{"id":771,"date":"2009-03-21T11:37:44","date_gmt":"2009-03-21T03:37:44","guid":{"rendered":"http:\/\/www.asasi.my\/?p=771"},"modified":"2009-03-21T11:37:44","modified_gmt":"2009-03-21T03:37:44","slug":"shaharir-mohamad-zain-menormalkan-sains-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=771","title":{"rendered":"Shaharir Mohamad Zain: Menormalkan Sains Islam"},"content":{"rendered":"<p><span lang=\"FR\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"FR\">Tidak ramai intelektual yang berani rentas bidang. <\/span><span lang=\"SV\">Kebanyakannya hanya bertakuk pada bidangnya semata, tanpa cuba melihat hubungan antara bidangnya dengan bidang-bidang yang lain. Dr. <span>Shaharir<\/span> Mohammad Zain adalah salah seorang intelektual yang bukan sahaja menguasai bidangnya dengan mendalam, tapi juga berani mencabar bidang-bidang lain yang sedia ada. Wawancara menerusi mel-e bersama Mantan Presiden ASASI ini jelas memaparkan kebelakaan penguasaannya tersebut.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><strong>Dari sudut bahasa, apa bezanya <span class=\"il\">sains<\/span>, ilmu, al-&#8216;ilm, knowledge, science, dan Scientia? Apakah terjemahan yang tepat untuk &#8220;Islamization of knowledge&#8221; yang dianjurkan oleh Ismail Faruqi?<\/strong><\/p>\n<p><span class=\"il\">Sains<\/span> ialah perkataan baru dalam bahasa Melayu yang muncul secara rasminya di Persekutuan Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia sekarang) sejak 1958 dan di Indonesia sejak 1970-an sahaja. Perkataan itu diambil daripada Inggeris <em>science <\/em>dengan makna daripada bahasa tersebut.<\/p>\n<p>Sebelum tahun-tahun itu orang rumpun Melayu di Alam Melayu ini tidak mahu menerima perkataan <em>science <\/em>dalam bahasa Inggeris (dan Perancis) atau <em>wetenschap<\/em> dalam bahasa Belanda atau, sebelum itu <em>ci\u00eancia <\/em>dalam bahasa Portugis (atau dahulunya orang Melayu menamainya Feringgi atau Benggali Putih; Portugis sendiri mengejanya Portugu\u00eas) atau<em> ciencia<\/em> dalam bahasa Sepanyol kerana mereka merasakan tidak cocok dengan makna &#8220;ilmu&#8221; yang mereka terima sejak abad ke-12 menerusi <span class=\"il\">Islam<\/span> (daripada bahasa Arab, <em>&#8216;ilm<\/em>, yang diMelayukan dalam huruf Rumi\/Latin sebagai <em>&#8216;ilmu<\/em>, <em>&#8216;elmu<\/em>, <em>elmu <\/em>dan sejak 1972 menjadi ilmu). Ilmu daripada bahasa Arab itu ada hubungan yang rapat dengan &#8220;iman&#8221;, sedangkan <em>science\/ci\u00eancia\/ciencia<\/em> atau <em>wetenschap<\/em> yang mereka kenal daripada penjajahnya itu langsung tiada kena mengena dengan &#8220;iman&#8221;. Jadi ilmu umum memang perlu dibeza dengan ilmu khusus yang distilahkan sebagai &#8220;ilmu yang sebenar&#8221; atau &#8220;ilmu haqiqi&#8221;. Dalam bahasa Arab perkataan <em>al-&#8216;ilm<\/em> itu muncul kerana selok-belok bahasa Arab, iaitu setiap al- bermaksud &#8220;yang khas&#8221; atau &#8220;yang khusus&#8221; sama seperti <em>the<\/em> dalam bahasa Inggeris. Jadi <em>al-&#8216;ilm<\/em> itulah &#8220;ilmu yang sebenar&#8221; itu.<\/p>\n<p>Oleh itu orang <span class=\"il\">Islam<\/span> khususnya orang di Alam Melayu yang &#8220;tahu&#8221; keadaan ini, mereka bertindak sama ada tidak menganggap <em>science\/ci\u00eancia\/ciencia<\/em> itu sebagai &#8220;ilmu&#8221; oleh itu diabaikan sekurang-kurangnya istilahnya itu, atau mereka menganggap <em>science<\/em> itu sejenis ilmu daripada penjajah mereka itu sebagai sejenis ilmu lain, ilmu yang bertaraf rendah daripada &#8220;ilmu&#8221; yang difahami daripada <span class=\"il\">Islam<\/span> itu, lalu timbullah istilah ilmu <em>science<\/em>, di mana ejaan Inggeris itu dikekalkan buat beberapa ketika terutamanya ketika huruf Rumi\/Latin belum menjadi huruf rasmi baru bahasa Melayu (di Alam Melayu). Malah, perlu diingat juga, sebelum 1957 bahasa Melayu di Malaysia, 1945 di Indonesia dan di mana sahaja di Alam Melayu ini, bahasa Melayu menggunakan huruf Jawi, berasaskan huruf Arab tetapi ditambah beberapa huruf lagi untuk keperluan khusus bahasa Melayu.<\/p>\n<p>Hingga sekarang pun masih sering muncul istilah &#8220;ilmu <span class=\"il\">sains<\/span>&#8221; itu digunakan terutamanya apabila seseorang mahu membezakannya dengan ilmu lain. Dengan pemBaratan yang hebat berlaku di kalangan orang rumpun Melayu <span class=\"il\">Islam<\/span> terutamanya sejak abad ke-20 , maka kini orang Melayu di Malaysia dan rumpun Melayu amnya mungkin majoritinya sudah menerima makna <span class=\"il\">sains<\/span> sama dengan <em>science<\/em> dan sebagainya itu di Eropah sehingga begitu sukar malah ditentangnya sesiapa sahaja yang mahu mengubah maknanya kepada yang lebih serasi dengan ilmu daripada segi <span class=\"il\">Islam<\/span> (yang pernah didokongi oleh datuk-neneknya dahulu) seperti menerusi pengIslaman ilmu itu.<\/p>\n<p>Perkataan &#8220;knowledge&#8221; kini biasanya diterjemah sebagai ilmu atau pengetahuan. Oleh sebab orang Melayu (yang arif) sedar bahawa <em>knowledge <\/em>tidak semestinya bertaraf ilmu (atau bertaraf <em>science<\/em> sekalipun) kerana banyak pengetahuan yang belum dapat difahami dan dirasionalkan dengan sesebuah teori, apatah lagi jika pengetahuan itu berkait dengan benda-benda ghaib, maka timbullah istilah &#8220;ilmu pengetahuan&#8221;, iaitu ilmu kepada pengetahuan yang sudah difahami dan ada teorinya. Jadi &#8220;ilmu pengetahuan&#8221; itu tidak termasuk ilmu ghaib, khususnya &#8220;ilmu magik&#8221;, &#8220;ilmu hitam&#8221; , &#8220;ilmu batin&#8221; dan sebagainya serta yang lebih penting lagi tidak termasuk &#8220;ilmu agama&#8221;. Maka &#8220;ilmu pengetahuan&#8221; terutamanya di Indonesia sehingga 1970-an dianggap sama dengan <span class=\"il\">sains<\/span> sekarang lalu nama-nama fakulti (fakultas di sana) seperti Fakultas Ilmu Pengetahuan Alam atau ringkasannya FIPA dan Ilmu Pengetahuan dan Teknologi atau ringkasnya IPTEK amat terkenal (dengan &#8220;alam&#8221; di situ bermaksud &#8220;alam tabii&#8221; atau &#8220;tabii&#8221; sekarang) yang masing-masingnya sepadan dengan Fakulti <span class=\"il\">Sains<\/span> Tabii, dan <span class=\"il\">Sains<\/span> dan Teknologi di Malaysia.<\/p>\n<p>Mengikut Zaidi (2008), &#8220;Kitab Jawi: Aspek Falsafah <span class=\"il\">sains<\/span> yang terkandung padanya&#8221; (di Bengkel PengIslaman Ilmu kedua anjuran ASASI, 18 Okt. 2008), memang perkataan &#8216;pengetahuan&#8217; untuk <em>&#8216;ilm<\/em> dipakai oleh ulama-ulama alam Melayu sekurang-kurangnya sejak abad ke-18M lagi, yang ditakrifkan oleh Syaikh Zain al-&#8216;Abidin al-Fatani (akhir abad ke-19M) sebagai &#8220;mendapat akan sesuatu yang berbetulan dengan hakikatnya&#8221;. Takrif ini cukup tepat dan perlu dihidupkan semula, malah tidak kurang menusuk tepat rasanya sama seperti takrif ilmu oleh Syed Muhammad Naguib al-Attas (yang cukup disegani antarabangsa di abad ini) yang dipaparkannya dalam tahun 1980-an seperti dalam bukunya &#8220;<span class=\"il\">Islam<\/span> &amp; Filsafat <span class=\"il\">Sains<\/span>&#8221; (terjemahan Melayu Indonesia kepada karya asalnya &#8220;The Islamic Philosophy of Science&#8221;, katanya ilmu itu &#8220;sampainya makna sesuatu pada hati&#8221;, &#8220;sampainya jiwa pada makna sesuatu perkara&#8221;, atau &#8220;kehadiran\/kedatangan makna sesuatu di dalam jiwa&#8221;. Sebenarnya perkataan &#8220;tahu&#8221; atau versi purbanya &#8220;thu&#8221; (transkripsi orientalis terhadap bahasa Melayu purba dalam huruf Palawa) menjadi perkataan Melayu sebelum mereka menerima <span class=\"il\">Islam<\/span> lagi dengan maksud &#8220;ilmu&#8221;, &#8220;pengetahuan&#8221; atau &#8220;maklumat&#8217; sekarang ini seperti yang tercatat pada prasasti (batu bersurat) berbahasa Melayu Purba\/Kuno\/Kuna sekurang-kurang abad ke- ke-7M lagi.