{"id":801,"date":"2009-04-01T20:15:00","date_gmt":"2009-04-01T12:15:00","guid":{"rendered":"http:\/\/www.asasi.my\/?p=801"},"modified":"2009-04-02T16:47:03","modified_gmt":"2009-04-02T08:47:03","slug":"yang-mana-satukah-sebenarnya-tempat-pendidikan-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=801","title":{"rendered":"Yang Mana Satukah Sebenarnya Tempat Pendidikan Islam?"},"content":{"rendered":"<p><strong>Pengenalan<\/strong><\/p>\n<p>Perkataan \u201cajar\u201d dan \u201cdidik\u201d terutamanya dalam bentuk \u201cmengajar\u201d dan \u201cmendidik\u201d biasanya dianggap sama sahaja maknanya, iaitu memberi maklumat, pengetahuan, ilmu pengetahuan, ilmu atau makrifaht kepada seseorang. Namun pepatah Melayu pun mengatakan \u201ckurang ajar\u201d yang merujuk kepada seseorang yang biadab, bukannya \u201ckurang didik\u201d. Mungkin kekurangan perihatin terhadap perbezaan halus antara dua perkataan inilah juga yang menyebabkan kerajaan kita berubah-ubah pendiriannya (bergantung pada orang yang berkuasanya sahaja) untuk menamakan sebuah kementerian berkenaan sebagai Kementerian Pelajaran atau Kementerian Pendidikan itu. Namun secara mendalamnya kedua-dua perkataan ini agak berbeza maknanya kerana \u201cajar\u201d melibatkan tunjuk cara (itulah datangnya \u201ctunjuk ajar\u201d), latih dan asuh bagi penghayatan atau perubahan perangai, moral, adab, nilai dan sahsiah seseorang; sedangkan \u201cdidik\u201d melibatkan juga nafs\/jiwa\/psikologi, fikir, refleksi, dan tindakan dua-hala (interaksi antara \u201cyang belum tahu\u201d dengan \u201cyang lebih tahu\u201d). Dua perkataan ini berbeza lagi dengan perkataan \u201cmengaji\u201d (daripada \u201ckaji\u201d) yang khusus dipakai untuk belajar atau mengajar (membaca) al-Qur\u2019aan sahaja, walaupun kini semakin diperluaskan maknanya kepada maksud \u201cmemperoleh pengetahuan atau ilmu dan sebagainya\u201d itu juga, di samping semakin disamakan pula dengan \u201cmengkaji\u201d yang bermaksud menyiasat dan menyelidik (sehingga \u201cpengajian\u201d sering disamakan juga dengan pengkajian dan pentelaahan, iaitu study dalam bahasa Inggeris, dan dengan \u201csekolah\u201d, \u201cpusat kajian\u201d atau pusat pembinaan mazhab dan pemikiran, iaitu ecole dan school di universiti dalam tradisi Eropah terutamanya di Perancis, ecole, dan kemudian di U.K, school, itu). Pengajaran, pendidikan dan pangajian boleh dilakukan oleh seseorang atau di sesebuah institusi yang kini dikenali sebagai \u201csekolah\u201d; atau terutamanya dahulu di surau, masjid, \u201cmadrasah\u201d atau \u201cpondok\u201d (\u201cpesantren\u201d di Indonesia); atau kini di peringkat yang lebih tinggi lagi di maktab, kolej, fakulti, kulliyah, institut dan universiti. Yang diminati di sini ialah kurikulum pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah itu, khususnya yang bertujuan melahirkan pelajar-pelajar yang unggul di sisi Islam.<\/p>\n<p>Perkataan \u201csekolah\u201d tentunya baru muncul kerana asalnya daripada bahasa penjajah rumpun Melayu: paling tuanya pun ialah daripada Sepanyol (escuela) atau Feringgi\/Pertugis (escola) dalam abad ke-16M, diikuti Perancis (ecole) dan Inggeris\/Belanda (school) dalam abad ke-17M. Sebelum kedatangan bangsa-bangsa penjajah Barat ini, orang-orang Melayu lebih selesa dengan perkataan madrasah (daripada bahasa Arab, madrasaht; yang diKelantankan menjadi balasah=balai?+madrasah?) untuk maksud yang agak sama, yang kemudiannya berubah namanya kepada \u201csekolah agama\u201d (tidak rasminya, ada tempat menyebutnya \u201csekolah ugama\u201d atau \u201csekolah igama\u201d) atau \u201csekolah Arab\u201d. Sebelum kedatangan Islam, kemungkinan besarnya orang-orang Melayu memakai perkataannya sendiri, \u201ctempat tahu\u201d atau \u201ctempat tutur\u201d terdahulu atau serentak dengan penerimaan perkataan Sanskrit (widyaalaya atau vidyaalaya, drp kamus English-Sanskrit di internet) bagi menamakan tempat-tempat belajar dan menimba ilmu itu, atau perkataan Khmer Purba (vidyasrama\/widyasrama, vidyavasa\/widyawasa, vidyadhivasa\/ widyadhiwasa, vidyaspada\/widyaspada atau vidyasaya\/widyasaya, drp kamus Pou 1992\/2004 yang masing-masing bermakna asrama ilmu, gedung ilmu, rumah ilmu dan tempat ilmu), perkataan Mon (vidyasram?\/widyasram?, drp kamus Pou itu juga dan tekaan penulis; malangnya tiada dalam kamus Mon oleh Shorto 1971) yang satu daripadanya boleh dianggap juga perkataan Funan (Melayu tertua, Melayu Purba\/Kuno\/Kuna). Tempat belajar dalam bahasa Melayu Campa-Khmer sekarang ialah sala (drp Mohamad Zain, seorang sarjana di UKM yang berasal drp Campa-Kemboja) tetapi kami percaya bahasa Campa Purbanya (abad ke-4 atau 5 Masehi) mungkin sekali berbeza istilahnya (yang masih kami mencari-carinya menerusi catatan prasastinya, khususnya menerusi kamus Dictionnaire Cam-Francais oleh Aymonier E. &amp; Cabaton A. yang sukar dirujuk kerana disusun mengikut abjad bahasa Campa) tetapi dalam bahasa Vietnam sekarang (yang boleh dispekulasikan adanya hubungan dengan bahasa Melayu Campa) ialah truong. Walaupun Siam\/Thai juga menjadi penjajah serumpun Melayu yang agak lama juga (abad ke-17 hingga ke-20M, dan masih berlaku kepada orang Melayu Petani\/Pattani hingga sekarang) tetapi istilah sekolah dalam bahasa Siam\/Thai, iaitu rohng rian nampaknya tidak pernah didokongi oleh orang-orang Melayu.