{"id":1535,"date":"2012-04-02T08:26:09","date_gmt":"2012-04-02T00:26:09","guid":{"rendered":"http:\/\/www.asasi.my\/?p=1535"},"modified":"2012-04-02T08:27:19","modified_gmt":"2012-04-02T00:27:19","slug":"islam-dan-kajian-alam-semesta-dengan-tumpuan-pada-sistem-syamsi-dan-teorinya-sehingga-awal-abad-kedua-puluh-masihi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=1535","title":{"rendered":"ISLAM DAN KAJIAN ALAM SEMESTA DENGAN TUMPUAN PADA SISTEM SYAMSI DAN TEORINYA SEHINGGA AWAL  ABAD KEDUA PULUH MASIHI*"},"content":{"rendered":"<p>Shaharir b.M.Z.<\/p>\n<p>Pusat Dialog Peradaban<\/p>\n<p>Universiti Malaya<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Abstrak<\/strong><\/p>\n<p>Konsep alam\u00a0 dan alam semesta Barat dibicarakan secara perbandingannya dengan konsep berkenaan di dalam Islam. Perkara yang diminati oleh para sarjana Barat dan Muslim Tamadun Islam di dalam kajian mereka terhadap alam semesta dibicarakan. Sorotan dilakukan terhadap kedudukan Islam di dalam kajian alam semesta mengikut <em>al-Qur\u2019aan<\/em>, khususnya peranan <em>ulul abshar, \u2018aalamin dan \u2018ulama\u2019. <\/em>Kemudian dibicarakan<em> s<\/em>ejauh mana sarjana Muslim dahulu dan kini menghayati ajaran <em>al-Qur\u2019aan<\/em> dalam kajian alam semesta\u00a0 mereka. Teori langit mengikut Islam dan barat dibicarakan sebagai contoh masih tidak mampunya sains moden memahaminya. Teori bilangan alam mengikut sains moden, tamadun Islam dan <em>al-Qur\u2019aan<\/em> (dengan konsep <em>\u2018aalamyn<\/em>) serta Tamadun Melayu (menerusi karya agung Nur al-Dyn al-Ranyry 1638, <em>Bustan al-Salatdin<\/em> dan tafsiran <em>\u2018aalamyn<\/em> para penterjemah-pentafsir <em>al-Qur\u2019aan <\/em>di Malyonesia) juga dibicarakan sebagai perbandingan sejauh mana berbezanya status ilmu ini dalam setiap tamadun ini. Penuslis memaparkan di dalam makalah ini bahawa selepas abad ke-17 M hingga kini sarjana Muslim hanya mengeyakan teori Barat sahaja atau masih ada yang ketinggalan zaman dengan mendukung ilmu ini pada status ilmu ini sebelum teori sarjana Islam abad ke-14 M (teori \u2018Adhad al-Dyn dan al-Syatdir) atau teori sarjana Barat sebelum abad ke-16 M (teori Copernicus). Ini berlaku khususnya tentang teori pusat sistem suria ini. Golongan Muslim ketinggalan zaman ini ialah yang masih mendukung teori Bumi sebagai pusat alam suria ini (bukannya Matahari) dengan hujah-hujah yang juga ketinggalan zaman. Hujah-hujah mereka ini termasuklah tafsiran <em>al-Qur\u2019an<\/em> oleh para pentafir atau pandangan ulama\/sarjana Muslim sebelum abad ke-14 M yang memanglah tidak mengetahui\/menyokong teori Matahari Pusat alam ini. Ini khususnya dilakukan dengan kritikan khas kepada karya al-Ranyry (1638) yang masih mendukung teori ketinggalan zamannya, dan lebih terperinci lagi, kerana baharunya, terhadap buku Ahmad Sabiq (2008), <em>Matahari Mengelilingi Bumi. Sebuah Kepastian al-Qur\u2019an dan as-Sunnah serta Bantahan Terhadap Teori Bumi Mengelilingi Matahari<\/em> yang laris jualan itu<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>0. Apakah alam dan alam semesta?<\/strong><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Seperti biasa mentakrifkan sesuatu amatlah sukar, dan ini termasuklah perkataan alam itu. Alam jelas daripada bahasa Arab <em>\u2018alam<\/em>, bahkan sebelum Ejaan Bersama dipegangi oleh kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia pada 1972, itulah ejaannya, ada koma terbalik sebelum A itu; dan sebelum bahasa Melayu diRumikan pada abad ke-20 ejaannya sama dengan dalam bahasa Arab itu, <em>\u2018ain, lam mim<\/em>. Di Indonesia ada \u201cilmu pengetahuan alam\u201d dengan maksud \u201csains alam tabii\u201d; jadi alam di sini bermakna alam tabii (<em>nature, natural<\/em>), bukan alam kehidupan (manusia, flora dan fauna). Segi etimologinya, perkataan alam ada hubungan rapat dengan ilmu\/<em>\u2019ilm, <\/em>yang menunjukkan alam dan ilmu memang sukar dipisahkan. Malah ada sarjana Barat sekali pun mentakrifkan sains sebagai hasil cerapan (perhatian menggunakan pancaindera) terhadap alam ini, iaitu alamlah yang menjadi sumber ilmu<em>.<\/em> Secara kasarnya, alam ialah dunia atau bumi kita ini dan benda yang nampak terserkup pada atas kepala kita ini yang kita namai langit dan jasad-jasad di langit itu terutama yang kita namai bulan dan bintang itu. Keseluruhannya itulah dinamai alam semesta. Oleh itu biasanya alam di maksudkan alam semesta kecuali dinyatakan sebaliknya seperti alam tabii, alam haiwan, alam tumbuhan, alam pemikiran, alam akhirat, alam bagi orang shufy\/sufi (alam malakut, alam nasut, alam lahut) dan lain-lain lagi. Alam yang dibicarakan lebih terperinci lagi di dalam makalah ini ialah alam fizik\/jasmani, alam semesta itu, khususnya yang ada Matahari ini. Sebelum itu, perbandingan perkataan alam dan alam semesta dengan bahasa Inggeris juga menarik.\u00a0 Perkataan alam dipadankan dengan perkataan Inggeris <em>world<\/em> kecuali <em>world <\/em>yang merujuk kepada bumi ini sahaja yang diistilahkan oleh orang Melayu sebagai dunia (juga daripada bahasa Arab, <em>duniya, <\/em>iaitu yang bertentangan dengan<em> <\/em>akhirat<em> <\/em>daripada bahasa Arab,<em> akhiraht<\/em>); manakala alam semesta dipadankan dengan bahasa Inggeris <em>universe, <\/em>walau pun kadang kala perkataan Inggeris ini dipadankan juga dengan \u201calam jagat\u201d, atau \u201cjagat raya\u201d. Asalnya <em>world<\/em> Inggeris itu drp bahasa Jermanik dengan maksud dunia juga tetapi mulai abad ke-13 <em>world<\/em> bertukar maknanya kepada <em>universe <\/em>(drp Latin <em>universum<\/em> yg bermakna \u201csemua sekali\u2019\u2019 dan diPeranciskan kpd<em> univers <\/em>pada abad ke-13 dan seterus diambil Inggeris menjadi <em>universe <\/em>pada akhir abad ke-16 M dengan makna \u201cdunia semua sekali\u201d, <em>the whole world, <\/em>atau <em>cosmos <\/em>yg diambil drp Yunani, kosmos yang bermakna dunia juga). Dalam bahasa Arab, <em>universe<\/em> ialah <em>kawn<\/em> , \u2018<em>alam al-duniya <\/em>atau <em>al-basyr.<\/em><\/p>\n<p><em> <\/em><\/p>\n<p><em> <\/em><\/p>\n<p><strong>1. Apakah\u00a0 yang diminati oleh ahli sains dahulu dan sekarang, tentang alam semesta ini?<\/strong><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Astronomi ialah nomia (bermaksud susunan) tentang astron (bintang), bahasa Latin <em>astronomia<\/em> drp bahasa Yunani <em>astro <\/em>dan <em>nomos<\/em> yang Latin itu diambil Inggeris menjadi <em>astronomy<\/em> pada abad ke-13 M. Istilah astronomi dalam bahasa Melayu dipercayai muncul hanya dalam tahun 1950-an (terutamanya Melayu Indonesia). Sebelum itu, orang Asia Tenggara ini yang dikenali sebagai <em>Malayonesia <\/em>(George Earl 1890) atau Malayuwiyah\/<em>Malayuwiyaht<\/em> (Sarjana Melayu Petani abad ke-19 M) ini memakai bahasa Arab, yang terkenalnya <em>\u2018ilm falak<\/em> dan kurang popularnya (walaupun lebih tepat) <em>\u2018ilm hay\u2019aht<\/em>. Sebelum Islam datang ke Asia Tenggara ini orang Malayonesia (terutamanya Campa dan Sriwijaya)\u00a0 memakai istilah <em>horasastera<\/em> (<em>hora<\/em>=bintang, <em>sastera<\/em>=tulisan ilmu; dua perkataan Sanskrit).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Astronomi Barat memanglah mulanya diambil daripada \u2018<em>ilm najm, \u2018ilm falak<\/em> dan \u2018<em>ilm hay\u2019aht<\/em> ciptaan pada zaman Tamadun Islam dahulu. Hampir semua karya agung ilmu ini di dalam bahasa Arab diterjemah kepada Latin sejak abad ke-12 M hinggalah abad ke-14 M. Mulai Abad ke-16 Masehi astronomi Barat dalam bahasa Latin itu mula menampakkan keasliannya. Perkara yang dimianati oleh mereka ialah yang berikut:<\/p>\n<p><strong> <\/strong><\/p>\n<p>1. Orbit atau trajektori, falak atau mustaqar, setiap objek di langit itu supaya boleh diramalkan kedudukannya pada masa-masa hadapan bagi tujuan kehidupan seperti musim dsbnya, atau hanya sekadar minat sahaja.<\/p>\n<p>2. Mekanisme atau perkara yang menyebabkan terjadinya gerakan sedemikian (teori), secara bahasa biasa\/tabii (biasa disebut secara kualitatif), dan seterusnya secara matematik (biasa disebut secara kuantitatif) yang mampu memberi hasil yang hampir dengan bahasa tabii itu? Tujuan bermatematik ialah untuk beroleh ramalan ber-angka yang diperlukan untuk pelaksaaan yang lebih terancang, dan mendapat ramalan\u00a0 yang sukar atau terlepas daripada ramalan apabila bergantung kepada aspek kualitatatif (bahasa tabii) sahaja. Ini banyak berlaku dan sedang berlaku di dalam bidang kajian alam semesta ini yang sebahagian kecilnya akan dibicarakan nanti.<\/p>\n<p>3. Bentuk geometri alam semesta ini atau komponennya?<\/p>\n<p>4. Asal usul kejadian alam semesta ini? Ini menjadi ilmu tersendiri yang dinamai kosmologi (drp Inggeris <em>cosmology<\/em> yang muncul dalam abad ke-17 M drp Latin, <em>cosmologia<\/em> drp Yunani <em>kosmos + logos<\/em>), kosmogoni (drp Inggeris <em>cosmogony<\/em> drp Yunani <em>kosmos + gonia<\/em>) atau kosmogenesis (drp Inggeris <em>cosmogenesis<\/em> drp Yunani, <em>kosmos + genesis<\/em>)<sup>1<\/sup>.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>5. Teori bagi menjawab persoalan 1 hingga 4 di atas:<\/p>\n<p>5.1. Teori yang diterima semestinya mampu menerangkan semua cerapan yang diketahui dengan memuaskan, dan mampu pula meramalkan sesuatu dan kemudiannya terbukti betul.<\/p>\n<p>5.2. Pertandingan teori ialah keitlakan (keluasan rangkumannya), kesimpelan, dan kecanggihannya. Semuanya ini dipertimbangkan terutamanya daripada perspektif matematik.<\/p>\n<p>5.3. Teori itu semestinya serasi dengan sistem nilai komuniti ahli sains berkenaan (pembuat teori itu). Sistem nilai bermaksud\u00a0 apa-apa yang terbit dripada pegangan hidup ahli sains berkenaan: baik-buruk, manfaat-tidak, serasi-tidak dengan apa-apa yang menjadi pegangan hidupnya. Semua ini terbit drp sesuatu \u2013isme atau agamanya. Contohnya, teori yang berimplikasikan adanya Tuhan pastinya ditolak oleh ahli sains ateis\/mulhid; teori yang berimplikasi adanya Tuhan\u00a0 atau bersifat metafizik sekurang-kurang tidak disenangi oleh ahli sains ateis\/mulhid bahkan ahli sains deisis (percaya ada Tuhan tetapi tuhan tak berfungsi dalam teorinya) berusaha menggantikananya dengan teori yang lebih serasi dengan kepercayaannya atau pandangan hidupnya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>2.Kedudukan Islam dalam ilmu alam-semesta<\/strong><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Islam memang amat meletakkan kajian alam semesta (dirujuk sebagai \u201clangit dan bumi\u201d, <em>samaawat<\/em> <em>wa al-ardh<\/em>) sebagai suatu bidang kajian yang amat penting sehingga Allah menggesa manusia menyelidiknya (dan kejadian makhluknya), menjadi <em>fardhu kifayah, <\/em>kerana pengajaran daripadanya menyelamatkan manusia itu sendiri:<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>(1) Allah menggesa manusia membuat cerapan pada alam semesta:<\/p>\n<p><em>Suraht Yunus<\/em> (10): 101 (Perhatikanlah (<em>inzuru<\/em>) benda yang ada di langit dan di bumi\u2026)<\/p>\n<p><em>Suraht Luqman<\/em> (31): 20 (Tidakkah kamu cerapi (<em>tara<\/em>) betapa Allah mengadakan benda-benda yang di langit dan di bumi\u2026?)<\/p>\n<p><em>Suraht al-Haj<\/em> (22): 18 (Tidakkah engkau cerapi (<em>tara<\/em>) bahawa kepada Allah tunduk orang-orang yang ada di langit dan di bumi, matahari, bulan, bintang\u2026)<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>(2) Allah menggesa supaya manusia mengkaji jasad samawi\/di langit:<\/p>\n<p><em>Al-Jaathiyah<\/em> (45): 13, menggesa supaya berfikir tentang jasad samawi<\/p>\n<p>(3) Allah menggesa manusia supaya mengkaji bintang, meteor dan meteorit dll:<\/p>\n<p><em>Suraht al-Tdariq<\/em> (86): 1-6, Menggesa menyelidik tentang kejadian bintang yang bercahaya (<em>al-najmu al-thaaqib<\/em>)<\/p>\n<p><em>Al-Haj <\/em>(22): 65, menggesa menyelidik benda-benda samawi yang gugur ke bumi (meteor dsbnya)<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>(4) Allah menganjurkan manusia supaya mengkaji lintasan (<em>bihusbaan<\/em>) Matahari dan Bulan:<\/p>\n<p><em>Al-Rahmaan<\/em> (55): 5, supaya menyelidik trajektori dan orbit Matahari dan Bulan (<em>al-syamsu wa al-qamar bihusbaan<\/em>)<\/p>\n<p><em>Yaasin<\/em> (36): 37-40; <em>al-An\u2019am <\/em>(6):96-97; <em>Yunus <\/em>(10),5; dan <em>Luqman<\/em> (31): 25: menggesa manusia mengkaji Matahari dan Bulan termasuklah tabiinya dan orbitnya<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>(5)\u00a0 Allah menganjurkan manusia supaya mengkaji penerokaan dan perolehan sumber-sumber ekonomi di angkasa raya (<em>samaawat, \u2018aduwwun<\/em>) :<\/p>\n<p><em>Al-Rahman<\/em> (55): 33, menggesa supaya meneroka samawi (<em>aqtdar al-samaawat<\/em>)<\/p>\n<p><em>Al-Zaariyaht<\/em> (51): 20-22, mengkaji sumber-sumber rezki di langit (<em>wa fissamaa\u2019i rizqukum wama tuw\u2019aduwwn<\/em>)<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>(6) Allah menjanjikan yang pengkajian alam semesta boleh menjadikan seseorang itu bertaqwa, mukmin atau beriman:<\/p>\n<p>Kajian alam semesta boleh menjadi orang bertaqwa, <em>Yunus <\/em>(10): 6<\/p>\n<p>Kajian Alam semesta tidak boleh dipisahkan drp mukmin: <em>al-Baqaraht<\/em> (2): 164;<em> Yunus<\/em> (10): 3;<em> al-Nahl<\/em> (16): 12; <em>al-Ankabut<\/em> (29): 44; <em>al-Ruum<\/em> (30): 24.<\/p>\n<p>Kajian penerbangan angkasa lepas\u00a0 boleh menjadi orang berkenaan itu beriman, <em>al-Nahl<\/em> (16): 79<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>(7) Allah menggesa manusia supaya mewujudkan golongan ilmuwan dalam bidang alam semesta yang khusus (<em>ulil abshar, \u2018aalimin dan \u2018ulama\u2019<\/em>): Satu drp ciri <em>ulil abshar<\/em> ialah dia ahli dalam sebahagian drp ilmu alam-semesta (kejadian malam dan siang) dan mengambil \u2018ibarat drpnya, <em>al-Nur<\/em> (24): 44. Begitu juga \u2018<em>aalimin <\/em>adalah yang mengambil pengajaran daripada kajiannya tentang alam semesta (kejadian langit dan bumi), <em>al-Ruum<\/em> (30): 22. Antara ciri seseorang <em>\u2018ulama<\/em> ialah dia seorang pengkaji sebahagian daripada ilmu alam-semesta (kejadian hujan dan yang berhubung dengannya; \u201cgaris-garis yang putih dan merah, bermacam-macam warna dan ada yang sangat hitam rupanya\u201d), <em>Fatdir<\/em> (35): 27-28.