{"id":1671,"date":"2013-06-22T12:35:32","date_gmt":"2013-06-22T04:35:32","guid":{"rendered":"http:\/\/www.asasi.my\/?p=1671"},"modified":"2013-06-22T12:35:32","modified_gmt":"2013-06-22T04:35:32","slug":"epistemologi-malayonesia-berbahasa-melayu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=1671","title":{"rendered":"Epistemologi Malayonesia Berbahasa Melayu*"},"content":{"rendered":"<p><b>Epistemologi Malayonesia Berbahasa Melayu*<\/b><\/p>\n<p>Shaharir b.M.Z.<\/p>\n<p>Pusat Dialog Peradaban<\/p>\n<p>Universiti Malaya<\/p>\n<p>riramzain@yahoo.com<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Prakalam<\/b><\/p>\n<p>Malayonesia ialah rantau Asia Tenggara yang peribuminya berbahasa Austronesia (ciptaan ahli etnografi Inggeris abad ke-19 bagi menggantikan istilahnya yang lebih awal, Indunesia) yang mengikut Blast (2003) ada hampir 900 suku kaum dengan bahasanya tersendiri; dan bahasa lingua franca antara suku kaum ini ialah bahasa Melayu (sebelum 1860-an ejaannya Malayu). Bahasa Melayu ini wujud sekurang-kurangnya sejak abad ke-2 M dan dikelaskan kepada tiga kalanya, iaitu bahasa Melayu pra-Islam, dinamai oleh ahli bahasa kini sebagai bahasa Melayu Kuno, Kolan (mengkut Yunani) atau Kunlun (mengikut China) \u00a0dengan huruf Palawa dan huruf Rencong; bahasa Melayu sejak pertengahan abad ke-13 M hingga awal abad ke-20 M yang dinamai bahasa Melayu klasik dengan huruf Jawi; dan bahasa Melayu sejak abad ke-20 hingga kini yang dinamai bahasa Melayu moden dengan huruf Rumi\/Latin. Oleh sebab orang orang Malayonesia berkarya dalam beberapa bahasa suku kaumnya sendiri seperti yang terbesarnya Jawa, dan yang nisbinya kecil bilangan penduduknya, iaitu Bali, Bugis, Batak, Kerinci, dll. tetapi oleh sebab bahasa Melayu menjadi <i>lingua franca<\/i> bagi suku kaum Malayonesia, dan nampaknya menjadi bahasa rasmi kerajaan-kerajaan yang agak masyhur di Malayonesia seperti kerajaan Funan (di Kemboja sehingga abad ke-9 M), kerajaan Campa (sehingga abad ke-18 M), Sriwijaya-Malayapura-Dharmasjaya-Pagaruyung (abad ke-7 M hingga abad ke-14 M), Melaka (mulai 1400-1511), dan beberapa Kesultanan merata tempat di Malayonesia selepas kejatuhan Melaka seperti Johor-Riau-Lingga, Aceh, Petani, Demak, Banjar, Ternate, Sulu, Mindanao,\u00a0 Brunei, dll. maka orang Malayonesia banyaklah yang berkarya dalam bahasa Melayu, lebih banyak daripada bahasa-bahasa suku kaum Malayonesia yang lain. Oleh itu pandangan alam, atau kosmologi orang-orang Malayonesia terpancar dengan dominannya, menerusi karya-karya dalam bahasa Melayu.\u00a0 Ungkapan Malayonesia berbahasa Melayu atau bahasa Melayu Malayonesia, khasnya Melayu Malaysia, Melayu Indonesia, Melayu Brunei dan sebagainya\u00a0 adalah wajar diwar-warkan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Epistemologi ialah ilmu kepada ilmu, tabii ilmu, atau ilmu yang membicarakan selok-belok sesuatu unsur ilmu, pengetahuan (termasuk maklumat), ilmu pengetahuan (iaitu sains), iaitu bagaimanakah sesuatu unsur ilmu dsbnya\u00a0 itu diperoleh atau diterbitkan oleh ilmuwan berkenaan dsbnya; serta masalah tafsiran atau semantik sesuatu \u201cfakta\u201d daripada unsur ilmu.\u00a0 Epistemologi Malayonesia ialah epistemologi orang-orang Malayonesia dan epistemologi Malayonesia berbahasa Melayu ialah asal-usul terbitnya ilmu dsbnya itu yang diusahakan oleh orang-orang Malayonesia menerusi bahasa Melayu.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Isu pertama yang timbulnya ialah adakah epistemologi bebas nilai<\/b>? Daripada judul makalah ini pun, sudah terpancar betapanya penulis ini berpegang kepada kepercayaannya bahawasanya epistemologi itu sarat nilai, iaitu adanya pelbagai epistemologi yang bitara dari sesuatu bangsa\/budaya\/tamadun, khususnya ada kebitaraan epistemologi Malayonesia. Oleh sebab epistemologi sering juga disamakan dengan \u201ckaedah sains\u201d, iaitu kaedah seseorang ilmuwan memperoleh ilmunya yang baharu, maka <b>bukti ketakneutralan epistemoplogi dibicarakan juga menerusi kupasan terhadap tidak neutralnya kaedah sains<\/b> yang kebanyakannya diambil dalam karya penulis ini\u00a0 dahulu (shaharir 2010a). Kemudian dibuktikan pula menerusi contoh-contoh pilihan ilmu Malayonesia yang kebanyakannya diambil daripada karya yang lain lagi oleh penulis ini (Shaharir 2012a, 2012b).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Sementara itu oleh sebab kaedah sains tidak dapat tidak membabitkan cara-cara seseorang ilmuwan berhujah terhadap sesebuah idea, prinsip dan sebagainya, sedangkan penghujahan biasanya dikaitkan dengan mantik atau lojik\/logik\/logika, maka bicara <b>epistemologi sering jugalah ditumpukan kepada bidang ilmu mantik\/lojik\/logik(a)<\/b> itu. Contohnya, Alinor (2005) telah pun mengandaikan kefahaman ini apabila beliau membicarakan senarai karya epistemologi Melayu menerusi karya mantik dalam bahasa Melayu pra-Islam. Oleh sebab mantik bercitra ilmu semesta, neutral atau tidak sarat nilai, maka lagi sekali citra neutralnya epistemologi muncul menerusi mantik. <b>Betulkah mantik itu neutral<\/b>? Ini dibicarakan berasingan sambil menunjukkan <b>berbezanya mantik berbahasa Melayu dengan mantik berbahasa lain.<\/b> Shaharir (2012b) telah membicarakan ketakneutralan mantik secara amnya yang dikaitkan juga dengan kebarangkalian dan kemungkinan; manakala Lim (2003) menyebut mantik Melayu sebagai mantik budi (yang dianggapnya berbeza daripada orang lain, walaupun tesisnya itu tidaklah begitu meyakinkan terutamanya atas pertimbangan mantik yang difahami oleh ahli sains), manakala Shaharir (2011a) membuktikan mantik implikasi Melayu ialah mantik lembut bukannya mantik liat (mantik ya-tak atau hitam-putih sahaja).<b> <\/b>Begitu jugalah dengan mantik Malayonesia-Islam dalam bahasa Melayu seperti yang diperkatakan di dalam Shaharir (2011b). Kedua-duanya akan dibicarakan lagi di sini.<b><\/b><\/p>\n<p><b>\u00a0<\/b><\/p>\n<p>Satu lagi perkara yang biasa dikaitkan dengan <b>epistemologi ialah kosmologi<\/b> terutama di kalangan sarjana falsafah dan sosiologi ilmu pengetahun (khususnya terutamanaya di Malaysia ialah sarjana antropologi dan pengajian Melayu).\u00a0 Makna kosmologi pada mereka ini agak berbeza daripada makna kosmologi di kalangan ahli sains dan falsafah sains. Mereka menganggap kosmologi itu pandangan alam atau pandangan hidup sesuatu kaum, etnik, atau bangsa\u00a0 dalam segala aspek kehidupannya sehingga terangkumlah dengan sistem kepercayaan adat resam, kesenian dan kebudayaan poises (tidak hanya perihal kepercayaan kepada alam semesta dengan konfugurasi jasad-jasad di langit dan asal-usulnya sahaja). Untuk membezakan kosmologi ini dengan kosmologi dalam sains fizik itu (ringkasnya <b>kosmologi fizik<\/b>) maka di sini diistilahkan kosmologi bukan sains fizik dan yang berhubung dengan itu sebagai <b>kosmolgi kemanusiaan<\/b>. Kedua-dua aspek kosmologi ini dalam konteks Malayonesia memang akan dibicarakan juga dalam konteks sejauh mananya kajian kosmologi ini telah dan akan memberi sumbangan kepada epistemologi Malayonesia. Istilah kosmologi ini sering jugalah disamakan dengan pandangan alam atau pandangan dunia atau <i>worldview<\/i> dalam bahasa Inggeris yang berupa terjemahan daripada bahasa Jerman <i>welstanchauung. <\/i>Selain daripada itu, ada juga penulis menggunakan istilah daripada bahasa Arab<i>, <\/i>tasawur<i> (tashawur) <\/i>untuk maksud yang sama<i>. <\/i><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Setakat ini memang hanya ada beberapa orang sahaja yang membicarakan epistemologi, khususnya \u201cmantik Melayu\u201d atau \u00a0\u201ckosmologi Melayu\u201d (dalam makalah ini sentiasalah digunakan Malayonesia bagi istilah \u201cMelayu\u201d itu kecuali \u201cbahasa Melayu\u201d) selain daripada yang disebut di atas. Yang agak berfokus bicaranya ialah Hassan (2003) yang cuba mendapatkan sebuah teori \u201cepistemologi Melayu\u201d (iaitu bagaimana \u201cMelayu berfikir\u201d, katanya) melalui kajiannya terhadap peribahasa, pantun, karya sufi Hamzah Fansuri, dan cerita rakyat atau penglipur lara yang berakhir dengan kesimpulan yang agak sama dengan Lim (2003) dengan katanya, \u201cbudi menjadi teras ilmu Melayu\u201d (yang pada penilaian kami, \u00a0mereka ini berjaya membentangkan hipotesis ini tetapi sehingga kini masih belum kukuh buktinya). Kesimpulan ini dianggap kesimpulan (1) beliau. Tiga lagi kesimpulan yang dibuat oleh Hassan ialah \u201cpemikir Melayu\u201d (2) mengharmonikan nyataisme (realisme) dengan ideaisme (idealisme) menerusi wijdan\/intuisi (rasa-rasa, rasa hati, gerak hati, bisikan hati\/kalbu, mata batin, mata hati); (3) berkarya dengan berasaskan kepengalaman pancaindera dan wijdan (yang ditekankanya bahawa ini bukannya empirikisme sepenuhnya); dan (4) melakukakan peniskalaan\/pemujaradan\/pengabstrakan yang ditegaskannya bahawa kesimpulan terakhir (keempat) inilah yang berlaku secara dominannya di dalam peribahasa. Kami dapati kesimpulan Hassan ini bukan sahaja masih belum kukuh seperti yang telah disebut di atas terhadap kesimpulan pertamanya itu tetapi lebih penting lagi beliau juga banyak meninggalkan beberapa aspek epistemologi yang relevan dengan pemberfikiran berbahasa Melayu kerana beliau hanya menumpukan kupasannya berlandaskan pada beberapa kaedah sains sahaja, iaitu analogi, aruhan\/induksi, deduksi, wijdan\/intuisi, ibarat\/tamsil, dan perlambangan (takwil dan hermaneutik). Lagi pun kesimpulan keempat ini amatlah umum yang berlaku dalam semua kegiatan sarjana dari semua bangsa (tidak khusus untuk orang berbahasa Melayu Malayonesia) dan kerana umumnya itu tidaklah mampu menyerlah bagaimana sebenarnya ilmu diterbitkan daripadanya, atau lebih tepat lagi kita masih boleh mempersoalkan bagaimanakan seseorang membuat pengabstrakan\/ peniskalaan\/pemujaradan itu dan bagaimana berbezanya peniskalaan Malayonesia dengan bangsa-bangsa lain?