{"id":910,"date":"2009-07-04T19:36:23","date_gmt":"2009-07-04T11:36:23","guid":{"rendered":"http:\/\/www.asasi.my\/?p=910"},"modified":"2009-07-04T19:36:23","modified_gmt":"2009-07-04T11:36:23","slug":"kerajaan-campa-hubungannya-dengan-vietnam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=910","title":{"rendered":"KERAJAAN CAMPA &#8211; Hubungannya Dengan Vietnam"},"content":{"rendered":"<p align=\"center\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Mohamad Zain  Bin Musa<\/span><\/p>\n<p align=\"center\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">ATMA \u2013 UKM<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Campa  merupakan sebuah kerajaan yang bertamadun tinggi pada satu ketika dahulu.  Kedudukan kerajaan yang baru sahaja lenyap itu terletak di bahagian  tengah Vietnam sekarang. Kewujudannya telah terbukti dari dokumen-dokumen  Cina sejak tahun 192 Masehi. Hasil kajian epigrafi, catatan-catatan  Cina, orang Eropah mahupun Vietnam dan Arab telah mengatakan bahawa  kerajaan Campa terletak di tanah-tanah rata sepanjang persirian pantai  laut China Selatan (sebelumnya dipanggil: Laut Campa) dan dataran-dataran  tinggi di barat tanah rata<sup>2<\/sup>. Kini kerajaan Campa telah dipadam  dari peta dunia sejak tahun 1832 oleh seorang maharaja Vietnam yang  bergelar Minh Menh.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Penduduk  kerajaan Campa terdiri daripada orang Cam, yang mendiami kawasan persisiran  pantai, dan yang lain mendiami dataran tinggi<sup>3<\/sup>. Mereka yang  tinggal di dataran ini dibahagikan kepada dua kelompok. Pertama, kumpulan  rumpun bahasa Austronesia, yang disebut <em>Camik<\/em>. Ia terdiri dari  orang Cam sendiri serta Jerai, Rade, Cru dan Raglai. Kedua, ialah kelompok  yang terdiri daripada orang Ma, Mnong, Sre, Stieng dan orang Bahnar.  Mereka dari rumpun Austroasiatik, kumpulan <em>Bahnarik<\/em>.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Sejarah  kerajaan Campa didominasikan oleh siri peperangan dengan jirannya dari  utara iaitu Vietnam yang lahir pada tahun 939. Peperangan pertama antara  kerajaan Campa yang berpengaruh India dan Vietnam yang berpengaruh Cina  berlaku pada tahun 982. Berhadapan dengan kemunculan kuasa baru Dai  Viet (Vietnam) ini, sedikit demi sedikit sempadannya ditolak ke selatan.  Dalam proses perluasan wilayah Dai Viet tersebut yang dikenali <em>Nam-tien<\/em> iaitu kemaraan orang Viet ke Selatan, sempadan utara Campa terpaksa  berpindah buat kali pertama pada tahun 1069.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Setelah  itu sempadannya terpaksa berpindah lagi ke Selatan pada tahun 1306,  dan pada tahun 1471 sempadannya telah berpindah ke kedudukan baru iaitu  apabila Vijaya dimusnahkan sama sekali. Tarikh ini juga dipercayai sebilangan  pengkaji sebagi tarikh tamatnya identiti kerajaan Campa. Kehancuran  Vijaya ini dilakukan oleh satu pasukan tentera Viet sekuat 250 000 orang.  Sejumlah besar dari 90 000 orang Cam telah terkurban dan yang selebihnya  dibawa ke negara Viet.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Dari  tarikh tersebut, sejarah kerajaan Campa menjadi sejarah pergelutan orang  Cam yang panjang \u201cuntuk menentang kemaraan Vietnam, untuk menyelenggarakan  kemerdekaannya serta memelihara identitinya\u201d. <\/span><\/p>\n<p align=\"center\"><a name=\"0.1_graphic03\"><\/a><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\"> <img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/mail.google.com\/mail\/?name=d33be9805ff33117.jpg&amp;attid=0.1&amp;disp=vahi&amp;view=att&amp;th=1224072f49325df5\" alt=\"Your browser may not support display of this image.\" width=\"1\" height=\"1\" \/> <\/span><\/p>\n<p align=\"center\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Sumber: Po  Dharma 1996<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Walau bagaimanapun  mereka tidak mampu bertahan diri di hadapan kekuatan Vietnam dan kerajaan  Campa akhirnya musnah pada 1832<sup>4<\/sup>.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Sejak  kejatuhan Vijaya, orang Cam mula meninggalkan tanah air mereka secara  beramai-ramai kerana tekanan Vietnam yang semakin lama semakin kuat  dan terik. Ramai di kalangan mereka memilih Kemboja, sementara sebahagian  yang lain memilih daerah-daerah lain di Asia Tenggara dan juga ke Hainan  dan Shanghai. Semenjak kejatuhan Indochina kepada rejim komunis, orang  Cam yang hidup di Kampuchea mahupun di Vietnam melarikan diri untuk  mencari perlindungan di negara-negara lain seperti Malaysia, Perancis,  Amerika Syarikat mahupun Australia.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\"><strong>Peradaban<\/strong><\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Berkenaan  dengan peradaban pula, kerajaan Campa telah terpengaruh dengan peradaban  India dan telah menjadi sebuah negeri yang dipengaruhi Hindu-Buddha.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Terdapat  banyak peninggalan arkeologi di seluruh kerajaannya, khususnya di: <\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">&#8211; Tra-kieu\u00a0(wilayah  Quang-nam sekarang)<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">&#8211; My-son\u00a0(wilayah  Quang-nam sekarang) <\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">&#8211; Dong-Duong\u00a0(wilayah  Quang-nam sekarang) <\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">&#8211; Kawasan  Vijaya\u00a0(wilayah Binh-dinh sekarang) <\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">&#8211; Kauthara\u00a0(wilayah  Nha-trang sekarang)<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">&#8211; Panduranga  \u00a0(wilayah Binh-thuan sekarang)<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Dari  pengaruh yang diterima ini arca-arca serta candi-candi dibina. Inskripsi  pertama bertarikh abad ke-4 Masihi yang ditemui di Tra-kieu adalah dalam  bahasa Cam (rumpun Melayu). Kemudian ditemui juga inskripsi dalam bahasa  Sanskrit dan juga dwibahasa.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Kemudian  kerajaan Campa telah menerima tamadun Islam. Tiada kepastian bila Campa  telah menjadi Kerajaan Islam. Yang pasti Islam orang Islam telah tiba  di bumi Campa pada abad ke-9. Dan hanya pada abad ke-14 dan seterusnya  hubungan dengan orang Melayu dri Nusantara telah memperlihatkan orang  Cam telah menjadi Islam. Setelah orang Cam dan orang Melayu dari Nusantara  ini bertemu, pelbagai bentuk hubungan telah wujud, antaranya hubungan  keagamaan dan perdaganan. Hubungan ini berterusan sehingga ke hari ini.  Kini hampir keseluruhan penduduk Campa yang hidup di Vietnam atau di  luar Vietnam adalah orang Islam.<\/span><\/p>\n<h1><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\"><strong>Zaman  Awal Kerajaan Campa<\/strong><\/span><\/h1>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Menurut sejarah  Cina, Lin Yi, nama awal Campa, muncul pada tahun 192 Masehi di bahagian  tengah negeri Vietnam sekarang<sup>5<\/sup>. Penduduk Lin Yi bertutur  dalam bahasa dari rumpun Austronesia. Sempadan utara Lin Yi terletak  di <em>Gate of Annam<\/em> (Hoanh Son). Maklumat awal mengenai sejarah  Campa adalah sedikit sahaja; tidak diketahui sama ada penduduk Lin Yi  memegang ajaran Hindu atau Buddha.