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Daripada <em>ayaht-ayaht al-Qur\u2019aan<\/em> yang mengaitkan Islam, mukmin, dan orang beriman, maka \u00a0ilmuwan yang khusus dengan alam semesta (astronomi dan kosmologi) yang diperkatakan di atas (<em>ulil abshar, \u2018aalimi<\/em>n dan <em>\u2018ulama\u2019<\/em>), maka jelaslah betapa Muslim sudah lama sepatutnya (selepas abad ke-17)\u00a0 merasa sedih kerana mengenangkan terkebelakangnya Muslim dalam bidang kajian alam semesta sedangkan sepatutnya merekalah yang paling di hadapan, sesuai dengan gesaan dan harapan Allah itu. Di Malaysia kini sarjana yang berani mengaku dirinya ahli astronomi atau kosmologi (yang tahu teori yang bersangkutan dengan ilmu-ilmu ini, iaitu teori Einstein dan teori quantum) tidaklah sampai 5 orang! Itu pun hamper semuanya sekadar mengeyakan sahaja terhadap kedua-dua teori terebut, oleh itu tidak mungkin berada di hadapan sarjana Barat.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>3.Bagaimana <em>al-Qur\u2019aan<\/em> digunakan oleh Muslim di dalam ilmu alam-semesta dahulu dan kini (selepas abad ke-17M)<\/strong><\/p>\n<p><strong> <\/strong><\/p>\n<p>Pada zaman Tamadun Islam dahulu <em>al-Qur\u2019aan<\/em> digunakan untuk mengkaji alam semesta ini sebagai suatu kegiatan <em>\u2018ibadaht<\/em>, atau melaksanakan <em>fardhu kifayaht<\/em>. Penumpuannya pada mulanya tentulah yang paling rapat dengan pelaksanaan hukum Islam, iaitu penentuan taqwim (melibatkan pergerakan candera\/Bulan\/qamar dan suria\/Matahari\/syamsi. Berpandukan teori yang sedia ada dari tamadun sebelumnya terutamanya Tamadun Yunani, mereka menyalin, menterjemah dan mengkritik teori yang sedia ada itu daripada perspektif Islam dan seterusnya dengan usaha kefahaman mereka terhadap <em>al-Qur\u2019aan<\/em> dan cerapan menerusi alat rekaan mereka sendiri serta matematik inovasi\/rekaan mereka sendiri (seperti arturlab\/<em>astrolabe<\/em> dan teodolit), mereka\u00a0 mengutarakan teori baru. Nampaknya mereka melakukan hal sebegini hingga abad ke-17 M.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Berbeza dengan yang berlaku kini (sejak selepas abad ke-17 M). Hampir semua penulis Muslim tentang astronomi dan kosmologi kini mengandaikan status ilmu ini betul dan serasi dengan ajaran Islam, khsusunya dengan <em>al-Qur\u2019aan<\/em>. Di Malaysia, mereka ini di diwakili oleh Danial yang menghasilkan bukunya berjudul \u201c<em>Quran Saintifik<\/em>\u201d dan amat laris jualannya (disorot dengan kritisnya oleh Shaharir 2010). Di peringkat antarabangsa karya seperti ini diwakili oleh Harun Yahya yang asalnya menulis dalam bahasa Turki sahaja tetapi atas usaha yayasannya buku-bukunya diterjemah ke dalam pelbagai bahasa termasuk Melayu Malaysia dan Indonesia. Kecuali teori Evolusi, Harun Yahya begitu yakin dengan kebenaran astronomi dan kosmologi kini lalu mengukuhkannya dengan <em>ayaht-ayaht al-Qur\u2019aan<\/em> yang mengasyikkan Muslim seluruh dunia. Entah mengapa Muslim begitu seronok mengangguk atau mengakur karya-karya Barat tanpa kesedaran dan keinsafan langsung bahawa mereka hanya menjadi jurujual atau satelit ilmu Barat sahaja; sekali gus mereka hanya berjaya menyuburkan jiwa hamba dalam penerokaan ilmu sehingga melahirkan jiwa-jiwa Muslim yang merasakan tiada apa lagi sarjana Muslim boleh lakukan kepada ilmu ini kini kecuali mengukuhkannya dengan <em>ayaht-ayaht al-Qur\u2019aan<\/em> yang sesuai. Akibatnya ramailah penulis ini yang ketinggalan \u201ckereta api\u201d kerana teori Barat yang mereka sokong\/sanjung mati-matian menerusi <em>al-Qur\u2019aan<\/em> itu\u00a0 sebenarnya sudah pun diabaikan oleh sarjana Barat lama dahulu seperti teori Newton (ahli astronomi Inggeris yang berkarya di dalam bahasa Latin) tentang astronomi ciptaannya dalam abad ke-17 Mitu masih diagung-agungkan keIslamannya kini sedangkan teori itu sudah diganti dengan Teori Einstein pada awal abad ke-20 M ini dan kini teori Quantum (sejak 1970-an) atau teori Tetali (sejak 1990-an). Malah ada pula penulis Muslim yang ketinggalan teori Tamadun Islam yang mutakhir dalam bicara ilmu alam-semesta khususnya tentang model Batlimayus (homopusatan\/homosentrik atau geopusatan\/geosentrik) dan model heliopusatan\/heliopusatan) sistem suria\/syamsi yang dibicarakan nanti.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>4. Istilah-Istilah unsur ilmu alam-semesta di dalam <em>al-Qur\u2019aan <\/em>dan status kefahamannya kini<em> <\/em><\/strong><\/p>\n<p><strong> <\/strong><\/p>\n<p>Di dalam <em>al-Qur\u2019an<\/em> ada istilah seperti <em>\u2018alam, \u2018aalamin, sama\u2019, samaawat, kawkab, ardh, najm, buruj, qamar, syams, \u2018arsy, naar, jannaht,\u2026 <\/em>yang memang menjadi unsur ilmu alam-semesta<em> <\/em>yang masih mistri.yang sepatutnya diterokai sendiri oleh Muslim, bukan hanya menunggu teori orang lain dan kemudian terkial-kial memadankan istilah-istilah teori orang lain itu dengan istilah di dalam <em>al-Qur\u2019aan<\/em> itu. Ini dibicarakan lagi kemudian.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong><em>4.1.Perincian Alam dan Alam Semesta dan Sistem Syamsi<\/em><\/strong><\/p>\n<p>Di dalam bahasa Melayu memang sudah lama ada perkataan atau ungkapan yang berikut:<\/p>\n<p>alam (jelas drp <em>\u2018alam<\/em>), sekalian alam (daripada <em>\u2018aalamyyn<\/em>), dan (Allah) seru sekalian alam, <em>Rabbi al-\u2018Aalamyyn<\/em>. Perkataan \u201cseru\u201d di sini ialah suatu kesilapan membaca <em>sim ra wau<\/em> ; sebenarnya sarwa, drp Sanskrit yg bermaksud seluruh;\u00a0 Jadi \u201cseru sekalian alam\u201d =sarwa sekalian alam=sarwa alam, iaitu terjemahan kepada \u2018<em>aalamyy<\/em>n juga). Menarik dicatatkan di sini orang Melayu sehingga kini pun tidak sedar bahawa alam ini banyak yang sepatutnya jelas drp \u2018<em>aalamin <\/em>itu sebagaimana yang terbukti juga oleh soalan di dalam akhbar <em>Harakah<\/em> yang dituju kpd Dato\u2019 Dr. Haron Din (pengelolan ruangan akhbar itu) untuk menjawabnya. (Lihat <em>Harakah <\/em>25-28 Oktober 2010 dan 15-18 Nov. 2010 (ruangan bersama Dato\u2019 Dr. Harun Din).<\/p>\n<p>Kajian terjemahan \u2018<em>aalamyyn<\/em> ke dalam bahasa Melayu sejak terjemahan pertama oleh \u2018Abd al-Rawuf Singkel 1672 hingga kini menunjukkan sarjana Malayuwiyah\/<em>Malayuwiyyaht<\/em> (nama rantau di Asia Tenggara ber-<em>lingua franca<\/em> Melayu yang dinamai oleh ulama Petani abad ke-18 atau ke-19 M) atau Malayonesia (oleh George Earl akhir abad ke-19 M) masih belum pasti maksud \u2018<em>aalamyyn<\/em> ini: sekalian makhluk (oleh \u2018Abd al-Rawuf), semesta alam, alam yang luas, beberapa alam yang disebutnya alam manusia, haiwan, tumbuhan, malaikat, jin dll. (oleh Mahmud Yunus 1973; Departmen Agam RI 1972, tetapi \u201cseluruh alam\u201d dalam snt 2008), Hamka (1984) menterjemah \u2018aalamyyn sebagai semesta alam; sarwa sekelian alam; makhluk insan, malaikat, jin dan syaitan sahaja; dan\u00a0 dalam <em>al-Hijr<\/em> (15) : 70 , katanya merujuk kepada \u201cpelbagai makhluk manusia sahaja\u201d; semua makhluk Allah termasuk segala jasad di langit termasuk bumi, Ahmad Hatta (2009) menterjemah sebagai \u201cseluruh alam\u201d dan \u201csemesta alam (seluruh ciptaan hidup atau mati)\u201d; Hassan (1975) menterjemah sebagai \u201csekalian makhluk\u201d; Mohd Nur &amp; Syaikh Abdullah (1972) menterjemah sebagai \u201csekalian alam\u201d; Sulaiman (2002) dan Abu Saufi (2008) masing-masing menterjemah sebagai \u201calam semesta\u201d dan \u201cseru sekalian alam\u201d. Yang agak berbeza sedikit ialah tafsiran \u2018Uthman El-Muhammady (1992) sebagai \u201csekelian alam\u201d, \u201c alam binatang dan cakerawala, alam pemikiran, alam-alam rohaniah, demikian seterusnya\u201d, \u201calam di kalangan sufiah: alam Nasut, alam Malakut,dan alam Lahut\u201d (beliau tertinggal beberapa buah alam shufy lagi, iaitu jabarut, hahut, Bahut dan Ahut). Semuanya tidak member tafsiran \u201cbanyak alam\u201d mengikut sarjana Islam seperti Fakharuddin al-Razi atau al-Raniri\/al-Ranyry atau sains barat moden yang diperincikan di bawah ini.Sayang! Muslim sepatutnya mendahului sarjana Barat jika mereka menghayati ilmu warisannya.<\/p>\n<p>Ahli sains Barat-Inggeris sekarang menganggap sesebuah alam memang banyak. <strong>Sesebuah alam yang besar dinamai sebuah <em>galaxy<\/em><\/strong> (drp Latin <em>galaxias<\/em> drp Yunani <em>galaxis <\/em>atau<em> galatikos<\/em> yang bermakna curahan susu; dan memang itulah bentuk sesebuah <em>galaxy<\/em> itu). Perkataan Inggeris ini pertama kali muncul dalam sajak Geoffrey Chaucer sekitar 1380 M dengan ejaan <em>galaxye.<\/em> Bahasa Melayu lama mengistilahkan sesebuah alam ini sebagai Bintang Temabor (memang lebih sesuai drp <em>galaxy <\/em>kerana setiap buah <em>galaxy<\/em> memang ada bintang bertaburan, ada yang sampai ribuan bintang) kini <em>galaxy <\/em>diterima sebagai galaksi dalam bahasa Melayu moden. Dalam bahasa Arab galaksi\/Bintang Temabor ialah <em>Darb al-Tabanaht<\/em>. <strong>Alam kita<\/strong> (yang ada suria\/Matahari\/ <em>syams\/solar<\/em>\/<em>sun <\/em>dan graha\/planet dan satelit seperti Bulan itu) dan beberapa butir hora\/bintang lain lagi termasuk yang terdekat diberi nama alfa Sentauri\/<em>alpha Centaury<\/em>\/ sejauh 3 tahun cahaya (1 saat cahaya = sekitar 300 ribu\u00a0 km) dinamai Inggeris <em>Milky Way<\/em> (pertama kali muncul dalam sajak Geoffrey Chaucer sekitar 1380 M dengan ejaan <em>Milky Wey<\/em>), dan di dalam bahasa Arab<em> al-Mujarraht al-Tariq al-Labbaniyaht<\/em>, manakala di dalam bahasa Melayu dahulu (sekurang-kuranganya sejak abad ke-7 M) hingga kini istilahnya Bimasakti.<em> <\/em><\/p>\n<p>Istilah Bimasakti (dan bintang temabor) itu istilah asli Melayu, walaupun komponennya bukan perkataan asli Melayu. Sarjana Tamadun Islam mengiktiraf kewujudan bintang temabor bernama Bimasakti ini sekurang-kurangnya sejak al-Byruny\/al-Biruni (sarjana Muslim-Parsi yang meninggal 1048 M), bahkan dalam sekitar tahun 1000 M <strong>al-Byruny berteori tentang tiada terhisabkan banyaknya tompokan awan atau debuan (<\/strong>kini dinamai <strong>nebula <\/strong>drp Latin;<strong> <\/strong>mungkin asalnya<strong> <em>nephos <\/em><\/strong>drp Yunani, atau<strong> <em>nabhas <\/em><\/strong>drp Sanskrit<strong>) di dalam Bimasakti<\/strong> itu (Internet , minta \u201calbiruni\u201d). Ibn Bajjah (dengan nama Latinnya, Avempace) ahli astronomi Muslim-Sepanyol (sekitar 1100 M) mengesyorkan Bimasakti terdiri daripada banyak bintang, bukannya bernebula sahaja (Internet: Timeline of knowledge about galaxies, clusters of galaxies, and large-scale structure. http:\/\/ en.wikipedia.org\/wiki\/Timeline_ of_knowledge_about_ galaxies_clusters_ of_ galaxies_ and_ large-scale_structure).<\/p>\n<p>Mengikut sains kini, setiap bintang itu membentuk satu sistem hora-graha-candera-nya (bintang-planet-Bulan-nya) tersendiri yang bolehlah kita namainya sistem-kemataharian. Setiap sistem kemataharian inilah sebuah alam kecil (berbanding dengan saiz galaksi\/bintang temabor). Oleh itu, setiap butir\u00a0 bintang berkerlipan itu ialah sebuah sistem kemataharian, iaitu sebuah alam kecil, maka setiap bintang yang kita nampak itu ialah juga sebuah alam kecil tersendiri sehingga menjadi <strong>tiada terhisabkanlah banyaknya alam kecil ini.<\/strong> Memang metaforanya, sebanyak bulu kambing itulah bilangan alam ini!<\/p>\n<p>Bintang temabor yang kedua ditemui ialah oleh sarjana Muslim <strong>dalam tahun 964 M, \u2018Abd al-Rahman (Abdul Rahman) al-Shufy\/al-Sufi\/Al Sufi<\/strong> (ahli astronomi Muslim-Sepanyol yang di kenali di Barat dengan nama Latinnya, Azophi)\u00a0 yang dinamainya <em>Al-Baqar<\/em> <em>Al-Baidha\u2019 <\/em>(Lembu Jantan Putih) yang beberapa abad kemudiannya diiktiraf oleh ahli astronomi Eropah sebagai sebuah bintang temabor. Bahkan pada 1612 gugusan awan al-Shaufy ini dianggap (oleh barat) pertama kali dijumpai menerusi teleskop. Namun pada 1929\u00a0 Hubble (ahli astronomi AS) menamakan Bintang Temabor al-Shufy ini Bintang Temabor Andromeda <strong>(<\/strong><strong>Nassar 2009 &amp; Internet: <\/strong>Andromeda Constellation. http:\/\/www.buzzle.com\/articles\/andromeda-constellation. html) dan nama ini melekat hingga sekarang. Nama ini adalah sempena puteri Dewa mitos Yunani yang ditambat di batu oleh bapanya untuk dikorbankan kepada dewa laut. Di dalam bahasa Arab pun nama bintang temabor al-Sufi ini diberi nama baru juga, <em>al-Mar\u2019at al-Musasalaha. <\/em><\/p>\n<p>Lebih menarik lagi, <strong>Fakhruddin Al-Razi (mati 1209) dengan lebih tegas mengatakan <em>\u2018aalamyyn<\/em> di dalam <em>al-Qur\u2019aan<\/em> itu bermaksud alam semesta yang tidak terpermanai\/terhingga\/berhingga banyaknya <\/strong>(Internet: Astronomy in medieval Islam http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Astronomy_in_ medieval_Islam#Multiversal_cosmology).<\/p>\n<p>Mir Muhammad Hussain, seorang\u00a0 astronomiawan Muslim di Hindia (zaman Kesultanan Mughal), menulis sebuah tritis di dalam bahasa Parsi pada 1774 tentang astronomi bermodelkan pusatan-syamsi (heliopusatan\/ heliosentrik) dan di situ jugalah beliau berhujah wujud tidak terpermanai alam semesta yang diberinamanya <em>awalim, <\/em>setiap satunya ada hora\/bintang, graha\/planet dan candera\/bulan\/satelit tersendiri. Idea Husssain ini serupalah dengan teori moden tentang bintang temabor itu. (Internet: Wiki: Astronomy in medieval Islam. http:\/\/wapedia.mobi\/en\/Astronomy_in_ medieval_Islam?t=3). Malangnya tiadalah pengiktirafan sewajarnya diberikan kepadanya, samalah dengan ahli-ahli astronomi Tamadun Islam yang terdahulu itu.<\/p>\n<p>Maklumat tentang bintang temabor yang ada sekarang ini bolehlah dikatakan masih berasaskan pada pandangan-penemuan-pembinaan sarjana Anglo-Saxon AS benama Hubble pada tahun 1920-1936.<\/p>\n<p>Kini alam semesta ini dikategorikan oleh ahli sains yang tersebut di atas sebagai terdiri daripada <strong>88<\/strong> <strong>buah rasi<\/strong> atau buruj<sup> <\/sup>dan setiap rasi itu ada <strong>puluhan juta bintang temabor<\/strong> (atau galaksi). Oleh sebab itu, di alam semesta ini terdapat serijuta bintang temabor. Seterusnya, setiap bintang temabor ada sekitar 200 serijuta (seribu juta\/miliar\/bilion) bintang maka alam semesta ini ada sekitar 200 serijuta serijuta (miliar miliar tau bilion bilion) bintang, iaitu 200 sitalion\/pentarijuta (=sekstilion dalam Inggeris-Perancis) bintang atau sistem kemataharian (Berkenaan unit nombor besar-besar yang mengatasi unit-unit Inggeris-Perancis itu, lihat Shaharir 2004). Itulah banyaknya alam ini, iaitu secara kasarnya pun ada, bagi mereka yang agak ummi angka, 2(diikuti oleh 20 kosong) buah alam! (Semua maklumat ini diperoleh di Internet: minta galaxy).