{"id":1544,"date":"2012-04-17T13:20:49","date_gmt":"2012-04-17T05:20:49","guid":{"rendered":"http:\/\/www.asasi.my\/?p=1544"},"modified":"2012-04-17T13:20:58","modified_gmt":"2012-04-17T05:20:58","slug":"bahasa-penemu-ilmu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=1544","title":{"rendered":"Bahasa Penemu Ilmu"},"content":{"rendered":"<p><strong>Bahasa Penemu Ilmu*<\/strong><\/p>\n<p>Shaharir b.M.Z.<\/p>\n<p>Pusat Dialog Peradaban<\/p>\n<p>Universiti Malaya<\/p>\n<p>Kuala Lumpur<\/p>\n<p>riramzain@yahoo.com<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Abstrak<\/strong><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Peranan bahasa sebagai\u00a0 pengungkap fikiran atau lebih dalam lagi sebagai penjana fikiran\u00a0 disoroti berasaskan dengan memetik pandangan para sarjana bahasa dan linguistik serta ahli falsafah amnya.\u00a0 Ditunjukkan bahawa pandangan peranan bahasa yang lebih dalam itu, iaitu pemangkin buah fikiran, pengenal benda atau daya kognitif, atau yang dijenamakan di sini sebagai penemu ilmu, lebih dominan. Namun ditunjukkan juga bahawa pandangan mereka ini bukan sahaja tidak begitu ditujukan kepada peranan bahasa dalam sains, bahkan ada sarjana \u00a0yang mengecualikan hujah peranan bahasa sebagai punca kognitif \u00a0dalam matematik. Yang lain pula tiadalah contoh konkrit diberi dalam sains untuk menguatkan hujah-hujahnya itu. Di dalam makalah ini, dipaparkan contoh-contoh yang konkrit tentang peranan bahasa sebagai penemu ilmu\u00a0 dalam sains matematik termasuk kepemimpinan, kepengurusan, ekonomi, kewangan, fizik, asas sains ketakpastian (kebarangkalian dan kemungkinan), bahkan yang paling asas, pembilangan (penciptaan nombor dan angka).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>0. Pendahuluan<\/strong><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Bahasa sebagai alat luahan pemikiran, atau semacam lawannya, penjana pemikiran atau pegaruh pemikiran. Ketiga-tiga pandangan ini adalah inti pati daripada tiga aliran falsafah bahasa yang setiap satunya masih ramai pengikutnya, walaupun aliran pertama itu nampaknya semakin mengecil pengikut setianya. Natijahnya yang masih kontroversi ialah \u201cpemberfikiran atau daya pengaryaan adalah merdeka daripada bahasa.\u201d; dan yang lebih lambat buruk akarnya lagi ialah \u201csains itu neutral\u201d (apatah lagi matematik).<\/p>\n<p>Bahasa sering dianggap hanya alat neutral yang berperan menjadi penyampai\/pengkomunikasi sahaja, terutamanya bagi para utilatarian. Mereka ini percaya bahawa bahasa apa pun digunakan untuk itu penjelasan (dalasm pengajaran, pendidikan dan penulisan amnya) tidak menjejaskan apa-apa kepada kandungan sampaian maklumat yang dikomunikasikan itu. Khususnya bahasa sains dan matematik umpamanya boleh disampaikan dalam bahasa apa sahaja dan tiada apa-apa yang berlaku pada matan sains dan matematik itu.\u00a0 Hujah sebegini memang bertujuan menguatkan teori Fishman (1968) tentang perlu adanya dua bahasa dalam sesebuah Negara Membangun, iaitu bahasa nasion\/janapada dan bahasa nasional\/kebangsaan. Bahasa nasion\/janapadan ialah bahasa rasmi dan bahasa pembangunan dan bahasa pendidikan atau bahasa ilmu negara. Bahasa nasional itu bertujuan perpaduan dan identiti negara-bangsa sahaja, iaitu berkepentingan politik sahaja. Bahasa nasion\/janapada itu ialah bahasa yang terbukti sudah pun maju atau sudah pun menjadi bahasa ilmu semasa, iaitu biasanya bahasa bekas penjajah Negara Membangun itu. Ini teori yang cocok dengan natijah yang bergaya\u00a0 paradigma \u201cBerakhir sudah\u2026\u201d Fukuyama (1992), iaitu \u201cBerakhir sudah bahasa bekas tanah jajahan Barat\u201d. Teori ini tentunya amat digemari\/disetujui oleh para cendekiawan komprador atau terpasung dan pemimpin yang terpesona dengan kebudayaan bangsa bekas penjajahnya. Di Malaysia, sejak awal alaf ini, \u00a0tidak syak lagi diketuai oleh Mahathir dan akhir-akhir ini digemburkan lagi oleh tiga\u00a0 buah badan bukan pemerintah (BBP), <em>PAGE <\/em>(<em>Parent Action Group for Education Malaysia<\/em>), JMM (Jaringan Melayu Malaysia) dan <em>CPS<\/em> (<em>Concerned Parent Selangor<\/em>) yang diberi tempat yang ampuh oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris di Semenanjung Malaysia, <em>The Star<\/em>.<\/p>\n<p>Pemisahan minda, kesedaran atau pemikiran dengan bahasa yang diartikulasikan oleh para rasionalis seperti Descartes dan Leibniz; dan empirikis seperti Locke sudah lama disangkal oleh para sarjana mulai abad ke-18 M yang \u00a0dimulai oleh Humboldt. Humboldt, pada akhir abad ke-18, sudah menyatakan bahasa berperanan dalam swa-kesedaran dan dalam masa berfikir (Mueller-Vollmer 2011). Namun tiadalah sarjana yang mengukuhkan pandangannya itu berasaskan barang penemuan sains. Selepas sarjana ini, selain daripada pandangan klasik Sapir &amp; Whorf tahun 1930-an, yang ingin disebut di sini ialah\u00a0 ahli falsafah besar dan polimates abad ke-20, Heidegger. Heidegger berpandangan \u201cbahasa ialah rumah Makhluk\u201d (Makhluk=<em>Being <\/em>terjemahan istilah asalnya<em> Sein <\/em>dalam bahasa Jerman dalam falsafahnya yang terkenal \u201c<em>Sein und Zeit<\/em>\u201d 1927 atau terjemahan Inggerisnya <em>Being and Time<\/em>). \u201cBahasa\u201d di sini ditafsirkan sebagai jiwa manusia, sehingga pandangan Heidegger ini bertepatanlah juga dengan cogan terkenal \u201cbahasa jiwa bangsa\u201d yang bahkan mungkin sahaja berupa padanan Melayu daripada falsafah bahasa Heidegger ini (Guerrero 2011). Lagi sekali pernyataan itu boleh dikatakan tinggal dalam keadaan kata-kata hikmat itu sahaja. Seorang sarjana besar bahasa dan linguistik abad ke-20 dan kini, Chomsky juga menyatakan di dalam \u00a0Rieber (1983) bahawa bahasa ialah satu daripada sistem kognitif dan menegaskan bahasa bukan medium kognitif; dan baginya kognitif ialah sebarang aspek daripada kepercayaan, ilmu dan pengetahuan, atau kefahaman seseorang. Karya terbaru yang menegakkan teori bahasa pewarna ilmu (secara umumnya) ialah oleh Deutscher (2010) yang dianggap oleh beberapa buah institusi yang masyhur (<em>The Economist, The Financial Times <\/em>dan<em> The Library Journal<\/em>) sebagai buku terbaik dalam tahun 2010. Walau bagaimanapun, malangnya Chomsky juga nampaknya tidak memperakui keesahan pandangannya di dalam sebahagian yang agak besar daripada matematik kerana kognitif daripada bahasa itu ditegaskannya juga tidak termasuk komponen kognitif seperti kapasiti mengorganisasi ruang visual, atau berkira bicara dengan sifat-sifat niskala\/abstrak daripada sistem nombor (Ini selain drp komponen kognitif untuk memahami dan menghargai\/mengapresiasi jenis-jenis ciptaaan muzik tertentu, atau kebolehan memberi erti kepada struktur sosial yang juga disebut juga sebagai terkeluar daripada pandangannya itu).