{"id":1417,"date":"2011-06-30T16:06:59","date_gmt":"2011-06-30T08:06:59","guid":{"rendered":"http:\/\/www.asasi.my\/?p=1417"},"modified":"2011-06-30T16:06:59","modified_gmt":"2011-06-30T08:06:59","slug":"pascamoden-dan-letak-epistemologinya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=1417","title":{"rendered":"Pascamoden dan Letak Epistemologinya"},"content":{"rendered":"<p><strong>Pascamoden dan Letak Epistemologinya<\/strong><strong> <\/strong><\/p>\n<p>Oleh : Dr. Mohammad Alinor bin Abdul Kadir<\/p>\n<p>SUA (ASASI), Felo Tamu (ATMA, UKM) &amp; Penyelidik Bersekutu (INSPEM, UPM)<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>1. Awal Bicara<\/strong><\/p>\n<p>Saya beranggapan bahawa nota yang saya tulis ini adalah pra-perbincangan kepada makalah yang akan saya tulis untuk The First Epistemology Workshop in The Philippines di Mindanao State University, Marawi City, Mindanao, pada 21-22\/5\/2011. Makalah saya tersebut hanyalah berbentuk bacaan umum bagi menyokong makalah (hanyalah nota pembentangan) dasar Prof Dr Osman Bakar bertajuk <em>The Challenges of Postmodernism to Islamic Thought<\/em>. Makalah lain yang saya sediakan adalah untuk membahaskan makalah dasar Prof Dr Kamal Hasan bertajuk <em>Islam and The Epistemology of Social Sciences<\/em>. Mungkin kedua-dua bahan ilmiah ini patut juga saudara\/i telaah kemudian, lalu menyatakan pendirian terhadapnya menerusi penulisan. Pembacaan-pembacaan saya sebenarnya tidaklah menjurus kepada karya-karya yang dikelaskan dalam bidang pascamoden, walaupun sekali-sekala terpaksa mentelaahnya, namun menekuni pembacaan bidang epistemologi dan logik, terutamanya dari peradaban Islam, India dan Barat. Memanglah saya mengumpulkan karya-karya epistemologi dan logik Aristotle, Dignaga, Dharmakirti, al-Farabi, Ibn Sina, al-Ghazali, al-Suhrawardi, Descartes, Hume, Mills, Leibniz, Fichte, Kant, Hegel, Bolzano, Husserl, Frege, Russell, Wittgenstein, Heidegger, Sartre, Derrida, dll, lalu mentelaahnya. Tak banyak yang boleh difahami, sebab terlalunya sukar memahami belit-belit bahasa dan penghujahan masing-masing untuk mentakrifkan sesuatu dan menunjukkan bahawa takrif ini lain daripada yang sebelumnya. Namun, lama juga untuk saya memahami bahawa matematik logik yang dikembangkan oleh Frege-Russell, lalu dicabar oleh Hilbert dan Brouwer, sekitar 1890-1930, bukanlah bidang yang bermatlamat sama dengan epistemologi dan logik. Matematik logik adalah bidang yang berusaha untuk menuliskan pernyataan-pernyataan matematik dalam simbol-simbol yang ringkas lalu menyusunnya kembali dalam bentuk yang bersistem sehinggakan perkembangannya terkawalkan oleh kaedah-kaedah pembuktian yang dibenarkan, iaitu induksi, terus, kontrapositif dan percanggahan. Bidang ini dimulai oleh Peano di Italy, Frege dan Hilbert di Jerman, Russell di England dan Brouwer di Belanda. Tatkala itu, matlamat mereka adalah menuliskan semula bidang aritmetik dan geometri sebagai bidang-bidang yang tersusun bersistem. Percanggahan pandangan diantara mereka wujud apabila Brouwer tidak mempercayai kebenaran pembuktian menerusi percanggahan, yang diakibatkan daripada keraguannya terhadap hukum penengah (excluded middle law), iaitu ~~AA. Brouwer langsung membangunkan apa yang digelar kini sebagai matematik konstruktif, iaitu pernyataan-pernyataan matematik dibina secara bertimbun, yang bawah mentakrifkan yang atas. Hebatnya bidang matematik logik ini, \u00a0sehinggakan logikpun di matematik logikkan oleh Boole sekitar awal kurun ke-19M, lalu ditulis sebagai sistem (X, ~, ^, V, . Itulah yang dikenali dalam bidang elektronik sebagai logik Boole yang mengawal suis buka-tutup dalam litar.