{"id":1446,"date":"2011-06-30T17:02:25","date_gmt":"2011-06-30T09:02:25","guid":{"rendered":"http:\/\/www.asasi.my\/?p=1446"},"modified":"2011-06-30T17:03:09","modified_gmt":"2011-06-30T09:03:09","slug":"percubaan-shaharir-menggunakan-falsafah-sains-islam-dan-melayu-bagi-mengimbangi-pencapaian-barat-dalam-teori-model-alam-dan-teori-atom","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=1446","title":{"rendered":"Percubaan Shaharir Menggunakan Falsafah Sains Islam dan Melayu bagi Mengimbangi Pencapaian Barat dalam Teori Model Alam dan Teori Atom"},"content":{"rendered":"<p><strong>Percubaan Shaharir Menggunakan Falsafah Sains Islam dan Melayu bagi Mengimbangi Pencapaian Barat dalam Teori Model Alam dan Teori Atom<\/strong><\/p>\n<p>(Ulasan Terhadap Karya-Karya Shaharir Mohd Zain, \u201cKritikan Teori Kenisbian dan Teori Quantum (KTNTQ)\u201d, ASASI, 2011; \u201cTabii Zarah Atom (TZA) : Penjana Sains Matematik Baru dan Terserlahnya Alam Metafizik\u201d, PELANDOK 8, PPSM, FST, UKM, 2005; \u201cDinamik Sebutir-Dua Zarah Klasik (DSDZK) : Penjana Sains Matematik, Peguam Bela dan Penjana Nilai Serta Kontroversinya Sepanjang Zaman\u201d, PELANDOK 7, PPSM, FST, UKM, 2004)<\/p>\n<p>Oleh : Dr Mohammad Alinor bin Abdul Kadir<\/p>\n<p>SUA, ASASI; Felo Tamu, ATMA, UKM; Penyelidik Bersekutu, INSPEM, UPM.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>0. Pengenalan<\/strong><\/p>\n<p>Saya sengaja membawakan ulasan kepada 3 buku karya Dr. Shaharir berkenaan adalah kerana sebenarnya tidak lengkap mentelaah hanyalah buku yang siap 2008 tapi terbit 2011 itu sahaja. Ini kerana dua buah buku yang lain itu, iaitu yang terbit 2005 dan 2004 tersebut, adalah buku-buku yang dikarang khas oleh beliau sebagai prakeperluan bagi memahami aspek-aspek yang mendalam matematik dan fiziknya, dan ini amat penting kepada peminat\/pembaca, pentelaah, mahasiswa\/i, pensyarah dan penyelidik bidang kosmologi dan atom. Mereka yang mahu mendalami dua bidang ini mestilah perlu sampai kepada dua buku lebih awal yang saya maksudkan tersebut. Malahan, 3 buku ini dinyatakan oleh saudara Dinsman di dalam tulisannya menghebahkan program ulasan buku ini di dalam Harakah terbaru. Jadinya, saya akan berusaha menyampaikan sekitar 4 aspek perbincangan yang dibawakan oleh Dr. Shaharir di dalam 3 buah buku ini. Pada saya, 4 aspek perkembangan inilah yang secara umumnya perlu dijadikan sebagai model bagi memahami ketiga-tiga buah buku ini. Buku-buku karyanya yang lain, yang menyentuh dua bidang ini, iaitu yang terbit sebelum 2004, adalah buku-buku yang menyokong kandungan 3 buah buku yang saya ulas ini. Saya sediakan senarai karya Dr. Shaharir diakhir makalah ini. Saya masih ingat tatkala saya mengambil kursus QP3022 : Sejarah dan Falsafah Sains pada tahun 1990, dan QM4022(?) : Sejarah dan Falsafah Matematik pada tahun 1991, saya bertungkus-lumus mendapatkan dan membeli buku-buku ini untuk ditelaah, sebabnya Dr. Shaharir tatkala itu mengajarkan kedua-dua subjek tersebut bukanlah bersikap sebagai sejarawan (tahap yang selalu dicapai oleh kebanyakan ahli sains yang terlatih dalam bidang sejarah dan falsafah sains-teknologi), tetapi sejarawan-falsafawan-matematikawan-fizikawan. Ini amat memeningkan. Contohnya, beberapa kali beliau berhujah sehinggakan kepada aspek matematik dan fizik yang tinggi-tinggi, dengan hanyalah memulai kuliah dengan bertanyakan apakah berita muka depan akhbar yang kami baca sebelum\/sewaktu sarapan hari ini. Itu belum masuk perbincangan beliau yang mencungkil maklumat sains dan teknologi daripada peradaban Melayu ini, seperti yang disampaikan dalam dua buah buku beliau, iaitu Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains (SFS). 