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Sejak  awal abad ketiga, Lin Yi merupakan negeri yang tunduk kepada China dan  membayar ufti kepadanya. Mereka telah mencuba untuk memperluaskan wilayahnya  ke utara <em>Gate of Annam<\/em> tetapi tidak berjaya. Pada abad keempat,  didapati bahawa penduduk Lin Yi bertutur dalam bahasa Cam<sup>6<\/sup>,  satu bahasa dari rumpun Austronesia. Pada ketika itu orang Cam membina  rumah mereka dari batu bata; mereka membakar mayat<sup>7<\/sup>. Pada  penghujung abad keempat dan awal abad kelima, Shivaisme merupakan agama  dominan yang diamalkan di istana<sup>8<\/sup>.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Sejak  abad ketujuh barulah bukti sejarahnya lebih jelas. Dalam satu sumber  ada menyebut bahawa satu ekspedisi ketenteraan Cina telah menyerang  Campa pada tahun 605. Ibu negeri Campa terletak di daerah Tra Kieu<sup>9<\/sup>.  Daerah Tra Kieu merupakan pusat penyebaran agama Hindu sejak abad keempat  lagi. Batu bersurat dalam kedua-dua bahasa iaitu Sanskit dan Cam, telah  ditemui di daerah tersebut. Nama \u201cCampa\u201d disebut buat kali pertama  dalam dua buah inskripsi bahasa Sanskrit, satunya bertarikh tahun 658  yang ditemui di bahagian tengah Vietnam dan satu lagi ditemui pada tahun  668 di Kampuchea. Ini tidak bererti nama \u201cCampa\u201d tidak pernah diguna  atau wujud sebelum itu. Satu lagi nama Campa iaitu <em>Chan  Cheng<\/em>, yang sebenarnya satu transliterasi Cina, muncul dalam tahun  877. <\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Dari  abad kelapan, wilayah kerajaan Campa ada pada keluasan yang terbesar.  Ia terletak dari <em>Gate of Annam <\/em> di utara hingga ke lembah Sungai Donnai di selatan. Kerajaan Campa  terbentuk dari lima buah daerah, yang mirip dengan negeri-negeri pada  masa sekarang. Lima buah negeri, dari utara ke selatan ialah Indrapura,  Amarawati, Vijaya, Kauthara and Panduranga. Setiap negeri diperintah  oleh pentadbirannya sendiri dan ada sebuah pemerintahan di peringkat  pusat iaitu di istana diraja Campa. Dengan itu Campa merupakan sebuah  federasi dan bukannya sebuah kerajaan <em>unitarian<\/em>.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Mengenai  hubungan diplomatik, kerajaan Campa menjalin hubungan baik dengan jiran-jirannya<sup>10<\/sup>,  iaitu China di utara, Kampuchea di barat dan Nusantara di selatan. Campa  secara teratur menghantar utusan-utusan dan uftinya serta mengadakan  hubungan ekonomi dan keagamaan dengan China. Dipercayai bahawa ajaran  Buddha Mahayana sampai ke Campa melalui sami yang datang dari China.  Agama ini berkembang dengan pesat pada abad kelapan dan kesembilan dengan  terbina sebuah kompleks biara yang termasyhur di Dong Duong. Hubungan  dengan Kampuchea juga diadakan secara berterusan. Pada peringkat awal  hubungannya akrab tetapi menjelang abad kesembilan ia menjadi renggang.  Mengenai hubungannya dengan jiran di bahagian selatan, ia bermula dengan  rompakan secara besar-besaran oleh orang <em>Jawa<\/em> pada penghujung  abad kelapan. Hubungan dengan Nusantara menjadi lebih baik selepas kejadian  itu sehingga membawa kepada peningkatan pertukaran perdagangan dan persahabatan.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Ketika  itu, dalam abad kesembilan, ibu negeri Campa terletak di Indrapura yang  kini di Quang Nam. Zaman inilah tamadun Campa termasuk sistem sosialnya,  konsep kerajaan serta praktis keagamaannya menunjukkan ia dipengaruhi  oleh peradaban India, iaitu Hinduisme dan Buddhisme. Keadaan politik,  ekonomi dan sosial telah menunjukkan Campa adalah sebuah kerajaan dipengaruhi  India. Dalam pada itu, raja Campa membina kemudahan-kemudahan Buddha  di Dong Duong dan juga kuil Hindu di My Son.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\"><strong>Abad  ke Sepuluh \u2013 Titik Tolak<\/strong><\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Penaklukan  China ke atas Vietnam yang bermula pada tahun 111 SM telah tamat pada  939 apabila Vietnam berjaya membebaskan diri dan mengisytiharkan sebagai  sebuah negara merdeka. Semenjak abad kesepuluh, Campa telah menghadapi  beberapa masalah dengan jiran baru. Serangan pertama Vietnam ke atas  Campa berlaku pada tahun 982 yang \u201cmenyebabkan kehilangan nyawa raja  Campa dan menyebabkan kemusnahan ibu negara\u201d<sup>11<\/sup>. Kelahiran  Vietnam menandakan satu perubahan yang amat besar bagi kerajaan Campa  serta arena politik di keseluruhan Indochina. Setelah beberapa siri  serangan oleh kedua-dua pihak, raja Campa membuat keputusan pada tahun  1000 untuk meninggalkan Indrapura kerana ianya terlalu dekat dengan  wilayah Vietnam. Baginda memindahkan ibu negaranya jauh ke selatan,  iaitu ke Vijaya yang kini tertelak di Binh Dinh.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Sejak  abad kesebelas, Dai Viet iaitu nama lama Vietnam, memberi tekanan yang  dahsyat ke atas Campa. Banyak serangan Vietnam dilakukan pada abad ini,  khususnya serangan pada tahun 1044 yang merampas dan menjarah Vijaya  lalu membunuh rajanya. Alasan serangan ini adalah kerana Vietnam ingin  mendera Campa yang berani menyerbu \u2018pantai Vietnam\u2019. Keresahan Campa  bukan hanya disebabkan faktor luar tetapi juga oleh faktor dalaman.  Kekalahan Campa terhadap Vietnam mencetuskan kebangkitan di Panduranga,  iaitu sebuah negeri yang terletak paling selatan dalam kerajaan Campa.  Kerajaan pusat telah menghantar satu pasukan tentera untuk membanteras  kebangkitan tersebut<sup>12<\/sup>.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Untuk  membalas dendam terhadap serangan Vietnam pada tahun 1044, Raja Rudravarman  III menyerang Vietnam pada 1068. Sekali lagi Campa diserang balas secara  serta merta oleh Vietnam. Raja Vietnam, Ly Thanh Tong mengetuai pasukan  tentera lautnya, menyerang Vijaya, mengalahkan tentera Campa dan menangkap  Raja Rudravarman III. Raja Vietnam membawa raja Campa ke lembah Sungai  Merah. Bagi membebaskan dirinya, raja Campa telah melepaskan kawasan  dari <em>Gate of Annam<\/em> hingga ke daerah di sekitar genting Lao Bao  kepada Vietnam pada tahun berikutnya. Dengan itu istana Vietnam menukarkan  daerah-daerah ini untuk menjadi propinsi-propinsi Vietnam dan diberi  nama Dia Ly, Ma Linh dan Bo Chinh.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Dalam  tahun 1103 dan 1104, orang Cam menyerang balas tetapi gagal mendapatkan  kembali wilayah-wilayah yang telah dirampas. Berikutan itu sempadan  utara Campa dipindahkan ke selatan iaitu di genting Lao Bao<sup>13<\/sup>.  Semenjak itu Campa terpaksa bukan hanya menghantar ufti ke negeri China  malah ke Vietnam. Oleh kerana kelemahan kerajaan pusat, Panduranga sekali  lagi mencuba untuk mendapatkan otonominya.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Abad  kedua belas juga memperlihatkan Campa membantu kerajaan Angkor untuk  menentang kemaraan Vietnam. Kemudian apabila Campa berbaik dengan Vietnam,  raja Khmer menghantar satu pasukan tenteranya untuk menakluki Vijaya  pada tahun 1145 dan menduduki keseluruhan bahagian utara wilayah Campa.  Vijaya dibebaskan pada tahun 1149 oleh raja Panduranga yang menabalkan  dirinya sebagai raja Campa di istana Vijaya. Setelah kemangkatan raja  ini, penggantinya menyerang Angkor secara mengejut pada tahun 1177 dengan  menggunakan satu pasukan tentera laut yang kuat yang berlayar melalui  Sungai Mekong dan Sungai Tonle Sap hingga ke Tasik Tonle Sap. Tindak  balas raja Jayavarman VII dalam satu siri peperangan, termasuk serangan  pasukan tentera laut berjaya menghalau pendudukan tentera Cam dari bumi  Kampuchea. Siri peperangan ini diperingatkan melalui <em>bas-relief<\/em> di Bayon dan Banteay Chmar<sup>14<\/sup>.