<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Sementara itu Yaakub (2008) menyunting beberapa buah makalah yang digolongkannya sebagai \u201ckosmologi Melayu\u201d yang pada penilaian kami amat sedikitlah memberi gambaran epistemologi Melayu (lebih am lagi Malayonesia) yang dicari-cari seperti yang dilakukan oleh Lim dan Hassan di atas kerana banyak makalah mengenai poises (kebudayaan ritual keagamaan dan adat resam) kecuali dua tiga makalahnya yang boleh mencungkil\/tercungkil isu epistemologi itu. Makalah itu ialah karya Asmah yang membicarakan tentang konsep \u201cmasa\u201d dalam bahasa Melayu yang berupa sorotan beliau terhadap karya beliau terdahulu berkenaan dengan \u201cmasa Melayu\u201d (Asmah 2000); Azizan membicarakan status keberfikiran sains \u201corang Melayu\u201d, dan\u00a0 Ithnin\u00a0 juga membicarakan isu yang sama tetapi berfokus pada peribahasa; dan Osman memaparkan \u201cpemikiran Melayu\u201d drp perspektif kosmologi tasawuf yang membawa kepada kaedah sufi dalam epistemologi Malayonesia kami yang dibicarakan secara ringkasnya oleh Hassan (2003) sebelum ini. Isu kosmologi tasawuf atau sufi ini dibicarakan dengan lebih meyakinkan lagi oleh Shukri (2006) yang membawa kepada persolan kosmogoni-kosmogenesis yang amat kontroversi dalam sains Barat. Hanya sebuah makalah drp buku Yaakub itu yang benar-benar membicarakan kosmologi Malayonesia Hindia, iaitu karya Singaravelu tetapi sekadar fakta teori alam semesta Hindia sehingga tiadalah membawa kepada isu epistemologi Malayonesia. Pendekatannya sama dengan Ho (selepas 2009) tentang kesamaan kosmologi Malayonesia dengan China. Lama sebelum terbitnya buku suntingan Yaakob (2008), sebuah seminar, \u201cSeminar Antarabangsa <strong>Kosmologi Melayu\u201d<\/strong> diadakan di Kuala Lumpur pada\u00a0 24-26 Januari 1994, tetapi kami dapati makalah-makalah di dalamnya juga bertaraf seperti yang kebanyakan ada di dalam Yaakub (2008) juga, iaitu penuh dengan data-data hasil \u201ckarya sastera\u201d Malayonesia yang belum digarap bagaimana data-data ini diterbitkan oleh bijak-bestari Malayonesia. Tiga buah buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka juga perlu disebut di sini, iaitu Muhammad Haji Salleh (2012), Anwar Ridhwan (2005), Worawit (2004), setiap satunya berupa antologi makalah yang membicarakan (mengikut judul bukunya), masing-masingnya, <i>Pandangan Dunia Melayu<\/i>,\u00a0 <i>Minda Melayu<\/i>, dan <i>Pemikiran Melayu. <\/i>Hampir semua makalah dalam buku-buku suntingan ini (pengecualiannya disebut di bawah) mengandungi data-data hasil pemikiran Malayonesia\u00a0 yang belum digarapkan selengkapnya bagi menjawab persoalan epistemologi Malayonesia seperti yang akan dibicarakan di dalam makalah ini. Makalah Muhammad, \u201c Pandangan Alam Manusia Melayu\u201d di dalam buku suntingannya itu mengandungi contoh-contoh kaedah cerapan cerdik-pandai Malayonesia dalam melahirkan pantun dan peribahasa yang cukup menarik segi kesusateraannya tetapi tidak pula begitu dikaitkan dengan implikasinya terhadap ilmu sains dan sebagainya. Hassan (2003) menggunakan data-data yang serupa bagi menerbitkan \u201cteori epistemologi Melayu\u201d tetapi kelemahannya telah diperkatakan di atas. Perihal cerapan bijak-bestari Malayonesia memang akan dibicarakan dengan agak panjang-lebarnya di dalam makalah ini bagi melengkapakan lagi pandangan mereka berdua ini. Makalah Hassan Ahmad, \u201cBahasa dan pemikiran Melayu: Tradisi dan kesinambungannya\u201d, di dalam Worawit (2004: 1-13) berupa kajian awal beliau terhadap epistemologi Melayu (mengikut prakata buku ini, makalah ini disediakan dalam tahun 2002) dan tidak hairanlah telah diatasi oleh makalah beliau yang kemudian (Hassan 2003) yang telah dibicarakan di atas.\u00a0 Makalah Wan Mohd Nor,\u201cKerangka keilmuwan tamadun Melayu: Satu cerminan ketamadunan\u201d di dalam Anwar (2005: 98-121) ada menyebut epistemologi ilmu Islam yang tertulis dalam <i>Aqa\u2019id<\/i> <i>al-Nasafi<\/i>\u00a0 (yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu pada tahun 1593) lagi itu dan dijangka dihayati oleh sarjana-sarjana Malayonesia selepas akhir abad ke-16 M ini, iaitu pancaindera (dalam bahasa moden kaedah cerapan yang melibatkan deduksi dan aruhan), <i>\u2018aqal<\/i> (dalam bahasa moden rasional), dan khabar <i>shadiq<\/i> (khabar mutawatir dan <i>hadith Rasulullah<\/i> <i>SAW<\/i>); kemudian ditambahnya dengan tiga lagi kaedah orang Malayonesia memperoleh ilmu, iaitu mimpi, berguru (mursyid dan sebagainya), wasiat. Namun, beliau tidak memaparkan betapanya kaedah-kaedah yang disenaraikannya itu telah digunakan oleh sarjana Malayonesia dan melahirkan ilmu atau idea yang baharu dalam sesuatu bidang ilmu pada zamannya. Contoh-contoh yang dipaparkannya ialah bersifat pendidikan (bahan ilmu yang sedia ada pada masa itu). Di dalam makalah ini, bukti kaedah pancaindera, dan mimpi akan dibicarakan dalam mengukuhkan matan makalah Wan Mohd Nor ini, tetapi perolehan ilmu menerusi <i>\u2018aqal,<\/i> khabar <i>shadiq<\/i>, berguru dan berwasiat<i> <\/i>\u00a0tidak akan dibicarakan kerana penulis ini menganggap kaedah menggunakan <i>\u2018aqal<\/i> terlampau umum; manakala kaedah khabar <i>shadiq <\/i>selepas wafatnya Nabi Muhammad <i>SAW <\/i>sudah hampir pasti terpaksa melalui kaedah lain lagi bagi memastikannya, manakala berguru dan berwasiat jelas bukannya perolehan ilmu atau idea baharu tetapi lebih bersifat pendidikan (<i>tarbiyah <\/i>dan <i>ta\u2018adib<\/i>) sahaja.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Isu terakhir tentang epistemologi ialah<b> berbezanya makna atau tafsiran sesuatu unsur sains dari suatu kebudayaan (agama dan bahasa) ke suatu<br \/>\nkebudayaan yang lain. <\/b>Semua ini akan dibicarakan satu persatunya secara ringkasnya akan aspek ketakneutralannya dan kebitaraannya epistemologi Malayonesia yang terungkap menerusi bahasa Melayu (bahasa Melayu pra-Islam\/Palawa dan Melayu Jawi \/pra-abad ke-20).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Epistemologi menerusi kaedah perolehan ilmu <\/b><\/p>\n<p><b>\u00a0<\/b><\/p>\n<p>Kaedah perolehan ilmu atau kaedah sains yang tidak dipertikaikan lagi ialah <b>kaedah deduksi<\/b> (aksiom dan mantik) yang dalam tradisi Islam distilahkan oleh Ibn Sina sebagai <b>qiyas<\/b> atau <b>tamsil <\/b>(<i>tamthil<\/i>) terutamanya untuk analogi (tetapi qiyas sahaja oleh al-Ghazali; walau dalam kamus Inggeris-Arab kini (di Internet) istilah yang sepadan dengan <i>deduction<\/i> ialah <i>istantaj<\/i> atau <i>yastantaj<\/i> yang mungkin pembuat kamus itu terkeliru dengan istilah <i>inferenc<\/i>e. Sejenis kaedah deduksi terawal ialah ciptaan sarjana Yunani sekitar 400 SM lagi yang dinamainya <i>syllogismos <\/i>dan pada sekitar abad ke-12 M diLatinkan sebagai <i>syllogismus <\/i>dan seterusnya diPeranciskan sebagai silogisme yang kemudiannya diInggeriskan pada abad ke-14 M sebagai <i>syllogism <\/i>yang kemudiannya (Demikian mengikut kamus etimologi bahasa Inggeris di Internet). Perkataan Inggeris inilah yang diMelayukan pada abad ke-20 M sebagai silogisma tanpa kesedaran sudah lama adanya istilah ini dalam bahasa Melayu klasik, \u0642\u064a\u0627\u0633 qiyas, menerusi bahasa Arab sekurang-kurangnya sejak abad ke-16 M. Qiyas\/Silogisma\/<i>Syllogismos<\/i> ialah sebuah implikasi daripada dua buah <i>muqaddimah<\/i>\/premis seperti \u201cSemua orang mati. Hang Tuah orang. Hang tuah mati.\u201d <i>Syllogismos<\/i> Yunani itu dikritik oleh sarjana Tamadun Islam, al-Faraby\/al-Farabi\/Alfaribus (meninggal 950 M), kerana ilmu (kesimpulan) daripadanya tidak semestinya mengandungi kebenaran, lalu beliau cuba meperbaikinya dan menamakan semula <i>syllogismos <\/i>Yunani itu sebagai <i>burhdan<\/i> (burhan) atau nama penuhnya <i>al-qiyasat burhdaniyaht <\/i>yang kemudian diperbaiki lagi oleh Ibn Sina\/Avicenna (meninggal 1037 M), dan diterjemah kepada bahasa-bahasa Eropah khususnya kepada Inggeris sebagai \u201c<i>proof by demonstration<\/i>\u201d (bukti menerusi demonstrasi). Dalam <i>burhdan<\/i>, dua <i>muqaddimah<\/i>\/premis dalam qiyas\/silogisma itu digantikan dengan satu premis yang dinama <i>muqaddimah dharuwry<\/i> (premis perlu) dan satu lagi <i>muqaddimah nazariyah<\/i> (premis teori). Barat pun menganggap <i>burhdan<\/i> sebagai mantik Islam yang asli. Namun kini kaedah deduksi atau qiyas tidak lagi terbatas pada dua premis (atau lebih sering disebut aksiom) dan satu kesimpulan sahaja (Perinciannya di dalam Shaharir 2012c).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Satu lagi kaedah sains lain yang masyhurnya ialah <b>kaedah aruhan<\/b> atau induksi, (yang sejak abad ke-20 ini disekutukan dengan kaedah statistik, khususnya hipotesis pengujian) dan (mengikut Nasr) di dalam tradisi Islam (ketika itu belum ada statistik) distilahkan sebagai istiqrak (tetapi Ibn Sina menggunakan istilah <i>yantaj <\/i>untuk <i>infer<\/i>, lalu <i>inference<\/i> diistilahkan sebagai <i>istantaj <\/i>(lihat Shaharir 2012c).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Kaedah sains yang lebih masyhur lagi ialah sinonim dengan sains itu sendiri, iaitu <b>kaedah ujikaji<\/b>\/eksperimen (yang menggunakan cerapan atau pancaindera) yang di dalam tradisi Islam disitilahkan sebagai <i>tajrib<\/i>a<i>ht<\/i> (tajribah). Kaedah ini ialah gabungan kaedah deduksi dengan kaedah aruhan, ringkasnya kaedah deduksi-aruhan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Kaedah lain lagi ialah <b>kaedah colekan<\/b> (abduksi); kaedah apa saja yang terfikir atau <b>kaedah Feyerabend<\/b> (kaedah anarki); kaedah pemindahan paradigma atau <b>kaedah Kuhn;<\/b> kaedah pertahanan teras liat atur cara penyelidikan atau <b>kaedah Lakatos;<\/b> <b>kaedah refutasi Lakatos;<\/b> dan <b>kaedah pemalsuan Popper<\/b>. Kaedah yang tidak kurang pentingnya tetapi kurang ditonjol\/diperakui oleh penulis\/sarjana Barat ialah <b>kaedah analogi<\/b> (dianggap oleh penulis Barat sebagai kaedah pra-deduksi atau prekursor deduksi oleh itu rendah tarafnya) atau dalam tradisi Islam diistilahkan sebagai qiyas, tetapi Ibn Sina mengistilahkannya tamsil; <b>kaedah intuisi <\/b>atau dalam tradisi Islam diistilahkan sebagai wijdan manakala dalam tradisi Malayonesia berbahasa Melayu distilahkannya sebagai rasa-rasa, gerak hati, bisikan kalbu, dan mata batin; <b>kaedah heuristik;<\/b> <b>kaedah sufi<\/b> (perlambangan, takwil dan hermaneutik) dan yang lagi tidak mahu diketengahkan Barat ialah <b>kaedah mimpi<\/b>.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Sementara itu ada beberapa lagi kaedah sains yang muncul di Barat dalam pertengahan abad ke-20 M, iaitu <b>kaedah perancangan senario<\/b>\/skenario, kaedah <b>KuALPA\/<\/b><i>SWOT <\/i>(akronim pada kekuatan\/<i>strength<\/i>, kelemahan\/<i>weaknesses<\/i>, peluang\/<i>opportunity<\/i> dan ancaman\/<i>threat<\/i>), <b>kaedah unduran<\/b>\/uzlah (<i>retreat<\/i>), kaedah dialog mendalam (antara dua orang yang berlainan kebudayaan) atau <b>kaedah Bohm<\/b>, <b>kaedah inovasi<\/b>, dan kaedah daya pengaryaan atau <b>kaedah de Bono.<\/b><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Dalam kebudayaan Malayonesia, ada tiga kaedah lagi dalam perolehan ilmu, iaitu <b>kaedah khalwat<\/b>\/bertapa, <b>kaedah anugerah<\/b> (turun-temurun), dan <b>kaedah pasca-trauma<\/b> (ajaran perantara tidak dipinta selepas seseorang \u00a0jatuh sakit teruk). Kaedah ini dikaitkan dengan mistikisme Malayonesia sahaja. Ada satu lagi kaedah yang selalu disebut dalam epistemologi Islam ialah kaedah menerusi pewibawa (autoriti). Namun kami anggap kaedah ini hanya berlaku pada para nabi dan rasul sahaja, iaitu ilmu yang datang daripada mereka ini sahaja, oleh itu sudah tidak berlaku lagi selepas wafatnya Nabi Muhammad <i>SAW<\/i>. Pewibawa kini tentunya memperoleh ilmu daripada kaedah-kaedah yang disenarai di atas juga dan oleh itu pewibawa itu juga sama dengan para sarjana lain sahaja.