<\/p>\n<p>Sehubungan dengan itu, maka makna <span class=\"il\">sains<\/span> bagi orang di Alam Melayu ini bergantung pada pendirian atau ikutan falsafah seseorang itu. Kalau dia secara sedar atau tak sedar menganggap <span class=\"il\">sains<\/span> itu sama sahaja dengan <em>science<\/em> (atau lain-lain istilah yang setara dalam bahasa-bahasa Eropah itu), maka dia akan tanpa segan-silu lagi akan mengikut makna <em>science<\/em> dari bahasa Inggeris sekarang yang sekular, ateis atau tidak kesah agama dengan setia dan bergayanya sahaja dan menganggap makna lain itu tidak betul atau bukan mentakrifkan <span class=\"il\">sains<\/span>. Bagi mereka yang sedar dan insaf dengan sistem nilainya sendiri yang dipengaruhi oleh pendirian agamanya tentunya tidak akan bersetuju dengan menyamakan makna <span class=\"il\">sains<\/span> dengan makna <em>science<\/em> itu dan akan memberi takrif yang berbeza seperti sekurang-kurannya kembali kepada makna asal <em>science<\/em> daripada <em>scientia<\/em> (bahasa Latin\/Rumi) itu, atau mengambil makna ilmu (mengikut ajaran <span class=\"il\">Islam<\/span>) untuk <span class=\"il\">sains<\/span> lalu terbitlah &#8220;<span class=\"il\">sains<\/span> <span class=\"il\">Islam<\/span>&#8220;.<\/p>\n<p>Sebenarnya <em>ci\u00eancia\/ciencia<\/em> dalam bahasa Portugis dan Sepanyol bahkan <em>science <\/em>dalam bahasa Inggeris itu berasal daripada bahasa Latin\/Rumi, <em>scientia<\/em> itu. <em>Scientia <\/em>dalam Latin\/Rumi itu ialah padanan Eropah dengan perkataan <em>&#8216;ilm<\/em> dari bahasa Arab itu dan oleh itu, sesuai dengan pegangan Kristian\/Nashora mereka istilah <em>scientia<\/em> itu sama dangan <em>&#8216;ilm<\/em> daripada segi adanya hubungan istilah dengan agama. Pada mereka ini tentunya merujuk kepada Kristian\/Nashora). Kalau di dalam al-Qur&#8217;aan, agama\/orang Kristian itu diistilahkan sebagai Nashora; manakala dalam bahasa Melayu perkataan ini menjadi Nasrani yang membawa maksud orang Asia, terutamanya Pan-Asia, yang beragama Kristian.<\/p>\n<p>Namun mulai abad ke-15M, <em>scientia<\/em> (masa itu hinggalah abad ke-18, bahasa <span class=\"il\">sains<\/span> Eropah ialah Latin\/Rumi), <em>ci\u00eancia\/ciencia<\/em>, <em>science <\/em>dan istilah-istilah lain dalam bahasa-bahasa nasional di Eropah seperti <em>scienza <\/em>dalam bahasa Italia, <em>wetenschap<\/em> dalam bahasa Belanda, dan <em>Wissenschaft <\/em>dalam bahasa Jerman, mulai memisahkan dirinya dengan agama hingga abad ke-18. Maka, bolehlah dikatakan unsur agama dalam <em>scientia, science<\/em> dan sebagainya itu secara dominannya tidak diiktiraf lagi. Oleh itu, istilah itu menjadi sekular bahkan menjadi apeduli agama (tidak peduli agama langsung), deis (tuhan ada tetapi tidak berperanan dalam kehidupan ini),\u2026. dan bahkan ateis atau mulhid. Namun saki-baki sarjana Inggeris atau Barat amnya yang mahu mengiktiraf adanya agamanya dalam <em>scientia, science<\/em> dan sebagainya itu memanglah berlarutan hingga sekarang sehingga seseorang ahli <span class=\"il\">sains<\/span> yang berpegang teguh pada Kristian\/Nashora mentakrifkan <em>science<\/em> dan sebagainya itu yang lebih mirip kepada takrif &#8220;<span class=\"il\">sains<\/span> <span class=\"il\">Islam<\/span>&#8221; (<span class=\"il\">sains<\/span> mengikut acuan makna ilmu dalam <span class=\"il\">Islam<\/span>). Walau bagaimanapun, jika dihalusinya memang tetap berbeza kerana konsep ketuhanan yang berbeza. Inilah sebabnya bahasa dan ilmu memang amat rapat hubungannya. Oleh itu, &#8220;<span class=\"il\">Sains<\/span> dan Matematik&#8221; menerusi bahasa Inggeris yang menjadi dasar pendidikan Malaysia sejak 2003 itu pastinya akan semakin menyamakan <span class=\"il\">sains<\/span> umat Melayu <span class=\"il\">Islam<\/span> dengan <span class=\"il\">sains<\/span> Anglo-Saxon (bangsa yang berbahasa Inggeris), menyuburkan lagi pemBaratan <span class=\"il\">sains<\/span>, dan semakin sukar atau jauhlah perjalanan pengIslaman Ilmu yang berdestinasikan &#8220;<span class=\"il\">sains<\/span> <span class=\"il\">Islam<\/span>&#8221; itu.<\/p>\n<p>Istilah &#8220;Islamization of Knowledge&#8221; yang dianjurkan oleh sesiapa pun kalau diterjemah secara harfiahnya (perkataan demi perkataan) ialah &#8220;Pengislaman ilmu&#8221; (dengan <em>i<\/em> kecil) atau &#8220;PengIslaman ilmu&#8221; (dengan <em>I<\/em> besar) tetapi seringlah juga diistilahkan (mulanya, terutamanya, di Indonesia) &#8220;Islamisasi ilmu&#8221;. Kedua-duanya patut diterima, walaupun &#8220;ilmu&#8221; di situ bermaksud &#8220;<span class=\"il\">sains<\/span> Barat&#8221;, kerana seseorang boleh menjelaskan maknanya mengikut kehendaknya jika dia mempunyai makna yang berbeza daripada orang lain.<\/p>\n<p>Umpamanya &#8220;pengIslaman ilmu&#8221; mengikut Isma&#8217;il al-Faruqi memang berbeza daripada &#8220;pengIslaman ilmu&#8221; mengikut Sayed Muhammad Naquib al-Attas, dan berbeza lagi dengan kebanyakan umat <span class=\"il\">Islam<\/span> amnya yang mahu mengaitkan <span class=\"il\">sains<\/span> dengan <span class=\"il\">Islam<\/span> secara remeh dan simpel itu (fahaman umum). Sudah tentu, sebagai sarjana, &#8220;pengIslaman ilmu&#8221; mengikut fahaman umum itu tidaklah begitu berguna kerana bersifat reaktif sahaja. Maksudnya, sesuatu &#8220;<span class=\"il\">sains<\/span>&#8221; yang baru diketahui oleh seseorang <span class=\"il\">Islam<\/span> jenis ini akan cuba dirasionalkan &#8220;kebenaran <span class=\"il\">sains<\/span>&#8221; itu menerusi ayaht al-Qur&#8217;aan dan berhenti di situ sahaja. Mereka tidak menilai <span class=\"il\">sains<\/span> itu secara kritis dan membuat sentisis lalu berkemungkinan menerbitkan alternatifnya.<\/p>\n<p>Sebagai tambahannya, untuk penjelasan yang lebih teperinci tentang perbezaan ilmu, pengetahuan, ilmu pengetahuan, dan yang berhubung rapat dengan ini, ilmu pengenalan atau ma&#8217;rifaht dan sekaligus boleh memahami perbezaan makna<em> science<\/em> dan &#8220;<span class=\"il\">sains<\/span> <span class=\"il\">Islam<\/span>&#8221; pembaca dipersilakan membaca karya Sayed Muhammad Naquib al-Attas dalam bukunya &#8220;<span class=\"il\">Islam<\/span>: Faham Agama dan Asas Akhlak&#8221; terbitan ABIM tahun 1977 pp 57-72 , atau Apendiks buku beliau &#8220;<span class=\"il\">Islam<\/span> &amp; Filsafat <span class=\"il\">Sains<\/span>&#8221; diterbitkan oleh Penerbit Mizan, Bandung 1995.<\/p>\n<p><strong>Bagaimana sejarah dan kemunculan gagasan Pengislaman Ilmu? Apakah peranan dan sumbangan Sayyed Hossein Nasr dan Syed Muhammad Naquib al-Attas pula dalam gagasan ini? Dan, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gagasan Pengislaman Ilmu, atau <span class=\"il\">Sains<\/span> <span class=\"il\">Islam<\/span> ini?<\/strong><\/p>\n<p>Sepintas lalunya soalan ini sudah tersebut dalam bahagian akhir jawaban persoalan sebelumnya. Di sini diperincikan lagi. Sebenarnya &#8220;pengIslaman ilmu&#8221; berlaku sepanjang zaman tamadun manusia Muslim (sejak selepas nabi Adam, sejak adanya orang bukan Muslim membina &#8220;ilmu&#8221; mereka) bertembung dengan bukan Muslim. Cuma, yang terkenal diketahui ialah pada Zaman Tamadun <span class=\"il\">Islam<\/span> yang berhadapan dengan &#8220;ilmu&#8221; daripada pelbagai tamadun bukan <span class=\"il\">Islam<\/span> seperti Tamadun Yunani (Grik Purba, Ancient Greek bagi Inggeris), Parsi (Iran sekarang), Tiongkok (China bagi Inggeris dan bekas tanah jajahannya, dan Shinny bagi Arab), Hindia (India bagi Inggeris dan bekas tanah jajahannya; Hindy\/Hdindy bagi Arab) dan lain-lain lagi.<\/p>\n<p>&#8220;PengIslaman ilmu&#8221; berlaku sebaik sahaja sarjana Muslim menilai &#8220;ilmu&#8221; asing itu berasaskan pada ajaran <span class=\"il\">Islam<\/span> sehingga ada komponen ilmu itu yang terpaksa dibuang, ada yang perlu diubahsuai dan ada yang dibina semula sepenuhnya bagi menserasikan dengan ajaran <span class=\"il\">Islam<\/span> dan sekaligus menerbitkan ilmu baru yang dapat menandingi &#8220;ilmu&#8221; asing itu. Hanya apabila Muslim malas menilai &#8220;ilmu&#8221; asing apatah lagi membina ilmunya sendiri (sejak abad ke-14M) &#8220;pengIslaman ilmu&#8221; tidak berlaku. Suatu pengIslaman ilmu pernah berlaku di Alam Melayu ini apabila <span class=\"il\">Islam<\/span> mula bertapak di rantau rumpun Melayu ini. Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas terkenal dengan huraian perkara ini dalam aspek kebudayaan Melayu dalam syarahan pemasyhuran professor di Institut Kebudayaan, Kebudayaan dan Kesusateraan Melayu (IBKKM) di UKM pada tahun 1972 dahulu (sejak 1990 institut ini diubah namanya kepada Akademi Tamadun Melayu atau ATMA; sila telaah buku syarahan beliau itu, &#8220;<span class=\"il\">Islam<\/span> dalam Sejarah dan kebudayaan Melayu: Suatu Mukadimah mengenai Peranan <span class=\"il\">Islam<\/span> dalam Peradaban Sejarah Melayu-Indonesia dan Kesannya dalam Sejarah Pemikiran, Bahasa, dan Kesusasteraan Melayu&#8221; terbitan UKM. Malah, pandangan Syed Muhammad Naquib al-Attas ini dipaparkan dengan baiknya untuk orang awam dalam akhbar Siasah 21-27 September 2008, 43-44 : &#8220;Bahasa Melayu dari Sudut <span class=\"il\">Islam<\/span>&#8221; oleh Wan Ahmad Fayhsal.