<\/p>\n<p>Mungkin sekali orang Melayu sebelum Islam juga memakai istilah buddi, buddhi, atau boddhi (daripada Sanskrit; dan diMelayukan menjadi bentuk kininya \u201cbudi\u201d itu) bagi maksud widya yang lebih tinggi dan mendalam mengikut ajaran Buddhaisme. Mungkin ada istilah buddhisrama, buddhivasa buddhipada dan buddhisaya, sama seperti paradigma widya-x itu (walaupun tiada dalam kamus Pou 1992 itu). Ini ialah kerana mengikut buku Taj al-Salatin karya Bukhary al-Jawhary pada 1603, perkataan \u201cbudi\u201d (daripada Sanskrit, buddi, yang juga menjadi kata akar nama Buddha itu serta tingkat tertingga ajaran Buddha, boddhisatwa) bermakna ilmu yang ahlinya, \u201cbudiman\u201d, disamakannya (diIslamkan) dengan ulil albab, lalu beliau menghuraikan istilah ini dalam satu bab karya agungnya itu. Malangnya, kini (entah bila mulanya) istilah \u201cbudi\u201d sangat sedikit dikaitkan dengan ilmu, sebahagaiannya kerana fahaman kini tentang \u201corang berbudi kita berbahasa\u201d dan \u201cbudiman\u201d itu bersifat kebendaan dan kelakuan zahir sahaja. Mungkin sekarang kita perlu mengangkat semula martabat \u201cbudi\u201d itu kepada semantik Bukhary al-Jawhary itu.<\/p>\n<p>Berdasarkan pada kitab-kitab agama Buddha pada zaman Melayu Funan, Campa dan Sri Wijaya abad ke-5 hingga ke-12M dalam bahasa Kunlun\/Kolan (Melayu Purba) yang diceritakan oleh sarjana Tiongkok dan para orientalis, ilmu Melayu yang ada pada zaman itu (iaitu widya) diadunkan bersama dengan ajaran-ajaran Hindu-Buddha (terutamanya tentang mantik atau istilahnya nyaya, dan ilmu falak atau astronomi atau istilahnya horasastera, kepemimpinan\u2013kepengurusan atau istilahnya manu, dharmasastera dan vantin, dan ekonomi yang dinamai arthasastera). Ini tidak menghairankan kerana istilah widya\/vidya itu sendiri pun bermaksud termasuklah ilmu mistik atau keagamaan Hindu-Buddha itu. Contohnya karya Paramartha tentang bahasa dan pengetahuan\/pengkognisian yang diadunkan dengan ajaran Buddha (Yogacara), sarjana agung Melayu-Buddha abad ke-6M pada masa kerjaan tertua Melayu, kerajaan Funan yg berpusat di Kemboja, yang terkandung dalam buku Philosophy of Mind in Sixth-Century China: Paramartha&#8217;s Evolution of Consciousness oleh Diana Paul terbitan Stanford Univ. Press 1984 (dipetik drp sorotan buku ini di amazon.com); dan karya di prasasti (batu bersurat) abad ke-11M di Campa tentang ilmu kepemimpinan dan kepengurusan, ciri-ciri cakravantin (pemimpin sejagat), tidak memisahkan ilmu pemikiran sarjananya dengan ajaran agama Buddha itu (Shaharir 2008a). Budaya sebegini, iaitu ilmu tidak terpisah dengan agama memang diamalkan dalam pelbagai tamadun (termasuk Kristian di Eropah sehingga abad ke-16M, iaitu sebelum munculnya \u201cSains Moden\u201d; bukan sahaja yang lebih terkenalnya Tamadun Islam yang dihuraikan dengan panjang lebarnya oleh sarjana orientalis, Rosenthal 1970\/1992 yang menegakkan kesetaraan ilmu dengan iman). Namun yang ingin dibicarakan lebih lanjutnya di sini ialah kedudukan tempat-tempat pembelajaran di Alam Melayu ini setelah Islam bertapak di hati rumpun Melayu hingga kini, iaitu apakah bentuknya kurikulum di madrasah, pondok, dan apabila penjajah Eropah bertapak, di sekolah agama dan sebagainya hingga kini? Sejauh manakah penghayatan penyatuan atau pengamiran ilmu kontemporer (ilmu \u2018aqli atau kecendekiawanan) dengan ilmu keagamaan Islam (ilmu naqli) berlaku di \u201csekolah agama\u201d itu terutamanya sejak Kesedaran Semula Islam (tahun 1970-an) yang di Malaysia ini hampir sinonim dengan ABIM, dan mengalami lonjakan aulanya pada 1988 hingga 1990-an atas nama \u201cPengIslaman Ilmu\u201d? Inilah yang dibicarakan dalam makalah ini.<\/p>\n<p><strong>Konsep Sekolah KeIslaman<\/strong><\/p>\n<p>Oleh kerana sekolah yang dianggap memenuhi kehendak Islam itu banyak namanya, iaitu Madrasah, Sekolah Pondok, Sekolah Agama (Islam), Sekolah Arab, Sekolah Islam, dan Sekolah Islami\/Islamik yang sedikit sejarah kemunclan istilah-istilah ini ada disebut dalam pengenalan di atas, maka sentiasanya timbul persoalan \u201cApakah maksud sekolah yang memenuhi kehendak Islam itu?