1987. Kuala Lumpur: Akademi Sains Islam Malaysia. 175 pp. (suntingan ke-2 pada 2000 oleh Penerbit UKM) dan Simbiosis antara Sistem Nilai dengan Matematik (SSNM). 1990. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 64 pp. Juga, keempat-empat bidang perbahasan yang saya maksudkan mahu dibincangkan dalam makalah ini akan disokong oleh 5 kuliah yang beliau berikan di PPFG, FST, UKM, iaitu pada 16\/4, 14\/5, 28\/5, 11\/6 dan 25\/6. Terima kasih diucapkan kepada ASASI dan PPFG yang menganjurkan kuliah-kuliah ini. Tiga kuliah lagi, iaitu pada 22\/7, 5\/8 dan 19\/8 akan diadakan di INSPEM, UPM. Kepada yang benar-benar mahu mendalami bidang ini, sebaiknyalah hadir dalam 3 kulaih yang akan berlangsung di INSPEM tersebut. Saya mulai perbahasan pertama.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>1. Perkembangan Teori Model Alam Pithagoras-Aflatun\/Plato-Eudoksus-Aristotle-Appolonius-Hipparkhus-Batlamiyus\/Ptolemy<\/strong><\/p>\n<p>Perkembangan ini dibincangkan oleh Dr. Shaharir dengan agak teliti menerusi DSDZK, pp. 1-18. Beliau mengutarakan kekuatan dan kelemahan Model Alam Aristotle dan Model Alam Batlamiyus\/Ptolemy. Yang menariknya, Model Alam Melayu juga dibincangkan pada pp. 2-3, yang diambil daripada SFS, dan kemudiannya dikembangkan lagi dalam makalahnya bertajuk \u201cModel Alam Semesta Rumpun Melayu Pra-Islam dan Zaman Peralihannya\u201d, Kesturi 18 (2008) : 78-97. Beliau tidak membincang Model Alam Islam disini sebab zaman ini adalah lebih awal daripada zaman Tamadun Islam, namun beliau membincangkan Model Alam Melayu-Islam yang banyak dipengaruhi oleh Model Alam Hindu-Buddha, seperti yang terkandung dalam karya al-Raniri berjudul <em>Bustan al-Salatin itu<\/em>, \u00a0dalam makalah yang terbit dalam Kesturi itu. Sesuatu yang amat menarik untuk dikembangkan adalah kajian-kajian berkenaan Model Alam Arab sebelum kedatangan Islam, Model Alam Melayu (Funan, Cam dan Sriwijaya) sebelum kedatangan Hindu-Buddha, dan Model Alam Bangsa-Bangsa Asia Timur Awal seperti Cina, Jepun, Khmer, Viet, Thai, Mon, Myanmar dll sebelum dan selepas kedatangan Hindu-Buddha. Kajian sebegini pernah dilakukan oleh Eade, J.C. <em>Astronomical Inscriptions at Pagan : A Computer Analysis<\/em>. BEFEO 81 (1994) : 269-292. Ini mampu merungkai isu sejarah berkenaan asal-usul Teori Model Alam yang dikembangkan di Yunani\/Greek.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>2. Perkembangan Teori Model Alam al-Syatir-Kopernigk-Newton<\/strong><\/p>\n<p>Dr. Shaharir membincang bahagian ini dalam DSDZK, pp. 19-99. Beliau berhujah bahawa Aristarkhus di Yunani semenjak kurun ke-3SM lagi mengatakan bahawa matahari adalah pusat alam. Ini diperteguhkan lagi oleh al-Syatir dalam Tamadun Islam pada kurun ke-12M, lalu mempengaruhi Kopernigk pada tahun 1530 untuk mengarang \u201cDe Revolutionibus Oberium Shera\u201d, yang