\u00a0 Jayavarman meneruskan  serangannya hingga penaklukan ibu negara Campa pada tahun 1191. Baginda  melantik adik iparnya, Yuvaraja Dhanapati Grama untuk memerintah di  Vijaya. Seorang putera Cam, Angsoraja Urang Turai-Vijaya yang telah  dibesarkan di Angkor diberikan takhta di Panduranga. Akan tetapi raja  Panduranga ini merampas kuasa raja Vijaya dalam tahun 1192 dan mengisytiharkan  dirinya sebagai raja di Vijaya dan Panduranga. Berikutan itu, Jayavarman  VII mengambil tindakan secara definitif dengan meletakkan Campa di bawah  naungannya pada tahun 1203. Dengan demikian Campa telah menjadi sebuah  propinsi kerajaan Kampuchea hingga ke tahun 1220. Tarikh ini merupakan  tarikh tamatnya permusuhan selama satu abad di antara dua saudara berjiran  dan sesama mengamalkan kebudayaan Hindu-Buddha. Sejak itu kedua-dua  negara ini menjalinkan hubungan kejiranan yang amat baik.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Setelah  tujuh belas tahun di bawah naungan Kampuchea pada awal abad ke tiga  belas, Campa sekali lagi terletak di bawah orang Mongol pada tahun 1283  selama dua tahun. Di samping itu, Vietnam selalu menceroboh wilayah  Campa. Pada awal abad keempat belas, Campa menderita kerana hilang lagi  daerahnya di utara.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Raja  Jaya Simhavarman III (? \u2013 1307), dikenali sebagai Che Man bagi orang  Vietnam, dan Pou-ti oleh orang Cina, menawarkan pada tahun 1306 kepada  raja Vietnam dua buah daerah O dan Ly, iaitu wilayah di antara genting  Lao Bao dan <em>Col des Nuages<\/em> (genting Awan) bagi mendapatkan anaknya,  puteri Huyen Tran, sebagai isteri baginda. Baginda tidak bernasib baik,  baginda mangkat setahun kemudian. Dengan serta merta puteri Vietnam  ini dibawa balik ke Thang Long kerana bimbang dibakar hidup-hidup bersama  mayat suaminya mengikut adat <em>sati<\/em> India yang diamalkan di Campa  ketika itu. Pengganti-pengganti Raja Jaya Simhavarman telah mencuba  pada tahun 1311-12, 1317-18, 1326 dan 1353 untuk menuntut kembali daerah-daerah  yang telah diberi kepada Vietnam tetapi semuanya gagal.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Dalam  suasana itu, \u201cseorang raja Cam yang mempunyai seni politik yang baik  serta kelicikan dalam strateginya\u201d wujud dalam senario. Baginda adalah  Che Bong Nga (1360-1390). Baginda merupakan seorang raja yang berpengetahuan  luas dalam peperangan. Baginda memperkuatkan pasukan tentera darat dan  laut baginda dengan menambahkan bilangan askar serta memperbaiki kelengkapan  tentera. Baginda dipercayai naik takhta pada tahun 1360.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Baginda  mengepalai satu siri serangan ke atas daerah-daerah yang sekarang telah  menjadi wilayah Vietnam. Serangan pertama adalah pada awal tahun 1361  apabila pasukan tentera baginda memusnahkan pelabuhan Dia Ly. Dalam  balasan serangan baginda, Che Bong Nga telah dua kali menyerang Thanh  Long, ibu negara Vietnam di lembah Sungai Merah; kali pertama pada tahun  1370 dan kali kedua pada tahun 1377. Baginda berjaya menewaskan dua  pencerobohan tentera Vietnam pada tahun 1368 dan 1377 apabila pasukan  tentera ini menyerang Vijaya. Walhasil baginda dibunuh oleh askar Vietnam<sup>15<\/sup> dalam satu peperangan dalam tahun 1390 apabila rahsia kapal yang dinaikinya  telah dibocorkan ke pihak Vietnam oleh pengiring yang mengkhianati baginda.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Che  Bong Nga juga merupakan seorang raja yang sangat prihatin terhadap hal-hal  keadilan sambil memberi keutamaan kepada keamanan dan kestabilan dalam  kerajaannya. Hukuman yang keras dikenakan kepada lanun-lanun yang menjalankan  aktiviti mereka di persisiran pantai Campa. Baginda juga mengadakan  hubungan yang baik dengan China dengan menghantar gajah, harimau serta  lain-lain hasil pengeluaran Campa ketika Tchou Yuan-tchang mengisytiharkan  dirinya sebagai \u201cMaharaja Ming\u201d pada tahun 1369.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Daerah-daerah  di utara <em>Col des Nuages<\/em> yang dirampas kembali oleh Che Bong Nga  hanya dilepaskan kepada Vietnam oleh penggantinya iaitu Raja Jaya Simhavarman  Sri Harijatti (La Ngai, dalam bahasa Vietnam) yang memerintah hingga  ke tahun 1400<sup>16<\/sup>.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Masp\u00e9ro  dalam bukunya yang berjudul <em>Le Royaume  de Champa <\/em>(Kerajaan Campa) menggambarkan zaman pemerintahan Che  Bong Nga, 1360-1390 sebagai zaman keagungan kerajaan Campa<sup>17<\/sup>.  Sebenarnya apa yang berlaku semasa pemerintahan Che Bong Nga itu hanya  masa kejayaan yang singkat dalam proses menuntut kembali wilayah-wilayah  yang telah ditakluki oleh Vietnam dalam abad-abad sebelumnya. Kesilapan  Che Bong Nga tidak menyelenggara wilayah yang telah berjaya dirampas  kembali itu. Walau bagaimanapun selenggaraan wilayah ini tidak mungkin  boleh berlaku kerana wilayah itu sangat luas jika dibandingkan dengan  jumlah rakyat yang ada dalam kerajaannya. Sebaliknya P-B. Lafont<sup>18<\/sup> percaya bahawa kedatangan agama Islam di India dalam abad ke-12 yang  menjadi penghubung dengan Indochina menyebabkan kelemahan penguasa kerajaan  berpengaruh Hindu itu. Beliau mengatakan hubungan yang sedia ada di  antara peradaban Hinduisme dan Buddhisme dengan Campa yang merupakan  kekuatan kerajaan tersebut tidak lagi mampu memberi pernafasan baru  kepadanya. Walau bagaimanapun sebenarnya kerajaan Campa sedang mengalami  kemerosotan kerana negara ini sentiasa dikalahkan dalam peperangan sejak  kelahiran Vietnam yang merupakan titik tolak dalam sejarah keseluruhan  Indochina.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\"><strong>Kejatuhan  Vijaya pada tahun 1471<\/strong><\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Pada awal  abad kelima belas, semasa raja Vietnam Le Loi sedang sebuk dengan pemberontakannya  untuk menuntut kemerdekaan Vietnam dari China, Campa telah berjaya mengawal  kembali Amarawati yang dirampas oleh Vietnam beberapa tahun lalu. Konflik  di antara dua buah negeri berjiran ini bernyala semula dalam tahun 1445  dan bertambah kerap melalui siri serangan Vietnam yang tak henti-henti.  Serang muktamad berlaku pada tahun 1471 apabila raja Vietnam Le Thanh  Tong, dalam tindak balas terhadap satu serangan yang dilakukan oleh  raja Campa, secara hemat menyerang melalui jalan laut dan darat yang  menyebabkan pasukan tentera Campa malarikan diri. Le Loi menakluki Vijaya  dan meratakan ibu negara tersebut serta memancung lebih dari empat puluh  ribu rakyatnya serta mengusir lebih dari tiga puluh ribu yang lain.  Berikutan itu raja Vietnam tersebut menghancurkan secara sistematik  apa sahaja yang berkait dengan kebudayaan Cam berpengaruh Hindu-Buddha.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Penaklukan  Vijaya secara muktamad ini menandakan \u201ctamatnya kegemelutan yang telah  berlaku selama separuh millenium, di antara dua peradaban iaitu peradaban  Hindu-Buddha yang diwakili oleh kerajaan Campa dan peradaban China yang  diwakili oleh etnik Vietnam yang mara ke selatan dengan keras hati.  