{"id":810,"date":"2009-04-09T13:35:42","date_gmt":"2009-04-09T05:35:42","guid":{"rendered":"http:\/\/www.asasi.my\/?p=810"},"modified":"2009-04-09T13:42:47","modified_gmt":"2009-04-09T05:42:47","slug":"apa-ada-pada-bahasa-melayu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=810","title":{"rendered":"Apa Ada Pada Bahasa Melayu?"},"content":{"rendered":"<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span>Melayu memang awal-awal lagi bermasalah. Namanya pun masih ada yang boleh dipolemikkan. Perkataan yang kini dieja sebagai \u201cMELAYU\u201d<span> <\/span>asalnya daripada huruf Jawi,<span> <\/span><em>mim lam alif ya<\/em>,(kemudiannya berubah kepada adanya <em>wau<\/em> selepas <em>ya<\/em> itu) yang<span> <\/span>mengikut Wan Mohd Saghir dalam transkripsinya terhadap karya Ahmad al-Fatdany 1307H\/1898 itu, sejajar dengan nahu ejaan Jawi\/Arab, transkripsi ke Ruminya bukanlah \u201cMelayu\u201d tetapi <em>Milayu.<\/em> Kami belum ketahui bermulanya versi ejaan \u201cMelayu\u201d; malah akhbar Jawi di Singapura pada tahun 1930-an dahulu yang bernama \u201cBerita Melayu\u201d (jika ditranskripsi ke Rumi sekarang) telah diRumikan pada zaman pemerintahan Jepun sebagai \u201cBerita Malai\u201d. Perkataan dalam huruf Jawi itu pula asalnya daripada sebutan orang-orang Tiongkok sejak abad ke-5M dahulu terhadap bangsa di Palembang, Sumatera yang di dalam bahasanya, jika diRumikan, menjadi pelbagai bentuk ejaan termasuklah <\/span><em>Mo-lo-yeu<\/em>, atau <em>Mali-yu-eul<\/em><span>. Bangsa-bangsa Eropah mengeja <em>Malaya <\/em>(Inggeris; <em>Malayan<\/em> dan <em>Malay <\/em>untuk bahasa\/bangsa), <\/span><em>Malaiur<\/em><span> (Marko Polo 1292), <em>Malaio<\/em> (Eredia 1613, di Melaka), dan kini <\/span><em>Malayo <\/em>(Sepanyol), <em>Malaio <\/em>(Ferenggi\/Portugis), <em>Malaeis <\/em>(Belanda), <em>Malais<\/em> (Perancis), dan jiran (yang juga bekas penjajah) kita <em>saam-laa-yoo<\/em> (Siam), dan <em>Malai<\/em> (Vietnam). Ibn Battdutdaht\/Battutah\/Batutah\/Batuta (berada di Asia Tenggara ini pada 1304M) menamakan <em>Mul Jawa<\/em> atau <em>Jawah<\/em> bagi merujuk kawasan \u201crumpun Melayu\u201d ini dan orangnya <em>al-Jawi<\/em>. <span>Makna \u201cMelayu\u201d dan ejaan-ejaan lain itu pun pelbagai seperti yang dibicarakan oleh Shaharir (2008b) dan satu daripadanya ialah yang berupa variasi ejaan kepada perkataan Tamil, <em>Malaya<\/em>, yang berupa terjemahan kepada \u201cGunung\u201d (yang dahulunya <em>Pnom<\/em>, dan menjadi bahasa Khmer hingga sekarang) dan yang disebut oleh orang-orang Tiongkok sebagai Funan. Mengikut tafsiran ini, \u201corang Melayu\u201d bermakna secara harafiahnya, \u201corang Gunung\u201d yang mungkin menambahkan lagi kewajarannya, sinis atau tidaknya, persoalan yang setara dengan judul makalah ini: Apa ada pada bahasa orang Gunung? <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 11pt;\"> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\">Sejak Dr. Mahathir berjaya memberi nilai baru kepada bahasa Inggeris menerusi dasar paksaan mengajar dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2003 (terutamanya di sekolah Kebangsaan, yang beliau anggap sudah menjadi sekolah untuk orang-orang Melayu-Islam sahaja) maka, antara lainnya, muncullah para pendaruhaka (pendurhaka, penderhaka) bahasa sendiri dengan pelbagai ungkapan yang cukup lancang. Kami menggenerikkan cakap-cakap yang celupar itu kepada judul makalah ini, iaitu \u201cApa ada pada bahasa Melayu?\u201d. Yang lainnya boleh sahaja dianggap hanya jelmaan ungkapan ini atau ekoran (implikasi) ungkapan ini sahaja. Contohnya, yang digemari oleh Dr. Mahathir sendiri tentang wajarnya PPSMI-nya (diulang dalam blognya 5 Januari 2009), \u201cnanti apabila kita sudah melahirkan saintis yang hebat-hebat\u201d (menerusi dasar barunya itu, kerana tersirat di dalam benaknya sejak dalam bahasa Melayu ini tiada yang hebatnya!) maka \u201cbarulah ramai yang akan belajar bahasa Melayu\u201d. Sekarang ini, orang tidak mahu peduli bahasa Melayu kerana ramailah yang turut percaya ketua agungnya yang membuat kenyataan yang mengimplikasikan bahawa bahasa Melayu tiada ilmu sains dan matematik di dalamnya, walaupun di peringkat sekolah sekalipun, dan orang tak boleh pandai dengan belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Satu lagi yang digemari oleh Dr Mahathir tenang status bahasa Inggeris ialah \u201cBelajar dalam bahasa asal sains dan matematik itulah yang memudahkan pemahaman seseorang pelajar menguasai ilmu itu\u201d. (Beliau menganggap bahasa Inggerislah bahasa asal ilmu \u201csains dan matematik\u201d). Yang terbarunya (dalam blognya yang tersebut di atas) beliau menyatakan \u201csains dan matematik\u201d dalam bahasa Inggeris itu bukannya bertujuan untuk meningkatkan prestasi bahasa Inggeris kanak-kanak sekolah itu tetapi untuk mengetahui istilah-istilah \u201csains dan matematik\u201d yang katanya kebanyakannya bukan dalam bahasa Inggeris biasa (yang tak mungkin diperoleh jika belajar ilmu itu dalam aliran berbahasa Melayu!?). Semua tanggapan ini banyak menerbitkan pandangan yang pelik-pelik lagi yang cukup meraban statusnya. Contohnya, ada pihak berhujah <span> <\/span>kewajaran PPSMI pada orang Melayu sahaja pula kerana (setelah akur dengan permintaan kaum Tionghua) katanya walaupun bahasa bahasa Mandarin memang sudah terbukti menjadi bahasa perantaraan sains dan matematik yang meluas, sedangkan bahasa Melayu tidak demikian, maka tentunya pilihan bahasa Inggeris lebih sesuai untuk orang Melayu! Hujah yang sama digunakan untuk kononnya merasionalkan wajarnya Jepun menggunakan bahasanya sendiri kerana dia negara maju (\u201cnegara pembuat\u201d) sedangkan kita belum maju, \u201cnegara pengguna\u201d, maka tak sesuailah kita menggunakan bahasa sendiri, tetapi kena pilih satu bahasa yang sudah maju yang sesuai dengan kita, dan itu ialah bahasa Inggerislah! Yang lebih lumrah lagi, mereka ini mengajukan persoalan, \u201cMana ada buku sains dan matematik dalam bahasa Melayu?\u201d, \u201cMana mampu kita menterjemah buku dan makalah yang mencurah-curah datangnya setiap hari dalam bahasa Inggeris itu?\u201d.<span> <\/span>Pendeknya, \u201cApalah ada pada bahasa Melayu? Itulah hakikatnya diucapkan secara sinis atau seriusnya oleh para pejuang dan penyokong dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) itu. <span> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 11pt;\"> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-family: Arial;\">Apa ada pada \u201cbahasa jiwa bangsa\u201d, \u201cidentiti bangsa\u201d dan \u201cjati diri\u201d?<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong> <\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Para juak dan penyokong arkitek PPSMI, Dr. Mahathir, memang bersetuju dengan ungkapan keramat \u201cbahasa jiwa bangsa\u201d tetapi dengan makna yang baru. Mereka nampaknya melihat bahasa dan ilmu adalah dua perkara yang berbeza tanpa tindanannya. Bangsa yang menjiwai sesuatu bahasa itu perlu ditambah komponen ilmu kepada bangsa itu supaya bangsa itu menjadi bangsa yang mulia dan dihormati. Mereka ini juga nampaknya secara tidak langsungnya percaya bahawa bahasa itu menjadi identiti bangsa semata-mata kerana berbezanya sesuatu bahasa itu dengan bahasa yang lain, bukannya kerana setiap bahasa itu membawa nilai-nilai kemanusiaan yang berbeza. Akhirnya mereka juga nampaknya percaya bahawa ilmu terutamanya \u201csains dan matematik\u201d tiada mengandungi budi atau nilai kemanusiaan atau ringkasnya sains dan matematik itu neutral, bebas nilai, bebas budaya dan bebas bahasa. Itulah sebabnya mereka ini sanggup menyatakan \u201cKita belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris ini hanya buat sementara sahaja. Apabila kita sudah menguasainya dan setengahnya menjadi ahli sains dan matematik yang hebat setanding dengan yang di Negara-Negara Maju itu nanti, maka dengan sendirinya bangsa dan bahasa kita dipandang tinggi dan banyaklah bangsa lain yang ingin belajar bahasa kita\u201d (Kata-kata sebegini sering diucap oleh para penyokong PPSMI seperti yang terbarunya oleh jurucakap <em>PAGE<\/em> dalam akhbar <em>Berita Minggu <\/em>1 Mac 2009<em>,<\/em> dan Dr. Mahathir sendiri beberapa kali, yang terbarunya dalam blognya 5 Januari 2009). Bagi mereka ini, bahasa yang mundur (seperti bahasa Melayu?) akan menjadi jiwa bangsa (Melayu?) yang mundur, maka orang mundur (Melayu?) sudah tiada pilihan lagi: mereka perlu menguasai bahasa yang maju (bahasa Inggeris) kerana bahasa itulah yang ada ilmu \u201csains dan matematik\u201d yang akan memajukannya; <strong>dan untuk itu mereka mestilah belajar ilmu itu dalam bahasa yang maju (bahasa Inggeris) itu sejak bangku sekolah lagi sehinggalah bangsa itu menjadi maju.<\/strong> Begitulah gayanya dan bergayanya tetapi naifnya jurutera dan arkitek serta penyokong PPSMI menjual bahasa (dan bangsa) mereka secara ansurannya untuk memiliki bahasa barunya, bahasa Inggeris menerusi juru jualnya, \u201csains dan matematik\u201d,<span> <\/span>bermula dengan bayaran, dengar-dengarnya, bernilai 5 bilion Ringgit untuk tempoh 5 tahun pertama (bermula 2003). Mereka tidak tahu dan tidak hendak tahu atau tidak sedar dan insaf agaknya bahawa <strong>nilai dan budi sesuatu bangsa itu bukanlah hanya ada dalam bidang sastera sahaja tetapi juga sarat ada dalam \u201csains dan matematik\u201d menerusi bahasa sesuatu bangsa.<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Sesuatu bangsa itu dikenali identitinya kerana bahasa dan ilmunya, sedangkan ilmu sesuatu bangsa itu ialah binaan struktur maklumat dan pengetahuan berasaskan semantik bahasanya. Inilah sebenarnya makna \u201cbahasa jiwa bangsa\u201d itu. Jikalaulah ditakdirkan benarlah orang Melayu berjaya membina ilmunya menerusi pemikiran berbahasa Inggeris yang dilaluinya dengan cukup gah itu maka sudah tentulah ilmu itu disalinfoto ilmu yang dibina atau ditafsir oleh orang-orang yang berbahasa Inggeris itu. Ahli falsafah dan sosiologi ilmu pengetahuan Barat dan bukan Barat (Islam dan bukan Islam) terutamanya sejak 1960-an secara ijmaknya sudah mendirikan sebuah tesis bahawa sains dan matematik sekali pun (kerana dahulunya dianggap cukup objektif dan neutral sifatnya, seperti yang nampaknya masih dipegang kuat oleh para pendokong PPSMI itu) adalah binaan sarjana yang sarat dengan nilai dan pandangan hidup<span> <\/span>sarjana berkenaan itu. Jadi mereka yang melalui pendidikan \u201csains dan matematik\u201d dalam bahasa Inggeris dan berjaya rata-rata akan menjiwai nilai-nilai bangsa Inggeris menerusi \u201csains dan matematik\u201d itu. Di sini kami menunjukkan atau memberi kefahaman dengan lebih jelas dan konkretnya lagi akan kebenarannya teori ini.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><em><span style=\"font-size: 11pt; font-family: Arial;\">Apa ada pada \u201caku\u201d dan \u201ckau\u201d?<\/span><\/em><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Katalah, seorang pemimpin Melayu yang bersifat falsafawan-pekukubesi (diktator-failasof) pada suatu masa nanti mengeluarkan perintah yang tidak mengizinkan <span> <\/span>setiap rakyat Malaysia menggunakan<span> <\/span>\u201caku\u201d dan \u201ckau\u201d <span> <\/span>tetapi mamaksa menggunakan \u201c<em>I<\/em>\u201d dan \u201c<em>you<\/em>\u201d sahaja (sekurang-kurangnya di sekolah, dengan pelbagai alasan yang diberi olehnya, juak-juaknya dan hamba sahayanya). Apa yang akan terjadi pada ilmu yang menggunakan istilah ini? Kalau ilmu itu asalnya daripada kebudayaan Melayu maka ilmu itu sudah hilang banyak nilainya kerana dalam bahasa asalnya (Melayu), \u201caku\u201d dan \u201ckau\u201d hanya digunakan untuk ganti nama yang tidak rasmi terutama di kalangan sahabat yang akrab atau yang pentingnya apabila berhubung dengan Allah. Pemaksaan menggunakan bahasa Inggeris ke atas ilmu ini tiba-tiba menjadikan ilmu ini<span> <\/span>rosak<span> <\/span>ranahnya atau mandalanya (hilang konsep hierarkinya, tersalah guna dan sebagainya), dan lebih mudah menjadi ilmu sekular (tiada lagi hubungan tabii ilmu ini dengan agama). Sekaligus perlahan-lahan jugalah, kerana penghayatan ilmu ini dengan meluasnya nanti, semantik perkataan \u201caku\u201d dan \u201ckau\u201d juga turut berubah ke arah yang sama dengan makna <em>I <span> <\/span><\/em>dan<em> you <\/em>itu, iaitu terhakisnya dan akhirnya pupusnya nilai Melayu tentang ganti nama dalam kebudayaan Melayu yang tersirat di dalam dua perkataan itu. Ini yang tidak disedari atau diketahui oleh arkitek dan pendokong PPSMI itu. Sekarang katalah pula ilmu berkenaan itu asalnya bukan ciptaan sarjana Melayu (tetapi terjemahan daripada Inggeris yang telah berumur sekitar 30 tahun dalam bahasa Melayu); katalah asalnya <span> <\/span>daripada kebudayaan lain (yang sudah lebih lama juga diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sehingga seolah-olah menjadi ilmu Inggeris), maka pada mulanya tentulah ilmuwan Melayu itu akan menghayati nilai-nilai <em>I<\/em> dan <em>you<\/em> dalam bahasa Inggeris itu sahaja kerana sarjana Inggeris itu pun mungkin telah mengukuhkan <span> <\/span>teori <em>I<\/em> dan <em>you<\/em> itu dalam konteks pandangan alamnya dan seterusnya kita pun akan terikut-ikut dengan kefahaman Inggeris itu. Sedangkan jika budaya berbahasa Melayu diteruskan dalam bidang ilmu ini, maka lambat laung lagi pengajar dan pendidik ilmu ini akan menjadi lebih kritis lagi terhadap ilmu ini dan besar kemungkinannya menjadikannya semakin berbeza daripada huraian yang sedia ada dalam bahasa Inggeris itu dan seterusnya kemungkinanlah pula bagi penyelidik berbudaya Melayu itu terpanggil melakukan penyelidikan terhadapnya lalu terjadilah sekurang-kurangnya inovasi ilmu itu atau lebih radikal lagi menggantikannya dengan yang lebih serasi dengan konsep \u201caku\u201d dan \u201ckau\u201d dalam kebudayaan Melayu. Inilah contoh mudahnya peranan bahasa dengan ilmu (di peringkat pengajaran-pembelajaran dan peringkat penyelidikan).<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Kebetulannya contoh <em>I <\/em>dan <em>you<\/em> atau \u201caku\u201d dan \u201ckau\u201d ini bukannya diada-adakan kerana sarjana Barat abad ke-19M, Martin Buber ada mencipta sebuah teori (sebuah falsafah sains) tentang kewujudan, berjudul dalam bahasa Jerman \u201c<em>Ich und Du<\/em>\u201d yang penilaian kritisnya sudah pun dilakukan oleh sarjana Inggeris (dalam acuan Inggeris-Kristian, sedangkan<span> <\/span>falsafah ini asalnya dalam acuan Jerman-Yahudi). Pastinya peniliaan yang berlainan (lebih kritis lagi?) boleh dilakukan berasaskan pada semantik \u201caku\u201d dan \u201ckau\u201d dalam bahasa Melayu oleh ahli falsafah Melayu yang insaf akan bahasa dan kebudayaannya. Ini belum ditemui berlaku kerana walaupun bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan ilmu peringkat tinggi sudah berlaku sekitar 40 tahun kerana bidang falsafah masih belum mendapat perhatian sarjana Melayu; dan tidaklah mungkin akan berlaku dengan dasar PPSMI yang sudahpun dihayati dengan gahnya di universiti-universiti termasuklah di universiti yang ditubuhkan khas untuk mengilmukan bahasa Melayu dan sekalgus memandaikan umat Malaysia dalam acuan berbahasa Melayu, iaitu UKM. Contoh yang lebih baru lagi tentang ilmu \u201caku\u201d dan \u201ckau\u201d dalam sains ialah sebuah karya tentang keinsafan dalam sebutan \u201ckebarangkalian\u201d dan \u201caku\u201d Inggeris oleh <span style=\"color: black;\"><a href=\"http:\/\/www.amazon.com\/exec\/obidos\/search-handle-url\/ref=ntt_athr_dp_sr_1?%5Fencoding=UTF8&amp;search-type=ss&amp;index=books&amp;field-author=Wister%20Cordell%20Wright\"><span style=\"text-decoration: none; color: black;\">Wright<\/span><\/a> W.C, <em><span>Consciousness and the Probability of Being: The Origin of the Particular \u201cI\u201d <\/span><\/em><span>yang terbit dalam tahun 2005.<\/span> Karya ini pun tentunya dapat dihurai dan dikritik menerusi semantik \u201caku\u201d Melayu dan \u201ckebarangkalian\u201d Melayu. Namun dengan PPSMI, mustahil perkara sebegini boleh berlaku! Sekaligus kita dijanjikan dengan kehilangan sumber penjanaan ilmu dalam acuan kita sendiri yang diimpikan selama ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><em><span style=\"font-size: 11pt; font-family: Arial;\">Takkanlah ada bezanya<span> <\/span>\u201cterbaik\u201d dengan <\/span><\/em><\/strong><strong><span style=\"font-size: 11pt; font-family: Arial;\">\u201cthe best\u201d! <em><\/em><\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Satu contoh yang penulis sendiri memberi sumbangan terbarunya dalam matematik ialah kefahaman tentang yang \u201cterbaik\u201d dengan \u201c<em>the best<\/em>\u201d yang dimistikkan oleh ahli matematik Eropah dengan bahasa Latin, <em>optimus,<\/em> yang diInggeriskan sebagai \u201c<em>optimum<\/em>\u201d (sama seperti Belanda, Jerman dan Perancis) dan diterima sepenuhnya ke dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu juga sebagai optimum, mulai tahun 1960-an apabila pengajaran \u201csains dan matematik\u201d dalam bahasa Melayu di peringkat Sekolah Menengah mula diperkenalkan. Bidang pengoptimuman menjadi ilmu besar dalam hampir seluruh ilmu ekonomi dan bidang besar dan berprestij dalam matematik (di peringkat sekolah matematik \u201coptimum\u201d mula diajar dalam Matematik Tingkatan 5 (sejak 1964) dan mengikut dasar PPSMI, sejak 2003, <span> <\/span>mestilah dalam bahasa Inggeris), manakala konsep yang sama (tetapi lebih secara naratif dan kualitatif) dalam subjek Ekonomi<span> <\/span>Tingkatan 6 (yang tidak tertakluk kepada PPSMI). Pemisahan dasar penggunaan bahasa dalam dua bidang ilmu ini menerusi PPSMI itu sudah pun menunjukkan kebebalan pembuat dasar itu, kerana terutamanya di peringkat universiti ekonomi dan pengoptimuman dianggap sinonim bagi sebahagaian besar ahli ekonomi Barat. Jika ditakdirkan pendidikan dalam bidang ekonomi dan matematik ini di Malaysia ini tidak dalam bahasa Melayu sudah selama sekitar sekitar 40 tahun ini dan bidang ini diwacanakan dalam bahasa Melayu di peringkat universiti (pengajaran yang mendalam dan seterusnya melakukan penyelidikan) sejak UKM ditubuhkan (baru selama suku abad) maka rasanya semua \u201csarjana\u201d Malaysia (ahli ekonomi dan ahli matematik) tiada yang akan berminat atau terpanggil memikirkan makna baru optimum. Tegasnya, penghayatan bahasa Inggeris dalam ilmu pengoptimuman lebih memasungkan sarjana kita kepada ketuanan Inggeris yang tidak memungkinkannya memulakan pembinaan teori baru dalam bidang ini mengikut acuan yang dipengaruhi oleh kefahaman makna \u201cterbaik\u201d dalam kebudayaan Melayu yang cukup berbeza daripada makna \u201c<em>the best<\/em>\u201d dalam kebudayaan berbahasa Inggeris itu. Yang jelasnya \u201cterbaik\u201d dalam bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh ciri \u201cterbaik\u201d dalam Islam, iaitu <em>wustdo<\/em>, dan nilai Melayu \u201cbuat baik berpada-pada\u201d, manakala \u201c<em>the best<\/em>\u201d mulanya banyak dipengaruhi oleh ajaran Kristian tetapi sejak terutamanya abad ke-20 sudah banyak dipengaruhi oleh nilai-nilai daripada ideologi baru yang pada amnya bertonggakkan sekularisme, liberalisme, fahaman apeduli agama, sosialisme dan bahkan pascamodenisme dan ateisme. Shaharir (2005a, 2006a) telah pun mengupas pertentangan makna optimum mengikut teori sekarang yang berasaskan bahasa-bahasa Eropah berbanding dengan bahasa Melayu-Islam yang dibuktikan mampu melahirkan teorem yang baru yang mencetuskan sebuah program penyelidikan yang cukup menjanjikan buah-buah yang ranum yang boleh menyaingi ilmu ini masa kini. Malah sarjana Barat sejak akhir abad ke-20 seolah-olah menyerah kalah terhadap potensi bahasa dan kebudayaannya dalam mentakrifkan \u201coptimum\u201d (atau asalnya <em>optimus <\/em>dalam bahasa Latin itu) dan mengantikannya dengan konsep yang lebih sarat nilai lagi (lain bangsa\/bahasa lain maknanya) iaitu konsep \u201ckebahagiaan\u201d (Inggeris: <em>happiness; <\/em>Arab:<em> al-sa\u2018adah<\/em>) bagi mewujudkan teori kebahagiaan untuk dijadikan asas ilmu ekonomi kerana asas ekonomi sekarang dianggapnya gagal. Perbezaan konsep bahagia dalam bahasa dan kebudayaan Melayu-Islam berbanding dengan kebahagian Barat atau Buddhaisme (yang nampaknya ramai sarjana Barat cuba mengambilnya, kerana muflisnya kosep ini dalam bahasa ibunda mereka) telah pun dihuraikan oleh Shaharir (2008a) tetapi<span> <\/span>tidaklah sesuai diulangi di sini.