terbit pada 1543. Pengaruh Islam secara menyeluruh terhadap Barat bolehlah ditelaah dalam Hugonnard-Roche, H. 1996. <em>The Influence of Arabic Astronomy in the Medieval West, <\/em>dalam<em> Encyclopedia of The History of Arabic Science<\/em>. Routledge. Dalam DSDZK, Dr. Shaharir membahaskan Model Alam Kopernigk (1530) pada pp. 19-26, Model Alam Kepler (1609) pada pp. 27-31, Model Alam Newton (1686) pada pp. 32-64, Model Alam Langrange (1810) pada pp. 65-70 dan Model Alam Hamilton (1860) pada pp. 71-78. Sebelum masuk kepada perkembangan ke-3, dalam DSDZK pp. 79-99, beliau membahaskan masalah-masalah pokok yang tidak boleh dirumuskan menggunakan model ini, iaitu anjakan perihelion Utarid, konsep ruang dan masa, ketaktepermanaian alam semesta, tabii keelektromagnetan, tabii cahaya, ujikaji Michelson-Morley dan sinaran jasad hitam. Bersebabkan masalah mendapatkan bahan-bahan rujukan yang sesuai, beliau tidak mampu menjelaskan apakah keadaannya yang berlaku dalam Tamadun Islam selepas al-Syatir, atau selepas pengaruh Kopernigk-Newton terhadap Tamadun Islam? \u2018Bahan-bahan rujukan yang sesuai\u201d itu bermaksud manuskrip-manuskrip Tamadun Islam yang membahas bidang ini selepas tahun 1600, yang tentunya banyak di Turki, India, Parsi, Mesir dll. Kajian berkenaannya di Alam Melayu dilakukan oleh Dr. Baharrudin Zainal dalam tesis PhDnya tentang Ilmu Falak Alam Melayu. Dr. Shaharir adalah penyelia ke-2 tesis Baharrudin ini. Namun Dr. Baharrudin tidak menunjukkan adakah Barat mempengaruhi Model Alam Melayu-Islam. Dua perkara yang menarik diperbincangkan disini adalah : Adakah Tamadun Islam membangun Model Alamnya sendiri yang sama, selari atau berlainan daripada yang dikembangkan di Barat? Dan persoalan, apakah perkembangan di Barat tersebut mempengaruhi perkembangan di Tamadun Islam? Ini masih belum mampu dijawab. Perkembangan Teori Model Alam dalam Tamadun Islam boleh ditelaah daripada <em>Encyclopedia of The History of Arabic Science<\/em>. 1996. Routledge tersebut.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Saya mahu sedikit keluar berbahas, iaitu dengan menunjukkan bahawa Barat menyebarkan Model Alamnya ke Asia, terutamanya ke Jepun dan Cina. Ini selalu saya lakukan untuk mendapatkan bahan-bahan bertulis yang hilang dalam Tamadun Melayu Pra-Islam. Lihat karya Liu Dun, <em>Western Knowledge of Geography Reflected in Juan Cobo\u2019s Shilu (1593)<\/em>, Wang Qianjin, <em>The Continuing Influence of The Portuguese : The Contribution of \u201cA New Interpretation of World Geography\u201d, <\/em>Hashimoto Keizo<em>, Jesuit Observations and Star-Mappings in Beijing as the Transmission of Scientific Knowledge. <\/em>Semua makalah ini diterbitkan dalam<em> History of Mathematical Sciences : Portugal and East Asia II. <\/em>World Scientific. Dalam makalah-makalah ini ditunjukkan secara bersahaja bahawa Cina dan Jepun telah memiliki Model Alamnya sendiri yang berlainan dengan Barat, lalu berlakunya pertembungan dan perbahasan yang agak tegang. Saya juga mengesan berlakunya pertembungan antara Barat-Siam sekitar kurun ke-19M.