{"id":2355,"date":"2014-11-20T13:18:28","date_gmt":"2014-11-20T05:18:28","guid":{"rendered":"http:\/\/www.asasi.my\/?p=2355"},"modified":"2015-08-26T12:10:22","modified_gmt":"2015-08-26T04:10:22","slug":"senang-lenang-dan-berlinangnya-pembangunan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=2355","title":{"rendered":"Senang-Lenang dan Berlinangnya Pembangunan*"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Shaharir b.M.Z. (Prof Emeritus)<br \/>\nPusat Dialog Peradaban<br \/>\nUniversiti Malaya<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b>Abstrak<\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Makalah ini mengandungi kupasan punca-punca konfliknya pembangunan dari aspek teorinya dan amalannya. Ini termasuklah konfliknya makna pembangunan dengan <i>development<\/i>, konfliknya sejarah projek pembangunan di Eropah\u00a0 dengan pembangunan di Malaysia, konfliknya teori pembangunan Barat dengan teori pembangunan yang sepatutnya, iaitu dalam acuan kita sendiri, konfliknya tanggapan sarjana Barat dengan sarjana kita terhadap konsep pembangunan, dan konfliknya amalan projek pembangunan kita degan matalamat pembangunan itu sendiri. Selain daripada \u201cpengajaran\u201d drp amalan pembangunan selama ini yang ditunjukkan negatif sifatnya, model pembangunan kerajaaan Sriwijaya abad ke-7 M yang bermatlamatkan <i>subhagia<\/i> rakyatnya yang begitu kontras sifatnya dipaparkan bagi mendapat pengajaran baharu zaman ini. Beberapa syor penambah-baikan pembangunan sekarang dipaparkan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b>1. Kenal Pembangunan<\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kita kenal istilah <b>pembangunan<\/b> mulai Rancangan Lima Tahun Pertama Malaya 1956-1960 yang menumpukan kepada sktor ekonomi luar bandar sehingga rakyat menyekutukan pembangunan dengan pembangunan luar bandar sahaja. Namun datangnya Rancangan Malaysia Pertama 1965-1970 (Penyambungan Rancanganan Malaya kedua 1961-1965) istilah <b>pembangunan<\/b> ditujukan kepada seluruh negara (yang pastinya termasuklah Bandar, iaitu pembangunan bandar).(Lihat Internet 1) \u00a0Rakyat mula melihat pembangunan\u00a0 bukan lagi cuma penerokaan tanah hutan belantara untuk penanaman dan penempatan baharu sahaja yang menjanjikan senang-lenangnya para peneroka nanti (walaupun atas tangisan flora-fauna, dan mungkin sekali orang asal di tempat berkenaan) tetapi yang lebih ketaranya pembinaan bangunan baharu (gedung perniagaan, kilang-kilang dan rumah-rumah kediaman) di dalam kawasan Bandar. Pembangunan dijadikan wahana untuk pengindustrian negara, dan Barat menjadi modelnya sehingga pembangunan juga disetarakan dengan pemBaratan atau pemodenan dengan kefahaman yang positifnya. Sekali gus pembangunan kita semakin menampakkan ciri-ciri kejasmanian dan kebendaan semata-mata, iaitu pembinaan bangunan sehingga pembangunan (proses bangun) menjadi semakin tepat kepada <b>pembangunanan <\/b>(proses membina bangunan). Inilah yang menempa sejarah pembangunan negara kita yang tersendiri yang bertukar tujuannya kepada melahirkan kekayaan individu yang bersenang-lenang dan seterusnya akaun kekayaan negara yang melonjak tetapi semakin besarlah pula rakyat yang berlinangan kesedihan nasibnya akibat terpinggir atau dipinggiri oleh arus pembangunan sebegini.\u00a0 Ternyata negara semakin kaya (KDNK semakin meningkat) tetapi jurang yang bersenang-lenang dengan yang berlinang tidaklah juga berubah seperti yang sepatutnya\/dijanjikan bahkan adakala semakin meluas \u00a0(Lihat jadual indeks GINI di bawah yang berhubung dengan isu ini). Bukti yang lebih tepat kesenjangan agihan kekayaan negara dipersaksikan oleh pernyataan Raja Nazrin bahawa 78 % penanggung keluarga di Malaysia berpendapat kurang daripada RM3 ribu sebulan (Lihat akhbar perdana pada 2 Okt 2014) dan pernyataan Menteri Kewangan Kedua Malaysia (<i>Borneo Post<\/i> 19 March 2013) seramai 6.1 juta penerima BRIM (mereka yang kurang drp RM3 ribu sebulan) yang kira-kira berkesimpulan yang serupa. Apakah sebenarnya \u201cpembangunan\u201d yang kita ambil daripada \u201c<i>development<\/i>\u201d itu?<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-2359 aligncenter\" alt=\"IndeksGINI\" src=\"http:\/\/www.asasi.org.my\/wp-content\/uploads\/2014\/11\/IndeksGINI.png\" width=\"550\" height=\"200\" data-wp-pid=\"2359\" srcset=\"https:\/\/www.asasi.org.my\/wp-content\/uploads\/2014\/11\/IndeksGINI.png 550w, https:\/\/www.asasi.org.my\/wp-content\/uploads\/2014\/11\/IndeksGINI-100x36.png 100w, https:\/\/www.asasi.org.my\/wp-content\/uploads\/2014\/11\/IndeksGINI-300x109.png 300w\" sizes=\"auto, (max-width: 550px) 100vw, 550px\" \/><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b>2. Makna Pembangunan <\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perkataan \u201cpembangunan\u201d pastinya ada sudah lama dalam bahasa Melayu dengan makna \u201cproses bangun atau membang\u201d tetapi sejak 1956 perkataan ini dipadankan dengan istilah Inggeris <i>development<\/i> yang juga sering dipadankan dengan \u201ckemajuan\u201d. (Perkataan terakhir itu amat positif bunyinya, walaupun konsep \u201cmaju\u201d itu sendiri, mengikut pengertian bahasa Inggeris, <i>progress, advance<\/i> dsbnya cukup berkonflik dengan nilai \u201cmaju\u201d kita sendiri yang dipengaruhi oleh Islam). Tidak hairanlah pebangunan sentiasalah disekutukan dengan pemajuan atau kemajuan. <i>Development<\/i> mulai dijalankan di Eropah selepas Perang Dunia Kedua bagi tujuan mengembalikan keadaan ekonomi dan sosial negara-negara di Eropah yang menerima bahana Perang tersebut. Projek pembangunan ekonomi ini diprakarsai oleh Amerika Syarikat 1948 sebagai suatu usaha pembinaan semula negara-negara Eropah yang runtuh\/roboh hampir segala-galanya (bukan bangunan sahaja) akibat Perang Dunia II. Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Truman memaparkan <b>prinsip pembangunan<\/b>nya (prinsip <i>development <\/i>Truman):<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cYang kami bayangkan ialah sebuah program pembangunan berasaskan konsep kira-bicara yang adil berdemokrasi \u2026. Pengeluaran yang lebih hebat adalah kunci kepada kemakmuran dan keamanan. Dan kunci kepada pengeluaran yang lebih hebat ialah penerapan ilmu teknik dan sains moden yang lebih bersungguh-sungguh.&#8221; [Terjemahan penulis terhadap sebahagian drp ucapan Truman bersumberkan: Economic development , http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Economic_development]<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jelaslah konsep pembangunan Barat yang asalnya ini melibatkan keadilan berdemokrasi, pegeluaran yang cekap dan banyak, dan penerapan sains dan teknologi yang hebat. Sejauh mana pembangunan kita menerapkan konsep pembangunan asli ini memanglah banyak yang tidak kesampaiannya, tetapi perkara ini tidak dibicarakan di sini secara terusnya. Gantinya dibicarakan teori dan amalannya sahaja kerana teori pembangunan adalah hasil dukungan konsep pembangunan asal ini dengan perluasan mengikut acuan srjna-sarjana Barat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sarjana Barat memang menyahut konsep pembangunan Truman ini dengan mengutarakan teori bersesuaiannya sehingga tahun 1960-an bahawa kerajaan\/pememrintah Negara Membangun (<i>Developing Nation<\/i>) semestinya berperanan utama dalam mempromosi pengindustrian dan sekali gus membuahkan teori pemodenan dan pembangunan sebagai agen pertumbuhan ekonomi (walaupun pertumbuhan ekonomi boleh sahaja berlaku tanpa \u201cpembangunan\u201d, dan kini diakui ekonomi berasaskan pengekalan pertumbuhan pada aras berapa pun adalah ekonomi yang tidak terlestarikan; ringkasnya pembangunan terlestarikan beroksimoron, iaitu bertentangan parah, \u00a0dengan pertumbuhan dan ini akan dibicarakan berasingan nanti). Dalam tempoh pembangunan ekonomi di bawah kawalan pemerintah ini (sehingga 1970-an) jugalah ahli teori memperakukan bahawa pembangunan semestinya memfokuskan terlebih dahulu kepada pembangunan modal insan dan pengagihan semula kekayaan negara. Inilah juga yang diretorikkan oleh kerajaan kita, walaupun aspek retorik pembangunan modal insan ini baharu sahaja munculnya sejak zaman Pak Lah sahaja. Seterusnya, setelah tepunya pulangan dasar liberalisme terpimpin ini, maka dasar liberaru (neo-liberalisme), iaitu peniadaan peranan kerajaan\/pemerintah\u00a0 dalam pembangunan, dimunculkan dalam tahun 1980-an yang menekankan kepada agenda perdagangan bebas dan Pengindustrian Gantian Impot (<i>Import substitution industrialization<\/i>), iaitu pengurangan barang impot yang digantikan dengan buatan sendiri. Ternyata, projek pembangunan Eropah yang ditunjangi oleh teori-teori itu berjaya. Bukti nyatanya, lebih separuh daripada Negara Maju sekarang (berjumlah 40-an) adalah negara-negara di Eropah (yang hancur dalam Perang Dunia II dahulu). \u00a0Laluan teori pembangunan inilah yang cuba dilalui oleh negara kita sejak dari mulanya lagi, tetapi bukan secara sepenuhnya seperti Penggantian Gantian Impot itu amat ketinggalan dalam pembangunan kita. Maka sesuai dengan hukum alamlah bahawa pemikiran impot terutamanya jika diambil secara berpilih akan menimbulkan banyak konfliknya seperti yang akan dipertuntunkan nanti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dengan kejayaan projek pembangunan di Eropah itulah maka pembangunan di anggap satu cara untuk memajukan sesebuah negara dan seterusnya menciptakan kesejahteraan, kemakmuran \u2026. dan akhirnya kebahagiaan, walaupun indeks-indeks ini tidak pernah pula menjadi sasaran dasar utama pembangunan kita, bahkan tidak pernah sarjana kita terlibat dalam pembinaan modelnya (Lihat sorotannya oleh Shaharir 2008). Sebenarnya sejak 1970-an lagi kritikan dari kalangan ahli ekonomi Barat pun terhadap pembangunan mulai timbul kerana pembangunan dilihat membawa kesengsaraan atau kemerosotan kebahagiaan mereka. Ini dibicaakan lagi pada akhir makalah ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Persoalan yang menerbitkan konflik dalam pembangunan ialah maksud \u201ckejayaan\u201d , \u201ckemajuan\u201d dan \u201ckebahagiaan\u201d yang amat sarat dengan nilai atau kebudayaan itu. Pendukungan sesuatu bangsa akan makna tiga perkara ini mengikut acuan Eropah itulah yang menimbulkan konflik. Sebahagiannya dibicarakan di sini.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b>3. Konflik makna pembangunan dengan d<i>evelopment<\/i><\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perkataan Inggeris, <i>develop <\/i>mengalami perubahan makna asalnya buat pertama kalinya akibat keperluan istilahnya dalam teknologi terawal fotografi<i> <\/i>dalam abad ke-19 M.<i> <\/i>Dalam fotografi<i>, develop <\/i>dimaksudkan \u201cmencuci gambar\u201d , \u00a0d<i>eveloper<\/i>\u00a0 bermaksud \u201cpencuci gambar\u201d ; <i>Underdeveloped<\/i>\u00a0 bermaskud \u201ctak cukup bersih cuci gambar\u201d. Kemudian mulai 1948, menerusi projek pembangunan Truman itu, baharulah muncul <i>development<\/i> sebagai bermaksud \u201ckeadaan ekonomi\u201d dan seterusnya perkataan <i>develop, developing, developed, underdeveloped<\/i> membawa pengertian yang khusus dalam konteks ekonomi ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebelum berlakunya perubahan di atas, asalnya, perkataan Inggeris <i>develop<\/i> diambil daripada Perancis, <i>developer<\/i> atau <i>desveloper<\/i> , dalam sekitar pertengahan abad ke-17 M dengan makna \u201cbuka lipatan\u201d, \u201cbuka bungkusan\u201d atau \u201cbuka tutupan\/hijab\u201d; \u201cmenjelaskan makna\u201d. Kemudian digunakan juga untuk konteks pembuatan fotograf itu mulai pertengahan abad ke-19 M. Istilah <i>development <\/i>yang membawa makna proses, iaitu \u201cpembukaan lipatan\u201d, \u201cpembukaan bungkusan\u201d atau \u201cpembukaan tutupan\/hijab\u201d muncul kira-kira seabad kemudian dan sekaligus pula muncul makna baharunya, berhubung dangan hartanah, \u201cmenyerlahkan kemungkinan terpendamnya\u201d dan seabad lagi (akhir abad ke-19 M) mendapat makna baharu lagi ke atas hartanah itu, iaitu \u201cpenambah-baikan yang dilakukan ke atas tanah baharu menerusi penanaman dan pendirian bangunan dsbnya\u201d dan seterusnya pada awal abad ke-20 mendapat makna ekonomi, \u201c keadaan kemaraan\/kemajuan ekonomi\u201d (<i>state of economic advancement<\/i>).