\u201d terutamanya sejak terbitnya gagasan \u201cpengIslaman Ilmu\u201d pada awal tahun 1980-an dahulu. Tidak syak lagi nama sekolah ini yang popular sekarang ialah \u201csekolah agama\u201d (bermaksud \u201cagama Islam\u201d) walaupun intipati yang dicari-cari oleh kelayannya (ibu-bapa) ialah \u201csekolah Islamik\u201d atau \u201csekolah Islami\u201d (drp \u201cIslamic school\u201d) di tiga kelompok sekolah agama kini: Sekolah Agama Persekutuan (Awam), Sekolah Agama Rakyat, dan Sekolah Agama Swasta, masing-masing dengan kelebihan unsur keIslamannya yang tersendiri. Sejak 9\/11 (September, 11), 2001, istilah madrasah telah mendapat jolokan daripada Barat sebagai \u201csekolah taliban\u201d atau \u201csekolah pengganas\u201d, dan bahkan istilah \u201cIslam\u201d (di mana pun munculnya sebagai kata sifat atau kata nama) juga diwarnai dengan bayangan negatif tersebut lalu Muslim sendiri pun nampak tidak begitu gemar menggunakannya lagi, atau orang Islam atau Muslim kini rasa istilah itu \u201ctidak lembut\u201d atau \u201ctidak tepat\u201d, tidak selembut atau setepat perkataan Inggeris \u201cislamic\u201d atau kata Melayu-Arab islami atau islamiyaht. Istilah \u201csekolah pondok\u201d pula dirasai \u201cketinggalan zaman\u201d (walaupun \u201csekolah pesantren\u201d di Indonesia tidaklah mengalami bahana psikologi sebegitu); manakala \u201csekolah Arab\u201d sudah semakin hilang di lidah kerana berkurangan ketepatannya akibat penghakisan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar subjek-subjek di sekolah itu; manakala \u201csekolah agama\u201d (\u201cagama\u201d dengan maksud \u201cagama Islam\u201d) juga semakin cair komponen keagamaannya kerana dimasuki\/diresapi\/dicerobohi oleh kurikulum kebangsaan dengan subjek-subjek \u201cbukan agama\u201d seperti sains dan matematik. Bagi tujuan penilaian unsur keIslaman di sekolah-sekolah ini maka kami menggunakan istilah \u201csekolah keIslaman\u201d sebagai model gedanken (dalam fikiran) yang unggul bagai konsep \u201csekolah yang benar-benar cocok dengan kehendak Islam sepanjang masa\u201d.<\/p>\n<p>Sekolah keIslaman ialah sekolah yang mampu memberi tarbiyaht kepada anak-anak Muslim menghayati nilai-nilai Islam yang asasi (daripada pendidikan fardhu \u2018ain dan fardhu kifayaht klasik, serta sunnah) dan memahami dalam acuan Melayu-Islam akan ilmu pengetahuan kontemporer (fardhu kifayaht kontemporer) tanpa pemisahan yang ketara antara \u201csains\u201d dengan \u201cbukan sains\u201d tetapi sebagai widya atau budi (ilmu terkamir) yang mendokong konsep ilmu dan iman dalam Islam.<\/p>\n<p>Acuan Melayu-Islam ialah acuan terbentuk daripada tasawur Islam yang bersulamkan dengan bahasa dan kebudayaan Melayu yang menyeri, memperkaya dan mengukuhkan lagi tempat letaknya acuan tersebut bagi tujuan pemahaman dan pengembangannya.<\/p>\n<p>Tentang fardhu \u2018ain mungkin tiada pertikaian skop dan tahapnya (walaupun segi kaedah pelaksanaannya juga masih memiliki masalahnya yang diterangkan kemudian), tetapi tentang fardhu kifayaht klasik itu mungkin masih memerlukan \u201cmesyuarat yang panjang\u201d tentang skop dan tahapnya. Yang dimaksudkan dengan fardhu kifayaht klasik ialah fardhu kifayaht yang sentiasa ada dalam buku-buku fiqah klasik seperti \u201cpengurusan jenazah\u201d, \u201chukum jual-beli\u201d,\u2026 dll. Yang ingin ditegaskan di sini, sesetengah fardhu kifayaht klasik itu perlu diperlengkapkan dengan ilmu kontemporernya seperti \u201chukum jual-beli\u201d itu perlu diperluaskan dengan \u201cilmu pengurusan perniagaan, kewangan, perbankan, dan insurans\/takaful\u201d masa kini yang mengalami pertembungan dahsyat antara Islam dengan bukan Islam. Ilmu-ilmu ini ada yang berasaskan prinsip-prinsip Islam yang sering bertentangan dengan prinsip-prinsip sepadannya yang dicipta dan diformulasikan dangan canggih dan bergayanya oleh sarjana-sarjana yang tidak dipengaruhi oleh pemikiran Islam tetapi masih begitu mendominasi ilmuwan-ilmuwan Muslim dan pengamal-pengamalnya sekarang. Oleh itu kurikulum sekolah untuk ilmu-ilmu ini perlu melalui perubahan besar! Berkenaan dengan fardhu kifayaht kontemporer itu ialah segala macam ilmu aqli moden ini yang kebanyakannya dibina dalam acuan bukan Islam dan oleh itu pendidikannya agilah perlulah melalui tatakaedah yang diperakukan oleh para penggiat \u201cpengIslaman Ilmu\u201d itu. Segi pendidikan (dan penyelidikan), \u201cpengIslaman ilmu\u201d ialah pendekatan pengajaran dan pendidikan (dan pengajian) sesuatu judul\/komponen ilmu kontemporer yang menampakkan asal-usulnya, keserasian dan ketidakserasiannya dengan nilai-nilai Islam dan Melayu-Islam dan oleh itu menyedarkan pelajar dengan adanya batas-batas kegunaannya menerusi konsep ilmu (atau budi dan widya) sebagai model kefahaman seseorang yang dipengaruhi oleh kebudayaan (termasuk bahasa), agama, ideologi dan pandangan hidupnya di dunia ini terhadap sesuatu perkara. Oleh itu anggapan ilmu pengetahuan Melayu sebagai widya atau buddi yang sesudah Melayu mendokong konsep \u2018ilm dalam \u201cilmu\u201d itu dan mengIslamkan \u201cbudi\u201d dan widya itu menjadi sebahagian daripada ciri ilmu kontemporer yang perlu dinilai, iaitu sejauh mana sesuatu unsur ilmu kontemporer itu mengandungi keseimbangan unsur agama Islam dengan agama atau ideologi asing dan pemikiran bebas-lepas semata-mata. Sesungguhnya tulisan berkenaan dengan makna dan prinsip-prinsip \u201cpengIslaman ilmu\u201d cukup banyak (Lihat contoh bibliografinya hasil kompilasi Shaharir drk yang disiarkan di dalam Kesturi 2007) dan setiap guru di \u201csekolah agama\u201d khasnya patutlah memilih beberapa karya daripadanya untuk pemahaman yang berguna bagi memperkayakan pengetahuannya agar, insyaallah, dapat menjadi guru di sekolah yang lebih baik daripada sekarang.