{"id":754,"date":"2009-03-10T10:20:44","date_gmt":"2009-03-10T02:20:44","guid":{"rendered":"http:\/\/www.asasi.my\/?p=754"},"modified":"2009-03-10T10:20:44","modified_gmt":"2009-03-10T02:20:44","slug":"nilai-nilai-bahasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=754","title":{"rendered":"Nilai-Nilai Bahasa"},"content":{"rendered":"<p>Bila datangnya Thomas Kuhn dengan magnus opus-nya, <em>The Structure of Scientific Revolutions<\/em>, sepatutnya kefahaman kita tentang hubungan antara bahasa dengan budaya makin arif. Apatah lagi, sebelum itu sudah ada beberapa karya yang melakarkan perkara persis. Mithalnya, menerusi Oswald Spengler dalam <em>The Meaning of Numbers<\/em>, dan Alvin White dalam <em>Essay in Humanistic Mathematics<\/em>.<\/p>\n<p>Semua nukilan ini sudah mendahului dalam memaparkan kelemahan ketara semesta barat\u2014tatkala mahu memandang bangunan ilmu secara kebelakaan. Kuhn, seorang filsuf sains dari Massachusetts Institute of Technology (MIT) dalam karyanya tersebut jelas menunjukkan bahawa sains tabii yang dibangunkan barat itu hakikatnya sarat nilai. Manakala Spengler menyerlahkan ikatan antara budaya dan nombor dengan begitu kemas, sementara White pula gencar memperkatakan kaitan antara budaya dengan matematik.<\/p>\n<p>Sebenarnya, seluruh hubungan ini mampu dipindahkan ke dalam wacana bahasa. Memang, sebahagian dari kita sering ralat kerana memikirkan bahasa itu bebas nilai. Hakikatnya, ini persepsi keliru. Bahasa adalah subjek yang sangat akrab dengan nilai-nilai ketamadunan sesuatu bangsa. \u00a8Bahasa jiwa bangsa\u00a8 itu adalah peribahasa yang betul\u2014dengan syarat difahami dalam konteks yang juga betul. Bahkan, terbukti banyak peribahasa kita bukan sahaja mengandungi unsur-unsur sains sosial yang menawan, tapi sekaligus juga sains tabii-nya yang menarik.<\/p>\n<p>Malahan, sesetengah peribahasa kita tampaknya lebih unggul dari kosmologi sains tabii yang difahami barat. Umpamanya, \u00a8bagai pinang dibelah dua,\u00a8 itu adalah sebuah peribahasa yang melampaui konsep simetri yang terdapat dalam fizik barat. Tapi sayangnya, kita sendiri tidak mencungkil khazanah ini untuk dimodelkan dalam kaedah saintifik.<\/p>\n<p>Ketirisan penghargaan pada tamadun sendiri terhimpit lagi dengan pendekatan pendidikan yang berorientasikan bahasa serta paradigma asing. Malang sungguh, betapa dasar herot ini terus dilaksanakan biarpun bercanggah dengan tabii hubungan antara manusia dan bahasa. Bila kita menyingkirkan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan, itu sebenarnya bermakna kita turut menimbus terlalu banyak keistimewaan yang terdapat dalam jiwa bahasa itu sendiri. Bahkan, lebih pilu lagi, yang telah diruntuhkan itu adalah sistem pendidikan\u2014sektor terkental hierarki pembinaan ilmu.<\/p>\n<p>Wajarnya kita harus berfikir jernih, dan menyisih dengan hemah tentang perbezaan makna antara kalimah Melayu dengan Inggeris tersebut. Kefahaman inilah yang sering diabaikan. Bila diperhalusi, terbukti ada sejarah akrab hubungan antara bahasa Melayu itu dengan Islam, sepertimana yang diwar-warkan pada 1970-an oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam <em>Islam dalam Sejarah Kebudayaan Melayu<\/em>. Bahasa Melayu, menurut al-Attas, adalah bahasa yang sarat nilai-nilai Islamnya.<\/p>\n<p>Memang, tesis al-Attas kini sudah boleh disanggah dengan beberapa data baru yang menunjukkan kelemahannya. Namun, sekurang-kurangnya dalam konteks makna bahasa Melayu-Islam, tesis ini maseh boleh dipertahankan lagi. Tesis inilah yang membebaskan jiwa abdi serta minda tertawan di kalangan bangsa Melayu, setelah berabad terjajah. Mithalnya, yang paling popular ialah perbezaan makna \u00a8keadilan\u00a8 yang cuba disesuaikan dengan \u00a8justice.