{"id":1242,"date":"2010-12-17T11:34:39","date_gmt":"2010-12-17T03:34:39","guid":{"rendered":"http:\/\/www.asasi.my\/archives\/1242"},"modified":"2010-12-17T11:34:39","modified_gmt":"2010-12-17T03:34:39","slug":"pembinaan-teknologi-melayu-islam-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=1242","title":{"rendered":"PEMBINAAN TEKNOLOGI MELAYU-ISLAM"},"content":{"rendered":"<p class=\"MsoNormal\" align=\"center\"><strong><span>PEMBINAAN TEKNOLOGI MELAYU-ISLAM<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" align=\"center\"><span>Prof. Ir. Dr. Hj. Wan Ramli Wan Daud<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" align=\"center\"><span>Presiden<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" align=\"center\"><span>Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" align=\"center\"><span>Pengarah Institut Sel Fuel &amp; Profesor Kejuruteraan Kimia<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" align=\"center\"><span>Universiti Kebangsaan Malaysia<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" align=\"center\"><span> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><strong><span>ABSTRAK<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Teknologi Melayu-Islam bukanlah sains dan teknologi Barat yang diamalkan oleh ahli teknologi Melayu kini tetapi teknologi yang berasaskan pada kerangka pemikiran Melayu-Islam itu sendiri mengikut pengertian teori paradigma Kuhn. Teknologi Melayu-Islam itu sudah wujud sejak sebelum kedatangan Islam ke alam Melayu lagi dan diperkayakan lagi oleh tamadun Islam tetapi terencat dan terpupus oleh penjajahan Inggeris. Sumber teknologi Melayu-Islam seperti hasil kritikan teknologi Barat, etnoteknologi Melayu dan teknologi Islam klasik dibincangkan bagi menyembulkan ciri penting teknologi Melayu-Islam. Fahaman ekologi Islam sebagai rangkaian umat-umat makhluk seimbang yang sentiasa menyembah Allah dan kesan buruk teknologi terhadap alam sekitar dan ekosistem sebagai fasad fil-ard dibincangkan bagi menentukan batas teknologi Melayu-Islam. Pemilihan teknologi Barat dikritik dan pemilihan teknologi Islam dicadangkan sebagai ganti.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><strong><span>PENGENALAN<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Mengikut Gilfillan 1935, teknologi sesuatu umat itu berubah-ubah sedikit demi sedikit secara evolusi berasaskan teknologi asal atau lama yang masih mampu memenuhi hajat dan keperluan umat itu atau mendadak secara revolusi menghasilkan teknologi serba baru yang menggantikan teknologi asal atau lama yang gagal memenuhi hajat dan keperluan baru umat yang didasari perubahan paradigma ala Kuhn (Kuhn 1996) tetapi bukan kerana<span> <\/span>perubahan paradigma itu sahaja tetapi dari keperluan praktik umat dan kini dari pacuan kepenggunaan bersifat komersial yang sangat pantas (Wan Ramli 2010a).<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Teknologi Melayu pula pastilah sudah lama berkembang dari zaman purba lagi. Pandai keris dan besi dan tukang timbal jong yang turut bekerja di Istana membuat senjata dan jong bagi kegunaan Raja dan Pembesar-Pembesar negeri menunjukkan teknologi besi (logam) atau keris dan teknologi kapal atau jong sudah masyhur dikuasai orang Melayu sejak purba kala lagi (Wan Ramli 1993). <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Teknologi Melayu-Islam menjadi malap setelah pemasaran barangan murah dari Barat dan penguasaan pengangkutan laut oleh penjajah memaksa kebanyakan bengkel logam dan jong dan perahu Melayu tutup kedai dan pengetahuan dan kemahiran pandai keris dan besi dan tukang timbal turut terpupus. Beberapa jenerasi jurutera Melayu, hasil sistem pendidikan sekular itu, menelaah ilmu kejuruteran di England dan Amerika dalam bahasa Inggeris tanpa kritikan dan balik meneruskan kesinambungan kejuruteraan Barat itu di Universiti-Universiti tempatan.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><strong><span>TAKRIF SAINS DAN TEKNOLOGI MELAYU-ISLAM<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Teknologi Melayu-Islam yang dimaksudkan di sini ialah teknologi yang dibina berasaskan konsep penundukan alam taskhir dan tazlil sebagai khalifah Allah di bumi yang tidak merosak alam (fasad fil ard) dan daya cipta\/kreativiti Islam yang meniru penciptaan makhluk (Wan Ramli 2010a). Teknologi yang telah dibina oleh ahli teknologi\/jurutera Melayu tidak layak digelar teknolog Melayu-islam seperti yang dimaksudkan di sini kerana teknologi dan kejruteraan \u2018moden\u2019 itu berasaskan pandangan alam atau kosmologi orang Barat, pegangan sekular atau agama Barat dan budaya kepergunaan Barat yang dieksploitasi oleh kaum kapitalis bagi menghasilkan berbagai produk berteknologi yang berubah dengan pesat bagi mengaut keuntungan yang berlebihan itu, yang ditelaah oleh sarjana Melayu tanpa dikritik dari kaca mata pandangan alam Melayu-Islam dan tidak dibetulklan atau ditukar sama sekali dengan teknologi baru yang serasi dengan pandangan alam Melayu-Islam dan pegangan agama dan yang mengguna unsur-unsur teknologi pra-islam yang tidak melanggar pegangan akidah dan kehendak agama Islam yang mubah.