{"id":61,"date":"2008-07-30T13:30:15","date_gmt":"2008-07-30T05:30:15","guid":{"rendered":"http:\/\/www.asasi.my\/?p=61"},"modified":"2009-03-10T10:18:26","modified_gmt":"2009-03-10T02:18:26","slug":"isu-bahasa-kerajaan-wajar-berpatah-balik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=61","title":{"rendered":"Kerajaan Wajar Berpatah Balik"},"content":{"rendered":"<p><strong><\/strong>Saya menyokong pandangan sesiapa juga yang meletakkan bahasa sendiri sebagai bahasa pendidikan anak bangsa, sekurang-kurang di peringkat awal pendidikannya. Bukan kerana \u201cassabiyah\u201d tetapi kerana sudah terbukti keistimewaannya pendidikan sains dalam bahasa sendiri.   Di peringkat penciptaan ilmu telah terbukti demikian: mereka yang pernah terdidik dalam bahasa dan kebudayaan sendirilah yang melahirkan karya aslinya dalam sains dan teknologi, apatah lagi sastera.<\/p>\n<p>Oleh itu saya menyokong penuh pandangan sesiapa jua termasuk pendirian Parti Gerakan yang menyuarakan perkara ini. Saya hairan dan sedih dengan pendirian pemimpin, terutamanya Melayu, yang dilaporkan dalam mana-mana akhbar aliran perdana yang bertindak balas terhadap mana-mana pemimpin atau individu yang mempersoalkan kebijaksanaan dasar bahasa pengantar Sains dan Matematik sejak 2003 itu.<\/p>\n<p>Saya kira dasar mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kepada anak-anak Malaysia adalah suatu dasar yang tersasar, sesat dan bertentangan dengan \u201chukum akal\u201d. Nampaknya kita tidak mengambil iktibar daripada negara-negara maju, berlawanan dengan perakuan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) dan meremehkan hasil penyelidikan sains berkurun-kurun.   Dasar kita juga bercanggah dengan tafsiran al-Qur\u2019an Ayat 4, Surah Ibrahim \u201c\u2026dan Kami sekali-kali tidak mengutus seorang Rasul pun melainkan dengan bahasa kaumnya agar dia mudah menerangkan kepada mereka\u2026\u201d.<\/p>\n<p>Ternyata juga dasar tersebut dilakukan dengan tergesa-gesa: tidak dibahaskan dengan pelbagai pihak yang arif dengan pendidikan atau \u201csains dan matematik\u201d, dan tidak dilaksanakan mengikut lunas-lunas pelaksanaan sesuatu dasar baru pendidikan yang lazimnya dimulakan dengan perojek perintis.   Oleh itu jelaslah dasar tersebut perlu dinilai kembali seperti yang disyorkan oleh pelbagai pihak, termasuk orang Melayu, menerusi siri perjumpaan dengan pihak berkuasa dan resolusi persidangan\/kongres yang tidak putus-putus diadakan sejakm dasar ini dilaksanakan.<\/p>\n<p>Tidaklah benar hanya bukan Melayu, khususnya Cina sahaja, yang tidak atau kurang bersetuju dengan dasar bahasa pengantar Sains dan Matematik ini. Ini bukan isu perkauman. Saya kira tiada ruginya kerajaan jika mengambil langkah \u201cbalik ke pangkal jalan\u201d.<\/p>\n\n<!-- NgfbSharing::get_buttons content filter skipped: buttons_on_index not enabled -->\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya menyokong pandangan sesiapa juga yang meletakkan bahasa sendiri sebagai bahasa pendidikan anak bangsa, sekurang-kurang di peringkat awal pendidikannya. Bukan kerana \u201cassabiyah\u201d tetapi kerana sudah terbukti keistimewaannya pendidikan sains dalam bahasa sendiri. Di peringkat penciptaan ilmu telah terbukti demikian: mereka yang pernah terdidik dalam bahasa dan kebudayaan sendirilah yang melahirkan karya aslinya dalam sains dan teknologi, apatah lagi sastera.<\/p>\n <a class=\"moretag\" href=\"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=61\">[Baca teks penuh...]<\/a>","protected":false},"author":3,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[10],"tags":[],"class_list":["post-61","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-c031-surat"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/61","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=61"}],"version-history":[{"count":8,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/61\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":753,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/61\/revisions\/753"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=61"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=61"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=61"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}