Ini kerana bagi kedua dua protagonis ini pergelutan tersebut merupakan  hal yang penting bagi kemandirian mereka. Dan dari tahun-tahun di penghujung  abad ke sepuluh ia memperlihatkan perunduran orang Cam terhadap sejumlah  besar orang Vietnam. Dengan itu tahun 1471 merupakan tarikh kemenangan  secara muktamad rakyat yang bertamadun Cina ke atas masyarakat yang  berpengaruh Hindu-Buddha yang sejak abad kedua Masehi memerintah di  bahagian timur semenanjung Indochina. Setelah Vijaya diruntuhkan, Le  Thanh Tong mendirikan sebatang batu di bukit Thach Bi untuk menandakan  sempadan Dai Viet baru di selatan<sup>19<\/sup>. Pernah dipercayai bahawa  kejatuhan Vijaya merupakan tamatnya kewujudan kerajaan Campa. Sebenarnya  pada masa itu orang Vietnam mengawal hanya hingga ke genting Cu Mong.<\/span><\/p>\n<h1><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\"><strong>Campa  Selepas 1471<\/strong><\/span><\/h1>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Setelah ibu  kota Vijaya dimusnahkan, dua daerah di bahagian selatan iaitu Kauthara  dan Panduranga masih lagi diperintah oleh orang Campa. Ini terbukti  kekuasaan Bo Tri Tri\u00a0 yang diiktiraf oleh maharaja Cina pada tahun  1478. <\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Kerajaan  Campa yang diperintah oleh Bo Tri Tri dan pengganti-penggantinya mengambil  \u201cnilai-nilai dan struktur masyarakat baru yang agak asing daripada  yang pernah menjadi asas bagi Campa yang berpengaruh Hindu\u201d<sup>20<\/sup>.  Nilai-nilai dan struktur masyarakat baru ini adalah campuran kepercayaan-kepercayaan  tempatan yang berasal dari kebudayaan India dan konsep-konsep Islam  yang dibawa masuk di pelabuhan-pelabuhan di Panduranga dan Kauthara.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Dalam  abad ke enam belas pula berlaku pergelutan di antara dua bangsawan (<em>seigneur<\/em>)  Vietnam untuk menguasai Vietnam walaupun Vietnam diperintah oleh dinasti  L\u00ea. Permusuhan di antara bangsawan Trinh yang mentadbir bahagian utara  Vietnam dan bangsawan Nguyen yang telah mengadakan ibu kotanya berdekatan  dengan Hu\u00ea sekarang berterusan hingga penghujung abad kelapan belas  apabila dinasti L\u00ea digulingkan oleh Tay Son bersaudara. Dengan kekuasaannya  di bahagian selatan, bangsawan Nguyen adalah bertanggungjawab dalam  memperluaskan wilayahnya lagi ke selatan dengan merugikan Kauthara dan  Panduranga<sup>21<\/sup>.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Pada  ketika itu Campa telah lemah terhadap Vietnam. Walau bagaimanapun, Campa  masih mampu menghantar satu ekspedisi militer pada tahun 1578 ke kawasan  yang dikenali sekarang sebagai Phu Yen<sup>22<\/sup>, untuk menduduki  sebuah kubu yang ditakluki oleh Nguyen sebelum ini. Sementara itu Campa  telah mengadakan hubungan yang baik dengan Dunia Melayu. Raja Islam  Campa, Po Klau Halu (1579-1603), telah menghantar pasukan tenteranya  untuk membantu sultan Johor di Semenanjung Tanah Melayu menentang orang  Portugis di Melaka.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Peperangan  di antara orang Cam dan Vietnam masih berterusan. Setiap serangan Campa  untuk menuntut kembali wilayahnya yang telah ditakluki Vietnam dianggap  sebagai pencerobohan ke atas tanah Vietnam. Dengan itu tindak balas  yang tegas dan pantas dari pihak Vietnam diambil terhadap Campa. Ini  terbukti dalam satu peristiwa di mana raja Campa Po Nit (1603-13) yang  menyerang Quang Nam, sebuah daerah yang dikawal oleh Nguyen. Ini menyebabkan  serangan balik yang sangat pantas pada 1611 dari pemerintah Nguyen yang  menakluki wilayah baru di utara Kauthara yang terbentang dari genting  Cu Mong ke gunung Thach Bi dan <em>Cape  Varella<\/em>. Raja Nguyen tersebut mengubahkan daerah ini untuk menjadikan  propinsi barunya iaitu Tran Bien<sup>23<\/sup> serta menghantar lebih  kurang tiga puluh ribu orang Vietnam untuk mendudukinya.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Kekalahan  ini tidak mematah semangat pemerintah-pemerintah Campa untuk mencuba  mendapat kembali wilayah-wilayah yang ditakluki itu. Kali ini apabila  Raja Nguyen telah ketahui rancangan raja Campa Po Nraup dalam tahun  1653 untuk menduduki kembali wilayah yang telah diserap masuk ke dalam  wilayah Vietnam pada tahun 1611 itu, raja Vietnam menyerang Campa lebih  dahulu, menangkap dan mengurung Po Nraup ke dalam sangkar besi di mana  baginda membunuh diri<sup>24<\/sup>.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Raja-raja  Nguyen meneruskan gerakannya ke selatan, iaitu Sungai Phan Rang, daerah  Cam Ranh<sup>25<\/sup> dan merampas keseluruhan daerah Kauthara yang  masih belum lagi ditakluki. Kemudian daerah-daerah ini dinamakan propinsi  Thai Kang dan Dien Khanh.<sup>26<\/sup> Pada penghujung tahun 1653, kerajaan  Campa tinggal hanya negeri Panduranga.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Dalam  sejarah Nam-tien, iaitu gerakan perluasan wilayah Vietnam ke selatan,  raja-rajanya turut menakluki daerah-daerah orang Khmer. Setelah Raja  Nguyen menakluk wilayah orang Khmer yang kini dikenali sebagai Bien  Hoa iaitu sebuah propinsi Vietnam, Campa berada dalam keadaan yang sangat  rumit kerana Campa bersempadan dengan Vietnam di utara mahupun di Selatan.  Keadaan ini tidak akan tahan lama kerana Raja Nguyen hanya menunggu  masa untuk menyerang dan menghapuskan kesemua kawasan di antara kedua-dua  sempadan tersebut. Peluang keemasan tiba pada tahun 1692 apabila raja  Campa Po Saut (1659-1692) mencuba untuk menuntut kembali negeri Kauthara.  Untuk membalas tindakan itu, Raja Nguyen menghantar tiga pasukan tentera  untuk menentang raja Campa, merampas dan menakluk Panduranga. Raja Nguyen  menukarkan nama Chiem Thanh (Campa) kepada Thuan Thanh, sebuah daerah  baru Vietnam. Raja Vietnam melantik tiga orang mandarin militer yang  berjaya menakluk daerah tersebut untuk memerintah wilayah itu. Sebulan  kemudian raja itu menukarkan status daerah tersebut menjadi sebuah <em> prefecture<\/em> Vietnam yang diberi nama Binh Thuan serta juga melantik  adik raja Campa yang telah diguling untuk menjadi gabenor yang bergelar  mandarin Vietnam<sup>27<\/sup>. Tahun 1692 Panduranga telah menjadi lemah  dan hanya menunggu masa untuk menerima nasib seperti Kauthara.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Pemerintahan  tentera Nguyen secara langsung bertahan selama satu tahun sahaja. Pada  tahun berikutnya, iaitu pada tahun 1693, rakyat Panduranga memberontak  menentang tentera Nguyen tetapi\u00a0 menyedari tidak berjaya untuk  memadam kebangkitan rakyat. Pada tahun 1694 Raja Nguyen memansuhkan  penaklukannya. Raja Nguyen membentuk semula Panduranga (Binh Thuan).  Kemudian baginda menabalkan gobenor Binh Thuan untuk menjadi Raja Po  Saktiraydaputih (1696-1727). Raja Panduranga berjanji untuk membayar  ufti tahunan kepada Raja Nguyen<sup>28<\/sup>.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\"> Oleh  kerana ada orang Vietnam yang menetap di situ, Raja Nguyen mencari jalan  untuk berkuasa ke atas mereka untuk kepentingan ketuannannya (<em>seigneurie<\/em>).  