{"id":2182,"date":"2014-02-27T14:45:08","date_gmt":"2014-02-27T06:45:08","guid":{"rendered":"http:\/\/www.asasi.my\/?p=2182"},"modified":"2014-04-08T22:21:27","modified_gmt":"2014-04-08T14:21:27","slug":"teori-pengetahuan-percakapan-dan-kelakuan-sebagai-teras-pendidikan-karekter","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=2182","title":{"rendered":"Teori Pengetahuan, Percakapan dan Kelakuan Sebagai Teras Pendidikan Karakter"},"content":{"rendered":"<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh : Dr. Mohammad Alinor bin Abdul Kadir<br \/>\nAkademi Sains Islam Malaysia (ASASI)<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b>1. Pengenalan<\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila seseorang penyelidik mahu merungkai sesuatu sejarah, tetapi bukan hanyalah mahu tamat pada merungkai sejarah itu sahaja, tetapi mahu pergi jauh membangunkan maklumat-maklumat yang digelintarnya daripada rungkaian tadi, lalu beliau mestilah melakukan tugas sedikit berat membandingkan maklumat-maklumat sejarah tadi dengan maklumat-maklumat semasa. Itupun, kalaulah dia mahu melihat betapa relevannya maklumat-maklumat sejarah tadi dalam kehidupan semasa kini. Kalau tidak, sejarah akan tamat pada sejarah sahaja, tidak lebih. Itulah yang kami mahu lakukan disini, iaitu menggali teori pengetahuan, percakapan dan kelakuan yang terbenam dalam lipatan sejarah Minangkabau, lalu membandingkannya dengan pencapaian teori-teori sepertinya \u00a0di Eropah. Kenapakah Eropah? Kerana teori-teori yang dinukilkan di sanalah semenjak kurun ke 16M yang kini mendominasikan perbahasan-perbahasannya di kalangan warga universiti dan intelektual. Selainnya dianggap telah dirangkumkan di dalamnya. Kami berpendapat, jika proses ini dilaksanakan, teori pengetahuan, percakapan dan kelakuan Minangkabau yang akan digelintar tersebut akan teranjak ke hadapan dari segi teori dan kepenggunaannya. Kami telah menggali sedikit sebanyak apa yang kami namakan sebagai teori pengetahuan Minangkabau tersebut, lihat Mohammad Alinor (2014). Sekarang, kami mahu melanjutkan perbahasan dengan mengatakan bahawa teori pengetahuan, percakapan dan kelakuan inilah yang sepatutnya menjadi teras kepada pendidikan karakter golongan muda Minangkabau. Kenapa? Kerana teras ini adalah teras yang digali dari kebudayaan sendiri, malahan akan ditunjukkan bahawa teras ini adalah terbandingkan dengan teori-teori Eropah semasa. Tidaklah nanti dirasakan keterasingan apabila berbicara tentangnya atau mendengarkan orang berbicara tentangnya. Bagaimanakah pula boleh dikatakan bahawa teori pengetahuan, percakapan dan kelakuan boleh menjadi teras kepada pendidikan karakter? Tidak mudah juga untuk menjawab soalan ini. Namun, kami mahu menjawabnya begini. Pendidikan karakter adalah jenis pendidikan yang bermanfaat untuk membentuk sekurang-kurangnya tiga perkara penting kepada seseorang anak muda, iaitu pengetahuan, percakapannya dan kelakuannya. Untuk mendapatkan tahap percakapan (atau silogisme dan retorik) yang baik dan berkualiti, seseorang perlu memiliki kaedah berfikir yang baik dan berkualiti juga. Dengan kata lain, memiliki kaedah berfikir itu bermaksud beliau mestilah mampu menguasai teori-teori pengetahuan (atau epistemologi). Teori-teori pengetahuan inilah yang akan memandu lidahnya tatkala beliau mahu mengeluarkan penghujahan, samada tatkala mengeluarkan persoalan, menjawab persoalan, merasionalkan persoalan, memecahkan persoalan, menyelesaikan sub-sub soalan, menggabungkan penyelesaian, dll. Sehingga dikatakan bahawa yang difikirkan itu adalah seperti yang diujarkan. Ini adalah salah satu bidang utama kajian dekonstruktif (kaedah utama dalam gerakan pasca-moden), iaitu mengkaji apakah yang dicakapkan (terbitannya dituliskan) oleh seseorang adalah sepertimana yang difikirkannya? Menulis autobiografi termasuk dalam bidang ini. Begitu juga, teori pengetahuanlah yang memandu seseorang melakukan apa-apa yang mahu dilakukannya dengan anggota-anggota badannya. Dengan kata yang lain, apa yang difikirkannya adalah juga apa yang mahu dilakukannya. Ini tentunya masuk dalam perbahasan teori kelakuan (etika dan psikologi), iaitu apakah perbuatan seseorang itu selaras dengan apa yang difikirkan hendak dilakukannya? Ringkasnya, teori pengetahuan, percakapan dan kelakuan adalah teras kepada pendidikan karakter. Malah, meletakkan teori pengetahuan sebagai sebahagian daripada pendidikan karakter akan memperkukuhkan percakapan dan kelakuan. Hal ini sebenarnya telah disentuh oleh Errington (1984), namun dalam bentuk perbahasan ynag lain, terutamanya pada Bahagian III : Adaik and Epistemology. Sekarang, kami persembahkan apakah yang kami maksudkan sebagai teori pengetahuan Minangkabau.