<\/p>\n<p>Jelaslah penawaran fardhu kifayaht (klasik dan kontemporer) dalam sekolah agama (awam, rakyat dan swasta) itulah yang merupakan cabaran terbesar dalam kurikulum sekolah-sekolah ini seperti yang dinilai di bawah ini. Namun ini tidaklah bermakna penawaran mata pelajaran fardhu \u2018ain sudah tiada masalah seperti yang dibicarakan oleh Shaharir (2001) dan intipatinya yang sesuai dengan peringkat sekolah dipaparkan semula di sini dengan sedikit tambahannya pada akhir makalah ini.<\/p>\n<p><strong>Penilaian keIslaman sekolah yang sedia ada<\/strong><\/p>\n<p>Setelah ditakrifkan sekolah keIslaman itu, maka kini kedudukan sekolah-sekolah awam dan swasta dalam konteks keIslamannya bolehlah dilakukan. Namun di sini ditumpukan kepada sekolah agama (awam, rakyat dan swasta).<\/p>\n<p>Sudahlah diketahui umum bahawa penawaran mata-mata pelajaran yang menjadi komponen fardhu kifayah dalam kurikulum sekolah agama di Malaysia ialah berbentuk terpisah daripada mata pelajaran dalam fardhu \u2018ain dan fardhu kifayah klasik itu. Mata pelajaran sains dan matematik di semua peringkat umpamnya, mengandungi judul-judul yang langsung tiada hubungan dengan perkara yang dididik dalam fardhu \u2018ain dan fardhu kifayaht klasik itu. Begitu jugalah dengan mata pelajaran ekonomi, perdagangan, perakaunan dan lain-lain yang diperkenalkan di peringkat sekolah dalam kurikulum sekolah awam (yang ada kurikulum dan peperiksaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia). Sistem pendidikan sbegini, yang layak dinamai sistem pendidikan Islam-sekular selari, memanglah jauh daripada sistem pendidikan keIslaman yang membentuk sekolah keIslaman yang digariskan dalam seksyen sebelum ini. Sistem pendidikan sebegini sebenarnya diamalkan di seluruh dunia di mana sahaja yang menawarkan pendidikan untuk kanak-kanak Muslim yang dinamainya madrasah, sekolah agama (Islam) atau (Islamic) religious school, sekolah Muslim atau Muslims School, atau sekolah Islam\/Islami\/Islamik\/Islamic school yang ada bukan sahaja di negara-negara Muslim tetapi di Dunia Barat (banyak di Amerika Syarikat dan UK), di negara-negara di Asia (Lihat ASASAINS 2007) sehingga seruan yang dibuat di Persidangan Pertama Pendidikan Islam di Jeddah pada 1977 supaya sistem ini diubah (dan diulang-ulang dalam setiap persidangan ini berikutnya hingga yang terakhirnya yang ke-6 dalam tahun 1996 di Afrika Selatan), yang kemudiannya diperkukuhkan menerusi gagasan PengIslaman Ilmu pada 1980-an seolah-olah tiada kesannya. Ya, di Malaysia seruan ini semacam mendapat lonjakan sahutannya pada 1988 apabila Kementerian Pendidikan mengisytiharkan falsafah baru pendidikannya dan sekaligus melancarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang dipacukan oleh gerakan \u201cpengIslaman ilmu\u201d itu serta penubuhan Universiti Islam Antarabangsa pada 1985. Namun KBSM yang terkenal dengan slogan \u201cpendidikan sepadu\u201d (dengan penyumbang utamanya Tajul Ariffin 1993, 1988), \u201cpendidikan terkamir\u201d oleh Shaharir (1986) dan \u201cpenerapan nilai murni\u201d atau \u201cpenerapan nilai merentas kurikulum\u201d yang ditafsirkan oleh orang-orang Islam sebagai sejenis pendidikan Islam tidak pun mencapai matalamatnya kerana buku-buku teksnya tidak pernah berubah pendekatannya dan oleh itu sistem pendidikan Islam-sekular selari itulah juga yang tetap berjalan walaupun dengan tempelan unsur barunya iaitu \u201cpenerapan 16 nilai murni\u201d dalam setiap mata pelajaran fardhu kifayaht itu. Enam belas nilai murni itu ialah baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental (tidak pula disebut rohani dan jasmani), kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional, dan semangat masyarakat( Lihat Kementerian Pendidikan Malaysia 1992 atau Adnan 1993).