Dengan demikian baginda boleh mengawasi gerak geri raja Campa dengan  mudah. Berikutan itu, pada 1697 Raja Nguyen menubuhkan satu <em>prefecture<\/em> Vietnam dalam wilayah Panduranga, <em>prefecture<\/em> yang sangat luar  biasa statusnya. Sejak tahun 1702, <em>prefecture<\/em> ini ditadbir oleh  orang Vietnam. Baginda memberi nama lama iaitu Binh Thuan kepada <em> prefecture<\/em> ini. <em>Prefecture<\/em> ini terdiri daripada kampung-kampung  orang Vietnam yang ada di keseluruhan Panduranga. Oleh sebab itu orang  Vietnam di Panduranga tidak lagi tertakluk kepada undang-undang dan  pemerintah Panduranga tetapi terletak di bawah jagaan mandarin Vietnam  yang dilantik bagi tujuan itu. Mandarin ini berhak untuk campur tangan  dengan raja Panduranga (Campa) untuk membela sebarang kepentingan Vietnam  di Panduranga seperti pertelingkahan dengan pentadbiran atau dengan  orang penduduk Cam di Panduranga<sup>29<\/sup>. Dari waktu itu sedikit  demi sedikit orang Vietnam perolehi lebih banyak lagi tanah, melalui  pembelian atau perampasan harta benda yang digadai oleh orang Cam, atau  pun perampasan melalui imigren baru Vietnam yang datang menetap di situ.  Panduranga tidak ada lagi hak atau kekuasaan di wilayah dan rakyatnya.  Ia telah menjadi satu tampung taburan perantau-perantau dari orang-orang  Nguyen yang menjadi tuan tanah<sup> 30<\/sup>.<\/span><\/p>\n<h1><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\"><strong>Hari-hari  terakhir Kerajaan Campa<\/strong><\/span><\/h1>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Satu  peristiwa lagi meletus di Vietnam pada suku ketiga abad ke lapan belas.  Peristiwa itu adalah kebangkitan Tay Son bersaudara menentang raja Nguyen  pada 1771. Kebangkitan ini merebak dengan pantas pada mulanya di wilayah  yang diperintah oleh Nguyen kerana penganiayaan pemerintah-pemerintah  Nguyen terhadap rakyatnya. Kebangkitan ini menyebabkan Raja Nguyen terpaksa  meninggalkan Hue, iaitu pusat pemerintahannya, untuk mencari perlindungan  di lembah Sungai Mekong. Kemudian, Tay Son bersaudara berjaya menghapuskan  juga raja Trinh yang berkuasa di utara wilayah Vietnam; dan akhir sekali  dinasti Le juga dihapuskan.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Di  lembah Sungai Mekong, keluarga Nguyen merancang strategi mereka dan  berlawan kembali untuk mendapat kembali takhtanya<sup>31<\/sup>. Dalam  peperangan sesama orang Vietnam ini, Panduranga (Campa) terperangkap  di antara tentera Nguyen dan Tay Son. Kedua-dua belah pihak yang bermusush  itu tidak mendapat kedudukan yang lebih baik kerana alasan utama mereka  adalah mencari jalan untuk menduduki Panduranga dan dengan itu mendapat  keuntungan di segi strategi terhadap musuhnya. Peperangan demi peperangan  yang berulang-balik di atas bumi Panduranga ini amat merugikan Panduranga.  Raja-raja Cam tidak berupaya sepanjang masa perbalahan ini yang berlangsung  hingga ke tahun 1802. Dengan demikian peluang kewujudan Panduranga sangat  bergantung kepada kedua-dua pihak Vietnam yang berperang itu.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Akibat  dari perang saudara Vietnam ini telah menyebabkan seorang raja Cam dari  Panduranga, raja Po Cei Brei terpaksa meninggalkan tanah air baginda  bersama ribuan pengikutnya untuk mencari tempat perlindungan dari negeri  jiran baiknya iaitu kerajaan Kampuchea. Untuk mengelakkan dari dikesan  oleh musuhnya seperti tentera Vietnam, baginda serta pengikutnya mengambilah  jalan yang jauh dan berliku yang mengambil masa selama dua puluh tujuh  tahun sebelum menetap di Rong Damrei, propinsi Tay Ninh iaitu sebuah  propinsi Kampuchea yang baru dikuasai <em>de  facto<\/em> oleh orang Vietnam.<sup>32<\/sup> <\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Setelah  berjaya menewaskan Tay Son bersaudara, raja Nguyen yang mengambil gelaran  Gia Long menjadi maharaja Vietnam, mula membangunkan empayarnya dengan  menyatukan wilayah yang sebelum ini dikuasai oleh raja-raja Trinh dan  wilayah diperintah raja-raja Nguyen iaitu moyangnya. Gia Long menabal  Po Sau Nun Can sebagai seorang pembesar Cam di Panduranga yang sama-sama  berjuang semasa berperang melawan Tay Son, dalam memerintah Panduranga  dan\u00a0 hanya daerah-daerah yang tidak termasuk dalam prefecture Binh  Thuan. Baginda dibenar mengadakan satu pasukan tentera kecil, untuk  mengutip cukai dari rakyatnya dan hanya berkuasa ke atas penduduk yang  bukan orang Vietnam dalam lengkungan negeri Panduranga (Campa) yang  terbatas itu. Bagi Raja Nguyen, Po Sau Nun Can merupakan seorang gabenor  yang diberi hadiah kerana hanya \u201cperkhidmatan dari rakan pejuang yang  setia dan bukan percubaan yang jati untuk membangunkan Panduranga sebagai  sebuah negeri\u201d<sup>33<\/sup>. Walau bagaimanapun, sepanjang pemerintahan  Gia Long Panduranga dapat menikmati satu otomoni yang baik. Panduranga  mendapat perlindungan seorang wijurai Vietnam yang mentadbir daerah  Gia Dinh Thanh iaitu Le Van Duyet yang merupakan seorang rakan perjuangan  maharaja Gia Long semasa berperang menentang Tay Son.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Keadaan  berubah secara drastik selepas kematian Gia Long pada tahun 1820. Minh  Menh anaknya, naik takhta dan kemudian terbabit dalam satu kancah perebutan  bagi mendapatkan pengaruh ke atas Panduranga dengan wijurai Le Van Duyet.  Wijurai sangat berpengaruh di istana Campa. Ini menjadikan Panduranga  terpaksa membayar dengan harga yang sangat mahal kerana kedua-dua pihak  membuat apa sahaja untuk membolehkan mereka menunduk Panduranga. Selepas  kematian Po Sau Nun Can pada 1822, Minh Menh menghalang perlantikan  seorang pembesar Cam yang sepatutnya menjadi penggantinya. Minh Menh  melantik pembesar lain yang disukainya. Perlantikan ini tidak dipersetujui  oleh Le Van Duyet kerana calon tersebut adalah bertentangan dengan kehendaknya.  Keadaan ini menyebabkan\u00a0 tercetusnya satu kebangkitan bersenjata<sup>34<\/sup>,  di Gia Dinh Thanh dan merebak luas ke kawasan lain. Memandangkan keadaan  ini, Minh Menh bertukar fikiran melantik pembesar yang sebenarnya berhak  dilantik sebagai gabenor Panduranga.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Dalam  masa itu Minh Menh tidak berbuat apa-apa. Minh Menh mendapat satu lagi  peluang apabila raja Panduranga mangkat pada tahun 1828. Kali ini juga  Minh Menh melantik seorang Cam yang dipercayainya sebagai gabenor tetapi  Le Van Duyet menggantikannya dengan anak lelaki Po Sau Nun Can yang  setia kepadanya. Semenjak perlantikan tersebut, gabenor baru ini mengutip  cukai dan menghantar ke Gia Dinh Thanh dan bukan ke Hue. Maharaja Minh  Menh tidak boleh menerima perubahan bahawa Panduranga menjadi naungan  kepada Gia Dinh Thanh dan bukan kepada Istananya.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Oleh  kerana Minh Menh tidak boleh berbuat apa-apa kerana wijurai Le Van Duyet  mempunyai pasukan tentera yang gagah perkasa, baginda menunggu sahaja  dengan sabar. Nasib kerajaan Campa hanya akan ditentukan pada kematian  Le Van Duyet pada tahun 1832. Minh Menh mengambil peluang keemasan itu  untuk memasukkan keseluruhan wilayah Panduranga ke dalam wilayahnya.  Baginda melakukan hukuman yang amat dahsyat ke atas pegawai-pegawai  yang berani membelakanginya dan sanggup memperakukan wijurai Le Van  Duyet, wijurai di Gia Dinh Thanh<sup>35<\/sup>. Rakyat jelata dikenakan  tahanan penjara (<em>forced labor<\/em>) dan sawah-sawah mereka dirampas.  Berikutan itu Minh Menh menghapuskan Panduranga iaitu kerajaan Campa  dari peta dunianya. Baginda membahagikan wilayah Panduranga dan rakyatnya  untuk dimasukkan ke dalam daerah-daerah Vietnam iaitu daerah An Phuoc  dan Hoa Da dalam probinso Binh Thuan<sup>36<\/sup>. Dengan demikian kerajaan  Campa yang merupakan sebuah kerajaan termasyhur di semenanjung Indochina  telah menamatkan riwayatnya pada hujung tahun 1832.