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Sebenarnya setiap penjelasan atau pengajaran kritis dan penyelidikan asas dalam sesuatu bidang sains dan matematik, pastinya melibatkan isu bahasa dan kebudayaan. Itulah sebabnya mereka yang terlibat dengan kegiatan sebegini amat perihatin kepada dasar pendidikan negara yang menyisih bahasa dan kebudayaan sendiri seperti dalam PPSMI itu. Kekurangan suara pembangkang PPSMI daripada kalangan ahli sains dan matematik kita selama ini hanyalah manifestasi kurangnya penyelidikan asas di kalangan sarjana itu.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-family: Arial;\">Bahasa Melayu Bahasa Mundur dan Memundurkan Bangsa?<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong> <\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Para penyokong PPSMI berpendirian (sebenarnya sebelum adanya dasar ini lagi!) bahasa Melayu ialah bahasa yang tidak mampu memajukan bangsa Malaysia, khususnya orang Melayu, kerana kononnya bahasa Melayu bahasa mundur dan tiada tradisi ilmu sains dan matematik, tiada tulisan yang mencukupi dalam bidang ini dan tidak akan mampu melakukan terjemahan dan sebagainya. Sebenarnya mereka ini citawan budaya Inggeris selamanya yang tidak pernah mahu mengetahui sejarah tamadun bangsanya, tidak pernah mengikuti perkembangan bahasa Melayu<span> <\/span>dan tidak pernah mahu tahu tahap kemajuan dan kemampuan bangsanya yang terbina menerusi dasar bahasa kebangsaan selama ini. Yang tertanam dalam benaknya, ialah persepsi lamanya warisan persepsi zaman penjajah dahulu lagi, bahawasanya tiada apa yang ada dan boleh dibanggakan dengan bahasa Melayu<span> <\/span>dan bangsa Melayu sejak dahulu, kini dan selamanya. Malangnya mereka ini juga tidak mahu tahu sejarah bahasa dan bangsa yang dicita dan dicintai itu, bahasa Inggeris, selain daripada sejak bangsa ini datang menjajah tanah airnya ini sahaja yang besar kemungkinannya dianggapnya bangsa inilah yang memajukan seluruh dunia ini semata-mata kerana bahasa inilah bahasa komunikasi utama dunia kini. Mereka tidak mahu tahu atau mendengar pun bahawa orang Eropah inilah juga yang memusnahkan (secara halusnya) tamadun bangsanya yang pernah mengatasi sejarah kegemilangan bangsa-bangsa di Eropah itu. Merekalah sebenarnya yang memundurkan bahasa dan bangsa Melayu kerana menyokong dasar yang jelas memundurkan bahasa dan bangsa Melayu seperti yang ditunjukkan di bawah ini! Sejarah tamadun Melayu yang tidak atau kurang diketahui inilah yang cuba dipaparkan di bawah ini, sebahagian besarnya berupa congkelan dan anyaman asas-asas penemuan hasil kajian para Orientalis (terutamanya sarjana Perancis dan Belanda) pada awal abad ke-20 ini. Karangan di bawah ini adalah salinan hampir sepenuhnya karya penulis ini yang terdahulu (Shaharir 2008b).<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><em><span style=\"font-size: 11pt; font-family: Arial;\">Melayu Funan-Cenla <span> <\/span><\/span><\/em><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span lang=\"CA\">Memang selama ini tamadun Melayu bercitrakan tamadun sastera kemanusiaan dan keagamaan sahaja, dan itu pun sastera dalam bahasa Melayu klasik (bahasa Melayu zaman Islamnya). Tamadun Melayu seolah-olah bukan sahaja amat baru (zaman Islamnya bermula abad ke-13M) tetapi tiada sains, kesihatan, kejuruteraan dan teknologi (ringkasnya SAKTI). Sedangkan hakikatnya berlaku sebaliknya. Tamadun Melayu terawal (zaman Hindu-Buddha), diakui oleh ahli sejarah Orientalis terutamanya, wujud sejak abad ke-1M dengan munculnya dua kerajaan rumpun Melayu di Hindiationgkok\/Indochina, iaitu Kerajaan Funan-Cenla berpusat di Kemboja (abad ke-1 hingga ke-9M), Kerajaan Campa yang berpusat di Vietnam (abad ke-2M hingga ke-15M). <\/span><span style=\"color: #222222;\">Kesejagatan Funan-Cenla terbukti dengan adanya artifak Roma, Persia dan Hindia di pusat-pusat kerajaan Funan-Cenla ini. Ketinggian kejuruteraan dan teknologi kerajaan-kerajaan ini diakui dunia dan terbukti daripada tinggalan senibina candi dan kuil mereka di Vietnam dan di Kemboja. <\/span>Mengikut catatan Tiongkok, Funan ada tulisannya sendiri berasaskan aksara Sanskrit dan tulisan berilmu kerana mampu membina terusan untuk pengangkutan dan perairan, teknologi perkapalan dan ketenteraan laut yang hebat, seni bina yang kuat (daripada batu-bata) dan halus yang dapat disaksikan tinggalannya hingga hari ini. (Internet 1<strong>,<\/strong> dan lebih terperincinya dalam Shaharir 2006c, 2007a, 2008b). Di samping bahasa Melayu Funan, b<span style=\"color: #222222;\">ahasa Sanskrit digunakan dengan meluasnya kerana dokongan mereka kepada agama dan undang-undang Hindu. Kemuncaknya abad ke-5M dan abad ke-9M lenyap di ambil alih oleh kerajaan Khmer yang bernama Kemboja (asalnya Kambujadesa). Saki-baki sarjana Funan-Cenla selepas abad ke-9 itu pun mula berkarya dalam bahasa dan aksara Khmer pula (internet 2). Antara sarjana Melayu Funan yang tercatat dalam rekod Tiongkok (mengikut sarjana kita, Dr. Alinor, yang gigih menggali ilmu Funan-Cenla, khususnya ilmu SAKTI) ialah Subhodi, Samghapala, Madrasena dan yang paling masyhurnya, Paramartha. Sarjana terakhir yang masih boleh dianggap sarjana Funan-Cenla ialah yang bernama <\/span><span>Pravarasena.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\"><span lang=\"CA\">Sungguhpun tulisan dalam Bahasa Melayu Funan-Cenla (yang<span> <\/span>dipercayai wujud serentak dengan bahasa Melayu Campa, dan Mon serta Khmer purba,) masih belum dijumpai tetapi mengikut rekod Tionghua tulisan itu telah wujud sejak abad ke-1M lagi, malah tahun mereka ini (tahun rumpun Melayu) bermula pada 78M yang dikenali sebagai tahun Saka itu (Sempena nama seorang ahli astronomi dari Hindia). Bahasa Melayu<span> <\/span>Funan (dan Campa) pada abad ke-2 M lagi dirujuk oleh penulis Yunani sebagai bahasa <em>Kolan <\/em>yang sama dengan rujukan penulis-penulis Tiongkok pada sekitar abad yang sama sebagai bahasa <em>Kunlun <\/em>(Ejaan lainnya ialah <em>Kunlun\/Koenloen\/Kun-Lun\/Koen-Loen\/Coland\/Coelan<\/em>). Mengikut Manansala (t.t), ada sumber Tiongkok abad ke-3M lagi yang mengandungi rujukan kepada bangsa\/bahasa yang sekarang dipanggil dengan ejaan sekarang sebagai Melayu ini, sebagai <em>Kunlun.<\/em> Mengikut internet 3<strong>,<\/strong> l<\/span>ebih awal daripada sumber Tiongkok ini, mengikut Manansala itu juga, dalam sebuah tulisan orang Yunani dalam abad pertama Masihi, <em><span lang=\"EN\">Periplus Maris Erythraei,<\/span><\/em> yang diterjemah kepada Inggeris 1912 sebagai <em>The<\/em> <em>Periplus of the Erythraean Sea<\/em> (Pelayaran ke Lautan Hindia<span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial; color: black;\">) <\/span><span style=\"color: black;\">yang baru-baru ini diberi ulasan lagi oleh Casson dan diterbitkan semula oleh <em>Princeton Univ. Press<\/em> 1989, <\/span><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial; color: black;\"><span> <\/span><\/span>ada memerihalkan kapal-kapal dari tempat yang dinamainya <em>Chryse <\/em><span> <\/span>(di Gugusan Pepulau Melayu ini) dan kapal itu dinamainya<span> <\/span><em>Kolan-diphonta<\/em> (daripada bahasa Tiongkok, <em>Kunlun Po<\/em>) atau terjemahan harfiahnya \u201ckapal-<em>Kolan<\/em><span>\u201d<\/span>, dan perkataan <em>Kolan<\/em> dan <em>diphonta <\/em>itu ialah versi Yunani kepada versi Tiongkok, <em>Kunlun<\/em> dan <em>Po<\/em> itu. Dalam terbitannya yang lebih baru (tahun 1995), penterjemah-pengulas buku ini, Schoff, menyatakan <em>Colandia<\/em> (nama kawasan orang berbahasa <em>Colan<\/em> itu) mungkin berasal daripada perkataan Melayu, <em>koleh panjail<\/em> (iaitu sejenis kapal layar). Walaupun <span> <\/span>sumber Tiongkok juga yang tercatat dalam buku Liang Liji<strong> <\/strong>(1996), ada merekodkan <span> <\/span>perutusan <em>Mo-lo-yu<\/em>, <em>Molo-yoou<\/em>, <em>Mo-lo-yeu<\/em>, atau <em>Mali-yu-eul<\/em> ke negeri Tiongkok buat kali ke-5 bertarikh 644M lagi, nama bahasa bangsa ini sejak zaman Funan itu kekal sebagi <em>Kunlun<\/em> atau <em>Kolan<\/em> sekurang-kurang hingga abad ke-12M.<\/p>\n<p style=\"margin: 0in 0in 0.0001pt; text-align: justify; text-indent: 27pt;\"><span lang=\"CA\">Karya-karya ilmu atau catatan ilmu dalam bahasa <em>Kolan\/Kunlun<\/em> ini pada zaman kerajaan Funan masih belum muktamad banyaknya, terutamanya berbanding dengan catatan atau karya ilmu dalam bahasa asing (seperti Sanskrit) dewasa itu. Namun nampaknya bahasa asing (Sanskrit) itu menjadi bahasa janapada (bahasa nasion, iaitu bahasa pembangunan, yang mungkin berbeza dengan bahasa yang berstatus bahasa nasional\/kebangsaan sahaja) bersama dengan bahasa Melayu Purba\/Kuno atau <em>Kolan\/Kunlun<\/em> itu. Sehingga kini,<span> <\/span><strong>k<span>arya pada prasasti yang terhasil pada zaman Kerajaan Funan-Cenla adalah berjumlah 200 buah yang terdiri daripada 80 buah dalam bahasa Mon-Khmer purba dan selainnya dalam Sanskrit tetapi prasasti zaman Kerajaan Funan<span> <\/span>berjumlah hanya 11 buah sahaja, iaitu dalam bahasa Sanskrit dan Mon-Khmer<\/span><\/strong><span> (Shaharir 2000a, Alinor 2004a). Ketiadaan prasasti dalam bahasa Funan yang dijumpai setakat ini sungguh menghampa para pengkaji tamadun ini. Namun kehampaan ini terubat juga apabila catatan sarjana Tiongkok menyatakan adanya buku\/manuskrip Funan dalam bahasa Kunlun. Malah m<\/span>engikut kompilasi Alinor (2004a &amp; b; 2005a-c), pada 546M raja Funan menitahkan<span> <\/span>seorang sarjana besarnya, Paramartha, <strong>menghantar 240 buah karya ilmu (dalam bahasa Sanskrit dan <em>Kunlun<\/em>) untuk dihadiahkan kepada kerajaan Tiongkok<\/strong> <strong>atas permintaan Maharaja negara itu bagi tujuan penterjemahannya; <span>dan sejak itulah juga<span> <\/span>76 buah buku dalam bahasa Sankrit dan <em>Kunlun <\/em>itu berjaya diterjemah ke bahasa Tiongkok (Tonghua) oleh sarjana Melayu Funan itu<\/span><\/strong><span> (dan kini sudah diketahui adanya 36 buah terjemahan ini yang tersimpan di Tiongkok sekarang).<\/span> <\/span>Raja yang sama menghantar dua orang sarjana Funan bernama Mandra atau Mandrasena dan Sanghapala\/Sanghavarman atau nama Tionghuanya Kang Sang-k\u2019ai<span> <\/span>ke Tiongkok untuk tujuan pengajaran dan penterjemahan. Antara buku\/manuskrip yang dihantar ke Tiongkok itu dikatakan termasuklah sebuah kitab Buddhaisme yang masyhur berjudul <em>Tarkasastra<\/em> karya Vasubandhu, yang dikatakan telah diterjemah (ke dalam bahasa <em>Kunlun<\/em>) oleh sarjana Funan.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\">Beberapa orang sarjana Cenla (warisan darah kerajaan Funan itu) ada dicatat pada prasasti-prasasti Cenla bertarikh 810-840M, dan seorang daripadanya bernama <span>Pravarasena menghasilkan (setengahnya mengatakan karya terjemahan) sebuah buku mantik Hindu-Buddha yang besar berjudul <\/span><em>Nyayasutra Gautam<\/em><span> <\/span>dalam bahasa <em>Kunlun\/Kolan<\/em>. Ada pula rekod Tiongkok yang menunjukkan adanya tradisi kerajaan Funan menghantar sarjananya ke Tiongkok bermula sejak pertengahan abad ke-3M lagi. Ini menunjukkan betapa tingginya dan antarabangsanya ilmu dalam bahasa <em>Kunlun\/Kolan<\/em> pada zaman kerajaan Funan itu. Malangnya, setakat ini hanya beberapa buah karya terjemahannya dalam bahasa Tiongkok sahaja yang ditemui (karya asal, atau dua bahasa lain lagi yang dijangka pernah ada terjemahannya, iaitu bahasa Jepun dan Tibet, belum ditemui).<\/p>\n<p style=\"margin: 0in 0in 0.0001pt; text-align: justify; text-indent: 27pt;\"><span lang=\"CA\">Walau bagaimanapun, sehingga kini pun tiadalah dijumpai karya dalam bahasa Funan itu sehingga tiadalah yang tahu bentuk sebenar bahasa itu. Namun bahasa Mon-Khmer boleh memberi gambaran bahasa dan ilmu pada zaman Kerajaan Funan itu kerana<span> <\/span>mengikut Diffloth (1974, 2005) dan Peiros (2004) bahasa Mon-Khmer cukup akrab dengan bahasa <em>Aslian<\/em> (daripada perkataan Arab-Melayu, asli, dan bahasa ini dikumpulkan sebanyak 19 buah bahasa daripada suku kaum rumpun Melayu di Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand) dan oleh itu bolehlah dianggap amat akrab dengan bahasa Funan. Keakraban raja-raja Cenla (yang dianggap kerajaan purba Khmer terawal dalam sejarah tamadun Khmer atau Kemboja) dengan kerajaan Sailendra di Jawa yang ditubuhkan oleh keturunan raja Funan itu juga menunjukkan keakraban bahasa Mon-Khmer dengan Funan. Sebuah kamus bahasa Mon-Khmer purba yang kata masukannya dianggap oleh penyusunnya, Pou (1992\/2004), berasaskan pada prasasti Kemboja purba\/Khmer purba (Zaman Kerajaan Cenla dan kemudiannya Angkor bermula pada abad ke-10M) bolehlah dianggap banyak kesamaan dengan bahasa Funan. Penulis ini dapat mengenal pasti secara sepintas lalu sahaja (tanpa perbandingan teliti dengan kamus bahasa Melayu Kuno dan bahasa-bahasa rumpun Melayu lain selain daripada Melayu Malaysia dan loghat\/dialek Melayu Kelantan) adanya sekitar 10% perkataan dalam kamus itu ialah juga bahasa Melayu Malaysia dan\/atau loghat Melayu Kelantan. Jika digunakan kamus bahasa Melayu Kuno dan Jawa Kuno dan lain-lain kamus rumpun Melayu, kami percaya<span> <\/span>dalam kamus itu akan ada sekitar 30% bahasa Melayu Kuno dan rumpun Melayu. Ini boleh dijadikan bukti terbaru Melayunya Funan itu.<span> <\/span><\/span><\/p>\n<p style=\"margin: 0in 0in 0.0001pt; text-align: justify; text-indent: 27pt;\"><span lang=\"CA\">Satu perkataan yang ingin ditimbulkan di sini yang ada dalam kamus Pou itu ialah perkataan <em>son <\/em>dan <em>soh<\/em> yang bermaksud tiada apa-apa, hampa atau kosong; sedangkan perkataan Sanskrit untuk istilah ini ialah <em>sunya<\/em> (yang pernah menjadi istilah \u201ckosong\u201d bagi Jawa kuno seperti yang terbukti pada catatan tahun di Masjid Sunan Kalijaga di Demak, dan yang entah sejak bila<span> <\/span>menjadi \u201csunyi\u201d dalam bahasa Melayu sekarang). Hipotesis penulis ini ialah perkataan kosong Melayu sekarang itu datangnya daripada perkataan Funan ini (yang dianggap sama dengan bahasa Kemboja Purba), <em>son<\/em> atau <em>soh<\/em> itu; dan yang sesuai pula dengan istilah ini dalam bahasa Campa?-Vietnam iaitu <em>khuong <\/em>atau<em> khong<\/em> (Kamus dwibahasa Campa-Perancis, <em>Dictionnaire Cam-Francais<\/em> oleh E. Aymonier &amp; A. Cabatin<span> <\/span>terbitan <em>L\u2019ecole Francaise D\u2019Extreme-Orient,<\/em> MDCCCCVI pun tiada perkataan Campa untuk kosong atau <em>zero<\/em> Perancis\/Inggeris; dalam bahasa Campa di Kemboja sekarang ialah <em>son <\/em>atau<em> soan <\/em>yang sama dengan bahasa Khmer sekarang). Jelaslah (sebuah hipotesis kami) kedua-dua istilah inilah yang ber-evolusi menjadi perkataan \u201ckosong\u201d itu. Jika istilah ini digandingkan dengan prasasti-prasasti zaman Funan, kemboja Purba dan Campa, maka jelaslah Melayu Funan itulah pencipta <span> <\/span>angka kosong<span> <\/span>terlebih awal daripada yang biasa disebut dari Hindia itu. <\/span><span lang=\"CA\">Malah pasasti yang ada simbol son\/khong\/kosong\/sunya\/sifar yang bertarikh 604M (asalnya dalam tahun Melayu bernama tahun Saka (S) itu, 526S) dan kemudiannya muncul pada prasasti Campa (di Vietnam selatan sekarang) bertarikh 531S=609M; sedangkan<span> <\/span>prasasti tertua di Hindia yang tercatat angka ini hanya bertarikh 870M sahaja. Fakta ini diketahui oleh banyak pihak (lihat Shaharir 1985, 2000b, Alinor 2007a,b) dan yang baru kami jumpai, Lansing (1983,1994) yang menegaskan, \u201ckonsep <em>son<\/em> Khmer nampaknya bukan diambil daripada tamadun lain, tetapi berupa hasil daripada perincian kamiran tentang seluruh struktur kosmologinya\u201d. <\/span>Pendeknya, <strong>Tamadun Melayu Funan-lah nampaknya menjadi pencipta sistem angka perpuluhan yang bersimbol kosong yang pertama di dunia<\/strong>.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\"><span lang=\"CA\">Orang Melayu Funan atau keturunannya itu bukan sekadar mendahului bangsa-bangsa lain dalam penciptaan kosong itu tetapi juga mencipta dalam ilmu-ilmu lain juga yang mendahului bangsa-bangsa lain dewasa itu. <\/span>Malah catatan Tiongkok menyatakan<span> <\/span>raja Funan menghadiahkan ratusan buah buku dalam bahasa Sanskrit dan <em>Kunlun<\/em> yang telah disebut itu. Kehebatan ilmu Funan terbukti dengan adanya prasastinya berkenaan dengan <em>hora<\/em> (istilah Funan?-Campa tentang astrologi-astronomi) dan karyanya, <em>horasasatera<\/em>, di samping <em>rasi<\/em> (dalam bahasa Funan?-Mon-Khmer-Purba) untuk istilah zodiak sekarang (rasi dalam Melayu moden masih ada surih makna begini), dan istilah Melayu purba (Funan juga?) yang berhubung dengan <em>hora<\/em> dan <em>rasi <\/em>ini, iaitu <em>poda<\/em> dan <em>kutika<\/em> (kini menjadi ketika), yang berupa ilmu ramalan seperti astrologi, horoskop, mantera dan azimat (yang diwarisi oleh Melayu-Islam keranan cukup banyak manuskrip Jawinya tentang perkara ini (Shaharir 2003);<span> <\/span>atau <em>wawatekan<\/em> dan <em>wariga<\/em> (masing-masingnya istilah Jawa purba bagi taqwim\/kalendar dan almanak sekarang yang diperihalkan oleh Baharudin 2007) yang mungkin diketahui\/dipakai juga oleh orang-orang Funan (mengenangkan adanya orang-orang Funan yang menuntut ilmu di Jawa (malah membina kerajaan Jawa Purba bernama Sailendera itu).<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\">Pendeknya, walaupun bahasa<span> Sanskrit begitu dominan dalam tamadun Melayu Funan-Cenla, tetapi bukti yang agak mencukupi juga<span> <\/span>menunjukkan karya dalam bahasa <em>Kunlun <\/em>itu cukup berpengaruh sehingga tercatat judulnya sebagai sebuah karya yang dipastikan ada terjemahannya dalam bahasa Tiongkok. <strong>Bahasa <em>Kunlun<\/em> telah mencapai taraf bahasa ilmu sejajar dengan bahasa ilmu lain pada masa itu, iaitu Sanskrit dan Tionghua yang memang amat dikuasainya oleh sarjana Funan itu<\/strong>. Sarjana Melayu Funan ternyata menguasai tiga buah bahasa ilmu semasa, iaitu Sanskrit, dan Tiongkok di samping bahasanya sendiri, <em>Kunlun<\/em>. <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><em><span style=\"font-size: 11pt; font-family: Arial;\">Melayu Campa dan Sriwijaya<\/span><\/em><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\">Sebuah kerajaan Melayu yang lebih dikenali dan dapat bertahan lebih lama dan hebat lagi sejarah tamadunnya ialah yang berpusat di Vietnam sekarang (bermula pada abad ke-2M di utara Vietnam sekarang yang pada masa itu dikenali sebagai Amaravati\/ Amarawati) tetapi kerajaan itu dikenali atas nama bangsanya sahaja, kerajaan Campa (walaupun pada peringkat awalnya Tiongkok merujuknya sebagai <em>Lin-yi<\/em> dan <em>Houan-wang<\/em>). Tanah takluknya ketika kemuncaknya (abad ke-8M) hampir seluruh Vietnam dan timur Kemboja sekarang. Kekuatan kerajaan ini berakhir setelah dikalahkan dengan desisifnya oleh bangsa Viet dari selatan Tiongkok pada 1471M, yang mendirikan kerajaannya yang diberi nama Viet Nam (diInggeriskan menjadi Vietnam). Ketika itu kerajaan Campa berpusat di Wijayapura di pesisir Vietnam tengah sekarang yang kini namanya Binh-dinh. P<span lang=\"CA\">ada tahun 1471 itu Campa hanya hilang 1\/3 drp seluruh jajahanannya tetapi pada 1832 nama Campa dengan rasminya hilang sama sekali (ketika kerajaan Campa berpusat di Panduranga atau kini Phan Rang, Vietnam Selatan). Pelarian besar-besaran orang Campa ke Kemboja (Kambujadesa) berlaku sejak tarikh kekalahan teruknya pada 1471 itu sehingga hampir pupusnya Campa di Vietnam sekarang. Walaupun gerakan kemerdekaannya di wilayah di Vietnam tengah masih berlaku sehingga kini, seperti yang perihalkan oleh Po Dharma (2005), dunia lani mengenali orang Campa sebagai suku kaum Kemboja sahaja. <\/span><\/p>\n<p style=\"margin: 0in 0in 0.0001pt; text-align: justify; text-indent: 27pt;\">Berbeza dengan Funan, KeMelayuan orang\/bahasa Campa tidak pernah dipertikaikan. Malah bahasa Melayu bertulis yang tertua diiktiraf tertinta di batu bersurat (prasasti) di Campa bertarikh sekitar abad ke-4M di Dong Yen Chau , Vietnam sekarang dan transliterasinya ada dalam INTAN (1993) yang antara lain sudah ada perkataan <em>tjuh<\/em>\/tujuh dan <em>sarivu<\/em>\/seribu). Keseluruhan prasasti Campa jelas menunjukkan multibahasanya sarjana Melayu Campa tetapi bahasa Melayu agak mengatasi bahasa-bahasa lain itu khususnya bahasa terbesar dan berpengaruh (sebuah bahasa ilmu) di rantau Asia<span> <\/span>pada masa itu, iaitu Sanskrit, kerana <strong>daripada 210 buah prasasti yang<\/strong> <strong>dijumpai ada 127 buah dalam bahasa Melayu (bahasa <em>Kunlun<\/em> atau <em>Kolan<\/em>),<span> <\/span>56 buah dalam Sanskrit dan 27 buah bahasa campuran Melayu-Sanskrit<\/strong><span> <\/span>(Mohamad Zain &amp; Alinor 2008). Semua prasasti yang diketahui bahasanya itu sudah diterjemah ke dalam bahasa Perancis dan beberapanya sahaja yang juga diterjemah ke dalam bahasa Inggeris. Kini, atas usaha terutamanya Alinor dan Mohamad Zain (ahli kumpulan penyelidikan etnomatematik Melayu, KuPELEMA, yang diprakarsai (dimangkin-mulai) penubuhannya oleh penulis ini di INSPEM, UPM pada akhir 2005) hampir kesemua prasasti dalam bahasa <em>Kunlun<\/em> itu telah diterjemah-tafsir ke dalam bahasa Melayu lani.