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam bahasa Melayu sejarah makna \u201cbangun\u201d dan \u201cpembangunan\u201d sebelum abad ke-20 M tidaklah diketahui (terutama segi etimologinya) melainkan maknanya agak berbeza daripada <i>develop<\/i>\u00a0 Inggeris itu. Perkataan \u201cbangun\u201d bukan daripada Sanskrit kerana berdasarkan kamus Inggeris-Sanskrit di internet, perkataan Sanskrit yang dipadankan dengan <i>develop<\/i> ialah <i>jaayante; developed<\/i> ialah\u00a0 <i>pravriddhae<\/i> dan <i>pravriddhaah<\/i>;\u00a0 <i>developing<\/i> ialah <i>prabhavishhnu;<\/i> dan <i>development<\/i> ialah <i>praagalbhya; <\/i>manakala<i> rise <\/i>dalam Sanskrit ialah<i> udaya, abhudaya <\/i>dan <i>bhaagyodaya<\/i>. Perkataan \u201cbangun\u201d juga bukan daripada bahasa Arab kerana mengikut kamus Ingeris-Arab\u00a0 di internet, <i>develop<\/i> ialah <i>tatdwyr\/tatwir<\/i>, <i>tduwr\/tur<\/i>, <i>nawm<\/i> dan <i>zhur\/zuhr<\/i>, manakala <i>development<\/i> ialah <i>tatdwyr<\/i> atau <i>tanmiyah; <\/i>walaupun ada kemungkinan datangnya daripada<i> qum<\/i> seperti dalam <i>Suraht al-Muzammir<\/i> itu (apabila Allah menyuruh Nabi Muhammad <i>SAW<\/i> bangun\/<i>qum<\/i> drp berselimutnya). Oleh itu sehingga kini, \u201cbangun\u201d boleh diangap perkataan Melayu\/Malayonesia asli. Perkataan \u201cbangun\u201d dalam bahasa Melayu tiada hubungannya dengan lipatan, bungkusan atau tutupan itu tetapi berhubung dengan jatuh, terlantar, baring, tidur dsbnya. Jika tiadalah pengaruh makna <i>develop<\/i> dan <i>development <\/i>dari bahasa Inggeris itu, <b>konsep pembangunan\u00a0 Melayu sewajarnya jauh lebih baik daripada konsep-konsep Inggeris itu, apatah lagi dengan amalan pembangunan kita selama ini<\/b>. Nampaknya kita membelakangi makna asli dan murni \u201cbangun\u201d kita dan \u201cpembangunan\u201d dalam bahasa kita itu dan membina kefahaman \u201cbangun\u201d dan \u201cpembangunan\u201d kita sama seperti dalam bahasa Inggeris itu: cuci (gambar) pencuci (gambar) dikembangkan kpd kegiatan ekonomi: cuci dulu segala-galanya tempat yang mahu \u201cdimajukan\u201d itu. Dalam bahasa Melayu abad ke-20 hingga kini, padanan <i>develop<\/i> segi ekonomi ialah \u201cmaju\u201d atau \u201cbangun\u201d; <i>development<\/i> dipadankan dengan \u201ckemajuan\u201d atau \u201cpembangunan\u201d; <i>developed<\/i> dipadankan dengan \u201cmaju\u201d, seperti dalam negara maju\/Negara Maju =<i>developed nation<\/i>; <i>developing<\/i> dipadankan dengan \u201cmembangun\u201d seperti dalam <i>developing nation<\/i> =negara membangun\/Negara Membangun. Kedua-dua konsep \u201cmaju\u201d dan \u201cmembangun\u201d itu tentunyalah sama dengan konsep dalam bahasa Inggeris itu (mengikut konsep ilmu Barat, ilmu bukan dalam acuan kita sendiri) . Inilah konflik awal-awalnya pembangunan, iaitu bersenang-lenangnya kita dengan konsep pembangunan orang tanpa keinsafannya terhadap konsep \u201cpembangunan\u201d kita sendiri walaupun sudah lamalah berlinangnya air mata sekumpulan yang tidak bermaya melakukan sesuatu terhadap ilmu ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apa lagi konfliknya? Ada beberapa lagi yang terasnya yang akan diperkatakan di bawah ini.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b>4. Konfliknya Pembangunan sebagai Pertumbuhan Ekonomi<\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pertamanya, kosep pembangunan Barat yag asalnya tiadalah bertujuan untuk pertumbuhan ekonomi seperti yang berlaku sekarang. Ekonomiawan Barat sekali pun sering mengkritik berleluasanya penyamaan pembangunan dengan pertumbuhan. Malaysia jelas melakukan penyamaan ini. Pengejaran kadar pertumbuhan negara menerusi pembangunan mewujudkan sesektor penyerta pembangunan itu bersenang-lenang tetapi pada sektor lainnya yang lebih besar lagi berlinanganlah air matanya. Rist (2009), dalam buku sejarah pembangunannya, berhujah pembangunan beginilah yang berlaku selama ini (pra-2009 lagi) yang menjadikan hasil pembangunan itu tidak lebih daripada sebuah \u201cdelusi ijmak\u201d (khayalan sepakatan) \u00a0yang kenyataannya hanya menghasilkan hubungan pasaran yang meluas sahaja, dan mereka inilah yang bersenang-lenangnya sedangkan yang lainnya berlinanganlah air matanya. Beberapa tahun daripada itu memang ramai sarjana yang mengkritik tentang adanya konflik yang parah dalam pembangunan dan contoh sarjana itu yang sering diketengahkan ialah Postel (1990) kerana sekaligus beliau mengesyorkan supaya ilmu ekonomi (<i>economics<\/i>) sekarang yang dianggapnya begitu tidak peduli kepada keseimbangan ekologi ditukar namanya kepada <i>eco-nomics <\/i>dengan maksud<i> eco <\/i>daripada<i> ecology <\/i>(mungkin diMelayukan juga sebagai eko-nomi), ada sempang selepas eco\/eko itu bagi membezakan <i>eco\/eko<\/i> dalam <i>economics\/economy<\/i> dalam bahasa Inggeris atau ekonomi dalam bahasa Melayu yang asalnya drp <i>oiko<\/i> perkataan Yunani yang diLatinkan <i>oeco<\/i> dan bermakna \u201crumah tangga\u201d). Istilah <i>eco-nomic<\/i> tajaan Postol itu memang tidak laku kerana kekeliruannya yang jelas dengan istilah yang sedia ada. Sehingga