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Kaedah-kaedah sains di atas tu memang sarat nilainya (sebahagiannya telah diperkatakan oleh Shaharir 2010a, 2011c)\u00a0 sehingga seseorang ahli sains yang beragama tidak semestinya beroleh maklumat atau pengetahuan terhadap sesuatu perkara (dan oleh itu beroleh ilmu perkara berkenaan) yang sama dengan seorang ateis, umpamanya, yang melihat perkara yang sama dengan kaedah sains yang sama. Sebelum perihal ini dibicarakan dalam konteks ilmu Malayonesia terhadap sesuatu perkara berbanding dengan ilmu bukan Malayonesia asalnya (seperti ilmu dari bahasa Inggeris) di bawah ini \u00a0dibicarakan terlebih dahulu isu pencerapan yang terdapat dalam hampir semua kaedah sains yang disebut di atas (kekecualiannya ialah kaedah intuisi\/wijdan, kaedah mimpi, khalwat\/bertapa, kaedah anugerah dan kaedah pasca-trauma).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Kebitaraan Cerapan Ilmuwan Malayonesia <\/b><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Hampir semua kaedah di atas melibatkan pencerapan (pemerhatian, observasi). Oleh itu tahap pertama penerapan kaedah di atas ialah melibatkan ketakneutralan pencerapan. Di dalam psikologi memang sudah terkenal ungkapan \u201cseseorang beroleh cerapannya terhadap benda yang dia terfikir atau fikiranya mahu lihat sahaja\u201d,, atau ringkasnya \u201canda nampak benda yang anda mahu lihat\u201d. Banyaklah contoh ujikaji ahli psikologi yang membuktikan hakikat ini seperti menunjukkan gambar yang boleh menghasilkan pelbagai hasil penglihatan seseorang. Dalam sains ini sentiasa berlaku. Contohnya cerapan yang mengahasilkan sesuatu data yang pelik tentang cahaya dari satu-satu arah di alam semesta ini dapat menghasilkan beberapa gambaran bergantung kepada apa yang ahli sains berkenaan itu mahu (seperti alam semesta mengembang, statik, \u00a0keadaan mantap, dll.). Ini menunjukkan tidak neutralnya sesebuah cerapan itu. cerapan bergantung kepada latar belakang kebudayaan, pengetahuan, sistem kepercayaan pencerap berkenaan. Cerapan sarat teori. Satu drp teori fizik kini ialah betapa adanya interaksi anatara pencerap dengan benda yang dicerap. Ini menjadi satu lagi faktor berbezanya hasil cerapan seseorang dengan seseorang, teruatamanya hal-hal perincian halus seuatu benda yang dicerap itu.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Seperkara lagi tentang pencerapan ialah persediaan pencerap. Sebelum perbezaan nampaknya sesesuatu benda itu, persoalan mula-mula lagi tak neutralnya pencerapan ialah pemilihan perkara yang hendak dicerap itu sendiri. Khasnya, perkara yang dicerap dan tujuan cerapan bagi ilmuwan Malayonesia dahulu berbeza daripada bangsa berbahasa lain. Contoh pertamanya, ialah <b>pembinaan sistem bilangan dalam bahasa Melayu<\/b>, bukan sahaja mendahului bangsa-bangsa lain di dunia (Shaharir 2012a) tetapi begitu berbeza daripada segi pencerapannya berbanding dengan pembinaan sistem itu dalam bahasa-bahasa lain kemudiannya. Ilmuwan Malayonesia hanya menggunakan jari-jari sebelah tangannya sahaja untuk mencipta istilah-istilah bilangan yang dinamainya sa (sejak 1972 menjadi se- sebagai imbuhan) atau satu, diikuti dengan dua,\u2026. hingga belasan, sedangkan bangsa lain menggunakan dua belah tangan malah hingga kepada dua belah kaki untuk tujuan yang sama; bahkan bagi Eropah tiada asas penyepadanan yang jelas dan tekalnya dalam penciptaan istilah bilangannya (Shaharir dan Razak 2001).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Kami mendapati (Shaharir 1998\/2000, 2001, 2013b) orang Malayonesia ialah bangsa pertama mencipta istilah dan simbol kosong; dan kami percaya \u201ckosong\u201d itu asalnya <i>soh <\/i>dalam bahasa Khmer Lama dan Mon (Campa? dan Funan?) yang bermakna hampa, tanpa buah, kering kontang. Bahkan perkataan kosong dalam bahasa Khmer sekarang pun ialah <i>soan;\u00a0 <\/i>dan perkataan<i> so khong \u00a0<\/i>dalam bahasa<i> Vietnam <\/i>sekarang<i> <\/i>dipercayai diambil daripada Campa, meskipun tiadalah istilah yang setara dengan kosong dalam bahasa Campa yang dirakam di dalam kamus Perancis-Campa yang masyhur itu, Aymonier dan Cabaton 1906). Seterusnya, kami percaya asas simbol \u00a0perkataan ini yang berbentuk bulatan adalah berasal daripada lukisan benda yang berupa seperti \u201ckelapa dimakan bulan\u201d, padi hampa dan sebagainya (berbeza dengan simbol kosong orang Maya yang berupa kulit siput). Perkataan Arab <i>shifr <\/i>(yang diMelayukan sejak abad ke-13 M tetapi dengan sebutan lidah Melayu sebagai sifar, sipa atau sipar dan diRumikan demikian sejak abad ke-20 M sahaja dengan bentuk bakunya sifar), didukungi Inggeris sebagai <i>zero <\/i>sejak abad ke-18 M (menerusi pengItaliaan-pelatinan <i>shifr<\/i> kepada pertamanya kepada <i>zipherum <\/i>(oleh Fibbonacci 1120)<i>, <\/i>diikuti dengan<i> <\/i>\u00a0<i>tzipha, cipher, cifarum, ziffer, zipharum, zenero, cenero, zephiro\u2026 <\/i>dan akhirnya<i> zero <\/i>abad<i> <\/i>ke-12 M). Istilah Arab <i>shifr<\/i> itu sendiri adalah\u00a0 ciptaan al-Khwarizmi dalam abad ke- 9 M, diilhamkan oleh sebuah <i>hadith<\/i> riwayat Abu Dawud, \u00a0Tirmizi dan Ibnu Majah, \u201cSesungguhnya Tuhanmu <i>tabaraka ta\u2019ala<\/i> yang maha hidup lagi maha mulia\u00a0 amat malu terhadap hamba-Nya, apabila mengangkat kedua-dua belah tangan, untuk menolaknya (pulang) dengan tangan <i>shifr<\/i>\u201d.(Komunikasi sms dengan Dr. Mat Rofa). Simbol <i>shifr<\/i> sebagai bintik mungkin sekali daripada simbol bulatan kecil yang mewakili kosong dari Malayonesia kerana al-Khwarizmi sendiri mengatakan beliau mengambilnya dari <i>Hdindiyah<\/i>\/<i>Hindiyah<\/i> yang Barat tersalah tafsir sebagai Hindia sedangkan <i>Hdindiyah<\/i> dalam bahasa Arab tidak semestinya bermaksud Hindia sahaja, tetapi boleh juga bermaksud timuran sahaja seperti dalam istilah <i>al-Arqam<\/i> <i>al-Hdindiyah<\/i> dan <i>al-Arqam al-Maghribiyah<\/i>, iaitu <i>Hdindiyah<\/i> itu boleh melewati Benua Hindia itu sendiri (Al Daffa 1977: 36). Memang bukti semakin menunjukkan tamadun timur Hindia (iaitu pastinya Malayonesia) mendahului Hindia sendiri dalam pembentukan sistem bilangan perpuluhan (asas sepuluh) yang ada sekarang ini. Malah, mulanya, Coedes (1931), seorang ahli arkeologi Perancis, mengutarakan kepercayaannya bahawa kosong adalah ciptaan orang Timur (di Kemboja ) berasaskan pada prasasti yang dijumpainya di Sambor (di tepi Sg. Mekong, Kemboja) yang tercatat tarikh 605 <i>Saka <\/i>(ada simbol kosong). Namun pandangannya ini tidak mendapat sambutan kerana prasangka Barat terhadap tamadun ini (iaitu tamadun Funan-Chenla). Kemudian beberapa orang sarjana Barat menyebut secara umum tentang kemungkinan sistem angka sekarang berasal dari Malayonesia seperti Hogben (1946: 233) dan\u00a0 Zakov (1974), manakala Swetz semasa menjadi Profesor Pelawat ke UKM 1979 menyebut dari Sumatera (semuanya bersifat hipotesis sahaja yang kemungkinannya mereka ini Cuma mengikut pandangan Coedes itu juga). Kemudian Shaharir (1998\/2000 dan 2001) menghebahkan lagi sekali dengan hujah-hujah yang lebih lengkap khasnya adanya prasasti di Sumatera (Prasasti Kedukan Bukit) dengan tarikh yang sama (605 Saka) yang menunjukkan memang tamadun Malayonesialah pemula simbol kosong, tetapi ternyata tidak juga mendapat sokongan komuniti ahli sains dunia sebagaimana yang terbukti daripada buku-buku sejarah sains dan matematik dalam bahasa Inggeris umpamanya, sehingga kini masih belum merakamkan perkara sebegini. Namun Kemboja sendiri telah menghebahkan (tidaklah pasti sejak bila), menerusi lama sesawang rasmi agensi pelancong negaranya bahawa prasasti yang dijumpa Coedes itu membuktikan Khmer pencipta kosong! Ini tentunya \u00a0tidak berapa tepat kerana kerajaan awal Khmer tulen bermula melewati tarikh tersebut. Tarikh sekitar 605 Saka itu lebih merupakan kerajaan Funan-Chenla. Baru-baru ini pula seorang penyelidik di Boston University, Amerika Syarikat Amir Aczel (2013) menghebahkan masih adanya prasasti Kemboja yang terpahat tarikhnya 605 Saka ini yang dahulunya disangka sudah hilang akibat penangan regim Pol Pot dahulu, dan beliau sekali gus mengisytiharkan Khmer bangsa pencipta kosong! Ini tentunya memasyhurkan lagi hakikat pencipta sebenar kosong (bukan Hindia dan bukan Muslim). Sepatutnya Indonesia juga mengistiharkan hal yang sama berasaskan prasasti di Sumatera itu sehingga Malaysia pun akan turut rasa gembira dan bangga dengan pencapaian matematik Malayonesia.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b><i>Perkara Kabur yang Menarik Perhatian Bijak-Bestari malayonesia<\/i><\/b><\/p>\n<p>Bijak-bistari Malayonesia memilih perkara-perkara tertentu dalam penyukatan darjah kemengeningannya atau kepalingannya, atau grednya, iaitu benda-yang kabur yang sebelum terciptanya matematik kabur oleh sarjana Amerika-Iran, Zadeh 1963, perkara-perkara itu diabaikan (tidak diminati) oleh ahli-ahli sains. Dalam peribahasa Melayu terdapat banyak peribahasa yang memberi sukatan terhadap perkara-perkara ini \u00a0(Shaharir 2013b) seperti perihal marah (ada lebih drp 65 buah peribahasa); miskin dan pendirian (masing-masing ada lebih drp 55 buah peribahasa); berpakat (lebih drp 50 peribahasa), susah (lebih drp 45 buah peribahasa); malu dan sombong (masing-masing lebih drp 40 buah peribahasa); cinta-kasih-sayang dan sedih (masing-masing lebih drp 35 buah peribahasa); bodoh, degil, karib dan lemah (masing-masingnya lebih drp 30 buah peribahasa); cantik dan takut (masing-masing lebih drp 25 buah peribahasa). Di sini dipetik peribahasa untuk marah, miskin dan berpakat bagi menunjukkan berbezanya asas cerapan bijak-bestari Malayonesia dengan bangsa-bangsa lain sehingga melahirkan metafora sukatan perkara-perkara berkenaan itu memang bitara Malayonesia (malah hampir mustahil diterjemahkannya kepada bahasa lain):<\/p>\n<p><b><i>\u00a0<\/i><\/b><\/p>\n<p><b><i>Tahap marah<\/i><\/b><\/p>\n<p>terlampau marah dan menjerit-jerit: <i>Polong kena sembur<\/i><b><\/b><\/p>\n<p>sangat marah: Ada 30 buah peribahasa, Contohnya, <i>Dilumas dengan daun katang-katang<\/i>; <i>Mata merah seperti saga<\/i>; <i>Minum darah orang<\/i>; <i>Ular berbelit-belit<\/i>; <i>Hati berbulu; Hitam muka; Naik palak; Ramas jantung<\/i><\/p>\n<p>marah dan maki hamun yg tidak ditahan-tahan: <i>Pasang masuk muara<\/i><\/p>\n<p>marah dan mengamuk: <i>Mata gelap<\/i><\/p>\n<p>marah dan sedih: <i>Hati rasa dianyang; Sakit hati<\/i><\/p>\n<p>marah dan kesal: <i>Ketap bibir<\/i><\/p>\n<p>pemarah: Ada sepuluh peribahasa. Contohnya, <i>Nipis telinga; Panas baran; Sempit dada; Sempit hati; Sempit kening; Singkat sungu<\/i><\/p>\n<p>lekas marah apabila\u2026: <i>Telinga nipis; Telinga terbakar; Muka menyala<\/i><\/p>\n<p>marah dalam senyap-senyap\/hati: S<i>akit hati,<\/i> <i>Mengandungi hati; Tertusuk hati; Makan bawang; Mengkal hati<\/i><\/p>\n<p>membangkit kemarahan: <i>Memanaskan hati; Membakar darah; Membakar hati<\/i><\/p>\n<p>menyakiti perasaan\/hati; <i>Memakuk dengan punggung\/belakang lading; Menggunting hati orang; Menggetil puncak kedal orang<\/i><\/p>\n<p>marah dan berani melawan: <i>Seperti dicubit ekor<\/i><\/p>\n<p>marah tetapi takut: <i>Seperti harimau; Kena kucing pekak<\/i><\/p>\n<p>tidak lekas marah: <i>Lembut hati; Telinga tebal<\/i><\/p>\n<p>menyenangkan perasaan\/hati: <i>Mengambil hati<\/i><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b><i>Tahap kemiskinan<\/i><\/b><\/p>\n<p>sangat papa: <i>papa kedana<\/i><\/p>\n<p>papa: <i>jatuh colok<\/i><\/p>\n<p>sangat miskin:\u00a0 Ada 30 buah peribahasa. Contohnya, <i>Berkain tak cukup sebelit pinggang; Berladang tidak setelempap jua, akan tanggan menggelonggong; Bersawah sepiring tidak, akan tempat sipasin bertanya; Kain basah kering di pinggang; Kais pagi makan pagi (, kais petang makan petang); Makan di punca kain; Makan nasi dengan garam; Makan upas berulam jantung; Malam berselimut embun; Sedikit di belah tujuh, sirih sehelai dicabik-cabik; Siang berpanas, malam berembun; Tertelentang berisi air, tertiarap berisi tanah.