{"id":768,"date":"2009-03-20T00:33:07","date_gmt":"2009-03-19T16:33:07","guid":{"rendered":"http:\/\/www.asasi.my\/?p=768"},"modified":"2009-03-20T00:33:07","modified_gmt":"2009-03-19T16:33:07","slug":"peranan-imam-abu-hamid-al-ghazali-dalam-kemajuan-sains-kini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=768","title":{"rendered":"Peranan Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam Kemajuan Sains Kini"},"content":{"rendered":"<p>Imam Abu Hamid Muhammad b. Muhammad al Tusi al-Ghazali dilahirkan di Tus , berhampiran dengan Mashhad, Iran. Kegigihan beliau dalam mencari ilmu membawanya ke Nishabur untuk belajar di bawah Imam al-Haramain al-Juwayni seorang ulama mazhab Shafie dan teologi Asyaari. Beliau pernah dilantik ke jawatan rektor dan professor di Madrasah Nizamiyah di Baghdad selama 4 tahun sebelum beliau tiba-tiba berhenti untuk berkelana dan memperbaiki dirinya dengan kaedah Sufi yang dihuraikannya sebagai autobiografi dalam kitab Al Munqidh min al-Dhalal. Setelah berkelana selama 10 tahun di Damsyik , Mekah dan Madina , beliau pulang ke Nisabur sebelum meninggal di Tus pada tahun 1111 M. Imam Ghazali dipercayai telah menulis sebanyak 400 buah kitab , namun hanya 70 sahaja yang masih ada sampai masa ini. Salah satu karyanya yang hilang itu ialah sebuah tafsir al-Quran 40 jilid dan hanya kitab Jawahir al-Quran yang sampai kepada kita hari ini. Aynqudah al-Hamadani seorang ahli Sufi terkenal dan penulis kitab Zubdat al-Haqaiq menulis bahawa \u201c Tidak ada yang telah menyelamatkan melainkan rahmat Allah s.w.t melalui kajian saya terhadap tulisan-tulisan Abu Hamid al-Ghazali selama empat tahun , di mana dalam masa itu saya terselamat dari kezindikan , penyelewengan dan kebingungan.\u201d Begitu pula dengan Abu Madyan Syuaib al-Ansari , seorang Sufi dan waliyullah terkenal dari Moroko , mula belajar dengan gurunya Abul Hasan Ali Ibn Hirzihim dengan menghafal kitab Ihya\u2019 Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali sehingga beliau mendapat banyak keberkatan dari usahanya itu. Secara keseluruhan dapat dikatakan bahawa Kitab Ihya\u2019 Ulumuddin itu adalah berdasarkan kitab Qut al-Qulub karangan Abu Talib Makki , tetapi diperdalami dan dihuraikan dengan lebih panjang lebar. Beliau memperkenalkan kaedah darb al-mithal dalam pentafsiran al-Quran ( dalam Kitabnya Mishkat al-anwar) dan memberikan bandingannya dengan ilmu tadbir mimpi . Beliau juga membenarkan kaedah ta\u2019wil aqli yang tidak dipersetujui oleh Ibn Arabi yang mencadangkan pula tariq al-ishara . Ta\u2019wil aqli ini bersesuaian dengan penggunaan kata aqal dalam al-Quran yang menekankan ta\u2019aqul, tafaqquh dan tadabbur. Dalam Ihya Ulumiddin juga beliau sangat menyarankan tafsir bil ra\u2019y dan menerima usaha yang gigih ( al ijtihad al-sahih) dan menolak kaedah yang mengikuti hawa nafsu (hawa). Dalam menyarankan ta\u2019wil terhadap al-Quran beliau mencadangkan diwujudkan sistem bagi menilai penafsiran al-Quran iaitu yang 1 berdasarkan kepada konsep kewujudan kepada 5 tahap ; pertama bersifat Dzati atau al wujud mutlaq , kedua wujud hissi (yang boleh dicerap dengan pancaindera) , yang ketiga wujud khayali , keempat wujud aqli dan kelima wujud shabahi ( analogi, perbandingan). Huraian al-Ghazali tentang tafsir sangat jelas dan meyakinkan sehinggakan Al-Simnani telah mengambil sebahagian dari kaedah al-Ghazali dan huraiannya dalam pengenalan kepada kitab tafsirnya . Antara kejayaan al-Ghazali dalam penulisannya khasnya melalui Ihya\u2019 Ulumiddin ialah huraian tentang ilmu ladunni yang boleh dicapai oleh manusia biasa yang bukan Nabi ( perkara sama disokong oleh Imam Fakhruddin al-Razi) . Malah , Imam al-Qurtubi agak ragu bahawa manusia biasa boleh mendapat ilmu ladunni , walaupun beliau tidak meragui bahawa awliya\u2019 boleh diberikan karomah.<\/p>\n<p>Baca lebih lanjut di: <strong><a href=\"http:\/\/www.asasi.org.my\/wp-content\/uploads\/2009\/03\/peranan\">Peranan Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam Kemajuan Sains Kini<\/a><\/strong>.<\/p>\n\n<!-- NgfbSharing::get_buttons content filter skipped: buttons_on_index not enabled -->\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Imam Abu Hamid Muhammad b. Muhammad al Tusi al-Ghazali dilahirkan di Tus , berhampiran dengan Mashhad, Iran. Kegigihan beliau dalam mencari ilmu membawanya ke Nishabur untuk belajar di bawah Imam al-Haramain al-Juwayni seorang ulama mazhab Shafie dan teologi Asyaari. Beliau pernah dilantik ke jawatan rektor dan professor di Madrasah Nizamiyah di Baghdad.<\/p>\n <a class=\"moretag\" href=\"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=768\">[Baca teks penuh...]<\/a>","protected":false},"author":15,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[9],"tags":[],"class_list":["post-768","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-c02-makalah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/768","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/15"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=768"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/768\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":770,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/768\/revisions\/770"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=768"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=768"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=768"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}