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b>2. Unsur-Unsur Teori Pengetahuan Minangkabau <\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebelum kami membahas apakah teori pengetahuan Minangkabau, ada baiknya kami bawakan dahulu perbincangan berkenaan teori-teori pengetahuan yang telah mengalami proses kemajuan di Eropah. Tidak banyak sebenarnya buku-buku bidang teori pengetahuan di Eropah yang menghimpun dengan agak teliti sejarah teori pengetahuan Eropah. Namun, kami tidaklah pula mampu menyemak semuanya, ratusan jumlahnya. Apa yang kami mahu perturunkan di sini adalah takrif-takrif pengetahuan yang dinyatakan oleh Bolzano (1837\/1972). Dalam usaha beliau untuk mengkritik kelemahan yang terdapat dalam pelbagai teori pengetahuan sebelumnya dan seterusnya mendapatkan sintesis teori pengetahuan yang baru, beliau telah mengelaskan teori-teori tersebut :<\/p>\n<p style=\"text-align: justify; padding-left: 30px;\">(i) Pengetahuan adalah hukum-hukum yang menjelaskan kefahaman dan penghujahan, atau adalah hanya pemikiran (Kant (1755\/1886), Sigwart, Kiesewetter, Krug, Tieftrunk, Calcer dan Esser).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify; padding-left: 30px;\">(ii) Pengetahuan adalah untuk mempertajamkan dan menyempurnakan fakulti kognitif\/fikir melalui kaedah-kaedah tertentu (Clauberg dan Reusch)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify; padding-left: 30px;\">(iii) Pengetahuan adalah untuk memeringkat dan memandu intelek atau fikiran manusia kearah\u00a0 mengenal benda (Keckermann, Wolff, Gaudin, Crusius, Darjes, Miotti dan Ulrich)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify; padding-left: 30px;\">(iv) Pengetahuan adalah kebolehan menyempurnakan perbincangan untuk mencapai kebenaran (Melanchthon, Watt, Fonseca Peter Ramus, dan Hollmann).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify; padding-left: 30px;\">(v) Pengetahuan adalah prinsip pertama\/mutlak untuk kefahaman manusia (Salomo Maimon)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify; padding-left: 30px;\">(vi) Pengetahuan adalah kajian tentang sejarah, operasi dan kesan intelektual, atau pembentukan, persembahan, kombinasi dan deduksi idea, atau kajian tentang alat mendapat pengetahuan (Destutt de Tracy, Ernst Platner dan Beneke)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify; padding-left: 30px;\">(vii) Pengetahuan adalah proses mengabstrak perwakilan benda-benda yang berbeza. Pengetahuan adalah kaedah bagi mendapatkan kefahaman (Jacob). Pengetahuan adalah pembentukan pemikiran, yang bentuk pemikiran adalah kaedah bagaimana idea dibangunkan dalam pemikiran (Hoffbauer). Bentuk pemikiran adalah media mempersembahkan pemikiran, yang hanya boleh diperolehi melalui kesepaduan kesedaran (Metz). Pengetahuan adalah pemikiran formal, iaitu hubung kait idea-idea tanpa merujuk langsung kepada benda-benda yang dirujuk (Krug).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify; padding-left: 30px;\">(viii) Pengetahuan adalah pengelasan konsep (Herbert).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify; padding-left: 30px;\">(ix) Pengetahuan merupakan antitesis kepada kesedaran. Pengetahuan adalah berkenaan penyamaan pemikiran dengan benda yang difikirkan, dan penyamaan benda yang difikirkan dengan pemikiran (Hegel (1812\/1975)).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify; padding-left: 30px;\">(x) Pengetahuan adalah prinsip Identiti dan Percanggahan (Twesten).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify; padding-left: 30px;\">(xi) Pengetahuan adalah doktrin dan intuisi (Fichte (1794\/1970), Bolzano (1837\/1972) dan Schelling).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Semua teori ini sebenarnya dibangunkan di atas analisis terhadap tiga atau empat unsur utama, iaitu benda-benda yang berada di sekeliling, alat-alat badan yang mencerap sifat-sifat benda-benda tadi, proses menerima pengetahuan menerusi perwakilan benda-benda dan pengetahuan\/konsep. Lalu, perkara-perkara inilah yang dimanfaatkan untuk sarjana-sarjana Eropah yang dinyatakan d iatas untuk masing-masing merumuskan teori-teori pengetahuannya. Kami akan memanfaatkan perkara-perkara yang sama, tetapi mengutip maklumatnya daripada pustaka lisan Minangkabau.