<\/p>\n<p>Penerapan nilai dalam kurikulum seperti dalam KBSM itu sebenarnya bukanlah yang dikehendaki oleh para pengasas \u201cPengIslaman ilmu\u201d (seperti yang ditegaskan beberapa kali oleh penulis ini, contohnya Shaharir 1989 dan 2005b) kerana cara itu sebenarnya tidak banyak bezanya dengan usaha segolongan Muslim melakukan pentafsiran ilmu yang sedia ada ini dengan tujuan membenarkan ilmu kontemporer ini mengikut (kononnya) ajaran Islam. Pendirian sebegini mendapat namanya yang popular sebagai Bucailleisme (sempena Bucaille yang dianggap pertama kali berjaya (berasaskan sambutan pembaca umum) memadankan sains moden dengan al-Qur\u2019aan dan Bible sambil menunjukkan keserasiaan sains dengan al-Qur\u2019aan (bukan dengan Bible) sehingga menjadikan bukunya (Bucaille 1976\/1978) menjadi buku laris jualan di dunia dan diterjemahkan ke dalam puluhan bahasa termasuk bahasa Melayu 1978. Pendekatan ilmu kontemporer secara Bucailleisme memang mendapat sambutan hangat di kalangan Muslim dan menjadikan penulisnya begitu terkenal mengatasi ilmuwan sejatinya seperti yang berlaku pada penulis Turki, Harun Yahya (t.t), dan penulis tempatan kita seperti Danial (2007), Malim (2006), dan Arip (2006). Kelemahan utamanya pendekatan ini ialah mematikan penyelidikan atau penerokaan sendiri sebelum sarjana Barat itu sehingga sarjana Muslim berada di barisan hadapan atau sebaris dengan sarjana Barat; menajdi agen pengukuh ilmu Barat (yang pada ketika\/sarjana lain selalu disebut sekular, bahkan ateis); serta . menegakkan persepsi palsu sains tentang nilai sejagatnya atau keneutralannya atau ketiadaan nilai ekslusifnya. Yang dikehendaki dalam \u201cpengIslaman ilmu\u201d ialah, pada peringkat awal penghasilannya oleh seseorang sarjaa, menunjukkan adanya \u201cnilai\u201d (sebagai pencetus ilmu itu, atau implikasi daripada ilmu yang bukan bersifat diada-adakan atau tempelan) yang tak semestinya serasi dengan mana-mana 16 nilai murni KBSM itu atau pun lebih am lagi \u201cnilai Islam\u201d, dalam setiap ilmu kontemporer itu (termasuklah ilmu yang diajar di sekolah itu). \u201cNilai\u201d itu boleh jadi daripada ideologi Barat, atau sistem kepercayaan yang lain daripada sistem kepercayaan Islam atau \u201cMelayu-Islam\u201d dan sebagainya (Tionghua-Islam, Hindia-Islam dll di Malaysia ini).<\/p>\n<p>Sebenarnya model penulis buku mengikut konsep \u201cpendidikan keIslaman\u201d yang kami gariskan di atas itu sudah pernah wujud dalam tamadun Melayu-Islam (yg terbukti ada khazanah ilmu Islam) abad ke-17M hingga abad ke-19M (sebelum penjajah Barat bertapak kukuh). Malah, kitab-kitab Melayu Jawi karya abad tersebut, seperti oleh Nur al-Din al-Ranyry (Nuruddin al-Raniri) dan Bukhary al-Jawhary (Bukhari al-Jauhari) dalam awal abad ke-17M, \u2018Abd al-Rauf al-Fansury\/al-Sinkyly (Abdulrauf Singkel) di pertengahan kedua abad ke-17M, \u2018Abd al-Shamad al-Falimbany (Abdussamad Palimbang) abad ke-18M, Muhammad Arsyad al-Banjary (Arsyad Banjar) akhir abad ke-18M dan awal abad ke-19, Ahmad al-Fatdany dan Ahmad \u2018Abd Latif al-Khatib al-Minangkabawi (akhir abad ke-19M). Karya-karya besar mereka ini mengandungi ilmu kifahyat kontemporer (zaman itu, walaupun agak ketinggalan dengan yang ada di Barat) yang dibicarakan dalam kitab-kitab fiqh, tawhiyd dan tashawuf dan mu\u2019aamalaht mereka seperti yang ditunjukkan dengan lebih terperincinya oleh Baharuddin (2009). Contohnya seperti berikut:<\/p>\n<p>(1) Kitab Shirat al-Mustaqym oleh Nur al-Din al-Ranyry 1620-an dan Sabil al-Muhdtadyn (oleh Arsyad al-Banjary abd ke-18), kedua-duanya ada di PNM, membincangkan ilmu fiqh mazhab Syafie dengan penerapan unsur-unsur ilmu falak dalam tajuk-tajuk yang berkaitan dengan penentuan waktu-waktu solat, arah kiblat, fenomena gerhana dan melihat Anak Bulan.<\/p>\n<p>(2) Kitab-kitab khusus ilmu fardhu kifayaht seperti kepemimpinan dan kepengurusan dengan penghayatan Islam seperti dalam Bustan al-Salatin 1623 karya al-Ranyry dan Taj al-Salatin oleh Bukhary al-Jawhary 1603. Kedua-dua terbitan DBP<\/p>\n<p>(3) Ilmu matematik dalam Raudhaht al-Husab oleh Ahmad \u2018Abd Latif al-Khatib al-Mankabawy (akhir abad ke-19M; ada di dalam pungutan Wan Mohd Saghir) yang diadunkan dengan masalah-masalah dalam fiqh dan mu\u2019amalaht.<\/p>\n<p>(4) Kitab Tashawuf karya Abdul Majid al-Marhum Dri Maharaja Wangsa Hj Mohd Salleh Baqar Husyn 1310H (sekitar 1890M), ada di PNM, diadunkan degan unsur astronomi dan kosmologi-kosmogeni.<\/p>\n<p>(5) Sebuah risalah dalam Manuskrip MS1659 (di PNM) berjudul Mutiara yg Putih (judul Arabnya tak dapat dibaca) oleh Syeikh \u2018Abdul Ra\u2019uf Ibn Syeikh [? tak boleh baca, berkemungkinannya Abdul Rauf Ibn Ali al-Fansury atau Abdul Rauf Singkel abad ke-17M] kerana ada dinyatakan karya ini dihasilkan atas titah perintah \u201cNegeri Inderagiri dengan segala daerah takluknya\u201d (kerajaan Inderagiri wujud dalam tahun 1658-1838 di Riau) berupa sebuah karya tashawuf yang juga mem membawa wujud, wajib, mustahil, ja\u2019yz dan mumkin yang menyaingi konsep-konsep kontemporer dalam bidang ini (ontologi, teori set, mantik, kebarangakalian dan kemungkinan).