<\/p>\n<p>Walau bagaimanapun pandangan Chomsky itu pun semakin terbukti silapnya di dalam alaf ini kerana semakin banyaknya karya yang meliputi \u201csains dan matematik\u201d yang membuktikan <strong>bahasa bukan sahaja mengungkapkan pemikiran tetapi juga membentuk pemikiran<\/strong> yang hendak diungkapkan. Struktur bahasa secara profaun\/tajalli membentuk cara kita membina realiti\/hakikat\/kenyataan. Kajian terbaharu menunjukkan kemahiran membilang pun memerlukan kemahiran bahasa (<cite>Boroditsky 2010)<\/cite>. Namun bukti konkrit hal ini di dalam sains atau matematik yang lebih tinggi arasnya tidaklah mudah dipaparkan, bahkan dalam sains matematik lagilah sukarnya.\u00a0 Namun, di Malaysia, sejak dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (atau ringkasnya PPSMI) bermaharajalela di Malaysia sejak tahun 2002 hingga kini (secara rasminya, kononnya, dihentikan sejak 2011, hasil desakan rakyat atas nama GMP, Gerakan Hapuskan PPSMI), penulis tercabar membuktikan adanya sekurang-kurangnya simbiosis yang konkret di dalam matematik dan fizik teori dengan bahasa, dan sebuah buku yang memuatkan perkara ini sepenuhnya sedang dalam proses penerbitan Pusat Dialog Peradaban, UM (Shaharir 2011a). Di sini penulis ingin diperturunkan beberapa perkara yang bersangkutan itu, iaitu hubungan konkrit bahasa dengan pengaryaan sains. Cogan kata baharu yang pernah diutarakan oleh penulis (Shaharir 2009a) ialah \u00a0\u201cBahasa Jiwa SATRIA\u201d (SATRIA ialah akronim kepada semua bidang sains dan teknologi; sebelum itu beliau juga (Shaharir 2002) menggunakan akronim SAKTI) bagi menggantikan kediktuman yang lebih terkenal \u201cbahasa jiwa bangsa\u201d itu yang dianggapnya sukar dipertnggungjawabkan lebih-lebih lagi kini bangsa hanya dikenali menerusi <em>DNA<\/em> (Asid Dwineutronukleik)\u00a0 sahaja (Oppenheimer 2004). Kediktuman yang lebih tepat, mudah dan lebih berfungsi lagi ialah \u201cbahasa jiwa budaya\u201d\u00a0 dengan takrif budaya, bagi penulis ini ialah agama, bahasa dan ilmu (Shaharir 2011b). \u00a0Oleh itu di sini hanya hubungan bahasa dengan ilmu (diktum penulis ini juga ialah \u201cbahasa jiwa ilmu\u201d dalam karyanya Shaharir 2009b) dan yang ingin dibicarakan di sini dengan lebih jitu lagi dengan hasrat membina diktum baharu lagi yang rasanya lebih berirama lagi, \u201cbahasa penemu ilmu\u201d.<\/p>\n<p>Di dalam Islam, ilmu dan iman sukar dipisahkan malah Rosenthal (1972\/1992) membuktikan kesetaraan ilmu dan iman. Namun sehingga kini pun belumlah ada sarjana yang mengukuhkan tesis Rosenthal ini menerusi contoh konkret unsur sains yang terbit daripada \u201ciman\u201d. Jikalaulah tesis Rosenthal ini berjaya diperkukuhkan sedemikian maka tidaklah perlu kita membicarakan ketakneutralan ilmu sebanyak yang dibicarakan oleh sarjana Barat dan Timur (di seluruh dunia di mulai oleh Spengeler (1918\/1922) dengan isu tidak semestanya konsep nombor, dikuti oleh ahli antropologi Leslie White (1947) yang juga memaparkan kefahaman pelbagai makna sesuatu nombor di sisi pelbagai suku kaum primitif yang dikajinya. Namun kedua-duanya berpandangan yang lebih kepada tolehan sahaja. Akan tetapi \u00a0yang masyhurnya ialah Kuhn (1962\/1997) yang berhujah menggunakan unsur-unsur sains fizik, diikuti oleh Stwertka (1987) dalam matematik yang masing-masingnya menegakkan tesis adanya revolusi dalam perkembangan kedua-dua bidang ilmu itu (kerana perubahan nilai ahli sains). Akan tetapi tiadalah penekanan kepada peranan bahasa dalam revolusi itu. Ahli sosiologi ilmu pengetahuan seperti Merton (1973)<strong> <\/strong>dan Mulkay (1979\/1992) pula membicarakan secara amnya sahaja tentang pengaruh budaya ke atas ilmu pengetahuan tanpa penjurusan contoh kepada sesuatu judul ilmu. Akan tetapi sebab tesis Rosenthal itu nampaknya tidaklah disetujui oleh semua pihak, termasuk Muslim kini, maka isu neutral-tidaknya ilmu (daripada kebudayaan, khususnya bahasa) masih perlu dibicarakan tidak tuntas-tuntas hingga hari ini (dimulai oleh Nasr 1964\/1992, atas nama sains Islam, diikuti oleh yang terkenalnya al-Attas 1978\/1981, dan al-Faruqi 1982\/1986 atas nama pengIslaman Ilmu atau Islamisasi Ilmu). Namun pada hemat penulis ini, \u00a0yang perlu dibicarakan ialah dengan memfokuskan kepada setiap judul ilmu sahaja, bukan hanya dengan pendekatan berfalsafah atau ilmu secara amnya sahaja sehingga tiadalah dibicarakan peranan bahasanya. Inilah gayanya yang ingin diikuti di dalam penulisan ini selanjutnya yang sebahagian besarnya memang sudah diperkatakan oleh penulis ini sebelum ini dalam rujukannya yang dipaparkan di tempat-tempat yang relevannya itu, tetapi ada juga penambahan judul dan hujah yang dilakukannya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>1. <\/strong><strong>\u00a0Contoh Konkret Bahasa Penemu Ilmu <\/strong><\/p>\n<p><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p>Berikut ini ialah beberapa unsur sains matematik yang dipilih menjadi contoh konkret tentang berlakunya pengkritikan ilmu, penemuan atau penjanaan ilmu menerusi penterjemahan formal (penulisan) dan nonformal (menerusi percakapan) sesuatu unsur ilmu dalam bahasa sendiri khususnya bahasa Melayu <em>vis-\u00e0-vis<\/em> bahasa Inggeris, dan etimologi serta semantik\u00a0 perkataan asas dalam ilmu berkenaan itu:\u00a0 Pembilangan Lwn <em>Counting<\/em> ; Kepemimpinan dan Kepengurusan Lwn <em>Leadership <\/em>and <em>Managership; <\/em>Keterbaikan Lwn <em>The Best<\/em>; Ekonomi Lwn <em>Economics\/Oeconomicus;<\/em> Perniagaan\/Muamalat\u00a0 Lwn <em>Business<\/em> dan yang berkaitannya; Kebarangkalian dan Kemungkinan Lwn <em>Probability <\/em>dan \u00a0<em>Possibility<\/em><\/p>\n<p><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p><strong>1.0. <\/strong><strong>Pembilangan (Nombor dan Angka) \u00a0Lawan C<em>ounting<\/em> (<em>Numbers and Numerals<\/em>)<\/strong><\/p>\n<p><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p>Rasanya amatlah sedikit\u00a0 ahli sains (walau ahli matematik sekalipun) yang mengetahui bahawa ilmu membilang rumpun Melayu mendahului ilmu membilang Eropah (Inggeris terutamanya) bahkan mendahului dunia. Penulis ini sendiri pun baru mengetahuinya dalam tahun 1996, apabila beliau mentelaah prasasti Kunlun (bahasa Melayu Kuna\/kuno) abad ke-5 M hingga abad ke-12 M (Shaharir 1998\/2000, 2001). Nama-nama bilangan\/nombor\/nomor Rumpun Malayu\/Melayu (atau selepas ini dirujuk sebagai Malayonesia) seperti <em>kosong\/son, satu\/suatu\/sa\/se, dua, tiga\/tiya\/ telu\/klau, empat\/ampat\/pat\/pak,\u00a0 lima, enam\/anam\/ nam, tujuh\/tijuh\/tjuh, dualapan\/ dulapan\/delapan\/lapan, salapan\/sambilan\/ sembilan, sapluh\/ sapuluh\/sepuluh, pluh satu\/puluh satu \/sa-balas\/sebelas,\u2026 dua pluh,\u2026. sa-rtuh\/saratuh\/sa-ratuh\/sa-rituh\/sa-ratus\/seratus, sa-riwu\/sa-ribu\/seribu\/sa-rabu,\u2026 laksa,\u00a0 taman, keti, ralo ralo\/rabu rabu\/ribu ribu \/juta,<\/em> dan <em>kot chai\/seratus bilion<\/em> (bilangan terbesar Malayonesia sehingga abad ke-18?). Kebanyakan istilah bilangan\/nombor ini sudah wujud sekurangnya dalam abad ke-5 M lagi (<em>tjuh<\/em> dan <em>riwu<\/em> ada di prasasti Campa abad ke-5 M, <em>laksa<\/em> ada di prasasti Kedukan Bukit abad ke-8 M, <em>taman<\/em> dan <em>kot chai<\/em> wujud abad ke-17 M di prasasti Campa, <em>juta<\/em> sekurang-kurangnya wujud abad ke-16 M dalam senarai kamus Malayu-Sepanyol oleh Pegafetta). Sebahagian besarnya fakta ini ada dalam Alinor (2007, 2010). Sementara itu nampaknya sekurang-kurang dalam abad ke-19 M lagi, Malayonesia juga sudah mengetahui\/mencipta\u00a0 bilangan gandaan juta\/lion\/liun (mengikut ejaan Jawi; iaitu = 10<sup>6<\/sup> ) dengan menggunakan imbuhan (bukan semuanya daripada Sanskrit) bi- dalam bilion\/biliun (10<sup>3<\/sup> juta), tri- dalam trilion\/triliun (10<sup>6<\/sup> juta), katur- dalam katurlion\/katurliun (10<sup>9<\/sup> juta), sanki- dalam sankilion\/sankiliun (10<sup>12<\/sup> juta), sisi- dalam sisilion\/sisiliun (10<sup>15<\/sup> juta), sita- dalam sitalion\/sitaliun (10<sup>18<\/sup> juta), witi- dalam witilion\/witiliun (10<sup>21<\/sup> juta), nuka- dalam nukalion\/nukaliun (10<sup>24<\/sup> juta), wisyi- dalam wisyilion\/wisyiliun (10<sup>27<\/sup> juta) yang kebanyakannya juga asli Malayonesia, dan\u00a0 mendahului istilah yang sepadannya di Eropah (Shaharir 2004).<\/p>\n<p>Yang menarik perhatian kami ialah betapanya ilmu pembilangan ini ciptaan asli Malayonesia dan mempunyai pengertian yang tersendiri pula seperti lima itu bermakna tangan yang menunjukkan Malayonesia menggunakan bilangan jari tangan sebagai asas pembilangannya (sistem nombor berasaskan lima untuk bilangan kurang daripada delapan dan berasaskan sepuluh untuk bilangan yang lebih besar seperti yang dijelaskan oleh Shaharir dan Razak 1998\/2001). Ilmu penomboran Eropah tidak begini sifatnya kerana \u00a0istilah nombor dalam bahasa-bahasa Eropah, khususnya Inggeris tiada menerbitkan sistem pembilanganya (walaupun angka Roma di muka jam lama juga menunjukkan berasaskan lima juga kerana angka empat \u00a0hingga sembilan memang bersimbolkan bilangan lima tolak satu atau tambah satu, dua, dan tiga). Istilah <em>zero<\/em>, <em>one, two,\u2026 <\/em>dan seterusnya itu bukan sahaja semuanya bukan asli Inggeris (Shaharir 2011b) tetapi juga tiada memberi makna seperti bahasa Malayonesia, khususnya bahasa Kunlun atau Malayu\/Melayu itu di segi etimologinya. Selanjutnya, angka Malayonesia itu pula amat bitara\/unik kerana ada angka kosong (asalnya son dengan simbolnya sebuah bulatan seperti kosong sekarang) menjadikan <strong>sistem nombor atau angka Malayonesia<\/strong><strong> adalah sistem perpuluhan yang tertua di dunia.<\/strong> Angka-angka Malayonesia yang lain ditulis sama seperti angka Muslim (Arab) sekarang seperti pada Rajah 1 di bawah. Tafsiran bilangan\/nombor Melayu-Islam pula amat berbeza dengan bilangan \/nombor dalam bahasa-bahasa Eropah yang dipengaruhi oleh Latin-Katholik, khususnya untuk bilangan satu lawan <em>one<\/em> dan tiga lawan <em>three <\/em>kerana konsep tawhid dan <em>trinity\/trimurti\/trisakti <\/em>itu. Kesemua ini menunjukkan bahasa yang berbeza memberi ilmu yang berbeza, walaupun zahirnya, iaitu praktisnya\/amalinya\/ utilitinya, nampak sama sahaja. Jiwa manusia yang menghayati ilmu dalam bahasa masing-masingnya itu amat berbeza. Manusia sekular yang menghayati ilmu ini dalam bahasa masing-masing mungkin sekali berjiwa yang sama, iaitu jiwa sekular daripada hasil penghayatan ilmu yang sudah disekularkan!<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 3\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 4\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 5\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 6\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 7\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 8\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a09\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 0<\/p>\n<p>(Bacan kini: satu bilion\/miliar , dua ratus tiga puluh empat juta, lima ratus enam puluh tujuh ribu, lapan\/dalapan ratus Sembilan puluh)<\/p>\n<p>[Bacaan sekitar 1600 M: sa kotchai, duo rtuh tiga pluh pak juta\/ralo-ralo, lima taman\/kati nam\u00a0 laksa tijuh riwu, dalapan rtuh sambilan\/salapan pluh\/polo]<\/p>\n<p>[Bacaan sekitar 800 M: sa laksa laksa (sa bilaksa?), dva riwu laksa, tlu\/tluv riwu riwu (tlu biriwu?), pak rtuh laksa, lima pluh laksa, nam laksa, tjuh riwu dalapan rtuh, salapan pluh]<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Rajah 1: Angka Malayonesia abad ke-7 M<\/strong><\/p>\n<p><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>1.1.<strong>Kepemimpinan dan Kepengurusan lwn <em>Leadership <\/em>and <em>Managership <\/em>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p>Di dalam bahagian ini kami membuktikan satu lagi bidang ilmu yang sebahagian asasnya terbit daripada bahasa, iaitu kajian etimologi perkataan asas bidang ilmu ini sehingga masing-masingnya melahir ilmu tersendiri dalam bahasa masing-masing: <em>leadership<\/em> dan <em>managership <\/em>atau<em> management <\/em>bagi ilmu dalam bahasa Inggeris (ilmu kepengurusan dan kepemimpinan Inggeris) dan lawannya yang belum terbangun dengan mantapnya lagi, ilmu kepemimpinan dan kepengurusan Melayu berasaskan kajian etimologi pimpin dan urus. Penerokaan ilmu kemudian ini dilakukan oleh Shaharir (2008\/2010, 2010\/2011) dan ingin diturunkan semula inti patinya di sini.<\/p>\n<p>Perkataan \u201cpimpin\u201d (Melayu) memang cukup berbeza maknanya dengan \u201c<em>lead<\/em>\u201d Inggeris itu, walaupun segi padanan biasa perkataannya memanglah lumrah dikatakan atau dianggap \u201cpimpin sama dengan <em>lead<\/em>\u201d. Oleh itu sekaligus teori kepemimpinan Melayu semestinyalah (bertentangan dengan anggapan umum) berbeza dengan teori kepemimpinan Inggeris atau lebih am lagi Eropah kerana\u00a0 bahasa-bahasa besar Eropah adalah bertunjangkan akar yang sama: Yunani, Jermanik atau Latin. Bahkan dalam hal ini hampir semuanya mengambil Latin, <em>induco<\/em>, yang bermaksud \u201cberada di hadapan\u201d dan menjadi <em>conduire<\/em> (Perancis), <em>conduzir<\/em> (Pertugis\/Feringgi), <em>conduser<\/em> (Sepanyol), cvondurre (Italia) dan <em>conduce<\/em> dalam Inggeris (yang lebih longgar lagi maknanya berbanding dengan <em>lead); <\/em>atau daripada Jermanik <em>laidjan <\/em>lalu menjadi<em> leiden <\/em>(Belanda),<em> Leiten <\/em>(Jerman), <em>liderar<\/em> atau <em>levar<\/em> (Pertugis), <em>ilevar <\/em>(Sepanyol), dan <em>lead <\/em>(Inggeris).\u00a0 Mengikut kamus muktabar Inggeris seperti <em>Oxford Dictionary <\/em>di internet<em>,<\/em> <em>lead<\/em> bermakna ..