<\/p>\n<p>Namun, sepertilah dengan kebanyakan sarjana Malaysia, apatah lagi orang awam Malaysia, istilah &#8220;kebudayaan Melayu&#8221; itu tidak termasuk <span class=\"il\">sains<\/span> dan kejuruteraan-teknologi sehingga istilah &#8220;tamadun Melayu&#8221; bercitrakan tamadun sastera sahaja. Namun sejak penyelidikan status <span class=\"il\">sains<\/span> dan teknologi tamadun Melayu dilakukan sejak 1990-an, <span class=\"il\">sains<\/span> dan teknologi Melayu sebelum <span class=\"il\">Islam<\/span> boleh dimasukkan ke dalam kategori hebat bahkan ajaib juga tetapi kemudiannya hilang dalam lipatan sejarah kerana pengIslaman yang tidak kritis, iaitu nampaknya segala &#8220;pengetahuan&#8221; (istilah asalnya <em>thu<\/em> dan <em>ajnanam<\/em>) dibuang langsung dan digantikan dengan yang dari tamadun <span class=\"il\">Islam<\/span> yang dibawa oleh ulama atau pendakwah <span class=\"il\">Islam<\/span> ke Alam Melayu ini termasuklah sistem sankia\/angka (digantikan dengan sistem &#8216;adad), wariga (digantikan dengan taqwim), hora (digantikan dengan &#8216;ilm nujum dan falak), nyaya (digantikan dengan mantiq), arthasastera (digantikan dengan iqtishad), castera\/sastera (digantikan dengan &#8216;ilm), dan casana\/vantin\/kepemimpinan-kepengurusan (digantikan dengan kesultanan).<\/p>\n<p>Kemudian apabila Barat (menerusi penjajahan Feringgi\/Portugis, Sepanyol, Belanda dan Inggeris) bertapak di Alam Melayu maka pemBaratan pun berlaku dan lagi sekali hampir semua ilmu Melayu dari tamadun <span class=\"il\">Islam<\/span> disingkir atau tersingkir digantikan dengan <em>science<\/em> dan istilah-istilah setaranya dari penjajah masing-masing tanpa penapisan acuannya sendiri lagi. Ini berlaku seluruh dunia <span class=\"il\">Islam<\/span>. Umat <span class=\"il\">Islam<\/span> terpasung buat berkurun-kurun. Hanya apabila muncul abad ke-20 ini sahaja perkara ini ditimbulkan kembali yang pertamanya oleh Sayyed Hossain Nasr menerusi ungkapan &#8220;ilmu mengikut doktrin kosmologi <span class=\"il\">Islam<\/span>&#8220;, Sayed Muhammad Naquib al-Attas menerusi &#8220;pengIslaman kebudayaan Melayu&#8221; dan Ismail al-Faruqi dengan &#8220;pengIslaman ilmu&#8221; dengan penubuhan IIIT (International Institute of Islamic Thought) di Washington pada tahun 1980-an yang ditumpukan pada <span class=\"il\">sains<\/span> sosial dan kemanusiaan itu. Penumpuan kepada <span class=\"il\">sains<\/span> tabii dan kejuruteraan-teknologi dilakukan oleh ASASI (di Malaysia) dan MAAS (di India) yang dipengaruhi oleh buah fikiran Nasr, al-Attas dan al-Faruqi itu, walaupun ASASI terutamanya telah boleh dianggap mencipta aliran <span class=\"il\">sains<\/span> Islamnya yang tersendiri.<\/p>\n<p>Hasil daripada &#8220;pengIslaman ilmu&#8221; diharapkan akan terbitnya penilaian yang lebih baik kepada ilmu kontemporer ini dan seterusnya akan melahirkan ilmu yang layak diberi nama &#8220;<span class=\"il\">sains<\/span> daripada perspektif <span class=\"il\">Islam<\/span>&#8221; atau &#8220;<span class=\"il\">sains<\/span> <span class=\"il\">Islam<\/span>&#8221; itu. Sedikit-sebanyaknya harapan ini sudah tercapai, walau tidak cukup banyak sehingga dapat dirasai umum sebagai alternatif kepada &#8220;<span class=\"il\">sains<\/span> Barat&#8221; yang masih dominan itu.<\/p>\n<p><strong>Apakah Pengislaman Ilmu cuba melakukan pemadanan <span class=\"il\">sains<\/span> dan <span class=\"il\">Islam<\/span> sepertimana yang dilakukan oleh Harun Yahya, Abdul Razzaq Naufal, dan kalangan &#8216;Bucaillisme&#8217; yang lain? Sebab, terdapat kecenderungan di kalangan ini yang mendakwa bahawa banyak penemuan teori-teori besar adalah milik asal <span class=\"il\">Islam<\/span>. Ini dapat kita lihat keseronokan mereka yang mendakwa teori dentuman besar, teori kenisbian, dll adalah Islamik dan serasi dengan al-Qur&#8217;an. Apakah begitu? Atau, ini satu perampasan identiti penemuan <span class=\"il\">Sains<\/span> Barat di sebalek kemalasan\/kelambatan umat <span class=\"il\">Islam<\/span> untuk menyelidik? Atau juga, bukan kedua-duanya? Atau, bagaimana?<\/strong><\/p>\n<p>Bagi para sarjana yang mengutarakan gagasan &#8220;pengIslaman Ilmu&#8221; yang telah disebut di atas dan sebahagian besar kumpulan penggiat ASASI (Akademi <span class=\"il\">Sains<\/span> <span class=\"il\">Islam<\/span> Malaysia), secara dominannya sejak 1980-an &#8220;pengIslaman ilmu&#8221; tidak bermaksud kegiatan seperti yang dilakukan oleh Harun Yahya atau yang setara dengannya itu sebelumnya dan selepasnya. Di Malaysia pun agak ramai termasuk ahli ASASI; malah tahun 1970-an dahulu ASASI juga menerbitkan sebuah risalah karya Maurice Buccaille 1978, &#8220;Quran and Moden Science&#8221; dan jurnal ASASI, Kesturi, dan Warkah Beritanya, ASASAINS, ada juga menerbitkan tulisan yang cenderung ke arah ini yang seolah-olah menggambarkan kecitaan ASASI ke arah kegiatan tersebut.<\/p>\n<p>Kalau diperhatikan lagi, golongan pendokong Bucailleisme (yang popular) itu bukanlah mereka yang membuat penyelidikan dalam bidang yang mereka bicarakan itu. Oleh itu, mereka ini tidak mungkin mencetuskan program penyelidikan yang diingini oleh para penggerak asal &#8220;pengIslaman ilmu&#8221; itu. Mereka memang menyeronokkan umat <span class=\"il\">Islam<\/span> yang rata-rata bukan masyarakat penyelidik pada zaman ini. Sebab itu, buku-buku karya golongan ini sentiasa menjadi &#8220;laris jualan&#8221;. PengIslaman ilmu yang diingini ialah menggunakan al-Qur&#8217;aan atau ajaran <span class=\"il\">Islam<\/span> untuk mengkritik <span class=\"il\">sains<\/span> kontemporer seperti yang di sebut dia atas, &#8220;teori dentuman besar&#8221;, &#8220;teori kenisbian&#8221; dan sebagainya itu.<\/p>\n<p>Kalau pun benar ada sarjana <span class=\"il\">Islam<\/span> zaman tamadun <span class=\"il\">Islam<\/span> dahulu memberi pandangan awal tentang sesuatu <span class=\"il\">sains<\/span> kontemporer itu tetapi pandangan mereka itu telah diabaikan berkurun-kurun sehingga hampir pasti berlainan sekali dengan yang dibina oleh ahli <span class=\"il\">sains<\/span> bukan <span class=\"il\">Islam<\/span> hingga sekarang ini. Tugas utama para penggerak pengIslaman ilmu sebenar ialah mencipta program penyelidikan dalam acuan <span class=\"il\">Islam<\/span> bukannya mengeyakan <span class=\"il\">sains<\/span> sedia ada dengan membaiki acuan <span class=\"il\">Islam<\/span> supaya sesuai dengan <span class=\"il\">sains<\/span> yang sedia ada sekarang. Umat <span class=\"il\">Islam<\/span> tidak mungkin berada di baris hadapan atau menyaingi ahli <span class=\"il\">sains<\/span> Barat jika mereka asyik menunggu program Barat dan mengeyakannya sahaja seperti yang dilakukan oleh para Buccaileis itu. Cara yang terbaik untuk memaparkan <span class=\"il\">sains<\/span> semasa kepada khalayak umum mengikut perspektif <span class=\"il\">Islam<\/span> (menggunakan Hadith atau al-Qur&#8217;aan) mestilah dengan kritisnya, iaitu menyatakan tempat-tempat yang seakan-akan serupa dengan maksud sesuatu ayaht al-Qur&#8217;aan atau Hadith itu dan menegaskan aspek-aspeknya yang memang tidak serupa malah bertentangan dengan maksud sumber <span class=\"il\">Islam<\/span> itu. Ini tentunya memerlu tahap kesarjanaan yang tinggi. Sekaligus cara ini menghidupkan makna &#8220;al-Qur&#8217;aan sebagai sumber ilmu&#8221;, atau &#8220;al-Qur&#8217;aan sebagai panduan ilmu&#8221; dan sebagainya.<\/p>\n<p><strong>Bukankah rahmat teknologi yang kita nikmati dewasa ini adalah hasil daripada kekayaan ilmu yang diolah dari Tamadun Barat? <\/strong><strong><span lang=\"SV\">Dan ternyata, <span class=\"il\">Islam<\/span> menerusi ummatnya tidak dilihat pun dapat menyaingi kemajuan Barat tersebut. Malah, kita sentiasa mengekorinya saja. Jadi, bukankah kita hanya menumpang\/menikmati kelebihan <span class=\"il\">sains<\/span> dari Barat, di mana <span class=\"il\">Sains<\/span> <span class=\"il\">Islam<\/span> tidak pun dapat menawarkan apa-apa teknologi yang menarik pada hari ini?