<\/p>\n<p><strong>Banyaknya alam yang diperihalkan di atas itu memang boleh diterima oleh orang Islam apabila mengenangkan <em>al-Qur\u2019<\/em>aan memang menyatakan alam ciptaan Allah ini bukannya mufrad tetapi jamak, iaitu <em>\u2018aalamyyn<\/em><\/strong><em>.<\/em> Malangnya, pentafsir <em>al-Qur\u2019aan<\/em> kita hingga kini pun belum terpanggil\/terilham (atau berani?) untuk mentafsir \u2018<em>aalamyyn<\/em> itu seperti ajaran Fakharuddin al-Razi atau ajaran kosmologi Barat mutakhir itu. Pendeknya, tafsiran Dr. Harun Din di dalam <em>Harakah <\/em>baru-baru ini (25-28 Okt dan 15-18 Nov 2010) adalah suatu tafsiran yang amat baru, dalam abad ke-20 ini. Sikap ulama sebegini nampaknya tidak berlaku pada ilmuwan Islam-Melayu lain, sejak pertengahan abad ke-17 M hinggalah kini.<\/p>\n<p>Konsep banyaknya alam juga sebenarnya wujud dalam kosmologi Melayu pra-Islam lagi ekoran inovasinya terhadap kosmologi Hindi-Buddha. Alam semesta Hindu-Buddha di-Melayukan sekurang-kurang pada abad ke-7 M dahulu seperti berikut: Ada 3 alam, iaitu <em>Mahameru<\/em> (berupa sebuah sfera yang sepadan dengan alam Hindu-Buddha asal, <em>Arupaloka\/Arupadhatu<\/em>) dan dua lagi, iaitu <em>Rupaloka\/Rupadhatu<\/em> dan <em>Kamaloka\/Kamadhatu<\/em>. Di dalam <em>Mahameru<\/em> itu ada <em>Catur Mukha Brahma<\/em> (drp <em>Caturmaharajikakayiku<\/em> itu?) berbentuk <em>kuboid<\/em> yang di dalamnya ada alam sfera bernama <em>Meru<\/em> dan di dalam <em>Meru<\/em> itu ada alam sfera bernama <em>Hansa <\/em>yang mengandungi banyak alam berbentuk sfera termasuklah alam kita ini yang diberinama <em>Brahmanda. <\/em>Di <em>Brahmanda <\/em>inilah ada 7 petala bumi dengan<em> Naraka <\/em>pada petala ke-7 dan 7 petala langit di<em> <\/em>petala pertama<em>. Bimasakti <\/em>berada di petala langit pertama<em>. <\/em>Alam semesta Melayu-Hindu-Buddha ini pernah diIslam dengan hanya mengubah nama-nama itu kepada nama Islam seperti <em>al-\u2018Ars al-\u2018Azim <\/em>untuk<em> Mahameru <\/em>dan<em> al-\u2018Ars al-Karym <\/em>untuk<em> Meru <\/em>dan<em> Jabal Qaf <\/em>untuk<em> Brahmanda. <\/em>Semua ini ada dibcarakan dengan lebih teperinci di dalam Shaharir (2008). Kemudian model alam semesta Melayu yang diIslamkan itu pun digantikan dengan yang \u201clebih keIslaman\u201d lagi yang bersumberkan daripada bahasa Arab dan ini diperihalkan di bawah ini.<\/p>\n<p>Dalam awal abad ke-17 M, seorang sarjana Melayu keturunan Hindia (dari wilayah bernama Ranyr), Nur al-Dyn al-Ranyry (Nuruddin al-Raniri) menterjemah<sup>2<\/sup> sebuah kitab \/manuskrip Arab, <em>Ba\u2018du al-Samaawaati wa al-Ardh<\/em> tentang kejadian alam semesta yang juga dijadikan Bab Satu daripada karya agungnya <em>Bustan al-Salatin<\/em> 1638 yang baru diRumikan dan diterbitkan oleh DBP pada 2004 (Terjemahan ini masih ada juga secara berasingan sebagai manuskrip Melayu-Jawi, MS781(1) di PNM (Perpustakaan Negara Malaysia) dan yang tersebar luasnya di <em>Malayonesia\/Malayuwwiyaht<\/em> (Nusantara) dalam <em>Taj al-Muluk<\/em> yang masyhur itu). Di dalam\u00a0 terjemahan ini terdapat perihal banyaknya alam ini, iaitu alam ini 70 ribu buah banyaknya yang berada pada penghujung\u00a0 enam siri 70 ribu bilangan jasad bumi selepas bumi kita ini:\u00a0 diungkapnya\u00a0 sebagai \u201cdi belakang bumi\u201d kita ini ada 70 ribu bumi, \u201cdi belakang bumi\u201d ini ada 70 ribu bumi lagi \u2026 dan di lapisan keenam \u201cdi belakang bumi\u201d di lapisan\u00a0 kelima\u00a0 itu ada 70 ribu bumi, dan di lapisan ketujuh daripada lapisan bumi, katanya \u201c\u2026 di belakang segala bumi\u00a0 itu<strong> tujuh puluh ribu alam\u201d.<\/strong> Jumlahnya, 490 ribu alam yang memang banyak tetapi jauh lebih kecil bilangannya dengan yang di dalam sains kini. Katanya lagi setiap satu alam itu didiami oleh malaikat yang kita \u201ctiada mengetahui banyak bilangan mereka itu. Hanya Allah jua\u201d. Tidak pula diberi jarak satu siri Bumi dengan siri bumi itu yang pada zaman itu unit jarak yang jauh-jauh diberi dalam sebutan \u201chari perjalanan\u201d (tidak jelas perjalanan darat atau laut;\u00a0 dan jika perjalanan darat tidaklah juga diketahui maksudnya berjalan kaki, kuda atau unta). Satu lagi unit besar yang disebut di dalam karya al-Ranyry itu ialah sukatan luas bernama \u201ckian\u201d (ejaannya, <em>kap ya nun<\/em>) yang sukatannya 10 kian = luas bumi ini. Namun tiadalah diberi gambaran berapa luasnya dalam kian akan alam semesta ini. Yang adanya diberi gambaran besarnya, atau luasnya Bukit <em>Qaf <\/em><sup>3 <\/sup>yang menjadi pusat alam semesta terjemahan<sup> <\/sup>al-Ranyry, iaitu tingginya \u201clima ratus tahun perjalanan\u201d dan kelilingnya \u201cdua ribu tahun perjalanan\u201d (yang memang besar\/luas tetapi amatlah kecil berbanding keluasan alam semesta kini yang terpaksa disukat dengan tahun cahaya itu). Malangnya semua teori alam semesta terjemahan al-Ranyry ini sama ada tidak diketahui oleh pentafsir <em>al-Qur\u2019aan<\/em> selepasnya atau tidak pernah dipercayai oleh pentafsir <em>al-Qur\u2019aan<\/em> di Malayuwwiyaht ini hingga kini. Mungkin disebabkan pengaruh \u2018Abd al-Rawuf Singkel agaknya (musuh cendekia al-Ranyry dan mengalahkannya), sebagai penterjemah-pentafsir <em>al-Qur\u2019aan<\/em> yang pertama di Malayuwwiyaht ini (pada akhir abad ke-17 M), menyebabkan tiada seorang pun penterjemah-pentafsir <em>al-Qur\u2019aan<\/em> selepasnya yang mengambil konsep banyak alam di dalam karya al-Ranyry ini. Ini terbukti dengan contoh-contoh terjemahan-tafsiran <em>al-Qur\u2019aan<\/em> yang berikut.<\/p>\n<p><strong><em>4.2. Apakah Langit?<\/em><\/strong><\/p>\n<p>Istilah <strong>langit<\/strong> yang belum diketahui asal usulnya ialah benda yang nampak pada hari siang yang cerah tanpa awan\/mega sebagai serkup dunia ini yang berwarna biru. Dalam bahasa Arab (A): <em>al-sama\u2019; <\/em>Bahasa<em> <\/em>Inggeris (I)<em>: heaven, paradise, sky, <\/em>dan <em>celestium<\/em>\/<em>celestial. <\/em>Yang amat menarik, dan kami belum ketahui sebelum 2009 (Shaharir 2009), bahawa langit juga digunakan oleh penulis berbahasa Melayu-Jawi di Malayuwiyah ini sebagai padanan<em> <\/em>istilah<em> akasa\/aksobhya <\/em>Sanskrit (S) yang berupa unsur ke-5 kejadian jasmani selepas<em> <\/em>tanah<em>\/<\/em>bumi\/ pertiwi<em>\/ prthiwi\/ bhumi\/siti<\/em>\/ (S)<em>\/turab (A)\/hearth (Y)\/earth (I), apah\/ratnasambhawa banyu\/<\/em>ayer<em>\/<\/em>air<em>\/al-ma\u2019a (A)\/ aqua\/hydro (Y)\/water (I)\/<\/em>akua\/hidro<em>, <\/em>api<em>\/amitabha<\/em><em>\/<\/em><em>agni\/geni (S)\/helio (Y)\/fire (I), hdaway\/<\/em>hawa<em>\/ <\/em>angin<em>\/<\/em>bayu<em>\/amoghasiddhi<\/em><em>\/<\/em><em>vayu (S)\/aero (Y)\/air (I). <\/em>Kini<em> akasa <\/em>hilang menjadi<em> <\/em>angkasa yang bermaksud ruang kosong antara bumi dan langit yang agak tinggi, dan angkasa atau angkasa lepas digunakan untuk menterjemah<em> <\/em>perkataan Inggeris<em> space, outer space, <\/em>dan<em> atmosphere<\/em>. Di dalam <em>al-Qur\u2019aan<\/em> ada ungkapan \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e \u0633\u064e\u0628\u0652\u0639\u064e \u0633\u064e\u0645\u064e\u0627\u0648\u064e\u0627\u062a\u064d \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0645\u0650\u062b\u0652\u0644\u064e\u0647\u064f\u0646\u064e\u0651<\/p>\n<p><em>sab\u2019a samaawaatin wa min al-ardhi mithlahunna<\/em> (tujuh petala\/lapis langit dan bumi) dlm <em>al-Tdalaq<\/em> (65): 12; \u062a\u064f\u0633\u064e\u0628\u0650\u0651\u062d\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0648\u064e\u0627\u062a\u064f \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0628\u0652\u0639\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064f\u00a0 <em>Tusabbahu lahu al-samaawaatu\u00a0 al-sab\u2018u wa al-ardh<\/em> (Tujuh langit dan bumi dan apa-apa di dalamnya \u2026) dlm <em>al-\u2019Isra\u2019<\/em> (17):44; dan dlm <em>al-Mulk<\/em> (67): 3, \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e \u0633\u064e\u0628\u0652\u0639\u064e \u0633\u064e\u0645\u064e\u0627\u0648\u064e\u0627\u062a\u064d \u0637\u0650\u0628\u064e\u0627\u0642\u064b\u0627 <em>alladzi khalaqa sab\u2018 samaawatin tdibaaqa<\/em> (Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis\/bertingkat-tingkat); <em>al-Naba\u2019<\/em> (78):19, \u0648\u064e\u0641\u064f\u062a\u0650\u062d\u064e\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0621 \u0641\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e\u062a\u0652<\/p>\n<p>\u0623\u064e\u0628\u0652\u0648\u064e\u0627\u0628\u064b\u0627 <em>wa futihati al-samaa\u2019u fakanat \u2018abwaaban <\/em>(Dibukakanlah pintunya, maka terdapatlah banyak pintu); <em>al-Hajj<\/em> (22): 65,\u0648\u064e\u064a\u064f\u0645\u0652\u0633\u0650\u0643\u064f \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0621 \u0623\u064e\u0646 \u062a\u064e\u0642\u064e\u0639\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650<em>wayumsiku al-samaa\u2019 an taqa \u2018alay al-ardh<\/em> (..Allah menahan (benda-benda) langit agar tidak jatuh ke bumi\u2026); <em>al-Baqaraht<\/em> (2): 22,\u0648\u064e\u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0621 \u0628\u0650\u0646\u064e\u0627\u0621 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0632\u064e\u0644\u064e \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0621 \u0645\u064e\u0627\u0621 <em>wa al-samaa\u2019a bina\u2019a wa \u2019an zala min al-sama\u2019i ma<\/em>\u2019<em>a<\/em> (Allah menjadikan langit sebagai atap\/kanopi dan menurunkan hujan dari langit).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Dalam sains moden, tiada konsep langit atau <em>sky\/heaven\/celestium <\/em>yang berpetala begini. Yang ada ialah lapisan graha (istilah Melayu purba) atau planet (istilah baru Barat yang dahulunya dinamai <em>star<\/em> juga atau nama lengkapnya <em>Wandering Star<\/em>, Bintang Siarah yang memang drp Arab <em>najm al-siyarah<\/em>) <sup>4<\/sup><em>. <\/em>Yang diketahui lama sejak zaman Yunani ialah 6 buah graham\/planet sahaja, iaitu yang paling dekat dengan Bumi ialah <em>Raksa\/Vudha<\/em> (S)\/ <em>Utdaridh <\/em>(A)\/<em>Mercurialis\/Mercurius<\/em> (L)\/<em>Mercury<\/em> (I)\/ Utarid\/Merkurius\/Merkuri, diikuti oleh <em>Sukra<\/em>\/Kartika (S) \/ Zuhrah\/<em>Zuhraht<\/em> (A)\/<em>Veneus<\/em> (L)\/ <em>Venus<\/em> (I), (salah: Kejora, Zahrah; nama biasanya: Bintang Timur\/Pagi\/Babi), <em>Mangala<\/em> (S)\/ Marikh (A)\/<em>Martis <\/em>(L)\/<em>Mars<\/em> (I), <em>Brahaspati\/Guru<\/em> (S)\/ Mustari\/<em>Musytdari<\/em> (A)\/<em>Iouis\/Dious\/Jovis<\/em> <em>Pater<\/em> (Y)\/<em>Jupiter<\/em> (I), dan <em>Syani <\/em>(S)\/Zuhal (A)\/<em>Saturnus\/Saturni<\/em> (L)\/<em>Saturn<\/em> (I). Kemudian ditemui Uranus (ibu dewa langit) pada 1781, Neptunus (L)\/<em>Neptune <\/em>(I)\/Neptun pada 1846 dan Pluto (dewa kematian dan kesuburan orang Roma) pada 1930. (Lihat Jadual 1). Inilah planet yang ketahui sehingga baru-baru ini 2003 ditemui lagi dan pada 2006 dinamai\u00a0 Eris (Dewi orang Roma yang menjaga kekalutan dan kekacauan). Jumlah graha\/planet sekarang ialah 10 buah (sebilangan seperti yang nabi Yusuf mimpi?)<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Amat menarik juga ada ulama-sarjana Islam yang mentafsirkan langit sebagai lapisan graha\/planet. Di Malayuwiyyah\/Malayonesia ini, Nuruddin al-Raniri (Nur al-Dyn al-Ranyry) di dalam karyanya yang telah disebut sebelum ini memadankan 7 petala langit di dalam <em>al-Qur\u2019aan<\/em> itu dengan lapisan planet-planet ini dan bulan yang semuanya dianggapnya mengelilingi Bumi, iaitu Bumi dianggap pusat alam ini dan tidak bergerak: Yang terdekatnya Bulan (di langit pertama), diikuti oleh\u00a0 Utarid (langit kedua), Kejora (langit ketiga), Matahari (langit keempat), Marikh (langit kelima), Musytari (langit keenam) dan Zuhal (langit ketujuh). Kini jelas tafsiran ini sudah tidak terpakai lagi kerana sejak akhir abad ke-18 M ditemui \u00a0satu demi satu planet lagi hingga kini ada 4 buah graha\/planet baharu (Uranus, Neptun, Pluto dan Eris)\u00a0 yang tidak dapat dipadankan petala langitnya. Malangnya sampai sekarang pun masih ada sarjana yang memadankan langit dengan graha\/planet. Namun mungkin sudah ada penulis yang cuba memadankan langit dengan lapisan ruang angkasa yang kini sudah berjumlah yang cukup (iaitu tujuh lapis), iaitu mesosfera, staratosfera, troposfera, termosfera, eksosfera dan dua pending van Allen. Ini pun Nampak sangat di buat-buat untuk mendapatkan tujuh petala langit itu. Danial 2009, <em>Quran Saintifik<\/em>, sebuah buku laris jualannya, yang disorot oleh Shaharir (2010), memadankan langit dengan 7 lapis atmosfera yang melitupi bumi ini mengikut ahli geografi fizik tetapi itu jelas menyasar kerana lapisan-lapisan atmosfera ini tidak sampai ke lapisan Bulan pun. Kemudian beliau cuba pula memadankan langit dengan tujuh peringkat kejadaian alam semesta ini menerusi Deguman Besar (DB) yang benar-benar dipercayainya berlaku tanpa kesedaran keserasian DB dengan Teori Evolusi (TEv) yang jumhur ulama dan sarjana Islam sejak zaman Darwin hingga kini berpendapat TEv itu bertentangan dengan Islam. DG juga dibangkang hebat oleh ramai sarjana Barat sendiri dan sedang meruntuhkannya. Bukan sahaja penentuan tujuh tingkat kejadian alam semesta yang hendak dipadankan dengan langit tetapi amatlah jelas pemadanan ini amat kabur, bercelaru dan adhok sahaja.<\/p>\n<p><em> <\/em><\/p>\n<p>Kesimpulannya, dengan pengetahuan sains sehingga kini, langit\/<em>al-samaa\u2019<\/em> masihlah belum difahami.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>5. Bentuk Alam Kita sehingga awal Abad Kedua Puluh Masihi<\/strong><\/p>\n<p><strong> <\/strong><\/p>\n<p>\u201cAlam kita\u201d bermaksud alam yang berhampiran dengan tempat tinggal kita, bumi\/<em>ardh\/terra\/hearth\/terrain\/earth,<\/em> dan langit\/angkasa\/kayangan\/samawi\/<em>samaa<\/em>\u2019\/<em>samaawat<\/em> atau dalam bahasa Inggeris <em>sky\/heaven\/paradise\/celestium\/(outer) space<\/em> yang terapungnya banyak jasad terdiri daripada sebutir hora\/bintang\/<em>najm\/star<\/em> yang diberi nama suria\/Matahari\/syamsi\/<em>helio\/sol\/solar\/sun<\/em>, satelit bumi yang diberi nama candera\/Bulan\/ qamar\/<em>Men\/Mensis\/Moon<\/em> dan graha\/bintang siarah\/planet seperti Marikh, Zuhal \u00a0dll. itu (ada 10 butir kini, dan satelit bagi setiap graha ini), bintang rasi\/zodiak (berjumlah 13 tetapi yang terkenalnya 12 lalu dikanali sebagai Bintang Dua Belas dengan nama Haiwan seperti Mesya\/Kambing\/Hamar\/Aries, Simha\/Singa\/Asad\/Leo, \u2026 lihat senarai penuhnya di jadual 3; yang ke-13 ialah Naga\/al-Hawwa\/Ophiuchus\/Serpentarius), serta jasad-jasad yang lebih kecil lagi saiznya yang berada antara graha\/planet lalu dinamai planetoid, asteroid, tahi bintang atau meteor dan meteorit dan ratusan zarah atom yang secara amnya di nama zarah kosmos. Alam kita ini lebih dikenali sebagai Sistem Syamsi (atau Suria\/Matahari\/Solar).