<em>cause (a person or animal) to go with one by holding them by the hand, a halter, a rope, etc. while moving forward<\/em>.. (terj: \u2026menyebabkan (seorang atau seekor haiwan) mengikut seorang yang membawanya dengan tangan (membimbing), bakdul\/tali kajai<strong>,<\/strong> tali, dll. ketika maju ke hadapan\u2026). Mengikut <em>Webster\u2019s Dictionary, <\/em>perkataan<em> lead<\/em> ada 28 makna yang berasaskan pada kawal, pedoman, arah, aruh, tunjuk jalan, memenangi, memula, medahului, menghasilkan,<strong> \u2026 <\/strong>tetapi<strong> <\/strong>semuanya tiada penekanan kepada persetujuan bersama dan tidak terlepasnya tangan kecuali satu daripada maknanya yang menyebut <em>To guide or conduct with the hand, or by means of some physical contact connection; as, a father leads a child; a jockey leads a horse with a halter; a dog leads a blind man<\/em><strong>. <\/strong>(Terj:<strong> <\/strong>Memandu atau menyampaikan (mengkunduksikan) dengan tangan\u00a0 atau dengan suatu cara hubungan jasmani, seperti bapa <em>leads<\/em> seorang anak, penunggang <em>leads<\/em> kudanya dengan bakdulnya, anjing l<em>eads <\/em>orang buta).<strong> <\/strong>Makna yang terakhir ini pun sama dengan makna yang diberi oleh <em>Oxford Dictionary<\/em>, iaitu masih tidak menekankan kepada keakraban langsung antara pendahulu dengan yang mengikutnya.<strong> <\/strong>Mengikut kamus etimologi Inggeris (<em>English Etymological Dictionary<\/em> di internet), <em>lead<\/em> itu berasal daripada Inggeris Lama, <em>laedan <\/em>yang bermakna \u201cmenyebabkan perginya mengikut seseorang\u201d daripada Jermaik, <em>laithjan<\/em> yang bermakna \u201ckembara\u201d ; dan di dalam abad ke-14 perkataan Inggeris itu juga bermakna \u201cmenjadi tempat pertama\u201d dan abad ke-16 menjadi \u201cmenjadi berada di hadapan\u201d yang setiap satunya tiadalah hubungan keakraban pendahulu dengan yang kemudian.<strong> <\/strong><\/p>\n<p>Perhatikanlah bagaimananya daripada asalnya lagi makna <em>lead <\/em>itu berbeza daripada makna \u201cpimpin\u201d.<strong> <\/strong>Mengikut mana-mana kamus muktabar bahasa Melayu (Malaysia atau Indonesia), perkataan \u201cpimpin\u201d\u00a0 bermakna memegang tangan seseorang dengan tidak terlucutnya menuju ke suatu arah yang dipersetujui bersama\u201d. Oleh itu, bagi jiwa orang Melayu pemimpin itu mestilah sentiasa tidak terputus dengan yang dipimpin, iaitu rakyat. Oleh itu, segi bahasa yang mempengaruhi jiwa bangsa (\u201cbahasa jiwa bangsa\u201d), kefahaman makna \u201cpemimpin\u201d sebenarnya berbeza dengan kefahaman makna \u201c<em>leader<\/em>\u201d.\u00a0 Oleh itu makna pemimpin, bukannya <em>leader<\/em>,\u00a0 yang dihayati dengan bersahajanya (secara bawah sedar, kesedaran dalaman, wujdan, atau bisikan qalbu) oleh seseorang pemimpin Malayonesia yang sejati. Inilah, ciri pemimpin yang pada hemat kami, menepati ciri-ciri psikologi orang Melayu khususnya. Pemimpin Melayu yang terkenal sebagai \u201c<em>leader<\/em>\u201d akan dipersepsikan oleh orang Melayu terbanyak sebagai \u201cbukan pemimpin Melayu\u201d dan memang boleh dijustifikasi dengan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh \u201c<em>leader<\/em>\u201d ini semasa kepemimpinannya yang terlucut jauh daripada gapaian orang-orang Melayu seperti \u201cpemimpin Melayu\u201d yang memperkenalkan dasar pendidikan yang menjunjung bahasa bukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan projek-projek mega atau tera yang tidak terjangkau di fikiran bangsa Melayu.<\/p>\n<p>Selanjutnya, lebih mendalam lagi, kami dapati (Shaharir 2008\/2010), \u201cpimpin\u201d itu ialah perkataan Jawa, Sunda (dengan versinya \u201cpingpin\u201d) atau Minangkabau (dengan versinya \u201cbombing\u201d), dan Iban (sama dengan Melayu sekarang, pimpin). Yang menariknya, mengikut bahasa dan sejarah Iban (Guang 2005), makna \u201cpimpin\u201d ialah \u201cmenyeberang dari kiri ke kanan, arah penerbangan burung ketika menerima sesuatu alamat buruk\u201d dan mengikut lagenda Iban, \u201cpimpin\u201d ialah sebahagian daripada gelaran seorang ketua Iban zaman penghijrahan Iban dahulu kala yang mengepalai kaum Iban berhijrah ke Sarawak sekarang, iaitu Pimpin Bragah Ngindang, yang bermaksud \u201cburung sewah yang berlaga\u201d. Ini memberi bayangan bahawa \u201cpimpin\u201d itu berkonotasi \u201cmempunyai kawasan yang luas untuk melihat, iaitu berwawasan, terutamanya ketika berhadapan dengan konflik dan perjuangan\u201d. Lagi sekali berbezanya dengan etimologi <em>lead<\/em> yang tiada konotasi begini sehingga konsep <em>leader<\/em> yang berwawasan itu terbit daripada pertimbangan lain sama sekali.<\/p>\n<p>Begitu juga dengan kajian etimologi dan simantik perkataan urus secara tabiinya memberi aksiom pengurus atau kepengurusan yang erbeza daripada yang diperoleh menerusi bahasa Inggeris \u201c<em>manage<\/em>\u201d. Mengikut kamus Sutan Mohammad\u00a0 Zain (1950-an), Prawiroatmodjo (1957), Gonda (1973), Zoetmulder (1982\/2000), Mangunsiwito 2002) dan \u00a0Winstedt (1957\/1972) boleh disimpulkan bahawa\u00a0 perkataan\u00a0 urus darp bahasa bahasa Jawa yang bermakna layan. laden, cakna dan seumpamanya; adab, tatasusila dan seumpamanya; gembala, jinak dan seumpamanya; limpah, meluap dan seumpamanya.. Makna-makna ini hanya ada satu sahaja hampir serupa dengan makna etimologi <em>manage<\/em> daripada Italia, <em>managerie<\/em> yang bermaksud \u201cmenjinakkan kuda\u201d. Ini bermakna mengurus Melayu dengan mengurus Inggeris dalam konteks menggembala dan menjinaknya pun tidak sama dan lebih menarik lagi <em>manage<\/em> segi etimologi itu sedikit pun tiada dikaitkan dengan adab dan tatasusila. Tidak hairanlah teori kepengurusan Inggeris\/Barat yang menjadikan matra budaya sebagai komponen penting hanya muncul dalam tahun 1990-an sahaja.<\/p>\n<p>Daripada kajian di atas, ilmu kepengurusan dan kepemimpinan (bersumberkan bahasa Malayonesia) sudah pun menerbitkan aksiom ilmu ini yang utama, iaitu pemimpin ialah individu yang berwawasan dan tidak terputus dengan para pekerja atau rakyat jelatanya dan pengurus ialah individu yang menjalankan prinsip-prinsip kerja yang sudah ditetapkan dengan mementing adab sopan dan kesusilaan dengan penuh hikmahnya. Penulis juga mendapat ilham daripada kajian etimologi dan semantik urus dan pimpin untuk mentakrifkan hubungan pemimpin dengan pengurus secara matematik, iaitu pengurus dan pemimpin\u00a0 sebagai anggota sebuah set berkait dalam topologi , dengan pemimpin ialah titik had set tersebut, manakala pengurus ialah titik tumpuan set tersebut. Anggota biasa lain dalam set tersebut ialah para pekerja amnya atau rakyat jelata. Ilmu sebegini tidak mungkin terilham menerusi kajian etimologi dan semantik perkataan <em>manage<\/em> dan <em>lead<\/em>.<\/p>\n<p><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p><strong>1.2.