertahan lebih seribu  tahun telah menolak kaedah tersebut dari segi hujah sains dan juga hujah  etika. Pakar perubatan barat pun dah mula menolak kaedah songsang tersebut  serta mencari kaedah pengganti yang lebih ihsani, seperti yang jelas  daripada gerakan perubatan tabii (<em>natural medicine<\/em>) yang kini  semakin giat di sana. Pendek kata, alim ulama sekarang tiada titik tolak  untuk menilai apatah lagi menghukum perubatan moden jika mereka kurang  arif mengenai prinsip-prinsip perubatan Islam dan Barat; dan begitu  juga para ahli perubatan profesional jika mereka tak dididik juga dalam  prinsip-prinsip perubatan Islam.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">7. Kesimpulan:  Bagaimana Kita nak Keluar daripada Kemelut  Peradaban ini?<\/span><\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Secara  umumnya, antara tindakan yang kita boleh ambil ialah penganjuran kursus  tersusunatur yang sekali gus bersifat \u2018aqli dan \u2018amali yang ditawarkan  kepada ahli agama dan juga ahli sains dalam bidang falsafah dan sejarah  sains menurut kerangka kalam jadid demi mengatur rencana penyelidikan  jangka panjang ke arah Pengislaman Sains, seperti mana yang pernah diusahakan  oleh ISTAC sebelum diambil alih oleh IIUM. Pada masa yang sama, ahli  sains juga perlu mengikuti kursus Usul Fiqh dan kursus Maqasid Shar\u2018iyyah,  juga secara \u2018aqli dan \u2018amali, sekurang-kurangnya sekadar yang dapat  menginsafkan mereka agar membina sains dan teknologi yang MESRIA yang  benar-benar menjaga maslahat umum dan berkhidmat kepada masyarakat.  Pada masa depan persoalan terpenting bukan sama ada sains dan teknologi  itu maju dan canggih, tapi sama adakah sains dan teknologi itu MESRIA,  iaitu yang terakarumbi dalam masyarakat lalu berkhidmat kepada masyarakat,  termasuk memulihara alam sekitar yang menjadi sumber hidup masyarakat. <\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Dalam  konteks ILIM, khususnya, barangkali boleh diwujudkan satu pusat penyelidikan  bagi membantu para alim ulama memahami secara lebih dekat permasalahan-permasalahan  sains dan teknologi yang bersangkutan dengan masalih \u2018ammah yang perlu  mereka bersuara mengenainya dari sudut fiqh dan maqasid shar\u2018iyyah.  Ini akan membawa kepada penglibatan alim ulama yang lebih bermakna dalam  isu-isu sains semasa dari segi memberi peringatan kepada ahli sains  agar mereka lebih peka dari segi membangunkan sains dan teknologi yang  benar-benar MESRIA dan bukan semata-mata memenuhi kehendak industri  dan korporat. Kiranya cadangan ini dilaksanakan maka ILIM mungkin perlu  tingkatkan namanya kepada IPLIM (Institut Penyelidikan dan Latihan Islam  Malaysia). <\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Kita  perlu membina kursus-kursus tersebut dengan mana-mana badan berwajib  agama yang ingin meletakkan semula sains dan teknologi di bawah telunjuk  ajar agama agar mengarah kepada kesejahteraan sebenar di dunia dan di  Akhirat kelak. Kini insan dah sedar betapa sains dan teknologi sekular  moden telah membawa malapetaka kepada insan dan alam di serata dunia,  maka mereka akan kembali kepada sains sebenar yang MESRIA yang berpandukan  tunjuk ajar agama samawi, dan di sini-lah letaknya peranan alim ulama  bagi membimbing mereka agar membawa kepada penyatuan semula agama dan  sains di bawah naungan wahyu ilahi. Usaha pengislahan sains dan teknologi,  termasuk sains sosial yang digariskan di atas memerlukan gandingan ilmiah  yang lebih rapat, akrab lagi terperinci di antara alim ulama dengan  ahli akademik. Semoga makalah serba ringkas dapat membuka pemikiran  pihak-pihak berwajib ke arah usaha murni itu.<\/span><\/p>\n<p align=\"center\"><span style=\"font-family: Castellar; font-size: xx-small;\"><em>Rabbana\u2019ftah  baynana wa bayna qawmina bil-haqq wa anta khayr al-fatihin,<\/em><\/span><\/p>\n<p align=\"center\"><span style=\"font-family: Castellar; font-size: xx-small;\"><em>Amin Ya Rabba al-\u2018Alamin.<\/em><\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">8. Notakaki<\/span><\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">Memandangkan  kesuntukan masa dan kehambatan tugas, maka di sini saya tak dapat memberikan  nota dan rujukan lengkap yang menyeluruh. Mungkin dalam kesempatan lain  bila makalah ini dikembangkan lagi menjadi buku, notakaki dan rujukan  yang lebih lengkap akan dimuatkan. Maka di sini cuma dimuatkan notakaki  dan rujukan serba ringkas. Para pembaca yang inginkan maklumat atau  perincian atau perbincangan lanjut mengenai mana-mana aspek perbahasan  ini boleh hubungi saya terus melalui emel: <\/span><a href=\"mailto:adisetiawangsa@gmail.com\" target=\"_blank\"><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; color: #0000ff; font-size: xx-small;\"><span style=\"text-decoration: underline;\">adisetiawangsa@gmail.com<\/span><\/span><\/a><span style=\"font-family: Lucida Sans Unicode; font-size: xx-small;\">, atau bertemu dengan saya di pejabat  saya di IIUM, Gombak. No telefon: 019-333 7991.<\/span><\/p>\n\n<!-- NgfbSharing::get_buttons content filter skipped: buttons_on_index not enabled -->\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh: Dr. Adi Setia2 1. Pengenalan: Hubungkait antara \u2018Ulum Naqliyyah dengan \u2018Ulum \u2018Aqliyyah Imam al-Ghazali membahagikan ilmu kepada ilmu naqliyyah dan ilmu \u2018aqliyyah, di mana ilmu \u2018aqliyyah dilihat sebagai berkhidmat kepada ilmu naqliyyah.3 Maka dari hakikat itu, kita boleh faham bahawa, dalam konteks semasa ini, sains dalam Islam ialah sains yang berkhidmat kepada Islam. Ini &#8230;<\/p>\n <a class=\"moretag\" href=\"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=912\">[Baca teks penuh...]<\/a>","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[9],"tags":[],"class_list":["post-912","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-c02-makalah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/912","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=912"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/912\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":913,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/912\/revisions\/913"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=912"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=912"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=912"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}