<\/span><\/p>\n<h1><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\"><strong>Kebangkitan  terakhir<\/strong><\/span><\/h1>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Akan tetapi  Panduranga (Campa) tidak akan lenyap begitu sahaja. Disebabkan tindakan-tindakan  yang amat bengis yang dikenakan oleh Minh Menh terhadap penyokong Le  Van Duyet, rakyat Panduranga bangkit di keseluruhan wilayah selatan  bermula pada tahun 1833. Kebangkitan rakyat Campa pertama diketuai oleh  Katip Sumat dengan menggunakan konsep jihad dalam kefahaman ajaran Islam.  Beliau mengumpulkan sebilangan besar pengikutnya; kebangkitan ini merupakan  kebangkitan yang utama<sup>37<\/sup> sehingga orang Vietnam dari probinsi  Binh Thuan dipanggil melibatkan diri untuk membanteras kebangkitan ini<sup>38<\/sup>.  Hasilnya Vietnam berjaya menghapuskan kebangkitan tersebut pada awal  tahun 1834.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Pada  tahun 1834-1835 kebangkitan kedua telah berlaku. Jika kebangkitan pertama  menggunakan konsep jihad, kebangkitan kedua pula merupakan \u201cperang  pembebasan\u201d. Ketuanya adalah Ja Thak Va. Beliau menggunakan konsep  \u201cnasionalisme\u201d untuk mengumpulkan rakyat Campa dari dataran-dataran  tinggi serta tanah rendah untuk membebaskan negeri Campa dari penaklukan  Vietnam. Struktur organisasi Ja Thak Va ini merupakan sebuah \u201cnegara\u201d  di mana di atas sekali adalah raja yang dilantik oleh majlis pembesar-pembesar  Cam. Raja yang baru dilantik oleh organisasi tersebut adalah seorang  pewaris takhta Campa. Baginda bertanggungjawab sebagai panglima tertinggi.  Setelah Ja Thak Va mengumpulkan orang-orang dari dataran tinggi serta  orang Cam, Ja Thak Va melancarkan beberapa serangan terhadap pasukan  tentera Minh Menh. Beliau berjaya membebaskan hampir keseluruhan wilayah  Panduranga. Istana Hue cuba menggoda \u201corang nasionalis\u201d supaya meletakkan  senjata tetapi tidak berjaya. Akhirnya pada pertengahan 1835 Ja Thak  Va terbunuh<sup>39<\/sup> dan kemudian diikuti oleh raja.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Kematian  Ja Thak Va dan raja tidaklah menyebabkan organisasinya runtuh secara  serta merta. Setelah kematian mereka Minh Menh mula mengambil tindakan  yang amat ganas untuk menghukum pengikut mereka. Pengikut-pengikut ini  diburu, tidak diberi makan, dibuang daerah dan dibunuh<sup>40<\/sup>.  Harta benda mereka dirampas; kampung-kampung mereka dibakar, kawasan  perkuburan dihancurkan. Bagi tindakan jangka panjang, untuk memastikan  empayarnya tidak lagi diganggu oleh penentang dari Campa, maharaja Vietnam  menyelerakkan orang Cam serta orang <em>montagnards<\/em> dalam kampung-kampung  orang Vietnam. Dengan perbuatan itu, maharaja Vietnam tersebut telah  \u201cmemusnahkan kerangka kebudayaan dan masyarakat Cam yang telah berakar  umbi di bumi nenek moyang mereka iaitu Campa\u201d<sup>41<\/sup> sejak hampir  dua ribu tahun dahulu.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Dengan  demikian, sejarah Campa dibentuk mengikut kehendak maharaja-maharaja  Vietnam dalam rangka memperluaskan wilayah mereka ke selatan. Setiap  kali Vietnam menang dalam sesuatu peperangan terhadap Campa, istana  Vietnam dapat mengukuhkan kekuasaannya. Bumi ini dipenuhi dengan tentera,  yang bergiat sebagai petani yang bertujuan mempertahankan negerinya  dari cubaan untuk diambil balik oleh tuan lamanya iaitu rakyat Campa.  Selain daripada tentera-petani tersebut, istana Vietnam juga menghantar  orang yang dihukum buang negeri, petualang-petualang serta papa kedana  supaya mendiami kawasan yang baru ditakluki itu. <\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Kelahiran  Vietnam pada abad ke sepuluh merupakan satu titik tolak yang amat besar  bukan hanya bagi kerajaan Campa tetapi juga bagi keseluruhan Indochina.  Orang Vietnam mengambil masa sembilan abad untuk menghapus kerajaan  Campa yang berpengaruh Hindu-Buddha yang amat masyhur pada seketika  dahulu.<\/span><\/p>\n<h1><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\"><strong>Campa  dan Masyarakat Cam selepas 1835<\/strong><\/span><\/h1>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Selepas  kedua-dua kebangkitan Katip Sumat dan Ja Thak Va, rakyat Campa yang  tinggal di dataran tinggi mahupun di tanah rendah, hidup hanya dengan  belas ihsan dari maharaja-maharaja Vietnam. Setelah kemangkatan Minh  Menh, pengganti-penggantinya meneruskan dasar mengintegrasikan rakyat  Campa ke dalam norma-norma sosio-budaya dan politik Vietnam. Ini berterusan  sehingga kedatangan Perancis di Indochina pada pertengahan abad ke-19.  Sejak itu orang Cam berada secara langsung di bawah pentadbiran Perancis.  Mereka menikmati keamanan sehingga Perancis dihalau dari Indochina pada  1954. Pada ketika itu, persidangan di Geneva telah memutuskan bahawa  Vietnam dibahagikan kepada dua wilayah iaitu Vietnam Utara yang menerima  fahaman komunis, dan Vietnam Selatan disokong oleh Amerika Syarikat  dan sekutunya.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Sejak  Ngo Dinh Diem menjadi presiden Republik Vietnam Selatan pada 1955, beliau  meneruskan apa yang diamalkan oleh maharaja-maharajanya sebelum ini.  Beliau membuka perkampungan-perkampungan baru di dataran tinggi bagi  penduduk-penduduk Vietnam yang melarikan diri dari rejim komunis di  Vietnam Utara. Keadaan seperti ini pernah berlaku semasa pemerintahan  Minh Menh dahulu. Penempatan orang Vietnam yang baru datang dari utara  ini mengwujudkan perkampungan serta kampung-kampung kecil orang Vietnam  di seluruh bumi <em>montagnards<\/em> (the hill tribes\u2019 lands). Ada di  kalangan mereka terpaksa meninggalkan bumi yang tercinta kerana kerajaan  tidak mampu menampung penempatan imigran yang terlalu ramai bilangannya. <\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Ada  di antara yang cuba mempertahankan hak mereka telah dituduh sebagai  komunis maka ditangkap dan dipenjarakan. Yang lain ditempatkan dalam  kampung-kampung \u2018strategik\u2019 di mana cara hidup dan adat resam mereka  dimusnahkan secara sistematik dan tertakluk kepada proses memvietnamkan  mereka. Dalam situasi demikian, pada tahun 1956 sebuah organisasi baru  telah dibentuk iaitu BAJARAKA iaitu gabungan suku-suku Bahanar, Jarai,  Rhade dan Kaho. Tujuan penubuhan ini adalah untuk menuntut hak-hak ketenteraman  di bumi asal mereka. Walau bagaimanapun gerakan ini tidak dapat bertahan  lama. Berikutnya, Ngo Dinh Diem telah menahan dan memenjarakan ramai\u00a0  orang termasuk pemimpin-pemimpin mereka.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Hanya  setelah Ngo Dinh Diem dibunuh pada tahun 1963 baru mereka yang dipenjara  itu dibebaskan. Walau bagaimanapun mereka tidak putus asa. Pada tahun  berikutnya, mereka bergabung dengan pegawai-pegawai tinggi dalam tentera  Kampuchea dan membentuk satu gerakan yang lebih besar dan luas di mana  terdiri daripada bekas ahli BAJARAKA serta <em>montagnards<\/em> lain,  orang\u2013orang Cam dari Kampuchea dan Vietnam Selatan. Gerakan baru ini  diberi nama <em>Front de Lib\u00e9ration  du Champa<\/em> (Barisan Pembebasan Campa). Barisan pembebasan ini ialah  ahli kumpulan yang lebih besar termasuk kumpulan orang <em>Khmer  Krom<\/em> iaitu orang Khmer di Vietnam Selatan. Gerakan ini dinamakan <em> Front unifi\u00e9 de la lutte des races  opprim\u00e9es<\/em> (FULRO, Barisan Bersatu Perjuangan Ras-Ras Yang Tertindas).  