\u00a0 Banyak sudah sistem lain yang mencabarnya, yang biasa-biasa dengar adalah logik konstruktif Brouwer, logik kuantum, logik kabur, logik 3-nilai (malah logik n-nilai), logik 7-nilai Jaina, dll. Matematik logik ini sebenarnya tidak menjawab isu asal epistemologi dan logik dalam matematik, iaitu antaranya, Apakah nombor? Apakah titik, garis, permukaan dan isipadu? Atau, umumnya, apakah benda matematik? Isu serupa yang dipinggirkan oleh ahli-ahli matematik (malah oleh ahli-ahli matematik logik dan ahli-ahli falsafah matematik) ini masih terus berusaha dijawab oleh ahli-ahli falsafah bahasa seumpama Wittgenstein dan Derrida katakan, yang berusaha menjawab apakah huruf, perkataan dan ayat? Ahli-ahli falsafah politik yang berusaha menjawab apakah manusia\/orang, keluarga, masyarakat, negara, dll? Ahli-ahli falsafah ekonomi yang berusaha menjawab apakah benda, nilai benda, matawang, tukaran barang, jual-beli, dll? Ahli-ahli falsafah agama yang berusaha menjawab apakah manusia, nabi\/rasul, kitab, alam, malaikat, syurga\/neraka dan Tuhan? Ahli-ahli falsafah fizik yang berusaha menjawab apakah gerakan, daya, ruang, masa, dll? Apakah yang berusaha dijawab secara epistemologi dan logik oleh ahli-ahli falsafah pascamoden?<\/p>\n<p><strong>2. Kerangka Umum Epistemologi<\/strong><\/p>\n<p><strong> <\/strong><\/p>\n<p>Adalah sekali dua saya menuliskan tentang perumusan epistemologi yang dibahaskan oleh ramai pemikir sepanjang zaman, mungkin semenjak Plato, iaitu tentang prinsip-prinsip bagaimana manusia mendapatkan pengetahuan. Apakah pembolehubah-pembolehubah yang dicerap\/dihasilkan oleh akal manusia sehinggakan manusia yang memiliki akal tersebut boleh digelar sebagai manusia yang memiliki pengetahuan? Semua perbahasan berkenaan epistemologi yang datangnya dari pelbagai bidang, tak kiralah samada, Sains Tabii, Teknologi, Sains Sosial, Bahasa, Matematik, Sejarah, Teologi, Logik, Undang-Undang, dll, semuanya boleh dirujukkan kepada salah satu daripada prinsip yang tujuh dibawah :<\/p>\n<p>i. Nyataisme\/Realisme : Fikiran mendapat maklum (secara langsung atau secara perwakilan) terhadap benda-benda luaran yang wujud berasingan darinya.<\/p>\n<p>ii. Bendaisme\/Materialisme : Pengetahuan adalah kualiti bagi jiwa\/ruh dan bukannya terbitan bagi sesuatu benda.<\/p>\n<p>iii. Wakilisme\/Representasisme : Benda luaran memindahkan bentuknya, yang merupakan wakil, kepada fikiran.<\/p>\n<p>iv. Unggulisme Berpihak\/Idealisme Subjektif : Benda luaran adalah ciptaan fikiran.<\/p>\n<p>v. Unggulisme Tak-Berpihak\/Idealisme Objektif : Benda luaran adalah ciptaan Tuhan.<\/p>\n<p>vi. Unggulisme Tahap-Tinggi\/Idealisme Transendental : Benda luaran disahkan kewujudannya oleh fikiran melalui konsep benda fikiran.<\/p>\n<p>vii. Wacanaisme\/Dialektikisme : Benda luaran langsung tidak boleh difahami oleh fikiran.<\/p>\n<p>Jika diteliti dengan cermat, hanya ada tiga pembolehubah yang mendasari aksiom-aksiom tadi, iaitu \u201cbenda luaran\u201d, \u201cwakil benda luaran\u201d dan \u201cbenda fikiran\u201d, dan selainnya bolehlah disangkutkan kepada tiga konsep dasar ini. Contohnya, \u201cbenda luaran ciptaan fikiran\u201d pastilah lain daripada \u201cbenda luaran nyata\/sebenar\u201d, tapi letak duduk \u201cbenda luaran\u201d tersebut adalah sama, seumpama \u201ckereta\u201d ciptaan fikiran, letak duduknya malah peranannya, sama dengan \u201ckuda\u201d nyata\/sebenar. Sebelum kita masuk kepada perbahasan berkenaan epistemologi pascamoden, elok dianalisis ketujuh-tujuh prinsip tadi menurut konsep benda fikiran-nyata.<\/p>\n<p><strong>3. Sama-nya\/Universal : Hubungan \u201cBenda Nyata\u201d dengan \u201cBenda Fikiran\u201d<\/strong><\/p>\n<p>Kesemua prinsip epistemologi di atas tadi sebenarnya boleh dianalisis dengan menggunakan dua pembolehubah yang dinyatakan dalam tajuk bahagian ini, iaitu \u201cbenda nyata\u201d yang ditakrifkan sebagai semua benda (nampak atau tidak) yang berada disekeliling seseorang manusia yang mencerapnya untuk mendapatkan pengetahuan dan \u201cbenda fikiran\u201d yang ditakrifkan sebagai benda di dalam fikiran seseorang manusia yang didapatkan samada sebagai perwakilan daripada \u201cbenda nyata\u201d ataupun khayalannya sendiri yang mengubah struktur asal perwakilan itu ataupun khayalannya sendiri yang tidak berdasarkan apa-apa perwakilan. Ada empat prinsip pula bagaimana mahu mengkelaskan hubungan dua benda ini :<\/p>\n<p>i. Nyataisme Melampau : \u201cBenda fikiran\u201d adalah benda yang berbeza daripada \u201cbenda nyata\u201d, yang memiliki kewujudannya sendiri, tetapi berhubungan dengan cara tertentu dengan \u201cbenda nyata\u201d.