<\/span><\/strong><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Soalan yang serupa tentunya pernah muncul pada zaman Tamadun <span class=\"il\">Islam<\/span> dahulu, pada Zaman Pertengahan di Eropah, dan tamadun-tamadun lain lagi selepas itu seperti Jepun dan Korea. Berbezanya mereka ini percaya kebudayaannya sendiri mampu menyaingi dan akhirnya mengalahkan bangsa yang yang dianggap superior dalam <span class=\"il\">sains<\/span> dan teknologi pada zamannya. <span class=\"il\">Sains<\/span> dan teknologi Muslim dahulu pernah mengalahkan tamadun-tamadun lain menerusi pengIslaman ilmu selama sekitar 200 tahun (dikira selepas wafat Baginda Rasulullah Muhammad SAW). <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Memang benar sejak kejatuhan &#8216;Uthmaniyah (yang diInggeriskan kepada Ottoman) abad ke-18M, malah ada yang mengatakan sejak kejatuhan ke tangan Mongol abad ke-14 lagi, umat <span class=\"il\">Islam<\/span> hanya menumpang nikmat tamadun Barat. <span class=\"il\">Sains<\/span> dan teknologi <span class=\"il\">Islam<\/span> sudah hilang sejak itu. <span class=\"il\">Sains<\/span> dan teknologi <span class=\"il\">Islam<\/span> itu sudah disambung oleh Barat menerusi acuannya sendiri sahaja (pemBaratan <span class=\"il\">sains<\/span> dan teknologi <span class=\"il\">Islam<\/span>) hingga ke hari ini. Dalam konteks sejarah ini, pengIslaman ilmu sekarang ialah satu kegiatan yang dihidupkan kembali untuk meyambung &#8220;kepandaian Barat&#8221;, tetapi menerusi acuan <span class=\"il\">Islam<\/span> yang dipercayai akan menjadi alternatif yang hebat kepada &#8220;kepandaian Barat&#8221; itu. Ini akhirnya mengatasinya pula buat kali keduanya (kali pertama ialah apabila &#8220;Tamadun <span class=\"il\">Islam<\/span>&#8221; dahulu dapat mengatasi &#8220;kepandaian pelbagai tamadun yang tinggi&#8221; pada zaman itu). <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Soalan &#8220;Di manakan <span class=\"il\">Sains<\/span> <span class=\"il\">Islam<\/span>&#8221; seperti yang diutarakan di dalam persoalan di atas buat masa ini hanya boleh dijawab dalam bentuk &#8220;Marilah kita bersama bertekad membinanya menerusi gagasan pengIslaman ilmu dalam bidang penyelidikan masing-masing&#8221;. Gagasan &#8220;pengIslaman ilmu&#8221; ini bermula sekitar 1980-an dahulu dalam bidang <span class=\"il\">sains<\/span> sosial dan kemanusiaan dan dalam bidang <span class=\"il\">sains<\/span> tabii boleh dikatakan bermula pada tahun 1990-an sahaja dan Malaysia boleh dikatakan berada di baris hadapan walaupun masih jauh perjalanannya. Gunalah pepatah Melayu &#8220;Pantang undur sebelum ajal&#8221;. Bagi sarjana dalam bidang ekonomi dan pengurusan, jawabannya mungkin lebih positif lagi kerana bibit-bibit kejayaannya sedang disaksikan seluruh dunia menerusi perbankan <span class=\"il\">Islam<\/span> dan pengurusan kewangan <span class=\"il\">Islam<\/span> itu. Walaupun kita menyedari, banyak lagi yang perlu dilakukan oleh para sarjana bidang ini bagi memperkukuhkan teori ekonomi dan pengurusan <span class=\"il\">Islam<\/span> sehingga semua pelajar di dunia boleh nampak adanya teori ekonomi dan pengurusan <span class=\"il\">Islam<\/span> dalam buku-buku teks ekonomi dan pengurusan (yang tidak ada perkataan &#8220;<span class=\"il\">Islam<\/span>&#8221; sekalipun) di peringkat universiti. <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Ini sama seperti buku-buku teks ekonomi dan pengurusan sekarang tanpa judul kata sifat yang menonjolkan &#8220;keBaratan&#8221; atau &#8220;ketiadaan agama&#8221; itu seperti, kalau dalam bahasa Inggerisnya, <em>Neoliberal Economic Theory, Capitalistic Economic Theory, Nonreligious Based Economic and Management Theory, Secular Organization Theory <\/em>dan sebagainya. Walaupun kita tahu, menang buku-buku teori ekonomi dan pengurusan sekarang adalah berasaskan neoliberalism, capitalism, atau secularism bahkan deism atau atheism sekalipun. Judul-judul sebegini tidak perlu kerana semua isme\u2013isme ini sudah menguasai dunia; lawannya sahaja yang perlu menonjolkan namanya supaya dapat dikenali.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><strong><span lang=\"SV\">Kenapa kita sepertinya tidak pernah dengar terdapat <span class=\"il\">sains<\/span> yang cuba dikaitkan dengan agama, atau unsur-unsur kepercayaan lain. Mithalnya, tidak pernah kita mendengar adanya <span class=\"il\">Sains<\/span> Lao-Tze, <span class=\"il\">Sains<\/span> Budhha, <span class=\"il\">Sains<\/span> Hindu, atau <span class=\"il\">Sains<\/span> Zoroaster, dll. Bahkan, Barat tidak pula menamakan <span class=\"il\">sains<\/span> mereka yang hebat pada hari ini sebagai <span class=\"il\">Sains<\/span> Kristian. Tapi, <span class=\"il\">Islam<\/span> atau muslim umpamanya, begitu &#8216;istimewa&#8217; dan &#8216;terhegeh-hegeh&#8217; untuk melekatkan <span class=\"il\">sains<\/span> dengan agama. Jadi, mengapa <span class=\"il\">sains<\/span> perlu disandarkan kepada <span class=\"il\">Islam<\/span>, yang jelas sesuatu tindakan yang tidak dilakukan dilakukan oleh agama dan kepercayaan lain?<\/span><\/strong><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Sebahagiannya telah dijawab dalam persoalan sebelumnya. Memang benar tidak kedengaran adanya <span class=\"il\">sains<\/span> atas nama hampir setiap agama yang disenaraikan itu. Sebabnya kerana agama-agama tersebut sudah mengaku kalah dalam dialognya masing pada masa pertembungan agamawan masing-masing itu dengan ahli <span class=\"il\">sains<\/span> Barat. Sesetengahnya pertembungan ini berlaku dalam abad ke-16M lagi. Contohnya, mengikut Yoshida Tadashi 2004, &#8220;A Japenese Reaction to Aristotelian Cosmology&#8221; dlm. L.Saraiva (penyunting 2004, History of Mathematical Sciences: Portugal and East Asia II, World Scietific), dan perbahasan tentang astronomi dan fizik antara Jesuit Kristian dengan biarawan Jepun (beragama Shintoisme- Gongfuszeisme\/Confusionisme) berlaku pada akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17 lagi, iaitu tentang unsur asasi benda (empat lawan lima unsur), bentuk bumi (sfera lawan mendatar), dan fizik-metafizik yang berakhir dengan kemenangan &#8220;ajaran Jesuit&#8221; yang mewarisi astronomi dan fizik Aristoteles kecuali aspek metafizik (metafizik Jepun tidak mengalah kepada metafizik Kristian). <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Malah, Hashimoto Keizo 2004, &#8220;Jesuit observations and star-mappings in Beijing as the transmission of scientific knowledge&#8221; dalam buku Sariva itu pula menceritakan perbahasan astronomi (sistem suria dan peta bintang-bintang) antara para Jesuit dengan para biarawan Tiongkok\/China di Beijing pada akhir abad ke-16M hingga awal abd ke-17 M. Hasilnya para biarawan\/sarjana Tiongkok\/China memang menerima teori Kopernigh yang dibawa oleh para Jesuit itu, walaupun segi peta bintangnya diakui oleh para Jesuit itu jauh lebih superior daripada yang ada padanya. Bahkan, makalah Han Qi, &#8220;The Compilation of the Lixiang kaochenghoubian,\u2026&#8221; dalam buku Saraiva itu menunjukkan bagaimana teori Newton berjaya mengalahkan teori-teori astronomi astronomi Tiongkok\/China yang sedia ada pada abad ke-18, khususnya teori yang ada dalam Lixiang Kaochen yang amat terkenal di Tiongkok\/China pada masa itu. <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Kemenangan Kristian\/Nashora di Jepun dan Tiongkok\/China tidak sekali-kali dapat mengukuhkan nilai-nilai Kristian\/Nashora di Eropah. Kristian\/Nashora juga mengalami siri kekalahan oleh ahli <span class=\"il\">sains<\/span> di Eropah pada abad ke-17 dahulu menerusi teori astronomi yang sama (teori Kopernigk dan Newton) dan dalam perbahasan terbuka pada 1860 antara seorang Uskop (Inggeris: Bishop) Inggeris Bishop Wilberforce dengan seorang pendokong totok Teori Evolusi Darwin , Thomas Huxley dari Oxford University yang dianggap memberi kemenangan kepada ahli <span class=\"il\">sains<\/span> Barat. Tetapi perbahasan akademik antara sarjana Kristian\/Nashora dengan ahli Evolusi terus menerus berlaku hingga kini terutamanya di Amerika Syarikat (Teori Ciptaan atau Reka Bentuk Pintar melawan Teori Evolusi dalam penulisan, dan pendidik Kristian\/Nashora lawan pendidik sekular-ateis di mahkamah), walaupun kemenangan masih di tangan para sekularis atau ateis. Kekalahan Kristian\/Nashora ini termanifestasi dalam dua episod berikut: <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Pada 1980-an Paus (Inggeris: Pope) telah membuat perisytiharan terbuka memohon maaf bagi pihak Katholik akan kesalahan gerejawan menolak <span class=\"il\">sains<\/span> fizik (teori Bruno, Galileo dan Kopernigh\/Copernicus) dan menghukum keras (siksa, bunuh, bakar atau salib) ahli-ahli <span class=\"il\">sains<\/span> Eropah pada Zaman Pertengahan Eropah dahulu hingga ke Zaman Pencerahannya. Dan baru-baru ini pihak gereja mazhab Kristian\/Nashora England (Church of England) pula memohon maaf kepada komuniti ahli biologi kerana selama ini menentang Teori Evolusi Darwin. <\/span>Ini dilaporkan oleh akhbar The Star 15 September 2008: W39 dan ada di laman Church of England.