Tujuan barisan ini adalah untuk menuntut melalui laluan politik dan  ketenteraan otonomi Kerajaan Campa dan daerah-daerah yang pada ketika  dahulu kepunyaan orang Khmer, serta hak mereka di atas bumi nenek moyang  mereka.<sup>42<\/sup><\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Tindakan  ketenteraan pertama berlaku pada bulan September 1964. Mereka berjaya  mengambil kuasa di beberapa buah propinsi di bahagian tengah Vietnam  serta siaran radio Ban Methuot. Melalui stesyen ini mereka memancarkan  rancangan-rancangan mereka. Mereka mengisytiharkan pembebasan Campa  dan Kampuchea Krom, bumi yang pada zaman dahulu kepunyaan orang Khmer.  Akan tetapi campur tangan politik Amerika memaksa Barisan Pembebasan  Campa tersebut berunding dengan pihak Saigon. Hasil rundingan itu adalah  mereka menyerah kembali wilayah yang dikuasainya kepada pentadbiran  Saigon. Ini tamatnya apa yang FULRO boleh lakukan kerana perang Vietnam  menentang komunis makin hebat dan kemudian pada awal 1970an telah merebak  ke Kampuchea. Pengambilan kuasa oleh rejim-rejim komunis di Indochina  pada tahun 1975 telah menamatkan satu lagi halaman perjuangan ras-ras  tertindas, termasuk rakyat Campa dalam membebaskan bumi mereka.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Kerajaan  Campa tinggal hanya sejumlah kecil peninggalan arkeologi serta dua masyarakat  yang boleh tafsirkan sebagai masyarakat yang tinggal di dataran tinggi  dan kawasan pergunungan (<em>montagnards<\/em>) serta masyarakat yang mendiami  tanah rendah di bahagian tengah Vietnam. Sepanjang sejarah Nam-tien,  iaitu sejarah perluasan wilayah Vietnam ke Selatan, sebilangan orang  Cam telah meninggalkan kerajaan yang tercinta untuk mencari perlindungan  di beberapa wilayah di Asia Tenggara. Sebilangan besar mereka menetap  di Kampuchea. Setelah pengambil alih kuasa oleh rejim komunis di Indochina,  mereka terpaksa sekali lagi berhijrah ke wilayah lain yang lebih jauh  seperti Malaysia, Perancis, Amerika Syarikat, Kanada and Australia.  Akhirnya orang Cam ditemui di seluruh dunia.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\"><strong>Kesimpulan<\/strong><\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Kerajaan  Campa yang merupakan sebuah kerajaan pada awal pengenaruh Hindu-Buddha  dan kemudiannya Islam terpaksa berhadapan dengan sebuah kerajaan baru  yang hanya wujud pada abad ke-10 di utara sempadannya, iaitu kerajaan  Dai Viet (Vietnam). Kerajaan Vietnam ini memerima secara total pengaruh  Cina mula-mula secara paksa dan kemudian secara sukarela selama lebih  daripada 1000 tahun.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Kedua-dua  kumpulan menusia ini dari rumpun dan tamadun yang berbeza bertembung.  Dari satu pihak Vietnam menganggap diri mereka sebagai kumpulan manusia  yang bertamadun, melihat orang lain sebagai tidak bertamadun. Mereka  percaya mereka harus bertindak untuk mempertmadunkan yang \u2018tidak bertamadun\u2019  itu. Tindakan ini amat merugikan Campa kerana satu-satunya bilangan  rakyat Vietnam itu adalah, menurut sumber Cina, lebih dari 10 kali ganda  bilingan rakyat Campa pada abad ke-11.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Kita  telah memahami mengapa rakyat Campa terpaksa menderita dalam hubugan  selama seributahn dengan Vietnam, hubungan yang merugikan Campa.\u00a0  Kita tidak boleh salahkan rakyat Campa sahaja ataupun kedua-dua pihak  sekali. Tanpa keraguan lagi setiap tindakan yang dikenakan ke atas Campa,  Vietnam sentiasa mencari helah untuk membela diri mereka: tindakan mereka  hanya untuk mematahkan \u00abkegiatan rompakan\u00bb orang Campa ataupun untuk  mempertahankan diri dari diancam oleh Campa. Alasan ini tidak boleh  pakai sama sekali. Satu lagi alasan yang disyurkan oleh sebilangan sejarawan  Vietnam juga tidak boleh diterima adalah <em>Nam-tien<\/em> bukan satu  program kemaraan orang Viet ke Selatan dengan terancang tetapi kerana  rakyat Viet yang ramai perlu mencari ruang untuk menempatkan diri, yang  boleh diibaratkan seperti air dalam cawan yang sudah penuh akan mengalir  keluar. Pengaliran keluar dengan sengaja orang Viet ini merupakan satu  fenomina yang merupakan satu penduduan bumi yang bukan tanah air mereka.  Sebaliknya sejarah telah buktikan bahawa setiap kali Vietnam menyerang  Campa, ia diikuti dengan pendudukan orang Viet di daerah baru yang ditakluki.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Sebaliknya  serangan Campa terhadap Vietnam hanya untuk mempertahankan diri dan  juga untuk menuntuk wilayah yang telah diduduki Vietnam. Sebagai contoh  adalah serangan Po Binasuor (nama Vietnam: Che Bong Nga, 1360-1390)  dapat kembalikan marwah Campa buat satu ketika dengan berjaya menyerang  Thang Long (Hanoi) sebanyak 3 kali. Akan tetapi 80 tahun kemudian, iaitu  pada tahun 1471, Le Thanh Tong telah merancangkan tindakan untuk menghapus  sama sekali Campa. Dan mereka berjaya menghancurkan Vijaya, ibu kota  Campa.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Tidakan  sekerasnya dilakukan secara berterusan terhadap orang Campa yang makin  lemah. Status Panduranga hanya sebuah daerah Vietnam di mana pemerintah-pemerintahnya  tidak berkuasa. Abad ke-20 juga memperlihatkan penentangan-penentangan  terhadap Vietnam tidak berjaya melahirkan semula identiti kenegaraannya.  Warisan kebanggaan kerajaan Campa satu ketika dahulu telah menjadi sebahagian  dari warisan Vietnam. \u00ab<em>Pax Vietnamica<\/em> pada mulanya dalam bentuk  perampasan harta benda dan kebebasan mereka yang dikalahkan, dan diikuti  dengan perampasan identiti mereka.\u201d<\/span><\/p>\n<p><a name=\"0.1_graphic04\"><\/a><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/mail.google.com\/mail\/?name=d33be9805ff33117.jpg&amp;attid=0.1&amp;disp=vahi&amp;view=att&amp;th=1224072f49325df5\" alt=\"Your browser may not support display of this image.\" width=\"1\" height=\"1\" \/> <\/span><\/p>\n<p align=\"center\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Bangunan sebelah  Candi (Panduranga)<\/span><\/p>\n<p align=\"center\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">(H. Parmentier)<\/span><\/p>\n<h5><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\"><strong>RUJUKAN<\/strong><\/span><\/h5>\n<h3><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\"><strong>Manuskrip Cam<\/strong><\/span><\/h3>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">CAM 30(17)<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">CHCPI-CAM  1 <\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">CM 24(5) <\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">CM 29 (1) <\/span><\/p>\n<h5><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\"><strong>Babad-babad Vietnam<\/strong><\/span><\/h5>\n<p><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Dai Nam Nhat Thong Chi (DNNTC)<\/span><\/p>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Jil.  10-11 (Tinh Phu Yen, Khanh Hoa). Saigon. 1964.<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Dai Nam  Thuc Luc Chinh Bien (DNTLCB). Hanoi, jil. I (1962), jil. XVI (1966). <\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Hoang  Le Nhat Thong Chi (HLNTC). Traduit et annote en francais par Phan Thanh  Thuy, Paris (Public. de 1&#8217;EFEO) 1985.