<\/p>\n<p>(6) Dalam manuskrip MS781(2) oleh Nur al-Din al-Ranyry . tanpa judul dan tahun, mengandungi mantik, dan teori keatoman yang ada memberi penjelasan makna jawhar, \u2018ardh dan yang berhubung dengannya: mhl, za\u2019yd dan \u2018adm; dan penjelasan tentang jirim dan jasad. Semua ilmu yang ditulis secara terkamir dengan Islam ini dapat dipersaingkan dengan ilmu kontemporer yang berkenaan.<\/p>\n<p>(7) Manuskrip MS1659 (tanpa tahun dan pengarang\/penyalin) dan Ms147 berjudul Jami\u2018 al-Jami\u2018 al-Muntaqaraby\u2018aht berkenaan ilmu tashawuf itu juga mengandungi ilmu psikologi yang membicarakan membicarakan tahap-tahap keperluan manusia yang lebih komprehensif daripada yang biasa disebut dalam karya-karya keIslaman kini, apatah lagi dengan ilmu ekonomi\/psikologi komtemporer. Tahap keperluan manusia itu dinamai bukan sahaja nafs ammaraht, lawwamaht, mutdma\u2019innaht, tetapi tambahannya lagi nafs sawyyaht, nafs mul-hdamah, nafs raa-dhyah, dan nafs mar-dhyah. Yang setiap satunya diterangkan dengan rincinya.<\/p>\n<p>Dengan contoh-contoh itu, maka cukuplah rasanya untuk menunjukkan karya Melayu dalam abad ke-17 hingga ke-19 M memang bersifat keilmuwan yang terkamir yang sesuai dengan konsep kurikulum sekolah keIslaman itu. Berikut ini pula dihuraikan secara ringkasnya contoh-contoh ilmu kontemporer yang telah cuba digarap penulisananya mengikut lunas kurikulum sekolah keIslaman itu.<\/p>\n<p><strong>Contoh Pendekatan Pendidikan Ilmu Fardhu Kifayaht di Sekolah KeIslaman yang Diimpikan<\/strong><\/p>\n<p>Pendekatan Matemadesa<\/p>\n<p>Sebuah pendekatan pendidikan matematik sekolah yang menghayati konsep pendekatan keIslaman yang diimpikan itu telah dimulai pelakaran dan contoh penyiapan lakaran itu menerusi sebuah projek di bawah tajaan PERSAMA (Persatuan Sains Matematik Malaysia) yang dinamai pendekatan Matemadesa. Prinsip dan beberapa contoh pelaksanaan prinsip Matemadesa itu untuk beberapa judul Matematik Sekolah Menengah Rendah dapat ditelaah dalam buku suntingan Shaharir (2001a). Selain daripada itu contoh pelaksanaan projek ini untuk Kalkulus dan Mekanik\/Dinamik peringkat Sekolah Menengah Atas masing-masingnya dapat disaksikan oleh karya Shaharir (1985, 2002a, 2004a) dan Shaharir (1989, 2002b, 2004b).<\/p>\n<p>Pendekatan Matematik Sekolah bagi Judul Angka, Nombor dan Operasi Asasinya<\/p>\n<p>Pengolahan semula yang lebih sesuai dengan tahap sekolah dan konsep pendekatan keIslaman yang digariskan di atas tentang keperluan angka dan nombor serta pembinaan angka oleh orang Melayu, Arab\/Muslim, Hindia dan Tiongkok perlulah dilakukan berasaskan beberapa karya baru tentang perkara ini oleh Shaharir (2000) dan Alinor (2008). Penjelasan hukum tambah, darab dan bahagi yang termudah yang dikaitkan dengan model keadilan dan hukum fara\u2018id yang berupa konsep keadilan Islam yang baru (matematik pecahan) perlu diolah. Umpamanya, \u201c2 tambah 3=5\u201d ; \u201c2 kali 3 =6\u201d dan \u201c8 bahagi 2 = 4\u201d memerlukan penjelasan segi kenyataan sebenarnya yang memerlukan situasi yang unggul yang sukar berlaku. Mengikut hukum faraid, 8 bahagi dua adalah pelbagai jawabannya bergantung kepada hubungan persaudaran antara dua orang berkenaan; dan pembahagian keuntungan perniagaan yang halal adalah contoh yang perlu diketengahkan pada masa yang sesuai.<\/p>\n<p>Pendekatan Jual-beli, Mua \u2018aamalaht dan Pengurusan Perniagaan<\/p>\n<p>Selain daripada hukum-hakam jual-beli yang ada dalam fiqh itu, pengurusan perniagaan dan mua\u2018aamalaht amnya yang kontemporer itu perlu diperkenalkan. Jual-beli riba\u2019 dibincangkan dengan contoh-contoh riba\u2019 moden dan pengiraan bunga\/faedah (matematik peratusan) diperkenalkan. Perbincangan jual-beli tanpa riba\u2019 termasuklah amalan \u201cpinjaman mengikut perbankan Islam\u201d sekarang perlulah diperkenalkan. Perbezaan zakat dan cukai (termasuk hukumnya) serta pengiraan tentangnya perlu diketengahkan. Mungkin juga rumus \u201cpinjaman Islam\u201d yang berasaskan prinsip mudharabah boleh diketengahkan walaupun rumus ini belum diamalkan lagi.(Rumus ini dapat ditelaah dalam tesis D. Fal Maheran 2006 (di Pusat Pengajian Sains Matematik, UKM) dan siri penerbitannya dalam 2004-2006 yang dapat diperoleh di internet menerusi laman myais)<\/p>\n<p>Pendekatan Mata Pelajaran Ekonomi<\/p>\n<p>Pendekatan ilmu ekonomi yang mengambil kira keperluan \u201cpengIslaman ekonomi\u201d untuk setiap judul silabus sekolah awam sekarang memang belum dilakukan atau dibukukan dengan lengkapnya. Ini satu projek yang perlu dilakukan oleh setiap \u201csekolah agama\u201d yang mahu sebuah kurikulum keIslaman yang lebih bermakna itu. Namun, satu daripada bidang ilmu kontemporer yang banyak penulisannya mengikut perspektif Islam ialah bidang ekonomi. Sebahagian besarnya perlulah dibaca oleh mereka yang ingin mencebur diri dalam bidang pembinaan kurikulum atau menulis buku teks ekonomi KeIslaman peringkat sekolah, walaupun kebanyakan penulisannya bersifat normatif (kualitatif dan kefalsafahan) atau bertaraf bermatematik termasuklah tulisan yang sukar oleh Chouwdry (cukup banyak dan mudah diperoleh di internet). Tulisan penulis ini sendiri rasanya jauh lebih mudah diikuti dan perlu dirujuk terutamanya dalam melihat ekonomi sebagai ilmu pengurusan terbaik atau optimum (Shaharir 2005) dan usaha sarjana Barat menyukat pembangunan ekonomi dan kebahagian manusia berbanding dengan kefahaman Islam (Shaharir 2008b).