<\/p>\n<p>Namun, itu tidak pernah mematikan langsung gerakan pengKristian\/peNashoraan <span class=\"il\">sains<\/span> hingga hari ini, terutamanya di Amerika Syarikat (yang diperkatakan lagi kemudian ini). <span class=\"il\">Islam<\/span> tidak pernah melalui liku sejarah sedemikian, walaupun umatnya banyak yang mengaku kalah sendiri-sendiri. Lalu mereka kemudiannya menjadi lesu tanpa reaksi terhadap ilmu yang mereka terdedah menerusi penjajahannya sehinggalah abad ke-20 ini sahaja setelah negara mereka merdeka dan beberapa kerat &#8220;sarjana&#8221; mereka turut terucul (bebas daripada pemikiran tuannya).<\/p>\n<p>Perbahasan terbuka (dan mendapat liputan besar) antara sarjana Muslim yang berbeza pendirian ilmunya dengan ahli <span class=\"il\">sains<\/span> Barat selain daripada Jamaludin al-Afghani (ke rahmatullah 1897) dengan ahli falsafah Perancis yang masyhur, Ernest Renan (tentang falsafah <span class=\"il\">sains<\/span>: tabiisme\/naturalism dan kebendaanisme\/materialism). Perbahasan ini dikatakan berpihak kepada tokoh <span class=\"il\">Islam<\/span> itu tetapi Jamaluddin dikatakan bersetuju dengan Renan dari segi ketidakserasian falsafah dengan agama yang sekaligus menyedihkan ramai sarjana\/ulama Muslim. Jamaluddin juga mengaku setiap agama (termasuk <span class=\"il\">Islam<\/span>) tidak mengizinkan pemikiran bebas&#8211;suatu aspek yang diserang oleh Renan sebagai punca kelemahan orang beragama, khususnya Muslim untuk menjadi ahli <span class=\"il\">sains<\/span>. Tetapi beliau merefutasikan kesimpulan Renan terhadap Muslim itu dengan bukti pencapaian yang tinggi <span class=\"il\">sains<\/span> Muslim sebelum Barat mengambil alihnya dan mengimpikan Muslim lagi sekali dapat bersaing dengan Barat. Namun, oleh sebab perbahasan ini bukanlah isu teori <span class=\"il\">sains<\/span>, maka kesannya tidaklah besar sebagaimana yang berlaku dalam episod pertembungan <span class=\"il\">sains<\/span> sekular atau ateis dengan agama-agama lain itu.<\/p>\n<p>Perbahasan cendekiawan\/sarjana Muslim dengan sekularis dan ateis tentang teori Bruno, Galileo dan Kopernigh hampir tiada dan tentang Teori Evolusi tidak seperti yang berlaku pada &#8220;ulama&#8221; Kristian\/Nashora lawan ahli <span class=\"il\">sains<\/span> ateis\/sekular mereka kerana <span class=\"il\">Islam<\/span> tiada institusi kegerejaan itu, dan tiadanya tekanan ke atas ulama <span class=\"il\">Islam<\/span> untuk bertindak balas dengan agresifnya kerana jumhur umat <span class=\"il\">Islam<\/span> menolak Teori Darwin itu. Hanya abad ke-20 ini sahaja sarjana Muslim terpanggil untuk memaparkan kelemahan Teori Evolusi itu dengan agak agresifnya setelah menyedari semakin ramainya ahli <span class=\"il\">sains<\/span> Muslim dan umat <span class=\"il\">Islam<\/span> amnya yang turut hanyut dan\/atau menegakkan Teori ini. Satu perbahasan ilmuwan Muslim dengan proksi tak rasmi Barat tentang astronomi yang hampir-hampir sama tarafnya dengan yang berlaku di Jepun dan Tiongkok dalam kurun ke-16 dan ke-17M itu sebenarnya pernah berlaku di Kelantan tetapi hanya dalam awal kurun ke-20. Perbahasan ini ialah antara Syaykh &#8216;Umar Nur al-Din Isma&#8217;ill, seorang ulama dan ahli astronomi\/falak Kelantan yang agak masyhur pada waktu itu, dengan seorang pegawai Inggeris. Dalam perbahasan ini, dilaporkan pegawai Inggeris mengaku kalah. Demikian cerita ini mengikut Dr. Mat Rofa Ismail yang diperolehnya secara lisan, walaupun katanya cerita ini ada dilaporkan di dalam majalah Pengasuh (tahun?) keluaran Majlis Agama <span class=\"il\">Islam<\/span> Kelantan, sebuah majalah Jawi yang tertua di alam Melayu ini yang masih hidup hingga sekarang.<\/p>\n<p>Malangnya siri kemenangan kecendekiawanan Muslim melawan Barat ini nampaknya sedikit pun tidak berjaya melahirkan sarjana Muslim yang mencabar <span class=\"il\">sains<\/span> Barat hinggalah timbulnya gerakan &#8220;pengIslaman Ilmu&#8221; tahun 1980-an kerana politik pemerintahan umat <span class=\"il\">Islam<\/span> amnya didominasi oleh golongan pro-Barat dan nasionalis-sekularis sahaja sehingga model pembangunan (dalam segala aspeknya termasuklah yang terpentingnya, ilmu) setiap negara-bangsa Muslim (sehingga kini pun) adalah model Barat-Sekular itu. Lagi pun teori &#8220;sarat nilainya ilmu&#8221;, yang menjadi asas pengkritikan ilmu darpada perspektif pandangan hidup dan doktrin kosmologi bangsa baru muncul dalam tahun 1960-an sahaja. Itu pun kegiatan &#8220;pengIslaman&#8221; ini masih ditenggelami oleh kegiatan kumpulan penulis Muslim yang mengagungkan kehebatan <span class=\"il\">sains<\/span> Barat sahaja, sama ada menerusi pengukuhan teori-teori <span class=\"il\">sains<\/span> Barat yang sedia ada itu dengan kaedah <span class=\"il\">sains<\/span> Barat atau menerusi perasionalannya dengan menggunakan ajaran <span class=\"il\">Islam<\/span> (terutamanya tafsiran ayaht al-Qur&#8217;aan dan sufisme).<\/p>\n<p>Sekarang cukup banyak buku yang ditulis oleh sarjana Buddha, Hindu dan Zen yang menunjukkan <span class=\"il\">sains<\/span> Barat ini memang sudah pun menghayati agama tersebut. Yang terkenalnya ialah buku <em>The Tao of Physics<\/em> oleh Capra dan <em>The Dancing Wu Li Masters: An Overview of the New Physics<\/em> oleh Zukav. Jadi pemeluk-pemeluk agama ini tidak mengalami &#8220;sakit jiwa&#8221; dengan <span class=\"il\">sains<\/span> Barat. Mereka tidak perlu &#8220;terhegeh-hegeh&#8221; beretorik dan sebagainya untuk mewujudkan <span class=\"il\">sains<\/span> mengikut acuan agama mereka lagi. Ini sebenarnya manifestasi kepada kelemahan agama-agama bukan samawi itu yang tidak mempunyai pandangan terhadap semua perkara sehingga tiadalah pandangan agama itu dalam sesuatu perkara yang dibangkitkan atau terbangkit. Lagi pun, memang ada sarjana besar dalam <span class=\"il\">sains<\/span> Barat itu sendiri yang mengakui yang mereka beroleh ilham menerusi Hinduisme atau Buddhisme itu seperti dalam teori quantum itu. Tidak hairanlah Capra dan Zukav itu mudah membuktikan banyaknya nilai Hindu dan Buddha di dalam teori quantum! Sedangkan, sehingga kini tidak ada seorang pun ahli <span class=\"il\">sains<\/span> Barat yang menegaskan yang dia beroleh inspirasi atau idea daripada <span class=\"il\">Islam<\/span>. Tidak hairanlah teorinya mudah bercanggah dengan pandangan <span class=\"il\">Islam<\/span>.<\/p>\n<p>Bagi umat Kristian\/Nashora, seperti yang dibayangkan di atas, tidaklah benar tiadanya usaha ahli <span class=\"il\">sains<\/span> Kristian\/Nashora yang, jika menggunakan istilah dalam soalan di atas, &#8220;terhegeh-hegeh&#8221; cuba membina <span class=\"il\">sains<\/span> dalam acuan Kristian\/Nashora beberapa kali dalam secara tamadunnya. Descartes (dengan teori vorteks beliau) dan Leibniz (dengan teori monad beliau) cuba membangunnya bagi menggantikan fizik pada zamannya (abad ke-16 dan ke-17) yang sudahpun terlampau mengabaikan Tuhan Kristian\/Nashora. Kedua-duanya memang dikalahkan oleh Newton (walaupun Newton sendiri tidak berpuas hati dengan teorinya yang terlampau mekanistik tanpa keperluan Tuhan itu, sehingga beliau meninggalkan fizik beliau itu dan berusaha menggantikannya tetapi gagal).