<span> <\/span>Kajian terperinci tentang kandungan sains bagi setiap prasasti itu masih belum dilakukan, kecuali beberapa buah sahaja yang satu daripada dikaji oleh penulis ini dan diperihalkan di bawah ini.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 26.95pt;\"><span lang=\"CA\">Tamadun Campa dan Funan wujud serentak sehingga abad ke-9M dan malah kerajaan Cenla\/Chenla pernah tunduk kepada kerajaan Campa dalam abad ke-9 itu hinggalah pembebasannya dianggap oleh ahli sejarah Khmer sebagai permulaan kerajaan Khmer sebenar yang memulakan nama Kemboja (Kambujadesa) dan seterusnya dikenali juga sebagai Kerajaan Angkor itu. Namun mengikut Maspero (2002) ahli-ahli senibina umpamanya dapat membezakan candi\/wat Funan dengan Campa umpamanya. Tingginya tamadun Campa terbukti dengan senibina candi\/wat<span> <\/span>yang kebanyakannya dibina sejak abad ke-5M lagi di daerah yang bernama Mison\/Myson, Vietnam, malah diiktiraf dunia sebagai candi\/wat yang tertua dan berseniukir yang menakjubkan. <\/span><\/p>\n<p style=\"margin: 0in 0in 0.0001pt; text-align: justify; text-indent: 26.95pt;\"><span lang=\"CA\">Maspero (2002) menyebut adanya sebuah prasasti yang bertarikh 1003S (iaitu 1081M) mengandungi sifat-sifat pemimpin agung Campa, iaitu rajanya yang bernama Sri Jaya Indravarmadeva, dan ini mencetuskan kami mencari prasasti itu dan mengkajinya dengan lebih teperinci. Kami dapati prasasti itu berpendahuluan dalam bahasa Sanskrit tetapi kemudian semuanya dalam bahasa <em>Kunlun\/Kolan<\/em> itu. Prasasti ini <span> <\/span>ternyata begitu tinggi ilmunya, iaitu tentang aksiom kepemimpinan atau kepengurusan yang diistilahkan oleh penulis prasasti itu sebagai <em>cakravantin<\/em> (=tok batin sejagat, atau pemimpin sejagat) yang mengatasi ilmu ini di tamadun-tamadun lain dewasa itu (Shaharir 2008b). Buku Maspero itu merakamkan rekod perakaunan (bilangan benda) dan unit-unit fizik (panjang, masa, berat, luas, isi padu dan sebagainya) dan ilmu pengurusan<span> <\/span>Campa itu kami dapati semuanya dalam bahasa Melayu Campa atau pengubahsuaian atau inovasi istilah Sanskrit (Alinor 2005d, 2007a dan Shaharir 2007a, 2008b). <\/span>Antara unit sukatan Campa itu yang ingin disebut di sini ialah sukatan berat <em>dram <\/em>( = 12 <em>thil=tahil?<\/em>);<span> <\/span>yang kami belum jumpa adanya unit ini dalam sains Hindia tetapi unit ini diperkenalkan di Barat (yang kita kenali drp Inggeris, <em>dram <\/em>juga) beberapa kurun kemudian sebagai unit berat terutamanya cecair, pertamanya dalam bahasa Yunani, <span class=\"foreign1\"><span style=\"color: black;\">drakhma <\/span><\/span><span class=\"foreign1\"><span style=\"font-style: normal; color: black;\">(bermaksud sukatan berat), kemudiannya<\/span><\/span><span lang=\"EN\"> <\/span>dalam Latin: <span class=\"foreign1\"><span style=\"color: black;\">drachma <\/span><\/span><span class=\"foreign1\"><span style=\"font-style: normal; color: black;\">dan<\/span><\/span><span class=\"foreign1\"><span style=\"color: black;\"> <\/span><\/span><em>dramma<\/em> diikuti oleh Italia: <em>dramma<\/em>, Jerman\/Perancis: <em>drachme<\/em> (tetapi anehnya tiada unit sebegini dalam Portugis, Belanda dan Sepanyol). Walaupun mengikut Wikipedia mata wang Roma dan Timur Tengah, <em>dirham<\/em> itu pun asalnya daripada perkataan Yunani <em>dirkham <\/em>itu, tetapi kehampiran bunyi itu tidaklah bermakna perkatan itu berasal drp kata akar yang sama. Mungkinkah semua sukatan berat Eropah dan Campa ini adalah hasil interaksi antara <span> <\/span>tamadun Campa dengan tamadun di Mediteranean, kerana kapal-kapal Melayu sudah sampai di Yunani sejak abad ke-2M lagi dan begitu juga kapal-kapal Yunani ke Alam Melayu ini?<\/p>\n<p style=\"margin: 0in 0in 0.0001pt; text-align: justify; text-indent: 26.95pt;\">Mengikut Maspero itu juga, yang katanya bersumberkan daripada catatan Tiongkok, seorang jeneral Viet yang menyerang dan mengalahkan Campa buat kali pertamanya <strong>pada abad ke-6M mendapati<\/strong> <strong>ada 1350 buah buku dalam bahasa <em>Kunlun<\/em><\/strong>. Bilangan khazanah ilmu bertaraf antarabangsa pada zaman Campa ini nampaknya dapat mengalahkan khazanah buku peringkat tinggi dalam bahasa Melayu sekarang pun, yang pada pertengahan 1990-an dahulu berjumlah hanya sekitar 1200 buah buku teks pengajian tinggi yang tidaklah berupa buku besar Melayu sebesar buku-buku Melayu Campa itu! Mengikut Alinor (2005a-c) di antara buku-buku ini bukan sahaja berkenaan dengan agama Buddha tetapi juga ada buku epistemologi dan mantik yang diistilahkan sebagai <em>nyaya<\/em> (daripada Sanskrit dan menjadi perkataan Melayu lani dalam bentuk negatifnya sahaja, aninyaya atau aniaya (daipada <em>anyaya<\/em>), tetapi sering pula diucapkan secara tak formal dan ringkasnya sebagai \u201cnyaya\u201d). Sumber Campa kemudian ada melaporkan bahawa kesemua kitab rampasan itu dibakar oleh tentera Viet itu; namun ada pula catatan lain di Tiongkok yang menyatakan raja Tiongkok memerintah sarjananya mengkompilasi kitab-kitab itu dan diminta supaya menerjemahkannya ke dalam Bahasa Tiongkok sehingga <strong>sejumlah 74 buah buku daripadanya berjaya diterjemah, termasuklah karya besar epistemologi Hindu yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu Campa<\/strong> (<em>Kunlun<\/em>) berjudul <em>Nyayamukha <\/em><span>(karya Dignaga)<\/span><em> <\/em><span>dan <\/span><em>Nyayapravesa<\/em> (karya Dignaga atau Samkarasvamin). Besarnya karya ini dapat dibayangkan dengan <strong>adanya ratusan ulasan terhadapnya<span> <\/span>dalam bahasa Tiongkok,<span> <\/span>Korea dan<span> <\/span>Jepun. <\/strong><\/p>\n<p style=\"margin: 0in 0in 0.0001pt; text-align: justify; text-indent: 26.95pt;\">Yang menariknya lagi, sepertilah pada zaman kerjaaan Funan, <strong>kerajaan Tiongkok sering mengundang sarjana Melayu Campa membantu penterjemahan buku-buku dalam bahasa <em>Kunlun<\/em>, Sanskrit atau mungkin sekali Pali ke dalam bahasa Tiongkok<\/strong>. Ini menunjukkan hebatnya bahasa dan sarjana Melayu Campa yang telah berjaya menjadikan bahasanya (<em>Kunlun<\/em>) sebagai bahasa ilmu dan keilmuannya dapat menyaingi (setengahnya jelas mengatasi) yang di dalam bahasa Sanskrit atau Pali dan ilmuwan Hindia dan Tiongkok pada masa itu.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 26.95pt;\">Dengan mengumpul beberapa sumber sejarah yang sedia ada, Alinor (2004a,b, 2005a-c) mencatatkan kesah catatan terkenal sarjana Tiongkok bernama I\u2019-Cheng (bersama 4 orang pembantunya) <strong>pada sekitar awal abad ke-8 M menyatakan ribuan buah<span> <\/span>buku di Palembang dalam bahasa <em>Kunlun<\/em> dan Sanskrit<\/strong> sehingga sarjana Tiongkok itu sendiri berada di pusat kerajaan Sriwijaya itu selama 14 tahun (setengah sumber 7 tahun) untuk mengumpul, menyalin atau menterjemah buku-buku tersebut dan berguru dengan seorang mahaguru Melayu Sriwijya bernama Sakyakirti. Buku-buku pilihannya itu di bawa pulang ke Tiongkok. Antaranya ratusan kitab agung agama Buddha dalam bahasa Melayu (<em>Kunlun<\/em>) termasuk <span> <\/span>kitab termasyhur Buddha bernama <em>Tripatika<\/em> itu sahaja pun berjumlah 500 <em>gatha <\/em>atau <em>ganthra<\/em> dalam bahasa <em>Kunlun<\/em> jika diterjemah kepada bahasa China pada masa itu akan berjumlah ribuan jilid. Antaranya juga termasuklah 7 buah kitab karangan sarjana Hindu yang bernama Dharmakirti (yang lain daripada seorang sarjana Melayu zaman Sriwijaya yang serupa namanya dan bergelar \u201cSarjana Akbar\u201d)<span> <\/span>yang diterjemah kepada bahasa Melayu (<em>Kunlun<\/em>) oleh sarjana Sriwijaya bernama Atisa atau Atica yang berasal dari India, tetapi pernah belajar dengan Dharmakirti, \u201cSarjana Akbar\u201d Sriwijaya itu. Atisa ini pernah dibawa ke Tibet pada 1010M untuk mengajar di sana. KeMelayuan Atisa ini sama seperti Melayunya sarjana agung Melayu abad ke-17 yang bernama Nur al-Din al-Ranyry atau ejaan biasanya Nuruddin al-Raniri itu (iaitu sarjana berbangsa bukan Melayu tetapi berkarya hebat dalam bahasa Melayu).<span> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\"><span>Berdasar pada tinggalan prasasti Sriwijaya yang hanya berjumlah 12 buah yang 7 buah daripadanya dalam bahasa <em>Kunlun<\/em> dan 5 buah dalam bahasa Sanskrit (Mohamad Zain &amp; Alinor 2008), jelas sekali terbayangnya tentang dwibahasanya sarjana Melayu pada zaman itu (bahasa Sanskrit dan bahasanya sendiri, bahasa <em>Kunlun<\/em>) dalam penulisan ilmu dan sekaligus menunjukkan persaingan dua bahasa ini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa janapada berlaku hebat pada zaman Tamadun Melayu Sriwijaya ini. Sedikitnya prasasti Sriwijaya ini berbanding dengan prasasti pada zaman Campa itu sekali-kali tidak membuktikan kurangnya karya (atau ilmu) pada zaman Sriwijaya ini sebagaimana yang sudah pun dibuktikan oleh I\u2019Ching itu. Ketiadaan prasasti Sriwijaya ini mungkin benar juga rasionalnya oleh sesetengah sarjana sebagai akibat pemusnahan oleh golongan Islamis baru pada zaman dahulu dalam gerakan pengIslaman mereka (Ini dibicarakan lagi secara berasingan di bawah ini). Malah memang ada ulama masyhur <em>Malayuwiyyah<\/em> (nama rantau kediaman rumpun Melayu mengikut istilah ulama besar Melayu Fatdany (Petani) abad ke-19)<span> <\/span>yang tidak menggalakkan seseorang Islam menyimpannya prasasti dan ilmu sebelum Islam. Contoh ulama itu ialah \u2018Abd al-Qadiy al-Fatdany atau \u2018Abd al-Qadiyr Bukit Bayas atau \u2018Abd al-Qadiyr Duyung<span> <\/span>mengeluarkan hukum haram terhadap seseorang yang menjual-beli atau membaca hikayat atau dongeng-dongeng tempatan (seperti \u201cHikayat Sri Rama, Surat Jawa dan Syair Ken Tabuhan dan barang sebagainya\u201d), kitab-kitab yang tiada memberi manfaat, kitab nujum, dan kitab orang kafir..dan katanya lagi \u201clarilah segala malaikat sebab busuk bau yang keluar daripada mulut orang yang membaca akan segala hikayat dan syair\u201d itu. (Hukum ini ada dalam karyanya sekitar 1820-an (dalam bahasa Melayu), \u201c<\/span><em>al-Taghrib wa al-Tarhdib li al-Bai\u2018i<span> <\/span>Wa al-Syiray <\/em>(<em>Menggemari dan Menakuti bagi Berjual dan Beli\u201d<\/em> yang diperihalkan oleh<span> <\/span>Wan Mohd Shaghir (1421H\/2000).<span> [Istilah <em>Malayuwiyah<\/em> itu disyorkan oleh ulama, ahli bahasa dan pejuang bahasa Melayu awal abad ke-19M, Syaykh Ahmad al-Fatdany, dalam bukunya <em>Hadiqaht al-Azhar wa al-Rayahin<\/em>: ms 135 , dengan rumpun bangsanya diistilahkannya sebagai <em>Milayu <\/em>(bukannya ejaan sekarang, Melayu].<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\"><strong>Antara sarjana Melayu Sriwijaya yang diketahui masyhur kehebatannya ialah Atisa, Dharmakirti dan Sakyakirti. Sementara itu seorang tukang Melayu Sriwijaya bernama Ci-lo-lo (Chi-lo-lo) dicatatkan pada tahun l079<span> <\/span>di kuil Taois di Kanton<\/strong> yang dihantar oleh maharaja Sriwijaya yang bernama Divakara untuk membaiki kuil tersebut. Kerja sebegini dicatatkan oleh banyak rekod Tiongkok sepanjang zaman kerajaan-kerajaan Melayu Funan hingga ke zaman Sriwijaya. Bagaimanapun, sehingga kini kami belum memperoleh seorang pun nama sarjana Melayu Campa, walaupun karya-karya SAKTI zaman Campa begitu banyak dan bertaraf antarabangsa.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\">Kesimpulannya, sudah agak cukup buktinya untuk menyatakan bahawa <strong>bahasa Melayu pada zaman kerajaan Campa (terutamanya dalam tempoh abad ke-6M hingga ke-11M) dan Kerajaan Sriwijaya (abad ke-7 hingga ke-12M) sudah mencapai taraf bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa <\/strong>(sekurang-kurangnya dunia Asia ini) bersekali dengan bahasa ilmu semasa, iaitu bahasa Sanskrit. Sarjana Melayu pada masa itu mahir dan berkarya dalam tiga bahasa, iaitu bahasanya sendiri (Melayu\/<em>Kunlun<\/em>), Sanskrit dan Tionghua. Tiada bukti bahwa bahasa Tionghua menjadi bahasa antarabangsa setaraf dengan bahasa Sanskrit dan Melayu, tetapi demi besarnya umat Tionghua itu agaknya maka sarjana Melayu juga mahir dalam bahasa tersebut sehingga boleh menjadi penterjemah ikhtisas Sanskrit dan Melayu kepada bahasa Tionghua. Tradisi ini berlaku sejak zaman kerjaan Melayu Funan itu lagi.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><em>Pengelasan Ilmu Rumpun Melayu Pra-Islam<\/em><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><em> <\/em><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span>Bagaimana hebatnya ilmu yang wujud pada rumpun Melayu pra-Islamnya, dipersaksikan oleh para sarjananya dan pustakawannya (telah ada istilah <\/span><em>Pustakarakshaka<\/em><span> yang bermaksud Ketua Pustakawan Negara pada zaman Funan-Cenla-Campa, Sailendra-Sriwijaya dan Jawa Kuno dahulu lagi) apabila mereka mengelaskan ilmu-ilmu mereka seperti berikut yang jelas menunjukkan kayanya tamadun Melayu pra-Islam dalam SAKTI (<\/span>Guillon 1999,<span> <\/span>Maspero 2002, <span> <\/span>Alinor 2005a &amp; 2006, KuPELEMA 2008):<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial;\">Pengelasan Ilmu Mon-Funan (asalnya Pengelasan Ilmu Mon)<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">MF1: <em>Slapat <\/em>(ilmu agama, sastera, sains dan puisi; istilah ini secara harfiahnya bermakna \u201cpelepah yang dimampat\u201d),<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">MF2: <em>Gran<\/em> (perubatan; istilah berasal drp Sanskrit, g<em>rantha<\/em> (yang secara harfiahnya bermakna buku sahaja),<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">MF3: <em>Prakuih<\/em> (ilmu-ilmu teknik seperti astrologi, tatabahasa, sejarah, <em>Veda, Abhidhamma<\/em>, pertukangan, perikanan, penjinakan gajah, dan lain-lainnya; istilah ini drp Sanskrit, <em>prakarana<\/em> yg bermaksud tulisan),<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">MF4: <em>Traai\/Nissaya <\/em>(keagamaan Budha yang juga mengandungi unsur sains bidang falsafah dan mantik\/lojik\/<em>nyaya<\/em>),<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\">MF5: <em>Dvak\/Grak<\/em> (puisi dan doa),<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">MF6: <em>Likh\/Lekh<\/em> (puisi yang tidak berbentuk doa; istilah ini drp Sanskrit, <em>lekha<\/em> yg bermakna menghasilkan tulisan),<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">MF7: <em>Kativat <\/em>(sejarah; istilah drp Pali, <em>katikavata<\/em> yg secara harfiahnya bermakna perkara yg lepas), dan<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">MF8: <em>Skemi<\/em> (karya pendek-pendek yang nampaknya bertindan dengan <em>Kativat; <\/em>istilah ini sejarah harfiahnya bermakna setapak tangan).<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><span> <\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial;\">Pengelasan Ilmu<span> <\/span>Campa<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\">Cam1 : Tatabahasa Panini dan ulasannya <em>Kashikavrtti<\/em>,<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\">Cam2 : <em>Horasastra<\/em>, iaitu Astrologi dan Astronomi,<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 0.5in; text-indent: -0.5in;\">Cam3 : Enam sistem falsafah iaitu <em>Samkhya<\/em>, <em>Yoga<\/em>, <em>Mimamsa<\/em>, <em>Vedanta<\/em>, <em>Nyaya<\/em> dan <em>Vaisesika<\/em>,<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\">Cam4 : Doktrin-doktrin Buddha,<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 0.5in; text-indent: -0.5in;\">Cam5 : <em>Dharmasastra<\/em>, terutamanya <em>Manavadharmasastra<\/em>, juga disebut sebagai <em>Manu Smrti <\/em>atau <em>Bharggavija Dharmasastra<\/em>, dan <em>Narada Smrti<\/em>. (Rujuk prasasti Myson Indravarman II bertarikh 1010S\/1088M dan prasasti Myson Jaya Indravarman IV bertarikh 1092S\/1170M),<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 0.5in; text-indent: -0.5in;\">Cam6 : Kesusasteraan mazhab Vaisnaya dan Saiva, terutamanya buku <em>Uttarakalpa<\/em> dan <em>Caktanandatarangini<\/em> (Rujuk prasasti Hoa-Que Bhadravarman III bertarikh 831S\/909M dan prasasti Lai-trung Indravarman III\/Jaya Indravarman I bertarikh 843S\/921M),<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\">Cam7 : Empat Veda,<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 0.5in; text-indent: -0.5in;\">Cam8 : Epik, iaitu <em>Ramayana<\/em> dan <em>Mahabharata<\/em>. (Rujuk dua prasasti Myson Prakasadharma bertarikh 579S\/657M, prasasti Myson Vikrantavarman, prasasti Yang Tikuh Indravarman I bertarikh 721\/799M, prasasti Phu-Luong Rudravarman III bertarikh 83xS dan prasasti Myson Jaya Harivarman I bertarikh 1079S\/1157M),<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 0.5in; text-indent: -0.5in;\">Cam9 : <em>Purana<\/em>, terutamanya <em>Artha-puranasastra<\/em> atau <em>Puranartha<\/em> yang merupakan ulasan asli sarjana Campa. (Rujuk dua prasasti Myson Jaya Harivarman I, satu daripadanya bertarikh 1079S\/1157M),<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 0.5in; text-indent: -0.5in;\">Cam10 : Kesusasteraan Sanskrit, termasuklah <em>Kavya<\/em> dan puisi-puisi romantik. (Rujuk prasasti Myson Vikravarman dan prasasti Po-Nagar Jaya Paramesvaravarman I bertarikh 972S\/1050M).<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><span> <\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial;\">Pengelasan Ilmu Jawa Kuno\/Kuna<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">JK1. <em>Wiracarita<\/em>, iaitu cerita-cerita kepahlawanan yang berdasarkan kepada <em>Ramayana<\/em> dan <em>Mahabharata<\/em>.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">JK2. <em>Tutur<\/em>, iaitu karya-karya agama seperti <em>Sang Hyang Kamahayanikan<\/em>.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">JK3. <em>Castra<\/em>, iaitu karya-karya tentang hukum dan undang-undang seperti <em>Agama, Dustakalabhaya, Swarajambu\/Swayambhu, Dewadanda, Yajnasadna, Dharma upapati, Casra Menava, Kutaramanava-sastra<\/em>,<em> Devagama<\/em>\/<em>Krtopapati, Sarasamuccaya<\/em>,<em> Sivasana<\/em> dan <em>Adhigama<\/em>,<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">JK4. <em>Casana<\/em>, juga tentang hukum tetapi lebih luas cakupannya. Dibahagikan kepada empat, iaitu Dharmacasana (panduan pemimpin), Dewacasana<em> <\/em>(panduan agamawan), Rshicasana (panduan petapa) dan Rajacasana (panduan Raja, contohnya <em>Kumandaka<\/em>, <em>Nitipraya<\/em>, <em>Smaratantra <\/em>dan <em>Anggulipraweca<\/em>).<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">JK5. <em>Purana<\/em>, iaitu karya-karya falsafah, teologi, kosmologi dan lain-lainnya seperti <em>Brahmanda-purana<\/em> dan <em>Agastyaparva<\/em>.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">JK6. Sejarah, seperti <em>Tantu Panggalaran<\/em> dan <em>Pararaton<\/em>.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">JK7. <em>Usada<span> <\/span><\/em>(Perubatan).<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\">JK8. <em>Wariga<\/em> (Almanak).<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">JK9. <em>Wawatekan<\/em> (Daftar tahun).<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">JK10. <em>Pasasangkalan <\/em>(Kata-kata bernilai angka).<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">JK11. <em>Krtabhasa <\/em>(Kamus).<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">JK12. <em>Cantakaparwa<\/em> (Kamus berpuisi).