<\/p>\n<p>Pendekatan dalam Pendidikan Fardhu \u2018Ain<\/p>\n<p>Ada beberapa judul dalam fardh \u2018ain yang perlu pemeribumiannya (iaitu penyesuaian penjelasannya dalam bahasa dan kebudayaan Melayu yang kontemporer). Ini sudah disebut dalam perbincangan pendekatan beberapa judul fardhu kifayaht di atas seperti tentang zakat dan cukai, yang perlu ditambah di sini tentang unit-unit mata wang atau harta yang wajib dikenakan zakatnya. Begitu juga dengan unit-unit atau sukatan yang terlibat dalam hukum \u201cair suci lagi menyucikan\u201d (yang perlu dibezakan dengan kosep \u201csuci\u201d secara kesihatan) dan sukatan musafir. Secara amnya isu pemeribumian dalam penulisan pengajian Islam ada dibicarakan oleh Shaharir (2001) yang dikira amat relevan dengan penulisan buku-buku teks Sekolah KeIslaman itu.<\/p>\n<p><strong>Kesimpulan<\/strong><\/p>\n<p>Sejak Persidangan Pertama Pendidikan Islam Sedunia di Jeddah di adakan 1977 (Lihat pascasidangnya suntingan al-Attas 1992) yang antara lain menyeru supaya institusi pendidikan di negara-negara Muslim dirombak supaya perjalanannya lebih sesuai dengan falsafah dan matlamat pendidikan Islam dan sekaligus menulis semula segala buku teks pendidikan itu sesuai dengan perubahan falsafah dan matalamat pendidikan itu. Seruan demi seruan telah dilakukan, bukan sahaja menerusi siri Persidangan Pendidikan Islam Sedunia itu hingga yang terkhirnya, yang ke-6 tahun 1996 di Cape Town, tetapi dalam seminar demi seminar \u201cPengIslaman Ilmu\u201d atau \u201cPendidikan Islam\u201d merata dunia. Seperti yang dihuraikan di atas, resolusi Persidangan yang pertama itu sehingga kini pun belum disambut dengan jayanya. Di sini buat kesekian kalinya lagi penulis ingin menyeru supaya ABIM melakukannya.<\/p>\n<p><strong>Rujukan<\/strong><\/p>\n<p>Al-Attas S.M.N. 1992. Tujuan dan Objektif Pendidikan Islam. K.Lumpur: DBP. Terjemahan karya asal suntingan beliau 1979. Aims and Objectives of Islamic Education. First World Conf. on Educaion. London: Hodder &amp; Stoughton.<\/p>\n<p>Adnan Kamis (Pyt.). 1993. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Pejabat Penerbit UKM<\/p>\n<p>Alinor M.b.A.K. 2008. Angka Melayu Purba. Dlm. Yusof.M.b.Hj.O. Siri Sejarah dan Falsafah Sains. DBP<\/p>\n<p>Arip M. K. 2006. PASAK (Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains Dalam Al Quran).. Mimeo.<\/p>\n<p>ASASAINS 2007. Sebuah warkah berita keluaran Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)<\/p>\n<p>Baharuddin Z. 2008. Sains Matematik Dalam Kitab Fekah Popular Alam Melayu Sebelum Abad Ke-19 M. Dibentangkan dalam Seminar Etnomatematik Asia Tenggara 2008 pada 3-4 Disember 2008. Akan terbit dalam Kesturi 2008.<\/p>\n<p>Bucaille M. 1976\/1978. Bibel, Qur-an dan Sains Modern. Jakarta: Penerbit Bulan Bintang 1978. Terj. drp La Bible, le Coran et la science1976 yang juga diterjemah kpd Inggeris oleh Pannell A.D. dan pengarang asalnya : The Bible, The Qur\u2019an and Science. Islamic Call Society, Tripoli, 1976.<\/p>\n<p>Danial Zainal Abidin. 2007. Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains. PTS Millennia Sdn Bhd<\/p>\n<p>Harun Y. (t.t.). Penciptaan Alam Semesta. Terj. drp Inggeris?, The Creation of the Universe. yg diterj. drp Turki. Namun penulisannya tentang teori evolusi (tahun 1999\/2005) yang bukan berpendekatan Bucailleisme itu, Penipuan Evolusi: Keruntuhan Sains Darwinisme dan Latarbelakang Ideologinya. K.Lumpur: Saba Islamic Media yang berupa terj. 2005 Ed. ke-3. terhadap The Evolution Deceit: London: The Scientific Collapse of Darwinism and Its Ideological Background. Ta-Ha Pub 1999 yang asalnya drp. bahasa Turki<\/p>\n<p>Kementerian Pendidikan Malaysia. 1992. Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KBSM. Pusat Perkembangan Kurikulum Malaysia.<\/p>\n<p>Malim Ghozali PK. 2006. The Profound Truth. Understanding Perfection. Seladang Books<\/p>\n<p>Pou S. 1992\/2004. Dictionnare Vieux Khmer-Francais-Anglai. An Old Khmer-French-English Dictionary. Centre de Documenttaion et de Recherche sur La Civilisation Khmere, Paris. Snt kedua 2004 terbitan L\u2019Harmattan, Perancis\/Hungaria\/Italia<\/p>\n<p>Rosenthal F. 1970\/1992. Keagungan Ilmu. Kuala Lumpur: DBP. Terjemahan 1992 kpd buku asalnya dalam bahasa Inggeris terbitan 1970, \u201cKnowledge Triumphant\u201d.