kini hanya beberapa buah makalah dan buku sahaja yang berjudul mengandungi istilah ini dan buku yang terlarisnya ialah oleh Bartlelmus (2008) yang sudah beberapa kali diulangcetak atau disunting semula. Namun buah fikirannya amat berpengaruh dan menjalar dalam segenap\u00a0 bidang ekonomi sekarang. Postel memberi contoh bagaimana pemimpin negara dan sekelompok pemodal atau niagawan akan bersenang-lenang jika sesebuah projek pembangunan dilaksanakan ddengan akaun kekayaan negara dilakukan seperti biasa ang berikut:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pertumbuhan ekonomi amat rapat dengan sukatan penuding prestasi ekonomi terkenal , Keluaran Negara Kasar (KDNK). Peningkatan KDNK (sering dikaitkan dengan peningkatan pertumbuhan ekonomi)\u00a0 dianggap kesihatan negara berkenaan bertambah baik dan sekaligus diandaikan rakyatnya pun bertambah senang-lenang. Postel berhujah tidaklah demikian halnya kerana <b>kesilapan dalam perakaunan KDNK<\/b> itu, iaitu tiadanya penolakan susut nilai dalam hisab KDNK itu akibat pembangunan itu. Tiadalah hisab susut nilai terhadap hutan, tanah-tanih, mutu udara,\u00a0 dan kurniaan alam tabii yang lain akibat \u201cpembangunan\u201d yang menjana kekayaan itu. Kita boleh tambah lagi perkara susut nilai akibat pembangunan ini <b>seperti perihal kebudayaan <\/b>(yang boleh ditakrifkan dengan agak tepatnya sebagai agama, ilmu, dan bahasa atau boleh diaksiomkan sebagai \u201cagama\u201d sahaja) <b>yang lagi terkeluar dalam perakaunan KDNK itu<\/b>. Hakikatnya, kekayaan tabii daripada semua jenis benda (daripada hasil pembangunan) menguncup tanpa munculnya kehilangan atau kerugian itu dalam akaun negara. Contoh yg diberi oleh Postel ialah tentang pemotongan balak yang hasilnya dikira sebagai pendapatan lalu dimasukkan ke dalam hisab KDNK itu, tetapi tiadalah penolakan atas penyusutan nilai hutan berkenaan yang menjadi aset ekonomi yang dapat memberi hasil negara kelak, jika diurus dengan baiknya. Akibatnya, hisab KDNK itu berupa pendapatan dan kekayaan yang dikembungkan (diinflasikan) sahaja sehingga mencipta suatu silap mata atau ilusi tentang lebih bagusnya negara\/rakyat berkenaan\u00a0 berbanding dengan sebenarnya dan boleh melestarikan aras konsumpsi yang lebih tinggi daripada yang mungkin sebenarnya.\u00a0 Pendeknya, <b>model ekonomi yang bersaskan pada pembangunan tidak peduli kepada persoalan keadilan dan kebersesamaan pengagihan\u00a0 nikmatnya atau sengsaranya<\/b>. Pembangunan selalulah tidak menghiraukan keadaan berlakunya sesebuah pelaburan yang menghasilkan satu pulangan bersihnya, tetapi \u00a0akibatnya sekumpulan yang secara nisbahnya sudah berada akan bertambah senang-lenangnya tetapi yang tidak berada akan bertambah kurang beradanya hingga berlinanglah air matanya. Pelaburan tetap dilakukan dan projek pembangunan begitu akan tetap diteruskan sambil diretorikkan projek itu mempromosikan progres . Itu konflik besarnya!<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b>5. Aksiom Manusia <i>Homoeconomicus<\/i> Berkonflik dengan <i>Ummatanwwasatdan<\/i><\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Teori pembangunan yang sedia ada berasaskan pada teori ekonomi berlandaskan aksiom manusia ini makhluk\u00a0 <i>homoeconomicus<\/i> (Bahasa Latin yang dikekalkan dalam istilah ekonomi dalam Bahasa-bahasa Eropah termasuk Ingeris), yang bererti makhluk yang rasional yang sentiasa merasionalkan keperluan pulangan yang paling tinggi atau istilah keramatnya optimum atau maksimum. Malah ilmu ekonomi sekarang ditakrifkan sebagai ilmu selok-belok membuat sesuatu atau mengahasilkan sesuatu secara optimum, ringkasnya ilmu pengoptimuman. Istilah optimum itu berasal daripada Latin <i>optimus<\/i> yang bermakna \u201cpaling baik\u201d atau \u201cterbaik\u201d yang diartikulasikan menerusi matematik pengoptimuman dengan takrif keoptimuman sebagai keadaan yang ektrim atau melampau, iaitu maksimum (=paling tinggi nialinya) atau minimum (=paling rendah nilainya), atau yang jarang digunakan, maksimum dan minimum hamper serentak berlaku (dinamai titik pelana). Penggunaaan matematik pengoptimuman mengaburkan mata dan melemahkan hati hampir semua orang termasuk sarjana dunia bahawa kononnya konsep \u201coptimum\u201d itu bersifat semesta, neutral atau bebas nilai dan bebas budaya.\u00a0 Sudah lamalah sarjana yang mengkritik pembangunan terlepas pandang bahawa satu daripada punca yang menghasilkan senang-lenang dan berlinangnya dalam pelaksanaan pembangunan ialah ialah penerimaan kepada konsep \u201cpaling baik\u201d itu ialah optimum. Kefahaman inilah yang menjadikan para pelaksana\u00a0 pembangunan itu tidak berhati mulia tetapi bersifat individualis, egois, rakus, tamak dan sebagainya. Bagi orang Islam pun sudah lama menghayati nilai pengoptimuman ini sehingga sudah terlupalah ajaran agamanya yang tidak pernah mengiktiraf manusia atau insan <i>homoeconomicus<\/i> bahkan mengajar aksiom kemanusiaan atau keinsanan yang istilahkan sebagai <i>ummatanwwasatdan<\/i> yang mengajar doktrin \u201cpaling baik itu ialah wusta\u201d yang secara kebetulan dirakamkan dalam peribahasa Melayu sebagai doktrin keberpadaan , \u201cbuat baik berpada-pada\u201d.