<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><em> <\/em><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Arial;\">Pengelasan Ilmu Sailendra-Sriwijaya dalam Sanskrit<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">SaSri1 : Sejaraisme atau <em>Purvvante ajnanam<\/em> (pengetahuan tentang perkara-perkara lepas), Kelakisme atau <em>aparante ajnanam<\/em> (pengetahuan tentang perkara-perkara kelak\/mendatang) dan Kinisme iaitu <em>purvvaparante ajnanam<\/em> (pengetahuan tentang perkara-perkara lepas-mendatang=kini);<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">SaSri2 : Sains Pengurusan iaitu <em>vaksamskarah<\/em> (daya bicara), <em>karmmany ajnanam<\/em> (pengetahuan tentang tindakan), <em>karmmavipake ajnanam<\/em> (pengetahuan tentang mematangkan tindakan), <em>swami<\/em> (tuan), <em>valaddhyaksah<\/em> (komander tentera), <em>amatya<\/em> (menteri), <em>puram<\/em> (negara), <em>grham <\/em>(rumah), <em>panca kamagunani<\/em> (lima keseronokan badan), <em>mitramitrodasinadi <\/em>(rakan, lawan dan berkecuali), <em>parasparajiyamsah <\/em>(kejayaan menakluk), <em>atmabhedadandandavapradani <\/em>(rundingan, perbalahan, usaha dan hadiah), <em>aicvaryasampattir <\/em>(mendapat kuasa memerintah), <em>aicvaryyavipattir<\/em> (hilang kuasa memerintah);<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">SaSri3 : Teologi iaitu <em>Vuddhe ajnanam<\/em> (pengetahuan tentang Buddha), <em>dharmme ajnanam<\/em> (pengetahuan tentang dharma), <em>samghe ajnanam<\/em> (pengetahuan tentang Samgha), <em>duhkhasamudayanirodha<\/em> [<em>marggesv<\/em>] <em>ajnanam <\/em>(pengetahuan tentang kesengsaraan, Awal, Perhentian dan Jalan), <em>heto ajnanam<\/em> (pengetahuan tentang Sebab),<span> <\/span><em>hetusamutpannesu dharmmesv ajnanam<\/em> (pengetahuan tentang dharma-dharma yang terhasil daripada Sebab), <em>kucalesu dharmesv ajnanam<\/em> (pengetahuan tentang dharma-dharma baik), <em>akucalesu dharmesv ajnanam <\/em>(pengetahuan tentang dharma-dharma jahat), <em>kucalakucalesu dharmmesv ajnanam<\/em> (pengetahuan tentang dharma-dharma baik dan jahat), <em>savadyesu dharmesv ajnanam <\/em>(pengetahuan tentang dharma-dharma salah), <em>anavadyesu dharmasv ajnanam<\/em> (pengetahuan tentang dharma-dharma betul), <em>savady<\/em>[<em>anavadyesu<\/em>] <em>dharmasv ajnanam <\/em>(pengetahuan tentang dharma-dharma salah dan betul), <em>asevitavyesu dharmmesv ajnanam<\/em> (pengetahuan tentang dharma-dharma larangan) dan <em>sevitavyesu dharmesv ajnanam<\/em> (pengetahuan tentang dharma-dharma amalan);<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">SaSri4. Epistemologi : (i) Sumber pengetahuan iaitu <em>addhyatmany ajnanam<\/em> (pengetahuan tentang perkara-perkara dalaman) dan <em>vahye ajnanam <\/em>(pengetahuan tentang perkara-perkara luaran), (ii) Alat menerima pengetahuan iaitu <em>caksuhcotghranajihvakayamanamsy<\/em> (mata, telinga, hidung, lidah, kulit dan fikiran); (iii) Fungsi alat pengetahuan iaitu <em>caksurvijnanam <\/em>(kesedaran-mata), <em>crotravijnanam<\/em> (kesedaran-telinga), <em>ghranavijnanam <\/em>(kesedaran-hidung), <em>jihvavijnanam<\/em> (kesedaran-lidah), <em>kayavijnanam <\/em>(kesedaran-kulit), <em>manovijnanam<\/em> (kesedaran-fikiran)\/ <em>manasssamskarah<\/em> (daya fikiran); (iv) Jenis pengetahuan iaitu <em>vedanaskandhah <\/em>(tahap perasaan), <em>samskaraskandhah<\/em> (tahap daya\/tenaga), <em>samjnaskandhah<\/em> (tahap idea) dan <em>vijnanaskandhah<\/em> (tahap kesedaran);<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">SaSri5. Psikologi iaitu <em>sukhavedana <\/em>(perasaan suka), <em>dukhavedana<\/em> (perasaan duka), <em>aduhkhasukhavedana <\/em>(perasaan suka duka), <em>kamatrsna <\/em>(berkehendak keseronokan), <em>kamopadanam <\/em>(minat keseronokan), <em>kamabhavah<\/em> (wujud keseronokan badan);<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">SaSri6. Ontologi iaitu <em>bhavatrsna<\/em> (berkehendak kewujudan), <em>vibhavatrsna<\/em> (berkehendak ketiadaan), <em>atmavadopadanam <\/em>(mengikut doktrin kewujudan Atman), <em>rupabhavah <\/em>(kewujudan rupa\/bentuk tulen), <em>arupyabhavah <\/em>(wujud ketiadaan rupa\/bentuk);<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">SaSri7. Etika dan Moral<strong><em> <\/em><\/strong>iaitu <em>drstyopadanam<\/em> (derhaka\/engkar), <em>cilavratopadanam\/ cilavrataparamarcah<\/em> (mengikut hukum moral dan ikrar bebas), <em>satkayadrstih <\/em>(salah tanggap personaliti yang dibahagikan kepada 20 jenis iaitu <em>rupe caturvvidha<\/em> (4 jenis rupa), <em>vedanayan caturvvidha<\/em> (4 jenis perasaan), <em>samjnayan caturvvidha<\/em> (4 jenis idea), <em>samskaresu caturvvidha<\/em> (4 jenis daya) dan <em>vijnane caturvvidha<\/em> (4 jenis kesedaran)), <em>antagrahadrstih <\/em>(salah tanggap melampau yang dibahagikan kepada 3 jenis iaitu <em>vidha<\/em> (kemusnahan), <em>ucchedatma<\/em> (kewujudan abadi Atman) dan <em>cacvatatma <\/em>(keraguan terhadap kewujduan Atman)), <em>mithyadrstih<\/em> (salah tanggap menyeluruh yang dibahagikan kepada 2 jenis iaitu <em>satnatanaci <\/em>(?)), <em>drstiparamarcah<\/em> (mengikut salah tanggapan);<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">SaSri8. Embriologi iaitu <em>samjnajatih<\/em> (menjadi), <em>avakrantih<\/em> (turun kedalam rahim ibu), <em>abhinirvrttih<\/em> (tumbesaran), <em>skandhapratilabho <\/em>(menguasai kumpulan dharma), <em>dhatupratilabhah <\/em>(menguasai 18 wilayah), <em>ayatanapratilabhah <\/em>(menguasai asas tanggapan), <em>skandhabhinirvrttih<\/em> (perkembangan kumpulan dharma), <em>jivitendriyapradurbhavah<\/em> (munculnya pancaindera);<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">SaSri9. Sains Kesihatan : (i) <em>Kayasamskarah <\/em>(daya badan). (ii) Tua yang bermaksud <em>yat<\/em> (botak), <em>khalatatvam<\/em> (kelabu), <em>valitatvam<\/em> (kedut), <em>valipracurata <\/em>(lisut), <em>jirnata <\/em>(tunduk), <em>bhugnata<\/em> (bongkok), <em>kubjata <\/em>(bengkok), <em>gopanasivankata<\/em> (bertongkat), <em>dandaviskambhanata puratah pragbharakayata<\/em> (berat badan kehadapan), <em>tilakadikagatrata <\/em>(tanda hitam pada tubuh), <em>mandatvam <\/em>(lambat), <em>andhatvam <\/em>(rabun), <em>hanih<\/em> (letih), <em>parihanih<\/em> (habis tenaga), <em>indriyanam paripakah paribhedah samskaranam<\/em> (pancaindera melemah), <em>puranibhavah <\/em>(nyanyuk) dan <em>jarjaribhavah<\/em> (musnah). (iii) Mati yang bermaksud <em>satvanikayacyutih <\/em>(keluar daripada erti manusia), <em>cyavanatabhedah<\/em> (mereput), <em>antahanih<\/em> (hilang tenaga dalaman), <em>ayuso hanih<\/em> (hilang kehidupan), <em>jivitendriyanirodhah samskaranam<\/em> (fungsi pancaindera berhenti),<span> <\/span><em>niksepo <\/em>(hilang upaya) dan <em>maranakalaksaya<\/em> (nazak);<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">SaSri10. Kosmologi : Empat benua iaitu <em>jambhudvipah<\/em>,<em> utttarakurukodvipah<\/em>, <em>purvvavidehadvipah <\/em>dan<em> avaragodhanidvipah<\/em>.<em> <\/em>Lapan neraka iaitu<em> sanjiva<\/em>,<em> kalasutra<\/em>,<em> samghata<\/em>,<em> raurava<\/em>,<em> maharaurava<\/em>,<em> tapana<\/em>, <em>sampratapaka <\/em>dan <em>avicic. <\/em>Lapan langit iaitu<em><span> <\/span>caturmaharajika, trayastrimca<\/em>,<em> yama<\/em>,<em> tusita<\/em>,<em> nirmanarati<\/em>,<em> parinirmitavacavarttinac<\/em>,<em> ceti pretalokah <\/em>dan<em> tiryyagjatic<\/em>. Lima unsur asas dan terbitannya iaitu <em>catvari mahabhutani catravi ca mahabhutany upadaya ca rupam<\/em> (air, api, tanah, angin<span> <\/span>dan akasa, dan bentuk-bentuk yang terhasil daripadanya berjumlah lima organ dan lima kategori);<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">SaSri11. Botani iaitu <em>vijad ankuram<\/em> (biji menghasilkan tunas), <em>ankurat patram<\/em> (tunas menghasilkan daun), <em>patrat kandam<\/em> (daun menghasilkan batang), <em>kandan nalam<\/em> (batang menghasilkan cabang), <em>nalad garbhah<\/em> (cabang menghasilkan ranting), <em>garbhat puspah<\/em> (ranting menghasilkan bunga), <em>puspat palam <\/em>(bunga menghasilkan buah).<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><em><span style=\"font-size: 11pt;\"> <\/span><\/em><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><em><span style=\"font-size: 11pt;\">Bahasa Melayu Kaya dengan SAKTI dalam Zaman Tamadun Rumpun Melayu-Islam .<\/span><\/em><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong> <\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\"><span>Rantau yang didiami rumpun Melayu yang membentuk rantau Tamadun Islam Melayu memperoleh banyak namanya seperti Nusantara (istilah daripada kerajaan Majapahit abad ke-13M yang dihidupkan kembali oleh para pejuang kemerdekaan Hindia Timur abad ke-20), <em>Nosa Koncana<\/em> (daripada Nakula yang rujukannya ada dalam Shaharir 2000b), <em>Malayuwiyah<\/em> (daripada sarjana-ulama rumpun Melayu abad ke-19), <em>Malayonesia <\/em>(daripada ahli etnografi Inggeris abad yang sama), <em>Indunesia\/Indonesia<\/em> (daripada ahli etnografi Jerman abad yang sama), <em>Malaisea<\/em>\/<em>Malaysia<\/em> (daripada ahli etnografi Perancis\/Inggeris abad yang sama), Gugusan Pepulau Melayu (<em>the<\/em> <em>Malay Archipelego<\/em>, oleh ahli sains hayat Inggeris, Wallace 1868), Alam Melayu (<em>the<\/em> <em>Malay World,<\/em> oleh penulis Inggeris abad ke-20), Bumantara (1960-an oleh Sutan Takdir Alisjahbana, drp bumi+antara),<span> <\/span>Pascabima (akronim oleh penulis ini pada 1998, berasaskan negara-negara yang didiamai oleh rumpun Melayu yang pernah wujud dahulu dan lani), dan Alam Melayu). Nama-nama lain yang dinamai oleh ahli-ahli etnografi Eropah sebelum nama <em>the<\/em> <em>Malay Archipelago<\/em> itu muncul dengan bergayanya ialah (dalam bahasa Inggerisnya) <em>the Indian Archipelago, the Asiatic Archipelago, the Eastern Archipelago, the Indo-Australian Archipelago<\/em> dan yang paling lama bertahan ialah <em>the East Indies\/Hindia Timur<\/em> (yang kemudian dibahagia tiga, <em>the Dutch East Indies\/Hindia Timur Belanda<\/em>, yang menjadi Indonesia 1945 dan <em>the<\/em> <em>British East Indies\/Hindia Timur Inggeris<\/em> yang menjadi Malaysia pada 1963, dan selebihnya Filipina, Papua Niugini dll. pulau yang kecil-kecil itu yang biasanya dilupai dalam istilah <em>the East Indies<\/em> itu). Nama-nama rantau rumpun Melayu sebelum Islam pun banyak sama ada yang dirujuk poleh orang-orang Yunani, Hindia, atau orang Tionghua seperti <em>Aurium<\/em> <em>Chorsenesis<\/em>, <em>Suwarnabumi<\/em> (dan beberapa variasi ejaannya; kini menjadi nama lapangan terbang antarabangsa Thailand, Suvarnabhumi), <em>Yavadvipa\/Javadvipa,<\/em> <\/span><em>Ye Diao<\/em><span> dan lain-lain lagi (Lihat Shaharir 2008b). Nama yang melekat hingga sekarang ialah Nusantara, Gugusan Pepulau Melayu dan Alam Melayu (<em>the Malay World<\/em>, yang merujuk kepada wilayah berbahasa rumpun Melayu yang ahli linguistik menamainya <em>Austronesia<\/em> atau <em>Malayo-Polinesia<\/em> yang cukup luas itu: dari Madagaskar ke Pulau Easter hingga merangkumi pulau-pulau Polinesia hingga ke Hawai, ke utara berhenti di Taiwan, dan ke \u201cbawah\u201d berhenti di New Zealand tempat kediaman rumpun Melayu Maori). <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\"><span>Di dalam makalah ini hanya istilah <em>Malayuwiyyah<\/em> dan <em>Malayonesia <\/em>sahaja yang digunakan terutamanya di dalam seksyen ini, sesuai dengan zamannya dan kehendak sarjana watannya, dan selain itu dirujuk Alam Melayu dan bangsanya secara generiknya dirujuki sebagai rumpun Melayu. Ciri utama tamadun rumpun Melayu Islam (TaRMI) ini ialah penggunaan bahasa Melayu dengan aksara Jawi sebagai alat komunikasi rasmi dan penulisan ilmu. Tempoh TaRMI kami ambil bemula abad ke-13M (apabila Pasai\/Aceh beraja Islam) dan berakhir dengan jatuh bangunnya beberapa kesultanan rumpun Melayu selepasnya seperti Melaka (1402-1511 tetapi warisan kesultanannya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia dan Johor-Riau-Lingga (1528-1824)), Demak (1478-1561) dan sambungannya Mataram (berakhir pada 1830 tetapi kesultanan\/kekratonannya hidup sehingga munculnya Indonesia 1945), Petani\/Fatdany (dikalahkan Siam pada tahun 1671 tetapi kesultanannya hanya lumpuh pada 1785 di bawah telunjuk Siam dan akhirnya hilang<span> <\/span>sepenuhnya 1909 menjadi sebahagaian drp negara Siam\/Thailand sepenuhnya tanpa sultan), Sulu (1390 hingga jatuh kpd Sepanyol pada1567), Manguidanao\/Mindanao (abad ke-13 hingga kepada Sepanyol pada 1543), dan kerajaan-kerajaan yang lebih kecil seperti Banjar (1370an sehingga jatuh ke tangan Belanda pada awal abad ke-19), Brunei (abad ke-14 hingga 1888), Ternate dan Tidore (abad ke-15M hingga ke-19M). Dalam konteks perkembangan ilmu dan bahasa Melayu, TaRMI ini dikira berlaku dalam tempoh abad ke-13M hingga menjelang abad ke-20M (1900M) sahaja. Pemilihan tahun 1900 itu berdasarkan sekitar berakhirnya kuasa kesultanan rumpun Melayu Islam di <em>Malayuwiyah\/Malayonesia<\/em> yang besar-besar (1824 Johor-Riau-Lingga, 1830 di Jawa, 1874 di Tanah Melayu, 1899 di Sulu dan Mindanao, 1909 di Petani) dan lebih penting lagi tersisihnya aksara Melayu Islam yang dikenali huruf Jawi (terutama sebelum tertubuhnya Indonesia), atau Pegon oleh Bugis dan Gundil oleh Jawa, dan dikenali sebagai Arab-Indonesia oleh generasi baru<span> <\/span>Indonesia (Wikipedia dan Wan Mohd Saghir 1991). Ini lebih-lebih lagi dengan tersebarnya kaedah peRumian oleh van Ophuysyen pada tahun 1901 di Hindia Timur Belanda (Indonesia sejak 1945) dan oleh Wilkinson pada tahun 1904 di Hindia Timur Inggeris (Malaysia dan Brunei sekarang). Selepas 1900 juga kami dapati hanya seorang-dua sahaja sarjana-ulama besar rumpun Melayu yang berkarya dengan baik dan biaknya (dalam Jawi). Oleh itu kami ambil Tamadun Melayu-Islam ialah suatu tempoh antara 1300 hingga 1900<span> <\/span>sahaaja.<span> <\/span><\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\"><span>Bahasa Melayu<span> <\/span>mendapat lonjakan kemajuan yang besar dalam zaman tamadun Islamnya. Banyak perkataan baru diambil bagi mengungkapkan benda-benda yang dahulu tiada keperluannya, banyak pula yang diambil bagi menggantikan perkataan Melayu-Sanskit<span> <\/span>yang sedia ada kerana perubaan cita rasa dan nilai, dan banyaklah pula perkataan Melayu Sankrit itu diubah atau berubah maknanya mengikut acuan Islam. Ringkasnya, pengIslaman bahasa dan ilmu rumpun Melayu pra-Islam itu berlaku dengan pesat dan hebatnya sehingga banyaklah pula ilmu pra-Islam itu yang tersalah saring atau tidak disaring langsung dan banyak pula yang tidak sepatutnya disingkirkan tetap juga tersingkir dalam keghairahan mendokong bahasa dan ilmu baru dari Tamadun Islam. Kesah pengIslaman kebudayaan Melayu ini (tidak termasuk sains dan teknologi) dijelaskan dengan teliti dan bergayanya oleh Prof. Syed Naguib al-Attas dalam syarahan pemasyhuran profesornya di UKM pada 1972 dahulu. (Lihat al-Attas 1972). PengIslaman kebudayaan Melayu dalam sains dan teknologi baru dikaji terutamanya oleh Kumpulan Penyelidikan Etnomatematik Malaysia (KuPELEMA) di INSPEM, UPM, mulai 2005 dan hasilnya sehingga lani dilaporkan dalam KuPELEMA (2008) dan Shaharir (2007a) yang dipaparkan semula dengan ringkasnya di sini kerana di dalam laporan inilah terbuktinya tamadun Melayu Islam adalah juga tamadun SAKTI.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\"><span>Apabila Islam bertapak di Alam Melayu mulai abad ke-13M, persaingan bahasa Melayu dengan Sanskrit dalam merebut takhta bahasa ilmu rumpun Melayu dengan pantasnya berubah kepada persaingan bahasa Melayu dengan bahasa Arab. Karya dalam bahasa Sanskrit dalam bentuk prasasti di Malayuwiyah ini<span> <\/span>boleh dikatakan lenyap sejak abad ke-15M lagi, malah saki-baki aksara Palava\/Palawa dalam bahasa Melayu yang terakhir nampaknya muncul di prasasti batu Nisan Ahmad Majanu di Pangkalan Kempas Port Dickson bertarikh 1385S (aksara Palawa)\/1463M, dan juga bertulisan Jawi dengan tarikh 872H<\/span>. (Lihat prasasti ini dalam Othman &amp; Halim <span> <\/span>1990), <span><span> <\/span>dan tulisan Arab<span> <\/span>dengan terjemahan dalam bahasa Melayu Campa berhuruf Palawi di prasasti Pandurangga (Campa, atau Phan Rang di Vietnam sekarang) pada sekitar tarikh yang sama. Prasasti dalam bahasa Sanskrit di Indonesia<span> <\/span>masih ada hingga ke abad ke-16M; dan warisan aksara Palawi yang dikenali sebagai huruf Kawi hidup dalam bahasa Jawa hingga kini; begitu juga prasasti Campa dalam bahasa Campa beraksara Palawi yang terakhir yang ada dalam pungutannya ialah yang bertarikh 1436, tetapi dalam bentuk manuskrip, manakala Melayu Campa (di Vietnam dan di Kemboja) masih ada yang tahu menulis dalam bahasa Sanskrit hingga abad ke-19M. <span> <\/span>namun semua ini bersifat susah mati sahaja kerana peranannya dan pengaruhnya sudah amat sedikit.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\"><span>Zaman pengIslaman kebudayan Melayu ini, ternyata hebat berlaku<span> <\/span>antara bahasa Melayu dengan bahasa Arab pada tahap yang agak bitara seperti yang dapat disaksikan daripada karya-karya sarjana <em>Malayuwiyah<\/em> sejak abad ke-16M hingga abad ke-19M yang kami kumpul (Shaharir 2007b) daripada khazanah simpanan Wan Mohd Shaghir (WMS 1991-2000). Dalam tempoh tersebut ramailah munculnya sarjana-ulama dengan karya agungnya masing-masing yang kami dapati berjumlah 115 orang dan yang selalu disebut-sebut oleh (selama ini) oleh orang sastera dan agama ialah yang berikut (Tidak termasuk yang tidak diketahui namanya tetapi berkarya besar seperti penulis <em>Hikayat Raja Pasai<\/em> itu): <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\"><span> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span>\u2018Abd al-Rauf al-Fansury\/al-Sinkyly (Abdul Rauf Singkel) <\/span>1615-1693M dng karya besarnya<em> Mir-aht al-Tdullab <\/em>dan terkenal sebagai penterjemah <em>al-Qur\u2019aan<\/em> yang pertama ke bahasa Melayu.<strong><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\"><span>\u2018Abd al-Shamad al-Falimbany(Abdussamad Palimbang). Syahid 1785M dgn karya agungnya, <\/span><em>Hdidayaht al-Salikin<\/em> 1778M dan <em>Siyar al-Salikin (ila \u2018Ibdati Rabb al-\u2018Aalamin<\/em>) 1780M-1788M<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span>Ahmad al-Fatdany (Ahmad Petani) <\/span>1856-1908M dgn karya agungnya <em>Faridaht al-Fara\u2018id<\/em> 1893M<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span>Bukhary al-Jawhary (Bukhari al-Jauhari) dgn karya agungnya <em>Taj al-Salatin<\/em> 1603 M<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span>Dawud al-Fatdany (Daud Petani) <\/span>1769M hingga 1847M dgn karya agungnya<em> Ward al-Zawahir li Hilli Alfazi \u2018Iqdil Jawahir<\/em> 1829M dan<em> Hdidayaht al-Muta\u2018allim wa \u2018Umdaht al-Mu\u2018allim<\/em> 1828M<strong><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Hdamzah al-Fansury (Hamzah Fansuri) 1592M-1607M? dengan karya agungnya<em> \u2019Asrar al-\u2018Ariffin fi Bayaan al-\u2018Ilm al-Suluk<span> <\/span>al-Tawhid<\/em><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span>Isma\u2019il al-Mankabawy (Ismail Minangkabau, m<\/span>ati 1864M) dengan karya agungnya<em> al-Muqaddimaht al-Kubray <\/em><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Muhammad bin \u2018Ismail Dawud al-Fatdany (Syaykh, lahir1829M) dng karya agungnya <em>Matla\u2018 al-Badryn<\/em> 1885M<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span>Muhammad Arsyad al-Banjary (Arsyad Banjar) <\/span>1710M-1812M dng karya agungnya,<em> Sabil al-Muhtaddin<span> <\/span>li al-Tafaqquhi fi Amrid Din<\/em> 1780M<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Nur al-Din al-Ranyry\/Nurruddin al-Raniri 1637-1644M dgn karya agungnya <em>Bustan al-Salatin<\/em><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span>Raja \u2018Aly\/Ali Haji, lahir<\/span><strong> <\/strong>1809M dng karya agung <em>Tuhfaht al-Nafis<\/em><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span>Syams al-Din al-Sumatra-iy\/al-Sumatrany (Syamsuddin Sumatera, m<\/span>ati 1630M) dgn karya agungnya<em> Anwar al-Daqa\u2019iq fi Kasyfi al-Haqa\u2019iq\/Asrar al-Raqaiq<\/em><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span>Tun Sri Lanang dgn karya agungnya <em>Sejarah Melayu\/Sulalaht al-Salatin<\/em> 1624<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span>Sumbangan sarjana-ulama ini dalam SAKTI memanglah tidak kurang pentingnyaa terutamanya bidang kosmologi-kosmogeni, falsafah\/<em>tashawuf<\/em> dan falak\/astronomi tetapi selama ini tidak begitu digembar-gemburkan. Contohnya ialah yang berikut:<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span><span> <\/span><\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span>Nur al-Din al-Ranyry memang banyak sumbangannya dalam mantik dan teori atom (manuskripnya baru ditemui di PNM, MS781(2) yang ditranskripsi ke Rumi oleh Shaharir 2007c serta sedikit sebanyak dikaji oleh Alinor 2007c); falak dlm <em>Shirat al-Mustaqiym<\/em> 1640-an; kosmologi-kosmogeni (teori Nur Muhammad dalam karyanya <\/span><em>Akhbar al-Akhiraht fi Ahwal al-Qiyamaht <\/em>1642;. martabat alam dalam <em>Asrar al-Insan<\/em> [<em>fi Ma\u2018rifaht al-Ruh wa al-Rahman<\/em>] 1640M atau judul Melayunya \u201c<em>Pada Menyatakan Ma\u2018rifah akan Roh dan Tuhan yang Bernama Rahman<\/em>\u201d, <span> <\/span>kosmologi amnya dalam <em>Bad\u2018u Khalq al-Samawat wa al-Ardh, <\/em>tabii alam dalam <em><span> <\/span>Hill\/Hall al-Zhill<\/em> (<em>Menghuraikan Perkataan Zhil dan Kejadian<\/em>) 1638-1644M; tentang Martabat Tujuh dalam <em><span> <\/span>Jawahir al-\u2018Ulum<\/em> [<em>fi Kasyf al-Ma\u2018lum<\/em>] 1642M (<em>Manikam Segala Ilmu Pada Menyatakan Maklum<\/em>) dan<span> <\/span><em>Ma\u2019 al-Hayat li Ahl al-Mamat <\/em>1638-1644, dan falsafah sains dalam <em>Hujjaht al-Siddiq [li daf\u2018 al-Zindiq]<\/em> 1638-1641 yang dikupas dengan tuntasnya oleh al-Attas (1975) itu.