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><strong><span>KRITIKAN TEKNOLOGI BARAT<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Kritikan teknologi Barat dari perspektif Melayu-Islam juga amat sedikit dilakukan (Wan Ramli 2010a,b). Teknologi Barat difahami secara umum sebagai penyusunan ilmu untuk mencapai tujuan praktik, sebagai artifak<span> <\/span>atau teknik dan cara membuat atau mengendali artifak itu (Singer et al. 1954, Mesthene 1970).<span> <\/span>Walaupun fahaman teknologi itu menggambarkan seolah-olah teknologi itu bebas daripada nilai atau kesan pengaruh luar akan tetapi sifat praktik teknologi itulah yang menghubungkan teknologi dengan kehendak manusia yang bergantung kepada kepercayaan dan pandangan hidup manusia itu yang jelas berbeza-beza. Teknologi yang praktik itu juga difahamkan sebagai alat bagi mengawal alam sekitar (Mesthene 1970) atau menguasai politik (Spengler 1932). Kedua-dua fahaman teknologi itu adalah fahaman melampau-lampau (ekstrim) dan hanya timbul pada abad kedua puluh dahulu apabila teknologi Eropah menguasai dunia. Fahaman\\ teknologi yang lebih melampau lagi ialah teknologi sebagai penentu kegiatan harian manusia (Ellul 1964) kerana manusia terpaksa mengubah cara hidupnya mengikut kehendak teknologi yang menguasai kehidupan manusia sepenuhnya. <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><strong><span>ETNOTEKNOLOGI MELAYU<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Sumber utama teknologi Melayu-Islam ialah etnoteknologi Melayu. Artifak teknologi asli Melayu, jong dan perahu dibina menggunakan teknik ikatan telinga, jahitan papan dan pasakan kayu (Wan Ramli 2010a, Che Husan Azhari 2010). Ahli teknologi Melayu tradisional digel;ar tukang dengan bidang kemahiran khusus ditambah padanya seperti tukang timbal yang membina perahu dan tukang kayu sedangkan pandai pula hanya bagi tukang besi dan keris sahaja (Wan Ramli 1993). Kebolehgunaan artifak teknologi yang dibuat\/dicipta oleh tukang Melayu dinilai olehnya dengan anyaman artifak seperti bubu dan bakul yang mempunyai corak yang berulang-ulang yang berganda 4 atau pengukuran kesesuaian keris dengan pemilik menggunakan kedua-dua ibu jari pemilik berselang-seli bermula dengan ibu jari kanan dan berakhir dengan ibu jari kiri yang berganda 2 (Wan Ramli 1993). Tukang timbal menimbal jong\/kapal\/perahu supaya jong\/kapal\/perahu timbul seimbang dalam air (Pisol 2003). Penertiban genap artifak teknologi Melayu dengan bahagian tubuh manusia mungkin boleh digunakan sebagai asas ilmu ergonomi Melayu dalam teori reka bentuk Melayu baru. Penertiban genap corak anyaman dan penimbalan jong\/kapal\/perahu oleh tukang timbal boleh digunakan sebagai kaedah mendapatkan simetri dan imbangan dalam artifak teknologi.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><strong><span>TEKNOLOGI ISLAM KLASIK <\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Salah satu sumber teknologi teknologi Melayu-Islam ialah teknologi Islam klasik. Pada zaman Islam klasik, teknologi Islam klasik itu difahamkan sebagai satu cabang ilmu praktik (sin\u0101\u2018ah) untuk mencapai tujuan praktik yang bertunjangkan tawh\u012bd, berimbang dan berseimbang dengan alam (wazana dan taw\u0101zana), terkekang dalam lingkungan had syariah (syar\u2018iyy), terlaksana mengikut sistem etika Islam yang mengutamakan keadilan (\u2018adl) dan dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah dan hamba Allah di dunia ini. (Wan Ramli 2010a).<span> <\/span>Penggunaan sumber alam oleh teknologi Islam itu ialah taskh\u012br dan tazl\u012bl iaitu penundukan sumber alam bagi manfaat<span> <\/span>manusia dengan syarat manusia sebagai khalifah atau pengganti Allah mengguna sumber alam itu dalam lingkungan batasan syari\u02bbah dan etika Islam (Wan Ramli 1990, 1993).<span> <\/span><\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Sumber penting teknologi Islam pada zaman Islam klasik, buku Ban\u016b M\u016bs\u0101 bin Sh\u0101kir (Banu Musa 860) dan buku al-Jazar\u012b (al-Jazar\u012b 1206a,b) mengungkapkan teori mesin yang bergerak sendiri (automaton), jam air yang menggunakan kawalan suap balik dan pam air piston dua omboh berlawanan yang pertama kali menggunakan engkol untuk menukar gerakan putaran kepada gerakan salingan (al-Hassan &amp; Hill 1986). <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Konsep kesatuan di dalam ilmu Tawhid itu boleh digunakan sebagai panduan reka bentuk artifak teknologi Islam seperti kesatuan ruang masjid ciptaan Mi\u2019mar Sinan (Besnier-Kilicoglu 1988; Necipoglu 1993). Kesatuan juga