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Mengikut sejarah kosmologi Barat, pada mulanya model Sistem Syamsi ialah model-model dari sarjana Yunani dan Roma yang banyak berbentuk dongeng atau mitos dengan pelbagai dewa dan dewinya yang bertanggungjawab mencipta atau menjaga hampir setiap unsur penting dalam alam semestanya itu yang termanifestasi daripada nama-nama \u201cbintang\u201d (maksudnya garah atau planet) sempena nama-nama Tuhan\/Dewa mereka itu: <em>Sol\/Solar\/Sun\/ <\/em>(dewa Matahari orang Roma),<em> Mercurius\/Mercury (dewa pedangang dan pencuri bagi orang Roma), Venus <\/em>(dewi kecantikan Roma), <em>Martius\/Mars <\/em>(dewa perang orang Roma),<em> Iop\/Iupeter\/Zeu Pater\/Jupiter <\/em>(dewa bagi segala dewa Roma dan Yunani)<em>, Uranus <\/em>(dewa langit orang Roma),<em> Neptunus\/Neptune <\/em>(dewa air dan laut orang Roma),<em> Plutonus\/Pluto<\/em> (dewa kematian dan kesuburan orang Roma) dan nama-nama Bulan\/satelit bagi setiap graha\/planet ini semuanya nama Tuhan Yunani atau Roma (Lihat jadial 1)<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Ada tiga model alam semesta Yunani yang lebih komprehensif lagi muncul kemudiannya yang ingin disebut di sini: Alam semesta Anaximander, Alam semesta Aritoteles (diInggeriskan sebagai <em>Aristotle<\/em>) dan alam semesta Batlamiyus (versi Arab kepada versi Latinnya Ptolemeus, atau versi Inggerisnya Ptolemy);\u00a0 dan model yang terkenalnya ialah model ciptaan Batlamiyus yang berkarya di Iskandariah Mesir pada sekitar pertengahan abad ke-2 M. Model Anaximander berpusatkan Bumi yang berbentuk silinder yang dikelilingi oleh sfera pejal yang berlubang-lubang dengan api mengelilinginya. Api yang menembusi lubang-lubang sfera itulah bintang dan bulan; manakala ruang dalam sfera\u00a0 itu berisi udara.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Pada Zaman Yunani lagi sudah ada dua mazhab tentang pusat alam ini. Yang paling ramainya ialah sarjana Yunani yng mempercayai pusat alam ini ialah Bumi atau istilahnya <em>Gaea<\/em> (ibu dewa langit dan lautan) yang dipadankan oleh orang Inggeris dengan <em>Hearth\/Earth<\/em> (darp <em>Hestia<\/em>, dewi Yunani yang menjaga kediaman, atau drp <em>Erd\/Erda<\/em>, dewi bumi orang Jerman) dan jasad-jasad lain itu bergerak di dalam bulatan mengelilingi Bumi yang diam. Ini dikenali sebagai model berpusatkan Bumi atau geopusatan\/geosentrik.\u00a0 Sarjana yang terawal mengusulkan teori ini ialah Aritoteles\/Aristotle (384 SM-322 SM; di dalam tulisan Tamadun Islam sarjana ini digelar al-Hakim yang diwarisi oleh sarjana Malayonesia abad ke-17 M seperti Bukhary al-Jawhary dan Nur al-Dyn al-Ranyry) tetapi yang lebih lengkapnya oleh Batlamiyus\/Ptolomeus\/ Ptolemy (sarjana di Iskandariah sekitar abad ke-2 M) sehingga model berpusatkan Bumi ini seringlah dirujuk sebagai model Batlamiyus. Secara kasarnya, di dalam model ini Bumi diam di kelilingi membulat oleh jasad-jasad samawi yang diketahui pada masa itu yang terdekat mengelilingi Bumi mengikut bulatan masing-masing seperti yang telah disebut sebelum ini. Keadaan sebenarnya, mengikut teori Batlamiyus, Bumi bukannya pusat bulatan kepada lintasan sesebuah planet mengelilingi Bumi yang diam. Satu mazhab lagi ialah Matahari (dianggap tidak bergerak) dan jasad-jasad lain bergerak mengelilingi matahari mengikut bulatan masing-masing. Model ini di kenali sebagai model berpusatkan Matahari atau heliopusatan atau heliosentrik. Model ini pertama kalinya diusul oleh Aristarkhus\/Aristarchus (abad ke-3 SM) [Secara jumhurnya, sejarawan sains Barat berpendpat model berpusatkan Matahari ini bukanlah pertama kali diutarakan oleh sarjana Yunani yang jauh lebih terkenal bernama Pithagoras\/Pythagoras (kurun ke-5 SM] <sup>5<\/sup>. Namun model berpusatkan Matahari tidak diterima ramai dan terabai dan diabaikan oleh para sarjana Yunani dan oleh itu hanya model berpusatkan Bumi dikembangkan. \u00a0Model Batlamiyus hanya di-Kristian-kan oleh gerejawan Kristian sehingga mencapai taraf semacam rukun Kristian (sesiapa yang tidak mempercayainya dihukum \u201cmurtad\u201d, atau terkeluar daripada Kristian, dihukum penuh kesiksaan hingga sampai dibakar hidup-hidup). Seorang sarjana Eropah terkenal bernama Dante (abad ke-14 M) memasukkan syorga dan neraka di dalam model Batlamiyus ini. Dalam model Dante ini Matahari di kelilingi yang terdekatnya oleh Bulan, diikuti oleh Utarid, Kartika\/Zuhrah, Suria\/Matahari\/Syamsi, Marikh, Musytari, Zuhal, lapisan bintang tetap, lapisan berkantasuria\/berhablur\/berkristal primum mobil, dan akhirnya yang tertingginya syurga (<em>Paradisio\/Empyrean<\/em>). Di bawah Bumi ialah Alam Barzakh (<em>Purgatorio\/Purgatory<\/em>) dikuti oleh Neraka di perut Bumi. (Lihat Rajah 2).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Lapisan terakhir sebenarnya\u00a0 ialah yang ke-8 (Lihat Jadual 1) di tempat terletaknya bintang-bintang tetap khasnya, bintang zodiak (drp Grik: <em>Zodiakos<\/em> yang bermakna kitaran haiwan, sebab setiap bintang dinamai sempena nama haiwan sejak zaman Babilonoia lagi) yang lebih dikenali sebagai Bintang Dua Belas itu, bermula dengan Kambing\/Hamar (Arab <em>Hamar<\/em>, Yunaninya <em>Krios<\/em>\/Eriphos, Latinnya <em>Aires<\/em>, Inggerisnya <em>Aries<\/em>), dan berakhir dengan Ikan\/Hut (Arabnya <em>Hut<\/em>, Yunaninya <em>Ikhthyes<\/em>\/<em>Ichthyes<\/em>, Latinnya Piscis, Inggerisnya <em>Pisces<\/em>) (Lihat Jadual 3). Peng-Kristian-an model ialah dengan menambah lapisan ke-9 hingga ke-11 dan khususnya yang dinamai \u201c<em>Primum Mobile<\/em>\u201d (diLatinkan, yang diInggeriskan sebagai <em>Prime Mover, <\/em>Penggerak Utama, atau <em>First Mover, First Swirling<\/em>) itu sebagai Tuhan Kristian. Ada pendapat yang mengatakan lapisan <em>Primum Mobile<\/em> ini bukannya sumbangan Batlamiyus tetapi sarjana selepasnya oleh itu model itu seluruh alam Dante itu lebih layak dinamai model Batlamiyusan. Lapisan terakhir dalam model Aristoteles (yang tiada pertikaiannya) ialah lapisan ke-8\u00a0 yang terdiri daripada\u00a0 bintang-bintang tetap itu. Tiga lapisan selepas itu: lapisan ke-9 (Latinnya <em>Nonu Coelum<\/em>) dinamai lapisan kehabluran (Latinnya <em>Cristtalinum<\/em>), Lapisan ke-10 (Latinnya <em>Decimum Coelum<\/em>) dinamai Penggerak Perdana (Latinnya <em>Primum Mobile<\/em>),\u00a0 dan Lapisan ke-11 dinamai Lapisan Emperium (Latinnya <em>Coelum Emperium<\/em>, yang diInggeriskan sebagai <em>Empyrean<\/em>) yang berupa syorga yang terunggul dan oleh itu menjadi kediaman Tuhan dan Orang-Orang Pilihan (Latinnya <em>Habitaculum Dei et Omnivium Electorum<\/em>). Model inilah yang disokongi oleh para gerejawan Eropah Zaman Pertengahannya sebagai sebahagian daripada ajaran Kristian yang wajib dipercayai oleh umatnya (Lihat Rajah 2).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Bintang Dua Belas itu dipercayai Yunani menjadi penentu nasib segala-galanya kepada alam dan isinya termasuklah manusia ini. Kepercayaan ini juga menjadi kepercayaan semua orang di dunia ini agaknya dan diwarisi seluruh dunia yang dikenali sebagai\u00a0 horoskop itu, yang masa dahulu membentuk satu ilmu yang dikenali di Yunani sebagai astrologi dan Arab sebagai <em>tanjim<\/em> yang di-Melayu-kan menjadi ilmu nujum. Sebelum Islam tiba, orang Melayu (Funan dan Campa, sekurang-kurangnya sejak abad ke-4 M) sudah ada ilmu ini yang dinamainya horasastera (versi hora ialah horo dalam istilah horoskop, <em>horoscope<\/em> Inggeris itu. Ilmu ini nampaknya masih diamalkan oleh orang Islam sekalipun agama Islam mengharamkannya. Setelah Eropah memeluk Kristian, model alam semesta Yunani-Mesir\u00a0 Batlamiyus ini di-Kristian-kan lagi dengan penambahan lapisan Tuhan, Syorga dan Neraka dan modelnya yang terkenal ialah yang diutarakan oleh Dante Aligheiri, ringkasnya Dante, abad ke-14 (Rajah 2). Dante memaparkan pengubah-suaian alam semesta Batlamiyusan itu\u00a0 menerusi karya agungnya dalam bahasa Italia, <em>Divina Commedia<\/em> (karya 1308-1321, yg diterjemah ke Inggeris sebagai <em>Divine Commedian <\/em>sejak abad ke-18). Model ini dikritik dan diperbaiki oleh ramai ahli sains Eropah sehingga menjadi konfrontasi besar antara ahli sains Eropah dengan para gerejawan yang terkenal dalam sejarah sains Barat itu.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Akhirnya pada abad ke-16 M, Kopernigh (Kopernigh, diLatinkan kepada Copernicus dan diArabkan\/diJawikan sebagai Kubernikos) mengubah model Kristian itu kepada model yang menjadikan Matahari sebagai pusat alam semesta (Rajah 3, Jadual 2). Model Kopernigh ini dianggap satu revolusi sains dan pemikiran Barat. Mengikut sarjana Barat (King 2007), sejak 1950 baharulah diketahui bahawa model alam semesta seperti model Kopernigh ini sudah diutarakan oleh sarjana Muslim bernama (Ibn) al-Syatdir\/al-Shatir dua abad sebelumnya (al-Syatdir yang meninggal 1375 M) tetapi kononnya karya al-Syatdir ini (lihat Rajah 4) tiada dalam perpustakaan Kopernigh walaupun karya al-Bitruji (meninggal 1190M; di-Latin-kan menjadi Albatregus\/Alpitrazius) yang banyak mengkritik model alam semesta Yunani (model Batlamiyus, iaitu model Bumi diam dan menjadi pusat alam) diakui Kopernigh menjadi rujukan beliau. Yang lebih menarik lagi ulama masyhur di kalangan pondok di pantai Timur Semenanjung dan Petani, Awan Din (1968), menyatakan al-\u2018Alamaht \u2018Adhad al-Dyn bin \u2018Abd al-Rahman ibn Ahmad al-Ayji (meninggal 740 H= skt 1340 M) juga membina teori yang bumi ini bergerak dan bumi bukan pusat alam kita ini menerusi karyanya <em>Kitab al-Muwaqif<\/em> (vol. 7; ed. Mathaat As-Sa\u2019adah; <em>Tahkrij ahadith sharh al-Mawaqif fi \u2018ilm al-kalam<\/em>). Model Copernicus diperkukuhkan oleh Newton menerusi teori graviti-nya dan kalkulus-nya, iaitu dihipotesiskannya sentiasa ada daya antara dua objek yg bermagnitud berkadaran songsang dengan jarak kuasa dua antaranya. Teori Newton tidaklah sebenarnya menerbitkan teori Copernicus itu dengan tepatnya kerana yang diperolehnya, setelah menghitung dengan agak panjang yang hanya boleh dipelajari di dalam matematik fizik universiti kini di tahun ke-2 atau ke-3, ialah dua jasad (katalah bumi dan Matahari, bergerak mengeliling PUSAT JISIM dua jasad ini melalui sebuah elips yang pusat jisim itu menjadi satu daripada fokus elips itu. Oleh sebab jisim Matahari jauh lebih besar daripada jisim bumi maka pusat jisim Matahari-bumi amat hampir dengan Matahari sehingga secara kasarnya dikatakan pusat itu pada Matahari. Maka bolehlah dibayangkan bumi bergerak menegelilingi Matahari. Jika dilakukan perhitungan sebegini untuk setiap pasangan jasad di langit alam kita ini hasil sebeginilah yang diperoleh (Lihat Rajah 4). Jadi sebenarnya teori yang ada hanyalah bayangan am sahaja bahawa segala \u201cbintang\u201d (planet, termasuk bumi) kita ini mengelilingi Matahari mengikut orbit elips, walaupun penyelesaian matematik yang wujud hanya untuk dua jasad sahaja (Model 3-jasad belum terselesai hingga kini). Model Kopernigh-Newton ini menghadapi banyak masalah dan kontroversinya tetapi yang terkenalnya dalam buku teks ialah ketidak-mampuannya menjelaskan orbit Utarid yang tidak bertangkup menjadi elips tetapi meliuk di sekitar Matahari dengan \u201canjakan perihelion\u201d (perbezaan jarak terdekat dengan matahari dalam satu-satu pusingannya) sebanyak 42\u201d seabad (Lihat rajah 5). Kelemahan lain seperti falsafahnya, dan \u201ctindakan sesaujana yang meremangkan\u201d (ungkapan Einstein yang mengkritik apa sahaja yang boleh bertindak lebih pantas drp cahaya) yang berlaku pada graviti Newton itu. (Lihat perinciannya dalam Shaharir 2004b). Itulah teori Einstein yang diutarakan pada 1905 dapat mengatasi walaupun masih banyak lagi masalahnya dan akan menjadikan makalah ini terlalu panjang pula untuk membicarakannya lagi. Itulah sebabnya makalah ini dihadkan kepada setakat \u201cSebelum Awal Abad Kedua Puluh\u201d yang bermaksud tidak termasuk teori alam berasaskan teori Einstein atau lebih terkemudian lagi teori quantum (kosmologi quantum).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Mengikut Sejarah ilmu alam kita ini (sistem Syamsi) mengikut sejarah Tamadun Islam pasca-Nabi Muhammad SAW ialah sama dengan yang diutarakan oleh Batlamiyus itu bahkan karya agung sarjana Mesir-Yunani ini diterjemah ke dalam bahasa Arab dengan judul <em>al-Majsati<\/em> yang kemudiannya diterjemah oleh sarjana Eropah Kristian kepada <em>Almegestum. <\/em>Kemudian teori ini dikritik dan seterusnya diganti oleh sebuah teori berpusatkan syamsi oleh \u2018Adhad al-Dyn dan al-Syatdir seperti yang diperkatakan di atas. \u00a0Demi keadilan sejarah sains dunia, model Kopernigk itu lebih sesuai dilabelkan semula sebagai model \u2018Adhaduddin-Kopernigk atau model al-Syatdir-Kopernigh, walaupun sehingga kini tiadalah sarjana Barat atau Muslim yang melakukan penjenamaan semula ini. Malah sarjana\/penulis popular Muslim rata-rata tidak pun mengetahui sumbangan sarjana segama mereka ini dan hanya menyebut sumbangan Kopernigh\/Copernicus sahaja, atau terbaik pun menyebut nama sarjana Yunani, Aristakhus atau Pithagoras, yang mendahului Kopernigh.