<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Lich  Trieu Hien Chuong Loai Chi (LTHCLC). Jil. 1: Du Dia Chi, Saigon 1972. <\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Minh  Menh Chinh Yeu (MMCY). Jil. 6, Saigon. 1974. <\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Phu Bien  Tap Luc (PBTL). Jil. 1, Saigon. 1972.<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<h2><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\"><strong>Buku  dan Makalah<\/strong><\/span><\/h2>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Chappoullie,  H. 1943 <em>Aux origines d&#8217;une \u00e9glise. Rome et les missions d&#8217;Indochine  au XVIIe siecle.<\/em> Paris. <\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Coed\u00e8s,  G. 1939. &#8220;La plus ancienne inscription en langue chame&#8221;. <em> New Indian Antiquary.<\/em> Extrait Series I. hal. 46-49.<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">C\u0153d\u00e8s,  G. 1964. <em>Inscriptions du Cambodge<\/em>. Jil. 7. Paris: EFEO.<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Danny  Wong Tze-Ken. 2007. The Nyuen and Champa during the 17-18th century. <em> Champaka<\/em> Monograph No. 5. Paris-San Jose: IOC. 192 p.<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Finot,  L. 1902. &#8220;Notes d&#8217;epigraphie I. Deux inscriptions de Bhadravarman  Ier, roi du Champa&#8221;. <em>BEFEO <\/em> II, hal. 185-191.<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Finot,  L. 1903. &#8220;Notes d&#8217;epigraphie V. Panduranga&#8221;. <em>BEFEO<\/em> III, hal. 630-654.<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Finot,  L. 1928. Compte-rendu &#8220;Le Royaume de Champa&#8221;. <em>BEFEO<\/em> XXVIII, hal. 285-292.<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Gay,  B. 1988. &#8220;Vue nouvelle sur la composition ethnique du Campa&#8221;. <em> Actes du s\u00e9minaire sur le Campa<\/em>. Paris: CHCPI. hal. 49-58. <\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Jacq-Hergoualc\u2019h,  Michel. 1991. \u2018L\u2019arm\u00e9e du Campa au d\u00e9but du XIIIe si\u00e8cle\u2019,\u00a0<em> Le Campa et le Monde Malais<\/em>. Paris: CHCPI. hal. 27\u201346.<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Jaspan,  M.A. 1970. &#8220;Recent developments among the Cham of Indo-China&#8221;. <em> Asian Affaire<\/em>s. hal. 170-176.<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Lafont,  P-B. 1988. &#8220;Apercu sur les relations entre le Campa et 1&#8217;Asie du  Sud-Est&#8221;. <em>Actes du seminaire sur le Campa organise a I&#8217;Universite  de Copenhague.<\/em> Paris: CHCPI. hal. 71-80.<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Lafont,  P-B. 1991. &#8220;Les grandes dates de l&#8217;histoire du Campa&#8221;. <em>Le Campa  et le Monde malais.<\/em> Paris: CHCPI. hal. 7-23.<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Ma Touan  Lin. 1883. <em>Ethnographic des peuples  \u00e9trangers \u00e0 la Chine. Ouvrage compos\u00e9  au XIIIe si\u00e8cle de notre \u00e8re.<\/em> First translated from Chinese by  le Marquis d&#8217;Hervey de Saint Denys. Paris.<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Masp\u00e9ro,  G. 1928. <em>Le Royaume de Champa.<\/em> Paris: Van Oest. <\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Mohamad  Zain Bin Musa. 1990, <em>Contributions  \u00e0 l&#8217;histoire du Panduranga (Campa) (la fuite de Po ci bri)<\/em>, th\u00e8se  de l&#8217;Ecole Pratique des Hautes \u00c9tudes, IV\u00e8me Section \u00e0 la Sorbonne,  Paris.<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Mohamad  Zain Bin Musa. 1992, &#8220;Penghijrahan Po ci bri mengikut manuskrip  Cam&#8221;, <em>Jurnal Filologi Melayu<\/em>. Kuala Lumpur: Perpustakaan  Negara Malaysia. N\u00b0 1, hal.136-159.<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Mohamad  Zain Bin Musa. 1992. &#8220;Campa: Runtuhnya sebuah kerajaan Melayu&#8221;  in <em>JEBAT<\/em> n\u00ba 20. Bangi: Jabatan Sejarah-UKM. hal. 3-18.<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Nguyen  The Anh. 1989. &#8220;Le Nam Tien dans les textes vietnamiens&#8221;. <em> Les fronti\u00e8res du Vietnam. Histoire de fronti\u00e8res de la P\u00e9ninsule  Indochinoise<\/em>. Paris: L&#8217;Harmattan. hal. 121-127.<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Po Dharma  1989. &#8220;Peranan Kelantan dalam pergerakan Islam du Campa 1833-1834&#8221;  in <em>Warisan Kelantan<\/em> no. VIII, hal. 79-88. Kota Baru: Perbadanan  Muzium Negeri Kelantan. <\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Po Dharma.  1978. <em>Chroniques du\u00a0 Panduranga<\/em>. Th\u00e8se\u00a0 de\u00a0 l&#8217;EPHE\u00a0  IV\u00b0 section. Paris.<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Po Dharma.  1987. <em>Le Panduranga (Campa). Ses rapports avec le Vietnam (1802-1835)<\/em> . Publication de l&#8217;EFEO (deux volumes).<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Po Dharma.  1989. &#8220;Les fronti\u00e8res du Campa (Dernier \u00e9tat des recherches)&#8221;  in <em>Les fronti\u00e8res du Vietnam. Histoire de fronti\u00e8res de la P\u00e9ninsule  Indochinoise<\/em>. Paris: L&#8217;Harmattan. hal. 128\u201335.<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Quach-Langlet,  T. 1988. &#8220;Le cadre historique de 1&#8217;ancien Campa&#8221;. <em>Actes  du seminaire sur le Campa organise a 1&#8217;Universite de Copenhague.<\/em> Paris: CHCPI. hal. 27-47.<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Stein,  R. 1947. &#8220;Le Lin Yi. Sa localisation, sa contribution a la formation  du Campa et ses liens avec la Chine&#8221;. <em>Han-Hiue,<\/em> Jil. II,  no. 1-3. Peking. hal. 1-135.<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-family: Bookman Old Style; font-size: small;\">Tissanier,  J. 1663. <em>Relation de voyage du Pere J. Tissanier pendant les annees  1658, 1659 et 1660.<\/em> Paris.<\/span><\/p>\n\n<!-- NgfbSharing::get_buttons content filter skipped: buttons_on_index not enabled -->\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mohamad Zain Bin Musa ATMA \u2013 UKM Campa merupakan sebuah kerajaan yang bertamadun tinggi pada satu ketika dahulu. Kedudukan kerajaan yang baru sahaja lenyap itu terletak di bahagian tengah Vietnam sekarang. Kewujudannya telah terbukti dari dokumen-dokumen Cina sejak tahun 192 Masehi. Hasil kajian epigrafi, catatan-catatan Cina, orang Eropah mahupun Vietnam dan Arab telah mengatakan bahawa &#8230;<\/p>\n <a class=\"moretag\" href=\"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=910\">[Baca teks penuh...]<\/a>","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[9],"tags":[],"class_list":["post-910","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-c02-makalah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/910","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=910"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/910\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":911,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/910\/revisions\/911"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=910"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=910"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=910"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}