{"id":684,"date":"2009-01-19T22:31:22","date_gmt":"2009-01-19T14:31:22","guid":{"rendered":"http:\/\/www.asasi.my\/?p=684"},"modified":"2009-06-18T09:34:01","modified_gmt":"2009-06-18T01:34:01","slug":"haluan-pengisian-asasi-dalam-sains-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=684","title":{"rendered":"Haluan Pengisian ASASI dalam Sains Islam"},"content":{"rendered":"<div class=\"entry\">\n<p><strong>I. Prabicara<\/strong><\/p>\n<p>ASASI telah berusia 30 tahun mulai 2009 ini. Kewujudannya adalah semata-mata untuk merealisasikan kefahaman sains Moden\/Barat\/Kontemporer mengikut perspektif Islam dan seterusnya berkarya dalam sains mengikut perspektif itu sehingga terbitnya sains Islam kontemporer. Sebelum ini, selama setengah usianya para pemimpinnya dan ahli-ahli utamanya hanya bercakap sesama sendiri sahaja, dan masing-masingnya meyakinkan dirinya tentang adanya sains Islam. Pelbagai sumber termasuklah dari sarjana bukan Islam yang tidak tahu menahu, dan tidak ingin tahu adanya sains Islam, telah digarap oleh individu kumpulan ini untuk kepentingan nalurinya yang mahukan kepada Islam dalam segala aspek hidupnya. Ini terutamanya dilakukan dalam mengisi kefahaman dan penerokaan sendiri akan ilmunya berasaskan kepercayaannya bahawa \u201cilmu dan iman\u201d tidak terpisah. Ini satu daripada pengalaman kami (yang dipercayai mewakili ramai ahli ASASI seangkatan kami) yang diperihalkan selanjutnya dalam tulisan ini, khususnya tentang perihal sumber-sumber \u201csarjana bukan Islam\u201d yang membawa \u201ckarya-karya asing\u201d itu ke dalam kehidupan kami. Hanya dalam sekitar separuh usia ASASI lagi itu, barulah ada karya-karya yang khusus dari kalangan kami yang menampakkan contoh-contoh konkrit adanya sains Islam kontemporer, bukan hanya sekadar retorik sejarah atau falsafah perenialnya sahaja. Contoh-contoh inilah yang menjadi isu kedua yang kami alami sendiri dan oleh itu ingin dikongsi bersama di sini.<br \/>\n<strong><br \/>\nII. Atur Cara Penyelidikan ASASI?<\/strong><\/p>\n<p>Sejak kami \u201cmengenali\u201d tabii sains Barat dalam tahun 1980-an dahulu, kami juga dirangsang oleh \u201ckarya-karya asing\u201d tentang perlunya \u201cSains Besar\u201d (Big Science) dan \u201cAtur Cara Penyelidikan\u201d (Research Program), Reka Bentuk Gedang (Grand Design), atau Masalah-Masalah Besar (Big Problems) dalam Sains Islam ASASI. Walau bagaimanapun, kami tidak pernah pula tertekan hebat untuk \u201cmenerbitkannya\u201d. Hendak dikatakan tiada idea langsung perkara ini untuk dipadankan dengan penjanaan sains Islam kami ketika itu dan hingga kini, tentunya itu tidak tepat. Ini kerana setiap bentuk penyelidikan pastinya ada perkara ini di dalam fikiran penyelidik berkenaan hal tersebut, sekurang-kurangnya untuk dikongsi wawasannya di kalangan anggota kumpulan penyelidikannya walau sekecil mana pun kumpulan itu. Kumpulan penyelidikan kecil kami memang \u201csekali ada sekali tiada\u201d sejak 1983 dahulu di UKM atas nama \u201cKumpulan Mentelaah Sains Matematik\u201d ringkasnya KUMAT, kemudian \u201cKumpulan Penyelidikan Etnomatematik Melayu\u201d, dan yang nampak lebih berhasilnya ialah \u201cKumpulan Penulisan Analisis dan Domain Kuantitatif, ringkasnya PELANDOK. Kumpulan akhir ini pun meliuk-liuk sehingga jatuh sakit pada 2003 apabila pengkoordinatnya (penulis ini) berada di kedudukan yang secara politiknya tidak \u201cmakan siku\u201d pada masa itu, lalu tersingkir dari kampus di tempat persadanya selama 30 