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">\u2018Abd al-Rauf Singkel (kosmologi-kosmogeni khususnya teori Martabat Tujuh dan Nur Muhammad ada dalam <em>Bayaan al-Itdlaq<\/em>\/<em>al-Tajally<\/em>, <em>Kifayaht al-Muhtajyn [ilay Masyrab al-Mawahhidyn al-Qaa\u2019ilyn bi Wigdaht al-Wujud],. Mun-yat al-I\u2018tiqad; <\/em><span> <\/span><em><span> <\/span>tashawuf <\/em>dlm <em>Pindahan dari Otak \u2018Ilm Tasawuf, <\/em>dan falsafah ilmu dlm<em> Risalaht Simpan.<\/em><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span>Arsyad al-Banjary (falak\/astronomi dalam karya agungnya itu). <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span>Ahmad al-Fatdany (kosmologi, matematik, perubatan masing-masing dalam karyanya , <\/span><em>Badr al-Tamam<\/em> [<em>wa al-Nujum al-Thawaqib<\/em>] 1887M,<em> \u2018Ilm al-Hisab, Matan al-Syakhawiyyah fi \u2018Ilm al-Hisab<\/em> 1886M &amp;<em> Syarah Matn al-Syakhawi<\/em> 1884M <em><span> <\/span><\/em>dan<em> Luqtah al-\u2018Ajlan<\/em> 1884M &amp; <em>Tdayyibul Ihsan [ fi Tibb al-Insan]<\/em> 1895M).<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span>Bukhary al-Jawhary dan al-Ranyry (kepemimpinan &amp; kepengurusan, masing-masing dalam karya agungnya itu);<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Dawud al-Fatdany (<em>tashawuf\/<\/em>falsafah, kosmologi-kosmogeni\/Nur Muhammad) dalam <em>\u2018Ilm Tasawuf<\/em> 1817M dan<em> al-Muswaddah, Manha al-Syafi\u2018 fi Bayan al-Ramzi Ahl al-Shufy.<\/em><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span>Hdamzah al-Fansury (falsafah sains dan kosmologi) dalam karya agungnya itu. <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Muhammad bin \u2018Ismail Dawud al-Fatdany, Syaykh (kosmologi-kosmogeni) dlm <em>al-Kawkab al-Durr fi al-Nur al-Muhammadi<\/em> 1886M;<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span>Syams al-Din al-Sumatra-iy\/al-Sumatrany (kosmologi &amp; falsafah) dlm <\/span><em>Kasyf al-Sirri Rububyyaht fi Kamal<span> <\/span>al-\u2018Ubudiyyah <\/em>dan<em> Risalah pada Menyatakan Kelebihan Insan daripada Sekelian Sekalian Alam yang Lain<\/em><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span>Ada<\/span><span> beberapa orang sarjana-ulama lain yang memberi sumbangannya dalam SAKTI yang setengahnya lebih menyerlah lagi. Mereka itu ialah yang berikut:<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span lang=\"MS\">Ibn Shaddad al-Himyary dengan karya agungnya dalam falak\/astronomi, <em><span>Tuhfat al-Zaman<strong> <\/strong><\/span><\/em>1175H\/1762 M<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">\u2018Abbas Kutukarang\/Kuta Karang atau Teungku Cik Kutukarang atau Syaykh \u2018Abbas Aceh<em> <\/em>dengan karya agung falaknya,<em> Siraj al-Zhalam fi Ma\u2018rifaht al-Sa\u2019di wa al-Nahasi fi al-Syhur wa al-Aiyam<\/em> 1266H\/1849M dan karya perubatannya<em>, Kitab al-Rahman<\/em><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">\u2018Abd al-Majid al-Marhum Sri Maharaja Wangsa Hj Mohd Salleh Baqar Husyn dengan<span> <\/span>karya falsafah dan kosmologinya,<span> <\/span><em>Kitab tashawuf<\/em> 1310H (sekitar 1890M).<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">\u2018Abd al-Muhyi Pemijahan (Syaykh)<span> <\/span>1660M-1738M dengan karya kosmologi-kosmogeni beliau dalam sebuah manuskrip tentang Martabat Tujuh<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Ahmad Khatib bin \u2018Abd al-Latdif Minagkabau (Syaykh) <span> <\/span>dengan karya matematiknya,<em> Raudaht al-Hussab,<\/em> akhir abad ke-19M<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Isma\u2018il<strong> <\/strong>bin \u2018Abd al-Lah al-Khalidi Minangkabau\/al-Minkabawi <span> <\/span>(Syaykh). Mati 1281H\/1864M dengan tinggalan beberapa buah karyanya<span> <\/span>dalam bidang <em>tashawuf<\/em><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Kemas Fakhr a-Dyn al-Falimbany (Kiyai) <span> <\/span>dengan karyanya di bidang falak\/astronomi, <em>Tuhfat al-zaman fi Zharf Ahdl al-Yamaan<\/em> 1175H\/1761M<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Muhammad \u2018Aly Aceh,<strong> (<\/strong>Syaykh) dengan karyanya dalam kosmologi-kosmogeni,<em> Mafatih al-Ghuyub Bi\u2018awn al-Malik al-Ma\u2018bwud <\/em>atau dinamakan juga sebagai<em> Ku\u2018wus<span> <\/span>Muhaqqiqin<\/em><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Muhammad bin Isma\u2018il Dawud al-Fatdany (Syaykh) dengan karyanya di bidang kosmologi-kosmogeni,<em> al-Kawkab al-Durr fi al-Nur al-Muhammadi<\/em> 1308H\/1888M<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Muhammad bin Khatdib Langien (Syaykh) dengan beberapa buah karyanya di bidang <em>tashawuf<\/em> <span> <\/span>dalam akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Muhammad Nafis bin Idris al-Banjari (Syaykh) dengan karya agungnya di bidang <span> <\/span><em>tashawuf,<\/em> <em>al-Durr al-Nafis<\/em> 1200H\/1785M<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Muhammad Shalih al-Fatdany<strong> (<\/strong>Kiyai Haji\/Syaykh). Mati 1309H\/1891M) dengan tinggalan karya falak\/astronominya, <em><span> <\/span>Hisab dan Falak yang Dapat Digunakan Selama-lamanya <\/em><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Sirajuddyn bin Jalaluddyn (Syaykh) dgn karyanya <em>Mir-aht al-Asrar li Ahl al-Taraqqi wa al-Akhyar <\/em>yang berupa karya tashawuf, falsafah dan kosmologi-kosmogeni (Martabat Tujuh)<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">Syafiyuddyn al-\u2018Abbasi (Syaykh) <span> <\/span>abad ke-16 dengan karya perubatannya, <em>Kitab Sia-Sia Berguna<\/em><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">Wan Musa<span> <\/span>al-Fatdany dengan syarah dlm BM terhadap karyanya <em>\u2018Ilm Mantiq<\/em> 1002H\/1593<span> <\/span>(bahasa Arab)<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\"><span>Dalam kajian kami, KuPELEMA (2008), setakat ini kami dapati lebih rinci lagi unsur-unsur<span> <\/span>sains Melayu yang berikut:<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\"><strong> <\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong>IM1. Mantik<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\">Mantik Melayu-Islam abad ke-16M lagi sudah begitu tinggi wujudnya yang dalam kategori mantik moden ini diistilahkan sebagai P<strong>ernyataan Konjungsi<\/strong>, <strong>Pernyataan Penafian dan Kontrapositif<\/strong>,<strong> Pengkuantiti Wujud<\/strong><span> <\/span><strong>dan Semesta, <\/strong>serta<strong> Pernyataan Berimplikasi. <\/strong>Struktur mantik ini nampaknya yang terawalnya dibicarakan oleh al-Ranyry (Manuskrip Ms781(2)) dan contohnya termanifestasi dalam <em>Hikayat Raja Pasai<\/em>, ringkasnya HRP abad ke-16M (Shaharir 2006b). Manuskrip mantik <em>\u2018Ilm Mantiq<\/em> 1002H\/1593<span> <\/span>karya Wan Musa al-Fatdany<strong> <\/strong><span> <\/span>(yang dimiliki oleh Wan Mohd Saghir)<span> <\/span>yang bertarikh lebih awal daripada karya al-Raniri ini yang dikatakan ada catatan tepi\/jedar dalam bahasa Melayu terhadap manuskrip mantik dalam bahasa Arab masih belum dapat ditelaah.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong>IM2. Ketakterhinggaan<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\">Konsep ketakterhinggaan Melayu-Islam abad ke-16M yang digambarkan dalam HRP dengan istilah \u201ctiada terkira-kira\u201d, \u201ctiada terbilang\u201d, \u201ctiada berhingga\u201d, \u201ctidak terpemenai\u201d<span> <\/span>yang secara kasarnya sama sahaja tetapi, jika dihalusi, penggunaaannya agak berbeza mengikut konteksnya. Ini dapat dipadankan dengan teori ketakterhingga Barat abad ke-20 yang membeza dua jenis ketakterhinggaan: ketakterhinggaan boleh bilang dan ketakterhinggaan tak boleh bilang; bahkan nampaknya lebih canggih daripada ini lagi.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong>IM3. Unsur Fizik <\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\">Unsur Fizik Melayu-Islam abad ke-17M lagi sudah ada dibicarakan perkara yang kini dinamai kategori dan unsur asas benda <span> <\/span>(yang nampaknya dibicarakan oleh al-Ranyry (Manuskrip Ms781(2)) dan dihuraikan juga dalam Bukhary al-Jawhary 1603, Manuskrip Ms505 dan Ms1514. Mereka ini mewarisi unsur fizik Tamadun Islam tentang andaian wujudnya empat unsur asasi benda yang dinamainya \u201canasir <em>arba\u2018 <\/em>\u201d, atau \u201canasir kejadiaan\u201d, iaitu tanah\/bumi, air, api dan <em>haway<\/em>\/angin (telah meninggalkan warisan pra-Islamnya yang ada satu lagi \u201canasir\u201d, iaitu <em>akasa<\/em>, dan dalam Tamadun Islam yang lebih terkehadapan, <em>al-athir<\/em>). Mereka (al-Raniri dan al-Jawhary) juga membicarakan suatu teori atom menerusi konsep \u2019<em>aradh <\/em>dan <em>jawhar, <span> <\/span>jisim <\/em>dan<em> jahiz, <\/em>iaitu<em> <\/em>sebuah teori yang diwarisinya daripada Tamadun Islam. Teori sebegini juga diambil dan diubahsuai oleh Barat dengan nama teori kesempenaan\/sempenaisme atau <em>accasionalism<\/em> dan teori <em>monad<\/em> sebelum terbitnya teori atom Dalton abad ke-19M. Mengenangkan adanya keretakan dalam teori atom kini, maka<span> <\/span>teori atom Melayu-Islam ini berpotensi mencetus idea baru terhadap teori atom semasa.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">IM4.<strong> Kosmologi-Kosmogeni<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\">Kosmologi-Kosmogeni Melayu-Islam ialah yang terkandung di dalam teori Nur Muhammad dan Martabat Tujuh yang diperihalkan oleh sarjana besar Melayu-Islam sekurang-kurangnya sejak abad ke-16M (yang nama-namanya telah disebut sebelum ini) dan juga dalam<span> <\/span>beberapa manuskrip Melayu yang lebih baru (atas nama <em>tashawuf<\/em>) seperti dalam Manuskrip MSS1812 . Kosmologi-kosmogeni ini mampu dipersaingkan dengan teori kini yang masih bergelora itu.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong>IM5. Falak\/Astronomi<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\">Bidang falak atau astronomi Melayu-Islam nampaknya menjadi ilmu yang agak tinggi pencapaiannya nisbah zamannya terutama bidang falak yang berhubung dengan amalan keagamaan Islam, falak syar\u2018i. Bidang ini muncul terawalnya dalam karya al-Raniri, <em>Bustan al-Salatin<\/em> (Bab 1) dan Manuskrip Ms781(1), <em>Fi Khlaq al-Samawat waa al-Ardh\u2026<\/em> sebelum pertengahan abad ke-17M itu. Mengikut al-Raniri, alam ini ada 9 \u201clapis langit\u201d bukannya 7 yang biasa disebut di dalam astronomi Barat warisan astronomi Yunani itu (7 lapis langit yang sepadan dengan 7 buah \u201cbintang\u201d (planet dan Bulan) yang mengelilingi Bumi). Langit ke-8 itu bernama \u201c<em>Falak al-Tawabik<\/em> yang perkitarannya sakaliannya drp <em>Maghrib\u201d<\/em>; langit ke-9 bernama <em>Falak al-Atlas <\/em>dan <em>Falak al-A\u2019zam<\/em>, iaitu <em>arasy,<\/em> yg tiada bintang padanya, dan \u201cperkitarannya dari <em>Masyrik <\/em>ke <em>Maghrib\u201d. <\/em>Di Barat teori sebegini (Warisan Yunani menerusi Islam) juga dihayati sehingga abad ke-16M iaitu sebelum munculnya teori Kopernigk\/Copernicus. Teori Kopernigk atau yang lebih awal oleh sarjana Tamadun Islam sendiri Teori al-Syatir nampaknya tidak sampai di<span> <\/span>Alam Melayu ini. Walaupun teori pergerakan planet ini nampak tertinggal, tetapi sarjana-ulama Melayu nampaknya membuat sumbangan yang agak bermakna dalam falak <em>syar\u2018i<\/em> seperti yang dijelaskan di bawah ini.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\"><span lang=\"MS\">Sejak 2005 hingga 2007, seorang anggota KuPELEMA (Baharuddin Zainal) telah mentelaah sekitar 30-an buah manuskrip Falak (yang diperoleh di perpustakaan dalam negara dan pungutan individu) yang ditulis antara abad ke-17 hingga abad ke-19.<span> <\/span>Kesimpulannya seperti berikut (Lihat KuPELEMA 2008 dan Baharudin 2009):<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span lang=\"MS\"> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.25in; text-align: justify; text-indent: -0.25in;\"><span lang=\"SV\">(a)<\/span><span lang=\"SV\"> <\/span><span lang=\"MS\">Bidang utama ilmu falak Melayu-Islam mengandungi aspek pengukuran waktu,<span> <\/span>taqwim,<span> <\/span>arah kiblat, jadual falak,<span> <\/span>penggunaan sukuan sinus atau <em>rubu<sup>c<\/sup> mujayyab<\/em> dan<span> <\/span>ilmu Bintang Dua Belas. Antara sumbangan aslinya ialah sistem daur dan jadual falak syar\u2018i keperluan umat di Alam Melayu seperti<\/span><span lang=\"MS\"> <\/span><span lang=\"NO-BOK\">waktu-waktu solat, arah kiblat, fenomena gerhana dan melihat Anak Bulan. Kitab <em><span>Sabil al-Muhtadin<\/span><\/em><span> oleh Muhammad Arsyad al-Banjary dianggap yang bermutu tinggi dalam bidang ini. <\/span>Manuskrip Jawi ilmu falak tertua yang dijumpai setakat ini ialah karya<span> <\/span>berjudul <\/span><em><span lang=\"MS\">Tuhfat az-Zaman <\/span><\/em><span lang=\"MS\">oleh<strong><em> <\/em><\/strong><\/span><span lang=\"MS\">Ibn Shaddad al-Himyary 1175H\/1762 M yang membicarakan perkara yang <span> <\/span>berkaitan musim, taqwim yang berasaskan ramalan dan kaedah penyusunan taqwim syamsiah dan qamariah.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.25in; text-align: justify; text-indent: -0.25in;\"><span lang=\"MS\">(b) Antara sumber Ilmu falak Melayu-Islam daripada ilmu falak Tamadun Islam ialah<span> <\/span>karya abad ke-15M, <em>Risalah al-Maridyny<\/em> <em>fy A<sup>c<\/sup>amaly Rubu<sup>c<\/sup> Mujayyab<\/em> (karya Muhamad bin Ahmad Badrudyn al-Maridyny yang juga mendapat nama Sibt al-Maridyny, al-Mishry dan al-Dimsyiqy) yang pernah disalin semula oleh Syaykh Ahmad al-Fatdany<span> <\/span>abad ke-18M dan Syeikh Ahmad al-Khatib abad ke-19M, dan<span> <\/span><em>Zij Ulugh Beg<\/em> abad ke-14M yang disalin semula oleh Syaiykh Muhammad Mansur Damiry al-Batawy (berkatalog MS 812 di PNM) yang diubahsuai bagi keperluan setempat. <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span lang=\"MS\"> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span lang=\"MS\">(c) Imu falak Melayu-Islam ada ciri-ciri etnosains Melayu tersendiri yang asal yang dapat dikesan dalam bentuk sains rakyat rumpun Melayu sehingga terciptalah beberapa proses sintesis kaedah falak oleh ilmuwan Alam Melayu yang berikut:<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.75in; text-align: justify; text-indent: -0.75in;\"><span lang=\"MS\"><span> <\/span>(i)<span> <\/span>Kaedah sains rakyat dalam konteks kegunaannya dalam ibadat disesuaikan dengan kepercayaan asal dan keadaan geografi<span> <\/span>Alam Melayu seperti dalam naskhah <em>Shiratd al-Mustaqim <\/em><span>oleh<em> <\/em>al-Ranyry 1644<em> <\/em><\/span>dan<em> Sabil al-Muhdtadin <\/em><span>oleh Arsyad al-Banjary 1780<em><\/em><\/span><\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.75in; text-align: justify; text-indent: -0.75in;\"><span lang=\"MS\"><span> <\/span>(ii)<span> <\/span>Taqwim Hijri dengan sistem <em>daur<\/em> lapan huruf merupakan kaedah taqwim yang diubah suai supaya sepadan dengan sistem taqwim Jawa-Hindu kepada Jawa-Islam. Sistem daur disorot dengan agak komprehensifnya oleh Baharuddin (2007)<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.75in; text-align: justify; text-indent: -0.75in;\"><span lang=\"MS\"><span> <\/span>(iii)<span> <\/span>Ahli falak<span> <\/span>Jawa pada kurun ke-17 M telah melakukan pengubahsuaian jumlah hari purata pergerakan qamariah tahunan untuk direkonsiliasikan dengan sistem taqwim Jawa-Hindu.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.75in; text-align: justify; text-indent: -0.75in;\"><span lang=\"MS\"><span> <\/span>(iv)<span> <\/span>Beberapa rumus trigonometri melalui penyelesaian dengan peralatan sukuan sinus atau <em>rubu\u2018 mujayyib<\/em> menggunakan rumus yang diubahsuai dengan lokasi latitud rendah Alam Melayu dilakukan. Kejituannya didapati memadai untuk kegunaan praktik dalam penentuan arah yang dituntut oleh Islam.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><span lang=\"MS\"> <\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><span lang=\"MS\">IM6. Ontologi\/Kewujudan, Kebarangkalian dan Kemungkinan<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span lang=\"MS\">Bidang teori<strong> <\/strong>Ontologi\/Kewujudan, Kebarangkalian dan Kemungkinan Melayu-Islam<strong> <\/strong>nampaknya telah wujud pada awal abad ke-16M yang diterokai oleh al-Ranyry (Manuskrip Ms781(2)). Dalam Manuskrip Ms1514 yang lebih baru, terdapat konsep wujud yang lebih komprehensif lagi yang perlu ditelaah dan dipersaingkan dengan teori kewujudan dalam sains moden. <\/span>Konsep wujud itu ialah wujud <em>khatdab, a\u2018yan khaarijaht<\/em> dan<em> tajally. <\/em>Dalam Manuskrip MS1659 (sebuah antologi risalah) ada risalah yang berjudul <em>Mutiara yg Putih<\/em> (judul Arabnya tak boleh dibaca) oleh Syeikh \u2018Abdul Ra\u2019uf Ibn Syeikh [? tak boleh baca; mungkinkah Abdul Rauf Ibn Ali al-Fansury atau Abdul Rauf Singkel abad ke-17M itu] kerana katanya atas titah perintah \u201cNegeri Inderagiri dengan segala daerah takluknya\u201d [<strong><span style=\"font-weight: normal; color: black;\">kerajaan<\/span><\/strong><strong><span style=\"color: black;\"> <\/span><\/strong><strong><span style=\"font-weight: normal; color: black;\">Inderagiri<\/span><\/strong><span style=\"color: black;\"> 1658-1838, di Riau]<\/span> mengandungi penjelasan takrif sifat <em>nafsiyaht<\/em> dan <em>salbyaht <\/em><span> <\/span>Allah <em>SNWT<\/em> yang membawa kepada bicara konsep wujud, wajib, mustahil<em>, ja\u2019yz<\/em><span> <\/span>dan <em>mumkin <\/em>yang dalam, canggih dan sukar. Risalah ini nampaknya berpotensi melahirkan teori kewujudan dan kemungkinan atau kebarangkalian yang dapat dipersaingkan dengan teori Barat sekarang.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong> <\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong>IM7. Hierarki Kemahuan Dalaman Manusia<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Dalam manuskrip MS1659 (yang tersebut di atas) ada risalah tentang <em>nafs<\/em> yang juga agak menarik kerana pengarangnya membicarakan kategori <em>nafs<\/em> yang lebih halus daripada yang yang biasa disebut orang, iaitu <em>nafs<span> <\/span>ammaraht, lawwamaht<\/em>, <em>mutdma\u2019innaht <\/em>kerana ada<em> <\/em>satu lagi yang dinamainya<em> nafs sawyyaht, <\/em>dan setiap satunya dijelaskan <em>fi\u2018il<\/em>-nya. Sementara itu, dalam manuskrip Ms147<em> <\/em><span>berjudul <em>Jami\u2018 al-Jami\u2018<span> <\/span>al-Muntaqaraby\u2018aht,<\/em><\/span><span> <\/span>ada sebuah risalah berjudul<span> <\/span><em>Minha al-Showfy fi Bayan min Ahl al-Showfy<\/em> sebanyak hanya 4 halaman sahaja dan bertarikh salinan 1292H (sekitar 1914M) daripada karya asalnya dalam abad ke-19M juga mengandungi perihal <em>nafs<\/em> ini yang lebih terperinci lagi, iaitu adanya 6 tingkat hati dan <em>nafs<\/em>: <em>qalb <\/em>yang <em>nur<\/em>-nya kelabu dan sepadan dgn <em>nafs amarah<\/em>,<span> <\/span>hati yang <em>nur<\/em>-nya merah yg<span> <\/span>sepadan dgn <em>nafs lawwamah<\/em>, <em>fu\u2019ad<\/em> yg <em>nur<\/em>-nya kuning lagi kelabu sepadan dgn <em>nafs mul-hdamah<\/em>, <em>hasib al-qalb<\/em> dgn <em>nur<\/em> putih dan sepadan<span> <\/span>dgn <em>nafs mutdmainnah<\/em>,<span> <\/span>(tak dapat dibaca) <em>al-qalb<\/em><span> <\/span>dgn <em>nur <\/em>hitam sepadan dgn <em>nafs raa-dhyah<\/em>, dan bijih <em>qalb <\/em>dgn <em>nur Muhammadyah<\/em> yg sepadan dgn <em>nafs mar-dhyah<\/em>. <span>Di dalam manuskrip yang sama ada risalah kedua tanpa judul yang memerihalkan <em><span> <\/span>maqam nafs<\/em><\/span> dan nama-nama <em>nafs <\/em>yang sepadannya yang jumlahnya satu lebih daripada dalam risalah pertama itu, iaitu dgn tambahan <em>nafs kamal<\/em> di samping nama-nama <em>maqam<\/em> yang sepadannya: <em>maqam zulumat<\/em> untuk <em>nafs amarah<\/em> <em>bissu\u2019<\/em>, <em>maqam nuura<\/em> untuk <em>nafs lawwamah<\/em>, <em>maqam israr<\/em> untuk <em>nafs marhdumah<\/em>, <em>maqam kamal<\/em> untuk <em>nafs tdam\u2019h<\/em>, <em>maqam wushl<\/em> untuk <em>nafs raa-dhyaht, maqam tajallyaht<\/em> <em>al-af\u2018al<\/em> untuk <em>nafs mar-dhyah<\/em>, dan <em>maqam tajallyaht al-shuffan<\/em> untuk <em>nafs kamal<\/em>. Namun pada hujung risalah ini nama-nama ini berbeza lagi: <em>maqam<\/em> alamat yang <em>aghya wujuudan<\/em>? yang sepadan dgn <em>raa\u2018n nafs amarah<\/em>, <em>raa\u2018n nafs lawwamah<\/em> (yg tiada dicatatkan nama <em>maqam-<\/em>nya), <em>maqam isra<\/em> dengan <em>nafs mar-hdumah<\/em>, <em>maqam kamal<\/em> dgn nafs <em>raa\u2018n mutdmainnaht<\/em>, <em>maqam washl<\/em> dgn <em>nafs raa\u2018n dhyfaht<\/em>, <em>maqam tajallyaht al-af\u2018al<\/em> dgn <em>nafs raa\u2018n mar-dhyaht<\/em>, <em>maqam asma\u2019<\/em> dengan <em>nafs raa\u2018n kamalaht<\/em>.Semua teori ini berpotensi untuk dipersuakan dengan teori kini seperti yang terkenalnya, teori Maslow itu.