boleh bermaksud kesepaduan atau kelengkapan iaitu artifak teknologi Islam haruslah bersifat sepadu dan lengkap. Konsep mirip kesatuan, kesetaraan tegak mikrokosmos dengan makrokosmos al-kimiya Islam (Jabbir 800) iaitu benda yang di atas sama<span> <\/span>seperti benda yang di bawah digunakan dalam kaedah reka bentuk artifak yang berhirarki dari luar ke dalam oleh petua, aturan, heuristik dan ilham (Wan Ramli 2010a). <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Reka bentuk makhluk juga boleh menjadi panduan kepada reka bentuk artifak teknologi Islam kerana reka bentuk makhluk paling baik, praktikal dan indah. Mi\u2019mar Sinan meniru struktur buih-buih yang saling sokong menyokong di antara satu sama lain dalam reka bentuk kubah utama Masjid (Besnier-Kilicoglu 1988; Necipoglu 1993). Kadar Tuhan seperti kadar unggul, keratan emas, kadar harmoni musik, kadar antara anggota tubuh dan simetri tubuh makhluk juga boleh digunakan bagi reka bentuk artifak yang kuat dan indah (Wan Ramli 2010a).<span> <\/span><\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Teknologi kimia yang menghasilkan pelbagai bahan berguna berasal dari hasil kegiatan al-kimiya. Bagi Jabir, seorang ahli al-kimiya Muslim zaman Islam klasik, ilmu al-kimiya mempunyai dua dimensi: al-kimiya zahir dan al-kimiya batin (Jabir 800) atau lebih tegas lagi pemurnian, penulenan dan pembersihan bahan dan jiwa. Penghasilan emas, logam murni, tulen dan bersih dari timah hitam, logam busuk, kasar, dan kotor dengan perantaraan batu failasuf (al-iksr) merupakan mithal utama pemurnian, penulenan dan pembersihan dalam al-kimiya (Jabir 800). Mithal kedua yang turut penting ialah pemurnian, penulenan dan pembersihan jiwa atau roh. Imam al-Ghazali menulis buku kecil tentang pemurnian, penulenan dan pembersihan roh berjodol kimiya-i-sa\u2019adat dalam bahasa Parsi yang bermaksud kimia kebahagian (Al-Ghazali 1105). Kerosakan alam oleh bahan kimia toksik dan berbahaya daripada industri kimia yang pada asalnya dibuat di makmal ahli kimia jua ialah kelemahan utama teknologi kimia moden tanpa unsur rohani walaupun konsep teknologi kimia alternatif, teknologi kimia hijau yang sifar sisa toksik dan berbahaya telah berkembang lama. Gabungan di antara fahaman Islam tentang ekologi yang terdiri daripada umat-umat makhluk yang sentiasa menyembah Allah, kerosakan alam oleh cemaran kimia sebagai fasad fil<span> <\/span>ard dan pengharaman pembaziran, dengan prinsip pembersihan jiwa dan bahan al-kimiya, satu cabang kimia baru boleh diwujudkan yang setanding atau lebih hebat lagi daripada kimia hijau di Barat itu (Wan Ramli 2010b). <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><strong><span>FAHAM EKOLOGI ISLAM<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Lantaran<\/span><span lang=\"SV\"> artifak teknologi Melayu-Islam itu membawa kesan kepada alam sekitar dan sistem ekologi, maka kefahaman ekologi Islam perlulah difahami. Kefahaman ekologi Islam adalah berasaskan kepada kefahaman tentang taw\u1e25id rububiyyah yang menekankan bahawa Allahlah pencipta, pemilik dan pemelihara alam dan semua makhluk di dalam alam itu (al-Furq\u0101n 25:2; al-R\u016bm 30:26; Al-\u1e24asyr 59:24; Samarrai 1990) dan kefahaman tentang kesucian makhluk dan alam itu yang sentiasa memuji Allah (al-\u1e24\u0101qqah 69:1; Nasr 1992) dan mempunyai ummatnya tersendiri (al-An\u02bb\u0101m 6:38; Wan Ramli 2008). Jika semua ummat makhluk yang dicipta, dimiliki dan dipelihara Allah itu sentiasa memujiNya, maka kehancuran makhluk dan alam (fas\u0101d f\u012bl ar\u1e0d) oleh manusia akibat penggunaan teknologi akan mengurangkan makhluk dan alam yang memuji Allah itu dan manusia zalim itu akan dihukum Allah dengan bencana alam yang dahsyat (al-R\u016bm 30:41; Samarrai 1990). Lantaran penciptaan makhluk dan alam itu jauh lebih besar daripada penciptaan manusia (al-Mu\u2019min 40:57), maka manusia hendaklah akur dengan kekerdilannya berbanding dengan seluruh makhluk dan alam yang hebat dan merasa takjub terhadap kehebatan makhluk dan alam yang dicipta Allah itu. Malah manusia dan makhluk yang hidup dicipta daripada bahan yang sama iaitu air (Al-N\u016br 24:45) dan lantaran itulah manusia dan makhluk yang hidup itu berkongsi nasib di Dunia yang sama. Makhluk dan alam yang banyak dan pelbagai itu juga menjadi petunjuk atau ayat kepada kuasa, kebijaksanaan, rahmat dan keagungan Allah (al-R\u016bm 30:20-25). Bumi dianggap suci kerana debu bersih daripada permukaannya dianggap suci dan boleh digunakan bagi taharah (tayamum) dan permukaannya boleh digunakan bagi solat (al-\u1e24ad\u012bth). Allah mencipta makhluk dan alam dalam keadaan yang seimbang di antara satu dengan yang lain (al-Ra\u1e25m\u0101n 55:1-7; al-\u1e24ijr 15:19). Bagi Islam sesuatu ekosistem merupakan suatu rangkaian pelbagai umat makhluk yang hidup secara seimbang di dalam alam yang suci, yang