<\/i><\/p>\n<p>miskin: <i>Orang dangau; Runcing telunjuk memalit sambal; Teranggit-anggit seperti rumput di pintu; Tidur beratap langit; Tidur di tilam pasir; Tungku tak berasap<\/i><\/p>\n<p>miskin dan hina: <i>Kayu bongkok; Kucing kurap<\/i><\/p>\n<p>miskin dan melarat: <i>Seperti sampah hanyut; Siang berpapas, malam berembun<\/i><\/p>\n<p>miskin ditimpa susah: <i>Tertonggeng bagai kodok di dalam lubang<\/i><\/p>\n<p>miskin, melarat dan sakit tenat: <i>Seperti tokek di rumah tinggal<\/i><\/p>\n<p>jatuh miskin: <i>Dulu besi, sekarang timah; Kain jadi basahan; Tinggal sehelai sepinggang<\/i><\/p>\n<p>tiada tempat tinggal: <i>Suluh bulan; Tidur beratapkan langit; Siang berpanas, malam berembun<\/i><\/p>\n<p>miskin berlagak kaya: <i>Bersawah seperempat piring, ke sawah sama dengan orang; seperti pipit hendak menelan gajah<\/i><\/p>\n<p>miskin dan tidak dipedulikan: <i>seperti duri sebatang terbuang<\/i><\/p>\n<p>miskin mula senang: <i>sudah tahu di kain beragi<\/i><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b><i>Tahap berpakat\/bermuafakat <\/i><\/b><\/p>\n<p>Amat sepakat (seia-sekata):<\/p>\n<p><i>Telentang sama menadah embun, tertiarap sama memakan pasir<\/i><\/p>\n<p><i>Telentang sama terminum air, tertangkup sama termakan tanah<\/i><\/p>\n<p><i>Telentang sama terminum embun, tertangkup sama termakan tanah<\/i><\/p>\n<p><i>Tetangkup sama termakan tanah, telentang sama terminum air<\/i><\/p>\n<p><i>\u00a0<\/i><\/p>\n<p>Sama-sama susah-senang<i>: <\/i><\/p>\n<p><i>Tetangkup sama termakan tanah, telentang sama terminum embun<\/i><\/p>\n<p><i>Terapung sama hanyut, terendam sama basah\u00a0 <\/i><\/p>\n<p>Tolong-menolong:<\/p>\n<p><i>Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul<\/i><\/p>\n<p><i>Seraya-menyeraya<\/i><\/p>\n<p><i>\u00a0<\/i><\/p>\n<p>Bekerjasama:<\/p>\n<p><i>Bersendal bahu bagai ayam, berdenting bagai besi<\/i><\/p>\n<p><i>Bersendal seciap bagai ayam, berdenting bagi besi<\/i><\/p>\n<p><i>Sedenting bagi besi, seciap bagai ayam<\/i> (atau <i>seciap bagai sandal bahu<\/i>)<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Sepakat\/muafakat: Ada 36 buah peribahasa, contohnya<\/p>\n<p><i>Adat tidak bertukar, rahsia tidak berubah<\/i><\/p>\n<p><i>Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi<\/i><\/p>\n<p><i>Pecah pipih boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan<\/i><\/p>\n<p><i>Sedikit<\/i> (atau <i>seduit<\/i>) <i>dibelah tujuh, sirih sehelai dicabik-cabik<\/i><\/p>\n<p><i>Seikat bagi sirih (<\/i>atau<i> Seliang bagi tebu), serumpun bagai serai (<\/i>atau terbaliknya)<i><\/i><\/p>\n<p><i>Selapik seketirduran, sebantal sekalang hulu <\/i>(atau<i> ulu)<\/i><\/p>\n<p><i>Serangkap bak lembing, serumpun bak serai<\/i><\/p>\n<p><i>Setumpuk lalu, sebondong surut <\/i><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Gotong royong:<\/p>\n<p><i>Kerja berderau<\/i><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Bersatu padu:<\/p>\n<p><i>Seperti telur dua sebandun (<\/i>atau<i> sesangkar)g; pecah satu (<\/i>atau<i> sebiji), pecah semuanya (<\/i>atau<i> keduanya)<\/i><\/p>\n<p><i>\u00a0<\/i><\/p>\n<p>Dua orang bersefahaman dalam semua perkara:<\/p>\n<p><i>Raja dengan menteri<\/i><\/p>\n<p><i>\u00a0<\/i><\/p>\n<p>Dua orang yang sepakat<i>:<\/i><\/p>\n<p><i>Sejiwa dua tubuh<\/i><\/p>\n<p><i>\u00a0<\/i><\/p>\n<p>Sukarnya menyatukan fikiran cerdik pandai:<\/p>\n<p><i>Mengadu tuntung jarum<\/i><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Tidak sepakat:<\/p>\n<p><i>Bersimpang jalan<\/i><\/p>\n<p><i>Berpihak-pihak<\/i><\/p>\n<p><i>Pecah-belah<\/i><\/p>\n<p><i>\u00a0<\/i><\/p>\n<p><b><i>Perkara utama yang menarik perhatian bijak-bestari Malayonesia<\/i><\/b><\/p>\n<p>Berasaskan peribahasa juga, perkara yang menarik perhatian bagi orang Melayu amat berbeza daripada bangsa-bangsa-bangsa lain. Perkara-perkara tersebut ialah yang berikut (Shaharir 2013b):<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>masa (termasuklah tua-muda, musim, dan usia amnya): lebih drp 250 buah peribahasa<\/p>\n<p>kerja : lebih drp 135 buah peribahasa<\/p>\n<p>kadar (termasuk laju, pantas, cepat-lambat, tumbuh, ubah), untung-rugi: masing-masing lebih drp 80 buah peribahasa<\/p>\n<p>marah: lebih drp 65 buah peribahasa<\/p>\n<p>miskin, pendirian: lebih drp 55 buah peribahasa<\/p>\n<p>muafakat: lebih drp 50 buah peribahasa<\/p>\n<p>mati, susah: masing-masingnya lebih drp 45 buah peribahasa<\/p>\n<p>mahir-pakar-pandai, malu, sia-sia, sombong dan tak pasti: masing-masingnya lebih drp 40 buah peribahasa<\/p>\n<p>cinta-kasih-sayang, jarak, keluarga, nasib dan tuah, sedih, sesuai: masing-masingnya lebih drp 35 buah peribahasa<\/p>\n<p>bodoh, degil, karib, kena, lemah,usaha: lebih drp 30 buah peribahasa<\/p>\n<p>air, cakap dan percakapan, cantik, harga, mustahil, perempuan, takut: masing-masingnya lebih drp 25 buah peribahasa<\/p>\n<p>bijaksana, habis, mantik, munafik\/hipokrit, potongan badan, tipu: masing-masingnya lebih drp 20 buah peribahasa<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Kesukaan pembuat peribahasa menjadikan masa, kerja dan kadar sebagai yang paling banyak diperkatakan menunjukkan, bertentangan dengan citra haktula Malayonesia (Melayu Malaysia khususnya), tidak mementingkan masa dan malas bekerja tidaklah benar. Orang Malayonesia malah menyukat masa dengan telitinya menggunakan fenomenon tabii pada manusia, iaitu kelip mata atau istilahnya nimisa (kira-kira 0.2112 saat) dengan beberapa unit lain lagi sebelum abad ke-10 M lagi. Unit-unit tersebut ialah<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>1 kala = 450 nimisa, 1 ghatika (nadika\/katika\/kutika, dekarang ketika) = 15 kala<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Jelaslah juga \u201cmasa\u201d ialah satu istilah inovasi Malayonesia kerana asalnya perkataan masa Sanskrit itu bermakan bulan (perkataan asli Melayu) di langit, lalu dijadikan istilah yang bermakna sebarangan ketika sahaja (Shaharir 2013b). Begitu juga \u201ckala\u201d yang asalnya menjadi unit masa Hindia yang sama dengan \u201cbertahun-tahun lamanya\u201d; dan \u201cghatika\u201d itu asalnya dari nama sebuah bintang sahaja.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Daripada senarai perkara yang diminati oleh pembuat peribahasa, maka bolehlah dibuat kesimpulan bahawa sifat manusia Malayonesia yang paling banyak diperkatakan oleh bijak-bestarinya ialah pertamanya marah, kedua: miskin, ketiga: muafakat, keempat: susah, kelima: {malu, sombong}, keenam: {cinta-kasih-sayang, sedih}, ketujuh: {bodoh, degil, karib, lemah}, kelapan: {cantik, takut}, dan kesembilan: {bijaksana, habis, mantik, munafik\/hipokrit}.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Ada banyak kesimpulan yang boleh dibuatkan berasaskan tertib sifat manusia yang diminati oleh bijak bestari Malayonesia ini yang sekali gus memberi gambaran kosmologi atau pemikiran Malayonesia. Umpamanya, kita boleh membuat kesimpulan bahawa satu daripada sifat utama orang Malayonesia ialah pemarah yang jauh mengatasi kebijaksanaan dan kerasionalan (mantik) sehingga itulah yang menyebabkan hanya orang Malayonesia sahajalah yang ada istilah amok.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Kesimpulan lain lagi ialah bahawasanya kemiskinan bagi Malayonesia dahulu adalah sesuatu yang mungkin merata dan pelbagai tahapnya. Melihat metafora sukatannya golongan ini tiadalah yang dipengaruhi oleh agama Islam yang menunjukkan peribahasa ini diolah semasa Islam belum kuat meresap ke dalam jiwa-jiwa bijak bestari ini, sedangkan ajaran Islam utamanya dalam hal kemiskinan ialah \u201ckemiskinan itu menghampiri kekufuran\u201d.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Muafakat mendapat tempat ketiga dalam tertib sifat Malayonesia yang diminati oleh bijak-bestarinya memang menunjukkan budaya muafakat dan gotong-royong menjadi budaya utama\u00a0 Malayonesia.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b><i>Bilangan yang menarik perhatian bijak bestari Malayonesia<\/i><\/b><\/p>\n<p>Bilangan yang paling banyak di dalam peribahasa ialah \u201cdua\u201d (ada 46 buah peribahasanya), diikuti oleh bilangan \u201csatu\u201d dan \u201cesa\u201d (ada 30 buah peribahasa), 23 buah peribahasa \u201ctiga\u201d, \u00a013 buah peribahasa \u201cempat\u201d, 11 buah peribahasa masing-masingnya untuk \u201ctujuh\u201d dan \u201csepuluh\u201d, 7 buah peribahasa mengandungi \u201ckosong\u201d dan begitu juga untuk \u201clima\u201d. Tiada peribahasa menggunakan \u201cenam\u201d, \u201cdelapan\u201d, \u201csembilan\u201d dan lebih besar daripada \u201csepuluh\u201d. Ini (sudah dibicarakan sebelum ini) menunjukkan (dapat dimengertikan) kerana bilangan-bilangan inilah menjadi asas bagi semua bilangan lain; kemasukan \u201ckosong\u201d itu cukup bitara kerana tamadun bangsa lain takut kepada bilangan \u201ckosong\u201d. Bahkan bagi Eropah termasuklah Inggeris, perkataannya berasaskan <i>shifr <\/i>begitu pelik dan menakutkan lalu dijadikan perkataan <i>cipher<\/i> sebagai pemecah kemistikan dan kerahsiaan sesuatu. Suatu yang menariknya lagi tentang bilangan ialah betapanya orang Malayonesia menganggap tahu membilang hingga empat itu menandakan minimumnya seseorang yang boleh menerima pengetahuan yang selanjutnya kerana adanya peribahasa <i>tak tahu akan empat<\/i>. Ymerujuk kepada seseorang yang masih amat bodoh atau belum mampu untuk diberi pengetahuan lain lagi.