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>3. Perkembangan Teori Kenisbian Poincare-Einstein<\/strong><\/p>\n<p>Dr. Shaharir membahas tema ini dalam DSDZK pp. 100-241, KTNTQ pp. 1-72, Kuliah-1 KTNTQ : Asal-Usul Teori Einstein, Mitos dan Kenyataannya : Sambutan Barat (16\/4) dan Kuliah-2 KTNTQ : Sambutan Muslim dan Khasnya di Pascabima Terhadap Teori Einstein : Telah, Lani dan Kelak (14\/5). Beliau menunjukkan kembali sejarah yang sebenar berkenaan Teori Kenisbian Einstein, yang berawal daripada kajian Voight-Lorentz-Poincare-FitzGerald (1889) tentang teori\u00a0 ruang-masa dengan eter\/al-athir\/akasa\/angkasa dan kajian Michelson-Morley-Einstein (1905) tentang ruang-masa tanpa eter\/al-athir\/akasa\/angkasa. Saya cumalah ingin menambah maklumat berkenaan perbahasan berkaitan masalah \u201cruang\/<em>space<\/em>\u201d dan \u201cmasa\/<em>time<\/em>\u201d yang berlangsung di Barat semenjak Aristotle dan diperkukuhkan oleh Kant. Pada Aristotle dan Kant, \u201cruang (3-dimensi)\u201d adalah terpisah dengan \u201cmasa\u201d. Pemikir Eropah pertama yang membahas ketakterpisahan \u201cruang\u201d dengan \u201dmasa\u201d lalu membentuk konsep \u201cruang-masa\u201d adalah Hegel, seperti yang dibahas oleh Heidegger dalam \u201c(a) <em>Hegel\u2019s Concept of Time<\/em>, (b) <em>Hegel\u2019s Interpretation of the Connection between Time and Spirit<\/em>\u201d dalam <em>Being and Time<\/em> (1928). Konsep baru ini dibahas dengan panjang lebar oleh ramai ahli falsafah selepas Hegel seperti Nietzsche, Husserl, Bergson, Heidegger, Whitehead dll, namun tidak ada yang mematematikkannya. Itulah kelebihan konsep ruang-masa bermatematik Voight-Lorentz-Poincare-FitzGerald (1889) dan Michelson-Morley-Einstein (1905) berkembang sehingga kini.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Isunya kini, apakah rupa perbahasan \u201cruang\u201d dan \u201cmasa\u201d dalam Tamadun Islam dan Tamadun Melayu? Dr. Shaharir membahas tentang 5 hujah Muhammad Iqbal (1920-an) terhadap Teori Kenisbian Einstein, lalu mengesyorkan bahawa \u201cmasa=taqdyr\u201d dalam Islam. Dr. Shaharir juga menyatakan perbahasan yang dibawakan oleh Mulla Sadra (meninggal 1640M) yang menyatakan bahawa \u201cmasa=merentasi ruang dan zat\/jawhar bahan\u201d. Kedua-dua konsep ini, dan banyak lagi mungkinnya, masih belum dikaji dengan teliti oleh fizikawan Muslim dalam usaha mencabar \u201cruang-masa\u201d Poincare-Einstein. Dr. Shaharir ada mencadangkan agarnya kini dipertimbangkan \u201cruang-masa (3+2)-dimensi\u201d bagi memasukkan entiti baru \u201cmerentasi zat\/jawhar bahan\u201d tersebut.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Bagaimana pula di Alam Melayu? Mengikut Asmah, \u201cmasa=lani\u201d dalam kebudayaan Melayu, walaupun mungkin \u201clani\u201d datangnya daripada Sanskrit \u201ckala\u201d. Asmah berhujah, dan dipersetujui oleh Dr. Shaharir bahawa \u201cte(la)h\u201d dan \u201cke(la)k\u201d adalah terbitan daripada \u201c(la)ni\u201d. Ini memerlukan penelitian lanjut. Ini menunjukkan bahawa orang Melayu mementingkan peristiwa-peristiwa \u201clani\u201d, malah menerbitkan peristiwa-peristiwa lalu (sejarah) \u201cte(la)h\u201d dan perancangan-perancangan akan datang (futuristik) \u201cke(la)k\u201d daripada kefahaman terhadap peristiwa-peristiwa \u201clani\u201d. Ini mungkin penemuan baru dalam Teori Sejarah Melayu, kalaupun ada bidang ini. Namun, saya mahu menambah sesuatu. Berdasarkan telaah saya terhadap prasasti