<\/p>\n<p>Dalam abad ke-20 ini hingga ke saat ini pun, agak ramai&#8211;lebih ramai daripada sarjana Muslim yang prihatin pada <span class=\"il\">Islam<\/span> dalam ilmunya&#8211;mengkritik <span class=\"il\">sains<\/span> dominan sekarang dan cuba menawarkan alternatifnya dengan tidak silu-silu lagi menamakan teorinya sebagai teori Kristian\/Nashora atau teori bagi menyelamatkan Kristian\/Nashora. Yang terkenalnya adalah Alfred North Whitehead, yang mashyur dengan Teori Kenisbiannya yang pada peringkat awalnya menjadi alternatif kepada Teori Kenisbian Einstein itu. Tetapi akhirnya beliau kalah kerana &#8220;kebenaran <span class=\"il\">sains<\/span> Barat&#8221; nampaknya ditentukan oleh majoriti ahli <span class=\"il\">sains<\/span> Barat yang dominan menentang sebarang teori yang berbau metafizik, apatah lagi yang berlandaskan agama, dan pada satu tahap yang agak bermakna, juga mereka bergantung pada Zionisme (iaitu teori yang dibawa oleh orang Yahudi lebih mudah diterima, di mana dalam kes ini dibuktikan oleh sejarah hidup Einstein itu sendiri).<\/p>\n<p>Selain dari itu ialah teori kejadian makhluk dan teori kosmologi Kristian\/Nashora atas nama <em>Creation Theory<\/em> (Teori Ciptaan) dan <em>Theory of Inteligent Design<\/em> (Teori Reka Bentuk Pintar) yang sekarang ini menjadi peperangan akademik besar di dunia Anglo-Saxon (Amerika Syarikat, U.K., Kanada, Australia dan New Zealand) antara ahli <span class=\"il\">sains<\/span> Kristian\/Nashora dengan ahli <span class=\"il\">sains<\/span> yang terang-terang merujuk dirinya sebagai ateis atau secular. Oleh itu dengan lantangnya mereka telah mengisytiharkan sainsnya sebagai <span class=\"il\">sains<\/span> sekular atau <span class=\"il\">sains<\/span> ateis. Tentang buku kepengurusan dan kepemimpinan Kristian\/Nashora pula memang cukup banyak malah seorang guru penguruan Barat yang masyhur kini, Stephen Covey, dikatakan oleh para penganalisis bidang ini, membina teorinya berasaskan sistem nilai Kristian\/Nashora, walaupun buku-bukunya tiada sebuah pun berjudul yang mencatatkan perkataan &#8220;Christian&#8221;. Buku beliau begitu popular di negara-negara Muslim sekali pun lalu diterjemahkannya termasuklah ke dalam bahasa Melayu Malaysia dan Indonesia. Untuk melihat betapa banyaknya tulisan dan senarai buku dan makalah &#8220;<span class=\"il\">sains<\/span> Kristian&#8221; dan agama-agama lain masa kini sila rujuk dalam ASASAINS 2007 (Warkah Berita ASASI 2006 dan 2007).<\/p>\n<p>Pendeknya, tidak benar hanya sarjana Muslim yang ada &#8220;terhegeh-hegeh&#8221; mahu menonjolkan &#8220;ilmu <span class=\"il\">Islam<\/span>&#8221; atau sifat keIslaman dalam semua bidang keilmuan kini. Berbanding dengan sarjana Kristian\/Nashora, sarjana Muslim malah boleh dianggap memalukan! Lagipun bagi mereka yang tahu sedikit <span class=\"il\">Islam<\/span>, sepatutnya tidaklah menghairankannya sebabnya sepatutnya sarjana Muslim amat kritis kepada ilmu kerana <span class=\"il\">Islam<\/span> lebih daripada Kristian\/Nashora mempunyai pandangan tersendiri dalam setiap benda yang timbul pada bila-bila masa pun. <span class=\"il\">Islam<\/span> tidak neutral atau membenarkan seseorang panganutnya &#8220;merasionalkan semua tak apa asalkan berfaedah&#8221;. Tidak hairan juga Barat menjadikan <span class=\"il\">Islam<\/span> musuh pertamanya (dalam politik dan nilai hidup). Ini sangat ketara selepas mereka berjaya mengalahkan komunisme (satu lagi &#8220;agama&#8221; yang dicipta oleh Marx dan pengikut-pengikut yang mempunyai pandangan tersendiri terhadap hampir semua perkara. Malah, barat juga berjaya menerbitkan banyak teori Marxis terhadap hampir semua perkara, walaupun kini nampaknya sudah dikalahkan oleh teori yang berasaskan &#8220;liberalisme baru&#8221; (nilai Barat mutakhir yang dominan).<\/p>\n<p>Yang tinggal hanya <span class=\"il\">Islam<\/span> yang belum terbukti dilenyapkan daripada jiwa dan minda Muslim, walaupun sudah dikalahkan segi raganya (ketenteraan dan teknologinya). <span class=\"il\">Islam<\/span> memang berbeza daripada agama-agama lain. Tidaklah benar semua agama sama, malah mengikut ajaran <span class=\"il\">Islam<\/span> sesiapa yang beriktiqad (percaya) demikian dia tidak lagi <span class=\"il\">Islam<\/span>. Segi ini, <span class=\"il\">Islam<\/span> itu eksklusif (istilah yang entah mengapa kini menakutkan ramai pemimpin dan sarjana Muslim, sama statusnya dengan istilah &#8220;konservatif&#8221; dan &#8220;tidak liberal&#8221;. Sedangkan semuanya ciptaan Barat bagi menggodak orang beragama, khususnya Muslim. Dalam al-Qur&#8217;aan, Allah menegaskan tiada agama lain yang diredhai-Nya melainkan <span class=\"il\">Islam<\/span> dan <span class=\"il\">Islam<\/span> ini bermula sejak Nabi Adam lagi. <span class=\"il\">Islam<\/span> juga sebenarnya inklusif kerana banyak perkara yang digalakkan dilakukan oleh <span class=\"il\">Islam<\/span> bukan hanya untuk kebaikan umat <span class=\"il\">Islam<\/span> sahaja tetapi untuk kebaikan sejagat. Khususnya, &#8220;<span class=\"il\">sains<\/span> <span class=\"il\">Islam<\/span>&#8221; ialah untuk manusia sejagat.<\/p>\n<p>Kenapa umat <span class=\"il\">Islam<\/span> termasuk &#8220;sarjana&#8221;-nya, rata-ratanya, tidak mengetahui atau menyedari dan menginsafi perkara yang diperkatakan di atas ini, malah ada yang sanggup mencemek atau merendah-rendah mereka yang terlibat dengan pengIslaman ilmu? Sebab besarnya ialah berpunca daripada keadaan mereka ini berada di alam dunia eksklusif Barat, &#8220;belum berjiwa merdeka&#8221; dan oleh itu mereka masih &#8220;terpasung&#8221;, &#8220;berminda penjajah&#8221; dan tidak membaca atau membaca hanya dari &#8220;sumber-penjajah- minda&#8221;-nya sahaja.<\/p>\n<p><strong><span lang=\"FI\">Dikatakan <span class=\"il\">sains<\/span> itu tidak bebas nilai. <\/span>Tapi, apakah bezanya <span class=\"il\">sains<\/span> di Barat dengan <span class=\"il\">sains<\/span> yang difahami dalam <span class=\"il\">Islam<\/span>? Sebab, tiada nampak beza antara nombor &#8220;1&#8221; dalam <span class=\"il\">Islam<\/span> dengan nombor &#8220;1&#8221; dalam Barat? Begitu juga, apa bezanya fizik kuantum\/geometri\/anatomi-manusia di Barat, dengan fizik kuantum\/geometri\/ anatomi-manusia dalam <span class=\"il\">Islam<\/span>? <\/strong><strong><span lang=\"IT\">Bukankah semua ilmu adalah sama di mana-mana, dan pada bila-bila masa?<\/span><\/strong><\/p>\n<p><span lang=\"IT\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"IT\">Tidak bebasnya nilai sebarang &#8220;ilmu&#8221; (bukan wahyu) sudah dibangunkan dengan kukuhnya oleh Thomas Kuhn, dan Seyyed Hossain Nasr tahun 1960-an lagi. Walau bagaimanapun, sebelum ini sebenarnya sudah ada tulisan yang menunjukkan &#8220;kebenaran&#8221; teori ini dalam beberapa bidang khusus termasuklan dalam nombor (yang ditimbulkan dalam persoalan di atas). <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"IT\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"IT\">Dalam hal nombor ini mereka yang dianggap lebih awal membicarakannya ialah ahli antropologi White pada tahun 1947. Ini menerusi makalahnya &#8220;the locus of mathematical reality&#8221; yang disiarkan dalam jurnal <em>Philosophy of Science<\/em> dan diterbitkan semula dalam buku Newman 1956, <em>The World of Mathematics<\/em>. Di samping itu, ahli falsafah Jerman terkenal, Spengeler, dalam buku beliau 1920-an yang amat popular (dalam bahasa Jerman) yang diterjemah kepada Inggeris pada tahun 1932 berjudul &#8220;The Decline of the West&#8221;. Pada peringkat awal-awalnya untuk memahami isu ini, seseorang perlu memahami perbezaan antara &#8220;nombor&#8221; dengan &#8220;angka&#8221;. Angka ialah simbol nombor manakala nombor ialah istilah bilangan seperti &#8220;satu&#8221; dalam bahasa Melayu sekarang (dahulunya <em>sa<\/em> atau <em>esa<\/em>), tetapi <em>wahid<\/em> dalam bahasa Arab dan <em>one <\/em>dalam bahasa Inggeris. Kedua-duanya, angka dan nombor, memang zahirnya pun berbeza daripada satu bangsa dengan bangsa yang lain. Angka bagi nombor &#8220;satu&#8221; sekarang seolah-olah satu-satunya angka dalam dunia ini (tiada yang lain lagi) kerana popularnya angka Muslim ini. Malangnya orang Malaysia terutamanya mengangapnya angka atau nombor Inggeris sahaja, sedangkan Inggeris pun merujukanya sebagai &#8220;Arabic numeral&#8221; atau &#8220;angka Arab&#8221;. <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"IT\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"IT\">Kita (di Malaysia terutamanya), sepatutnya tidak terlepas pandang adanya angka Tiongkok\/China yang dipakai oleh lebih daripada sebilion manusia, angka Tamil dan angka Hindi\/Urdu yang dipakai oleh ratusan juta manusia! Yang patut diketahui juga bahawa orang rumpun Melayu