sentiasa memuji Allah dan yang bertindak sebagai petunjuk kepada Allah bagi manusia yang beriman (Wan Ramli 2008). <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Amanah menjaga makhluk dan alam itu yang amat berat itu bagi pihak Allah sebagai khalifahNya diterima manusia setelah makhluk lain yang jauh lebih hebat daripada manusia enggan memikul amanah tersebut walaupun Allah tahu bahawa sebahagian manusia itu zalim dan mengkhianati amanah (al-A\u1e25z\u0101b 33:72). Manusia diangkat Allah ke martabat lebih tinggi daripada malaikat dengan penerimaan tugas khalifah itu yang seharusnya dijalankan dengan adil dan saksama menggunakan aqal yang dianugerah Allah kepada manusia (al-Baqarah 2: 30-31). Allah menundukkan makhluk dan alam bagi kegunaan manusia (taskh\u012br, al-\u1e24ajj 22:65; Luqm\u0101n 31:20; al-J\u0101\u1e63iah 45:13; tazl\u012bl Y\u0101 S\u012bn 36:72) (Wan Ramli 1990). Oleh sebab itulah penggunaan sumber alam oleh manusia diistilahkan sebagai taskh\u012br dan tazl\u012bl (dari kata akar sakhkhara dan zallala dalam al-Quran itu) yang bermaksud penundukan sumber alam bagi manfaat<span> <\/span>manusia (Wan Ramli 1990). Ahli sejarah Barat White (1967) mengecam pandangan ini yang disifatkan olehnya sebagai terlalu anthroposentrik kerana memberi manusia hak menguasai alam sepenuhnya secara mutlak. Pandangan ini mungkin betul pagi agama Kristian terutama tafsiran agama itu di Barat (Weber 1904). Penundukan makhluk dan alam ini mengikut Islam bukanlah penundukan mutlak tanpa syarat yang mengizinkan manusia mengeksploitasi sumber alam sesuka hatinya, akan tetapi penundukan bersyarat secara adil dan saksama kerana manusia juga menerima tugas khalifah Allah bagi menjaga makhluk dan alam itu (al-Baqarah 2: 30-31). Allah yang menundukkan semua sumber alam bagi manusia kerana Allah merupakan Pemilik (Tuan Punya) seluruh alam ini. Manusia sebagai khalifah atau pengganti Allah harus mengguna sumber alam<span> <\/span>di bumi itu dalam lingkungan batasan Syariah-Nya dan lunas-lunas etika Islam yang disarankan oleh-Nya.<span> <\/span>Warna hijau merupakan warna paling baik bagi Islam kerana hijau adalah warna pakaian (al-Ins\u0101n 76:21) dan pohon-pohon di syurga (al-Ins\u0101n 76:14) manakala kehijauan bumi selepas hujan diturunkan Allah menunjukkan kuasa penciptaan Allah yang amat hebat (al-\u1e24ajj 22:63). Teknologi yang dihasilkan menggunakan konsep teknologi Islam dan fahaman ekologi Islam itu sesuailah digelar teknologi hijau.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Teknologi tenaga lazim menggunakan bahan api fosil telah mencemar alam dengan pancaran gas pencemar udara SO<sub>x<\/sub>, NO<sub>x<\/sub> dan gas rumah hijau seperti CO<sub>2<\/sub> yang telah tidak dapat disangkal lagi menyebabkan kenaikan suhu global dan perubahan iklim (Pachauri &amp; Reisinger 2007: 30). Pencemaran dan perubahan iklim akibat sumber tenaga fosil itu adalah fasad fil ard dan mengikut fahaman teknologi dan ekosistem Islam itu, penggunaan sumber tenaga fosil itu hendaklah dikurangkan atau diberhentikan sama sekali dan dilengkapi atau digantikan dengan tenaga keterbaharuan yang dijana daripada sumber tabii yang diperbaharui seperti tenaga suria, angin, biojisim dan hidro; dan tenaga alternatif pancaran sifar seperti tenaga hidrogen (Pachauri &amp; Reisinger 2007: 57).<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><strong><span>PEMILIHAN TEKNOLOGI BARAT<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Teknologi silam muncul melalui keingintahuan, estetika dan keperluan praktik yang diterokai oleh pencipta perseorangan atau berkumpulan dan tidak dirancang oleh kerajaan apatah lagi oleh syarikat secara spontan. Teknologi itu hanya diguna oleh kerajaan atau syarikat setelah potensi kegunaan teknologi dalam peperangan atau laba dari perniagaan itu terserlah. Kemunculan beberapa makmal industri sebelum perang Dunia kedua di Amerika Syarikat hanya tertumpu kepada penyelesaian masalah di dalam industri masing-masing dan tidak kepada penghasilan teknologi serba baru. Selepas kejayaan kerajaan Amerika menghasilkan bom atom dalam Perang Dunia kedua melalui rancangan rapi kerajaan itu menghasilkan teknologi senjata atom itu, barulah pemilihan teknologi merupakan agenda penting makmal kebangsaan kerajaan dan makmal syarikat dalam usaha menghasilkan senjata lebih kuat atau produk yang lebih komersial (Bush 1945). Teknologi yang dipilih hanya dari segi keuntungan atau keselamatan negara semata-mata dan bukan berasaskan nilai murni itulah yang telah merosakkan alam dan mengancam kehidupan manusia. Pemanasan global yang disebabkan pancaran gas rumah hijau dan perubahan iklim yang menyusul itu telah menginsafkan banyak kerajaan dan syarikat tentang betapa pentingnya teknologi yang memancar gas rumah hijau itu perlu ditinggalkan (McDowall &amp; Eames 2006).