\u00a8 Ternyata, dalam takrifnya yang seni, masing-masing adalah mewakili suatu kosmologi makna yang berbeza!<\/p>\n<p>Kalau dalam sains tabii pula, kadang-kala kita sering terperangkap dengan bentuk terjemahan mudah bagi \u00a8natural\u00a8 yang kemudiannya lekas disebandingkan dengan \u00a8semulajadi.\u00a8 Walhal, di sebalek kedua-dua kosakata ini mengusung makna terdalamnya\u2014yang kemudiannya sampai kepada jarak antara ateistik dan teistik. Hal seperti inilah yang tidak disedari ramai ekoran kegagalan untuk memikirkan sesuatu yang lebih jauh dari permukaannya.<\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Sama juga dalam sistem angka. Sebelum ini, sering saja ada yang berhujah bahawa Bahasa Inggeris dilaksanakan atas alasan \u00a8mahu kembali ke ilmu asal.\u00a8 Tapi, sebenarnya, ilmu asal sains dan matematik bukanlah bermula dari Bahasa Inggeris. Kesamaran ini akan terungkap bila didedahkan perkataan <em>sceince<\/em> itu sendiri, yang jelas sekali merupakan peminjaman dari bahasa lain. Kata itu datangnya dari <em>scientia<\/em>, Bahasa Latin. Begitu juga <em>mathematics<\/em> yang bermuara dari <em>mathema<\/em>, pinjaman dari Bahasa Greek. Bahkan, hampir seluruh angka <em>sa<\/em>\u20140 sampai 9\u2014adalah bukan murni dari Inggeris sama sekali. Sebaleknya, seluruh angka <em>sa<\/em> Melayu terbukti lebih murni, lebih mantap, atau lebih asal dari Inggeris itu sendiri.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Itulah kelebihan membangun ilmu dalam acuan sendiri. Kita membangunnya dengan kosmologinya sekali. Walau bagaimanapun, bukan sahaja Melayu, atau Islam, yang tertanam keistimewaan-keistimewaan sebegini. Tetapi, pengalaman tabii ini terhukum pada semua bahasa. Masing-masing bahasa ada keistimewaan sendiri, yang antaranya barangkali tiada pada bahasa-bahasa lain. Bahasa Jerman mithalnya, diketahui dalam kebanyakan displin ilmu adalah jauh lebih lengkap mengatasi bahasa Inggeris. Kelebihan ini terbina natijah dari tradisi ilmunya yang lebih lama, atau lebih asal, sedangkan penguasaan Bahasa Inggeris baru saja muncul pada abad ke-19.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Di samping itu juga, bila kita bercakap soal bahasa, seringkali hujah-hujah yang dikemukakan ialah kuasa capaian keilmuan yang terdapat dalam Bahasa Inggeris itu lebih meluas, dan lebih jitu. Secara keseluruhannya, sebenarnya hujah sebegini amatlah rapuh. Bahasa Inggeris menjadi kukuh bukan kerana khazanah pengetahuan induk yang terdapat di dalamnya, tetapi kerana bahasa ini terhablur menerusi suatu proses terjemahan yang agresif yang begitu lama\u2014di mana budaya penerjemahan ini kini kian terpinggir dalam tradisi kita.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Sehingga kini, Bahasa Inggeris maseh lagi bersusah payah untuk menerjemahkan banyak buku falsafah ke dalam bahasanya. Mereka tiada budaya falsafah yang tegar bebanding bangsa Jerman contohnya. Satu contoh yang kini menjadi klasik ialah buku <em>Sein und Zeit<\/em> adikarya Martin Heidegger, yang memerlukan lebih 30 tahun untuk diterjemahkan kepada khalayak berbahasa Inggeris. Bukan kerana tiada yang ingin menerjemah, tapi kerana kesukaran untuk memadankan Bahasa Inggeris agar tersuai dalam kosmologi yang Heidegger maksudkan. Ini jelas, menunjukkan kemiskinan bahasa pengungkapan falsafah yang terdapat dalam Bahasa Inggeris, berbanding Bahasa Jerman.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Malah, kalau dalam bidang sains dan teknologi lagilah ketara. Sampai kini sekalipun, bangsa Jerman diakui memang terkenal dalam displin sains tabii, sampaikan mekanik kuantum itu pun sendiri diistilahkan mereka sebagai Sains Jerman bagi mencabar Teori Kenisbian Einstein yang dianggap mereka sebagai Sains Yahudi. Manakala Perancis pula kaya dalam displin sains sosial, terutamanya menerusi tradisi di Universit\u00e9 Paris-Sorbonne. Bahasa Inggeris\u2014kalau dalam perspektif kepelbagaian Eropah\u2014seperti disepakati bahawa bukanlah antara bahasa ilmu utama. Kalau tidak kerana kesungguhan mereka menerjemah, tidak mungkin Bahasa Inggeris menjadi begitu sejagat dewasa ini.