\u00a0 Doktrin ini (sepatutnya sudah lama) mendesak sarjana Muslim khususnya supaya merevolusikan teori pembangunan yang berasaskan ilmu ekonomi berpaksikan pengoptimuman kepada yang berpaksikan pewustaan. Sarjana Muslim perlu mengartikulasikan makna wusta (<i>wustdo, wasatdiyyah<\/i>)\u00a0 sehingga matematik pengoptimuman dapat digantikan dengan matematik pewustaan. Permulaannya sudah dilakukan oleh Shaharir (2005, 2006, 2011, 2013), iaitu takrif popular wusta sebagai pertengahan atau sederhana bahkan purata pun tidak tepat, malah kefahaman itu tidak berdaya untuk dimatematikkannya sebagai alternatif kepada pematematikan konsep optimum itu. Wusta ialah yang adil dan seimbang yang lebih halus lagi sehinga matematiknya lebih canggih dan kusut daripada matematik purata dan sebaginya itu (Lihat juga Umbaian makalah ini)<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b>6. Konflik dalam Pembangunan Terlestarikan<\/b><br \/>\nKesedaran dan keisafan sarjana terhadap banyaknya konflik pembangunan itulah yang menimbulkan konsep dan ilmu serta amalan yang bukan sebarang pembangunan tetapi pembanguan yang mampu sekurang-kurangnya mempertahankan apa-apa yang bagus sekarang sehingga generasi demi generasi yan akan dating; dan pembangunan ini dinamai \u201cpembangunan terlestarikan\u201d (<i>sustainable development<\/i>). Konsep pertamanya pembangunan ini muncul pada tahun 1987 berpaksikan pada laporan suruhanjaya\u00a0 pembangunan anjuran Bangsa-Bangsa Bersatu yang dipengerusikan oleh Brundtland lalu dikenali sebagai Suruhanjaya Pembangunan Terlestarikan Brundtland.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh sebab pelaksanaan pembangunan telestarikan tidak pernah berjaya (atau mencapai sasaran yang ditetapkan hingga kini pun walaupun sudah banyak kritikan dan penambahbaikan projek ini seperti yang telah disorot oleh Shaharir (2012a) maka dikenalpastilah puncanya ialah teori ekonomi yang banyak mengabaikan atau terlepas pandang akan sifat-sifat azali manusia atau insan yang lebih tepat bukannya menerima <i>homoeconomicus<\/i> itu.\u00a0 Umpamanya konsep keterlestarian yang diterimapakai sehingga kini ialah \u201cperancangan ekonomi bermultimatalamat sehingga tercapainya matlamat-matalamat itu seoptimumnya\u201d . <b>Punca besar konfliknya ialah penetapan matalamat dan kepercayaan kepada konsep optimum itu. <\/b>Matalamat ekonomi di mana jua pun rata-rata banyak ditentukan atau dipengaruhi oleh nilai <i>homoeconomicus <\/i>itu (bukannya <i>ummatanwwasatdan<\/i>)\u00a0 sehingga terabailah, terlepas pandanglah atau sengaja tidak diapedulikan\u00a0 ekologi dan alam sekitar, dan kebudayaan. Matalamat pembangunan ekonomi kita sekarang yang hanya <b>bermatalamat tunggal, melahirkan rakyat yang berpendapat tinggi, pastinya tidak pun memenuhi matalamat pembangunan terlestarikan <\/b>berasaskan <i>homoeconomicus<\/i> sekalipun. Pembangunan selama ini pun tidak pernah diasaskan atau dinilai berasaskan manusia <i>ummatanwwasatdan,<\/i> iaitu pembangunan bermultimatalamat yang bertujuan melestarikan tiga unsur penting makhluk (yang memang sering dikhutbahkan tetapi tidak pernah dipedulikan oleh pihak yang berwajib,ilmuwan dan kuasawan): harta, keselamatan dan agama (terutamanya perkara terakhir itu). Pembangunan kita selama ini sentiasa menyusutkan harta umat berkenaan (biasanya tanah atau rumah atau hasil-mahsul tabii). Lihat sahaja nasib harta umat di Taman Midah (peneroka Felda), di Damansara (orang asal), Kg Abdullah Hukum dan Kerinci,\u2026\u2026 harta bertaraf Rezab Melayu (sudah 60% hilang),\u2026. Senarainya cukup memberlinangkan air mata walaupun memang ada yang melonjak senang-lenangnya. Agama lagi teruklah! <b>Agama <\/b>sebenarnya melibatkan ilmu dan bahasa. Huntington (1993) menyamakan agama dengan kebudayaan dalam makalah\/teori terkenalnya \u201c<i>the clash of civilization<\/i>\u201d\u00a0 (temakan\/tembungan tamadun), Rosenthal (1972) menyamakan ilmu dengan iman dalam karya agungnya \u201c<i>Knowledge Triumphant<\/i>\u201d (Keagungan Ilmu), dan ahli epistemologi dan ahli linguistik yang dimulai oleh Hamboldt, diikuti oleh sarjana lebih besar lagi seperti Heidegger dan Chomsky, dan yang mutakhir ini Boroditsky dan Deutscher yang semuanya diulas dan diperkukuhkan lagi menerusi epistemologi matematik oleh Shaharir (2012b) menegaskan besarnya peranan sesuatu bahasa dalam penciptaan ilmu sehingga menerbitkan doktrin \u201cbahasa penemu ilmu\u201d. Pembangunan kita sudak semakin mengkerdilkan, kalau belum memupuskan makna \u201cagama\u201d sebegini, iaitu iman umat semakin terpisah dengan kehidupannya, budaya dan bahasa Melayu semakin termelukut\/dimelukutkan, dan ilmu warisan Melayu semakin tidak diketahui\/mahu tahu (tertimbus\/ditimbus, terfosil\/difosilkan). Apabila Kampong Banda Dalam ini dibangunkan nanti mungkin sekali nama kampong ini ditiadakan lagi dan muncullah seperti <i>Banda Villa<\/i> seperti yang telah berlaku merata tempat seluruh negara, dan ini lebih baik daripada hilangnya Bukit Bintang (menjelma <i>Star Hill<\/i>). Keselamatan tidaklah perlu dibicarakan lagi. Pembangunan yang menjajikan penyediaan pekerjaan yang berjebah, kehidupan yang lebih menyenang-lenangkan,\u2026berkonflik dengan perkara-perkara yang lebih asas di atas. Pembangunan manakah yang umat ingini?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dunia kini inginkan pembangunan kebahagiaan . Sarjana ekonomi dunia pun sudah meninggalkan sains ekonomi kini yang dilabelnya sains menyedihkan (<i>dismal science<\/i>) dan gantinya sedang membina sains (ekonomi) kebahagaian walaupun mereka mencari-cari makna perkataan itu tetapi yang jelasnya kebahagiaan berasaskan \u201cpendapatan\u201d sahaja tersasar. Sukatan kebahagiaan yang terbit saban tahun yang dibuat oleh berbagai-bagai pihak itu hanya berasaskan pada soalan seperti \u201cAdakan anda rasa lebih bahagia tahun ini daripada tahun-tahun yang lepas?\u201d , dan \u00a0\u201cAdakah penambahan pendapatan anda tahun ini \u00a0mengubah rasa kebahagiaan anda\u201d; ada yang berasaskan lama hidup, lebih berdaya pengeluaran dan kebaikan warganegara; dan ada yang lain lagi seperti penyelidik berasas di Paris menilai kebahagiaan berasaskan 11 perkara daripada kesihatan, pendidikan, kerajaan tempatan, keselamatan diri, kepuasan hati dengan kehidupan, pendapatan dan kesejahteraan amnya.