\u00a0 Yang jelasnya, sarjana atau penulis di Malayuwiyyaht\/Malayonesia sejak abad ke-17 M yang diwakili oleh Bukhary al-Jawhary dan Nur al-Dyn al-Ranyry hinggalah sarjana\/ulama kini pun masih tidak menyebut seorang pun daripada sarjana Muslim (\u2018Adhad al-Dyn atau al-Syatdir) ini, bahkan berpegang kepada model Batlamiyus\/geopusatan sahaja seperti yang dibicarakan oleh al-Ranyry (1638) yang malah beliau mensetarakan setiap satu planet dan Bulan itu yang pada masa beliau berjumlah 7 buah jasad di langit sebagai masing-masingnya berada pada lapisan tujuh petala langit yang banyak kali disebut di dalam <em>al-Qur\u2019aan<\/em>. (<em>sab\u2018a samaawat<\/em>). Ini sudah disebut di dalam seksyen membicarakan langit di atas (seksyen 4.2). Pada pada kini pun masih ada penulis yang menghasilkan karya laris jualannya berasaskan pada bicara model pergerakan bulan dan planet ini mengelilingi Bumi (iaitu yang dikenali sebagai model geopusatan) seperti Surkan (1996) dan Ahmad Sabiq (1429 H \/sekitar 2008),\u00a0 di samping sebuah karya terjemahan daripada bahasa Arab oleh Wardani (2007). Ketiga-tiga mereka ini begitu yakin dengan model geopusatan sehingga semacam \u201cmengkafirkan\u201d\u00a0 mereka yang tidak mendukung teori geopusatan (tanpa sedar mereka ini mengkafir sarjana seIslam dengannya pada Zaman Tamadun Islam dahulu lagi. Mereka ini semata-mata memetik hujah ulama besar Tamadun Islam yang bukan ahli astronomi atau kosmologi. Ulama tersebut ialah Ibnu Taimiyah (meninggal 1328) dengan karyanya <em>Majmu\u2019 Fatawa, al-Risalaht al-Arsyiyah<\/em> dan <em>Risalaht al-Hilal<\/em>, dan tafsir <em>al-Qur\u2019aan<\/em> oleh Ibn Kathir (meninggal 1273 M) dengan karyanya <em>al-Bidayah wa al-Nihayah<\/em>, Ibn Hazm (meninggal 1064 M), \u2018Abd al-Qahir al-Baghdadi al-Isfiroyini (meninggal 1037 M) , Ibn Qayyim (meninggal 1350 M) , Imam Qurtdubi (meninggal 1273 M), dan para ulama zaman ini (pilihan mereka) yang juga bukan ahli falak\/astronomi bahkan ulama baharu ini bersandarkan hujah-hujahnya pada hujah para ulama zaman silam yang tersebut di atas juga. <strong>Kelemahan besar golongan ini<\/strong> ialah mereka ini tidak mengikuti kaedah pembangunan ilmu yang dihuraikan pada awal makalah ini, (iaitu ringkasnya kajian susatera yang tuntas, mengkritik dan seterusnya mengusulkan teori baru atau membuat pendirian rasional) sehingga mereka tertinggal \u201ckereta api\u201d yang dibawa oleh sarjana Islam silam sendiri yang mengkritik hebat teori yang ditegakkan oleh mereka kini seperti al-Haytham di abad ke-10 hingga ke-11 M, al-Tusi dalam abad ke-12 M, dan beberapa orang sarjana lain yang disebut sebelum ini. Hujah-hujah ulama dahulu yang mereka pegang adalah terdiri daripada ulama zaman belum adanya teori alternatifnya, khususnya teori \u2018Adhad al-Dyn dan teori al-Syatdir itu, belum timbul, walaupun kritikan hebat telah dilakukan. Berikut dibicarakan perkara ini dengan lebih terperinci lagi.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Berikut ini ialah dalil kebenaran model geopusatan<\/strong> yang dipetik oleh Ahmad Sabiq (1429 H \/skt. 2008 M) drp pelbagai sumber ulama yang disebut di atas, khasnya ulama masa\/abad ke-20, Syaykh Abdul Aziz bin Baz (karya tahun 1980-an &amp; 1990-an), Syaikh Abdullah bin Mohamamad al-Duwaisy \u00a0(karya 1980-an) dan Syaykh Abdul Karim bin Sholih al-Humaid (karya 1414 H\/skt. 1980-an, Syaikh Muhammad bi Sholih al-\u2018Uthaimin (karya 1420-an H\/1990-an &amp; 2000-an M). Sekali gus kami membentangkan hujah yang menunjukkan kelemahan dalil-dalil mereka ini.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<ol>\n<li><strong>Dalil <em>al-Qur\u2019aan<\/em> dan <em>hadith <\/em>tentang tafsiran bumi\/<em>ardh<\/em> diam<\/strong>:<\/li>\n<\/ol>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>1.1.Gunung-ganang menjadi pemancang bumi:<\/p>\n<p><em>al-Nahl<\/em> (16): 15 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0644\u0652\u0642\u064e\u0649 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0631\u064e\u0648\u064e\u0627\u0633\u0650\u064a\u064e \u0623\u064e\u0646 \u062a\u064e\u0645\u0650\u064a\u062f\u064e \u0628\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652<\/p>\n<p>(Allah mengadakan gunung-ganang supaya bumi tak bergerak, <em>wa al-qaay fy al-ardhi rawaasiya an tamyda bikum<\/em>);<\/p>\n<p><em>al-Anbiya\u2019<\/em> (21): 31 \u0648\u064e\u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0631\u064e\u0648\u064e\u0627\u0633\u0650\u064a\u064e \u0623\u064e\u0646 \u062a\u064e\u0645\u0650\u064a\u062f\u064e \u0628\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652<\/p>\n<p>(Allah menjadikan gunang-ganang yang tegak kukuh supaya bumi tidak bergerak-gerak, <em>wa ja \u2018alna fy al-ardhi<\/em> <em>rawaasiya an tamiyda bihim<\/em>);<\/p>\n<p><em>Luqman<\/em> (31): 10 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0644\u0652\u0642\u064e\u0649 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0631\u064e\u0648\u064e\u0627\u0633\u0650\u064a\u064e \u0623\u064e\u0646 \u062a\u064e\u0645\u0650\u064a\u062f\u064e \u0628\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652<\/p>\n<p>(Allah menjadikan gunung-ganang di muka bumi supaya bumi tidak bergoyang-goyang bersama kamu, <em>wa<\/em> <em>alqaa fi al-ardh rawaasiya an tamiyda bikum<\/em>).<\/p>\n<p><em>Fushilat<\/em> (41): 10\u00a0 \u0648\u064e\u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e \u0641\u0650\u064a\u0647\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0648\u064e\u0627\u0633\u0650\u064a\u064e \u0645\u0650\u0646 \u0641\u064e\u0648\u0652\u0642\u0650\u0647\u064e\u0627<\/p>\n<p>(Allah menjadikan gunung-ganang tegak berdiri di bumi \u2026)<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>1.2.<em> <\/em>Allah menahan langit dan bumi:<em> <\/em><\/p>\n<p><em>Faatdir<\/em> (35): 41\u00a0 \u0623\u064e\u0646 \u062a\u064e\u0632\u064f\u0648\u0644\u064e\u0627 \u00a0\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u064a\u064f\u0645\u0652\u0633\u0650\u0643\u064f \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0648\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e<\/p>\n<p>(Allah menahan langit dan bumi supaya tidak tergelincir\/jatuh, <em>an tazuuwlah<\/em>);<\/p>\n<p><em>al-Hajj<\/em> (22): 65 \u0648\u064e\u064a\u064f\u0645\u0652\u0633\u0650\u0643\u064f \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0621 \u0623\u064e\u0646 \u062a\u064e\u0642\u064e\u0639\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650<\/p>\n<p>(Allah menahan langit supaya tidak jatuh ke bumi, <em>wayumsiku al-samaa\u2019 in taqa \u2018alaay al-ardh<\/em>).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>1.3. Berdirinya langit dan bumi:<\/p>\n<p><em>al-Rum<\/em> (30):25 \u0623\u064e\u0646 \u062a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0645\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0621 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064f \u0628\u0650\u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650\u0647\u0650<\/p>\n<p>(Allah memerintah berdirinya langit dan bumi, <em>an taquwma al-ssamaa\u2019 wa al-ardh bi\u2019amrihdi<\/em>).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>1.4. Bumi sebagai hamparan:<\/p>\n<p><em>al-Baqarah<\/em> (2): 22 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0641\u0650\u0631\u064e\u0627\u0634\u0627\u064b<\/p>\n<p>(Bumi sebagai hamparan\/tikar, <em>al-ardha firaasyan<\/em>).<\/p>\n<p><em>al-Dzaariyat<\/em> (51): 48 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0641\u064e\u0631\u064e\u0634\u0652\u0646\u064e\u0627\u0647\u064e\u0627<\/p>\n<p>(Bumi itu kami hamparkan, <em>wa al-ardha farasynaahda<\/em>).<\/p>\n<p><em>Nuh<\/em> (71): 19\u00a0 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0628\u0650\u0633\u064e\u0627\u0637\u064b\u0627<\/p>\n<p>(Bumi untukmu sebagai hamparan, <em>ardha bisaatdan<\/em>)<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>1.5. Bumi sebagai tempat tinggal\/tetap:<\/p>\n<p><em>al-Naml<\/em> (27): 61 \u0623\u064e\u0645\u064e\u0651\u0646 \u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0642\u064e\u0631\u064e\u0627\u0631\u064b\u0627(Bumi untuk tempat tinggal, <em>qararan<\/em>);<\/p>\n<p><em>al-Ghaafir<\/em> (40): 64 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0642\u064e\u0631\u064e\u0627\u0631\u064b\u0627<\/p>\n<p>(Allah menjadikan bumi untuk tempat tetap, <em>qararan<\/em>);<\/p>\n<p><em>al-Zukhruf<\/em> (43): 10 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0645\u064e\u0647\u0652\u062f\u064b\u0627<\/p>\n<p>(Bumi sebagai tempat menetap, <em>al-ardha mahd-dan<\/em>).<\/p>\n<p><em>al-Mulk<\/em> (67): 15 \u0647\u064f\u0648\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0630\u064e\u0644\u064f\u0648\u0644\u064b\u0627<\/p>\n<p>(Bumi dijadikan untukmu dengan mudah kamu jalani, <em>al-ardha dzuluw lan<\/em>).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>1.6. Bumi dibentang:<\/p>\n<p><em>al-Raa\u2018d<\/em> (13):3 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u0645\u064e\u062f\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e(Allah membentangkan bumi, <em>madda al-ardh<\/em>).<\/p>\n<p><em>al-Hijr<\/em> (15): 19 dan <em>Qaaf<\/em> (50): 7 \u00a0\u0648\u064e\u0627\u0644\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0645\u064e\u062f\u064e\u062f\u0652\u0646\u064e\u0627\u0647\u064e\u0627 \u00a0(Bumi dibentangkan, <em>al-ardha madadnaahda<\/em>).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>1.7. Bumi ialah hamparan yang dipasak oleh gunung-ganang:<\/p>\n<p><em>al-Naazi\u2018aat<\/em> (79): 30-33 \u00a0\u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062c\u0650\u0628\u064e\u0627\u0644\u064e \u0623\u064e\u0631\u0652\u0633\u064e\u0627\u0647\u064e\u0627 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u062f\u064e\u062d\u064e\u0627\u0647\u064e\u0627<\/p>\n<p>(Bumi dihamparkan-Nya \u2026gunung-ganang dipancangkan-Nya untuk kesenangan bagimu, <em>wa al-ardha ba\u2018da dzaalika dahaama \u2026. Wa al-jibaal \u2018arsaahda<\/em>).;<\/p>\n<p><em>al-Naba\u2019<\/em> (78): 6-7 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062c\u0650\u0628\u064e\u0627\u0644\u064e \u0623\u064e\u0648\u0652\u062a\u064e\u0627\u062f\u064b\u0627 \u00a0\u00a0\u00a0\u0623\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652 \u0646\u064e\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0645\u0650\u0647\u064e\u0627\u062f\u064b\u0627<\/p>\n<p>(Bumi dijadikan-Nya sebagai hamparan dan gunung-ganang sebagai tiang-tiangnya atau pancang-pancangnya, <em>al-ardha mihdaa da, wa al-jibaala awtaadaa<\/em>).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Semuanya akibat tafsiran yang mudah seperti hamparan bermakna seperti tikar, lantaian atau dataran yang boleh dipasak supaya tidak goyang dsbnya, kononnya jikalau bumi bergerak maka tiadalah makhluk yang selesa\/sesuai berada di bumi kerana akan terpelanting entah ke mana dan sebagainya. Ini andaian yang tidak boleh dipertahankan dengan adanya teori permukaan bumi dan teori graviti Newton yang jika seseorang tidak berpuas hati dengan teori ini maka teori inilah yang perlu dikritik sekarang.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>1.8. Adanya<strong> <\/strong><em>ayaht-ayaht<\/em><strong> <\/strong><em>al-Qur\u2019aan<\/em><strong> yang menyatakan ketika Allah boleh menggoncangkan\/mengoyang-goyang bumi<\/strong> (menunjukkan, bagi pentafsir ini, sebelum ini bumi tidak bergerak):<\/p>\n<p><em>al-Mulk<\/em> (67):16 \u0623\u064e\u0623\u064e\u0645\u0650\u0646\u062a\u064f\u0645 \u0645\u064e\u0651\u0646 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0621 \u0623\u064e\u0646 \u064a\u064e\u062e\u0652\u0633\u0650\u0641\u064e \u0628\u0650\u0643\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0641\u064e\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0647\u0650\u064a\u064e \u062a\u064e\u0645\u064f\u0648\u0631\u064f<\/p>\n<p>(Allah berkuasa membenamkan seseorang ke dalam bumi dan menggoyang-goyangkan bumi, <em>an yakhsifa bikumu al-ardha faidzaa hdiya tamuwr<\/em>).<\/p>\n<p><em>al-Hajj<\/em> (22): 65 \u0648\u064e\u064a\u064f\u0645\u0652\u0633\u0650\u0643\u064f \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0621 \u0623\u064e\u0646 \u062a\u064e\u0642\u064e\u0639\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650<\/p>\n<p>(Allah menahan langit supaya tidak jatuh ke bumi, dan ditafsirkan, supaya bumi kekal tak bergerak. Menarik juga dicatat di sini yang Yusuf Ali menterjemah-tafsir ayat ini \u201cmenahan drp hujan\u201d).<\/p>\n<p><em>al-Saba\u2019<\/em> (34): 9 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u2026 \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0621 \u0625\u0650\u0646 \u0646\u064e\u0651\u0634\u064e\u0623\u0652 \u0646\u064e\u062e\u0652\u0633\u0650\u0641\u0652 \u0628\u0650\u0647\u0650\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0646\u064f\u0633\u0652\u0642\u0650\u0637\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0643\u0650\u0633\u064e\u0641\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0651\u0646\u064e.<\/p>\n<p>(Di hadapan manusia ada langit, di belakangnya bumi; jika Allah kehendaki Allah boleh membenamkan manusi ke bumi dan menjatuhkan beberapa potong dari langit kepada mereka. Ini ditafsirkan jika Allah melakukan hal ini nescaya bumi yang selama ini tetap menjadi tidak tetap lagi).<\/p>\n<p><em>al-Israa\u2019<\/em> (17): 92 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u062a\u064f\u0633\u0652\u0642\u0650\u0637\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0621 \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0632\u064e\u0639\u064e\u0645\u0652\u062a\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0643\u0650\u0633\u064e\u0641\u064b\u0627 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u062a\u064e\u0623\u0652\u062a\u0650\u064a\u064e \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0644\u0622\u0626\u0650\u0643\u064e\u0629\u0650 \u0642\u064e\u0628\u0650\u064a\u0644\u0627\u064b<\/p>\n<p>(Orang kafir mencabar Allah supaya menjatuhkan langit berpotong-potong ke bumi, <em>tusqitda al-ssamaa\u2019, <\/em>yang ditafsirkan jika Allah lakukan bumi yang tetap akan bergoncang).<\/p>\n<p><em>al-Syu\u2019araa\u2019<\/em> (26): 187 \u0641\u064e\u0623\u064e\u0633\u0652\u0642\u0650\u0637\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0643\u0650\u0633\u064e\u0641\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0651\u0646\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0621 \u0625\u0650\u0646 \u0643\u064f\u0646\u062a\u064e \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0627\u062f\u0650\u0642\u0650\u064a\u0646\u064e<\/p>\n<p>(Kaum Nabi Sy\u2018ib mencabar supaya dijatuhkan langit sepotong-sepotong ke atas mereka, <em>fa asqytd \u2018alaayna kisafan min al-samaa\u2019<\/em>).