<\/strong> <strong>Terbaik Lawan <em>The Best<\/em> <\/strong><\/p>\n<p><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p>Ilmu yang membabitkan sains keterbaikan atau <em>science of the best <\/em>cukup ampuh kedudukannya kerana ilmu ini menunjangi pelbagai ilmu lain yang berpengaruh seperti ekonomi dan pengurusan, serta segala hukum sains tabii. Ekonomi sering ditakrifkan sebagai ilmu yang berbicara tentang pengagihan terbaik bagi barangan yang terhad; pengurusan yang terbaik akan memberi pulangan yang tertinggi; hukum fizik ialah prinsip yang terbit daripada situasi kedudukan perkara yang diminati itu di dalam keadaan yang terbaik. Tidak hairanlah konsep keterbaikan perlu ditakrifkan dan sehingga kini yang terbaik itu diistilahkan semula sebagai optimum, sepatah kata daripada Latin yang sebenarnya bermakna \u201cterbaik\u201d juga tetapi ditakrifkan sebagai keadaan yang mencapai nilai yang tertinggi (atau istilah ampuhnya maksimum daripada Latin juga) atau yang terendah (minimum, daripada Latin lagi). Ilmu ekonomi yang menggunakan takrif terbaik sebagai optimum ini sudah dibuktikan tidak mencapai natijah yang memuaskan, maka ahli ekonomi dan ahli matematik Barat mencuba banyak takrif \u201cterbaik\u201d yang lain lagi yang sehingga kini masih juga tidak memuaskan. Kenapa sarjana Melayu atau Muslim tidak kembali kepada bahasa mereka sahaja dan merenung makna \u201cterbaik\u201d di dalam bahasanya atau lebih am lagi kebudayaannya atau ajaran agamanyanya? Itulah yang terilham dibenak penulis ini beberapa tahun yang lepas sehingga menerbitkan konsep baru tentang \u201cketerbaikan\u201d itu\u00a0 (Shaharir 2005 &amp; 2006a). Ringkasnya, pada masa itu penulis ini teringat kepada pribahasa \u201cbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali\u201d lalu menimbulkan ilhamnya untuk menggantikan optimum itu dengan \u201ckeberpadaan\u201d atau \u201ckemadyaan\u201d. Beliau juga teringat pada ajaran Islam yang termaktub di dalam <em>al-Qur\u2019an<\/em> dan <em>Hadith<\/em> bahawa \u201cterbaik\u201d ialah bertaraf <em>wustdo\/<\/em>wusta. Gabungan kedua-dua makna \u201cterbaik\u201d dalam bahasa Melayu-Islam ini melahirkan sebuah penerokaan ilmu baru yang cukup besar bidang dan penerpannya bagi menggantikan sains pengoptimumam itu dengan yang diistilahkan oleh penulis ini sebagai sains pe<em>wustdo<\/em>an\/pewustaan. Beberapa hasil yang menarik yang ditemui oleh penulis ini (Shaharir 2006b) dan\u00a0 beberapa orang pelajar sarjana dan doktor falsafah sedang mengembangkan ilmu baharu ini bagi menggantikan ilmu yang dianggap mapan sekarang pengoptimuman.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>1.3. Ilmu Ekonomi, Perniagaan, Kewangan, Perbankan dan Insurans\/Asuransi <\/strong><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Ekonomi sebagai ilmu pengoptimuman kini patut sudah diubah kepada ekonomi sebagai ilmu pewustaan kerana konsep optimum sudah sepatutnya diubah kepada konsep wusta seperti yang dibincang di dalam seksyen 1.2 di atas.\u00a0 Jika atur cara penyelidikan baharu dalam ekonomi ini berjaya kelak, maka suatu revolusi dalam ekonomi dan bidang-bidang yang akrab dengannya yang disenaraikan di dalam judul seksyen ini\u00a0\u00a0 akan berlaku. Ini hanya kerana perkataan \u201cterbaik\u201d atau \u201c<em>the best<\/em>\u201d yang sudah dijelma kepada \u201coptimum\u201d itu sahaja dengan itu digantikan dengan wusta sehingga banyaklah natijah (teorem dan sebagainya) daripada ilmu berparadigmakan baharu itu mengalami inovasi atau berubah sama sekali.<\/p>\n<p>Bagaimana bahasa berperanan terus dalam bidang ilmu perniagaan dan insurans\/asurans dapat dirasa atau dilihat amalannya kini apabila perkataan-perkataan ditukar kepada muamalat<em>\/mu\u2018amalaht<\/em> dan <em>takaful. <\/em>Perubahan konsep dan skop ilmu bidang ini menerusi istilah daripada dua kebudayaan dan tamadun yang berbeza ini sememangnya telah mendorong kepada penemuan ilmu baharu dalam bidan-bidang yang disenaraikan dalam judul subseksyen ini. Istilah bunga yang dianggap haram disisi Islam lalu diubah kepada faedah (sejak tahun 1970-an), bahkan fi perkhidmatan, premium, pelaburan, pulangan, dividen atau keuntungan pun sepatutnyalah turut berubah model matematiknya.\u00a0 Kini ekonomi Islam, perbankan Islam, kewangan Islam, insurans Islam iaitu takaful, pinjaman Islam, ansuran islam atau <em>bay\u2018in bitahjmin \u2018aajyl, <\/em>bon Islam atau<em> sukuk, <\/em>bahkan opsyen Islam<em> <\/em>sudah tidak asing lagi dalam urusan perniagaan, kewangan, perbankan\u00a0 dan insurans seluruh dunia. Ini belum lagi dipertimbangkan untuk mematematikkan \u201cjual janji\u201d dan \u201cpawah\u201d dalam budaya urus niaga tradisi Melayu yang ada unsur-unsur opsyen itu. Model matematik dalam bidang-bidang ini masih menjadi bahan penyelidikan yang ampuh dan peneroka terawalnya ialah Maheran dalam tesis D. Fal. beliau dan siri makalahnya dengan penulis ini dan beberapa orang penulis lain (Maheran &amp; Shaharir 2002-2004, Maheran drk. 2005, 2008) dan model matematik baharu bagi pembelian secara ansuran mengikut lunas Islam atau jaual-beli bertangguh (<em>bay\u2018in bithamin \u2018aajyl<\/em>) oleh Nurfadhlina drk. (2011) .<\/p>\n<p>Kegagalan ilmu ekonomi semakin diakui oleh sarjana Barat juga terutamanya sejak 1990-an sehingga ekonomi pembangunan umpamanya kini berubah kepada ekonomi kebahagiaan dengan konsep kebahagiaannya yang pelbagai mengikut makna perkataan dalam bahasa mereka masing-masing di Barat itu umpamanya makna <em>happy<\/em> dalam bahasa Inggeris sehingga menjangkaulah pada makna bahagia dalam pelbagai agama yang diminati oleh sarjana itu termasuklah Hindu, Tao tetapi belumlah lagi Islam. Itulah sebabnya pengarang ini (Shaharir 2008) membuat sorotan tentang ekonomi baharu ini dalam konteks bahagia mengikut Islam, iaitu <em>al-sa\u2018aadaht.<\/em> Ini tentunya menjanjikan ilmu yang baharu lagi.<\/p>\n<p>Semua ini, lagi sekali bahasa menjadi penemu ilmu baru atau membuka peluang luas terbentang dalam perolehan ilmu baru, ilmu di dalam acuan sendiri, ekonomi kebahagaian yang baru.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p><strong>2. Perbezaan Bahasa sebagai wadah bicara ilmu mencetuskan kritikan baru terhadap ilmu : Kes Barangkali dan Mungkin Lawan <em>probable <\/em>dan <em>possible<\/em><\/strong><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Pencetusan ilmu baharu atau inovasi ilmu sedia ada sering terjadi apabila ilmu sedia ada itu menerima kritikan hebat akan kelemahannya kerana tidak mampu menanggung nilai-nilai yang diingini oleh sekelompok sarjana. Suatu yang belum ditonjolkan ialah betapanya perbezaan bahasa sebagai wadah bicara ilmu mampu mencetuskan situasi ini. Ini dipaparkan di sini dengan mengambil contoh bicara ilmu dalam bahasa Melayu dan Inggeris terhadap teori ketakpastian yang distilahkan sebagai kebarangkalian atau kemungkinan yang sepadan dengan <em>probability <\/em>dan <em>possibility<\/em>. Berbeza dengan contoh-contoh lain sebelum ini, ilmu-ilmu ini baharu dalam peringkat menerima kritikan sahaja tetapi teori alternatifnya berasaskan pada kritikan itu masih belum berjaya dilakukan lagi.