<\/p>\n<p><strong>2.1. Alat Menerima Pengetahuan<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kami sebenarnya menyedari bahawa Bangsa Minangkabau tersebut memiliki teori pengetahuannya sendiri, walaupun dipinjam daripada Kebudayaan Buddha India, sewaktu kami membahas Batu Bersurat Bukit Gombak dalam Bahasa Sanskrit dan Melayu Kuno bertarikh 1278S\/1356M, nukilan Adityawarman, lihat Mohammad Alinor (2012 &amp; 2013). Di dalamnya didakwa Adityawarman memiliki \u201cpancasadabhijna\u201d pada baris yang ke-5. Istiawan (tt) merakamkan maksudnya sebagai \u201clima-enam jenis ilmu pengetahuan\u201d. Mudahnya, \u201cpanca\u201d bermaksud \u201clima\u201d, \u201csada\u201d bermaksud \u201cenam\u201d dan \u201cbhijna\u201d bermaksud \u201cilmu\/pengetahuan\/ilmu pengetahuan\u201d. Gelintaran kami terhadap perkataan ini di dalam kepustakaan Buddha India \u00a0menemukan kami kepada jawapannya, iaitu \u201ccaksurvijnanam\u201d (kesedaran mata), \u201ccrotravijnanam\u201d (kesedaran telinga), \u201cghranavijnanam\u201d (kesedaran hidung), \u201cjihvavijnanam\u201d (kesedaran lidah), \u201ckayavijnanam\u201d (kesedaran kulit) dan\u00a0 \u201cmanovijnanam\u201d (kesedaran fikiran). Umumnya, mata, telinga, hidung, kulit dan lidah adalah alat-alat pada badan manusia yang berfungsi (kesedaran) terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling manusia tersebut lalu mengambil maklumat daripada perkara-perkara tersebut tertakluk kepada fungsinya masing-masing. Fikiran juga kadang-kadang dianggap sebagai pancaindera ke-6, walaupun fungsinya bukanlah hanya mengambil maklumat yang berikan oleh lima pancaindera tadi, tetapi dirinya juga mengambil maklumat terhadap perkara-perkara yang berlangsung di alam idea, seperti pemikiran bawah sedar, mimpi, ilham, dll, dan juga berfungsi menganalisis maklumat-maklumat tersebut dan menyimpannya secara bersistem. Walaupun jaraknya mungkin 300 tahun, iaitu semenjak tarikh batu bersurat tersebut berbanding maklumat-maklumat yang dinyatakan secara lisan di bawah (dengan anggapan pustaka lisan ini dinukilkan di zaman setelah Islam masuk ke\u00a0 Minangkabau), namun kesamaan beberapa perkara daripada kedua-duanya amatlah jelas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila diteliti buku Dt. Madjo Indo (1999), pengarang mendapati semua hal yang disebutkan sebagai alat-alat menerima pengetahuan dan fungsinya juga dinyatakan dengan baik di sini. Bait-bait yang pengarang ini petik dari XI : Raso Pareso dan persembahan secara tersusun adalah seperti berikut:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em><\/em><em>\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\u00a0<\/em>Nan dimakan raso<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em><\/em><em>\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\u00a0<\/em>Nan dilihek rupo<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em><\/em><em>\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\u00a0<\/em>Nan didanga bunyi<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em><\/em><em>\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\u00a0<\/em>\u2026\u2026.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini adalah penjelasan berkenaan tiga alat menerima pengetahuan, iaitu lidah, mata dan telinga. Kemudian \u201cNan dimakan raso\u201d pula dijelaskan sebagai<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 <em>Nak tahu dipadeh lado<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Nak tahu diasin garam<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Manauik sahabih gauang<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mamakan sahabih raso<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \u2026\u2026..<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Manakala, \u201cNan dilihek rupo\u201d dijelaskan sebagai,<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 <em>Jauah bajalan banyak dilihek<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \u2026\u2026.