dijangkakan bertarikh 600-800M di Sailendra\/Sriwijaya, berbahasa Sanskrit, yang diterjemahkan ke Inggeris oleh Casparis, \u201cpurva\u201d\/telah dan \u201caparante\u201d\/kelak menerbitkan \u201cpurvaparante\u201d\/lani. Ini bermaksud masa dalam kebudayaan Sanskrit adalah kebalikan masa dalam kebudayaan Melayu. Namun, apabila saya menyemak karya Nagarjuna, <em>Madhyamakasastra <\/em>(200M), terjemahan Brian Bocking (1995), saya mendapati bahawa 3 daripada 4 kemungkinan terbitan masa berlaku, iaitu \u201ctelah\u201d menerbitkan \u201clani\u201d dan \u201ckelak\u201d, \u201clani\u201d menerbitkan \u201ctelah\u201d dan \u201ckelak\u201d (Melayu?), \u201ckelak\u201d menerbitkan \u201ctelah\u201d dan \u201clani\u201d. Yang Nagarjuna tidak pertimbangkan adalah kemungkinan \u201ctelah\u201d dan \u201ckelak\u201d menerbitkan \u201clani\u201d (Sanskrit?). Kajian saya juga menunjukkan bahawa beberapa buah buku Nagarjuna ini tersebar di Funan, Campa(?) dan Sriwijaya. Dan memanglah tersebar juga di Cina, Jepun dan Korea. Mungkinkah Nagarjuna ini yang mempengaruhi terbitan masa Melayu itu? Bagaimana ini boleh dibahaskan setanding konsep \u201cruang-masa\u201d Poincare-Einstein?<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>4. Perkembangan Teori Quantum<\/strong><\/p>\n<p>Dr. Shaharir membahaskan topik ini dalam seluruh kandungan TZA, KTNTQ pp. 73-207, Kuliah-3 KTNTQ : Asal-Usul Teori Quantum, Aksiom dan \u201cFakta\u201d Utamanya, Kuliah-4 KTNTQ : Asal-Usul Mazhab Teori Quantum dan Pelbagai Kritikan Ilmuwan Barat terhadap Teori Quantum, dan Kuliah-5 KTNTQ : Tanggapan Muslim dam Khasnya Muslim Pascabima Terhadap Teori Quantum : telah, Lani dan Kelak. Bab 1 daripada TZA amat menarik untuk dibincangkan. Di dalamnya Dr. Shaharir membincangkan Alam Atom dalam Pelbagai Tamadun, lalu beliau membahas tentang makna \u201catomos=tidak boleh dibahagi\u201d dalam bahasa Greek bawaan Demokritus sehinggalah teori atom Dalton (mati 1844). Dalam bahasa Arab, istilah yang digunapakai adalah \u201cdharrah\/dzarrah\/zarrah\u201d dan \u201cjawhar\u201d. Menariknya, beliau juga memetik istilah di Alam Melayu, iaitu \u201ckaki semut\u201d, \u201chama\u201d, \u201cdebu\u201d, \u201cbiji hama\u201d dan \u201ckuman\u201d. Apakah teorinya? Seterusnya, beliau membahas Teori Quantum bawaan Planck, Heisenberg, Schroedinger, Feynman, dll sehinggakan sebanyak 29 mazhab\/pandangan. Semuanya adalah berkenaan penjelasan Alam Atom.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Kembali kepada Teori Model Alam, tapi kini berperisa Teori Quantum. Dr. Shaharir membincangkan dengan agak teliti dalam KTNTQ tentang tidak serasinya ajaran-ajaran Islam, malah mungkin sekali ajaran Kristian dan Yahudi, dengan Teori Model Alam Quantum yang dibina di Barat, terutamanya oleh Penrose-Hawking katakan. Contohnya, dalam Teori Model Alam Quantum, adakah persoalan asal-usul kejadian alam, tafsiran banyak alam, dualism, tindakan sesaujana, hubungan minda-jirim, nyataisme dam ketaksetempatan, kemusnahan alam, kembara masa, kewujudan, keinsafan, dll lagi tafsirannya menurut Teori Quantum itu selaras atau bercanggah dengan Islam? Dr. Shaharir berpendirian bahawa, dalam banyak hal, tafsiran-tafsiran Teori Quantum ini adalah bercanggah dengan Islam, lalu mengajar Saintis Muslim membina teori-teori yang lebih serasi dengan Islam.