\u00a0\u00a0 Gegerlah seluruh dunia (lebih-lebih lagi di kalangan ahli ekonomi) apabila mereka mendapati negara Bhutan\u00a0 adalah antara negara teratas yang bahagia, orang Masai lebih bahagia daripada jutawan atau srijutawan\/bilionawan, orang akan tidak berubah rasa kebahagiaannya apabila pendapatannya sampai pada suatu tahap ambang\u00a0 (lihat Max-Neef 1995 dan Diener &amp; Seligman 2004) seperti di Amerika Syarikat sekitar <b>sebanyak US $ 16 ribu sebulan. <\/b>\u00a0(Di Malaysia belum diketahui). Ada pula tinjauan lain lagi yang menunjukkan Australia negara yang penduduknya paling bahagia, dan Malaysia mendapat kedudukan yang menggembirakan sesetengah ahli politik dan ahli ekonomi kita. Bangsa Bersatu pun membuat laporan tahunan (sejak dua tahun lepas) dan tahun 2013 menghebahkan negara paling bahagia di dunia ialah negara-negara di Skandinavia, AS berkedudukan 17, UK 22, Jerman 26 Jepun 43, China 93, <b>Malaysia 56 (turun drp tahun sebelumnya 51 dan lebih rendah drp negara jiran: Singapura 30 dan \u00a0Thailand 36 walaupun lebih baik drp Indonesia 76).<\/b> Menariknya negra-negara industrik merosot kedudukannya berbanding dengan tahun sebelumnya. Paling buruknya Burundi, Rep. Afrika Tengah, Benin dan Tongo. Bangsa Bersatu juga membuat Jajak Gallup ke atas 10 ribu sampel dengan 5 soalan berkenaan dengan keseronokan semalam, rasa dihormati, cukup masa rehat, ketawa dan senyum dan akhirnya belajar perkara yang menarik. Didapati negara-negara Amerika Latin yang paling bahagia penduduknya. Memang ilmu ekonomi kebahagian masih dalam kekacauan!<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b>7. Pembangunan tidak berasaskan keperluan manusia setempat<\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Hampir setiap projek pembangunan dilakukan atas keperluan pemaju\/pemodal sahaja dan mereka ini didorong oleh <i>homoeconomicus-<\/i>nya biasanya tidak melihat projeknya itu atas keperluan manuia di tempat pembangunan yang hendak dilakukan. Pebangunan semestilah dilakukan dengan penuh perundingan dengan penduduk berkenaan sehingga diketahui sepenuhnya perkara-perkara yang diingini oleh pnduduk berkenaan. Jika tidak, pembangunan yang terhasil tidak sekali-kali membangun manusia setempat malah manusia itu tersesar (ternyah dan diganti oleh orang lain sama sekali) dan berlenanglah mereka yang kononnya ingin dibangunkan itu. Manusia lain itu sahaja semakin bersenang-lenang, lebih-lebih lagi pemaju\/pemodal itu.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b>8. Pembangunan yang tiada pertimbangan sistem ekologi dan alam sekitar<\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pembangunan yang menimbul konflik tradisinya ialah yang semestilah tidak membangun, malah memusnahkan, alam sekitarnya dan makhluk bukan manusia di situ, bahkan paling menaninyaya manusia asal yang mendiami hutan belantara itu. Contoh besar-besarnya, selain Rancangan FELDA dan kehilangan \u201chutan Simpan\u201d , ialah pembinaan empangan tenaga hidroelektrik (demi pembangunan atau sinonimnya perindustrian) di Temenggor,\u00a0 Kenyir dan Bakun.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b>9. Teori ekonomi pembangunan sekarang untuk siapa?<\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Teori pembangunan ekonomi pada peringkat awalnya memang ditujukan kepada pemerintah\/kerajaan, iaitu bagaimana semestinya pemerintah\/kerajaan mengurus perancangan pembangunan sesebuah negara utuk kemajuan. Akan tetapi atas dorongan kehendak <i>homoeconomicus,<\/i> teori ekonomi pembangunan itu semakin tidak ditujukan kepada kerajaan lagi sehingga akhirnya sejak 1980-an teori ekonomi liberaruisme (neoliberlisme) menunjangai teori ekonomi pembangunan yang memperkasa para pemodal atau pemaju sahaja.\u00a0 Teori ekonomi pembangunan telah dibina untuk pemodal\/kapitalis demi pengakuran benarnya modalisme (kapitalisme), teroi ekonomi pembangunan ditujukan kepada orang kaya dsbnya yang sudah senang-lenang untuk bertabah senang-lenang lagi. Teori ekonomi sudah dilarikan drp tujuan asalnya, bermula dengan ekonomia (pengurusan rumah tangga), dan \u00a0menjadi sains kekayaan pada abad ke-18 dan sains orang kaya atau pemodal mulai abad ke-20. Tidak hairanlah setiap kali pembangunan berjaya, maka berlinanganlah kebanyakan para penerima bahana pembangunan itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Berdasarkan kajian sejarah pembangunan Barat yang dilakukan oleh Adelman dan Morris (1997), dua orang sarjana besar pembangunan dari AS, ada empat pengajarannya tentang pembangunan selama ini:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(1) <b>proses pembangunan amatlah tidak linear dan multidurja\/multifaset<\/b> yang bermakna dasar yang sama tidak semestinya memberi hasil yg sama bagi setiap tempat dan amat peka pada perubahan keadaan. Ini mengimplikasikan pelaksanaan sesuatu dasar pembangunan yang ditiru daripada sesebuah negara yang telah berjaya dengan polisi itu tidak semestinya menjanjikan kejayaan yang serupa di negara kita. Lagi satu implikasi yang selalu relevan ialah penambahan peruntukn tidak semestinya menambhakan lagi pulangan yang diingini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(2) <b>Institusi sosio-ekonomi-politik domestik menjadi pemboleh ubah penting dalam hasil pembangunan.<\/b> Umpamanya, institusi pemerintahan seperti sistem politik yang peka-tindak (responsif) terhadap kepentingan pemodal itulah yang lebih berjaya dalam pembangunan negara berkenaan, walaupun ini ada batasnya, iaitu selepas batas itu tiadalah lagi kesan apa-apa terhadap prestasi pembangunan. Hasil ini jelas menunjukkan simbiosis yang hebat antara pemodal-ekonomiawan atau pemodal-pemerintah dalam pembangunan. Pemerintah yang pro-pembangunan semestinya pro-pemodal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(3) <b>Proses pembangunan melibatkan pelbagai pergantian\u00a0 yang berertinya terhadap institusi domestik<\/b> mundur, tersasar atau tak lengkap, pembekalan\/penawaran faktor-faktor domestik tak cukup, dan permintaaan agregat domestik yang cacat. Inilah yang memberi kesan tangisan kepada penduduk di tempat pembangunan berkenaan yang dibincang sebelum ini semata-mata berasaskan cerapan sahaja tetapi kali ini dibukti secara ilmiah pula.