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong>IM8. Hati (berhubung dengan intuisi dsn heuristik)<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Dalam manuskrip Ms147<span> dan Ms1514 yang tersebut di atas<em> <\/em><\/span>ada memerihalkan konsep hati yang amat penting dalam epistemologi Melayu-Islam. Dalam epistemologi Barat perkara yang menghampiri konsep hati ini ialah intuisi dan heuristik. Mereka berdua ini membahagikan hati kepada beberapa bahagiannya: <em>ashdar, qalb, fu\u2019ad, labt<\/em>? atau <em>lub,<\/em> <em>sfaf <\/em>atau <em>syafaf <\/em><span> <\/span>dan <em>sir <\/em>atau<em> sirri. <\/em>Ilmu Melayu-Islam yang terfosil ini tentunya dapat dipersaingkan dengan teori intuisi dan heuristik Barat kini yang menjanjikan pertikaian yang akan membuahkan sintesis yang bermanfaat.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong>IM9. Unit-unit sukatan Melayu-Islam<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Unit-unit sukatan kejasmanian umat Melayu-Islam banyak dipengaruhi oleh unit-unit daripada Tamadun Islam seperti<strong> <\/strong>unit astronomi yang dinamai <em>tahun perjalanan<\/em> dan <em>farsakh<\/em> yang ukurannya 1 <em>farsakh<\/em>=3 <em>mil Hasyimi<\/em>, (ada dinyatakan <span> <\/span><em>farsakh <\/em>Habsyah,<span> <\/span><em>farsakh<\/em> Rom, <em>farsakh<\/em> Farsi\/Parsi, <em>farsakh<\/em> Arab,<span> <\/span><em>farsakh<\/em> Turki dan farsakh Tiongkok\/China yang setiap satunya berbeza),<span> <\/span>selain daripada sukatan jarak biasa <em>mil. <\/em>(daripada Arab)<em> <\/em>dan unit Melayu asli<em>:<\/em> langkah, tapak, hasta dan jari (1 <em>mil<\/em> = 400 langkah, 1 langkah= 3 tapak, 1 tapak=15 jari, 2 tapak= 1hasta). Unit <em>mil<\/em> (dari Arab) itu diambil oleh Inggeris (melalui Latin; walaupun ada yang berpendapat drp Roma Purba yang<span> <\/span>bermakna seribu langkah) menjadi <em>mile<\/em> yang diterjemahkan kepada bahasa Melayu Malaysia zaman penjajahnya (Inggeris abad ke-19M) sebagai \u201cbatu\u201d tanpa kesedaran umat Melayu telah menerima <em>mil<\/em> sejak berkurun-kurun sebelum itu lagi daripada bahasa Arab. Unit-unit lain cukup banyak dan asli dipaparkan dalam HRP (Shaharir 2006b):<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Unit-unit sukatan pada zaman kesultanan Pasai\/Aceh abad ke-14 lagi itu agak komprehensif sehingga kepada unit banyaknya lombong emas (makdan, atau transkripsi yang lebih tepatnya sepatutnya <em>mikdarun\/makdurun\/ mukaddirun<\/em>), dan banyaknya dakwat (koci) dan kalam\/alat tulis (berkas). Unit sukatan lainnya ialah<span> <\/span>peti (unit kertas atau pakaian),<span> <\/span>galang (unit kuantiti rotan),<span> <\/span>sebu (sukatan penuhnya), dan rantau (sukatan panjang\/jarak selain drp jengkal, depa, hasta, pendakap dan jambar), kunca (unit luas dan isipadu), nalih dan kampit (unit isi padu). Orang Melayu abad ke-14<span> <\/span>(Zaman kesultanan Pasai) juga telah ada istilah-istilah<span> <\/span>tentang arah<span> <\/span>atau mata angin atau kompas sekarang iaitu \u201ctimur\u201d (atau \u201cbawah angin\u201d, \u201cwetan\u201d), \u201cbarat\u201d (atau \u201catas angin\u201d, \u201ckulon\u201d), utara, selatan,<span> <\/span>ilir, mudik atau hulu. Unit masa yang sudah ada pada abad ke-14 lagi itu ialah saat, jam , malam , hari , bulan, musim angin, ketika, ketika selatan, netiasa (=sentiasa), penah (=pernah), datang sekarang (=hingga sekarang), sekali persetua, dan daur kecil. Selain daripada itu HRP juga menunjukkan orang Melayu dalam abad ke-14 sudah mahir dengan astrologi-astronomi yang ditandai oleh<span> <\/span>kewujudan<span style=\"font-size: 11pt;\"> \u201cahlul nujum\u201d diraja, malah nama<span> <\/span>bintang kutika atau ketika disebut dalam HRP.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Selain daripada itu ada tiga unit astronomi\/falak yang disebut dalam manuskrip MS505, yang transkripsi Ruminya <em>kyn <\/em>(kian?, daripada Jawi <em>kap ya nun<\/em>)<strong> <\/strong>yang berupa unit saiz yang belum dapat dipastikan maknanya, <em>peti<\/em><strong> <\/strong><span> <\/span>(unit banyak benda tidak semestinya pakaian dan kertas sahaja yang dipakai dalam HRP), dan <em>kdk <\/em>(drp <em>kap dal kap<\/em> yang tak pasti bacaannya, <em>kuduk?<\/em>, tetapi dinyatakan yang 1 <em>kdk<\/em> =70 ribu peti).<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Orang rumpun Melayu juga mmpunyai unit bilangan yang bitara dan banyak yang mendahulu Eropah, khususnya unit bilangan Inggeris (Ini selain daripada keaslian bilangan Melayu: kosong, satu, dua,\u2026 sepuluh berbanding dengan Inggeris zero,one, two,.. ten). Umpamanya orang Melayu abad ke-7M sudah ada unit <em>laksa<\/em> (bersamaan sepuluh ribu) yang dalam bahasa Perancisnya <em>myriade<\/em> (diambil Inggeris kemudiannya menjadi <em>myriad <\/em>dalam abad ke-16M), dan sekurang-kurangnya abad ke-15M sudah ada unit <em>keti<\/em> (bersamaan seratus ribu) yang tiada dalam bahasa Inggeris. Bahasa Melayu juga memiliki unit bilangan gandaan imbuhan bukan sahaja yang terkenal eka- , dwi- dan tri- mendahului Inggeris tetapi seterusnya catur-\/katur-, panca-\/sanki-, sisi-\/sita-, witi-\/wita-, nuka-\/nuki-, wisyi\/wisya-, dwidasa- (patanga-) yang setiap satunya memang mendahului bahasa Inggeris <em>quarter-\/quadra-\/tetra-, penta-\/quinti-, sexta-, octa-<\/em>, <em>septa-, nano-\/nani-\/noni-<\/em> <em>deci-\/deca-<\/em> dan <em>duodeci-<\/em> (Lihat perbincangan terperincinya dalam Shaharir 2004).<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Sementara itu kajian unit menerusi peribahasa Melayu (Shaharir 2009) yang dipercayai muncul dalam tamadun Melayu-Islam itu lebih banyak lagi unit-unit sukatan yang selama ini belum pernah ditonjolkan. Contohnya<em>, kutuk <\/em>[= 4 genggam beras],<strong><em> <\/em><\/strong><em>cercah <\/em>[= sinar yg dapat ditangkap mata],<em> kerek <\/em>[saiz piawai kepingan gula Melaka<em> <\/em>atau 10<em> <\/em>kerat gula enau, kabung dsbnya],<strong><em> <\/em><\/strong><em>ketiding<strong> <\/strong><\/em>[<em>=<\/em>bakul besar empat segi drp rotan\/buluh untuk menyimpan padi\/beras],<em> piak <\/em>[=sukatan banyaknya emas], <em>pukal<\/em><span> [=gumpal, bongkah benda terutamanya yang berharga seperti emas dsbnya],<\/span><em> sayak<strong> <\/strong><\/em>[sesayak=separuh tempurung],<strong><em> <\/em><\/strong><em>tungkai<\/em> [=bahagian badan drp pangkal paha hingga tapak kaki],<strong><em> <\/em><\/strong><em>pura<strong> <\/strong><\/em>[= pundi-pundi yg diperbuat drp kain untuk tempat wang, emas dan barang-brang berharga], dan<strong><em> <\/em><\/strong><em>tungku sejerangan<\/em> [= empat orang pakar]. Unit-unit dalam sebutan penjodoh bilangan begitiu banyak sekali (terutamanya yang gharib-gharib) yang banyak pula tiada padanannya dalam bahasa Iggeris seperti bongkol (sebongkol bawang), gagang (segagang sirih), kaki (sekaki bunga), pantun (sepantun kasau), rangkap (serangkap tombak) dan tapik (pecak setapik).<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-family: Arial;\">Pencapaian bahasa dan bangsa Melayu Malaysia dalam SAKTI sejak 1974<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong> <\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Bahasa dan bangsa (rumpun) Melayu yang menggunakan bahasa Melayu moden kini sudah dikenali dengan sekurang-kurangnya atas nama 4 buah negara-bangsa, iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Oleh sebab ketiadaan data yang mencukupi maka pencapaian bahasa dan bangsa rumpun Melayu yang mendiami di negara-bangsa yang dikenali sebagai Malaysia sahaja yang dirujuk sebagai Melayu Malaysia sahaja yang dibicarakan di sini. Pemilihan tahun 1974 ialah tahun penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (universiti berbahasa pengantar bahasa Melayu) dan tahun 2002 dipilih sebagai tahun terakhir pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sains dan matematik di Malaysia. Sebahagian besar tulisan ini dipetik daripada makalah penulis ini yang terdahulu (Shaharir 1996, 2006d).<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><em>Sarjana Muda SAKTI berbahasa Melayu<\/em><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\">Sejak kemeriahan bahasa Melayu <span> <\/span>mencapai kemuncak pertamanya dalam abad ke-20, iaitu tahun 1987 itu (tahun lenyapnya sekolah aliran Inggeris di semua peringkat), dianggarkan (sehingga 2003, tahun bermulanya kemeriahan berbahasa Inggeris) sekurang-kurangnya <strong>secara puratanya 4 ribu prasiwazah SAKTI aliran Melayu dihasilkan oleh universiti-universiti awam kita setiap tahun (jadi sehingga 2002, sudah seramai 60 ribu siswazah SAKTI aliran Melayu).<\/strong> Kini berganda-ganda sebab bilangan universiti awam pun sudah berganda-ganda (tetapi bahasa pengantranya tiba-tiba telah diubah sejak 2004 kpd bahasa Inggeris ekoran PPSMI) Jika dilihat dalam bidang teknologi maklumat (TM) pula, suatu bidang yang sering difitnahkan sebagai tidak layak diajar apatah lagi dimajukan atau dibangunkan dalam bahasa Melayu kerana kepantasan perkembangan ilmu itu dalam bahasa asing (Inggeris) dan kononnya pelajar aliran Melayu tidak mampu mengikutinya, maka data di UKM sahaja pun menyangkal keras prasangka buruk dan jahat ini. Pertamanya, <strong>bidang TM telah diajar dalam bahasa Melayu di UKM sejak tahun 1975 lagi di bawah program sains komputer, dan ijazah dalam bidang ini pertama kali dikeluarkan oleh UKM mulai 1979,<\/strong> walaupun Fakulti Teknologi Maklumat hanya ditubuhkan pada tahun 1994 sahaja. Akan tetapi fakulti TM, sains maklumat, sains komputer atau gabungannya di IPTA lain telah beberapa tahun ditubuhkan lebih awal daripada itu lagi yang semua programnya dijalankan di dalam bahasa Melayu juga. Umpamanya Fakulti Sains Komputer dan Sains Maklumat (FSKSM), di UTM ditubuhkan pada 1984 lagi. Namun sebelum tertubuhnya fakulti ini pun, sejak 1985 lagi UTM sudah pun melahirkan puluhan prasiswazah TM dalam aliran Melayu setiap tahun (Sila rujuk sesawang UTM).<span> <\/span><strong>Sejak 1994 kira-kira 200 orang prasiswazah TM setahun dapat dikeluarkan oleh UKM dan sekitar itu jugalah di lima buah universiti awam yang lain itu <\/strong>(semuanya dalam bahasa Melayu juga terutamanya selepas 1982). Contohnya, <strong>dalam konvokesyen UKM 2001 seramai tidak kurang drp 2500 orang pelajar SAKTI dianugerahi ijazah pertamanya masing-masing termasuklah bidang TM seramai tidak kurang drp 400 orang (Buku cenderamata konvokesyen UKM 2001). <\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\"><strong> <\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\"><strong><em>Tesis Sarjana dan Doktor Falsafah SAKTI berbahasa Melayu<\/em><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"text-indent: 27pt;\"><strong>Siswazah Sarjana aliran Melayu (tesisnya dalam bahasa Melayu) dalam bidang sains dihasilkan pertama kalinya pada tahun 1980 (geologi) dan Doktor Falsafahnya tahun 1985 (sains hayat) yang kedua-duanya di UKM<\/strong>. Sarjana dalam TM (teknologi, bidang yang paling kerap dikatakan tidak sesuai\/mampu dalam bahasa Melayu) dihasilkan mulai<span> <\/span>1985 di UKM atas nama sains komputer; manakala peringkat D.Fal. dihasilkan mulai 1998. <strong>Sejak 1980 hingga 2002, UKM sahaja telah menghasilkan kira-kira 2 ribu buah tesis Sarjana dan Doktor Falsafah (D. Fal), dan dalam bidang TM sahaja sejak 1995 hingga 2002, UKM telah menghasilkan hampir 300 buah tesis.<\/strong> Jika universiti awam lain dianggap juga menghasilkan siswazah Sarjana dan D.Fal. dengan tesisnya dalam bahasa Melayu sekurang-kurangnya sejak 1990 (7 tahun selepas semua program ijazah pertamanya dalam bahasa Melayu) maka ribuan tesis lagi terhasil dari universiti-universiti awam lain itu.<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"text-indent: 27pt;\">\n<p class=\"MsoBodyText\"><strong><em>Istilah dan Konsep SAKTI yang Asli Melayu<\/em><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"text-indent: 27pt;\">Istilah SAKTI yang asli Melayu memang wujud sejak abad ke-5M dahulu lagi ketika bahasa Melayu (bahasa <em>Kunlun\/Kolandia<\/em>)<span> <\/span>mencipta SAKTI mendahulu tamadun-Tamadun lain pada masa itu. Umpamanya istilah<strong> kosong, satu, dua, hingga sepeuluh itu semuanya istilah asli Melayu kecuali mungkin \u201csatu\u201d dan \u201cdua\u201d sahaja. <\/strong>Bertentangan dengan keadaan ini, istilah Inggeris yang sepadannya: <em>zero, one, two,<\/em> hingga <em>ten<\/em> semuanya <span> <\/span>bukan asli Inggeris (transkripsi atau terjemahan daripada bahasa Arab, Yunani, Latin, Sanskrit, Perancis dan Jerman). SAKTI Melayu terfosil sejak abad ke-19, apabila penjajah mencengkamnya dan huruf Jawi perlahan-lahan terfosil sejak 1900. Namun, sejak 1958 digemburkan kembali dalam huruf barunya, Rumi, dan dengannya SAKTI seolah-olah dibina semula bermula dengan sumber Inggeris sahaja (terjemahan daripada Inggeris) kerana rumpun Melayu telah mengalami amnesia yang hebat.<strong> <\/strong>Perkembangan yang pesat berlaku sehingga SAKTI Melayu muncul kembali dipersada dunia<strong>. Kini sudah ada ratusan perkataan Melayu telah dijadikan istilah antarabangsa dalam dalam bidang sains hayat (tatanama pokok dan haiwan yang baru dijumpai di Alam Melayu).<\/strong> Umpamanya Mohamad Salleh (2002) mengambil perkataan daripada warna (seperti biru, hijau, hitam, bopeng, tompok dan lain-lain), perkataan sifat biasa (seperti ajaib, indah, kenit, lawa, molek dan lain-lain) dan nama-nama orang Melayu dan tempat di Malaysia ini dijadikan sebahagian daripada nama serangga yang dijumpainya mengikut sistem tatanama antarabangsa. Beberapa buah istilah bermatematik (bukan tatanama) berasaskan perkataan Melayu seperti <em>resapion, optiwus, optimah, pemeribumian<\/em> dan lain-lain lagi diperkenalkan dipersada dunia dengan harapan akan menjadi seperti istilah sosiologi ciptaan Sayed Hussin al-Attas, <em>bebal, bebalist<\/em> (bebalis) dan <em>bebalism <\/em>(bebalisme)<em> <\/em>dalam tahun 1970-an dahulu itu. Buku dan makalah sains dan matematik (termasuk sejarah dan falsafah sains dan matematik)<span> <\/span>dalam bahasa Melayu telah juga mula dibaca oleh sarjana di luar Malaysia. Malah beberapa buah <strong>jurnal dwibahasa (Melayu dan Inggeris) keluaran UKM dan persatuan Sains Matematik Malaysia, Persatuan Fizik Malaysia dan Akademi Sains Malaysia mula mendapat perhatian seluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini<\/strong>, dan lonjakan pengiktirafan terhadap jurnal dwibahasa ini telah bermula dengan penyenaraian jurnal <em>Sains Malaysiana<\/em> (sebuah jurnal sains dan matematik keluaran UKM sejak 1970-an) oleh pendokumentasi jurnal terbesar dan berprestij di dunia, <em>Scopus<\/em>, mulai 2009 telah berjaya meletakkan bahasa Melayu setaraf dengan beberapa buah jurnal dwibahasa (tribahasa dan caturbahasa) di dunia keluaran negara-negara yang bertradisi lebih lama dan agak lebih maju (tetapi belum mencapai taraf Negara Maju) daripada Alam Melayu ini termasuklah Tiongkok dan Ceska\/Czech. <strong>Oleh itu hujah sesetengah pihak yang mengatakan bahasa Melayu tidak layak menjadi bahasa sains antarabangsa, tidak seperti bahasa Mandarin, adalah sikap dan pandangan melulu semata-mata yang tidak tahu betapanya bahasa Melayu dahulu (antara abad ke-5 hingga ke-12) pernah mengatasi bahasa Tiongkok, kemudian merosot ke bawah, dan kini nampaknya semakin setaraf dengan Mandarin pula<\/strong>. Pengembangan ini tentunya akan segera menguncup dengan dasar PPSMI; dan oleh itu memanglah amat tepat dikatakan mereka yang memperkenalkan PPSMI ini ialah penguncup, pemundur dan pengkhianat bahasa dan bangsa Melayu.<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"text-indent: 27pt;\">\n<p class=\"MsoBodyText\"><strong><em>Pengiktirafan dunia terhadap produk sarjana aliran Melayu<\/em><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"text-indent: 27pt;\">Malaysia juga<span> <\/span>mempunyai puluhan orang sarjana dalam setiap bidang sains asas (sains fizik, sains kimia, sains hayat dan sains matematik) yang mencipta teori di persada dunia (seperti dalam sains matematik: konjektur Razak, splin Said, kaedah Abdullah, batas Darus, rumus mudarabah Maheran); dan sejak alaf ini, tidak kurang daripada puluhan orang setahun sarjana Malaysia yang memenangi pingat emas dalam pertandingan reka cipta sains di luar negara terutamanya di Eropah; puluhan sarjana Malaysia yang beroleh taraf Felo atau Zamali dari persatuan ilmuwan di negara-negara maju. Sebahagain besar mereka berpendidikan \u201csains dan matematik\u201d dalam bahasa Melayu, sekurang-kurangnya hingga ke peringkat SPM, malah ke ijazah pertama dan kedua. Contohnya, pada tahun 2002,<span> <\/span>empat orang sarjana sains fizis dan seorang ahli sains kejuruteraan dari UKM<span> <\/span>(Muhamad Mat Salleh, Muhammad Yahya, Sahrim Ahmad, Sarani Zakaria dan Mohd Sabri Takrif) memenangi Pingat Emas dan Perak di <em>International Exhibition of Invention<\/em> di Geneva,<span> <\/span>tiga orang sarjana perubatan (Hapizah Mohd Nawawi, Khalid Abdul Kadir dan Khalid Yusof) memenangi Anugerah Ahli Sains Cemerlang di <em>International Clinical Chemistry and Laboratory Medical Congress Kyoto<\/em>, dan seorang sarjana biokimia<span> <\/span>(Azimahtol Hawariah Lope Pihie) memenangi Pingat Emas di <em>Seoul International Invention Fair<\/em>. Kecuali 4 orang daripada mereka ini (2 orang ahli sains fizis dan dua orang pakar perubatan), semuanya yang lain itu adalah sarjana yang berupa lulusan sains dalam aliran Melayu sehingga ijazah pertama; dan dua daripada empat orang sarjana yang mendapat ijazah pertama<span> <\/span>dalam aliran Inggeris (di seberang laut) sebenarnya perpendidikan sains dan matematik sekolah dalam aliran Melayu. Pendeknya <strong>sebahagian besar sarjana Malaysia di UKM yang \u201cbertaraf dunia\u201d itu berpendidikan aliran Melayu.<\/strong> Sarjana-sarjana dari universiti lain (di Malaysia) juga ada yang berprestasi seperti ini, yang latar belakangnya sekurang-kurang belajar \u201csains dan matematik\u201d dalam bahasa Melayu sehingga peringkat SPM<span style=\"font-size: 11pt;\">.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"text-indent: 27pt;\">\n<p class=\"MsoBodyText\"><strong><em>Cabaran budaya berbahasa Inggeris <\/em><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"text-indent: 27pt;\">Cabaran terhadap siwazah aliran Melayu memang berlaku sejak awal UKM mengeluarkan siswazah sulungnya dalam tahun 1974 dan tidak pernah padam, malah pantas semaraknya apabila sejagatisme\/globalisme muncul dalam tahun 1990-an dan menggunung lagi apabila <span> <\/span>PPSMI dilancarkan.<span> <\/span>Laporan jejak prasiswazah UKM yang dilakukan oleh Sham Sani et al. (1983) dan Faridah et al. (1987), memang antara lainnya untuk mengetahui keadaan sebenarnya cabaran ini. Kedua-duanya mendapati tiadanya asas merendahkan siswazah dalam bahasa Melayu (lulusan UKM itu), malah ada kemahiran lulusan UKM yang mengatasi lulusan dari universiti-universiti lain (dari luar atau dalam negara seperti aspek penyelidikan). Namun kedua-dua laporan itu menimbulkan <strong>budaya<span> <\/span>komunikasi<\/strong> dalam bahasa Inggeris di swasta yang tidak cocok dengan lulusan UKM. Ekoran daripada kajian itulah UKM memperbaiki pengajaran kaedah pengajaran bahasa Inggerisnya dan sekaligus juga mengimpikan agar masyarakat, khususnya swasta, mengubah budaya berbahasa, <strong>dengan harapan kerajaan<span> <\/span>memperkenalkan beberapa insentif ke arah perubahan ini sehingga negara ini menjadi seperti<\/strong> <strong>budaya berbahasa di Negara-Negara Maju<\/strong> seluruh dunia. Jelas ini tidak berlaku, malah kerajaan nampaknya berpusing 180 darjah ke arah penghayatan bahasa Inggeris sepenuhnya sejak 2003 itu atas nama \u201ckemajuan\u201d dan \u201csejagatisme\u201d\/ \u201cglobalisme\u201d yang tunduk kepada politik hegemoni Anglo-Saxon sahaja, sedangkan sejagatisme alternatifnya yang menggalakkan perkongsian kebudayaan itu telah diabaikan begitu sahaja.