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Tapi, persoalannya, kenapa kita tidak meniru tatakaedah ilmu melalui penerjemahan ini?<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Barangkali jawapan terbaiknya kerana kedangkalan sendiri. Kita salah berfikir logik. Mantik, atau <em>nyaya<\/em> dalam Bahasa Sanskrit, yang kita pakai selama ini sedayanya cuba dikaburkan dan dikelirukan. Padahal jika mahu dibangunkan bangsa, yang perlu dilakukan ialah turut memperkasa bahasanya sendiri, selain memindahkan pengetahuan dari bahasa-bahasa lain ke dalam bahasanya. Itulah yang sepatutnya dilaksanakan melalui terjemahan, bukan sebaleknya!<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Selain dari itu, dampak penggunaan bahasa asing dalam pendidikan turut menghakiskan daya kreativiti sesuatu bangsa tersebut. Ini jelas termuat dalam teori linguistik, yang menghubungkan antara mutu pengaryaan dengan penggunaan bahasa intim. Hakikatnya, \u00a8bahasa yang paling mampu untuk kita berkreativiti adalah bahasa yang kita bermimpi.\u00a8 Sebab itu, ekoran pelaksanaan dasar pendidikan bukan dalam bahasa sendiri, pendidikan kita akan menjadi lebih kaku, dan yang paling kuat pun hanya bertakat malar saja dengan paradigma pinjaman. Sudah tentu, secara logiknya kita takkan mungkin dapat menandingi tingkat keilmuan Inggeris, kerana cara pengaryaan kita\u2014yang meniru itu\u2014tidaklah akan menyamai mereka.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Tidak hairan, kini sudah ada dakwaan bahawa Bahasa Inggeris itu bukanlah bahasa kreatif. Edward de Bono, pengarang <em>Six Thinking Hats<\/em>, sendiri mengakui bahawa Bahasa Inggeris bukan sebuah bahasa kreatif. Paradigma bahasanya kerap terhenti pada perkataan-perkataan tertentu yang sering dijadikan alasan tanpa-bantah. Bahasa Sepanyol, atau bahasa Itali, ternyata mempunyai rekod pembangunan ilmu asal yang jauh lebih cemerlang dari Bahasa Inggeris ini. Bahasanya banyak melangkaui wacana bukan-fizikal. Usah bandingkan dengan bahasa Jerman dan Perancis, atau Latin dan Greek, sudah tentu lebih-lebihlah lagi.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\">Harus dicatat juga, dalam tema bahasa ini, menelusuri pengalaman Eropah memang banyak iktibarnya. Menerusi mereka, kita memperoleh pengajaran bahawa bentuk pendidikan terbaik adalah membina acuan sendiri\u2014dengan kebudayaan sendiri. Inilah yang diajar oleh negara-negara Eropah yang kecil, seperti Czech, Norway, Bosnia &amp; Herzegovina, Luxembourg, dll itu. Mereka sehingga kini terus melestarikan bahasanya sendiri di kala hambatan globalisme Bahasa Inggeris. Hasilnya, mereka tidak hilang identiti, tapi tidak juga tertinggal arus perkembangan ilmu sejagat.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"SV\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"DE\">Pengalaman Sweden mungkin yang terbaik. Dalam contoh ini, lebih dari dua pertiga rakyat Sweden memang terbukti mampu menguasai Bahasa Inggeris, meskipun dalam waktu yang sama seluruh sistem pendidikan dan urusan domestik mereka adalah dilaksanakan dalam bahasanya sendiri. Jadi, persoalannya, kenapa kita tidak meneladani dari negara-negara Eropah ini, yang jelas lebih berjaya dan bergaya dari negara kita sendiri?