<\/p>\n<p><em>al-Anfaal<\/em> (8): 32 \u0648\u064e\u0625\u0650\u0630\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0647\u064f\u0648\u064e \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0642\u064e\u0651 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0639\u0650\u0646\u062f\u0650\u0643\u064e \u0641\u064e\u0623\u064e\u0645\u0652\u0637\u0650\u0631\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u062d\u0650\u062c\u064e\u0627\u0631\u064e\u0629\u064b \u0645\u0650\u0651\u0646\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0621 \u0623\u064e\u0648\u0650 \u0627\u0626\u0652\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0639\u064e\u0630\u064e\u0627\u0628\u064d \u0623\u064e\u0644\u0650\u064a\u0645\u064d(Orang kafir mencabar Allah supaya menurunkan hujan batu dari langit ke atas mereka, <em>fa amtdiru \u2018alayna hijaaraht min al-samaa\u2019<\/em>).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Semua <em>ayaht<\/em> ini sebenarnya tidak sekali-kali semestinya menunjukkan bumi tetap\/tidak bergerak sebelum kejadian yang boleh Allah lakukan itu. Sehingga kini teori bumi bergeraklah yang terbukti lebih baik daripada teori bumi diam.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>1.9. Adanya<strong> hadith<\/strong> yang, pada mereka ini, mengimplikasikan selama ini bumi tidak bergerak:<\/p>\n<p>Ahmad &amp; Timidzi (Pintu taubat hanya sebelah barat dan berubah hanya apabila matahari terbit di barat).<\/p>\n<p>Ahmad, Muslim dan Tirmidzi (pada hari kiamat matahari akan didekatkan kpd makhluk).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Ini boleh dianggap situasi singular sahaja kerana keadaan ini berlaku sekali sahaja dan oleh itu tidaklah menjejaskan sesebuah teori bumi bergerak yang pada amnya lebih baik daripada teori bumi diam<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<ol>\n<li><strong>Dalil <em>al-Qur\u2019aan<\/em> dan <em>hadith<\/em> tentang tafsiran matahari bergerak<\/strong>:<\/li>\n<\/ol>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>2.1. Matahari naik-turun, timur-barat, condong:<\/p>\n<p><em>al-Baqarah<\/em> (2): 258 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0625\u0650\u0628\u0652\u0631\u064e\u0627\u0647\u0650\u064a\u0645\u064f \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0647\u064e \u064a\u064e\u0623\u0652\u062a\u0650\u064a \u0628\u0650\u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u0645\u0652\u0633\u0650 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0634\u0652\u0631\u0650\u0642 \u00a0\u0641\u064e\u0623\u0652\u062a\u0650 \u0628\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u063a\u0652\u0631\u0650\u0628\u0650\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 (Allah menerbitkan matahari dari timur);<\/p>\n<p><em>al-An\u2019am<\/em> (6): 78 \u0641\u064e\u0644\u064e\u0645\u064e\u0651\u0627 \u0631\u064e\u0623\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u0645\u0652\u0633\u064e \u0628\u064e\u0627\u0632\u0650\u063a\u064e\u0629\u064b \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u064a \u0647\u064e\u0630\u064e\u0622 \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0641\u064e\u0644\u064e\u0645\u064e\u0651\u0627 \u0623\u064e\u0641\u064e\u0644\u064e\u062a\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u064a\u064e\u0627 \u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0628\u064e\u0631\u0650\u064a\u0621\u064c \u0645\u0650\u0651\u0645\u064e\u0651\u0627 \u062a\u064f\u0634\u0652\u0631\u0650\u0643\u064f\u0648\u0646\u064e(Matahari terbit dan terbernam);<\/p>\n<p><em>al-Kahfi<\/em> (18): 17 \u0648\u064e\u062a\u064e\u0631\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u0645\u0652\u0633\u064e \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0637\u064e\u0644\u064e\u0639\u064e\u062a \u062a\u064e\u0651\u0632\u064e\u0627\u0648\u064e\u0631\u064f \u0639\u064e\u0646 \u0643\u064e\u0647\u0652\u0641\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0630\u064e\u0627\u062a\u064e \u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u0645\u0650\u064a\u0646\u0650 \u0648\u064e\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u063a\u064e\u0631\u064e\u0628\u064e\u062a \u062a\u064e\u0651\u0642\u0652\u0631\u0650\u0636\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0630\u064e\u0627\u062a\u064e \u0627\u0644\u0634\u0650\u0651\u0645\u064e\u0627\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0641\u0650\u064a \u0641\u064e\u062c\u0652\u0648\u064e\u0629\u064d \u0645\u0650\u0651\u0646\u0652\u0647\u064f \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0622\u064a\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0645\u064e\u0646 \u064a\u064e\u0647\u0652\u062f\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0641\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0647\u0652\u062a\u064e\u062f\u0650\u064a \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646 \u064a\u064f\u0636\u0652\u0644\u0650\u0644\u0652 \u0641\u064e\u0644\u064e\u0646 \u062a\u064e\u062c\u0650\u062f\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0644\u0650\u064a\u064b\u0651\u0627 \u0645\u064f\u0651\u0631\u0652\u0634\u0650\u062f\u064b\u0627 (Matahari terbit, condong, tenggelam dan menjauhi);<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Hujah Matahari bergerak kerana adanya ungkapan \u201cmatahari terbit\u201d dsbnya itu amatlah lemah kerana semua itu nisbi dengan manusia di bumi sahaja.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>2.2. Berlakunya malam-siang pada bumi:<\/p>\n<p><em>al-A\u2019raaf<\/em> (7): 54\u00a0 \u2026\u00a0 \u064a\u064e\u0637\u0652\u0644\u064f\u0628\u064f\u0647\u064f \u062d\u064e\u062b\u0650\u064a\u062b\u064b\u0627 \u064a\u064f\u063a\u0652\u0634\u0650\u064a \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u064a\u0652\u0644\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0647\u064e\u0627\u0631\u064e<\/p>\n<p>(siang mengikuti malam);<\/p>\n<p><em>al-Zumar<\/em> (39): 5 \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0648\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0642\u0650\u0651 \u064a\u064f\u0643\u064e\u0648\u0650\u0651\u0631\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u064a\u0652\u0644\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0647\u064e\u0627\u0631\u0650 \u0648\u064e\u064a\u064f\u0643\u064e\u0648\u0650\u0651\u0631\u064f \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0647\u064e\u0627\u0631\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u064a\u0652\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u062e\u064e\u0651\u0631\u064e \u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u0645\u0652\u0633\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0645\u064e\u0631\u064e \u0643\u064f\u0644\u0651\u064a\u064e\u062c\u0652\u0631\u0650\u064a \u0644\u0650\u0623\u064e\u062c\u064e\u0644\u064d \u0645\u064f\u0633\u064e\u0645\u064b\u0651\u0649\u064c<\/p>\n<p>(Allah menutupkan malam atas siang dan siang atas malam, iaitu peredaran malam-siang terjadi pada bumi);<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Perubahan siang-malam pada bumi sekali-kali tidak semestinya menunjukkan bumi tidak bergerak. Ternyata teori bumi bergerak bukan sahaja boleh menjelaskan siang-malam tetapi boleh menjelaskan benda-benda lain lagi dengan lebih memuaskan lagi.<\/p>\n<p><em> <\/em><\/p>\n<p>2.3. Bulan mengiringi Matahari:<\/p>\n<p><em>al-Syams<\/em> (91): 1-2 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0645\u064e\u0631\u0650 \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0644\u064e\u0627\u0647\u064e\u0627 \u00a0\u00a0\u00a0\u0648\u064e\u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u0645\u0652\u0633\u0650 \u0648\u064e\u0636\u064f\u062d\u064e\u0627\u0647\u064e\u0627<\/p>\n<p>(Bulan mengiringi matahari).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>2.4. Matahari dan Bulan ada lintasannya masing-masing:<\/p>\n<p>Yasin (36): 38-40 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u2026\u00a0\u00a0 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0645\u064e\u0631\u064e \u0642\u064e\u062f\u064e\u0651\u0631\u0652\u0646\u064e\u0627\u0647\u064f \u0645\u064e\u0646\u064e\u0627\u0632\u0650\u0644\u064e \u00a0\u00a0\u2026\u00a0 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u0645\u0652\u0633\u064f \u062a\u064e\u062c\u0652\u0631\u0650\u064a \u0644\u0650\u0645\u064f\u0633\u0652\u062a\u064e\u0642\u064e\u0631\u064d\u0651 \u0644\u064e\u0651\u0647\u064e\u0627<\/p>\n<p>\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u0645\u0652\u0633\u064f \u064a\u064e\u0646\u0628\u064e\u063a\u0650\u064a \u0644\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646 \u062a\u064f\u062f\u0652\u0631\u0650\u0643\u064e \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0645\u064e\u0631\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u064a\u0652\u0644\u064f \u0633\u064e\u0627\u0628\u0650\u0642\u064f \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0647\u064e\u0627\u0631\u0650 \u0648\u064e\u0643\u064f\u0644\u064c\u0651 \u0641\u0650\u064a \u0641\u064e\u0644\u064e\u0643\u064d \u064a\u064e\u0633\u0652\u0628\u064e\u062d\u064f\u0648\u0646\u064e<\/p>\n<p>(Matahari ikut <em>mustaqar<\/em>-nya\u2026 Bulan dengan <em>manzilah<\/em>-nya,\u2026setip satu dengan falak masing-masing). Pentafsir yang mahu menegakkan Bumi tak bergerak menyatakan dalam ayaht ini \u00a0Allah memerihalkan pergerakan bulan dan matahari tetapi tidak bumi.<\/p>\n<p><em>al-Anbiyaa\u2019<\/em> (21): 33\u00a0\u00a0 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u0645\u0652\u0633\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0645\u064e\u0631\u064e \u0643\u064f\u0644\u064c\u0651 \u0641\u0650\u064a \u0641\u064e\u0644\u064e\u0643\u064d \u064a\u064e\u0633\u0652\u0628\u064e\u062d\u064f\u0648\u0646\u064e<\/p>\n<p>(Matahari dan Bulan masing-masing beredar di dalam garis edarnya, <em>falakin yasbahuwn<\/em>).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Bulan mengiringi Matahari dan Matahari ikut <em>mustaqar<\/em>-nya memang lebih bermanfaat ditafsirkan Matahari memang bergerak tetapi bergeraknya itu tidak semestinya mengelilingi Bumi. Sains moden menegaskan Matahari, Bulan, bumi dan planet-planet lain itu bergerak mengiringi Matahari sambil mengelilingi Matahari. Seluruh sistem suria\/syamsi ini bergerak sambil palanet dan sebagainya itu bergerak semacam mengelilingi matahari (mengikut teori Newton). Sesiapa yang tidak bersetuju dengan teori ini terpaksalah menyangkal teori Newton itu dahulu.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>2.5. Adanya <strong>dalil Hadith<\/strong>:<\/p>\n<p>Riwayat Bukhari, Muslim, Abu dawud dan Tirmizi\u00a0 (Rasulullah merceritakan pergerakan matahari menyandarkan pergi, terbit, beredar kpd Matahari, menuju musytaqar-nya di bawah <em>\u2018arasy<\/em>);<\/p>\n<p>Hadith-hadith lain yang menyandarkan terbit dan gerakan pada Matahari bukan pada bumi: Bukhari &amp; Muslim (harus disedekahi setiap hari terbitnya Matahari).<\/p>\n<p>Riwayat Bukhari &amp; Muslim (Nabi minta Matahari berhenti sejenak kerana berperang ketika <em>\u2018ashar<\/em> akan tiba);<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Hadith pergerakan matahari itu patut ditafsirkan sebagai pergerakan matahari nisbi manusia di bumi; manakala hadith terakhir ini adalah perihal mukjizat Nabi yang memang sepatutnya terkecuali daripada hukum biasa, kerana itulah makna mukjizat; atau memang Matahari bergerak (seperti yang diakui sains sekarang juga) tetapi planet-planet boleh tetap mengeliling Matahari sama ada Matahari atau tidak.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<ol>\n<li><strong>Kesepakatan ulama<\/strong>:\u00a0 Imam Abdul Qohir al-Baghdadi al-Isfiroyini (meninggal 1037 M) bumi bergerak ketika gempa dll. sahaja; Imam al-Qurtdubi (meninggal 671 H\/skt. 1273 M) \u00a0mentafsir <em>al-Raa\u2019d<\/em> (13): 3 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u0645\u064e\u062f\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0648\u064e\u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e \u0641\u0650\u064a\u0647\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0648\u064e\u0627\u0633\u0650\u064a\u064e (Tuhan membentang bumi\u2026, iaitu bumi berhenti dan tetap tenang kecuali ada gempa); Imam Ibn Hazm (meninggal 1064 M) berpendapat Matahari mengelilingi bumi dari timur ke barat kemudian dari barat ke timur; Ibn Taymiyyah\/Taimiyah (meninggal 1328 M) berkata Matahari beredar dlm sebuah garis edar yang\u00a0 berbentuk bulat (<em>Majmu\u2019 Fatawa<\/em>); siang dalam malam terjadi dengan adanya Matahari (dalam karya yang sama), beliau juga menggunakan <em>Fatdir<\/em> (35): 41; Imam Ibnu Qoyyim al-Jawziyah (berguru dengan Ibn Taymiyyah, meninggal 1350 M) dlm karyanya <em>Miftah Dar al-Sa\u2018adah<\/em> menyata Matahari semestinya bergerak dari timur ke barat supaya banyak kawasan mendapat cahayanya, dan bumi perlu tetap supaya menjadi kehidupan makhluk. Al-Hafizh Ibnu Hajar al-Asqalani (meninggal 852 H\/1448 M, bukan ahli falak\/astronomi yang masyhur) memetik hadith Bukhari yg menyatakan Matahari beredar setiap hari dan malam, bukan yang didakwa oleh ahli astronomi bahawa Matahari itu melekat di garis orbit dan garis orbit itu yang beredar.<\/li>\n<\/ol>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Selain daripada al-Asqalani, zaman ulama lain itu memang zaman belum ada teori alam kita ini yang Matahari tetap, bumi bergerak. Oleh itu oleh sebab mereka ini bukan ahli astronomi maka biasalah mereka cuba akur kepada teori yang ada. Zaman al-Asqalani itu memang sudah ada teori bumi bergerak seperti yang diutarakan oleh \u2018Atdid al-Dyn itu Maka tidak hairanlah juga pendiriannya agak berbeza sedikit daripada yang lain, walaupun beliau masih mahu mengekalkan teori matahari bergerak itu.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Imam Abdul Aziz bin Baz (ulama abad ke-20 M) mengatakan model \u201cMatahari tetap bumi bergerak\u201d banyak masalahnya, tetapi beliau hanya memetik ulama-ulama dahulu yang menyangkal teori ini sahaja sedangkan model \u201cbumi tetap Matahari bergerak\u201d lagi banyak masalahnya seperti yang diserlahkan oleh ramai ahli astronomi\/hay\u2019aht Islam sejak abad ke-10 M lagi itu dan dalam konteks cerapan baharu masalahnya dipaparkan di dalam Shaharir (2004b). Namun begitu pun beliau dengan tegasnya <strong>sanggup mengkafirkan<\/strong> orang yang berpendapat \u201cMatahari tetap bumi bergerak\u201d yang dilaporkan di dalam bukunya <em>al-Adilallah al-Naqliyah wa al-Hissiyah<\/em>.