<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"text-indent: 27pt;\">Sejak bermulanya era pensejagatan\/globalisasi tahun 1990 lagi citawan kebudayaan Inggeris menyemarakkan lagi kelemahan pelajar universiti tempatan dan pensyarahnya sekali daripada pencapaian sebagai cendekiawan dan kedudukannya di arena antarabangsa (seperti kononnya tiada kedengaran ahli sains negara yang memenangi hadiah atau anugerah besar-besar di luar negara umpamanya). Kritikan akademia ini melarat kepada pencapaian prasiswazah aliran Melayu itu dalam bahasa Inggeris dan bidang ilmu masing-masing sehinggalah kepada tuduhan kononnya akademiawan selepas peMelayuan sistem pendidikan negara kurang bermutu berbanding dengan yang di UM pada zaman berbahasa Inggeris dahulu. Semua ini digembar-gemburkan dengan hebatnya dalam media massa dalam tahun 1990-an dan lebih-lebih lagilah setelah dasar PPSMI diperkenalkan!<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"text-indent: 27pt;\">Tindakan balas daripada keadaan inilah, maka penulis makalah ini telah membuat sedikit penyiasatan tentang kekuatan akademia di UM pada zaman sebelum berbahasa Melayu (iaitu 1966-1971) dengan akademiawan di UKM (1980-1985) yang melambangkan akademia berbahasa Melayu serta mendidik\/terdidik dalam bahasa Melayu dan yang dianggap \u2018asal boleh\u2019 sahaja itu. Kajian itu berasaskan pada karya-karya akademik mereka, iaitu di mana karya itu diterbitkan (antarabangsa, atau tempatan). Hasilnya (lihat Shaharir 1996) menunjukkan daya pengeluaran dan mutu karya ahli akademik di kedua-dua universiti itu (dalam tempoh kajian itu)<span> <\/span>tidaklah berbeza dengan berertinya kecuali daya pengeluaran dalam bidang perubatan dan sains kejasmanian\/fizis kerana masing-masingnya berdaya pengeluaran purata 3 makalah per sarjana setahun di UM tetapi 2 makalah per sarjana setahun di UKM. Dalam bidang sains hayat, daya pengeluaran di UM lebih rendah pula, iaitu purata 3 makalah per sarjana setahun, sedangkan di UKM ialah 4 makalah per sarjana setahun. Jika dilihat dari segi sumbangan sarjana dalam penyebaran ilmu dan peneguhan tradisi ilmu menerusi penulisan buku, jelaslah sarjana UKM mengatasi sarjana UM, kerana sarjana UM (dalam tempoh kajian itu) nampaknya tidak menulis buku langsung. Mengenai mutu penerbitan pula sebenarnya tidaklah mudah diperkatakan selagi kajian yang lebih mendalam drp pakar-pakar dalam bidang masing, tetapi dalam bidang matematik umpamanya, jurnal luar negara yang menjadi medan penerbitan sarjana matematik di UM pada tempoh kajian itu boleh dianggap lebih rendah mutunya dengan jurnal-jurnal dalam dan luar negara yang berbagai-bagai yang diterbitkan oleh sarjana UKM. Pendeknya, dakwaan para pengkritik bahawa <strong>sarjana kita pada zaman pendidikan aliran Melayu kurang bermutu daripada yang pada zaman aliran Inggeris dahulu<\/strong> <strong>adalah curahan sentimen melulu<\/strong> semata-mata. Mungkin sekali juga tuduhan itu di pengaruhi oleh perkauman kerana sebelum 1980-an sarjana SAKTI di UM majoritinya bukan Melayu, manakala di UKM hampir semuanya Melayu, dan sejak 1980-an majoritinya Melayu di mana-mana universiti awam di Malaysia. Mungkin kritikan ini akan mati apabila komposisi para ahli akademik di universiti awam dan swasta<span> <\/span>semakin keMalaysiaan dan semakin seimbang kaumnya; atau apabila budaya berbahasa Melayu<span> <\/span>di universiti sekarang diambil alih sepenuhnya oleh budaya berbahasa Inggeris, baik atau buruknya sekalipun.<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"text-indent: 27pt;\">Kedaifan penghayatan bahasa Melayu di kalangan sarjana juga sedikit sebanyaknya memberi gambaran kerendahan taraf bahasa Melayu di dalam dunia akademik (dunia pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan). Dalam tahun 1970-1988, ahli \u201csains dan matematik\u201d UKM (didominasikan Melayu) berkarya dalam dwibahasa dengan peratusannya kira-kira 40% dalam bahasa Melayu (Shaharir 1991). Peratusan ini dalam tahun 1990-an pun tidak banyak berubah kerana mengikut kajian Shaharir (1996). Keadaan ini mungkin sekali semakin teruk. Jelas, kecuali bidang sains fizik dan matematik, penghayatan bahasa Melayu dalam forum akademia (penulisan jurnal dan persidangan tempatan) masih jauh drp memuaskan terutamanya dalam kejuruteraan dan perubatan.<span> <\/span><strong>Jelas para jurutera Melayu dan ahli sains hayat Melayu sekalipun sengaja tidak mahu berkomunikasi dalam bahasanya sendiri<\/strong>. Komuniti perubatan<span> <\/span>tentunya lebih hebat lagi keInggerisannya keranan pendidikan bidang ini pada peringkat penyudahnya selama 2 tahun di UKM (sebelum 2003) sekalipun memang dalam bahasa Inggeris. Sebab-sebab golongan ini bersikap demikian perlulah diselidiki agar keadaan ini tidak berterusan selama-lamanya, walaupun \u201cpembetulan\u201d tabiatnya itu semakin sukar kerana dasar-dasar bahasa yang dianjurkan oleh kerajaan kini.<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\">\n<p class=\"MsoBodyText\"><strong> <\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><strong><span style=\"font-family: Arial;\">Muflisnya Ilmu SAKTI dalam Bahasa Melayu?<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\">\n<p class=\"MsoBodyText\">Jelaslah tulisan ilmu dalam sesuatu bahasa itu menjadi ukuran kayanya ilmu dalam bahasa tersebut. Tidak cukupnya<span> <\/span>tulisan ilmu dalam sesuatu bahasa dianggap tidak cukupnya ilmu dalam bahasa tersebut. Dalam keadaan kedua ini ada orang mengatakan <span> <\/span>bahasa itu muflis ilmu atau ilmu itu muflis dalam bahasa berkenaan. Pada keseluruhan tahap keperluan ilmu, bahasa Melayu memang boleh dianggap satu daripada bahasa yang berada dalam kategori muflis ilmu. (Kali pertama kami dengar istilah ini daripada ahli linguistik UKM tahun 1980-an, Azhar Simin yg rujukannya masih kami belum temui). Keadaan inilah yang sentiasa digunakan untuk merendahkan kemampuan penyebaran ilmu menerusi bahasa Melayu. \u201cApa ada dalam bahasa Melayu?\u201d memang mudah dilemparkan kepada pihak yang mahu memelihara bahasa Melayu dan mengembangkannya lagi. Ini ialah kerana dua kelompok manusia ini amat berbeza pandangan hidup dan wawasan bangsanya: satunya amat utililitarianis dan satu lain berfikiran jauh, romantis sejarah dan berfalsafah perenis\/perenial (peduli agama dalam semua perkara). Golongan pertama tidak mahu mempedulikan sejarah, nilai dan ideologi selain daripada nilai dan ideologi yang membawa kepada kekayaan segera, dan tidak percaya kepada keperluan membina tamadun bangsanya dalam acuannya sendiri, tetapi hanya mahu mengikuti rentak bangsa yang sudah maju<span> <\/span>dengan slogan \u201cilmu itu kuasa\u201d dan \u201cilmu itu kekayaan\u201d<span> <\/span>dengan menumpang kenderaan negara itu; tetapi golongan kedua itu amat mementingkan<span> <\/span>sejarah tamadun dan peradaban,<span> <\/span>serta nilai keperenisan yang dibawa oleh ilmu. Kembali kepada isu muflis ilmu ini, benarkah bahasa Melayu muflis ilmu? Setelah 50 tahun bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa perantaraan ilmu di peringkat sekolah, <strong>seseorang tidaklah mudah mengatakan bahasa Melayu muflis ilmu peringkat sekolah.<\/strong> Perbukuan ilmu dalam bahasa Melayu peringkat sekolah telah menjadi suatu industri yang lumayan yang agak memuaskan golongan pertama, golongan utilitarianis itu (walaupun tiadalah istilah \u201csebu\u201d untuk mereka ini). <strong>Yang tidak memuaskan golongan kedua ialah tidak muncul-munculnya budaya ilmu di peringkat itu yang membawa nilai-nilai keperenisan dalam penulisan ilmu di peringkat itu.<\/strong><span> <\/span>Aspek ini yang muflisnya. Kemuflisan ini tidak mungkin diubati dengan penukaran bahasa perantaraan ilmu daripada bahasa keibundaan majoriti (bahasa Melayu, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil) kepada bahasa ibunda minoriti (bahasa Inggeris) walaupun penukaran bahasa itu akan memberi lonjakan nilai utilitarianis yang luar biasa itu, dan khayalan kekayaan tulisan berilmu yang tersedia melimpah ruah menunggu untuk dimanfaati pelajar di peringkat itu. Malah <strong>kemuflisan baru akan muncul: muflisnya pelajar yang menjangkau kefahaman ilmu kerana amalan perantaraan bukan bahasa keibundaan majoriti itu<\/strong> seperti yang dibuktikan seluruh dunia dan oleh para penyelidik kita sendiri tentang hasil PPSMI selama 6 tahun ini. <strong>Berkenaan budaya menulis dan membaca, jika ketika pendidikan sains dan matematik dalam bahasa sendiri pun masyarakat kita belum berkarya dan belum cukup ghairah membaca, apatah lagi dalam bahasa yang baru mereka kenal untuk lulus periksa pada masa persekolahannya<\/strong>? Hasilnya \u201cyang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran\u201d sahaja.<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"text-indent: 27pt;\">Berkenaan dengan SAKTI di peringkat pengajian tinggi situasi kekurangan buku (berbentuk tradisi) dalam bahasa Melayu memanglah benar. Berdasarkan penerbitan buku tahun 1990-an, daya pengeluarannya buku ilmiah dalam bahasa Melayu hanya sekitar 80 buah setahun oleh hampir 2 ribu akademia bidang SAKTI, iaitu kira-kira <span>1 buah buku<span> <\/span>setahun bagi setiap 25 orang sarjana SAKTI<strong> <\/strong><\/span>(Shaharir 1996). Rata-rata para sarjana ini tidak percaya perlunya dan tidak berbaloinya mereka menulis buku dalam bahasa apa pun kerana mereka percaya pelajarnya boleh dan patut membaca buku dalam bahasa Inggeris sahaja. Ini masalah budaya ilmu kita yang telah disentuh di atas. Tidak hairanlah begitu banyak kursus yang belum ada sebuah bukupun dalam bahasa Melayu. Malah, mengikut kajian Shaharir (1991) hanya 30% daripada mata kursus dalam program bidang sains fizis dan sains matematik yang ada sekurang-kurangnya sebuah buku teks dalam bahasa Melayu; manakala bidang sains hayat hanya sebanyak 17%, kejuruteraan hanya 6%.<span> <\/span>dan mengikut buku panduan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM 2002, bidang TMK\/<em>ICT<\/em> sekitar 10%. Dengan data yang seperti ini memang jelas bahasa Melayu muflis ilmu. <span> <\/span>Bagi pihak citawan Inggeris dan utilitarianis, keadaan inilah yang dijadikannya senjata yang ganas bagi memijak dan mengenyahkan bahasanya sendiri tanpa segan silu lagi dengan tidak mahu membuka mata, hati dan telinganya lagi tentang sejarah tamadun Inggeris itu sendiri. Mereka juga tidak sedar akan peranan teknologi Maklumat sekarang yang sebenarnya menjadikan penerbitan buku secara tradisi ini semakin tidak relevan lagi bagi, dan oleh itu sukatan kewujudan teks SAKTI berbahasa Melayu tidak lagi sesuai dengan semata-mata melihat bilangan buku dalam bentuk tradisi itu (keluaran dalam bentuk salinan liat menerusi sebuah penerbit buku atau percetakan tradisi itu). Mereka juga tidak mahu melihat bagaimana positifnya keadaan ini kerana <strong>keadaan inilah juga yang selama ini menggalakkan pelajar menjadi manusia dwibahasa <\/strong>dengan pertolongan pusat-pusat bahasa yang disediakan dan mewajibkan pelajar itu mempelajari bahasa Inggeris sehingga ke tahap yang seperlunya. Model inilah yang diamalkan di Negara-Negara Maju bukan berbangsa Anglo-Saxon (kecuali Negara Maju kosmopolitan, Andurra dan Singapura), khususnya negara-negara di Eropah itu yang juga kekurangan buku dalam bahasanya sendiri tetapi tetap tidak meninggalkan bahasanya menjadi melukut dalam dunia pendidikan peringkat pengajian tingginya. Tentunya kita belum standing dengan Negara-Negara Maju itu, tetapi kejayaan yang kita capai seperti yang telah diperihalkan secara ringkasnya di atas menunjukkan selama ini (sebelum 2003) kita berada di landasan yang betul dan kukuh dan <em>insyaallah<\/em> juga akan sampai ke tahap impian itu. Oleh itu rungutan sesetengah pihak terutamanya pihak citawan bahasa Inggeris dan utilitarianis itu bahawa sistem pendidikan dalam bahasa Melayu selama ini tidak melahirkan pelajar yang tahu berbahasa Inggeris dan berdaya saing lebih merupakan pandangan tangkap borong yang tidak berasaskan kajian yang tuntas. Diakui kita masih banyak kelemahan dalam sistem penyampaian pendidikan di semua peringkat dan impian menjadikan kebudayaan kita kebudayaan berilmu sama seperti Negara-Negara Maju itu masih jauh tercapai. Namun,<span> <\/span>kita tidak harus menjadi pengecut lalu lari daripada perjuangan ini dan berlindung di bawah bumbung yang mengasingkan diri kita daripada kebudayaan kita sendiri pula. Kita masih banyak ruang untuk memperbaiki pelaksanaan dasar pendidikan pra-2003 itu terutamanya segi pencapaian bahasa Inggeris di sekolah dan di pusat-pusat pengajian tinggi itu seperti memastikan peratusan lulusan <em>MUET <\/em>(untuk masuk ke pusat-pusat pengajiantinggi itu) dengan menyelidik dan mencari rumus pengajaran bahasa<span> <\/span>Inggeris daripada amalan-amalan terbaik di negara-negara Eropah, bahkan rumus pengajaran bahasa Inggeris di <em>British Council<\/em> yang begitu berjaya dan banyak dimanfaati oleh para pelajar yang ingin belajar ke negara-negara berbahasa Inggeris itu pun rasanya masih belum diterokai. Satu daripada matlamat PPSMI, iaitu meningkatkan pencapaian berbahasa Inggeris di sekolah, bukan sahaja sudah dibuktikan oleh para penyelidik tidak tercapai, tetapi juga sudah diakui oleh akitek PPSMI, Dr. Mahathir, dalam blognya 5 Januari 2009 yang menegaskan bahawa<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\"><strong><span style=\"font-size: 11pt; color: #333333;\">\u201cMempelajari sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bukan untuk mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris. Untuk ini sudah ada matapelajaran bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik adalah kerana ilmu ini mengguna perkataan-perkataan yang berlainan daripada bahasa Inggeris biasa\u201d.<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\">Walaupun, tujuan baru PPSMI itu<span> <\/span>pun meleset (kerana istilah-istilah yang bukan dalam bahasa Inggeris biasa itu juga dipakai dalam pengajaran dalam bahasa Melayu)<span> <\/span>tetapi itu tidak sesuai diperkatakan lebih lanjut lagi di sini. Kerajaan perlu sanggup berbelanja berbilion ringgit untuk penambahbaikan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah daripada berbilion ringgit untuk mengInggeriskan sains dan matematik dan sekaligus memelukutkan bahasa Melayu dalam ilmu ini.<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"text-indent: 27pt;\">Tentang <strong>pembinaan khazanah ilmu dalam bahasa Melayu dalam bentuk penulisan buku itu selama ini tidak begitu berjaya kerana kelemahan perancangnya, atau ketiadaan perancangannya, dan ketiadaan kudrat politik negara<\/strong>. Sebabnya berlaku demikian sudah<span> <\/span>dibincangkan beberapa kali dan kali terakhir (agaknya?) dalam seminar khas berkenaan dengan perkara ini pada 2001 (lihat kumpulan kertas kerja di Seminar Penerbitan Buku Sains dan Teknologi<span> <\/span>2001 terbitan DBP) yang seperti biasa hanya tinggal berkulat di situ sahaja. Satu daripadanya yang ingin diulangi di sini ialah kekurangan keiltizaman kerajaan (dan oleh itu rakyatnya) terhadap penerbitan buku dalam bahasa Melayu. Umpamanya, <strong>kerajaan kita tidak pernah beriltizam atau berwawasan mahu melahirkan sebuah institusi penterjemahan yang setara dengan <em>Bait al-Hikmah<\/em> pada Zaman Tamadun Islam, dan Pusat Terjemahan Toledo pada Zaman Pertengahan Eropah<\/strong> yang bergerak cergas setiap satunya tidak kurang daripada 150 tahun sebelum tamadun-tamadun itu menghasilkan karya asli mereka sendiri, atau mempelajari rahsia kejayaan penterjemahan di Jepun. Institut Terjemahan Negara (ITN) kita baru sahaja ditubuhkan, iaitu 1993, tetapi ironinya mulai tahun yang sama jugalah negara mula mengubah dasar bahasanya, seperti membenarkan bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar dalam SAKTI mulai 1994, mewujudkan Akta Pendidikan IPTS 1995 yang memberi laluan yang mudah untuk penubuhan kolej atau universiti swasta dalam bahasa Inggeris sahaja (istilah \u201cpengecualian\u201d dalam akta IPTS sudah disalahguna oleh Menteri Pendidikan\/Pelajaran sehingga merosakkan makna perkataan itu dan semangat akta itu). Dasar bahasa yang lebih dahsyat lagi kesannya setakat ini ialah dasar pengInggerisan pendidikan \u201csains dan matematik\u201d seluruhnya menjelang 2003\/2005 ini dengan biaya yang begitu besar, sehingga kini dilaporkan sekitar 5 bilion. Keadaan ini tentunya hanya menggersang atau mengembirikan ITN, DBP dan penulis ilmu SAKTI dalam bahasa Melayu! Kalaulah sebanyak itu dibelanjakan untuk pembangunan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik tentunya lonjakan yang amat besar kpd bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pasti akan berlaku. Jelaslah, jika trend ini tidak dapat dibendung dan dasar pengembalian peMelayuan sistem pendidikan SAKTI di sekolah dan IPT awam dan swasta tidak diwujudkan secara beransur-ansur pula, maka tiadalah esoknya untukmu bahasa Melayu. Bahasa Melayu di Malaysia akan menerima nasib seperti tulisan Jawi!<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\"><strong>Perkara yang lebih asas lagi yang dihadapi oleh sarjana kita ialah budaya menulis ilmu yang sedia ada padanya<\/strong>. Budaya ini belum wujud di negara ini sehingga kemudahan teknologi maklumat masih belum mahu dipergunakannya sepenuhnya. Ini bukan masalah bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Walaupun kini sudah hampir setiap pensyarah ada lamannya masing-masing dan banyak yang memasukkan catatan kuliahnya di situ, dan ini mampu memperbaiki<span> <\/span>kekurangan bahan rujukan dalam bahasa Melayu (bayangkan sekarang ada sekitar 10 ribu pensyarah dan setiap orang memasukkan bahan kuliahnya dalam lamannya, biasanya seorang pensyarah memberi kuliah sekurang-kurangnya 4 mata pelajaran, yang bermakna sudah ada <strong>40,000 buku teks maya dalam bahasa Melayu<\/strong>), tetapi penulisan bahan kuliah atau buku teks berbeza dengan penulisan umum yang dimaksudkan dalam pengisian budaya penulisan itu. Penulisan umum itulah yang diperlukan supaya <span> <\/span>internet juga penuh dengan tulisan keilmuwan dalam bahasa Melayu kelak. Dasar PPSMI yang sudah pun dilakanakan di peringkat pengajian tinggi sekarang (seperti yang dikehendaki oleh kerajaan, walaupun Dr. Mahathir pernah mengatakan di UKM, itu bukan rancangannya!?) tidak menyelesaikan masalah budaya ilmu ini, bahkan memancung perkiraan penghasilan 40 ribu buku tekas maya dalam bahasa Melayu itu. Dasar PPSMI yang diperluaskan ke IPT sejak 2004 itu telah memaksa pensyarah menulis catatan kuliahnya dalam bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan <em>KPI<\/em> dan <em>ISO <\/em>sahaja (dua singkatan istilah Inggeris yang digila-gilakan di IPT sejak beberapa tahun kebelakangan ini). Jadi akhirnya jangkaan 40 ribu buku teks maya itu bukannya dalam bahasa Melayu pun. Kita hanya memperbanyakkan lagi tulisan dalam bahasa Inggeris yang sebenarnya suatu sumbangan yang amat tidak bererti kepada dunia tamadun berbahasa Inggeris apatah lagi kepada tamadun bangsa sendiri.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\"><strong>Beberapa projek pengkhazanahan ilmu dalam bahasa Melayu yang segera boleh dilakukan dengan belanja yang cukup sedikit<\/strong> berbanding dengan 5 bilion ringgit yang dibelanja\/diperuntukkan kepada projek PPSM itu ialah yang berikut:<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">0. Kementerian Pengajian Tinggi memastikan setiap IPT mewujudkan sistem penghargaan yang sewajarnya kepada ahli akademik yang menghasilkan buku teks mayanya dalam bahasa Melayu, sekalipun dasar PPSMI diteruskan.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">1. Menerbitkan semua kajian ilmiah peringkat tahun akhir (ijazah pertama, dalam bahasa Melayu) pelajar SAKTI universiti awam yang mendapat gred B ke atas yang berjumlah ribuan itu.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">2. Menerbitkan semua tesis Sarjana dan D.Falsafah dalam bahasa Melayu di universiti-universiti awam itu yang berjumlah ribuan itu.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">3. Institut Terjemahan Negara mengumpul kelompok-kelompok sarjana dalam bidang SAKTI untuk menyenaraikan buku-buku teks utama atau karya-karya agung dalam bahasa asing (terutamanya Inggeris) untuk diterjemah semuanya dalam masa 5 tahun.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">4. Kerajaan menyediakan peruntukan pembangunan khazanah buku kebangsaan (buku dalam bahasa Melayu) setiap tahun berdasarkan kemampuan sarjana kita dan sarjana di alam Melayu ini berkarya.<span> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">5. Kerajaan mewujudkan sistem insentif keniagaan (seperti pengecualian cukai dsbnya) kepada IPTS yang terbukti menawarkan kursus dalam bahasa Melayu.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Kami percaya jika keenam-enam projek kecil ini (nisbah projek-projek mega kerajaan selama ini) dilakasanakan dengan jayanya maka dalam masa 10 tahun sahaja bahasa Melayu tidak lagi boleh dicap sebagai bahasa muflis ilmu, walaupun kumpulan citrawan Inggeris tetap tidak akan berdiam diri mengungguli bahasa Inggeris selamanya.