<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"DE\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"DE\">Ini samalah dengan beberapa negara-negara Asia\u2014China, Korea, Taiwan, Hong Kong\u2014yang mana sistem pendidikan dalam bahasa sendiri mereka telah berjaya melahirkan olimpiad-olimpiad emas dalam beragam pertandingan sains antarabangsa, meskipun mereka tidak faseh berbahasa Inggeris. Malah, Amerika Syarikat dan Britian sendiri akhirnya terpaksa mengalah dengan kehebatan pelajar negara-negara Asia ini, sehingga mereka sering saja \u00b4mencuri\u00b4 pelajar-pelajar asing ini untuk dihantar mewakili mereka dalam olimpiad antarabangsa tersebut.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"DE\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"DE\">Sebab itu, jangan hairan jika ada kenyataan bahawa Anglo-Saxon itu bukanlah sebuah bangsa yang bijak. Anehnya, kita yang terhegeh-hegeh memikirkan bahawa Bahasa Inggeris itu bersinonim dengan sains dan matematik. Walhal, itu berbeza. Kita boleh semak saja pengalaman Amerika Syarikat. Mereka akhirnya terpaksa meminjam minda-minda luar untuk merintis pengetahuan baru buat mereka. Kelih saja tawaran Amerika Syarikat kepada saintis-saintis Jerman sewaktu Perang Dunia Kedua, bagaimana mereka mendepa tangan pada Albert Einstein, Thedeor Adorno, Kurt G\u00f6del, dll, demi mebangunkan ilmu di negara tersebut.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"DE\"> <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"DE\">Namun, sayangnya, semua hujah-hujah ini gagal dihayati oleh para perumus dasar bahasa dalam sistem pendidikan kita. Hari ini, negara-negara Eropah berbahasa Ingger\u00eds sudah menilai kembali pendekatan dalam sistem pendidikan mereka. Mereka bermuhasabah kerana menyedari adanya keherotan dalam teknik pengajaran dan pembelajaran. Malah, Amerika Syarikat turut mengambil langkah awal dengan mula menawarkan pendidikan dalam Bahasa Sepanyol untuk kalangan Hispanik dan Latino\u2014selepas menginsafi keperluan untuk mengajar dalam bahasa bangsa itu sendiri.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"DE\"> <\/span><\/p>\n<p>Tapi, kita? Kita\u2014dengan niat\u2014untuk mengambil jalan pintas dalam rangka mengejar status negara maju menerusi dasar peng-inggeris-an, rupa-rupanya sedang memintas jalan kemunduran. Di saat khalayak makin tahu erti serta kepentingan sesuatu ilmu haruslah dibangunkan dalam acuan sendiri; bahasa sendiri\u2014yang sarat nilai, nyata identiti, dan penuh pengaryaan\u2014kita sebaleknya terus bebal dengan fikiran singkat yang sampai kini pun maseh tak kenal jatidiri.<\/p>\n\n<!-- NgfbSharing::get_buttons content filter skipped: buttons_on_index not enabled -->\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bila datangnya Thomas Kuhn dengan magnus opus-nya, The Structure of Scientific Revolutions, sepatutnya kefahaman kita tentang hubungan antara bahasa dengan budaya makin arif. Apatah lagi, sebelum itu sudah ada beberapa karya yang melakarkan perkara persis. Mithalnya, menerusi Oswald Spengler dalam The Meaning of Numbers, dan Alvin White dalam Essay in Humanistic Mathematics.<\/p>\n <a class=\"moretag\" href=\"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=754\">[Baca teks penuh...]<\/a>","protected":false},"author":7,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-754","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-c05-rencana"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/754","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=754"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/754\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":755,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/754\/revisions\/755"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=754"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=754"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=754"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}