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Syaikh Muhammad bin Sholeh al-Uthaimin (Ulama abad ke-20) berfatwa <strong>wajib percaya <\/strong>\u201cMatahari bergerak bumi tetap\u201d dng memetik pendapat para ulama dahulu dan berpegang teguh pada pendapat bahawa terjadinya siang-malam itu ialah kerana Matahari bergerak mengelilingi bumi. (<em>Majmu\u2019 Fatawa Syaikh Uthaimin<\/em>) sedangkan fenomenon ini kini boleh diterangkan dengan bumi bergerak pada paksinya sambil berpusing mengelilingi Matahari (teori \u2018Adhad al-Dyn &amp; Copernicus) dan mampu pula menjelaskan banyak fenomenon lain lagi yang tidak dapat djelaskan oleh teori bumi diam. Di dalam bukunya <em>Syarah Arba\u2018in, <\/em>Imam<em> <\/em>Nawawi (meninggal 1278 M) berkata model geopusatan (Matahari mengelilingi bumi dan memang tiada teori lain lagi pada zamannya ini) adalah yang sahnya sehingga terjadinya malam-siang, dan katanya lagi Hadith pun berkata \u201cMatahari terbit\u201d yang menunjukkan Mataharilah bergerak yang sesuai dengan <em>al-Kahfi<\/em> (18): 17 (memang perihal matahari terbit). Lagi sekali, hujah Imam Nawawi ini tidak patut dipakai lagi kerana \u201cketinggalan zaman\u201d. Katanya lagi, jika ada yang bertanya bagaimana benda besar mengelilingi benda kecil, jawabnya Allah. Ini jawaban orang yang tidak mahu menyelidik sahaja.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Syaikh Hamud al-Tuwaijiri (ulama abad ke-20 M) dlm risalahnya <em>Al-Showa\u2019iq al-Syadidah \u2018Ala Atyba\u2019 Hai\u2019ah al-Jaididah <\/em>menentang pandangan Alshowa\u2019iq (ulama sezamannya) yang mengatakan model heliopusatan tidak bercanggah dng <em>al-Qur\u2019aan<\/em> dan <em>al-Sunnah<\/em> dan sekaligus beliau membela Abdul Aziz bin Baz.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Syaikh Abdullah al-Duwaisy (ulama abad ke-20 M) dlm kitabnya <em>Maurid<\/em> yang membantah kitab Sayyid Qutbh dlm tafsir <em>fi Zilal<\/em> <em>al-Qur\u2019aan<\/em> itu yang menyokong model heliopusatan. Beliau menolak kerana heliopusatan ialah kononnya nukilan Pithagoras yg kafir atau kumpulan Dahriyah (ateis).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Syaikh Abdul Karim bin Sholih al-Humaid (ulama abad ke-20 M) dlm kitabnya <em>Hidayaht Hairon Fi Ma\u2019alatid Dauron<\/em> juga menyokong heliopusatan dengan hujah para ulama sebelumnya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Perlu ditegaskan bahawa kelemahan besarnya \u201ckesepakatan ulama\u201d ini ialah betapa ulama ini hampir semuanya bukan ahli dalam ilmu sains alam- semesta dan hampir semuanya juga ulama yang hidup dalam zaman yang belum ada teori heliopusatan\/berpusatkan matahari dan oleh itu berpegang teguh pada teori geopusatan. Teori (yang menuju kepada) heliopusatan dalam tamadun Islam muncul mulai pertengahan abad ke-14 M sahaja seperti yang disebut sebelum ini (kritikan kepada teori geopusatan bermula pada abad ke-11 M, dan \u2018Adhid al-Dyn yang mengutarakan teori yang hamper dengan teori Copernicus itu berlaku pada pertengahan abad ke-14 M). Ulama abad ke-20 itu pula semuanya berpegang kepada ulama zaman pra-teori heliopusatan itu, dan nampaknya mereka kurang arif dengan teori Newton yang wujud mulai abad ke-17, apa tah teori Einstein dan teori quantum yang menolak teori Newton (oleh itu menolak kedua-dua teori geopusatan dan heliopusatan) itu.<\/p>\n<ol>\n<li><strong>Bumi bergerak makhluk terpelanting<\/strong>. Penyokong geopusatan percaya jika heliopusatan yang betul (iaitu Bumi bergerak) maka segala benda di Bumi akan terpelanting entah ke mana. Ini memang disoal oleh semua sarjana Eropah sebelum munculnya teori Newton abad ke-17 M yang mampu menyelesaikan banyak persoalan yang ditimbulkan oleh penyokong tegar teori geopusatan.<\/li>\n<li><strong>Matahari naik dari barat.<\/strong> Penyokong geopusatan dari kalangan Muslim menggunakan <em>al-An\u2018am<\/em> (6): 158 (dan hadith Bukhari dan Muslim dan Hadith Muslim dan Ahmad yang menjelaskan <em>ayaht<\/em> ini) yang menyatakan satu daripada tanda kiamat ialah Matahari naik dari Barat. Perubahan mendadak ini menjadikan segala makhluk di Bumi ini terpelanting entah ke mana sedangkan hadith itu tidak menyatakan demikian, bahkan segala makhluk masih hidup seperti biasa cuma manusia dikatakan semuanya bertaubat tetapi taubatnya sudah tidak diterima lagi. Ini sebenarnya tidak menjejaskan teori apa pun kerana peristiwa ini berlaku sekali sahaja, masa lain teori heliopusatan boleh berlaku malah terbukti lebih baik drp teori geopusatan yang secara tidak langsungnya dibuktikan oleh sarjana Islam sendiri, khususnya \u2018Adhid al-Dyn dan al-Syatdir itu.<\/li>\n<li><strong>Hari panjang zaman Dajjal.<\/strong> Mereka juga menggunakan hadith Muslim yang menceritakan pada ketika kemunculan Dajjal, sukatan hari (dari matahari terbit kepada terbit semula) menjadi panjang bersamaan dengan setahun sekarang. Mereka mengatakan pada ketika itu mereka tidak dapat<\/li>\n<li> menduga peranan graviti sehingga makhluk masih tidak terpelanting entah ke\u00a0 mana. Ini pun sama dengan kes 5 di atas. Sebenarnya keadaan ini boleh berlaku dengan selamatnya, mengikut teori graviti Newton juga, iaitu dengan andaian daya tarikan Bumi dengan Matahari pun berubah kekuatannya kerana jisim bumi atau\/dan Matahari menyusut, atau\/dan jarak antara Matahari-Bumi menjauhi sehingga tiada makhluk terpelanting seperti yang ditakuti\/dibayangkan oleh ulama yang menyokong geopusatan itu.<\/li>\n<li><strong>Mereka mengatakan tiada satu <em>ayaht al-Qur\u2019aan<\/em> pun yang boleh ditafsirkan Bumi bergerak <\/strong>tetapi sebaliknya untuk Bulan, Matahari, dan bintang. Ini hanya tafsiran yang dipengaruhi oleh teori yang dipeganginya sahaja. Ulama yang menyokong Matahari tetap (bumi bergerak)\u00a0 selepas \u2018Adhid al-Dyn atau al-Syatdir sehingga abad ini pun seperti\u00a0 di Malaysia diwakili oleh ulama masyhur juga, Awan Din (1968) menerusi risalahnya <em>Muqaddimaht al-Hday\u2018aht <\/em>tidak mendapati <em>ayaht-ayaht al-Qur\u2019aan<\/em> yang menyangkal teori heliopusatan itu.<\/li>\n<li><strong>Mereka mengatakan para pencetus heopusatan (teori Matahari tetap) adalah mereka yang memang Kafir atau musyrik sahaja<\/strong>. Hujah ini amat lemah kerana pencetus geopusatan (teori Bumi tetap) juga daripada golongan yang sama: Bermula dengan sarjana Zaman Yunani Aristoteles (setengahnya mengatakan bermula dengan Pithagoras juga), diikuti oleh Aflatun\/Palto, Eudoksus\/Eudoxus dan serusnya diperbaiki oleh Appolonius dan Batlamiyus semuanya tidak boleh dianggap orang terjamin keIslamannya (pengikut Nabi \u2018Isa sebenar atau Nabi-nabi sebelumnya), bahkan mengikut Ahmad Sabiq yang dipetiknya daripda <em>Majmu\u2019 Fatawa<\/em> Ibnu Taimiyah, mereka ini penyembah berhala. Cerita keburukan Khalifah sl-Ma\u2019mun atau terkonspirsasinya khalifah ini oleh orang Nashara kerana menerima buku-buku Pithagoras yang dianggap pemecah-belah umat Islam untuk diterjemahkan seperti yang dipaparkan oleh Ahmad Sabiq bersumberkan al-Shofadi (<em>al-Ghoitsul Musjim<\/em> 1\/79, <em>Majalah al-Furqon<\/em> 1427 H: 31) mungkin sekali fitnah golongan anti-<em>mu\u2019tazilah<\/em> terhadap khalifah yang dianggap condong kepada <em>Mu\u2019tazilaht <\/em>ini.<\/li>\n<\/ol>\n<p>10.\u00a0 Mereka (ulama abad ke-20) <strong>menolak tafsiran Bumi bergerak<\/strong> di dalam <em>al-Naml<\/em> (27): 88 yang digunakan oleh Sayyid Qutbh umpamanya di dalam <em>fi Zilal al-Qur\u2019aan<\/em>-nya itu. Mereka hanya mangatakan penafsiran dan pemahaman hadith yang berhubung dengan <em>ayaht<\/em> ini sebagai \u201cyang tidak benar\u201d (petikan Ahmad Sabiq pada <em>Hidayht al-Hairon<\/em> oleh al-Humaid). Hujah lainnya drp al-Uthaimin yang berpendapat <em>ayaht<\/em> ini merujuk kepada hari kiamat sahaja (rujuk <em>ayaht<\/em> sebelumnya 87 dan selepasnya 89) dan lihat juga <em>al-Kahfi<\/em> (18): 47, <em>al-Takwir<\/em> (81): 1-3, <em>al-Tdur<\/em> (52):9-10; dan <em>al-Naba\u2019<\/em> (78):20. \u00a0Namun Surkan (1996) berpendapat <em>ayaht <\/em>ini berlaku sekarang juga.<\/p>\n<p>11.\u00a0 <strong>Model geopusatan didakwa sesuai dengan kenyataan yang terpampang di hadapan kita<\/strong>:\u00a0 Matahari terbit di timur dan tenggelam di barat itu kononnya ini disebabkan Matahari itu bergerak. Mereka yang berhujah begini \u00a0tidak percaya yang naik-turunnya Matahari itu kerana gerakan nisbi kita berada di bumi yang berputar di atas paksinya. Mereka tidak percaya adanya perbezaan masa pelayaran ke barat atau ke timur.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Catatan Ujung<\/strong><\/p>\n<p><strong> <\/strong><\/p>\n<p><sup>1<\/sup> Perkataan cosmology Inggeris itu drp Latin <em>cosmologia<\/em> drp Yunani <em>kosmos<\/em> dan <em>logos<\/em>, yang masing-masingnya bermakna kajian segala objek pada alam semesta ini. Perkataan Inggeris itu muncul dalam pertengahan abad ke-17 M. Perkataan\u00a0 <em>cosmogony <\/em>Inggeris itu mulai wujud sejak 1690-an dengan makan \u201cteori penciptaan\u201d dan berubah menjadi \u201cpenciptaan alam semesta\u201d mulai 1760-an. Istilah <em>cosmogenesis<\/em> pula pertama kali digunakan oleh Helena Blavatsky di dalam bukunya <em>The Secret Doctrine<\/em> 1888, vol.1. Perkataan ini juga dipakai oleh ahli sains dan Priest Jesuit Perancis Teilhard de Chardin (meninggal 1955) untuk memerihal proses kosmologi bagi penciptaan alam semesta ini.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><sup>2 <\/sup>Di dalam risalah beliau sendiri itu ada dinyatakan beliau menterjemahnya daripada kitab <em>Ba\u2019d al-Samawat wa al-Ardh<\/em> yang tidak dinyatakan nama pengarang asalnya dan tarikh penulisan karya asal itu. Namun kandungan terjemahannya itu sungguhlah banyak kesamaannya dengan kandungan di dalam \u201c<em>Kitab Seribu Masalah<\/em>\u201d karya Abdullah Ibn Thamud (tanpa tahun tulisannya) yang ada di PNM (Perpustakaan Negara Malaysia) berkatalog MS 505 berupa terjemahan oleh seorang yang tidak dicatat namanya dan tahun terjemahannya. Manuskrip ini mengandungi sekitar 230-an soalan daripada seorang pendita Yahudi bernama \u2018Abdullah ibn al-Salam Shidiq (dengan rombongan 700 orang Yahudi) dari negeri Khaybar yang datang mengadap Nabi Muhammad SAW di Madinah (setelah 6 tahun Nabi berada di situ) untuk mengajukan soalan-soalan itu. Kitab ini masih popular sekarang, sepopular <em>Taj al-Muluk<\/em> yang disebut di dalam teks makalah ini dan masih dicetak semula oleh pencetak yang sama di Pulau Pinang.<\/p>\n<p><sup>3<\/sup> Bukit <em>Qaf <\/em>sebagai pusat alam semesta sama konsepnya dengan peranan Gunung Meru atau Semeru di dalam model alam semesta Hindu (Shaharir 2008)<\/p>\n<p><sup>4<\/sup> Yang membezakan bintang dengan planet ialah bintang bercahaya tetapi planet tidak dan saiznya agak besar untuk membezakannya dengan ribuan objek di langit lagi yang dikenali sebagai planetoid (lebih kecil daripada planet, jasad yang orbitnya cukup besar sehingga nampak melunsur ratusan tahun sekali lalu dinamai s<em>hooting star<\/em> atau bintang seligi, tahi bintang atau nama sainsnya, meteor, dan yang lebih kecil dinamai meteorit\/<em>meteorite<\/em>, satelit asli yang dinamai Bulan yang mengelilingi Bumi dan Bulan-Bulan lain yang mengelilingi bintang siarah itu)<em>.<\/em><\/p>\n<p><strong> <\/strong><\/p>\n<p><sup>5<\/sup> Sering juga para ulama\/penulis\u00a0 di Malayuwiyah (bersumberkan drp penulis Arab) mengatakan Pithagoras\/Pythagoras adalah sarjana Yunani pertama mengesyorkan teori alam berpusatkan Matahari tetapi semua penulis Barat yang kami jumpa menyatakan Pithagoras pemula teori geopusatan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Rujukan<\/strong><\/p>\n<p><strong> <\/strong><\/p>\n<p>Ahmad Sabiq bin Abdul Lathif Abu Yusuf. 1427 H. <em>Matahari Mengelilingi Bumi. Sebuah Kepastian al-Qur\u2019an dan as-Sunnah serta Bantahan Terhadap Teori Bumi Mengelilingi Matahari<\/em>. Cetakan ke-5 (Cetakan pertama 1429). Srowo-Siday-Gresik, jawa Timur: Pustaka Al Furqon<\/p>\n<p>Awan Din Ibn. al-M. M.H. 1968. <em>Muqaddimaht al-Hay \u2018aht . suatu Risalah pada Menyatakan Pendahuluan bagi \u2018Ilmu Hdaiy\u2018aht<\/em>. Jala, Thailand: Mutdba \u2018aht Shahabat Pres.(Jawi)<\/p>\n<p>Wardani \u2018I. 2007. <em>Rahsai Penciptaan dari \u2018Arasy ke Bumi.<\/em> Jil. 1 dan 2. Terj. <em>Qishaht al-Khalq<\/em>. Jasmine Enterpsise<\/p>\n<p>King D. 2007. Ibn al-Shatir: \u2018Ala al-Din \u2018Ali Ibn Ibrahim. Dlm Hockey\u00a0 drk. (Pnyut.). <em>The Biographical Encyclopedia Astronomists<\/em>, pp. 569-70. Springer.<\/p>\n<p><strong>Nassar I.G. 2009<\/strong><strong>. <\/strong>Contributions of Islamic Astronomy<strong>. <\/strong>http:\/\/muslimmedianetwork.com\/ mmn\/?p =4116<\/p>\n<p>Shaharir b.M.Z. 2004a. Penjodoh bilangan kuantitatif dalam bahasa Melayu klasik. <em>Warkah Berita PERSAMA: <\/em>68-70<\/p>\n<p>Shaharir b.M.Z. 2004b. <em>Dinamik Sebutir-Dua Zarah Klasik: Penjana Sains Matematik, Peguam Bela dan Penjana Nilai serta Kontroversinya sepanjang Zaman. <\/em>Bangi: Pusata Pengajian Sains Matematik, UKM<\/p>\n<p>Shaharir b.M.Z. 2008. Model alam semesta rumpun Melayu zaman pra-Islam dan zaman peralihannya. <em>Kesturi <\/em>18(1&amp;2): 78-97<\/p>\n<p>Shaharir b.M.Z. 2009. unsur asasi jirim dalam sains Melayu sebelum dipengaruhi barat. <em>Seminar Etnomatematik II<\/em>, 20 Ogos 2009, INSPEM, UPM<\/p>\n<p>Shaharir b.M.Z. 2010. Laris, Terhiris dan Tergores: Ulasan buku Quran Saintifik karya Dr. Danial Zainal Abidin . <em>Jurnal Peradaban<\/em> 3:99-124<\/p>\n<p>Surkan Hj. S. 1996. <em>Matahari Mengelilingi Bumi Bantahan Terhadap Barat Kafir<\/em>. Cetakan ke-2. Kuala Lumpur: Pustaka Mujaddid<\/p>\n<p>.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>%%%%%%%%%%<\/p>\n<p>*Makalah undangan yang dibentangkan di \u201c<em>Seminar Ilmu Falak Peringkat Kebangsaan : Gerhana Petunjuk Kebesaran Allah SWT<\/em>\u201d anjuran Majlis Agama Islam Perak , pada 14-16 Nov 2011 M = 18-20 Zulhijjah 1432 H, di Institut Tadbiran Islam Perak, Ipoh dan Hotel Heritage, Ipoh.