<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cNan didanga bunyi\u201d tidak dijelaskan. Walaupun tidak disebutkan di awalnya tadi, namun alat sentuhan iaitu kulit dijelaskan sebagai,<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Ganggam-ganggam baro<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Taraso angek dilapehkan<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Sio-sio menjaring angin<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Taraso lai dapek tidak.<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Yang langsung tak dijelaskan adalah cium\/hidu\/bau iaitu menerusi hidung. Hal ini diulang dan diperbaiki dalam XXI : Aka (Akal) yang menjelaskan dengan tersusun apakah sebenarnya alat menerima pengetahuan dan fungsinya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Caro manantukannyo ado ampek caronyo<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Pertamo karano dilihek jo mato<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kaduo karano didanga jo talingo<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Katigo karano disium jo hiduang<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kaampek karano dirasokan jo lidah<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Atau dirasokan jo dek badan.<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Semua ini sebenarnya terkait dengan beberapa istilah seperti \u201ckaedah-kaedah tertentu (ii), kearah mengenal benda (iii), alat mendapat pengetahuan (vi), mengabstrak perwakilan benda-benda (vii), benda-benda yang dirujuk (vii) &amp; benda yang difikirkan (ix)\u201d yang dibahaskan dalam teori pengetahuan Eropah.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b><i>2.2. Jenis-Jenis Akal<\/i><\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Buku Dt. Madjo Indo (1999), XXI : Aka (Akal) juga membincangkan jenis-jenis akal, iaitu<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Ado limo macam aka<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Pertamo aka sumbarang aka<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kaduo aka manjala<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Katigo aka takumpa<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kaampek aka tawaka<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kalimo aka sanaba aka<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penjelasannya agak lengkap seperti yang diberikan berikut :<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Nan dikatokan aka sumbarang<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Pio kiri pio kanan manjala hilie mudiak baiak<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 jauah atau dakek, baa kamandapak sajo.<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Nan dikatokan aka menjala<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Manjala hilie mudiak kiri kanan, sasiuik namuah<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 kaapi, salewai namuah kaaie, barang tagendeang namuah maambiak,<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\u00a0nan sajombo nak manuai, pilin jariang nak barisi,<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\u00a0pilin kacang nak mamanjek, aka nak mandapak sajo, indak dapek kapai,<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 kapulang disinggahi juo.<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Nan dikatokan aka takumpa<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Takalok tatalu mati, manyuruak talampau hilang,<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 angan lanteh paham tatumbuak, awak sanang sangketo tibo,<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\u00a0aka ado usaho ilang, manaruah<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 sagan jo ragu.<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Nan dikatokan aka tawaka<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Apo nan datang dinanti sajo<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 basarah diri kapado nan Maha Kuaso<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 apo nan tibo ditarimo sajo, manyarah kepado nasib.<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Nan dikatokan aka sabana aka,<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Sagalo sesuatu diusahokan sampai dapek,<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kalaulah diusahokan indak barhasil, barulah basarah diri pado nan Maha Kuaso,<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Indak manarimo takadie sajo, tapi bausaho sadapek mungkin,<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Manyadari juo usaho jo kakuatan nan ado di dalam diri.