<span> <\/span>Keinsafan yang timbul setelah kesan buruk teknologi itu berlaku bukanlah suatu kaedah pemilihan teknologi yang baik kerana tindakan pembetulan itu mungkin sudah terlambat. Contohnya tenaga keterbaharuan dan tenaga hidrogen dipilih sebagai tenaga masa depan setelah fakta pencemaran teruk udara oleh pancaran industri, pemanasan global dan perubahan iklim tidak boleh disangkal lagi (Kamaruzzaman et al. 2005; McDowall &amp; Eames 2006; Kamaruzzaman &amp; Wan Ramli 2008) tetapi pengembangan teknologi itu yang murah akan memakan masa yang lama dan mungkin sudah terlambat untuk menyelamatkan Dunia. <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Begitu jugalah jika alasan faktor ekonomi seperti kebolehsaingan industri negara, jaminan bekalan tenaga dan kenaikan kos bahan api fosil sahaja yang menjadi asas pemilihan teknologi (McDowall &amp; Eames 2006), perubahan faktor ekonomi itu sebaliknya akan menjejaskan momentum pemilihan teknologi yang berasaskan keadaan faktor ekonomi asal. Ledakan peruntukan bagi penyelidikan tenaga keterbaharuan pada zaman embargo minyak tahun-tahun 70-an dahulu yang disebabkan oleh kenaikan harga minya akibat bekalan terhad dan ketidakjaminan bekalan minyak itu disusuli oleh penurunan teruk peruntukaan penyelidikan bagi tenaga keterbaharuan pada tahun lewat 80an dan awal 90an setelah bekalan minyak kembali terjamin dan murah. Syarikat minyak terkemuka Dunia yang memperjuangkan masa depan yang menggunakan tenaga keterbaharuan selama beberapa dekad itu telah secara mendadak mengubah haluan dan meninggalkan perjuangannya itu hanya atas alasan persaingan yang kuat dalam industri minyak memaksanya melaburkan lebih banyak lagi modal dalam industrim itu. Satu kaedah yang lebih ampuh dan yang bergantung kepada nilai murni perlulah dibangunkan supaya teknologi masa depan yang dipilih itu lebih selamat dan bersih.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Pemilihan teknologi juga bergantung kepada fahaman etika yang dianuti oleh masyarakat itu. Dalam etika akhlak Aristotle, hanya manusia berakhlak baik bertindak betul bagi menghasilkan kebaikan (Aristotle 1980). Akhlak baik itu atau perangai \u201dpertengahan emas\u201d di antara dua perangai buruk yang berlebihan dan berkurangan itu, hanya boleh ditemui melalui kebijaksanaan, keberanian dan kesederhanaan yang menyempurnakan tuntutan keadilan (Aristotle 1980). Selepas revolusi sains dan kebangkitan rasionalisme dan humanisme di Barat, etika akhlak Aristotle yang menekankan akhlak sebagai sifat fitrah manusia yang dibina melalui zikir dan uzlah dan merupakan punca tindakan beretika itu diganti dengan tiga falsafah etika humanis dan rasional: etika tugas Kant, etika hak asasi Locke dan etika utiliti Mills. Mengikut etika tugas Kant, tindakan beretika itu memenuhi tugas terhadap manusia yang empunya kehormatan sebagai agen moral merdeka dan tugas itu wajib dan mutlak kerana kebolehsejagatannya (Kant 1785) sedangkan tidak semua tindakan beretika itu mutlak. Etika hak asasi Locke pula mencadangkan tindakan beretika itu melindungi hak asasi manusia kerana manusia memiliki hak asasi yang mutlak seperti hak nyawa, kebebasan, dan pemilikan harta yang dihasilkan oleh usaha sendiri (Locke 1698) sedangkan manusia fakir dan miskin itulah yang lebih memerlukan bantuan tindakan beretika itu. Menurut Mill pula, tindakan yang memaksimumkan kebaikan bagi lebih ramai orang itulah tindakan beretika (Mill 1864) tetapi sandaran kepada kehendak ramai dalam menentukan tindakan beretika itu tidak pasti betul. Walaupun falsafah etika Barat itu telah banyak berubah bagi menangani masalah etika baru dalam kehidupan moden, tetapi asas falsafah etika itu masih sama iaitu terlalu bergantung kepada rasionalisme dan humanisme yang terlampau sehingga nilai asas etika itu boleh berubah mengikut kehendak ramai. Etika utilitrianismelah yang membenarkan penggunaan teknologi tenaga fosil sekian lama dan tidak mengendah fakta yang menunjukkan kesan buruk tenaga itu yang semakin parah kerana kononnya lebih ramai orang mendapat manfaat tenaga itu berbanding dengan yang mendapat kemudaratan daripada pancaran gas pencemar dan gas rumah hijau itu. <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><strong><span>PEMILIHAN TEKNOLOGI ISLAM<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Dalam etika Islam, tujuan kebaikan iaitu al-bir (al-M\u0101\u2019idah 5:2), al-\u1e25asan\u0101t (H\u016bd 11:114), al-khayr\u0101t (al-M\u0101\u2019idah 5:48) bukan hanya kebahagian dunia sahaja seperti yang dicadangkan oleh Aristotle itu akan tetapi kedua-dua kebahagian dunia dan kebahagian akhirat (al-sa\u2018\u0101dah) (ibn Miskawayh 1968; al-Ghazal\u012b 1964, 1978). Tindakan betul (al-\u2018amal al-\u1e63\u0101li\u1e25ah) yang menghasilkan kebaikan (al-bir, al-\u1e25asan\u0101t, al-khayr\u0101t) di dunia itu selain mendapat kebahagian dunia juga memperoleh