<\/p>\n<p>Istilah <em>probability<\/em> dalam matematik Inggeris pada masa sarjananya menterjemahkan (memeribumikan) ilmu ini dari bahasa dan kebudayaan lain di Eropah. Perkataan <em>probability<\/em> itu terbit daripada <em>probable<\/em> yang berasal daripada Latin <em>probabilis<\/em> dan lebih asas lagi <em>probare<\/em> yang bermakna menguji atau mendemonstrasi; dan <em>probare<\/em> itu diInggeriskan menjadi <em>probe.<\/em> Namun <em>probable <\/em>itu telah berubah sedikit maknanya menjadi \u201cke arah boleh jadi berlaku\u201d, \u201ccondong atau cenderung ke arah berlaku\/terjadi\u201d; manakala <em>probe<\/em> bermakna cocoh (perkataan Kelantan yang bermaksud cucuk-cucuk benda yang ingin diketahui dengan benda yang menjolor<strong> <\/strong>dan berhujung agak tajam), atau konteks lainnya, siasat dng halusi atau kuar (dari suatu jarak yang tidak sampai tersentuh benda yang diminati).\u00a0 Oleh sebab istilah matematik <em>probability <\/em>bukan asli Inggeris tetapi terjemahan daripada istilah matematik dalam bahasa Latin ciptaan sarjana Italia, Perancis dan Jerman, maka kefahaman pemikiran asal istilah ini perlulah dirujuk kepada istilah dalam bahasa-bahasa tersebut: <em>probabilis<\/em> (Latin), <em>probabile<\/em> (Italia), <em>probable<\/em> (Perancis\/Inggeris), dan <em>wahrscheinlich<\/em> (Jerman). Kamus Italia-Inggeris dan Jerman-Inggeris memberi makna perkataan-perkataan ini, antara lainnya, juga sebagai yang dapat dipadankan dengan Inggeris \u201c<em>likely<\/em>\u201d atau padanan Melayunya \u201cboleh jadi\u201d atau \u201ccondong terjadi\u201d itu. Oleh itu segi etimologinya, <em>probability<\/em> ialah \u201csukatan kecenderungan berlakunya sesuatu setelah dicerap\/diuji\/ didemonstrasinya\u201d.<\/p>\n<p>Dalam bahasa Melayu, kata dasar \u201ckebarangkalian\u201d, iaitu \u201cbarang kali\u201d bermakna \u201ctak pasti berapa kali berlakunya\u201d dan tidak pernah membawa makna <em>probare<\/em> Latin atau <em>probe<\/em> Inggeris itu.\u00a0 Sarjana Melayu dahulu (tahun 1970-an) tidak memilih perkataan terkuarkan\/boleh kuar =<em>probe+ able<\/em>; atau \u201cboleh jadi\u201d bagi menterjemahkan <em>probable<\/em> itu dalam usaha mereka memeribumikan ilmu <em>probability<\/em> yang besar mungkinnya disangka daripada Inggeris itu. Jika tidak <em>probability<\/em> itu diterjemahkan kepada \u201cketerkuaran\u201d atau \u201ckebolehjadian\u201d sahaja, yang tidaklah begitu salah tetapi ilmu ini akan membawa nilai yang berbeza lagi daripada kebarangkalian itu. Perkataan \u201cboleh jadi\u201d itu\u00a0 dikhaskan untuk dipadankan dengan istilah dalam bidang ini yang lain lagi, iaitu <em>likelihood<\/em> (menjadi \u201ckebolehjadian\u201d) yang berasal daripada <em>likely<\/em> itu, iaitu sejenis sukatan yang rapat dengan \u201ckebarangkalian\u201d itu. Ternyata <strong>istilah Melayu \u201ckebarangkalian\u201d itu jauh lebih baik daripada istilah Inggeris, <em>probability<\/em> itu,<\/strong><strong> <\/strong><strong>kerana istilah Melayu itu hampir terus menerus memberi makna sains dan matematik istilah tersebut (iaitu bilangan kali terjadi dalam banyak kali cerapan yang mencukupinya) sedangkan istilah Inggeris itu agak sipi-sipi sahaja membawa makna tersebut<\/strong>! Apabila sudah diMelayukan ilmu ini sedemikian rupa maka bagi sarjana Melayu yang insaf dengan mendalamnya lagi akan bahasa dan kebudayaannya akan semakin dicabar oleh nilai bahasa dan kebudayaanya lagi sehingga bidang kebarangkalian dalam acuan Inggeris itu akan semakin dirasainya penuh kepincangannya pula dan perlu diperbaiki lagi. Penggalian khazanah bahasa Melayu daripada Malayonesia seperti bahasa Melayu Campa mungkin memberi pengujaan barunya lagi dalam usaha penginovasian ilmu ini kerana dalam bahasa Melayu Campa ada beberapa perkataan yang membawa makna\u00a0 <em>likely <\/em>atau \u201cboleh jadi\u201d dan oleh itu boleh dijadikan calon istilah ilmu ini yang membawa makna \u201ckebarangkalian baharu\u201d kelak. Istilah-istilah itu ialah <em>cadu\/sadu, buon\/bon<\/em> dan <em>sanat <\/em>(Aymonier &amp; Cabaton 1906).<\/p>\n<p>Dalam teori <em>probability<\/em>\/kebarangkalian sekarang kita menyukat darjah keberlakuan atau kewujudan sesuatu peristiwa itu dengan dua istilah ektrimnya: pasti\/mesti\/<em>certain\/sure<\/em> dan mustahil\/ <em>impossible,<\/em> dan antaranya mungkin\/<em>possible\/may be, <\/em>boleh jadi<em> <\/em>atau<em> likely <\/em>atau<em> <\/em>harus (konteks Malaysia). Jika kita keluar daripada tempurung Inggeris, istilah pasti (amat rapat dengan makna wajib), mustahil dan mungkin atau harus dalam bahasa Melayu itu terasa amat berbeza maknanya dengan padanan biasa kita dengan bahasa Inggeris itu. Ini boleh mencetuskan kritikan baharu lagi tentang kebarangkalian\/<em>probability<\/em> itu yang akhirnya akan membuahkan teori baharu. Lebih konkret lagi berlakunya keadaan ini jika kita menggali khazanah ilmu Melayu Jawi seperti yang kami paparkan di bawah ini.<\/p>\n<p>Manuskrip MS1659 (tanpa tarikh dan penulisnya) ada sebuah makalah berjudul <em>Mutiara Putih<\/em> (oleh Syaykh Abdul Rauf bin Syaykh? yang dianggarkan karya abad ke-17 M) yang membicarakan perihal WAJIB, MUSTAHIL dan <em>JA\u2019YZ <\/em>yang setiap satunya dibahagikan kepada dua kategori:<em> zaaty <\/em>dan<em> \u2018aradhy. <\/em>Katanya, sifat yang wajib pada Allah itu <em>zaaty <\/em>bukan <em>\u2018aradhy.<\/em> Contoh\u00a0 wajib <em>\u2018aradhy<\/em> itu ialah masuknya syurga Sahabat Nabi yang Sepuluh itu. Adapun yang wajib pada Allah itu ialah Sifat yang Dua Puluh itu (terkenal dengan ringkasnya sebagai \u201cSifat 20\u201d dalam tawhid itu). Begitu juga sifat yang mustahil pada Allah itu mustahil <em>zaaty<\/em> bukan mustahil <em>\u2018aradhy<\/em>. Contoh mustahil <em>\u2018aradhy<\/em> itu ialah masuknya syurga Abu Lahab; dan yang mustahil pada Allah itu lawan \u201cSifat 20\u201d itu. Adapun sifat yang <em>ja\u2019yz<\/em> (=mubah atau harus Malaysia) pada Allah itu <em>ja\u2019yz zaaty<\/em> bukan <em>ja\u2019yz \u2018aradhy<\/em>. Contoh <em>ja\u2019yz <\/em>\u2018<em>aradhy<\/em> itu ialah masuknya syurga orang <em>ma\u2018kshiaht<\/em> (maksiat); dan <em>ja\u2019yz<\/em> pada Allah ialah Ia menjadikan alam ini. Manuskrip MS1659 (pp 137-146, makalah <em>Mutiara Putih<\/em> itu juga) ada menyebut 4 \u201cwajah\u201d <em>mumkin <\/em>(asalnya perkataan Melayu kini \u201cmungkin\u201d itu). Pertama, <em>mumkin mawjud<\/em>, iaitu contohnya <em>mumkin<\/em> yang ada sekarang seperti adanya bumi dan langit ini. Kedua <em>mumkin wajidwu anqadhy<\/em>, iaitu <em>mumkin<\/em> yang sudah dijadikan pada hal sudah berlalu masanya seperti nabi Adam. Ketiga <em>mumkin<\/em> sa<em>ywuajid<\/em>, iaitu <em>mumkin<\/em> yang lagi akan datang seperti hari kiamat. Keempat <em>mumkin<\/em> ilmu Allah <em>innahu lam yuwajid, <\/em>iaitu <em>mumkin<\/em> yang diketahui Allah <em>ta\u2018ala<\/em> bahawasanya tiada dijadikan seperti seseorang yang bersepuluh kepalanya. Manuskrip al-Ranyry Ms 781(2) juga ada menceritakan perkara <em>mumkin <\/em>dan <em>mustahil <\/em>yang agak berbeza lagi daripada yang dipaparkan di atas. Pendeknya semua ilmu Melayu (abad ke-17 M) berkenaan dengan istilah-istilah yang cukup intim dengan ilmu yang terkandung dalam teori kebarangkalian\/ <em>probability<\/em> dan kemungkinan\/<em>possibility<\/em> sekarang begitu mencabar bidang ilmu ini. Inilah peranan bahasa yang cukup mahal harganya yang tidak patut dijual-beli lagi.