<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bolehkah dikatakan \u201cakal manjala\u201d adalah fikiran yang menuruti al-Khwarizmi\/algoritma\/tatacara tertentu? Sebagaimana al-Khwarizmi dibina sebelum menulis aturcara komputer. Dan \u201caka takumpa\u201d adalah fikiran yang tidak bergerak, mati logiknya dan buntu? Juga, semua yang dikutip di atas boleh diperbandingkan dengan istilah-istilah \u201ckefahaman (i), (v) &amp; (vii), mempertajamkan dan menyempurnakan fakulti kognitif\/fikiran (ii), memeringkat dan memandu intelek dan fikiran (iii), sejarah, operasi dan kesan intelektual (vi), pembentukan, persembahan, kombinasi dan deduksi idea (vi), pembentukan pemikiran &amp; bentuk pemikiran (vii), pemikiran (ix) &amp; doktrin dan intuisi (xi)\u201d yang dibahaskan dalam teori pengetahuan Eropah.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b><i>2.3. Jenis-Jenis Pengetahuan<\/i><\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dt. MadjoIndo (1999), XXI : Aka (Akal) juga membahas jenis-jenis pengetahuan, iaitu<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Timbuenyo dari ampek macam<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Pertamo datang dari pikiran sendiri<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kaduo datang dari urang lain<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Katigo datang dari ilham<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kaampek dari usaho, karano dipalajari.<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Yang pertama itu sebenarnya adalah kaedah berfikir manusia, kedua itu adalah yang dipanggil khabar benar, yang ketiga itu kini dipanggil intuisi dan yang keempat itu pendidikan. Namun, semua ini sedikit berlainan daripada apa yang dibahaskan dalam XXII : Ulemu (Ilmu), yang juga mengutip perbincangan jenis-jenis pengetahuan<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Ampek macam ulemu pangatahuan<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Partamo ulemu pangatahuan tantang diri<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kaduo ulemu pangatahuan tahu tantang urang lain<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Katigo ulemu pangatahuan tahu pado alam<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kaampek ulemu pangatahuan tahu pado nan Maha Kuaso<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setiapnya dibicarakan perinciannya sebagai berikut,<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Nan dikatokan ulemu pangatahuan tantang diri<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Manggunokan raso jo pareso, manimbang sakik jo sanang,<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 kalau dipiciak sakik di awak, di urang baitu pulo,<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 apo nan tajadi dirasokan kapado diri sandiri<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Nan dikatokan ulemu pangatahuan tahu tentang urang lain<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Dilihek pado panyababnyo bagai ulemu mamancing ikan,<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 lain lubuak lain ikannyo, lain ikan lain umpannyo,<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 babagai ragam alam, hitam putiah, tinggi randah,<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 indak disamo ratokan sajo<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Nan dikatokan ulemu pangatahuan tahu pado alam<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Jikok mamarentah dalam kampuang, jikok tarjadi silang sangketo,<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 tibo di nan saindu, atau di nan sapayuang, manyalasaikannyo indak buliah<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em><\/em><em>\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\u00a0<\/em>barek sabalah (bapihak-pihak), luruih jo adie dipagunokan bana<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em><\/em><em>\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\u00a0<\/em>Nan dikatokan pangatahuan tahu pado nan Maha Kuaso<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em><\/em><em>\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\u00a0<\/em>Tahi diasa jo sapaiknyo dikaji sipaik nan mustahie sarato jo nan wajib,<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em><\/em><em>\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\u00a0<\/em>basariaik bahakikaik, bahakikaik bamakripaiak.