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(4) <b>Polisi (dasar\/kebijaksanaan) perdagangan, pertanian, gerakan faktor antarabangsa\u00a0 dan pelaburan adalah faktor kritis<\/b> dalam tahap kejayaan pembangunan. Lagi sekali, kajian ilmiah ini membuktikan cerapan umum dan perasaan rakyat terbanyak terhadap polisi-polisi pemerintah yang pro-pembangunan yang bertindak begitu tidak relevan dengan kesejahteraan kehidupan mereka secara terusnya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b>10. Pelajaran daripada Dasar Pensubahagiaan Kerjaaan Sriwijaya Abad ke-7 M <\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di samping aanya pelajaran pada \u201cpembangunan\u201d selama ini yang dibicarakan dalam seksyen lepas, ada pula pelajaran daripada pembangunan kerajaan lama kita lebih seribu tahun dahulu yang selama ini terfosil. Di bawah pemerintahan raja Sriwijaya bernama Sanjaya abad ke-7 M (ketujuh Masihi) sebuah polisi pembangunan asli Melayu (dipengaruhi oleh nilai Buddha) telah dirakamkan di sebuah prasasti (batu bersurat) yang ditemui di Talang Tuwo, Palembang, Sumatera. Dasar ini ditegaskan olehnya bertujuan mewujudkan rakyatnya yang <i>subhagia<\/i> (subahagia atau subagia; sama dengan su- dalam susatera). Rancangan atau projeknya ialah yang berikut :<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b>Membina beberapa buah parlak <\/b>(iaitu sejenis taman botani) dengan semestinya penuh dengan segala jenis tumbuhan yang boleh dimakan buah\/isinya dan segala prasarana pelancong\/musafir. Semua disediakan untuk rakyatnya secara percuma. Contoh tanaman yang disebutnya ialah nyiur, pinang, enau, rumbia, aur, buluh betung dan sepertinya. Kemudahan lainnya ialah telaga dan tempat rehat dan ibadat. Katanya semua ini ditujukan <b>untuk <i>subhagia <\/i>semua makhluk yang bergerak dan tidak bergerak. <\/b>Selanjutnya kerajaan juga mengadakan pemerintahan yang bertujuan rakyatnya mencapai subahagia yang perkara-perkara yang dititikberatkannya masih amat relevan dengan masa kini:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Memastikan pertanian berjaya (ladang dan kebun luas subur dan berhasil, binatang-binatang ternakan hidup segar dan biak, dan para pekerja (istilah asalnya hamba dan abdi) sihat dan setia kepada majikannya (istilah asal, tuannya).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Memastikan rakyat jelatanya jauh daripada segala bencana, siksaan dan <b><i>swapnaghn<\/i><\/b><i>a<\/i> (penyakit tidak dapat tidur, iaitu insomnia).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Memastikan barang usaha rakyatnya berhasil baik, tidak ditimpa sakit dan <b>awet muda. <\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Memastikan segala <b>haiwan tidak terancam pupus<\/b> (lengkap semuanya).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Memastikan setiap orang <b>memiliki sahabat yang setia dan tidak menderhaka<\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Memastikan <b>isteri setia pada suaminya<\/b> .<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Memastikan seluruh negara tiada kecurian, kecurangan, pembunuhan <b>dan penzinaan<\/b>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mengaharapkan supaya <b>setiap orang bertambah hampir dengan tahap kerohanian yang tertinggi<\/b> (bertemu dengan <i>kalyanamitra<\/i>, membangun <i>bodhichit<\/i>a dengan <i>maitri<\/i>, menjadi pertapa pada <i>dang hyang Ratnatraya<\/i>, sentiasa teguh bersila dengan senang membangun tenaga, keuliten, pengetahuan tentang perbezaan semua <i>sipakala <\/i>dan pemusatan fikiran, memperoleh pengetahuan, ingatan dan kecerdasan dan lagi ketetapan <i>mahasatwa<\/i> badan <i>manikam vajracarira<\/i> yang sakti tanpa upama, kemenangan, dan lagi ingatan kepada kelahiran yang sudah lampau<i>, indria<\/i> lengkap, rupa penuh, kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan, kata manis, suara Brahma, jadi lelaki kerana kekuatannya sendiri, memperoleh <i>cintamaninidhara,<\/i> memperoleh <i>janmawacita<\/i>, <i>karmmawacita<\/i>, akhirnya beliau mendapat <i>anuttarabisamyaksambodhi<\/i>)<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b>11. Syor<\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tukar \u00a0\u201cpembangunan\u201d kpd \u201cpensubagiaan\u201d (menyingkatkan istilah \u201cpensubahagiaan\u201d), atau<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">tukar tujuan pembangunan sekarang kepada <b>pensubagiaan makhluk<\/b> di tempat yang ingin dibangunkan itu. Konsep subagia perlulah dibangunkan oleh sarjana kita sendiri kerana konsep ini jauh sarat nilainya berbanding dengan konsep-konsep ekonomi yang lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sudah sampai masanya KDNK atau sebarang bentuk purata ditukar kepada indeks pencapaian ekonomi yang jauh lebih baik seperti peratusan kohort pendapatan dan indeks GINI atau indeks-indeks penting dalam sukatan keterlestarian yang sedia ada atau lebih baik lagi yang kita sendiri bina.