{"id":1481,"date":"2011-07-27T13:54:34","date_gmt":"2011-07-27T05:54:34","guid":{"rendered":"http:\/\/www.asasi.my\/?p=1481"},"modified":"2011-07-27T13:54:34","modified_gmt":"2011-07-27T05:54:34","slug":"seminar-internasional-serumpun-melayu-v","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=1481","title":{"rendered":"Seminar Internasional Serumpun Melayu V"},"content":{"rendered":"<p>Tajuk: Seminar Internasional Serumpun Melayu V (8-9 Juni 2011)<br \/>\nTema: \u201cDinamika Hubungan Peradaban Melayu Serumpun Indonesia-Malaysia dan Peradaban Tionghoa\u201d<br \/>\nTempat: Universiti Hasanuddin, Sulawesi Selatan, Makassar<br \/>\nPelaksana: Fakultas Ilmu Budaya (FTB), Unhas Makassar atas kerjasama  Universiti Hasanuddin dan<br \/>\nUniversiti Kebangsaan Malaysia (Indonesia-Malaysia)<\/p>\n<p>Oleh: Izuan Razali<\/p>\n<p>Pada 8 hingga 9 Jun 2011 yang  lalu telah diadakan satu seminar  Seminar Internasional Serumpun Melayu V yang berlangsung di Fakultas Ilmu Budaya (FIB) Universiti Hasanuddin. Seminar ini merupakan hasil kerjasama yang erat diantara Universiti Kebangsaan Malaysia (khususnya Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, FSSK) dengan Universiti Hasanuddin (khususnya Fakultas Ilmu Budaya, FIB). Acara seperti ini bukanlah yang pertama kali diadakan oleh kedua-duan penganjur malahan ini merupakan siri seminar yang ke-5. Pada dua tahun lepas seminar SERUMPUN telah pun diadakan di UKM.<br \/>\nTema umum yang ditawarkan dalam SERUMPUN V ialah \u201cDinamika Hubungan Peradaban Melayu Serumpun Indonesia-Malaysia dan Peradaban Tionghoa\u201d. Daripada tema umum tersebut terdapat beberapa sub tema secara tentatif iaitu (1) Birokrasi dan Kekuasaan dalam Perkembangan Budaya Melayu dan Tionghoa, (2) Strategi Pengembangan Bahasa, Sastera dan Budaya (Melayu, Tionghoa, dll), (3) Dinamika Politik Hubungan China (Tionghoa) dan Melayu di Nusantara, (4) Kekuatan Ekonomi Melayu dan Tionghoa pada tahun 2020, (5) Media dan Komunikasi, (6) Psikologi dan Pembangunan Sosial, (7) Pembangunan dan Persekitaran (8) Pendidikan, dan (8) Masalah Arkeologi. Terdapat beberapa alasan mengapa tema ini yang disodorkan oleh panatia. Selain kerana rumusan dan cadangan seminar SERUMPUN sebelumnya, juga kerana masalah peradaban Melayu dalam kaitanya dengan Tionghoa telah menjadi isu dan kajian aktual dalam dua tahun terakhir ini. Namun demikian, Tionghoa yang dimaksudkan dalam tema ini lebih khusus ditujukan kepada Tionghoa yang ada dalam dunia Melayu.<br \/>\nManakala dari segi penerbitan prosiding, Kedua-dua pihak penganjur telah membahagikan penerbitan kepada empat judul (seri) masing-masing (1) Kebahasaan, Sastera dan Pendidikan, (2) Sejarah, Budaya dan Arkeologi, (3) Politik dan Ekonomi, dan (4) Pembangunan, Psikologi dan Masalah Sosial. Tiap-tiap judul mempunyai kurang lebih 40 makalah, dengan jumlah halaman antara 430 sehingga 535 halaman setiap judul. Disebabkan seminar ini dilaksanakan dalam konteks Internasional, maka makalah yang diterima terdiri daripada tiga bahasa iaitu Indonesia, bahasa Melayu, dan bahasa Inggeris. Selain daripada penerbitan prosiding, seminar SERUMPUN V turut menerbitkan kumpulan-kumpulan abstrak daripada kesemua pemakalah. Penerbitan kumpulan abstrak ini disebabkan oleh penerimaan jumlah abstrak yang lebih banyak dibandingkan dengan jumlah makalah lengkap. Menurut editorial, jumlah makalah yang diterima oleh panatia sebanyak 186 buah dan hampir seluruh abstrak yang masuk telah diterbitkan dalam \u201cKumpulan Abstrak Serumpun V\u201d dengan matlamat ianya akan memberi inspirasi kepada semua untuk melahirkan karya-karya akademik lebih lanjut.<br \/>\nDalam Seminar tersebut terdapat pelbagai kertas kerja yang dibentangkan berdasarkan kepada bidang kepakaran masing-masing. Para pembentang adalah terdiri daripada para pensyarah-pensyarah, pelajar kedoktoran dan pelajar-pelajar Sarjana dari Malaysia dan Indonesia khususnya daripada UKM dan UNHAS. Dalam SERUMPUN V terdapat tiga orang pembicara utama yang memulakan pembentangan kerja masing-masing iaitu Prof. Dr. Zulkifley Hamid (Timbalan Dekan 1, FSSK) melalui kertas kerjanya yang bertajuk \u201cKurikulum Perbezaan untuk Negara Multi Etnik\u201d, Prof. Dr. Nordin Hussin (Pensyarah Sejarah, FSSK) dengan makalah bertajuk \u201cMelayu Bugis dan Kuasa Eropah di Dunia Melayu: Pertembungan dan Perubahan\u201d, dan kertas kerja daripada