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cPangatahuan tantang diri\u201d itu kekadang disebut oleh Heidegger sebagai eksistensial manusia. Freud menggelarkan sebagai Ego. Manakala \u201cpangatahuan tahu tantang urang lain\u201d itu adalah psikologi kelakukan. Juga, pangatahuan tahu tantang alam\u201d tidak pula bermaksud sains persekitaran, seperti yang kita fahami alam itu, tetapi bermaksud pengurusan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b>3. Teori Percakapan Minangkabau<\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beberapa hal seperti yang ditakrifkan pada teori pengetahuan Eropah tersebut menyentuh bahagian perbincangan di sini. Hal seumpama \u201ckebolehan menyempurnakan perbincangan untuk mencapai kebenaran (iv)\u201d dan \u201cprinsip Identiti dan Percanggahan (x)\u201d adalah sebenarnya berkaitan kepada percakapan\/pengujaran\/penghujahan. Menyempurnakan perbincangan merujuk kepada sekurang-kurangnya dua manusia rasional yang memulai berhujah tentang sesuatu perkara, yang salah seorang daripadanya atau kedua-duanya sekali samar pengetahuannya tentang perkara itu, sehinggalah kedua-duanya bersetuju bahawa mereka sampai kepada kefahaman tentang perkara tadi. Prinsip Identiti dan Percanggahan merujuk kepada kenyataan-kenyataan yang setara dan saling bertentangan maknanya dalam sesuatu penghujahan. Contohnya, \u201chujan sedang turun\u201d setara maksudnya dengan \u201cawan gelap sedang menurunkan hujan ke bumi\u201d. Manakala \u201cair itu manis\u201d bercanggah dengan \u201cair itu rasanya masin\u201d. Maklumat-maklumat yang lebih khusus sebenarnya bolehlah ditelaah daripada Lewis (1960), Whately (1846) dan Blair (1793). Dt. Madjo Indo (1999), XIX : Kato merakamkan hal-hal berikut :<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Ilmu kato ampek macamnyo<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Pertama kato sama<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kaduo kato sadiak<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Katigo bungkuak bana<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kaampek kato kurenah<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cKato sama\u201d dijelaskan sebagai :<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Nan dikatokan kato sama<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kato baiak nan diparbaiki<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Binaso kato jikok dibinasokan<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Sah kato jikok disahkan<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Haruih kato jikok diharuihkan<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kato nan ditarimo indak salamonyo<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 tatap diharuihkan<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kato sarak atau kato adaik<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 ado duo tampeknyo<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Ditampek salah atau ditampek bana.<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cKato baiak nan diparbaiki\u201d mungkin bermaksud mendapatkan pernyataan-pernyataan logik yang lebih dasar berbanding sebelumnya. \u201cbinaso kato jikok dibinasokan\u201d mungkin bermaksud manfikan sesuatu pernyataan. \u201cDitampek salah atau ditampek bana\u201d pastinya bermaksud secara logik kebenaran \u201ctidak\/0\u201d atau \u201cya\/1\u201d. Seterusnya, \u201cKato sadiak\u201d dijelaskan sebagai :<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Nan dikatokan kato sadiak tamasuk kato bana juo<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Dikuasai manuruik sarak atau manauruik adaik<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kadang mencapai kemuliaan<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Ado kalonyo sampai pado mukasuiknyo sajo.