tahun itu; dan dianggap mati dengan penerbitan terakhirnya yang ke-8 (Shaharir 2005) yang kami anggap karya terulung tentang mekanik quantum yang menyusuri haluan pengIslaman-pemeribumian bidang khusus itu yang gagasan amnya dibicarakan di dalam makalah ini. Ditakdirkan apabila penulis ini mendapat ehsan dari rakannya untuk berkhidmat di INSPEM, UPM maka pada akhir 2005, nama kumpulan beliau kedua terakhir di UKM itu dihidupkannya di institut itu dengan lebih gagah lagi atas nama KuPELEMA (masih Kumpulan Penyelidikan Etnomatematik Melayu) yang ternyata memang lebih berhasil lagi. Sebab terbesarnya selama ini ialah tiadanya pembentukan rasmi \u201catur cara penyeldikan\u201d (tidak semestinya mengikut pengertian Lakatos yang masyhur itu) dan sebagainya itu. Tapi sebenarnya bagi ASASI ialah tiadanya bilangan ahli ASASI yang dianggap mencukupi bagi menggerakkan atau melaksanakan apa pun \u201cPerkara Besar\u201d itu. Ini terbukti apabila ASASI dalam sekitar tahun 1990-an mengadakan seminar dan bengkel khas pengIslaman Ilmu dalam setiap bidang teras sains secara berasingan, iaitu Siri Seminar PengIslaman X, X= Fizik (1989), Biologi (bertemakan Biologi Masa Kini 1990), Kimia (bertemakan Kimia Masa Kini, 1991), dan Bengkel PengIslaman Matematik (1988?) yang tidak begitu tercapai hasratnya. Namun mengikut sukatan budaya seminar kita, siri seminar dan bengkel ini boleh dianggap berjaya kerana setiap pascasidangnya diterbitkan dalam jurnal ASASI, Kesturi 7(1), Jan-Jun 1997 untuk fizik; 7(2), Julai-Dis 1997 untuk kimia; dan 8(2), Julai-Disember 1998 untuk biologi. Manakala pascasidang Bengkel PengIslaman Matematik itu dimuatkan di dalam Warkah Berita ASASI, Asasains 1\/1988. Antara harapan seminar dan bengkel itu ialah, antara lainnya, menghasilkan atur cara penyelidikan pengIslaman Ilmu dalam setiap bidang itu untuk dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun oleh terutamanya para sarjana yang hadir di seminar atau bengkel itu. Namun, hanya Bengkel PengIslaman Sains Matematik sahaja yang berjaya menerbitkan semacam \u201catur cara penyelidikan\u201d itu (diutarakan beberapa hipotesis yang mengikut istilah Lakatos boleh dikategorikan sebagai \u201cheuristik positif\u201d dan \u201cheuristik negatif\u201d bagi membina \u201cpending perlindungan\u201d bagi \u201cteras liat atur cara\u201d dalam teori Lakatos itu). Malah, bengkel tersebut turut menamakan sarjana yang akan membuat kajiannya, tetapi ternyata tiada satu pun yang melakukannya di mana ini tentunya mengecewakan sesiapa pun yang merancangnya! Namun ramailah yang menaruh harapan besar yang atur cara penyelidikan pengIslaman ilmu dalam apa jua bidang nantinya akan diutarakan dan dilaksanakan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ditubuhkan dalam tahun 1983. Harapan ini pun ternyata tinggal kenangan sahaja kerana bidang sains teras itu tidak diwujudkan di universiti itu dan pengIslaman bidang-bidang ilmu yang ada di universiti itu seperti sains sosial dan sains gunaan serta kejuruteraan remuk terhempas pada 1998 (tahun coup politik dalaman yang terbesar pernah berlaku di Malaysia). Semenjak itu semakin berkecailah sehingga sejak beberapa tahun sahaja selepas itu tiadalah sesiapa pun di universiti itu yang menyebutnya (secara awamnya) \u201catur cara pengIslaman ilmu\u201d universiti ini. Yang tinggal hanyalah individu dalam ASASI yang bebas daripada universiti itu dan tetap melakukan kerja pengIslaman ilmunya sendiri-sendiri seperti yang