<\/p>\n<p>Shaharir b.M.Z. 2008a. Pembinaan Semula Teori Kepengurusan dan Kepemimpinan Alam Melayu. K.Terengganu: UMT<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;.2008b. Ekonomi Pembangunan Lawan Ekonomi Kebahagiaan. Jawhar. Jurnal Kajian Ketamadunan Jun\/Julai 2008, 5(1):1-45<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;. 2005. Sains Matematik dan Pengurusan. J. Quality Measuement &amp; Analysis\/JuSQA 1(1): 1-43<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;-.2005b. Penyerlahan nilai dalam sains matematik hampir di mana-mana. Dalam Ahmad Mohamad Said &amp; Khalif Muammar (Pnyut), \u201c Pembangunan Watak Bangsa: Pemerkasaan Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan\u201d, Kajang: Akademi Kajian Ketamadunan dan Kolej Dar al-Hikmah 2005. ms.119-138.<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;-. 2004a. Kamiran SPM (Matematik Tambahan) mengikut Pendekatan Matemadesa. Kesturi 2004, 14 (1 &amp; 2): 45-67<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;-. 2004b. Dinamik Sebutir Dua Zarah Klasik: Penjana Sains Matematik, Peguam Bela dan Penjana Nilai Serta Kontroversinya sepanjang Zaman. Bangi: Pusat Pengaj. Sn Matema, UKM. 301 pp<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;. 2003. Nasib Unsur Kualitatif Dalam Sains Matematik. Kesturi 13 (1&amp;2): 94-127<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;.2002a. Kaedah pengajaran dan pendidikan pengoptimuman yang mendekati Nilai Islam. Pros. Simpos. Kebangsaan Sains Matematik ke-9. Bagi: Pusat Pengajian Sains Matematik, UKM: 313-320<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;. 2002b. Pendekatan penulisan fizik sekolah mengikut acuan ASASI: Dinamik SPM. Kesturi 12(1&amp;2): 21-53<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;-. 2001a. Garis Panduan Prinsip dan Pelaksanaan Matemadesa.. Persatuan Sains Matematik Malysia<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;. 2001b. Penerokaan judul asli dan pribumi dalam karya pengajian Islam di Malaysia. Islamiyyat. 22: 37-41<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;.2000a. Sistem Angka Melayu sebelum Kedatangan Islam. Bull. Malaysian Mathematical Society. 23(1):1-34<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;.2000b. Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Snt. ke-2 dan diperluaskan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;-. 1989. Perkembangan sains moden: Implikasi kepada pendidikan sains sekolah. Buletin Guru 2: 20-22<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;-. 1986. Pendidikan sains terkamir di peringkat universiti. Dlm. Tajul Ariffin bin Nordin dan Abdul Raof bin Dalip (Pyt.). Pendidikan Sepadu. Pascasidang Simposium 1984. Bangi: Penerbit UKM: 37-47.<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;-. 1985. Contoh pendekatan kuliah sains keIslaman \u2013 matematik. Asasains. ASASI.1\/85:1-11.<\/p>\n<p>Shaharir b.M.Z. , Alinor M.b.A.K. &amp; Adi Setia. 2007. Bibliografi SAKTI Melayu, Islam, Inggeris pilihan dan Asia dengan sebahagiannya beranotasi. Kesturi 17 (1 &amp; 2):<\/p>\n<p>Shorto H.L. 1971. A Dictionary of the Mon Inscriptions. From the Sixth to the Sixteenth Centuries. London: OUP<\/p>\n<p>Tajul Ariffin N. 1993. Pendidikan Bersepadu: konsep dan falsafah dalam KBSM. Dlm. Adnan kamis (Pyt.). Ibid. 35-52<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;. 1988. Konsep Asas Pendidikan Bersepadu. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise<\/p>\n<p>Nota: Dibentangkan sewaktu Seminar Pendidikan Islam anjuran KDH\/ABIM 23\/03\/09=26R\u2019awal 1430.<\/p>\n\n<!-- NgfbSharing::get_buttons content filter skipped: buttons_on_index not enabled -->\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perkataan \u201cajar\u201d dan \u201cdidik\u201d terutamanya dalam bentuk \u201cmengajar\u201d dan \u201cmendidik\u201d biasanya dianggap sama sahaja maknanya, iaitu memberi maklumat, pengetahuan, ilmu pengetahuan, ilmu atau makrifaht kepada seseorang. Namun pepatah Melayu pun mengatakan \u201ckurang ajar\u201d yang merujuk kepada seseorang yang biadab.<\/p>\n <a class=\"moretag\" href=\"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=801\">[Baca teks penuh...]<\/a>","protected":false},"author":3,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[9],"tags":[],"class_list":["post-801","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-c02-makalah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/801","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=801"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/801\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":804,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/801\/revisions\/804"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=801"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=801"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=801"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}