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Pecahan yang ada dalam peribahasa ialah seperdua\/separuh\/setengah (16 buah peribahasa), sepertujuh, seperempat\/suku, dan \u00a0tiga suku masing-masingnya sebuah peribahasa sahaja. Ini memang secocok dengan banyaknya peribahasa menggunakan \u201cdua\u201d, diikuti oleh \u201ctiga\u201d, \u201cempat\u201d dan \u201ctujuh\u201d. Jelaslah pecahan dalam peribahasa dicipta sebelum hukum <i>fara\u2018idh<\/i> dihayati dengan meluasnya kerana dalam hukum <i>fara\u2018idh<\/i> pecahan yang wajib ada juga seperenam, seperlapan, sepersepuluh, seperdua-belas, seperlima-belas, seperlapanbelas, seperdua-puluh-empat, sepertiga-puluh-enam, sepertujuh-puluh-dua, sepersem-bilan-puluh dan seperseratus-lapan-puluh (lihat buku-buku fara\u2019idh yang lengkap, dan yang menariknya ialah manuskrip Jawi lama berkenaan hal ini yang berjudul <i>Ghayaht al-Taqryb fi al-Irtha wa al-Ta\u2018shyb<\/i> karya anama dalam abad ke-19 M yang ada di Perpustakaan Negara Malaysia berkod Ms 1543)<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b><i>Flora dan Fauna yang menarik perhatian bijak bestari Malayonesia<\/i><\/b><\/p>\n<p>Peribahasa Melayu juga tercipta daripada mengibarat, mentamsil atau menganalogikan perkara yang diminati dengan flora (tumbuhan) atau fauna (margasetua\/haiwan), bahkan peribahasa menggunakan sekitar 120 tumbuhan dan sekitar 260 haiwan. Daripada tumbuhan itu ada 27 jenis tumbuhan yang belum dapat dikenali oleh ahli botani kita (oleh itu tiadalah nama sainsnya); dan 70 jenis haiwan yang belum dapat dikenali (sehingga tiadalah nama sainsnya lagi) seperti yang diperkatakan oleh Shaharir (2003, 2005). Sehingga kini ahli biologi kita tidak berminat untuk menyelesaikan masalah ini kerana mereka hanya percaya orang Barat telah menyelesaikannya dan mereka tidak berminat memadankannya dengan istilah dalam bahasa Melayu kerana dianggapnya ini bukan masalah mereka! Semoga pihak DBP dapat menawarkan sedikit peruntukan kepada bakal-bakal ahli biologi patriotik Malaysia bagi menyelesaikan masalah ini dan sekaligus dapat memperbaiki lagi Kamus Dewan itu. Jika pembinaan ilmu dalam bidang biologi dilakukan oleh orang Malayonesia sejati sudah tentulah bukan sahaja hal keadaan di atas tidak berlaku tetapi sains biologi tentang flora dan fauna di dalam peribahasa itu tentunya terkehadapan daripada yang ada sekarang ini, mungkin terkehadapan juga tetapi dibangunkan oleh ahli sains bukan Malayonesia.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Haiwan yang paling banyak dijadikan bahan peribahasa ialah ayam (sekitar 188 buah peribahasa), diikuti oleh gajah (103 buah peribahasa), ikan (100 buah peribahasa), anjing (90 buah peribahasa), kerbau (85 buah peribahasa), harimau (77 buah peribahasa), kucing (65 buah peribahasa), ular (60 buah peribahasa, termasuk 2 buah menggunakan ular lidi), kambing (49 buah peribahasa), itik (38 buah peribahasa), kera (36 buah peribahasa), tikus (34 buah peribahasa), bab (32 buah peribahasa), buaya (30 buah peribahasa), kumbang (26 buah peribahasa), kura-kura (24 peribahasa), cacing (23 buah peribahasa), helang (22 buah peribahasa), enggang (20 buah peribahasa), lembu dan ulat (masing-masingnya 19 buah peribahasa), pelanduk (18 buah peribahasa), gagak dan musang (masing-masing 16 buah peribahasa), kutu dan langau (masing-masing 14 buah peribahasa), rusa (15 peribahasa), semut (13 buah peribahasa), badak, ketam dan kodok (masing-masingnya 11 buah peribahasa), dan lain-lain haiwan masing-masingnya kurang daripada sepeuluh buah peribahasa dan banyak yang hanya satu-dua peribahasa sahaja. Sepatutnya ahli zoologi kita masyhur dengan kajian haiwan-haiwan yang disenarai di atas itu.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Jelaslah, ilmu yang ada dalam peribahasa, selain ada banyaknya, menunjukkan ilmu itu adalah hasil cerapan bijak bestari Malayonesia yang bitaranya. Kebitaraan cerapan Malayonesia yang dibincangkan di atas menunjukkan tidak bebasnya nilai kaedah-kaedah sains yang melibatkan cerapan. \u00a0Ini sebagai tambahan bicara perkara ini dalam Shaharir (2010a, 2011c).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Aspek-Aspek lainnya tentang tidak bebasnya nilai dalam kaedah sains<\/b><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Selain daripada perkara yang dipilih untuk dikaji atau dicerap, hal yang lain lagi yang menjadikan setiap kaedah sains itu tidak neutral adalah perihal yang berikut.<\/p>\n<p>Dalam <b>kaedah deduksi<\/b>, perkara yang sarat nilai lain itu ialah pengutaraan takrif dan aksiom (perkara yang dianggap paling asasi dalam sesebuah wacana sains mengikut kaedah ini). Perubahan takrif dan oleh itu aksiom dalam sesuatu perkara memang berlaku kerana perubahan pendirian komuniti sarjana berkenaan yang diistilahkan oleh Kuhn sebagai perubahan paradigma. Contohnya, yang klasik ialah geometri Euklid (yang dibina berasaskan beberapa takrif seperti titik, garis, dan sudut, dan diikuti dengan 5 aksiom termasuklah aksiom yang dikenali sebagai \u201caksiom selari\u201d) dan kemudiannya sekitar seribu lapan ratus tahun kemudian \u201caksiom selari\u201d boleh diganti dengan yang lain lalu berlakulah perubahan paradigma geometri sehingga lahirlah geometri bukan Euklid. Dalam bidang aritmetik pula aksiom ke atasnya pertamanya dilakukan oleh Peano (sarjana Italia 1889 M) dan didapati aksiom beliau tidak mencukupi untuk bilangan pecahan, dan kemudiananya aksiom bilangan pecahan didapati tidak mencukupi untuk bilangan perpuluhan lalu Cantor (sarjana Jerman yang meninggal 1918 M) dikatakan berjaya mengutarakan aksiom nombor nyata. \u00a0Kemudian takrif bilangan berubah lagi hingga melahirkan aksiom bilangan kompleks, hiperkompleks, dan terakhir setakat ini quaternion. Dalam bidang mantik pula, Boole membina aksiom mantik ya-tak atau mantik hitam-putih yang dikenali sebagai aljabar Boole itu. Ilmu Malayonesia yang terbit daripada kaedah deduksi masihlah belum kami temui dalam bentuk yang lengkap seperti ilmu yang dibangunkan menerusi kaedah ini di Barat dalam bidang geometri, aritmetik dan mantik di atas. Akan tetapi bibit-bibitnya dalam aritmetik dan mantik memang ada. Dalam aritmetik, bilangan benda diketahui menerusi \u201caksiom padanan-satu dengan-satu\u201d daripada benda yang diminati dengan bilangan yang diketahui. Inilah yang menghasilkan bilangan melampaui terhingga di Barat sebagai ketak- terhinggaan terbilangkan dan ketakterhinggaan tak terbilangkan. <b>Ternyata dalam aritmetik malayonesia aksiom ini diperhaluskan lagi kerana benda yang diminati oleh bijak-bestari Malayonesia agak halus lagi, <\/b>iaitu benda yang memang tidak diketahui itu tiadalah maklumat sifat-sifatnya kecuali memang banyak sehingga sukar dipadankannya, sifatnya berharga, atau benda selainnya. Itulah yang melahirkan konsep ketak terhingaan yang berbeza daripada dua jenis di atas itu seperti yang dihuraikan lagi dalam seksyen \u201ctidak bebas-nilainya dalam makna dan tafsiran fakta sesuatu unsur ilmu\u201d kelak. Dalam Mantik pula ternyata aksiom mantik Boole itu tidak mungkin berlaku dalam bahasa Melayu pra-Islam lagi kerana setiap ayat berimplikasi dalam bahasa Melayu tidaklah ayat pasti\u00a0 tetapi ayat mengandungi unsur ketakpastian dengan kata-kata \u201cmoga-moga\u201d, \u201cmudah-mudahan\u201d atau terkemudiannya \u201cinsya Allah\u201d.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Kaedah aruhan<\/b> pula amat sarat nilainya ketika membuat hipotesis sebelum mengambil data yang dianggap berhubung dengan hipotesis itu. Sistem kepercayaan, bahkan pendirian politik seseorang sarjana pasti mempengaruhi pengutaraan sesebuah hipotesis. Umpamanya, kaedah aruhan terawal dalam sains Barat mengutarakan hipotesis\u00a0 yang bertujuan hendak membantu Charles Darwin menegakkan Teori Evolusinya (sarjan itu ialah Galton, sepupu kepada Darwin). Seseorang sarjana beragama mungkin terpanggil untuk menghipotesiskan \u201cpinjaman wang berbunga menyebabkan inflasi\u201d tetapi hipotesis ini tidak akan diutarakan oleh sarjana yang berpegang kepada kapitalisme. Hipotesis \u201cpendapatan tinggi tidak membahagiakan seseorang\u201d juga tidak akan diutarakan oleh sarjana yang percaya kepada Model Ekonomi Baru atau Dasar Transformasi kerajaan Malaysia. Di Barat Kuznet telah mengutarakan hipotesisi yang seperti ini pada tahun 1955 lagi, tetapi konsep bahagianya sarat nilai yang tidaklah serasi dengan Islam seperti yang telah dibicarakan oleh Shaharir (2008) dan Shaharir &amp; Alinor (2013). Kemudian sarat nilainya kaedah aruhan juga berlaku ketika pentafsiran dapatan menerusi kaedah ini yang mesti dilalui oleh seseorang yang melaksanakan kaedah ini. Bahkan walau apa pun pentafsirannya, kaedah ini membabitkan kepercayaan yang kuat kepada hasilnya kerana data-data yang ada tidak terjamin merangkumi semua keadaan lebih-lebih-lebih lagi di hari muka. Inilah sebabnya kaedah ini terkenal di kalangan falsafawan sains Barat dengan sifatnya yang tidak rasional sepenuhnya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Kaedah ujikaji<\/b> melibatkan kaedah aruhan dan kaedah deduksi dan oleh itu tertakluk kepada ketakneutralan kaedah aruhan dan deduksi yang telah dibicara di atas.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Kaedah colekan<\/b> (abduksi) asalnya dinamai \u201ckaedah tekaan\u201d oleh falsafawan Amerika bernama Peirce (meninggal 1914) yang jelas sekali memang sarat nilainya bukan kerana tekaan itu sarat nilai tetapi kerana kaedah ini sarat mantik (yang akan dibuktikan sarat nilai tersendiri pula). Malah untuk mencolek c daripada data\/maklumat d melibatkan penentuan bahawa c itu menjadi syarat cukup atau hampir cukup (tetapi tak semestinya perlu) dan paling simpel atau ekonomis untuk berlakunya d. \u00a0Contoh mudahnya, jika kita dapati kain jemuran kita tertinggal semalaman dan paginya didapati basah, maka bolehlah dikatakan (dibuat hipotesis) semalam ada hujan kerana jika memang ada hujan semalam (iaitu c) maka kain di jemuran itu akan basah (iaitu d). Terbukti di sini ialah mantik ya-tak yang dibicarakan sebelum ini beroperasi. Mantik lain seperti ya-tak-entah, dan sebagainya. Isu pelbagai jenis atau sistem mantik dibicarakan lagi kemudian.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Kaedah Feyerabend<\/b>, <b>kaedah Kuhn<\/b> dan <b>kaedah Lakatos<\/b>\u00a0 adalah kaedah sains tiga serangkai yang muncul sezaman (tahun 1970-an) masing-masing mengkritik kelemahan yang satu lagi. Kaedah Kuhn mengiktiraf adanya pendirian atau kepercayaan ahli sains terhadap kewujudan sesuatu perkara yang hendak dan patut dikaji serta cara-cara kajian yang patut diterima bersama sehingga keseluruhan menjadi semacam suatu \u201cpendirian beragama\u201d yang dinamainya paradigma. Dalam paradigma ini sahajalah ilmu muncul secara berlonggoknya, hingga seorang yang berpengaruh muncul dengan paradigma yang baharu yang menjanjikan perkembangan ilmu yang lebih baik lagi\u00a0 maka baharulah perubahan besar-besaran (dianggapnya sebagai revolusi ilmu) berlaku. Feyerabend membantah teori penemuan sains Kuhn ini dengan menunjukkan tiadanya pendirian ilmuwan terhadap perkara yang dinamakan paradigma itu tetapi setiap ilmuwan hanya berkarya mengikut selera dan cita rasa sendiri-sendiri sahaja dengan kepercayaan sendiri-sendiri\u00a0 yang dipandu oleh nilai \u201casal jadi\u201d, pragmatisme dan radikalisme dalam pengaryaannya.