<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini adalah khabar benar yang dibincangkan dalam 2.3. Seterusnya, \u201cKato bungkuak bana\u201d dijelaskan sebagai :<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0\u00a0<em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Nan dikatokan kato bungkuak bana ado duo tampeknyo<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Ado nan sadaik bantuaknyo bana atuak suatu usaho<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tapi digunokannyo untuak kaparaluan pribadi.<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cKato kurenah\u201d dijelaskan pula sebagai :<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0\u00a0<em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Nan dikatokan kato kurenah<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Banyak curito pangalaman nan diliheknyo<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 atau didapeknyo dari nan tuo-tuo dahulunyo<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 jikok ado usaho nan bapaedah untuak dirinyo,<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 ingin maambiaknyo untuak mancapai sagalo mukasuiknya<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Indak marugikan urang lain, nan paralu dirinyo sanang.<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b>4. Teori Kelakuan Minangkabau<\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rujukan yang sepatutnya dimanfaatkan untuk dibandingkan dengan pungutan-pungutan di bawah adalah Kant (1785\/1976 &amp; 1788\/1976), sebabnya di Eropah selepas beliau subjek etika menjadi suatu yang mendominasi. Pungutan Dt. Madjo Indo (1999), LXI : Kalakuan adalah seperti yang dinyatakan di bawah :<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0\u00a0<em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Laku nan elok sapuluah macamnayo<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Pandai maratokan pergaulan indak dirandah ditinggikan<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Pandai-pandai manengang raso dalam babue samo gadang<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Pandai maagak maagiahkan dibaliak-baliak mangko dibalah<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Pandai baliku di nan tarang pandai balinduang di nan paneh<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Pandai maambiak patangahan laku elok baso katuju<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Manapek-i sagalo janji tunduak patuh di nan bana<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Elok parangai duduak tagak tabaoan taratik minum makan<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Anggoto nan tujuah samo dijago balaku arif bijaksano<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mangarati jo tunduak ka undang-undang sarato ka adaik jo limbago<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Banyak ilmu pangatahuan sabanyak bintang dilangik sapanuah aie dilautan.<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Lawannya :<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Laku nan buruak sapuluah macamnyo<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Elok baso indak katuju<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Baiak budi indak manantu<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Gadang sanduak indak mambao<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Gadang suok indak manganyang<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kareh hantak indak luluih<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Elok tungkuih indak barisi<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Banyak agak indak mamutuih<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Gadang garogok indak bamalu<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kareh latuih indak barasok<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em>\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kuaik dantam indak babunyi.