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tukar optimum\/maksimum kpd wusta\/<i>wustdo<\/i> . Pulangan optimum kpd pulangan wusta\/<i>wustdo<\/i>. Impak optimum kpd dampak wusta\/<i>wustdo<\/i>\u2026 dan sebagainya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">%%%%%%%%%%%%%<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b>Umbaian<\/b><\/p>\n<p class=\"gde-text\"><a href=\"http:\/\/www.asasi.org.my\/wp-content\/uploads\/2014\/11\/lampiran-shahahir-Senang-Lenang-dan-Berlinangnya-Pembangunan.pdf\" class=\"gde-link\">Download<\/a><\/p>\n<iframe src=\"\/\/docs.google.com\/viewer?url=http%3A%2F%2Fwww.asasi.org.my%2Fwp-content%2Fuploads%2F2014%2F11%2Flampiran-shahahir-Senang-Lenang-dan-Berlinangnya-Pembangunan.pdf&hl=in&embedded=true\" class=\"gde-frame\" style=\"width:100%; height:; border: none;\" scrolling=\"no\"><\/iframe>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b style=\"line-height: 1.5em;\">Rujukan<\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Adelman I. &amp; Morris C.T. 1997. Development history and its implications for development theory:<br \/>\nAn editorial. <i>World Development<\/i> 25 (6): 831-840. Ada dlm talian: http:\/\/are.berkeley.edu\/~irmaadelman\/WORLDEV.html (15 Okt. 2014)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bartelmus P. 2008. <i>Quantitative Eco-nomics. How Sustainable are Our Economies<\/i>? Springer<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Diener E. dan Seligman M.E.P. 2004. Beyond Money: Toward an economy of well-being. <i>Psychological Science in the Public Interest<\/i> 5(1): 1-31<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Huntington S. P. 1993. The clash of civilizations? \u00a0<i>Foreign Affairs<\/i> 72 (3):\u00a022\u201349<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Internet 1. Saimin Gingsari\u2019s Blog. Rancangan Pembangunan Negara (1956-2010) http:\/\/saiminginsariipkent.blogspot.com\/2009\/02\/selepas-merdeka-kerajaan-memberi.html<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">(10 Okt. 2014)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Max-Neef M. 1995. Economic growth and quality of life: A threshold hypothesis. <i>Ecological Economics<\/i> 15: 115-118.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Postel S. 1990.Toward A New &#8220;Eco&#8221;-Nomics.<i> WorldWatch Magazine<\/i>, September-0ctober, 1990<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rist G. 2009. <i>The History of Development: From Western Origins to Global Faith<\/i> . 3<sup>rd<\/sup> ed. \u00a0Zed Books<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rosenthal F. 1972.<i> Knowledge Triumphant. <\/i>Leiden: Brill. Terjnya, \u201cKeagungan Ilmu\u201d diterbitkn oleh DBP 1992.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Shaharir b.M.Z.2005. Sains Matematik dan Pengurusan. <i>Jurnal Sukatan Qualiti dan Analisis <\/i>(UKM)<i> <\/i>1(1): 1-43<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;-. 2006. Pendekatan baru terhadap konsep optimum Barat dan beberapa konsep optimum baru dalam acuan sendiri. <i>Kesturi<\/i> (ASASI) 16 (1&amp;2): 55-96<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;-. 2008. Ekonomi Pembangunan Lwn Ekonomi Kebahagiaan. <i>Jawhar. Jurnal Kajian Ketamadunan <\/i>(Kolej Dar al-Hikmah<i>)<\/i>, 5(1):1-45<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;. 2011. PengIslaman ilmu yang melahirkan ilmu baharu. <i>Jawhar. Jurnal Kajian Ketamadunan <\/i>(Kolej Dar al-Hikmah),<i> <\/i>8(1&amp;2): 75-94<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;. 2012a. A new paradigm in sustainability. <i>Journal of Sustainability Development<\/i> (Canada) 5(1): 91-99<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><i>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;.<\/i>2012b. Bahasa penemu Ilmu. <i>Seminar MABBIM<\/i> di Brunei, 4 April 2012<i><\/i><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;. 2013. Konsep kewustaan fungsi skalar tanpa kekangan.\u00a0 <i>Mimeograf<\/i><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><i>\u00a0<\/i><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"line-height: 1.5em;\">* Makalah untuk dibentangkan di Seminar Konflik Pembangunan anjuran PAKSI dan GATERA pada 25 Okt 2014 di Masjid Tarbiah, Kg Banda Dalam, Gombak, K. Lumpur\u00a0<\/span><\/p>\n\n<!-- NgfbSharing::get_buttons content filter skipped: buttons_on_index not enabled -->\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Prof Emeritus Shaharir Mohd Zain &#8211; Makalah ini mengandungi kupasan punca-punca konfliknya pembangunan dari aspek teorinya dan amalannya. Ini termasuklah konfliknya makna pembangunan dengan development, konfliknya sejarah projek pembangunan di Eropah  dengan pembangunan di Malaysia, konfliknya teori pembangunan Barat dengan teori pembangunan yang sepatutnya, iaitu dalam acuan kita sendiri, konfliknya tanggapan sarjana Barat dengan sarjana kita terhadap konsep pembangunan, dan konfliknya amalan projek pembangunan kita degan matalamat pembangunan itu sendiri. Selain daripada \u201cpengajaran\u201d drp amalan pembangunan selama ini yang ditunjukkan negatif sifatnya, model pembangunan kerajaaan Sriwijaya abad ke-7 M yang bermatlamatkan subhagia rakyatnya yang begitu kontras sifatnya dipaparkan bagi mendapat pengajaran baharu zaman ini. Beberapa syor penambah-baikan pembangunan sekarang dipaparkan.<\/p>\n <a class=\"moretag\" href=\"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=2355\">[Baca teks penuh...]<\/a>","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[9,23],"tags":[43],"class_list":["post-2355","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-c02-makalah","category-c04-pembentangan","tag-etnofalsafah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2355","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2355"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2355\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2365,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2355\/revisions\/2365"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2355"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2355"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2355"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}