\u00a0 Lakatos pula berhujah tiadanya paradigma demi paradigma Kuhn itu di dalam perkembangan sains selama ini kerana katanya ilmuwan mempunyai atur cara penyelidikan yang turun temurun dan mereka akan tetap\u00a0 mempertahankan andaian turun-temurun yang dinamainya teras liat atur cara penyelidikan yang boleh dianggap sebagai metafizik ilmu yang dibina itu. Contoh metafizik itu ialah \u201csesuatu perkara itu berlaku dengan mekanismenya\u201d, dan \u201cbentuk alam semesta ini ditentukan oleh banyaknya dan taburan jirim di alam semesta ini\u201d. Pengubahsuaian metafizik itu mungkin berlaku tetapi ahli sains tidak pernah meninggalkan seluruhnya sama sekali untuk memeluk metafizik yang baharu sepenuhnya. Kewujudan dan pertahanan teras liat atur cara penyelidikan itulah sesuatu yang sarat nilainya. Pengiktirafan adanya metafizik dalam sains oleh Lakatos ini mencabar pula kaedah sains Popper (kaedah pemalsuan) yang tidak mengiktiraf metafizik dalam sains, malah Popper percaya dan berhujah bahawa perkembangan sains dilakukan atas usaha ilmuwan meniadakan segala kepercayaan berasaskan agama atau metafizik di dalam sains. Popper menegaskan sains hanya berasaskan pencerapan dan kaedah beliau itu menjamin sifat sains ini yang keseluruhannya mengukuhkan sejenis falsafah sains Barat yang dinamai positifisme mantik itu. Jelaslah kaedah sains Popper ini sarat nilainya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Kaedah refutasi Lakatos<\/b> ialah kaedah khusus di dalam matematik yang memaparkan selok-belok berlakunya pengitlakan\/perumuman\/perampatan (generalisasi),\u00a0 iaitu apabila timbulnya refutasi ke atas ilmu yang sedia ada akibat perluasan dimensi fizik dari satu kepada dua, tiga dan setersunya. Kaedah ini sarat nilainya ketika membuat andaian sahnya ilmu itu pada dimensi yang lebih rendah yang terbit daripada kaedah-kaedah yang telah ditunjukkan sarat nilai itu.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Kaedah heuristik<\/b> sebenarnya berasaskan pada pencerapan dan pragmatisme yang kedua-dua memang sarat nilai. Ini ialah sebuah kaedah yang mementingkan pada cerapan terhadap <b>tanda-tanda yang dipercayai menjanjikan \u201ckejayaan<\/b>\u201d (tercapainya hasrat yang dicita-citakan). Ungkapan yang ditebalkan itu itu jelas sarat nilainya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Kaedah wijdan\/intuisi, kaedah mimpi, kaedah sufi<\/b> (perlambangan, takwil dan hermaneutik), <b>kaedah khalwat<\/b>\/bertapa, <b>kaedah anugerah <\/b>dan<b> kaedah pasca-trauma<\/b> adalah kaedah pengalaman sendiri-sendiri yang tidak boleh dikongsi dengan orang lain. Oleh itu jelaslah kaedah-kaedah ini bukan kaedah yang semesta pun, oleh itu amatlah tidak neutral dan sekali gus sarat nilainya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Kaedah yang digemari oleh para pengurus tinggi sesebuah institusi, iaitu kaedah <b>perancangan senario<\/b>, <b>kaedah kuALPA, kaedah unduran, kaedah inovasi, <\/b>dan <b>kaedah daya pengaryaan de Bono<\/b>\u00a0 adalah campuran kaedah Feyerabend, refutasi Lakatos, dan deduksi yang setiap satu sudah dibicarakan ketakneutralannya (sarat nilainya).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Kaedah Bohm<\/b> memang berupa sintesis pertembungan dua kosmologi atau pandangan alam sarjana, atau pencari penyelesaian masalah; oleh itu jelaslah sarat nilainya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Tidak Bebas-Nilainya dalam Makna dan Tafsiran Fakta Sesuatu Unsur Ilmu<\/b><\/p>\n<p><b>\u00a0<\/b><\/p>\n<p>Contoh tentang berbezanya makna sesebuah fakta bagi Malayonesia berbahasa Melayu dengan bangsa yang menghayati bahasa Inggeris boleh dilihat menerusi \u00a0beberapa konsep atau istilah dalam matematik dan fizik yang dihuraikan di bawah ini.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Pertamanya tentang <b>berbezanya makna bilangan dalam bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris<\/b>; keduanya <b>berbezanya makna tak terhingga dalam bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa Eropah<\/b> (termasuk Inggeris) dari bahasa Jerman; ketiga <b>berbezanya makna barang kali dan mungkin dalam bahasa Melayu yang lebih asli dengan makna terjemahannya terhadap <i>probable <\/i>dan <i>possible<\/i> Inggeris<\/b>-Latin. Keempat <b>berbezanya makna sains warisan Barat dengan sains warisan Malayonesia dalam bahasa Melayu pra-Islam dan Islam. <\/b><\/p>\n<p><b>Tafsiran sesuatu istilah bilangan<\/b> dalam bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris memang berbeza amat. Istilah bilangan lima dalam bahasa Melayu memang bermakna tangan dan istilah enam dan tujuh berupa pergerakan jari tangan itu sahaja (iaitu drp lima sahaja), manakala lapan dan sembilan daripada sepuluh (masing-masingnya diambil dua dan satu drp sepuluh itu, iaitu pergerakan jari ketika tangan dipolok, perkataan asal sepuluh itu). Ini tiada kesetaraannya tafsiran bilangan dalam bahasa Inggeris itu. (Lihat perinciannya ndi dalam Shaharir dan Razak 2001). Asal-usul perkataan \u201cbelasan\u201d dalam bahasa Melayu itu amat berbeza daripada asal-usul <i>teens <\/i>(<i>eleven, twelve<\/i> dan seterusnya hingga <i>nineteen<\/i>) dalam bahasa Inggeris. Perkataan \u201cbelasan\u201d dalam bahasa Melayu berasal daripada balasan bilangan jari setelah kedua-dua belah tangan digunakan (\u201csebelas\u201d ialah <i>sa-belas <\/i>(sebelum 1972 tarikh sa- menjadi se-), atau lebih awal lagi <i>sa-balas \u00a0<\/i>yang bermaksud kembali pada jari satu dahulu, dua belas kembali pada jari kedua ,\u2026 dan begitulah seterusnya). <i>Teens<\/i> dalam bahasa Inggeris merakamkan tambahan kepada <i>ten<\/i>, iaitu <i>eleven<\/i> (awalnya <i>endleofan<\/i>, <i>elleovene<\/i>)<i> <\/i>daripada Jermanik <i>ainlef<\/i> yang bermakna \u201clebih <i>one<\/i> selepas <i>ten<\/i>\u201d, <i>twelve <\/i>(awalnya<i> twelf<\/i>)<i> <\/i>daripada Jermanik <i>twalif<\/i> yang bermakna \u201clebih <i>two<\/i> selepas <i>ten<\/i>\u201d (paradigma pembuangan <i>ten<\/i>); paradigma <i>thirteen, fourteen<\/i> ,\u2026 hingga <i>nineteen<\/i> lain sedikit asalnya, iaitu begitu jelas gabungan kata <i>three, four<\/i> ,\u2026 hingga <i>nine<\/i> dengan kata <i>ten, <\/i>iaitu penambahan ke atas<i> ten<\/i>.(Etymological Dictionary di internet). Tafsiran metafizik bilangan satu dan tiga amat berbeza ketika Malayonesia pra-Islam dengan Malayonesia Islam dan berbeza lagi dengan istilah bilangan yang sepadan dengan satu dan tiga dalam bahasa-bahasa bangsa beragama Katholik. Ini ialah kerana konsep <i>Trinity<\/i> itu (yang sering diterjemah kepada bahasa Melayu Indonesia sebagai Trisakti.)<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Contoh lainnya yang tidak kurang menariknya, ialah <b>makna tak terhingga<\/b> dalam bahasa Melayu dengan dalam bahasa Inggeris yang sepadannya (segi terjemahan harfiahnya) iaitu\u00a0 <i>infinite. <\/i>Penulis <i>Hikayat Raja Pasai<\/i>\u00a0 (abad ke-16 M) menggunakan istilah untuk bilangan yang cukup besar sebagai \u201ctiada tepermanai\u201d, \u201ctiada terhisabkan\u201d dan \u201ctiada terkira-kira\u201d\u00a0 yang nampaknya ada perbezaaan yang halus: \u201ctiada tepermanai\u201d ditujukan kepada perkara umum, \u201ctiada terhisabkan\u201d untuk perkara yang memang sukar ditaksirkan sahaja, dan \u201ctiada terkira-kira\u201d untuk harta benda atau barang bernilai. (Shaharir 2006). Kewujudan tiga jenis \u201ctak terhingga\u201d ini berbeza dengan hanya dua jenis ketakterhingaan dalam matematik Jerman (telah menjadi matematik dunia) yang diInggeriskan sebagai\u00a0 \u201c<i>uncountable<\/i>\u201d (diterjemah sebagai tak terbilangkan atau tak boleh bilang) dan \u201c<i>nondenumerable<\/i>\u201d (diterjemahkan sebagai tak terangkakan atau tak boleh ada angka). <i>Uncountable <\/i>ialah sejenis bilangan tak terhingga seperti bilangan satu,dua,\u2026., tak sut itu; manakala <i>nondenumerable<\/i> ialah tak terhingga seperti banyaknya bilangan nombor dalam selang kosong hingga satu.<\/p>\n<p>Contoh-contoh lain lagi dapat dilihat dalam Shaharir (2009)<\/p>\n<p><b>\u00a0<\/b><\/p>\n<p><b>Mantik Malayonesia<\/b><\/p>\n<p><b>\u00a0<\/b><\/p>\n<p>Mantik dianggap satu daripada komponen epistemologi, malah matematik pernah dihipotesiskan sebagai ilmu yang terbit daripada mantik sahaja. Hipotesis ini berkecai sejak Russell mengisytiharkan tidak berjayanya beliau dan Whitehead membuktikan sahnya hipotesis ini bahkan menunjukkan banyak pernyataan mantik yang berswacanggah. Ekoran itulah, juga banyaknya muncul falsafah matematik yang bertujuan antara lain menyelesaikan epistemologi matematik, dan sehingga kini isu ini memanglah masih belum berhasil. Ekoran daripada itu terbuktilah pula bahawa mantik itu banyak ragamnya dan mantik dua-nilai, atau mantik ya-tak, atau hitam-putih itu hanya satu daripada puluhan mantik yang lain lagi. Mantik yang lain lagi itu ialah seperti mantik 3-nilai, mantik ya-tak-takpasti; dan malah mantik n-nilai n= 4,5,6,\u2026N (terhingga); mantik tak terhingga nilai, iaitu mantik daripada kebarangkalian yang nilainya antara 0 (mustahil) hingga 1 (pasti). Selain daripada ini ada pula mantik-matik yang berikut: (1) Mantik kabur, iaitu mantik daripada benda-benda yang tidak jelas seperti marah, miskin dan muafakat yang dibicarakan sebelum ini, dan mengikut peribahasa Melayu (perkara yang diminati oleh bijak-pandai Malayonesia dahulu) ada sekitar 210 perkara seperti itu dari perkataan \u201cada\u201d hingga \u201czalim\u201d (Shaharir 2013b), iaitu perkara-perkara yang boleh ditangani menerusi mantik kemungkinan, bukan kebarangkalian lagi). (2) Mantik pernyataan yang melibatkan perkataan seperti \u201ctak semestinya\u201d, \u201cbarangkali\u201d, \u201cmungkin\u201d, selalunya, lazimnya, dipercayai, diizini dan sebagainya yang dinamai mantik ragaman (<i>modal logic<\/i>) yang mulanya diutarakan oleh Ibn Sina (atas nama silogisma sahaja) tetapi baharu dikembangkan lagi oleh ahli mantik Barat abad ke-20 M. (3) Mantik dalam pembicaraan di mahkamah dan di kalangan peguam yang dikenali sebagai mantik pertahanan\/defisibel. (4) Mantik daripada teori atom yang dikenali sebagai mantik quantum. Semua mantik ini, selain daripada mantik 5-nilai (peristiwa yang melibatkan \u201chukum akal\u201d dalam Islam: wajib, sunat, harus\/mubah, makruh dan haram), tidaklah bitara boleh berlaku pada Malayonesia berbahasa Melayu sahaja. Mantik yang lain lagi yang nampaknya bitara berlaku pada Malayonesia berbahasa Melayu ialah yang agak baharu dihipotesiskan oleh Lim (2003) dan Hassan (2003), iaitu (5) <b>mantik budi<\/b>; dan\u00a0 yang terbaharu yang diutarakan oleh penulis ini bagi menangani (6) <b>mantik <i>insyaallah<\/i><\/b> (Shaharir 2011b, 2012b). Oleh itu ada 4 sistem mantik, iaitu <b>mantik 5-nilai<\/b> (yang diperlukan untuk membuat keputusan tentang perkara-perkara yang tertakluk kepada hukum Islam: haram, makruh, harus\/mubah, sunat dan wajib), <b>mantik moga-moga <\/b>atau <b>mudah-mudahan <\/b>(sejenis mantik ragaman?), mantik <b><i>mumkin<\/i><\/b> atau <b>mantik <i>insyaallah, <\/i><\/b>dan <b>mantik budi<\/b> ialah mantik-mantik yang tersendiri bagi Malayonesia tetapi setiap satunya masih perlu ditegakkan kewujudannya dengan lebih meyakinkan lagi.