dihuraikan nanti dalam makalah ini. Suatu perkembangan positif yang boleh dianggap sebagai langkah menjadikan pengIslaman sains sebagai sebuah Sains Besar di Malaysia ialah kejayaan kami memasukkan bidang \u201cpengIslaman sains matematik\u201d ke dalam pengelasan sains matematik PERSAMA 2000 (yang dihebahkan dalam Warkah Berita PERSAMA 1999) dan dalam MASTIC Classification of Mathematical Sciences 2003 di bawah nama \u201cIndigenisation and Islamisation\u201d dengan kodnya F1010116 bagi bidang \u201cMathematics\u201d, F1010205 bagi bidang \u201cStatistics\u201d dan \u201cF1010505 Mathematical Ethnosciences and Islamic Education\u201d bagi bidang \u201cMathematical Science Education\u201d (Usaha kami meMelayukan pengelasan ilmu MASTIC tidak berjaya). Namun, kesannya masih belum terzahir! Walau bagaimanapun, pengalaman kami dengan FRG (Kementerian Pengajian Tinggi) nampaknya agak mudah juga mendapat grannya walaupun judulnya memang berhubung dengan pengIslaman sains matematik seperti yang kami peroleh pada pertengahan tahun 2008. Ini pertanda yang baik juga untuk kemajuan pengIslaman Ilmu di Malaysia.<\/p>\n<p>Sementara itu, sejak beberapa tahun ini, Adi Setia, seorang sarjana muda dari UIAM (dan menganggotai ASASI), selalulah mencabar sesiapa sahaja supaya mewujudkan \u201crencana penyelidikan\u201d (ungkapan yang lebih digemarinya daripada \u201catur cara penyelidikan\u201d) dalam sesuatu bidang pengIslaman ilmunya. Ini kerana beliau nampaknya begitu tertarik dengan falsafah sains Lakatos yang menunjukkan kemajuan sains Barat selama ini berlaku menerusi sesebuah \u201catur cara penyelidikan\u201d. Dengan sedarnya atau tidaknya terhadap kegiatan ASASI (atau individu yang berhubung dengan ASASI) yang dihuraikan di atas, beliau selalulah juga menyebut yang beliau telah pun memulakan \u201cRencana\u201d itu atau ke arah itu sejak 2005 dan yang mutakhirnya 2008 (Adi Setia 2005, 2007, 2008a, 2008b). Apa pun karya-karya beliau itu agak menyegarkan dan kadangkala memberi kefahamannya terhadap isu pengIslaman sains yang boleh mengimbau generasi baru dengan lebih mendalami lagi perkara yang diperkatakannya itu. Karya Adi Setia yang pertama itu lebih merupakan penjelasan isu yang dihadapi jika seseorang mahu mewujudkan atur cara penyelidikan sains Islam; manakala yang kedua itu pula ialah pengartikulasiannya tentang tiga takrif sains Islam yang memang lama sudah diketahui umum (sejarah, pengeyaan sains moden dengan al-Quran, dan penilaian semula sains moden menerusi tasawur Islam) dan penegasannya tentang kesesuaian takrif sains Islam ketiga itu (yang memang menjadi pegangan utama ASASI sejak penubuhannya) dengan sebarang \u201catur cara penyelidikan\u201d. Beliau menghuraikan lagi kesesuaian itu dalam makalah beliau yang ketiga itu dengan dua contoh daripada Zaman Tamadun Islam, iaitu atur cara al-Haytham dalam optik dan atur cara mutakallimun Jadid yang dipelopori oleh al-Ghazaly dalam falsafah sains fizik dan menonjolkan pula sumbangan Fakhr al-Din al-Razi dalam pengukuhan dan pengisian atur cara mutkallimun ini. Ini contoh \u201catur cara penyelidikan\u201d daripada zaman Tamadun Islam dahulu yang agak baik terutamanya jika dikaitkan lagi dengan atur cara penyelidikan sains fizik moden seperti dalam kes atur cara al-Haytham yang dihuraikan oleh Shaharir (2007a) dan kes mutakallimun itu oleh Shaharir (2002) dan beberapa buah karya yang lain lagi selepas itu yang dapat ditelaah dalam Shaharir (2009). Kemudian dalam karyanya