<\/p>\n<p>Seperti yang telah disebut di atas, ilmu kebarangkalian dan kemungkinan sekarang adalah masing-masingnya terjemahan kepada ilmu <em>probability<\/em> dan <em>possibility<\/em> Barat. Setiap ilmu ini amat akrab dengan ilmu kewujudan atau ontologi, teori set dan mantik\/logik\/logika yang selama ini sarjana Malayonesia khasnya dan Muslim amnya tidak pernah melihat konsep wujud\/<em>exist<\/em> dan mantik\/<em>logic<\/em> itu dalam kebudayaan masing-masing seolah-olah perkataan ini neutral atau bebas nilai sahaja. \u00a0Umpamanya, kebanyakan isu yang diminati dalam masalah ketak-tentuan atau keruan yang kini dimodelkan sama ada kebarangkalian atau kemungkinan itu tidak mencakup benda yang diminati di sisi Islam misalnya seperti benda yang di lihat dalam aspek \u201chukum syarak\u201d yang terkenal itu: <em>mubah\/ja\u2019iz<\/em> (atau harus Malaysia), sunat, wajib, makruh dan haram. Jelaslah bahasa bagi pentaakulan yang memebabitkan aspek ini memerlu mantik 5-nilai bukannya mantik 2-nilai, ya-tak atau benar-palsu sahaja. Ini belum lagi melibatkan mantik Melayu dalam implikasi yang biasanya tidak bertaraf pasti tetapi menggunakan perkataan \u201cmoga-moga\u201d atau \u201cdengan izin Allah\u2019 atau insya Allah yang mencabar mantik implikasi kini (Shaharir 2011d).<\/p>\n<p><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p><strong>KESIMPULAN<\/strong><\/p>\n<p><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p>Kami telah membuktikan bahawa bahasa kebangsaan\/nasional (mengikut istilah Fishman 1968) bukan sahaja mampu menjadi bahasa ilmu sehingga menyaingi bahasa ilmu yang sedia ada (yang diistilahkan oleh negara berbahasa nasional ini sebagai bahasa nasion\/janapada itu). Dalam makalah ini, ditunjukkan bahawa pembahagian bahasa mengikut Fishburn yang secara langsung atau tidak langsung diamalkan oleh banyak Negara Membangun (bekas tanah jajahan Barat) itu sebenar suatu pembahagian penjajahan sahaja kerana semua bahasa mampu menjadi bahasa nasional dan sekali gus dimajukan menjadi bahasa nasion. Bahasa Melayu terutamanya mampu berbuat dan dibuat demikian. Selama ini bahasa kebangsaan\/nasional itu hanyalah dipertahankan dengan tujuan menjadikannya sebagai ramuan identiti bangsa berkenaan sahaja, itulah sahaja agaknya maksud \u201cbahasa jiwa bangsa\u201d itu. Identiti bangsa sebenar akan lebih kukuh lagi kewujudannya pada sesuatu bangsa jika bahasanya sentiasa dijadikan untuk menemukan ilmu seperti yang ditunjukkan di dalam makalah ini. Dengan itulah barulah \u201cbahasa jiwa bangsa\u201d yang semakin tidak dapat dipertahankan lagi itu mampu diganti dengan lebih kukuh lagi \u201cbahasa penemu ilmu\u201d dan ilmu ynag ditemui dan dibina menerusi bahasa bangsa itulah menjadi identiti bangsa yang jauh lebih beridentiti kental dan kebal lagi.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Rujukan<\/strong><\/p>\n<p><cite>\u00a0<\/cite><\/p>\n<p>al-Attas M.N.1978\/1981. <em>Islam and Secularism. <\/em>ABIM. snt keduanya terbitan ISTAC 1993. Terjemahan di Indonesia sebagai <em>Islam dan Sekularisme<\/em>. Bandung: Pustaka 1981.<\/p>\n<p>al-Faruqi I.R. 1982\/1986. <em>Islamization of Knowledge: The Problem, Principles and the Workplan. <\/em>A Follow-up Report on Seminar on &#8216;Islamization of Knowledge&#8217;. National Hijra Centenary Committee of Pakistan. Juga diterbitkan oleh IIIT 1982. Diterjemah sebagai <em>Islamisasi Ilmu<\/em> di Indonesia 1986, dan <em>Pengislaman Ilmu<\/em> di Malaysia, DBP 1991<\/p>\n<p>Alinor M.b.A.K. 2007. Sejarah bahasa Melayu sebagai bahasa matematik. <em>Senada,<\/em> Buletin Rasmi UKM 2007 dan <em>Maths Digest<\/em> 2009, 2(2): 37-39.<\/p>\n<p>Alinor M.b.A.K. 2010. Tahap ke-Sanskrit-an dan keaslian bahasa Melayu: Ulasan buku James T. Collins, Bahasa Sanskerta dan bahasa Melayu, DBP 2009. <em>Kesturi <\/em>20(2):67-88<\/p>\n<p>Aymonier E. &amp; Cabaton A. MDCCCCVI (1906). <em>Dictionaire Cam-Francais<\/em>. Publications de L\u2019Ecole Francaise D\u2019extreme-Orient, volume VII. Paris Imperie Nationale<\/p>\n<p><cite>Boroditsky L. 2011. <\/cite>Lost in Translation. <em>Life &amp; Culture<\/em>. 23 July 2010. Ada di internet. http:\/\/online.wsj.com\/article\/SB10001424052748703467304575383131592767868.html<\/p>\n<p>(25 Feb 2012)<\/p>\n<p>Deutscher G. 2010. <em>Through the Language Glass: Why the World Looks Different in Other Languages.<\/em> Metropolitan Books<\/p>\n<p>Fishman J.A. 1968. <em>Language Problems of Developing Nations<\/em>. N.York: J. Wiley; dan <em>Readings in Sociology of Language<\/em>. The Hague, Paris: Mouton.<\/p>\n<p>Fukuyama F. 1992. <em>The End of History &amp; The Last Man.<\/em> Free Press<\/p>\n<p>Guang J.J. 2005. Iban Migration into Sarawak. Dlm internet \u201cmigration to the kapuas valley\u201d atau \u201cpimpin bragah ngindang\u201d. (27 Feb. 2012)<\/p>\n<h1>Guerrero M. 2011. Heidegger &#8211; Language is the House of Being. http:\/\/ezinearticles.com\/?Heidegger&#8212;Language-is-the-House-of-Being&amp;id=1682879<\/h1>\n<p>(26 Feb 2012)<\/p>\n<p>Kuhn T. 1962\/1997. <em>The Structure of Scientific Revolution<\/em>. Chicago Univ. Press. Terj. snt keduanya 1970,<em> Struktur Revolusi Sains.<\/em> K.Lumpur: DBP 1997.<\/p>\n<p>Maheran\u00a0 bt. M.J. &amp; Shaharir b.M.Z. 2002. Model \u201cbaru\u201d pinjaman mudarabah berasaskan ekuiti<em>. Pros. Simpos. Kebang. Sn Matema. Ke-10. <\/em>Skudai: UTM, pp. 179-190<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;-.\u00a0 2003. Persamaan Beza\u00a0 Mudharabah Perniagaan. <em>Prosiding Simpos. Keb. Sn Matema.ke-XI.<\/em> K.Kinabalu: UMS: 202-209<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;. 2004. \u00a0Mudharabah model for business loan based on equity. <em>Proc. Sem. on Non-Bank Financial Institutionns: Islamic Alternatives.<\/em> 1-3 Mac 2004, K.Lumpur: 1-10.<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;. 2004. Model pelaburan mudharabah dan musyarakah. <em>Pros. Seminar Kebangsaan Matematik ke-12,<\/em> di UIAM. Makalah Matematik Gunaan bil. 19<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;. 2004.. Kelemahan amalan bank Islam di dalam pengagihan untung pelaburan mudharabah. Ddlm. <em>Pros.<\/em> <em>Sem. Matematik dan Masyarakat<\/em>, KUSTEM &amp; PERSAMA\u00a0 25-26 Feb 2004<\/p>\n<p>Maheran bt.M.J., Shaharir b.M.Z. &amp; Aziz A.b.J. 2008. Perkembangan Model Matematik Pelaburan Islam Berkonsepkan <em>Musyarakah. Kesturi<\/em> 2008, 18(1&amp;2):<\/p>\n<p>Maheran bt. M.J., Shaharir b.M.Z.,\u00a0 Aziz A.b.J. &amp; Zaidi. 