Dr. Priyanto Wibowo (Pensyarah program Studi Cina dan ketua Jabatan Ilmu Sejarah, UNHAS) yang bertajuk \u201cPosisi dan Identitas Tionghoa Indonesia dalam Masyarakat Multikultur\u201d. Namun, seperti mana seminar-seminar yang berlangsung di tempat lain, SERUMPUN V juga mengalami masalah pengurusan yang kurang baik (mungkin disebabkan oleh faktor jauh berhubung) sehingga menyebabkan ada dikalangan para peserta yang tidak membentang kertas kerja. Walaubagaimanpun, perkara ini tidak perlu ditekankan sangat kerana ianya adalah perkara biasa dalam perlaksanaan aktiviti-aktiviti seperti itu, masalah kesilapan meneriman maklumat itu sentiasa berlaku. Apa yang penting daripada seminar seperti ini ialah, adakah tercapai objektif seminar SERUMPUN V tersebut dengan tema yang dibawa itu?.<br \/>\nSecara keseluruhannya, SERUMPUN V boleh dikatakan berjaya dalam mencapai beberapa objektif dan temanya. Terutamanya, usaha-usaha kedua-dua penganjur dalam menonjolkan peranan dan penglibat bangsa Tionghoa (Cina) dalam  proses sejarah di Alam Melayu. Penghargaan ini sangat penting dalam mengeratkan perhubungan antaran bangsa Melayu\/Indonesia dengan bangsa Tionghoa yang mana sebelum zaman pra Islam kedua-dua bangsa ini pernah menganut kebudayaan yang sama. Walaubagaimanapun, terdapat kekurangan pada hemat kami berkenaan peradaban Melayu. Sepanjang pemerhatian kami berada seminar tersebut, peradaban Melayu Serumpun Indonesia-Malaysia seolah-olah di kecilkan dan tertumpu kepada peranan orang-orang Bugis sahaja. Kebanyakan kertas kerja yang dibentangkan oleh para pembentang (terutama dalam bidang sejarah) membincangkan peranan orang-orang bugis dalam aspek ekonomi, politik dan sosial di Indonesia dan Malaysia. Contohnya pada kertas kerja pembicara utama sendiri hanya membincangkan pertentangang Melayu Bugis dan Eropah. Sewajarnya kertas kerja tersebut perlu bersifat menyentuh keseluruhan etnik-etnik Melayu yang terdapat di Alam Melayu ini. Bukan niat kami untuk mempertikaikan kecenderungan tersebut, tetapi  apa yang kami lihat dalam membicarakan peradaban Melayu tersebut perlu di bincangkan juga peranan suku-suku Melayu yang lain, kerana rumpun Melayu itu luas. Lagipun, barulah selari dan sempurna istilah SERUMPUN itu.<br \/>\nSeminar SERUMPUN V  mempunyai kekuatan sendiri jika ianya mementingkan aspek kualiti kertas kerja dan bukan pada kuantiti penyertaan (Hakikatnya itulah yang sering berlaku dimana-mana seminar, yang penting nama ada di dalam prosiding). Seperti tahun-tahun sebelumnya seminar ini diharapkan mendapat penyertaan yang menggalakkan terutamanya kepada penyelidik muda yang mempunyai minat yang dalam terhadap kajian peradaban. Selain itu, Seminar SERUMPUN ini merupakan antara seminar yang dilihat dapat memperkasakan penyelidikan dalam peradaban Alam Melayu (kalau betul caranya), dan berkemungkinan dapat diluaskan lagi hubungannya dengan perdaban Tionghoa dan peradaban India sehingga mampu menjejak ketamadunan Melayu zaman pra Islam. <\/p>\n\n<!-- NgfbSharing::get_buttons content filter skipped: buttons_on_index not enabled -->\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tajuk: Seminar Internasional Serumpun Melayu V (8-9 Juni 2011) Tema: \u201cDinamika Hubungan Peradaban Melayu Serumpun Indonesia-Malaysia dan Peradaban Tionghoa\u201d Tempat: Universiti Hasanuddin, Sulawesi Selatan, Makassar Pelaksana: Fakultas Ilmu Budaya (FTB), Unhas Makassar atas kerjasama Universiti Hasanuddin dan Universiti Kebangsaan Malaysia (Indonesia-Malaysia) Oleh: Izuan Razali Pada 8 hingga 9 Jun 2011 yang lalu telah diadakan satu &#8230;<\/p>\n <a class=\"moretag\" href=\"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=1481\">[Baca teks penuh...]<\/a>","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-1481","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-c07-laporan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1481","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1481"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1481\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1482,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1481\/revisions\/1482"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1481"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1481"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1481"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}