juga ada angkanya yang tersendiri sejak abad ke-6M lagi. Ini baru dijumpai dalam alaf ini, dan kumpulan penyelidik etnomatematik Melayu di INSPEM, menganggapnya ini ialah sistem angka yang ada angka kosong yang tertua di dunia. <\/span><span lang=\"SV\">Setiap angka itu ada nilai (mewakili alam pemikiran dan makna) yang tersendiri. Begitu juga dengan setiap nombor bagi setiap bangsa yang berbeza itu amatlah sarat nilai (itulah yang dibicarakan oleh Spengeler dan White yang disebut di atas). <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Malah walaupun orang Melayu sekarang memakai angka 1 yang sama dengan angka Inggeris, tetapi makna istilah &#8220;satu&#8221; bagi orang Melayu tidak sama dengan istilah <em>one<\/em> bagi Inggeris terutama yang Katholik. Oleh itu fahaman &#8220;satu&#8221; memang ada hubungan dengan keagamaan. Ini &#8220;nilai&#8221; yang amat penting dalam ilmu pernomboran. Sudah tentu dalam kehidupan harian biasa bilangan satu biji, satu kilogram dan sebagainya memberi makna yang sama untuk semua bangsa, walaupun itu pun sudah dibuat persetujuan dan perjanjian terhadap makna &#8220;biji&#8221; dan &#8220;kilogram&#8221;. Berkenaan bidang-bidang ilmu yang disebut dalam persoalan di atas itu, sarat nilainya ilmu-ilmu itu sudah sentuh oleh Thomas Kuhn dan Seyyed Hossain Nasr yang kemudiannya dikembangkan dengan lebih dalam dan meluas lagi khsusus termasuk yang lebih sukarnya, matematik, oleh ramai penulis lain lagi terutamanya oleh mereka yang terlibat dalam penyelidikan falsafah <span class=\"il\">sains<\/span> Barat, sosiologi ilmu pengetahuan Barat, dan mereka yang terlibat dalam &#8220;pengIslaman ilmu&#8221; khususnya di Malaysia ini mereka yang menganggotai ASASI. <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Memanglah setakat ini belum ada teori bidang-bidang itu yang dibangunkan berasaskan nilai <span class=\"il\">Islam<\/span> tetapi yang ada hanya menunjukkan ilmu-ilmu itu sarat nilai bukan <span class=\"il\">Islam<\/span> atau nilai khusus Barat (berbanding dengan banyaknya nilai Barat). Pembinaan teori baru yang lain daripada yang ada sekarang (dalam &#8220;ilmu&#8221; itu memang sedang dilakukan oleh sarjana Barat (yang tidak berpuas hati dengan nilai yang ada dalam teori sekarang) yang tentunya akan melahirkan teori yang besar kemungkinan masih tidak serasi dengan <span class=\"il\">Islam<\/span>. Hanya orang yang cuba menghayati nilai <span class=\"il\">Islam<\/span> sahaja yang akan melahirkan teori baru yang lebih serasi dengan <span class=\"il\">Islam<\/span>. Inilah imbauan para ideolog penhgIslaman ilmu itu. Pendeknya, orang awam atau &#8220;sarjana terpasung&#8221; atau &#8220;sarjana malas&#8221; (=bukan sarjana) sahaja yang merasai tiada lagi ilmu selain daripada yang ada sekarang ini.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><strong><span lang=\"SV\">Definisi <span class=\"il\">sains<\/span> yang dikemukakan oleh anda dalam Pengenalan Sejarah dan Falsafah <span class=\"il\">Sains<\/span> ialah, &#8220;<span class=\"il\">sains<\/span> berupa analisis fenomenon secara bersistem, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai.&#8221; Jadi, adakah Pengislaman Ilmu bertujuan untuk memasukkan aspek-aspek metafizik, ketidakmantikan, dan diluar-kerasionalan? Tapi, bukankah pula sukatan dan kaedah ilmu yang digunakan oleh <span class=\"il\">sains<\/span> dalam definisi tersebut paling disepakati oleh semua pihak, kerana <span class=\"il\">Sains<\/span> Barat ternyata sangat empirikal dan mudah dipercayai. Tidak begitu?<\/span><\/strong><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Pertamanya takrif itu bukan takrif rekaan pengarang buku itu, tetapi takrif <span class=\"il\">sains<\/span> Barat yang dipetik oleh pengarang tersebut yang dianggapnya terbaik setakat ini. Kemudian beliau mengupas takrif itu daripada sudut penciptaan sebenar <span class=\"il\">sains<\/span> Barat dan mengikut ilmu mengikut ajaran <span class=\"il\">Islam<\/span> yang menunjukkan takrif itu tidak menepati dengan keadaan sebenar <span class=\"il\">sains<\/span> Barat apa tah lagi &#8220;<span class=\"il\">sains<\/span> <span class=\"il\">Islam<\/span>&#8220;. Sesiapa yang musykil takrif ini seperti yang mengutarakan soalan di atas patut baca kupasan takrif itu dalam buku itu. <em>Insya Allah<\/em> persoalan yang diutarakan itu terjawab. Seluruh buku itu bertujuan membuktikan takrif itu sarat nilai termasuk &#8220;mantik&#8221; dan &#8220;kaedah <span class=\"il\">sains<\/span>&#8221; itu dan oleh itu perlu diinsafi supaya berpihak kepada pandangan hidup <span class=\"il\">Islam<\/span>. Kupasan sarat nilainya &#8220;mantik&#8221; dan &#8220;kaedah <span class=\"il\">sains<\/span>&#8221; yang terbarunya oleh pengarang yang sama dapat ditelaah dalam makalahnya &#8220;Tabii Kaedah <span class=\"il\">Sains<\/span>&#8221; yang dapat dicapai di laman ASASI atau laman blog KOMSHAHA dan &#8220;Keperluan teori kebarangkalian baru yang lebih serasi dengan sistem nilai sendiri&#8221; dalam Prosiding Sem Keb Sn Matema ke-15 PERSAMA-UiTM 5-7 Jun 2007. Pusat Penerbit Universiti (UPENA), UiTM: 413-424. Sekadar mengingatkan bakal para pembaca makalah ini, istilah &#8220;kebarangkalian&#8221; itu boleh diganti dengan istilah &#8220;mantik&#8221; yang diperkatakan di sini. Malah dalam makalah ini ada dihuraikan bagaiaman setaranya kebarangkalian dengan mantik.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Takrif <span class=\"il\">sains<\/span> dalam soalan di atas itu memang buat masa sekarang yang paling ramai menerimanya tanpa kesedaran ketidakneutralannya kerana memang majoriti ahli <span class=\"il\">sains<\/span> pada sesuatu zaman adalah ikutan suatu jenis <span class=\"il\">sains<\/span> yang dominan pada sesuatu masa (khususnya masa kini), atau yang diistilahkan oleh Thoams Kuhn sebagai <span class=\"il\">sains<\/span> normal itu. &#8220;<span class=\"il\">Sains<\/span> <span class=\"il\">Islam<\/span>&#8221; pada masa kini ialah &#8220;<span class=\"il\">sains<\/span> tidak normal.&#8221; Oleh itu tidak ramai yang menerimanya. Mereka yang bergiat dalam &#8220;pengIslaman ilmu&#8221; sahaja (masih tak ramai, malah kalau di Malaysia ini sekitar 300 orang daripada sekitar 7000 ahli <span class=\"il\">sains<\/span> berkerakyatan Malaysia!) yang tidak menerima takrif <span class=\"il\">sains<\/span> mengikut perspektif &#8220;<span class=\"il\">sains<\/span> normal&#8221; itu. Maka, kerana itu karyanya agak berbeza dengan mereka yang bekerja dalam &#8220;<span class=\"il\">sains<\/span> normal&#8221;. Setengah orang bukan sahaja merasa sunyi dan gerun bahkan takut dengan keadaan bilangan golongan &#8220;pengIslaman Ilmu&#8221; ini dan terus mengalah dengan menggunakan konsep kebenaran menerusi demokrasi. Namun sejarah <span class=\"il\">sains<\/span> memang begini. <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Pada zaman Einstein masih hidup, teori beliau tidak dihiraukan oleh komuniti ahli <span class=\"il\">sains<\/span> kerana paradigmanya begitu berbeza, dan kaedahnya pun begitu juga. Malah dikatakan dalam dunia (pada tahun 1930-an) hanya ada tidak lebih daripada sepuluh orang yang faham dan menerima teori Einstein itu. Sebab itu, tidak hairanlah mengapa teori itu tersisih dan disisih. Einstein tidak beroleh Hadiah Nobel (yang beliau peroleh) atas nama teori yang sekarang ini menyebabkan namanya masyhur itu, iaitu Teori Kenisbian itu. Satu contoh keadaan yang serupa ialah tentang teori quantum. Teori quantum pada tahun 1930-an (setelah berumur 30 tahun) pun mengalami nasib &#8220;tidak ramai&#8221; yang percaya padanya. Tetapi teori ini lebih bernasib baik berbanding dengan teori Einstein itu kerana segala ramalannya daripada teori quantum boleh dibuktikan di bilik makmal dan ada yang &#8220;berjaya&#8221;. Sedangkan ramalan teori Einstein tidak dapat dibuktikan di dalam bilik makmal. Jadi ramai ahli teori quantum yang dapat pengiktirafan (menang Hadiah Nobel) berbanding dengan teori Einstein itu. <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Apa pun pun, sekarang kedua-dua teori ini sudah dianggap sebagai &#8220;<span class=\"il\">sains<\/span> normal&#8221;. <span class=\"il\">Sains<\/span> fizik tidak normal dalam komuniti <span class=\"il\">sains<\/span> Barat sekarang pun agak banyak, seperti <span class=\"il\">sains<\/span> kejadian alam semesta yang tidak berasaskan Teori Deguman Besar&#8221;, <span class=\"il\">sains<\/span> kejadian benda tidak berasaskan atom (dinamai teori tetali), Teori Penrose (mengatasi teori quantum normal), dan <span class=\"il\">sains<\/span> yang bertentangan dengan Teori Einstein. Ini termasuklah Teori Akasa\/Eter\/al-Athir, Teori Logunov, dan lain-lain seperti yang diperihalkan dalam buku <span>Shaharir<\/span> b.M.Z 2004, &#8220;Dinamik Sebutir Dua Zarah Klasik: Penjana <span class=\"il\">Sains<\/span> Matematik, Peguam Bela dan Penjana Nilai Serta Kontroversinya Sepanjang Zaman&#8221;, Bangi: Pusat Pengaj. Sn Matema, UKM.