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>5. Saranan<\/strong><\/p>\n<p>Beliau menyarankan kepada saintis Melayu-Islam agarnya menguasai kefahaman terhadap Teori Model Alam dan Teori Atom yang dibangunkan oleh Barat, lalu menapisnya menurut tradisi keilmuan Islam, Melayu-Islam dan Melayu Pra-Islam yang serasi dengan Islam dan Melayu-Islam.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong> <\/strong><\/p>\n<p><strong> <\/strong><\/p>\n<p><strong> <\/strong><\/p>\n<p><strong> <\/strong><\/p>\n<p><strong>Senarai Karya Dr. Shaharir dalam bidang Matematik Fizik sebelum 2004.<\/strong><\/p>\n<p>1984. Siri dan Kegunaannya dalam Persamaan Terbitan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 162 pp<\/p>\n<p>1985. Cacatan Berkenaan Teknik-Teknik Pengamiran Fungsi Satu Pembolehubah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 54 pp.<\/p>\n<p>1986. Teori Permulaan Penjelmaan Fourier dan Kegunaannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 175 pp.<\/p>\n<p>1989. Teori Permulaan Persamaan Terbitan dan Persamaan Pembeza. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 175 pp.<\/p>\n<p>1991. Vektor dan Tensor: Satu Pendekatan Terkamir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 372 pp.<\/p>\n<p>1994. Sains Permulaan Menerusi Persamaan Pembeza dan Persamaan Terbitan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 750 pp.<\/p>\n<p>2000. Tensor dan Pembeza: Pengenalan Kalkulus atas Manifold. Siri Pelandok 3. Bangi: Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia. 253pp<\/p>\n<p>2002. Matematik Fungsi Teritlak dan Kegunaannya. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia<\/p>\n<p>2002. Kamiran Lebesgue. Kejayaan dan Batas-Batasnya. Siri Pelandok 5. Bangi: Pusat Pngajian Sains Matematik, FST, UKM<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n\n<!-- NgfbSharing::get_buttons content filter skipped: buttons_on_index not enabled -->\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Percubaan Shaharir Menggunakan Falsafah Sains Islam dan Melayu bagi Mengimbangi Pencapaian Barat dalam Teori Model Alam dan Teori Atom (Ulasan Terhadap Karya-Karya Shaharir Mohd Zain, \u201cKritikan Teori Kenisbian dan Teori Quantum (KTNTQ)\u201d, ASASI, 2011; \u201cTabii Zarah Atom (TZA) : Penjana Sains Matematik Baru dan Terserlahnya Alam Metafizik\u201d, PELANDOK 8, PPSM, FST, UKM, 2005; \u201cDinamik Sebutir-Dua &#8230;<\/p>\n <a class=\"moretag\" href=\"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=1446\">[Baca teks penuh...]<\/a>","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-1446","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-c07-laporan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1446","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1446"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1446\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1449,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1446\/revisions\/1449"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1446"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1446"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1446"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}