2005. Model Pelaburan satu saham dari perspektif Islam. <em>Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-XIII<\/em>. UUM. 410-414<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;-.2005. Perkiraan keuntungan oleh bank Islam dalam pelaburan mudharabah: Pembaikan dan cadangan. <em>Prosiding<\/em> <em>Seminar Kewangan dan Ekonomi Islam 2005<\/em>, anjuran UUM di Bangi, Selangor pada 28 Ogos 2005: 79-85<\/p>\n<p>Merton R.K. 1973<em>. The Sociology of Science<\/em>. <em>Theoretical and Empirical Investigations<\/em>, Chicago: University of Chicago Press<\/p>\n<h1>Mueller-Vollmer K. 2011. Wilhelm von Humboldt. <em>Stanford Encyclopedia of philosophy<\/em>. http:\/\/plato.stanford.edu\/entries\/wilhelm-humboldt\/#SomEssHumUndLan<\/h1>\n<p>(25 Feb. 2012)<\/p>\n<p>Mulkay M. 1979\/1992. <em>Sains dan Sosiologi Ilmu Pengetahuan<\/em>. DBP 1992. Terj. <em>\u00a0Science and the Sociology of Knowledge,<\/em> London; Boston: G. Allen &amp; Unwin 1979<\/p>\n<p>Nasr S.H.1964\/1992. <em>Introduction to the Islamic Cosmological Doctrine<\/em>. Diterjemah di Malaysia sebagai <em>Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam,<\/em> DBP 1992<\/p>\n<p>Nurfadhlina A.H., Saiful Hafizah J @ S., Noriszura I. &amp; Rokiah @R.A. 2011. A new dimension of profit sharing ratio determination of AITAB contract mathematical modeling using stochastic optimization approach. Mimeo.<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;-. 2011. Profit Sharing ratio modeling fir Islamic hire-purchae contract. Mimeo.<\/p>\n<p>Oppenheimer S. 2004.<em> Out of Eden. Peopling of The World. <\/em>Constable and Robinson<\/p>\n<p>Rieber R.W. (Pnyut.).1983. Dialogues on the Psychology of Language and Thought. Plenum Bahagian yang relevan dengan petikan terhadap Chomsky di dalam makalah ini (sebuah wawancara) ada di internet, http:\/\/www.chomsky.info\/interviews\/1983&#8212;-.htm (25 Feb. 2012)<\/p>\n<p>Rosenthal F. 1970\/1992. <em>Keagungan Ilmu<\/em>. Kuala Lumpur: DBP (terj. 1992). Karya asalnya 1970, <em>Knowledge Triumphant.<\/em><\/p>\n<p>Shaharir b.M.Z. 1998\/2000. Sistem Angka Melayu sebelum Kedatangan Islam. <em>Bull. Malaysian Mathematical Society<\/em>. 23(1):1-34. Asalnya sebuah laporan Cuti Sabatikal UKM 1998<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;. 2001. A note on the decimal numerical system. <em>Humanistic Maths. of Network Journal<\/em>. 24:36-42<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;. 2002. Berakhirnya sakti\u00a0 Melayu? <em>Dewan Bahasa<\/em>, Nov: 7-24<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;-. 2004. Penjodoh bilangan kuantitatif dalam bahasa Melayu klasik. <em>Warkah Berita PERSAMA: <\/em>68-70<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;. 2005. Sains Matematik dan Pengurusan. <em>JQMA\/JuSQA, <\/em>Pusat Pengajian Sn Matematik, UKM<em> <\/em>1(1): 1-43<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;. 2006a. Pendekatan baru terhadap konsep optimum Barat dan beberapa konsep optimum baru dalam acuan sendiri. <em>Kesturi <\/em>16 (1&amp;2): 55-96<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;. 2006b. Penganggaran Nilai Wustdo dalam Pengaturcaraan Linear Bermatalamat Tunggal. <em>Sem. Keb. Sn Matema<\/em> 14 , PERSAMA-UM : 357-360<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;. 2008. Ekonomi pembangunan Lawan ekonomi kebahagiaan. <em>Jawhar. Jurnal Kajian Ketamadunan Malaysia<\/em>. 5(1), 1-45<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;-. 2008\/2010. Pembinaan Semula Teori Kepemimpinan dan Kepengurusan Rumpun Melayu. Snt. kedua 2010: K. Terengganu: UMT. Snt pertama 2008.<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;. 2009a. Pembawaan dan Penyerlahan Jiwa Kemanusiaan yang Berbeza mengikut Penghayatan Bahasa dalam Sains Matematik di <em>Seminar Ulang Tahun INSPEM<\/em>, UPM,\u00a0 12 Mei 2009. <em>MathsDigest<\/em> 2009, 3(1): 1-16<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;. 2009b. Bahasa jiwa ilmu: kes teori kenisbian dalam fizik teori. <em>Sari <\/em>27(1): 143-165<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;. 2010\/2011. <em>Kepemimpinan Tok Guru Nik Aziz mengikut Pandangan Para Sarjana Besar Sepanjang Zaman. <\/em>Snt kedua 2011. K.Lumpur: Kaab Interprise<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;. 2011a. <em>Berakhir Sudahkah Ilmu dalam Acuan Sendiri<\/em>?. Akan diterbit oleh Pusat Dialog Peradaban, UM<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;. 2011b. Keterlestarian Kebudayaan. <em>Wacana 3 dalam Siri Wacana Keterlestarian dan Kebudayaan<\/em>, Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya, 23 Nov. 2012.<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;-. 2011c. The final argument for reconsidering PPSMI. Blog Komshah<\/p>\n<p>Shaharir b.M.Z. &amp; Razak A.b.S. 1998\/2001. Sistem nombor dan angka Melayu berdasarkan kajian etimologi dan penyukatan. <em>Jurnal Bahasa<\/em>. 1(3): 423-443. Asalnya dibentangkan di Kolokuium ATMA, UKM 1998.<\/p>\n<p>Spengeler. 1918\/1922. <em>The Decline of the West<\/em>. Terj. drp bahasa Jerman 1918. OUP 1922.<\/p>\n<p>Stwertka A. 1987. <em>Recent Revolutions in Mathematics<\/em>. N.York: Franklin Watts<\/p>\n<p>White L. 1947 (Dicetak semula 2006). The Locus of Mathematical Reality: An Anthropological Footnote. <em>Philosophy of Scienc<\/em>e 14:289-303, dicetak semula dalam Hersh R. (Pnyut.). 2006. <em>18 Unconventional Essays on the Nature of Mathematics<\/em>. Springer: 304-19.<\/p>\n<p>@@@@@@@@<\/p>\n<p><strong>*<\/strong>Makalah undangan di <em>Seminar MABBIM<\/em> di Brunei, 4 April 2012<\/p>\n\n<!-- NgfbSharing::get_buttons content filter skipped: buttons_on_index not enabled -->\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bahasa Penemu Ilmu* Shaharir b.M.Z. Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya Kuala Lumpur riramzain@yahoo.com &nbsp; &nbsp; Abstrak &nbsp; Peranan bahasa sebagai\u00a0 pengungkap fikiran atau lebih dalam lagi sebagai penjana fikiran\u00a0 disoroti berasaskan dengan memetik pandangan para sarjana bahasa dan linguistik serta ahli falsafah amnya.\u00a0 Ditunjukkan bahawa pandangan peranan bahasa yang lebih dalam itu, iaitu pemangkin buah &#8230;<\/p>\n <a class=\"moretag\" href=\"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=1544\">[Baca teks penuh...]<\/a>","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[9],"tags":[],"class_list":["post-1544","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-c02-makalah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1544","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1544"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1544\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1546,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1544\/revisions\/1546"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1544"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1544"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1544"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}