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Sebenarnya, mengikut peribahasa Melayu<b>, mantik itu sendiri kabur sifatnya<\/b>, iaitu antara mantik (ada\u00a0 9 peribahasa seperti <i>ke mana tumpah hujan dari bumbungan, kalau tidak ke cucuran atap<\/i>) dengan tidak mantik itu (ada 7 peribahasanya seperti <i>semut gatal nak gonggong gunung, bagaimana dunia takkan sunyi<\/i>), ada\u00a0 bertaraf \u201cyang dapat diterima\u201d (peribahasanya <i>mencecah bumi<\/i>), ada yang \u201ctak masuk akal\u201d (peribahasanya <i>tidak makan benang<\/i>), ada yang \u201ctidak mustahil\u201d (peribahasanya <i>berlalu angin<\/i> dan <i>sampai di akal<\/i>). Ini sudah pun memberi usul bahawa mantik 2-nilai sahaja tidak mencukupi. Itulah manifestasinya setakat ini, adanya 4 sistem mantik Malayonesia yang disebut di atas.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Mantik moga-moga atau mudah-mudahan terpancar di dalam bahasa Melayu pra-Islam lagi dan ini ditunjukkan oleh Shaharir (2011a) berasaskan ayat-ayat bahasa Melayu di prasasti abad ke-7 M. Masa itu perkataan yang setara dengan moga-moga atau mudah-mudahan ialah<i> <\/i><i>punarapi.<\/i><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Berkenaan dengan <b>mantik budi<\/b>, kedua-dua Lim dan Hassan hanya berdasarkan pada adanya ungkapan <i>akal budi, budi bicara, budi pekerti <\/i>dan <i>budi bahasa<\/i>. Berdasar pada peribahasa, biasanya \u201cbudi<i>\u201d<\/i> bermaksud perbuatan baik, beradab dan sebagainya. Bahkan ada 9 peribahasa yang <b>ditafsirkan<\/b> membicarakan tentang \u201cbudi\u201d dan setiap satunya membawa maksud \u201cbudi\u201d ini (<i>mayang menolak seludang, ulat lupa daun,<\/i> dan <i>umpama kera dapat jagung<\/i>) dan satu sahaja pribahasa yang mengandungi perkataan \u201cbudi\u201d (<i>orang berbudi kita berbahasa). <\/i>Semuanya<i> <\/i>\u00a0bukannya \u201cbudi\u201d yang asal yang bermaksud ilmu yang menyebabkan seseorang itu beradab (mulanya mengikut Buddhisme, yang kemudian disesuaikan dengan Islam). Malah Bukhary al-Jawhary dalam karya agungnya <i>Taj al-Salatdin<\/i> (Tajus Salatin) 1603 menggunakan perkataan \u201cbudiman\u201d dengan maksud seorang ilmuwan yang setara dengan <i>ulil albab.<\/i> Sekarang (entah bila mulanya) \u201cbudiman\u201d ini juga sudah berubah makna menjadi orang yang tidak semestinya berilmu tetapi baik hati, beradab dan suka menolong sahaja. Hanya satu peribahasa yang boleh ditafsirkan budi ada unsur ilmu, iaitu <i>habis tenggang dan\/dengan kelakar<\/i> yang bermaksud habis akal dan budi bicara.\u00a0 Peribahasa inilah dan sebuah pantun yang dipetiknya, \u201c<i>Apa tanda batang tebu. Batang tebu halus uratnya. Apalah tanda orang berilmu. Orang berilmu halus budinya<\/i>\u201d,\u00a0 yang menyebabkan Hasan (2003) membuat kesimpulan \u201cbudi menjadi teras ilmu Melayu\u201d. Ini tentunya tidak mencukupi. Kita perlu mebuktikan ilmu yang terbit dari seseorang yang menggunakan bahasa Melayu itu sebenarnyalah membabitkan \u201cbudi\u201d sebagai pencetusnya atau menjadi sekomponen unsur ilmu itu. Sekaligus kita perlu mentafsirkan semula \u201c<i>budi<\/i>\u201d dalam peribahasa \u201c<i>orang berbudi kita berbahasa<\/i>\u201d itu sebagi ilmu, iaitu kita perlu melayan orang yang berilmu yang tentunya beradab itu dengan penuh sopan (berbahasa); dan peribahasa <i>habis tenggang dan\/dengan kelakar <\/i>ditafsirkan semula juga sebagai, \u201chabis budi diketengahkan\u201d dengan \u201cbudi\u201d bermaksud \u201cfikiran dan adab\u201d. Segala peribahasa dan pantun yang menggunakan atau ditafsirkan sebagai budi yang membawa maksud kelakuan baik, murah hati,\u00a0 beradab itu bolehlah dianggap muncul selepas abad ke-17, iaitu apabila perkataan budi berubah maknanya seperti yang dijelaskan di atas. Selainnya, yang boleh dianggap dicipta sebelum abad ke-18 semuanya perlu ditafsirkan semula\u00a0 mengikut makna budi yang asal. Dalam Abdullah &amp; Ainon (1993) ada \u00a030 buah peribahasa yang mengandungi perkataan \u201cbudi\u201d dan 10 daripadanya (boleh ditafsirkan) bermakna ilmu atau yg berhubung dengannya. (Lihat senarai peribahasa itu di Lampiran). Ini memang memperkuatkan hipotesis Hasan (2003) itu tetapi masih memerlukan contoh konkret ilmu Malayonesia yang menghayati peribahasa\u00a0 bagi menukar hipotesis itu kepada teori. Contoh Ilmu Malayonesia pra-Islam yang boleh dikategorikan sebagai \u201cbudi\u201d itu ialah ilmu kepemimpinan, <i>Cakravantin<\/i>, di prasasti Campa di Vietnam bertarikh 1088 M\u00a0 yang dibicarakan dalam Shaharir (2010b); dan kosmologi fizik Malayonesia pra-Islam begitu jelas kesepaduannya dengan ajaran Hindu-Buddha sehingga begitu mudah dapat diIslamkan sebagaimana yang diperihalkan dalam Shaharir (2000, 2008). Ilmu Malayonesia Islam memang semuanya bertaraf \u201cbudi\u201d..<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Dalam aspek lainnya, Hassan (2003) nampaknya menganggap budi sebagai sebahagian daripada aspek dalaman (intuisi, qalbu dsbnya)\u00a0 seseorang \u00a0\u201cpemikir Melayu\u201d sehingga dia menghasilkan ilmu yang tidak \u201cmemisahkan idealisme dengan realisme\u201d, tidak seperti yang berlaku pada pemikir Barat.\u00a0 Ini nampaknya lebih sesuai dengan yang berlaku dengan penciptaan sesebuah peribahasa, tetapi masih juga memerlukan contoh-contoh dalam ilmu sains Malayonesia dalam bahasa Melayu. Contoh ilmu Malayonesia yang memenuhi keperluan ini ialah ilmu kepemimpinan tentang konsep <i>cakravantin<\/i> bertarikh 1088 M yang telah dibicarakan oleh Shaharir (2010b) dan ilmu falak (antara abad ke-18 hingga ke-19 M) yang dibicarakan oleh Baharrudin (2009) yang kedua-duanya jelas ilmunya menggabungkan nyataisme dengan ideaisme masing-masingnya menerusi adab Buddhaisme dan Islam. Yang menjadi masalah besarnya ialah membentuk sebuah struktur mantik daripada \u201cmantik budi\u201d ini walaupun yang pastinya tidak lagi mantik n-nilai, atau mantik kabur Zadeh, atau mantik kebarangkalian, tetapi mungkin sejenis mantik ragaman atau yang baharu sama sekali.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Kosmologi Malayonesia<\/b><\/p>\n<p><b>\u00a0<\/b><\/p>\n<p>Bagi ahli falsafah, kosmologi sesuatu bangsa biasanya dimaksudkan pandangan alam atau pandangan hidup bangsa berkenaan itu dalam serba-serbi aspek kehidupan dan alam sekelilingnya, dan ini biasalah dikaitkan dengan amalan harian, sistem kepercayaan, adat resam dan kebudayaan poesis (semuanya jauh daripada ilmu) sehingga jaranglah termasuk kepercayaannya terhadap susunan kejasmanian objek-objek di alam semesta ini, kosmos itu sendiri (\u201cbulan-bintang\u201d dsbnya). Bagi ahli sains, kosmologi ialah kajian alam semesta terutamanya geometrinya dan hukum-hakam pergerakan jasadnya\u00a0 Makna kosmologi mengikut ahli falsafah itu tiada dalam kamus-kamus umum bahasa Inggeris yang muktabar sekali pun seperti kamus Webster dan Oxford <i>\u00a0<\/i>di Internet. Begitu juga dengan kamus muktabar Melayu (Kamus Dewan, Kamus Besar Bahasa Indonesia dan Kamus Melayu Nusantara). Pengiktirafan kepada perbezaan kosmologi dari satu bangsa ke satu bangsa yang lain hampir tidak dipertikaikan lagi tetapi pengiktirafan ini tidak melebar kepada sains, khususnya sains alam semesta yang dikenali sebagai kosmologi sahaja, atau lebih mendalam lagi kosmogoni dan kosmogenesis.<\/p>\n<p><b>\u00a0<\/b><\/p>\n<p>Kosmologi malayonesia sebagai sebahagian daripada ilmu Malayonesia dalam bidanh sains fizik ialah kosmologi Melayonesia keHinduan, Kebuddhaan dan kemudiannyan KeIslaman. Kosmologi Malayonesia keHinduan ada diperihalkan di dalam Shaharir (2008) tetapi di situ tiadalah diperihalkan epistemologi\u00a0 ilmu pengetahuan itu. Ada satu-dua konsep baharu atau inovasi dalam kosmologi keHinduan dan KeBuddhaan Malayonesia itu seperti konsep Kayangan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Kosmologi Malayonesia Hindu-Buddha yang diIslamkan ada dipaparkan di dalam Shaharir (2000) dan disitu jelaslah ilmu itu dipengaruhi oleh istilah-istilah kosmologi Islam dan pentafsiran semula istilah-istilah Hindu-Buddha menerusi Istilah-Istilah keIslaman itu. Umpamanya alam semesta ini berupa kotak bertampang segi empat (iaiatu kubusoid atau kuboid) dan di dalamnyalah ada tiga jenis alam, iaitu ALam Ghaib Lagi Ghaib (AGLG), Alam Ghaib dan Alam Nyata yang setiap satunya berupa sfera dan banyak bilangannya. \u00a0AGLG itu digelar <i>Mahameru<\/i> yang diIslamkan namanya sebagai <i>al-\u2018Arash al-\u2018Azym<\/i> dan alam semesta seluruhnya berbentuk kubusoid\/kuboid itu bernama Hindu-Buddhanya <i>Catur Mukha Brahma<\/i> dan diIslamkan kepada <i>al-\u2018Arasy al-Rahman<\/i>, manakala Alam Nyata kita ini bernama Hindu-Buddhanya <i>Brahmanda<\/i> dan diIslamkan kepada <i>Jabal Qaf<\/i>, dan banyak lagi perubahan istilah seperti ini dilakukan diperingkat pengIslaman awal dahulu.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Kosmologi Melayonesia keIslaman yang amat kurang pengaruh Hindu-Buddhanya ialah yang dipaparkan oleh al-Ranyry dalam Bab satu karya agungnya <i>Bustan al-Salatdin<\/i>, (sudah ditransliterasi oleh Jelani dan diterbitkan oleh DBP 2004<i> <\/i>yang juga ada di dalam<i> Taj al-Salatdin <\/i>dan manuskrip asing Ms 781(1) di Perpustakaan Negara Malaysia).<i> <\/i>Namun oleh sebab karya ini adalah hasil terjemahan, dan ditambah pula tiadalah perihal bayangan epistemologi di dalamnya, maka\u00a0 tiadalah yang dapat dipaparkan epistemologi yang dihayatai oleh pengarang manuskrip ini selain daripada menyatakan adanya pengaruh Islam tentang konsep banyaknya alam dan\u00a0 adanya persamaan Gunung Mahameru dalam kosmologi Hindu-Buddha itu dengan konsep Jabal Qaf di dalam karya terjemahan al-Ranyry itu.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>\u00a0Lampiran <\/b><\/p>\n<p><b>\u00a0<\/b><\/p>\n<p>Senarai peribahasa mengandungi \u201cbudi\u201d (Abdullah &amp; Ainon 1993):<\/p>\n<p><i>Baik budi<\/i> (baik hati) Ungkapan\/ayat dalam kurungan di sisi peribahasa ialah makna peribahasa itu.<\/p>\n<p><i>*Bayar budi<\/i> (membalas budi dengan budi)<\/p>\n<p><i>Bertanam\/Tanam budi<\/i> (berbuat baik)<\/p>\n<p><i>Budi bahasa<\/i> (tingkah laku).