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-family: Arial;\">Kesimpulan<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Tamadun Melayu bukan sahaja tamadun sastera dan tidaklah baru usianya seperti yang biasa dipaparkan itu. Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa ilmu sains dan teknologi antarabangsa (setidak-tidaknya di Asia) sekurang-kurangnya sejak abad ke-5M hinggalah abad ke-14M. Bahasa Melayu terus menjadi bahasa ilmu SAKTI dalam zaman tamadun Melayu-Islam yang kami ambil antara 1300-1900, walaupun<span> <\/span>keantarabangsaan ilmunya nampaknya tidak sehebat\/seluas zaman pra-Islamnya itu. Bahasa Melayu mengalami zaman kegenangannya dalam setengah abad ke-20 pertama, tetapi melonjak kemajuannya dalam pertengahan kedua abad ke-20. Di Malaysia hal ini berlaku dengan hebatnya apabila UKM ditubuhkan pada 1970 dan siswazah sulungnya (termasuk bidang \u201csains dan matematik\u201d muncul pada 1974. Antara 1974 hingga 2003 IPTA Malaysia melahirkan ribuan siswazah dan pascasiswazah dalam bidang SAKTI menerusi perantaraan bahasa Melayu. Sejak 1990-an ramai ahli SAKTI yang berpendidikan dalam bahasa Melayu itu memberi sumbangan dalam SAKTI dengan meninggalkan nama-nama mereka, nama-nama orang kenamaan dan tempat di Malaysia dan perkataan-perkataan Melayu <span> <\/span>dalam bentuk produk teori (dalam lipatan jurnal antarabangsa) serta rekacipta pelbagai bidang di peringkat antarabangsa dengan menggondol pelbagai hadiah yang berprestij di Eropah dan di Jepun. Hubungan bahasa dengan sains dan matematik dipaparkan dengan contoh-contoh yang konkritnya. Kekurangan yang masih ketara dalam tahap kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan siswazah yang tidak cukup meluas dan kekurangan buku yang diakui berlaku itu ditunjukkan dapat diatasi dengan perancangan dan iltizam yang kental daripada pihak kerajaan (dengan 6 syor yang diutarakan) yang selama ini ditunjukkan bertindak sebaliknya. Dasar PPSMI yang diperkenalkan dalam tahun 2003 itu ditunjukkan sebagai suatu dasar yang<span> <\/span>tidak akan berjaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam SAKTI<span> <\/span>seperti negara idaman perancang dasar ini (Negara Maju yang berbahasa Inggeris) apatah lagi negara maju dalam acuan sendiri, bahkan tidak kira berjaya atau pun tidaknya dasar itu yang pastinya dasar itu akan memufliskan bahasa dan kebudayaan Melayu. Maka hal ini perlulah dipersedarkan seluruh rakyat Malaysia sehingga langkah-langkah yang sewajarnya dapat diambil bersama agar negara ini tidak lagi dipimpin oleh mereka yang menyokong dasar seperti PPSMI ini disegenap lapisan kepemimpinan.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-family: Arial;\">Rujukan<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Ahmad al-Fatdany 1307H\/1898. <em>Hadiqah al-Azhar wa al-Rayahin<\/em>. Transkripsi Wan Mohd Saghir 2001 . Kuala   Lumpur: Kazanah Fataniyah<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">al-Attas S.M.N 1972.<em><span style=\"font-size: 11pt;\"> Islam dan<\/span><\/em><span style=\"font-size: 11pt;\"><span> <\/span><em>Sejarah Kebudayaan Melayu<\/em>. K.Lumpur: UKM. Juga diterbitkan di Bandung: Mizan 1990 dan K.Lumpur: ABIM 1990<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">al-Attas S.M.N 1975.<span style=\"color: black;\"> <em>Comments on the Re-Examination of al-Raniri\u2019s Hujjatul Siddiq: A Refutation<\/em>. Kuala Lumpur: Muzium Negara<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">al-Raniri N. 1623. <em>Bustan al-Saltin<\/em>. Transkripsi Jalani terbitan DBP 2002.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Al-Raniri N. ManuskripMs781(1), <em>Fi Khlaq al-Samawat waa al-Ardh. <\/em>Ada di Perpustakaan Negara<em> <\/em><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">al-Raniri N. Manuskrip Ms781(2). Tanpa judul dan tahun. Tentang mantik dan teori atom. Ada di Perpustakaan Negara.<\/p>\n<p class=\"MsoHeader\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Alinor M.b.A.K.2004a. Dialog Peradaban Melayu Dianalisis menerusi Sebaran Kesusasteraan<em>.<\/em><em><span style=\"font-size: 10pt;\"> <\/span>Kesturi<\/em> 2004, 14 (1&amp; 2). Lihat juga ralatnya dalam <em>Kesturi<\/em> 2005, 15(1&amp;2)<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin: 0in 1.3pt 0.0001pt 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Alinor M.b.A.K.2004b. Kesusasteraan Mantik Alam Melayu. <em>Jurnal Antarabangsa Tamadun Melayu<\/em> 1(3) 2004:163-177.<\/p>\n<p class=\"MsoHeader\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Alinor M.b.A.K.2005a. Kesusasteraan Epistemologi Tamadun Melayu Terawal. <em>Kesturi <\/em>15(1&amp;2): 71-87<\/p>\n<p style=\"margin: 0in 0in 0.0001pt 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Alinor M.b.A.K.2005b. Kesusasteraan Ilmu Mantik Tamadun Melayu Terawal. <em>Prosiding Seminar Matematik dan Masyarakat<\/em>. 26-27 Februari 2005. Kuala Terengganu: Jabatan Matematik, KUSTEM. Ms 157-161<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin: 0in 1.3pt 0.0001pt 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Alinor M.b.A.K.2005c. Epistemologi\/Mantik dalam Tamadun Melayu Terawal. Dlm. Zulkefli H., Rahim A., Karim H. dan Maslida Y. <em>Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistik Melayu<\/em>. Jilid II. Bangi : Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, FSSK, UKM. 2005, ms 233-245.<\/p>\n<p style=\"margin: 0in 0in 0.0001pt 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Alinor M.b.A.K.2005d. Teks Kosmologi Tertua Tamadun Melayu. <em>Seminar Sejarah, Falsafah dan Polisi Sains dan Teknologi.<\/em> 29-30 Disember 2005.<em> <\/em>Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, UM.<\/p>\n<p class=\"MsoHeader\" style=\"margin: 0in 0.25in 0.0001pt 0.5in; text-indent: -0.5in;\">Alinor M.b.A.K. 2006. Pengelasan Ilmu Melayu-Sanskrit. Manuskrip<strong><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span>Alinor M.b.A.K. 2007a. Pembilangan Melayu. <em>S<\/em><\/span><em>enada <\/em>311. UKM, Dis. 2007:16-18<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span style=\"color: #231f20;\">Alinor M.b.A.K. 2007b. <\/span><span>Sejarah Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Matematik. <em>MathsDigest<\/em><\/span><\/p>\n<p class=\"MsoHeader\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span style=\"color: #231f20;\">Alinor M.b.A.K. 2007c.<\/span> Epistemologi dan silogisma dalam sumber bertuis tamadun Melayu. <em>Kesturi <\/em>17 (1 &amp;2):<em><\/em><\/p>\n<p class=\"MsoHeader\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span style=\"color: #231f20;\">Baharudin Z.<\/span><em><span> <\/span><\/em><span>2007.<em> <\/em><\/span>Perkembangan Asas-asas Takwim di Alam Melayu. <em>Kesturi <\/em>17 (1&amp;2):<\/p>\n<p class=\"MsoHeader\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span style=\"color: #231f20;\">Baharudin Z.<\/span><em><span> <\/span><\/em><span>2009. Etnomatematik dalam Naskhah Falak Alam Melayu. <em>Tesis D.Fal<\/em>. INSPM, UPM<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoHeader\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span style=\"color: #231f20;\">Bukhary al-<\/span><span>Jawhary. 1603. <em>Taj al-Salatin<\/em> . Diterbitkan oleh DBP pada 1992 sebagai <em>Tajussalatin<\/em> oleh Bukhari al-Jauhari <em><\/em><\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Diffloth G. 1974. \u201cAustro-Asiatic languages\u201d. <em>Encyclopaedia Britannica<\/em>, 15th edition, Macropaedia 2. 480-484<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Diffloth G. 2005. The contribution of linguistic palaeontology to the homeland of Austro-asiatic. In: Sagart, Laurent, Roger Blench and Alicia Sanchez-Mazas (eds.). <em>The Peopling of East Asia: Putting Together Archaeology, Linguistics and Genetics<\/em>. RoutledgeCurzon. 79-82<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin: 0in 64.3pt 0.0001pt 27pt; text-indent: -27pt;\">Faridah et al. 1987.<em> Laporan Kajian Prestasi Pelajar UKM.<\/em><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Guillon E. 1999. <em>The Mons : A Civilization of Southeast Asia<\/em>. Terj. Di Crocco, J.V. Bangkok : The Siam Society<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">INTAN 1993.<span> <\/span><em>Malaysia<\/em><em> Kita<\/em>. K.Lumpur: Institute Tadbiran Awam Negara (INTAN). Ada snt. Baru 2006<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Internet 1. <span style=\"color: black;\"><a><span style=\"text-decoration: none; color: black;\">http:\/\/search.com.com\/reference\/History_of_Cambodia#Funan<\/span><\/a><\/span>)<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: black;\">Internet 2. <\/span>Early history of Cambodia<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify; text-indent: 27pt;\"><span style=\"color: black;\"><a><span style=\"text-decoration: none; color: black;\">http:\/\/search.com.com\/reference\/History_of_Cambodia#Funan<\/span><\/a> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Internet 3. The Voyage around the Erythraean Sea. http:\/\/ depts. washington. edu\/uwch\/silkroad\/texts\/periplus\/periplus.html. Kelih 5 Mei 2006<\/p>\n<p class=\"MsoHeader\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">KuPELEMA 2008. Unsur-Unsur Sains Matematik dalam Prasasti dan Manuskrip Rumpun Melayu Dalam bahasa Melayu sejak Abad Kedua<span> <\/span>hingga Kesembilan Belas Masehi I. <em><span style=\"font-size: 11pt;\">Seminar etnomatematik Asia Tenggara I,<\/span><\/em><span style=\"font-size: 11pt;\"><span> <\/span>anjuran INSPEM, 3-4 Dis 2008. <\/span><\/p>\n<p style=\"margin: 0in 0in 0.0001pt;\">Lansing J.S.1983. <em>The Three Worlds of Bali<\/em> . Praeger<\/p>\n<h3 style=\"margin: 0in 0in 0.0001pt 0.25in; text-indent: -0.25in; page-break-after: auto;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-weight: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\">Lansing<\/span><span style=\"font-size: 12pt; font-weight: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> J.S.1994. <em>The Balinese<\/em> . N.York: Harcourt Brace<\/span><\/h3>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Liang Liji.<strong> <\/strong>1996.<em> Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming<\/em> <em>Abad Ke-15.<\/em> Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">Manansala P.K. (t.t).<span> <\/span><em>Austronesian Navigation and Migration <\/em><span>http:\/\/www. geocities.com\/ Tokyo\/Temple\/9845\/austro.htm. Kelih 20 April 2006<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">Manuskrip Ms147.<span> <em>Jami\u2018 al-Jami\u2018<span> <\/span>al-Muntaqaraby\u2018aht.<\/em><\/span><span> <\/span>Kumpulan risalah yg disalin pada 1292H (sekitar 1914M) daripada karya asalnya dalam abad ke-19M. Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">Manuskrip MS505. <em>Kitab Seribu Masalah<\/em> karya<span> <\/span>Abdullah Ibn Thamud (t.t) (yang di terjemah oleh yang tidak diketahui). PNM<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span>Manuskrip Ms1514.<\/span> Tanpa judul, bertarikh <span> <\/span>1343H = skt 1922M yang pengarangannya\/ Penyalinnya? Muhamad Yusof al-Jari ibn Budah<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">Manuskrip MS1659. Sebuah salinan antologi risalah yang asalnya ditulis dalam abad sebelum ke-17M. PNM<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">Manuskrip MSS1812. <em>Kitab Tashawuf <\/em>karya Abdul Majid al-Marhum Dri Maharaja Wangsa Hj Mohd Salleh Baqar Husyn 1310H (sekitar 1890M). <span> <\/span>PNM<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\"><span> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin: 0in 1.3pt 0.0001pt 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Maspero G. 2002. <em>The Champa Kingdom : The History of an Extinct Vietnamese Culture<\/em>. Bangkok : White Lotus Press. Terj. karya Perancis 1922<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span>Mohamad Zain M. &amp; Alinor M.b.A.K. 2008. Inskripsi Campa. Dalam Nik Hassan Shuhaimi N.A.R. (Pnyut.). <em>Kebudayaan, Kesenian &amp; Peradaban Alam Melayu<\/em>. Bangi: ATMA, UKM. pp. 195-239<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Mohammad Salleh M.S. 2002. <em>Quo Vadis<span> <\/span>Taksonomi Serangga<\/em>. Syarahan Perdana Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia<\/p>\n<p class=\"MsoFootnoteText\" style=\"margin-left: 0.25in; text-align: justify; text-indent: -0.25in;\"><span style=\"font-size: 12pt;\">Othman Y.&amp; Halim N. 1990. <em>Epigrafi Melayu<\/em>. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><cite><span style=\"font-style: normal;\">Peiros I.2004. <\/span>Austronesian: What linguists know and what they believe they know<\/cite><cite><span style=\"font-style: normal;\">. Geneva, June 10-13.: Paper presented at the workshop on Human migrations in continental East Asia and Taiwan<\/span><\/cite><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><em>Peripelus of the Erythraean  Sea<\/em>, <em>The <\/em>. Munshiram Manoharlal Pub. , N. Delhi 1995. Terjemahan Schoff kpd buku asalnya <em>Periplus Maris Erythraei<\/em> (Yunani abad ke-2)<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\"><span lang=\"CA\">Po Dharma. 2005<\/span>. Catatan tentang FULRO Melawan Kelompok Minoriti di IndoChina Selatan 1955-2004. <em>Seminar Antarabangsa Kajian Campa II.<\/em> 30 Nov 2005. UKM<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span lang=\"CA\">Pou S. 1992\/2004.<\/span><em><span lang=\"CA\"> <\/span>Dictionnare Vieux Khmer-Francais-Anglai.<span> <\/span>An Old Khmer-French-English Dictionary<\/em>.<span> <\/span>Centre de Documenttaion et de Recherche sur La Civilisation Khmere, Paris. Snt. Keduanya 2004.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Shaharir b.M.Z.1985.<em> Matematik dan Tamadun Islam: Pembinaan Sistem Angka<\/em>. Bangi: Bina Kubra.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Shaharir b.M.Z.1991. Tahap penghayatan Bahasa Melayu di Malaysia dalam Sains dan Teknologi. <em><span> <\/span>J.<span> <\/span>Dewan Bahasa<\/em>.<span> <\/span>Dis. : 1038-1051<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Shaharir b.M.Z.1996. Pembangunan sains dan teknologi menerusi bahasa Melayu.<em> Siri Syarahan Raja Ali Haji Persatuan Linguistik Malaysia<\/em> 1996<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\"><span lang=\"CA\">Shaharir b.M.Z. 2000a.<\/span><span lang=\"CA\"> <\/span>Sistem Angka Melayu sebelum Kedatangan Islam. <em>Bull. Malaysian Mathematical Society<\/em>. 23(1):1-34.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Shaharir b.M.Z.2000b. <em>Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains<\/em>. Bangi: Penerbit UKM (Snt. ke-2 keluaran UKM-ASASI<span> <\/span>2000; Snt pertamanya 1987)<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Shaharir b.M.Z. 2002.<span> <\/span>Cabaran TM kpd pendidikan dalam bahasa Melayu. <em>Jurnal Pend. Islam ABIM<\/em> 10(2): 29-46<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span>Shaharir b.M.Z. 2003. <\/span><span style=\"font-size: 11pt;\">Sains dan teknologi Melayu sebelum penjajahan Eropah. <em>Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu<\/em>. 1(2): 157-204 <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Shaharir b.M.Z. 2004. Penjodoh bilangan kuantitatif dalam bahasa Melayu klasik. <em>Warkah Berita PERSAMA: <\/em>68-70<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span lang=\"CA\">Shaharir b.M.Z. 2005. <\/span>Sains Matematik dan Pengurusan. <em>J. of Quality managemnent and Analysis <\/em>(<em>JQMA\/JuSQA). <\/em>Pus Pengajian Sains Matematik, UKM<em> <\/em>1(1): 1-43<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span lang=\"CA\">Shaharir b.M.Z. 2006a.<\/span>Pendekatan baru terhadap konsep optimum Barat dan beberapa konsep optimum baru dalam acuan sendiri. <em>Kesturi <\/em>16 (1&amp;2): 55-96<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Shaharir b.M.Z. 2006b. Beberapa Unsur Sains Melayu Islam yang Tertua dan Cabarannya.<em> Malaysian Jour. of Sc. &amp; Technol. Studies<\/em> 4: 115-131<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">Shaharir b.M.Z. 2006c. SAKTI Melayu Pra-Islam dan Awal Islam. Sem Sn Agama &amp; Kebud UM-DBP 6-7 Dis 2006. Akan diterbitkan oleh DBP<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">Shaharir b.M.Z. 2006d.<strong> <\/strong>Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: Dari Desa ke Kota, Dari Petani ke Industri, Dari Setempat ke Sejagat. <em>Jurnal<span> <\/span>Antarabangsa<\/em><span> <\/span><em>Dunia Melayu<\/em>. 5(2): 169-236<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span lang=\"CA\">Shaharir b.M.Z. 2007a. <\/span>A development in mathematical sciences in Malayonesian mould. <em>Proc. Internat. Conf. on Mathematical Sciences <\/em>(ICMS),<span> <\/span>PERSAMA, Bangi. CP: 94-117<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Shahrir b.M.Z. 2007b. Senarai kitab Melayu Jawi \/Melayu Arab sebelum abad ke-20. Manuskrip<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Shaharir b.M.Z. 2007c. Transkripsi Manuskrip Ms871(2) karya al-Ranyry. Mimeo INSPEM, UPM<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\"><span lang=\"CA\">Shaharir b.M.Z. 2008a.<\/span> Ekonomi Pembangunan Lawan Ekonomi Kebahagiaan. <em>Jawhar. Jurnal Kajian Ketamadunan<\/em> Jun\/Julai 2008, 5(1):1-45<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText2\" style=\"margin: 0in 0in 0.0001pt 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt; line-height: normal;\">Shaharir b.M.Z. 2008b. <em>Pembinaan Semula<\/em> <em>Teori Kepemimpinan dan Kepengurusan Alam Melayu<\/em> Penerbit Universiti Malaysia Terengganu<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 27pt; text-align: justify; text-indent: -27pt;\">Shaharir b.M.Z. 2009. Sukatan Melayu dalam Peribahasa. Dlm <em>Pradurja <\/em>manuskrip buku ini.<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 27pt; text-indent: -27pt;\">Sham Sani et al. 1983. <em>Kajian Pengesanan Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia dari 1974-1980.<\/em> Biro Penyelidikan dan Perundingan UKM.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.5in; text-align: justify; text-indent: -0.5in;\">WMS. 1991-2000. Siri risalah (15 siri) dan buku Wan Mohd Saghir Abdullah berjudul<span> <\/span><em>Penyebaran Islam &amp; Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu<\/em>, jil<em>. 1-15<\/em>, <em>Penyebaran Thariqat\u2026,<span style=\"color: black;\"> Khazanah Karya Pusaka Asia Tenggara<\/span><\/em><span style=\"color: black;\">. Jilid 1 &amp; 2, <\/span><em><span> <\/span>Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua,<\/em> terbitan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara &amp; Khazanah Fathaniyah, K.Lumpur<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.5in; text-align: justify; text-indent: -0.5in;\"><span style=\"font-size: 10pt;\"><strong>Nota: <\/strong>Disampaikan pada Syarahan Umum USM 10 April 2009 anjuran JK Amanah Bahasa USM.<\/span><\/p>\n\n<!-- NgfbSharing::get_buttons content filter skipped: buttons_on_index not enabled -->\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dasar PPSMI yang diperkenalkan dalam tahun 2003 itu ditunjukkan sebagai suatu dasar yang tidak akan berjaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam SAKTI seperti negara idaman perancang dasar ini (Negara Maju yang berbahasa Inggeris) apatah lagi negara maju dalam acuan sendiri, bahkan tidak kira berjaya atau pun tidaknya dasar itu yang pastinya dasar itu akan memufliskan bahasa dan kebudayaan Melayu.<\/p>\n <a class=\"moretag\" href=\"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=810\">[Baca teks penuh...]<\/a>","protected":false},"author":3,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[9],"tags":[],"class_list":["post-810","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-c02-makalah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/810","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=810"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/810\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":812,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/810\/revisions\/812"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=810"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=810"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=810"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}