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><strong><span lang=\"IT\">Jadi, apa yang boleh disumbangkan oleh <span class=\"il\">Sains<\/span> <span class=\"il\">Islam<\/span> kepada dunia keseluruhannya? Dan di mana kerugiannya jika kita melanggan <span class=\"il\">Sains<\/span> Barat?<\/span><\/strong><\/p>\n<p><span lang=\"IT\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"IT\"><span class=\"il\">Sains<\/span> <span class=\"il\">Islam<\/span> apabila menjadi &#8220;<span class=\"il\">sains<\/span> normal&#8221; nanti akan menjadi asas kemajuan dunia menggantikan asas kemajuan dunia sekarang berasaskan &#8220;<span class=\"il\">sains<\/span> normal&#8221; sekarang yang sekular atau &#8220;tidak memerlukan tuhan&#8221; itu. <\/span><span lang=\"SV\">Dunia akan lebih aman dan manusia amnya akan lebih bahagia. Jika <span class=\"il\">sains<\/span> sekarang tidak diberi perisa nilai <span class=\"il\">Islam<\/span> kita, khususnya umat <span class=\"il\">Islam<\/span>, akan sentiasa menjadi hamba Barat seperti sekarang (atau sejak runtuhnya tamadun <span class=\"il\">Islam<\/span>). <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Kalau dilihat trend <span class=\"il\">sains<\/span> pengurusan dan perniagaan umpamanya dunia semakin menerima &#8220;perbankan <span class=\"il\">Islam<\/span>&#8221; dan <span class=\"il\">sains<\/span> tabii pun semakin menerima metafizik (cuma metafizik agama Timur yang bukan <span class=\"il\">Islam<\/span>) &#8220;<span class=\"il\">sains<\/span> normal&#8221; sekarang akan tersisih dan diganti dengan &#8220;<span class=\"il\">sains<\/span> normal&#8221; yang baru. Harapan kita tentulah kepada <span class=\"il\">sains<\/span> <span class=\"il\">Islam<\/span>. Bagi merealisasikannya, Muslim patut &#8220;melanggan&#8221; <span class=\"il\">sains<\/span> kini (<span class=\"il\">sains<\/span> Barat) sekarang bukan untuk mendokongnya atau menyanjungnya, seolah-olah tiada lagi yang boleh dilakukan oleh kita selain daripada &#8220;menikmati selagi masih ada.&#8221; Tetapi untuk menguasainya dan mengubahnya mengikut acuan <span class=\"il\">Islam<\/span>. Jika tidak rugi besarlah Muslim. Dan, bagi yang percaya kepada ajaran <span class=\"il\">Islam<\/span>, perasaan rugi inilah yang sepatutnya mendorongnya untuk menjadikan kegiatan pengIslaman ilmu sebagai kegiatan dakwah, tabligh dan jihad sehingga mencapai kemenangan. Jika tiada siapa yang melakukannya maka seluruh umat <span class=\"il\">Islam<\/span> berdosa! Jika sedikit sahaja umat <span class=\"il\">Islam<\/span> terlibat, dosa umat segi fardhu kifayahnya sudah terangkat tetapi dosa umat <span class=\"il\">Islam<\/span> kerana tidak memajukan umatnya mengatasi umat lain tetap ada. <span class=\"il\">Islam<\/span> mengajar supaya tidak tunduk kepada sesiapa kecuali Allah. Malah itulah makna <span class=\"il\">Islam<\/span>. Apa makna kita <span class=\"il\">Islam<\/span> jika kita tunduk kepada ilmu orang bukan ciptaan orang <span class=\"il\">Islam<\/span>, tambahan pula ajaran <span class=\"il\">Islam<\/span> juga mengajak umatnya supaya menerima ilmu dan iman serentak: ilmu dan iman tidak boleh dipisahkan; mana-mana &#8220;ilmu&#8221; yang tidak mampu mengintegrasikannya dengan iman maka &#8220;ilmu&#8221; itu tidak bertaraf &#8220;ilmu.&#8221; Lantaran itu, umat <span class=\"il\">Islam<\/span> wajib melakukan sesuatu untuk membetulkannya. Kata-kata &#8220;belajarlah ilmu hingga ke negeri Tiongkok&#8221; dan &#8220;hikmah yang baik boleh datang daripada mana jua&#8221; memang benar tetapi tertakluk kepada penapisan dalam acuan sendiri.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><strong><span lang=\"SV\">Akhir sekali, apa halangan yang masih wujud dalam memperkasakan lagi gagasan Pengislaman Ilmu ini?<\/span><\/strong><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Halangan yang besar ialah kekurangan ahli <span class=\"il\">sains<\/span> Muslim yang percaya kepada gagasan ini. <\/span>Ini telah dinyatakan sebelum ini. Di Malaysia ini dianggarkan 1 orang per 25 orang ahli <span class=\"il\">sains<\/span> dan kejuruteraan-teknologi rakyat Malaysia (kira-kira 4%) yang menyokong kegiatan pengIslaman ilmu, dan antaranya yang berkarya tentunya jauh lebih kecil lagi. Selagi kita belum mencapai &#8220;jisim genting&#8221; segi bilangan ini, iaitu kira-kira 30% (memakai piawai peratusan equiti minimum bagi seseorang atau institusi dianggap menguasai sesebuah syarikat atau badan korporat), maka selagi itulah pengIslaman ilmu tidak mampu menjadi kegiatan dominan dalam atur cara penyelidikan <span class=\"il\">sains<\/span> dan kejuruteraan teknologi di Malaysia dan &#8220;<span class=\"il\">sains<\/span> <span class=\"il\">Islam<\/span>&#8221; tidak mencapai &#8220;<span class=\"il\">sains<\/span> normal&#8221;.<\/p>\n<p>Namun, jika ada seorang-dua sarjana sahaja dalam dunia ini yang mampu mewujudkan sebuah atur cara penyelidikan yang menjanjikan hasil yang lumayan seperti yang pernah berlaku pada Newton (pada abad ke-17M, yang mewujudkan aturcara penyelidikan fizik klasik hingga kini), Einstein 300 tahun kemudian (1905 dan 1915 yang mewujudkan atur cara penyelidikan Teori Kenisbian hingga kini) dan Shroedinger dan Heisenberg (sekitar 20 tahun selepas Einstein, iaitu 1925, yang berjaya mewujudkan aturcara penyelidikan fizik quantum hingga kini), maka berjayalah juga pengIslaman ilmu itu. Masa itulah yang masih ditunggu-tunggu, walaupun dalam satu dua bidang sudah hampir berlaku, iaitu perbankan dan pengoptimuman.<\/p>\n<p>Satu caranya ke arah mewujudkan situasi ini ialah para pendokong gagasan pengIslaman ilmu sekarang&#8211;walau pun tak seberapa bilangannya&#8211;dengan memastikan adanya pelajar prasiswazah dan siswazahnya melakukan penyelidikan dalam bidang yang boleh mengisi kekosongan gagasan pengIslaman ilmu ini. Atau, bakal siswazah sendiri boleh mengesyorkan penyelidikan jenis ini kepada bakal penyelianya. <span lang=\"SV\">Ringkasnya, halangan terbesar dalam menjayakan &#8220;pengIslaman ilmu&#8221; ialah &#8220;tahap kemerdekaan minda&#8221; dan &#8220;tahap keradikalan&#8221; seseorang sarjana. Setakat ini kedua-dua unsur penting ini, kemerdekaan dan keradikalan, sarjana kita rata-rata masih rendah tingkatnya, dan itulah masalah besarnya, iaitu bagaimana mempertingkatkannya!<\/span><\/p>\n\n<!-- NgfbSharing::get_buttons content filter skipped: buttons_on_index not enabled -->\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tidak ramai intelektual yang berani rentas bidang. Kebanyakannya hanya bertakuk pada bidangnya semata, tanpa cuba melihat hubungan antara bidangnya dengan bidang-bidang yang lain. Dr. Shaharir Mohammad Zain adalah salah seorang intelektual yang bukan sahaja menguasai bidangnya dengan mendalam, tapi juga berani mencabar bidang-bidang lain yang sedia ada. <\/p>\n <a class=\"moretag\" href=\"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=771\">[Baca teks penuh...]<\/a>","protected":false},"author":7,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[6],"tags":[],"class_list":["post-771","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-c06-wawancara"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/771","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=771"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/771\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":773,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/771\/revisions\/773"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=771"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=771"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=771"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}