<\/p>\n<p>*<i>Budi bicara<\/i> (kebijaksanaan)<\/p>\n<p><i>Budi pekerti<\/i> (perangai baik)<\/p>\n<p><i>Busuk budi<\/i> (tabiat buruk)<\/p>\n<p>*<i>Hancur badan dikandung tanah, budi yg baik dikenang juga<\/i> (budi yg baik, lepas mati pun dikenang org)<\/p>\n<p><i>Hidup berkerelaan, mati bertongkat budi<\/i> (semasa hidup pemimpin boleh pilih penggantinya, tetapi apabila dia mati pengganti hendaklah dipilih mengikut adat)<\/p>\n<p>*<i>Hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka<\/i> (harta hilang boleh dicari, budi yg hilang padah akibatnya)<\/p>\n<p><i>Hina budi<\/i> (perangai buruk)<\/p>\n<p><i>Hutang budi<\/i> (jasa)<\/p>\n<p>*<i>Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati<\/i> (wang tidak dapat membayar budi)<\/p>\n<p>*<i>Laut budi, tepian akal<\/i> (orang yang bijaksana)<\/p>\n<p>*<i>Lubuk akal lautan budi<\/i> (sangat luas pengetahuan)<\/p>\n<p><i>Makan budi<\/i> (menerima kebaikan orang)<\/p>\n<p>*<i>Mati ikan kerana umpan; mati saya\/sahaya kerana budi<\/i> (manusia boleh binasa kerana menerima budi; kalah kerana termakan budi)<\/p>\n<p><i>Membalas budi<\/i> (membalas jasa)<\/p>\n<p><i>Menabur budi <\/i>(banyak buat jasa)<\/p>\n<p><i>Nasi habis budi bersua<\/i> (kawan yg disedari khianat)<\/p>\n<p><i>Putih tulang dikandung tanah; budi baik dikenang juga<\/i> (selepas mati, yg dikenang ialah jasa baik)<\/p>\n<p><i>Sebab budi badan kedapatan\/Sebab budi boleh akal kedapatan<\/i> (susah akibat perbuatan sendiri)<\/p>\n<p><i>Seorang budi-budian, seorang tabung seruas<\/i> (dua org berlaiann perangai, satu jujur satu berahsia)<\/p>\n<p><i>Tabur budi <\/i>(banyak berjasa)<\/p>\n<p><i>*Tambun budi <\/i>(cerdik pandai)<\/p>\n<p><i>Tanggung budi <\/i>(tak dapat membalas budi)<\/p>\n<p><i>*Terhutang budi <\/i>(tak berdaya balas budi)<\/p>\n<p><i>Terima budi <\/i>(terima jasa baik orang)<\/p>\n<p><i>Termakan budi<\/i> (tak dapat balas jasa baik)<\/p>\n<p><i>Yang merah itu saga, yg kurik kundi; yg indah bahasa, yg baik budi<\/i> (budi bahasa ialah harta yg paling berharga)<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Rujukan<\/b><\/p>\n<p><b>\u00a0<\/b><\/p>\n<p>Aczel A. 2013. Searching for the world\u2019s first zero.<i> Science<\/i>, 18 May 2013. http:\/\/www.huffingtonpost.com\/amir-aczel\/worlds-first-zero_b_3276709. html. (tercapaikan 16 Mei 2013)<\/p>\n<p>Al Daffa A.A. 1977<i>. The Muslim Contribution to Mathematics<b>. <\/b><\/i>London: Croom Helm (Ada terj. ke dalam bahasa Melayu Malaysia 1992 terbitan DBP)<\/p>\n<p>Alinor M.b.A.K. 2005. Epistemologi\/mantik dalam tmadun Melayu terawal. Dlm Zulkifli H, Rahim A., Karim H. dan Maslida Y. <i>Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistik Melayu.<\/i> Jil II. Bangi: Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, FSSK, UKM, pp. 233-245<\/p>\n<p>Anwar R. (Pnyel.). 2005. <i>Minda Melayu. <\/i>K. Lumpur: DBP<\/p>\n<p>Asmah Hj. O. 2000. <i>Malay Perception of Time.<\/i> Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Univ. Malaya<\/p>\n<p>Aymonier E. \u00a0&amp; Cabaton A. 1906.<i> Dictionnare Cam-Francais<\/i>\u00a0 oleh E. Aymonier &amp; A. Cabaton, Paris: de L\u2019ecole Francaise D\u2019extreme-Orient , MDCCCCVI (=1906)<\/p>\n<p><strong>Baharrudin<\/strong> Z. 2009. Etnomatematik Dalam <strong>Ilmu<\/strong><b> <strong>Falak<\/strong><\/b> Alam Melayu. <i>Tesis D. Fal<\/i>. INSPEM, Universiti Putra Malaysia (tidak terbit)<\/p>\n<p>Coedes G. 1931. A propos de l\u2019origine des chiffres arabes. <i>Bulletin of the School of Oriental Studies<\/i>, Univ. of London , vol. 6 (2): 323-328<\/p>\n<p>Hasan Ahmad. 2003. <i>Metafora Melayu: Bagaimana Pemikir Melayu Mencipta Makna dan Membentuk Epistemologinya<\/i>. Sungai Ramal Dalam, Kajang: Akademi Kajian Ketamadunan<\/p>\n<p>Ho K.C. (selepas 2009). Perbandingan Kosmologi Tamadun Cina dan Tamadun Melayu Berdasarkan Mitos dan Falsafah: Tumpuan kepada Aspek Hubungan Manusia dengan Alam Semesta. http:\/\/newera.edu.my\/files\/academic\/200905-HoKC_Perbandingan% 20Kosmologi%20Tamadun%20Cina%20dan%20Tamadun%20Melayu.pdf (1 Mei 2013)<\/p>\n<p>Hogben L. 1946. <i>Mathematics for Millions<\/i>. N. York: Horton Co.<\/p>\n<p>Lim K.H. 2003. <i>Budi <\/i>as the Malay Mind: A philosophical study of Malay ways of reasoning and emotion in <i>Peribahasa.<\/i> <i>Tesis Ph.D<\/i>. Asia-Africa Inst. Dpt of Austranesian Studies, Faculty of Oriental Studies, Univ. of Hamburg. (tidak terbit)<\/p>\n<p>Muhammad Hj. S. (Pnyut.). 2012. <i>Pandangan Dunia Melayu. Pancaran Sastera<\/i>. Kuala Lumpur: DBP<\/p>\n<p>SemKosMel. 1994. <i>Kertaskerja-kertaskerja Seminar Antarabangsa Kosmologi Melayu<\/i> <i>yang berlangsung di Kuala Lumpur<\/i>, 24-26 January 1994. Ada di Perpustakaan Za\u2019aba UM dan Perpustakaan Negara Malaysia.<\/p>\n<p>Shaharir b.M.Z. 1998\/2000. Sistem Angka Melayu sebelum Kedatangan Islam. <i>Bull. Malaysian Mathematical Society<\/i>. 23(1):1-34. Asalnya sebuah laporan Cuti Sabatikal UKM 1998<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;. 2000. <i>Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains<\/i>. Snt. kedua. Bangi: Penerbit UKM<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;. 2001. A note on the decimal numerical system. <i>Humanistic Maths. of Network Journal<\/i>. 24:36-42<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;. 2003. Etnosains Melayu tertua setakat ini: Kajian kasus etnobotani Melayu daripada prasasti Talang Tuwo abad ke-7 Masehi dan peribahasa. <i>Malaysian Jour. of Sc. And Technology Studies<\/i> 1: 78-113. Asalnya dibentangkan di Kolokuium Khas FSH, UKM pada 1999.<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;. 2005. Haiwan-Haiwan yang tercetus daripada peribahasa Melayu\u00a0 yang belum jelas segi sainsnya: Satu cabaran terhadap ahli biologi dan ahli leksikografi\u00a0 di Alam Melayu. <i>Malaysian Jour. of Sc. &amp; Technol. Studies<\/i> 3: 105-135<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;-. 2006. Ulasan buku \u201cHikayat Raja Pasai\u201d. <i>Jawhar <\/i>3(1):1-17<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;. 2008a. Model Alam Semesta Rumpun Melayu Zaman Pra-Islam dan Zaman Perlihannya. <i>Kesturi <\/i>18 (1&amp;2): 66-81. Makalah\u00a0 yang dibentangkan di <i>Seminar Etnomatematik Alam Melayu I,<\/i> 21 Nov. 2007, anjuran KuPeLEMA (Kumpulan Penyelidiikan Etnomatematik Melayu), INSPEM, UPM.<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;. 2008b.\u00a0 Ekonomi pembangunan Lwn ekonomi kebahagiaan. <i>Jawhar<\/i><i> <\/i><i>Jurnal Kajian Ketamadunan <\/i>Jun\/Julai 2008, 5(1),1-45<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;-. 2009. Pembawaan dan Penyerlahan Jiwa Kemanusiaan yang Berbeza mengikut Penghayatan Bahasa dalam Sains Matematik. <i>Seminar Ulang Tahun INSPEM<\/i>, UPM, 12 Mei 2009. Terbit dalam <i>MathsDigest<\/i> (INSPEM, UPM) 2009, 3(1): 1-16<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;. 2010a. Tabii Kaedah Sains. <i>Kesturi<\/i> 20 (1): 124-142<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;. 2010b. <i>Pembinaan Semula Teori Kepemimpinan dan Kepengurusan Rumpun Melayu.<\/i> Kuala Terengganu: UMT<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;. 2011a. Mantik Melayu pra-Islam berasaskan bahasanya di prasasti.<i> Seminar Bahasa Melayu Purba dan Klasik, <\/i>anjuran ASASI, 24 Feb 2011<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;. 2011b. A need for a new algebraic system of logic based on al-ghazaly\u2019s\u00a0 reasoning. <i>Mimeograf<\/i><\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;. 2011c. PengIslaman ilmu yang melahirkan ilmu baharu. <i>Jawhar <\/i>8(1&amp;2): 75-94<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;. 2012a. Ilmu Malayonesia. <i>Wacana 2 Keterlestaian Ilmu Malayonesia<\/i> anjuran DBP-PDPUM, 29 Mac 2012<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;-. 2012b. Masih adakah teori ketakpastian kita sendiri? Dlm Shaharir b.M.Z. <i>Berakhir Sudahkan Ilmu dalam Acuan Sendiri?<\/i> Kuala Lumpur: Pusat Dialog Peradaban, UM, Bab 8: 15-154<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;. 2012c. Mantik Melayu Separuh Pertama Abad ke-17 M menerusi Manuskrip Mantik Melayu-Jawi yang Tertua\u00a0 Setakat ini: Manuskrip Nur al-Dyn al-Ranyry.<b>\u00a0 <\/b><i>Kesturi<\/i> 2012, 22(1):<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;-. 2013a. <i>Istilah dan konsep ukuran Melayu Tradisional<\/i>. P.Pinang: Penerbit USM<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;-. 2013b. Muncul-lesapnya konsep dan istilah sains dan matematik Malayonesia sebelum abad ke-20 M. <i>Wacana Keterlestarian Ilmu Malayonesia 3. <\/i>Anjuran DBP-PDPUM pada 30 Mei 2013 di DBP<\/p>\n<p>Shaharir b.M.Z. &amp; Alinor M.b.A.K. 2013.<b> <\/b>The Need for a New Definition of Sustainability. Akan terbit dlm (insya Allah) <i>Jour. of economics and Business Management<\/i>, UI. (Indonesia)<\/p>\n<p>Shaharir b.M. Z..&amp; Razak A. b.S.\u00a0 2001. Sistem nombor dan angka Melayu berdasarkan kajian etimologi dan penyukatan. <i>Jurnal Bahasa<\/i>. 1(3): 423-443.<\/p>\n<p>Shukri M.Y.A. 2006. <em>Kosmologi dalam Welstanschauung ulama sufi Melayu.<\/em> <i>Akademika<\/i> (Univ. Keb. Malaysia) 67: 5-23.<\/p>\n<p>Worawit B.@Hj. Ahmad I. (Pnyel.) 2004. <i>Pemikiran Melayu. Tradisi dan<\/i> <i>Kesinambungan.<\/i> K. Lumpur: DBP<\/p>\n<p>Yaakub H. (Pnyut.). 2008. <i>Kosmologi Melayu<\/i>. Kuala Lumpur: Akademi\u00a0 Pengajian Melayu, UM<\/p>\n<p>Zakov . 1974. Dalam laporan \u201cSeminar Sejarah dan falsafah Sains\u201d di Eropah di dalam buletin <i>ASASAINS<\/i> 1\/1975 keluaran sulung ASASI oleh Osman Bakar.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>%%%%%%%%%%<\/p>\n<p>*Makalah undangan di \u201c<i>Forum Arus Melayu<\/i>\u201d anjuran Institut Pulau Pinang pada 16 Jun 2013<\/p>\n\n<!-- NgfbSharing::get_buttons content filter skipped: buttons_on_index not enabled -->\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Epistemologi Malayonesia Berbahasa Melayu* Shaharir b.M.Z. Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya riramzain@yahoo.com &nbsp; Prakalam Malayonesia ialah rantau Asia Tenggara yang peribuminya berbahasa Austronesia (ciptaan ahli etnografi Inggeris abad ke-19 bagi menggantikan istilahnya yang lebih awal, Indunesia) yang mengikut Blast (2003) ada hampir 900 suku kaum dengan bahasanya tersendiri; dan bahasa lingua franca antara suku kaum &#8230;<\/p>\n <a class=\"moretag\" href=\"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=1671\">[Baca teks penuh...]<\/a>","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[9],"tags":[],"class_list":["post-1671","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-c02-makalah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1671","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1671"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1671\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1672,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1671\/revisions\/1672"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1671"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1671"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1671"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}