kebahagian akhirat yang bakal dinikmati kelak (ibn Miskawayh 1968; al-Ghazal\u012b 1964, 1978). Al-bir, al-\u1e25asan\u0101t atau al-khayr\u0101t tidak hanya dicapai dengan menjalankan ibadah-ibadah khusus sahaja akan tetapi juga dengan mengikut tuntutan Ilahi untuk berlaku adil dan saksama (\u2018adl, qist) (al-Nis\u0101\u2019 4:58; al-M\u0101\u2019idah 5:8) di kalangan manusia. Meskipun tuntutan ini diturunkan melalui wahyu kepada para rasul (al-Hadid 57:25) tetapi semua manusia yang berakal dan mempunyai ilmu atau hikmah (\u2018ulam\u0101\u2019, \u016bl\u016bl-\u2019ilmi, \u016bl\u016bl-alb\u0101b) pasti akan tahu tentang tuntutan itu melalui fikiran (ya\u2019qil\u016bn) atau ilh\u0101m dari Tuhan melalui ayat-ayat-Nya itu. Itulah sebabnya orang yang berilmu juga dituntut berlaku adil dan saksama di kalangan manusia setelah mengakui bahwa Allah mentadbir alam dengan adil dan saksama (\u0100li \u2019Imr\u0101n 3:18). <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Bagi kedua-dua tokoh besar teori etika Islam, ibn Miskawayh dan al-Ghazal\u012b yang telah menyesuaikan teori jiwa Plato dan teori akhlak Aristotle dengan teori roh dan akhlak Islam itu, akhlak baik itu terbentuk daripada tiga akhlak asas: kebijaksanaan (al-\u1e25ikmah), keberanian (al-shaj\u0101\u2019ah) dan kesederhanaan (al-\u2018iffah). Jika ketiga-tiga akhlak itu tergabung dengan harmoni, maka terhasillah pula akhlak tertinggi, keadilan (al-\u02bbadalah). Kebahagian (al-sa\u02bb\u0101dah), tujuan akhir manusia berakhlak baik itu, adalah kebahagian dunia dan akhirat yang serasi dengan fahaman Islam tentang pembalasan pahala di akhirat bagi tindakan baik di dunia dan doa kebaikan (al-\u1e25asan\u0101t) di dunia dan di akhirat yang jelas berbeza jauh dengan kebahagian dunia semata-mata Aristotle itu. Malah manusia berakhlak baik itu tidak beruzlah seperti yang disaran Aristotle tetapi harus bergerak aktif melakukan kebaikan di dalam masyarakat dan tindakan beretika itu perlulah tertakluk kepada kehendak syari\u2019ah Islam (Mohd Nasir 1986, 2003).<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Penundukan dan penggunaan alam dalam kejuruteraan melalui<span> <\/span>taskh\u012br atau tazl\u012bl yang betul oleh manusia sebagai wakil Tuhan di dunia (khal\u012bfah) ialah yang dilakukan di dalam batasan syari\u2019ah atau undang-undang dan berlaku adil dan saksama (al-\u2018adl, al-qist) di kalangan manusia mengikut sistem etika Islam yang menekan keadilan (Ibn Miskawayh 1968; al-Ghazal\u012b 1964, 1978). Jurutera yang terlibat dalam taskh\u012br dan tazl\u012bl yang betul itu hendaklah mempunyai akhlak baik yang sesuai seperti keadilan, kejujuran, amanah, dan kebenaran. Cara memupuk akhlak yang baik itu ialah pembinaan rohani diri melalui pembinaan adab, ta\u2019d\u012bb, pendidikan, tarbiyyah atau pemurnian diri, tazkiyyah yang bertujuan menghasilkan manusia sempurna, ins\u0101n k\u0101mil yang mempunyai semua akhlak yang baik dan mampu bertindak secara adil dan saksama (al-\u2018adl, al-qist) di kalangan manusia (Wan Ramli 1990). <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Teknologi hijau seperti tenaga suria, angin dan hidro itu merupakan kebaikan kendiri (al-bir, al-\u1e25asan\u0101t, al-khayr\u0101t) kerana diperbaharui secara langsung oleh sinaran suria tanpa pancaran pencemar atau gas rumah hijau. Begitu jugalah tenaga biojisim keterbaharuan merupakan kebaikan kendiri (al-bir, al-\u1e25asan\u0101t, al-khayr\u0101t) kerana gas rumah hijau hasil pembakaran biojisim itu dikitar semula secara tabii bagi pembaharuan biojisim dalam proses fotosintesis pokok itu. Tenaga hidrogen yang menghasilkan air daripada penukaran tenaga itu kepada tenaga bermanfaat juga merupakan kebaikan kendiri (al-bir, al-\u1e25asan\u0101t, al-khayr\u0101t) kerana pancaran gas rumah hijaunya yang sifar terutama apabila tenaga hidrogen keterbaharuan digunakan pada masa depan setelah keterbatasan teknologi pembelahan air fotoelektrokimia yang mengitar semula air itu diatasi. Tindakan mengurangkan atau menghentikan penggunaan tenaga fosil dan menggantikannya dengan tenaga keterbaharuan dan tenaga alternatif itu adalah tindakan beretika yang betul (al-\u2019amal al-\u1e63\u0101li\u1e25ah) kerana tindakan itu menghasilkan kebaikan dalam kesinambungan kehidupan manusia yang lestari di dunia dan justeru mendapat ganjaran pahala di akhirat. Tindakan itu juga merupakan tindakan yang adil dan saksama bukan hanya bagi umat manusia tetapi bagi seluruh umat makhluk yang mendiami dunia itu. Manusia yang berupaya bertindak demikian adalah manusia berakhlak baik yang bijaksana, berani dan sederhana serta adil dan saksama.<\/span><span lang=\"SV\"> Oleh itu program kesedaran tenaga keterbaharuan dan tenaga alternatif yang giat dijalankan di seluruh dunia itu akan gagal mencapai keseleruhan objektifnya jika manusia sasaran program itu tidak dididik menjadi manusia berakhlak baik yang pasti bertindak menyokong penuh perlaksanaan tenaga keterbaharuan dan tenaga alternatif itu pada masa depan.