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/upload.wikimedia.org\/wikipedia\/commons\/3\/3a\/Ptolemaicsystem-small.png\"><\/a><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong> Rajah 1:\u00a0 Skema Alam Semesta Batlamiyusan <\/strong><\/p>\n<p>(Terpahat dalam Cosmographia Peter Apaian 1524)<\/p>\n<p><strong> <\/strong>Sumber: http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Ptolemaic_system<\/p>\n<p><strong> <\/strong>Model alam semesta Batlamiyus yang asal masih belum ditemui<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Jadual 1: Ringkasan Model Alam Semesta Batlamiyus Abad Ke-2 M dan Batlamiyusan (Berpusatkan Bumi)<\/strong><\/p>\n<p>Lapisan\/Bulatan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Nama \u201cBintang\u201d(Bint)<\/p>\n<table border=\"1\" cellspacing=\"0\" cellpadding=\"0\">\n<tbody>\n<tr>\n<td width=\"119\" valign=\"top\">Lapisan\/Bulatan<\/td>\n<td width=\"96\" valign=\"top\">Melayu<\/td>\n<td width=\"88\" valign=\"top\">Arab<\/td>\n<td width=\"106\" valign=\"top\">Yunani<\/td>\n<td width=\"95\" valign=\"top\">Latin<\/td>\n<td width=\"86\" valign=\"top\">Inggeris<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"119\" valign=\"top\">Pusat<\/td>\n<td width=\"96\" valign=\"top\">Bumi\/Ardi<\/td>\n<td width=\"88\" valign=\"top\">Ardh<\/td>\n<td width=\"106\" valign=\"top\">Hearth<\/td>\n<td width=\"95\" valign=\"top\">Terra<\/td>\n<td width=\"86\" valign=\"top\">Earth<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"119\" valign=\"top\">Ke-1<\/td>\n<td width=\"96\" valign=\"top\">Bulan\/&nbsp;<\/p>\n<p>Candera<\/p>\n<p>Kamar\/<\/p>\n<p>Qamar<\/td>\n<td width=\"88\" valign=\"top\">Qamar<\/td>\n<td width=\"106\" valign=\"top\">Men<\/td>\n<td width=\"95\" valign=\"top\">Mensis<\/td>\n<td width=\"86\" valign=\"top\">Moon<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"119\" valign=\"top\">Ke-2<\/td>\n<td width=\"96\" valign=\"top\">Raksa\/&nbsp;<\/p>\n<p>Utarid\/<\/p>\n<p>*Buda\/<\/p>\n<p>*Budha<\/td>\n<td width=\"88\" valign=\"top\">\u2018Utdarid<\/td>\n<td width=\"106\" valign=\"top\">Hydrargyrum\/&nbsp;<\/p>\n<p>Hermes<\/td>\n<td width=\"95\" valign=\"top\">Mercurii\/&nbsp;<\/p>\n<p>Mercrialis\/<\/p>\n<p>Mercurius<\/td>\n<td width=\"86\" valign=\"top\">Mercury<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"119\" valign=\"top\">Ke-3<\/td>\n<td width=\"96\" valign=\"top\">Bint Pagi\/&nbsp;<\/p>\n<p>Bint Timur\/<\/p>\n<p>Bint Babi\/<\/p>\n<p>Kartika\/<\/p>\n<p>Kejora\/<\/p>\n<p>Zuhrah\/<\/p>\n<p>*Sukra<\/td>\n<td width=\"88\" valign=\"top\">Zuhdraht<\/td>\n<td width=\"106\" valign=\"top\">Afroditi<\/td>\n<td width=\"95\" valign=\"top\">Veneus<\/td>\n<td width=\"86\" valign=\"top\">Venus<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"119\" valign=\"top\">Ke-4<\/td>\n<td width=\"96\" valign=\"top\">Matahari\/&nbsp;<\/p>\n<p>Suria\/<\/p>\n<p>Syamsi<\/td>\n<td width=\"88\" valign=\"top\">Syamsi<\/td>\n<td width=\"106\" valign=\"top\">Helio<\/td>\n<td width=\"95\" valign=\"top\">Sol<\/td>\n<td width=\"86\" valign=\"top\">Sun<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"119\" valign=\"top\">Ke-5<\/td>\n<td width=\"96\" valign=\"top\">*Mangala\/&nbsp;<\/p>\n<p>Marikh<\/td>\n<td width=\"88\" valign=\"top\">Marikh<\/td>\n<td width=\"106\" valign=\"top\">Ares<\/td>\n<td width=\"95\" valign=\"top\">Martis\/&nbsp;<\/p>\n<p>Matius<\/td>\n<td width=\"86\" valign=\"top\">Mars<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"119\" valign=\"top\">Ke-6<\/td>\n<td width=\"96\" valign=\"top\">Musytari\/&nbsp;<\/p>\n<p>*Brahaspati\/\u00a0 *Guru<\/td>\n<td width=\"88\" valign=\"top\">Mustdary<\/td>\n<td width=\"106\" valign=\"top\">Zeu Pater<\/td>\n<td width=\"95\" valign=\"top\">Dious\/&nbsp;<\/p>\n<p>Ious\/Jovius\/<\/p>\n<p>Joves Pater<\/td>\n<td width=\"86\" valign=\"top\">Jupiter<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"119\" valign=\"top\">Ke-7<\/td>\n<td width=\"96\" valign=\"top\">Zuhal\/&nbsp;<\/p>\n<p>*Syani<\/td>\n<td width=\"88\" valign=\"top\">Zukhal<\/td>\n<td width=\"106\" valign=\"top\">Kronos<\/td>\n<td width=\"95\" valign=\"top\">Saturni\/&nbsp;<\/p>\n<p>Saturnus<\/td>\n<td width=\"86\" valign=\"top\">Saturn<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p>Ke-8\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Bintang tetap dan Bintang Dua Belas (Zodiak\/Horoskop)<\/p>\n<p>Ke-9\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Lapisan Kehabluran<\/p>\n<p>Ke-10\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 <em>Primum Mobile<\/em><\/p>\n<p>Ke-11\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 <em>Empireum<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>* Sanskrit yang sudah menjadi usang dlm BM?<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Rajah 2: Alam Semesta yang Dibayangkan oleh Dante (Terjemahan Inggeris)<\/strong><\/p>\n<p>Sumber: Internet. Rajah asal dalam bahasa Italia belum ditemui walaupun terjemahan Inggeris kepada istilah-itilah utama (selain drp nama planet itu) <em>Hell, The Empyrean, Paradise<\/em> dan <em>Purgatory, Primum Mobile <\/em>masing-masingnya berupa terjemahan\/transkripsian kepada\u00a0 <em>Inferno, Empireum, Paradisio,<\/em> <em>Purgatorio dan Primio Mobilo<\/em>.\u00a0 Terjemahan Melayunya dalam Shaharir 1987\/2000.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Rajah 3: Sistem Alam Semesta Kopernigh (drp Internet: <em>de revolutionibus<\/em> <\/strong><\/p>\n<p>www.bj.uj.edu.pl\/bjmanus\/revol\/titlpg_e.html<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Jadual 2:\u00a0 Kedudukan Alam Semesta mengikut Kopernigh Abad Ke-16 (Berpusatkan Matahari)<\/strong><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<table border=\"1\" cellspacing=\"0\" cellpadding=\"0\">\n<tbody>\n<tr>\n<td width=\"295\" valign=\"top\">Lapisan\/Bulatan   berpusatkan Matahari<\/td>\n<td width=\"295\" valign=\"top\">\u201cBintang\u201d<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"295\" valign=\"top\">Lapisan   pertama<\/td>\n<td width=\"295\" valign=\"top\">Utarid<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"295\" valign=\"top\">Lapisan   Kedua<\/td>\n<td width=\"295\" valign=\"top\">Kartika\/Kejora\/Zuhrah<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"295\" valign=\"top\">Lapisan   Ketiga<\/td>\n<td width=\"295\" valign=\"top\">Bumi\/Ardi   dan Bulan mengelilinginya<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"295\" valign=\"top\">Lapisan   Keempat<\/td>\n<td width=\"295\" valign=\"top\">Marikh<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"295\" valign=\"top\">Lapisan   Kelima<\/td>\n<td width=\"295\" valign=\"top\">Musytrari<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"295\" valign=\"top\">Lapisan   Keenam<\/td>\n<td width=\"295\" valign=\"top\">Zuhal\/Zukhal<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"295\" valign=\"top\">Lapisan   Ketujuh<\/td>\n<td width=\"295\" valign=\"top\">Bintang   Tetap<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Rajah 4: Pergerakan Bintang Siarah (Planet) amnya mengikut Teori Newton<\/strong><\/p>\n<p><strong> <\/strong><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong> <\/strong><\/p>\n<p><strong> <\/strong><\/p>\n<p><strong> <\/strong><\/p>\n<p><strong> <\/strong><\/p>\n<p><strong> <\/strong><\/p>\n<p><strong> <\/strong><\/p>\n<p><strong> <\/strong><\/p>\n<p><strong> <\/strong><\/p>\n<p><strong> <\/strong><\/p>\n<p><strong>Rajah 5: Ilustrasi bayangan \u201cBintang\u201d (Planet) Meliuk di Sekitar Matahari<\/strong><\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/upload.wikimedia.org\/wikipedia\/en\/8\/83\/Perihelion_precession.jpg\"><\/a><strong> <\/strong><\/p>\n<h1>Sumber: http:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Precession<\/h1>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Rajah 6: Petikan manuskrip al-Syatdir yang menunjukkan pergerakan sebuah graha\/planet<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Rajah al-Syatdir yang menunjukkan penggandaan episikal sebuah planet<\/p>\n<p>bagi tujuan memperbaiki model Batlamiyus.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Sumber: Internet, al-Shatir<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Jadual 3 : Nama-Nama Bintang Dua Belas<\/strong><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<table border=\"1\" cellspacing=\"0\" cellpadding=\"0\">\n<tbody>\n<tr>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Melayu<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Sanskrit<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Arab<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Yunani<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Latin<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Inggeris<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Kambing\/&nbsp;<\/p>\n<p>Hamar<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Mesya<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Hamar<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Krios\/&nbsp;<\/p>\n<p>Eriphos<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Aires<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Aries<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Lembu\/Taur<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Vrisyabha<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Thaur<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Tauros<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Taurus<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Taurus<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Mintuna\/&nbsp;<\/p>\n<p>Jauza<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Mintuna\/&nbsp;<\/p>\n<p>Mithuna<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Jauza<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Didymoi<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Geminus<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Gemini<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Ketam\/&nbsp;<\/p>\n<p>Mengkara\/<\/p>\n<p>Makara\/<\/p>\n<p>Sartan\/<\/p>\n<p>Kanser<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Karkataka<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Sarthan<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Karkinos<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Cancer<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Cancer<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Singa\/&nbsp;<\/p>\n<p>Asad\/Leo<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Simha<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">\u2018Ashod<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Leon<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Leo<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Leo<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Mayang\/&nbsp;<\/p>\n<p>Sunbulah\/<\/p>\n<p>Sumbulah<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Kanya<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Sunbulaht<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Parthevo<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Virgo<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Virgo<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Neraca\/&nbsp;<\/p>\n<p>Tula\/<\/p>\n<p>Mizan\/Libra<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Tula<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Mizan<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Zygos<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Libra<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Libra<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Kala\/Akrab\/&nbsp;<\/p>\n<p>Aqrab\/<\/p>\n<p>Skorpio<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Kala<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">al-Aqrab<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Skorpios<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Scorpio<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Scorpio<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Pemanah\/&nbsp;<\/p>\n<p>Qaus\/<\/p>\n<p>Sagitarius<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Danus<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Qaus<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Toxetes<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Sagittarius<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Sagittarius<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Kambing\/&nbsp;<\/p>\n<p>Jadi\/<\/p>\n<p>Jadyi<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Makara&nbsp;<\/p>\n<p>(lihat Ketam)<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Jadyi<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Aigokheros<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Capricornus<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Capricorn<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Kumba\/&nbsp;<\/p>\n<p>Dalu\/Dalwi\/<\/p>\n<p>Akuarius<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Kumbha<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Dalwi<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Hydrokhoos<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Aquarius<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Aquarius<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Ikan\/Hut<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Mina&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Hut<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Ikhthayes\/&nbsp;<\/p>\n<p>Ichthyes<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Piscis<\/td>\n<td width=\"98\" valign=\"top\">Pisces<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n\n<!-- NgfbSharing::get_buttons content filter skipped: buttons_on_index not enabled -->\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Shaharir b.M.Z. Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya &nbsp; Abstrak Konsep alam\u00a0 dan alam semesta Barat dibicarakan secara perbandingannya dengan konsep berkenaan di dalam Islam. Perkara yang diminati oleh para sarjana Barat dan Muslim Tamadun Islam di dalam kajian mereka terhadap alam semesta dibicarakan. Sorotan dilakukan terhadap kedudukan Islam di dalam kajian alam semesta mengikut al-Qur\u2019aan, &#8230;<\/p>\n <a class=\"moretag\" href=\"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=1535\">[Baca teks penuh...]<\/a>","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[9],"tags":[],"class_list":["post-1535","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-c02-makalah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1535","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1535"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1535\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1537,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1535\/revisions\/1537"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1535"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1535"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1535"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}