yang keempat itu beliau menunjukkan \u201ckeberanian luar biasa\u201d beliau dengan mencuit para ahli sains Muslim ikhtisas amnya supaya mencuba nasib berkarya dalam bidang masing-masing mengikut acuan \u201csains Islam\u201d itu dengan memberi beberapa contoh dalam pelbagai bidang sains kini. Ini kerana beliau rasa berpotensi bagi ahli sains matematik kini untuk menceburinya, walaupun pengimbauan beliau agak kurang kena atau kurang kehalusannya (\u201cAhli sains ikhtisas\u201d di sini bermaksud ahli sains yang benar-benar membuat penyelidikan bidangnya yang kontemporer, bukan hanya penyelidik \u201csejarah dan falsafah\u201d sahaja). Apa pun aspek-aspek \u201cRencana\u201d yang diketengahkan oleh Adi Setia itu tidak akan diulangi di sini. Ini diharapkan sesuai pula dengan keperluan yang difahami tatkala dalam sebulan-dua yang lepas pihak penganjur bengkel ini mengingini bicara \u201cHala Tuju\u201d pengIslaman Ilmu bagi tatapan ahli-ahli baru ASASI. \u201cHala Tuju\u201d itu ditukar di sini kepada \u201cHaluan\u201d yang pernah, sedang dilalui oleh sekumpulan sarjana yang dianggotai oleh penulis ini, sehingga menerbitkan makalah ini sekadar untuk santapan hadirin yang mungkin mahu merasai keseronokan sendiri mengikuti haluan ini kelak atau mungkin lebih menyeronokkan lagi dengan mencipta haluan sendiri sahaja lagi menuju ke destinasi yang sama.<br \/>\nDalam menyediakan \u201cHaluan\u201d ini tentunya teringatlah juga kepada beberapa \u201catur cara gedang\u201d yang pernah muncul dalam sejarah perkembangan sains serata dunia abad ke-20 termasuk di negara kita (selain daripada \u201catur cara penyelidikan sains matematik\u201d 1988 yang diperihalkan di atas). Beberapa daripada atur cara penyelidikan pilihan kami yang dibicarakan di bawah ini dianggap berjaya kerana mendapat sambutan di kalangan ahli sains ikhtisasnya seluruh dunia, manakala yang lainnya tidak berjaya \u2026 bak \u201crupanya hujan di tengah hari\u201d. Atur cara gedang itu ial<\/p><\/div>\n\n<!-- NgfbSharing::get_buttons content filter skipped: buttons_on_index not enabled -->\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>I. Prabicara ASASI telah berusia 30 tahun mulai 2009 ini. Kewujudannya adalah semata-mata untuk merealisasikan kefahaman sains Moden\/Barat\/Kontemporer mengikut perspektif Islam dan seterusnya berkarya dalam sains mengikut perspektif itu sehingga terbitnya sains Islam kontemporer. Sebelum ini, selama setengah usianya para pemimpinnya dan ahli-ahli utamanya hanya bercakap sesama sendiri sahaja, dan masing-masingnya meyakinkan dirinya tentang adanya &#8230;<\/p>\n <a class=\"moretag\" href=\"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=684\">[Baca teks penuh...]<\/a>","protected":false},"author":3,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[9],"tags":[],"class_list":["post-684","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-c02-makalah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/684","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=684"}],"version-history":[{"count":28,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/684\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":689,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/684\/revisions\/689"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=684"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=684"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=684"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}