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><strong><span>PENUTUP<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Teknologi Melayu-Islam baru boleh dibina daripada hasil kritikan teknologi Barat, etnoteknologi Melayu dan teknologi Islam klasik. Fahaman ekologi Islam hendaklah digunakan dalam menghasilkan teknologi Melayu-Islam itu supaya kerosakan di Bumi akibat penggunaan teknologi itu iaitu fasad fil-ard dapat dielakkan. Penentu dasar teknologi Melayu-Islam juga harus memahami dasar pemilihan teknologi Islam berasaskan etika Islam yang lebih lestari daripada dasar pemilihan teknologi Barat kini yang lebih berasaskan ekonomi dan kesan buruk teknologi yang perlu dibuktikan dulu dan oleh itu lazim terlambat mengelakkan bencana.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><strong><span>RUJUKAN<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Abu Hamid Al-Ghazal\u012b. 1105. Kimiya-e-Sa\u2019adat (dalam bahasa Parsi).<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Abu Hamid Al-Ghazal\u012b. 1978. M\u012bz\u0101n al-`Amal. Dlm. Majid Fakhr\u012b (pnyt.) 1978. al-Fikr al-Akhl\u0101qi al-`Arab\u012b. Beirut: al-Ahliyya li&#8217;l-Nashr wa\u2019l-Tawzi`.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Abu Hamid Al-Ghazal\u012b. 1964. M\u012bz\u0101n al-`Amal. Dlm. Suleiman Dunya (pnyt.). 1964. Kaherah: Dar al-Ma`arif bi-Misr.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Aristotle. 1980. The Nicomachean Ethics. Tjmn Ross, D. Oxford : Oxford University Press.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Banu Musa bin Shakir. 860. Kitab al-Hiyal.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Besnier-Kilicoglu, S. 1988. Sinan and Palladio: the parallel development of two master builders &#8211; Mimar Sinan, Andrea Palladio. UNESCO Courier. March 1988.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Bush, V. 1945. Science The Endless Frontier: A Report to the President by Vannevar Bush, Director of the Office of Scientific Research and Development, Julai, 1945. Washington DC: United States Government Printing Office.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Ellul, J. 1964. The Technolocical Society. New York: Alfred A. Knopf.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>al-Hassan, A.Y. &amp; Hill, D.R. 1986. Islamic Technology : An Illustrated History. Paris &amp; Cambridge: UNESCO &amp; Cambridge University Press.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Ibn Miskawayh. 1968. Tahdh\u012bb al-Akhlaq. Tjmhn. Zurayk, C.K. The Refinement of Character. Beirut: American University of Beirut.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Jabir bin Hayyan 800. Kit\u0101b sirr al-asrar<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>al-Jazzari, Ibn Razzaz. 1206a. Kitab fi al-ma\u2019rifat al-hiyal al-handasiyya <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>al-Jazzari, Ibn Razzaz. 1206b.<span> <\/span>Al-jami\u2019 bayn al-\u2018ilm wa al-\u2018amal al-nafi\u2019 fi sina\u2019at al-hiyal.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Kamaruzzaman Sopian, Mohd. Yusof Othman, Yatim, B. &amp; Wan Ramli Wan Daud 2005. Future directions in Malaysian environment friendly renewable energy technologies research and development. ISESCO Science &amp; Technology Vision 1(1): 30 -36.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Kamaruzzaman Sopian &amp; Wan Ramli Wan Daud 2008. Development of the hydrogen energy roadmap and current status on R&amp;D for Malaysia. ISESCO Science &amp; Technology Vision 4 (5): 12-15.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Kant, I. 1785. Grundlegung zur Metaphysik der Sitten. Edisi ke-2. Riga: Hartknoch.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Kuhn, T. 1996. The Structure of Scientific Revolutions, Snt. Ketiga, Chicago: Chicago University Press.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Locke, J. 1698. Two treatise on government. London:<span> <\/span>Awnsham &amp; John Churchill.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>McDowall, W. &amp; Eames, M. 2006. Forecasts, scenarios, visions, backcasts and roadmaps to the hydrogen economy: A review of the hydrogen futures literature. Energy Policy 34: 1236\u20131250.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Mesthene, E. G. 1970. Technological Change. New York: Mentor.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Mill, J.S. 1864. Utilitarianism. Edisi ke-2. London: Longman, Green, Longman, Roberts &amp; Green.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Che Husan Azhari (Pnyt.) 2010. Sains dan Teknologi Alam Melayu. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, ms. 31-70.