<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b>5. Lanjutan<\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tidaklah semudahnya mahu dikatakan bahawa seseorang penyelidik mampu melakukan perbandingan antara pendidikan karakter Minangkabau dengan pendidikan karakter Eropah, terutamanya menerusi teori pengetahuan, percakapan dan kelakuan. Walaupun itu boleh dilakukan dengan bersusah-payah, namun, yang lebih utama daripada itu adalah keupayaan penyelidik tersebut untuk mendapatkan pemetaan tiga teori ini di bumi Minangkabau, berserta bukti-buktinya yang meyakinkan. Umum mesti mengetahui dari manakah sumbernya ketiga-tiga teori tersebut sehinggakan kualiti perbahasannya amatlah tinggi nilainya, terbandingkan dengan Eropah, juga pastilah dengan Islam (unsur-unsur Islam ada padanya) dan India (Hindu-Buddha). Ini mesti diselesaikan dalam jangka masa terdekat, agar hal-hal yang lain boleh turut diselesaikan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><b>Rujukan<\/b><\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\" start=\"1\">\n<li>Blair, H. 1793. <i>Lecture on Rhetoric and Belles Lettres<\/i>. Dublin : ?.<\/li>\n<li>Bolzano, B. 1837\/1972. <i>Theory of Science : Attemp at a Detail and in the main Novel Exposition of Logic<\/i>. Berkeley and Los Angeles : Univ of California Press.<\/li>\n<li>Errington, F.K. 1984. <i>Manners and Meaning in West Sumatra : The Sosial Context of Consciousness.<\/i> New Haven : Yale university Press.<\/li>\n<\/ol>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li><i>4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 <\/i>Fichte, J.G. 1795\/1970. <i>Science of Knowledge.<\/i> Cambridge : CUP.<i><\/i><\/li>\n<li>Kant, I. 1755\/1886. <i>Logic<\/i>. London : Longmans, Green and Company.<\/li>\n<li>&#8212;&#8212;&#8212;. 1785\/1976. <i>Foundations of the Metaphysiscs of Moral<\/i>. New York : Garland Publishing Inc.<\/li>\n<li>&#8212;&#8212;&#8212;. 1788\/1976. <i>Critique of Practical Reason<\/i>. New York : Garland Publishing Inc.<\/li>\n<li>Lewis, C.S. 1960. <i>Studies in Words<\/i>. Cambridge : CUP.<\/li>\n<\/ol>\n<ol style=\"text-align: justify;\" start=\"5\">\n<li>Hegel, G.W.F. 1812\/1975. <i>The Science of Logic<\/i>. Oxford : The Clarendon Press.<\/li>\n<li>Istiawan. tt. <i>Selintas Prasasti dari Melayu Kuno.<\/i> Manuskrip.<\/li>\n<\/ol>\n<ol style=\"text-align: justify;\" start=\"11\">\n<li>Dt. Madjo Indo, A.B. 1999. <i>Kato Pusako : Pepatah, Patitih, Mamang, Pantun Ajaran dan Falsafat Minangkabau<\/i>. Jakarta : Majelis Pembina Adat Alam Minangkabau Jakarta dan PT Rora Karya.<\/li>\n<li>Mohammad Alinor Abdul Kadir. 2012. <i>Adityawarman Sebagai Ahli Falsafah<\/i>. Seminar Ratusan Tahun Pengalaman Minangkabau Negeri Sembilan. Padang : KAGUM &amp; UNAND : 63-70.<\/li>\n<li><i>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;-. <\/i>2013.<i> Adityawarman Sebagai Ahli Bahasa?<\/i> Dewan Bahasa, Mac 2013 : 48-51.<\/li>\n<li>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;-. 2014. <i>Teori Pengetahuan Bangsa Minangkabau<\/i>. Diserahkan kepada Majalah GADANG.<\/li>\n<li>Whately, R. 1846. <i>Elements of Rhetorics : Comprising an Analysis of The Laws of The Evidence and of Persuasion, With Rules for Argumentative Composition and Elucation<\/i>. 7<sup>th<\/sup> Edition. London : B. Fellows.<\/li>\n<\/ol>\n<p>.<\/p>\n\n<!-- NgfbSharing::get_buttons content filter skipped: buttons_on_index not enabled -->\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Teori pengetahuan, percakapan dan kelakuan adalah teras kepada pendidikan karakter. Malah, meletakkan teori pengetahuan sebagai sebahagian daripada pendidikan karakter akan memperkukuhkan percakapan dan kelakuan. Hal ini sebenarnya telah disentuh oleh Errington (1984), namun dalam bentuk perbahasan ynag lain, terutamanya pada Bahagian III : Adaik and Epistemology. Sekarang, kami persembahkan apakah yang kami maksudkan sebagai teori pengetahuan Minangkabau.<\/p>\n <a class=\"moretag\" href=\"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=2182\">[Baca teks penuh...]<\/a>","protected":false},"author":4,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[9,23],"tags":[43,37],"class_list":["post-2182","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-c02-makalah","category-c04-pembentangan","tag-etnofalsafah","tag-etnosains"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2182","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2182"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2182\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2245,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2182\/revisions\/2245"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2182"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2182"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2182"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}