<\/p>\n<p>ii. Nyataisme Tengah : \u201cBenda fikiran\u201d hanyalah suatu bentuk bagi \u201cbenda nyata\u201d, yang tidak memiliki kewujudan selainnya.<\/p>\n<p>iii. Konseptualisme : \u201cBenda nyata\u201d tidak memiliki kewujudan, ia hanyalah konsep di dalam fikiran manusia yang di\u201dwujud\u201dkan oleh fikiran.<\/p>\n<p>iv. Namaisme : \u201cBenda nyata\u201d yang wujud hanyalah perkataan, dan kewujudannya disahkan menerusi penamaan kepada satu atau lebih benda-benda disekeliling manusia.<\/p>\n<p>Pada saya, konsep \u201cpermainan bahasa\u201d Wittgenstein banyak dicirikan oleh kasus ke-iv ini, malah pandangan-pandangan dalam falsafah bahasa banyak yang tergantung kepadanya. Saya sebutkan hal ini sebab kaitannya dengan Derrida, yang menukilkan konsep dekonstruktif, yang banyak dipengaruhi oleh penyelidikannya terhadap falsasah bahasa.<\/p>\n<p><strong>4. Epistemologi Dekonstruktif Pascamoden (Derrida)<\/strong><\/p>\n<p>Walaupun Derrida bermula menyelidiki falsafah menerusi ulasannya pada tahun 1962 terhadap makalah Husserl bertajuk <em>The Origin of Geometry <\/em>pada 1935, maksudnya beliau mendokong fahaman fenomenologi Husserl pada awalnya. Namun, bantahannya terhadap falsafah bahasa yang cenderung memakai logik, seperti dalam karya-karya Kant, Hegel, Frege, Husserl dan Heidegger, berbanding memakai retorik, seperti dalam karya-karya Ibn Khaldun, Condillac, Rousseau, Royce, Pierce dan Austin, membuatkannya mengkritik karya-karya Husserl menerusi perbandingan logik dan retorik. Debat logik-retorik inipun sebenarnya wujud dalam Tamadun Islam seawal kurun ke-8M, iaitu diantara al-Sirafi dengan Ilmuwan Kristian (guru kepada al-Farabi). Itulah sebabnya Ibn Khaldun terselit dalam buku Derrida yang bertajuk <em>Speech and Phenomena <\/em>(1967). Ibn Khaldun menyatakan bahawa bahasa adalah perangai teknikal, iaitu kebolehan berseni dan berteknik (malaka sina\u2019iyya). Condillac pula menyatakan bahawa bahasa percakapan berasal daripada \u201cbahasa tindakan\u201d. Rousseau pula menyatakan bahawa asal-usul bahasa bergantung kepada alunan dan lenggok perasaan kita, berbanding bergantung kepada logik dan kegunaan (Karya Rousseau bertajuk <em>The Origin of Language<\/em> diulas dalam <em>Grammatologie<\/em> karya Derrida). Pierce kemudiannya mengkaji takrif operasi yang menjelaskan makna ayat-ayat. Royce menggunakan takrif Pierce kepada isu-isu bahasa dalam agama Kristian. Austin mengkaji perilaku bercakap\/bertutur.<\/p>\n<p>Menggunakan idea-idea teras falsafah bahasa yang bertunjangkan retorik inilah Derrida mentakrifkan semula seluruh penjelasan fenomenologi Husserl dan eksistensial Heidegger, kedua-duanya semacam kajian antropologi\/psikologi manusia, lalu menukilkan idea dekonstruktif, yang sebenarnya adalah analisis terhadap fasa kehendak\/kemahuan\/hasrat\/niat seseorang manusia dalam menguruskan kehidupannya.<\/p>\n\n<!-- NgfbSharing::get_buttons content filter skipped: buttons_on_index not enabled -->\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pascamoden dan Letak Epistemologinya Oleh : Dr. Mohammad Alinor bin Abdul Kadir SUA (ASASI), Felo Tamu (ATMA, UKM) &amp; Penyelidik Bersekutu (INSPEM, UPM) &nbsp; 1. Awal Bicara Saya beranggapan bahawa nota yang saya tulis ini adalah pra-perbincangan kepada makalah yang akan saya tulis untuk The First Epistemology Workshop in The Philippines di Mindanao State University, &#8230;<\/p>\n <a class=\"moretag\" href=\"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=1417\">[Baca teks penuh...]<\/a>","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[9],"tags":[],"class_list":["post-1417","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-c02-makalah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1417","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1417"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1417\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1420,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1417\/revisions\/1420"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1417"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1417"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1417"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}