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Mohd. Nasir Omar 1986. Falsafah etika: perbandingan pendekatan Islam dan Barat. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Hal Ehwal Islam. <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Mohd. Nasir Omar 2003. Miskawayh\u2018s ethical thought and its sources. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Pengajian Islam.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Nasr, S.H. 1992. Islam<span> <\/span>and the environmental crisis. Dlm. Rockefeller, S.C. &amp; Elder, J.C. (peny.). Spirit of Nature, Boston: Beacon Press.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Necipoglu, G. 1993. Challenging the Past: Sinan and the Competitive Discourse of Early-modern Islamic Architecture. In Muqarnas X: An Annual on Islamic Art and Architecture. Margaret B. Sevcenko (ed.). Leiden: E.J. Brill.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Nuruddin al-Raniri.<span> <\/span>1637. Bustan al-Salatin <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Osman Bakar 2003. The nature and extent of criticism of evolutionary theory, in Zarandi, M.M. (Ed.)<span> <\/span>Science and the Myth of Progress, Bloomington, Indiana, USA: World Wisdom, Inc.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Pachauri, R.K. &amp; Reisinger, A. (Pnyt.) 2007. Climate Change 2007 Synthesis Report:<span> <\/span>Contribution of Working Groups I, II and III to the Fourth Assessment Report of the Intergovernmental Panel on Climate Change. Geneva, Switzerland: IPCC.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Pisol Maidin 2003. Tukang timbal membina perahu: tradisi dan inovasi. SARI<span> <\/span>21:39-56.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Samarrai, M.Y.I.<span> <\/span>1990 Islamic environmental ethics, law, and society. Dlm Engel, J.R. &amp; Engel, J.G. (Pnyt.), Ethics of Environment and Development: Global Challenge, International Response, Tucson: University of Arizona Press, hlm. 189\u2013198.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Singer, C., Holmyard, E. J. &amp; Hall, A. R. (pnyt.) 1954. A History of Technology Oxford: Oxford University Press.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Spengler, O. 1932. Man and Technics. New York: Alfred Knopf.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Wan Ramli Wan Daud. 1990. Islamic technology : A preliminary study. MAAS J. Islamic Sci. 6(1): 79-85.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Wan Ramli Wan Daud 1993. Sejarah teknologi Melayu pada Zaman Islam SARI 11: 127-168.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Wan Ramli Wan Daud 2008. Kimia hijau dalam kerangka teknologi Islam. Bengkel Intensif Pengislaman Sains Siri ke 2: Pengislaman Ekologi dan Pengajian Alam Sekitar -Sejarah, Falsafah dan Perlaksanaan, 10-11 Mei 2008, EIMAS, UKM, Bangi. <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Wan Ramli Wan Daud. 2010a. Kejuruteraan: Seni atau Sains. Siri Syarahan Perdana UKM, Bangi: Penerbit UKM. <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Wan Ramli Wan Daud. 2010b. Kimia hijau dalam kerangka teknologi Islam. Kesturi 20(2) (sedang diterbitkan).<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>Weber, M. 1904. The Protestant Ethic and the Spirit of Capitalism (Die protestantische Ethik und der &#8216;Geist&#8217; des Kapitalismus), Tjmhn Parsons, T. 1930. New York: Scribner<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span>White Jr., L. 1967. The historical roots of our ecological crisis. Science. 155:1203-1207.<\/span><\/p>\n\n<!-- NgfbSharing::get_buttons content filter skipped: buttons_on_index not enabled -->\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Teknologi Melayu-Islam bukanlah sains dan teknologi Barat yang diamalkan oleh ahli teknologi Melayu kini tetapi teknologi yang berasaskan pada kerangka pemikiran Melayu-Islam itu sendiri mengikut pengertian teori paradigma Kuhn. Teknologi Melayu-Islam itu sudah wujud sejak sebelum kedatangan Islam ke alam Melayu lagi dan diperkayakan lagi oleh tamadun Islam tetapi terencat dan terpupus oleh penjajahan Inggeris. <\/p>\n <a class=\"moretag\" href=\"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=1242\">[Baca teks penuh...]<\/a>","protected":false},"author":5,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[9],"tags":[],"class_list":["post-1242","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-c02-makalah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1242","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1242"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1242\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1242"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1242"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1242"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}