{"id":1172,"date":"2010-11-06T20:22:07","date_gmt":"2010-11-06T12:22:07","guid":{"rendered":"http:\/\/www.asasi.my\/?p=1172"},"modified":"2010-11-06T20:22:07","modified_gmt":"2010-11-06T12:22:07","slug":"perkembangan-logik-di-india-dan-pengaruhnya-kepada-alam-melayu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=1172","title":{"rendered":"Perkembangan Logik di India dan Pengaruhnya  kepada Alam Melayu"},"content":{"rendered":"<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: center;\" align=\"center\"><strong><span style=\"font-size: 14pt;\">Perkembangan<\/span><\/strong><strong><span style=\"font-size: 14pt;\"> Logik<\/span><\/strong><strong><span style=\"font-size: 14pt;\"> di India dan Pengaruhnya <\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: center;\" align=\"center\"><strong><span style=\"font-size: 14pt;\">kepada Alam Melayu<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: center;\" align=\"center\">Oleh<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: center;\" align=\"center\">Dr. Mohammad  Alinor bin Abdul Kadir<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: center;\" align=\"center\"><span>ASASI dan PERSAMA<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: center;\" align=\"center\"><span> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: center;\" align=\"center\"><strong>Abstrak<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 11pt;\">Makalah ini bakal membincangkan perkembangan bidang pengetahuan yang digelar epistemologi dan logik di India, bukan sepertimana biasa membincangkannya di Greek, seolah-olah seluruh hal berkaitan bidang ini datangnya dari Greek. Sarjana-sarjana Barat baru sahaja mengiktiraf kewujudan bidang ini di India menerusi buku yang popular ditulis oleh Bochenski (1956), yang memaparkan sejarah perkembangan logik di Eropah\/Barat, Islam dan India. Pengiktirafan  Bochenski tersebut tidaklah bermaksud tiadanya langsung wujud perbincangan-perbincangan berkenaan perkembangan logik di India sebelumnya, ini cumalah bermaksud perbincangan tersebut berpindah dikalangan sejarawan kepada logikawan. Selepas daripadanya, logik India mula dikaji secara lebih saintifik, terutamanya dibandingkan dengan logik Barat. Makanya, banyak dasar-dasar logik India disamatarafkan dengan dasar-dasar logik Barat. Namun, satu perkara yang masih belum dijelaskan dengan baik adalah, adakah logik Greek ambilan daripada logik India, atau sebaliknya? Tiada yang mampu membahas isu ini. Satu perkara lagi yang tidak dijelaskan dengan baik adalah tentang hubungan India dengan Alam Melayu dalam bidang logik. Selalunya, apabila berbicara berkenaan logik di Alam Melayu, semuapun yang berbincang berkenaan sejarah logik di dunia menyepi, kalau adapun, sekali-sekala tersentuhlah beberapa wilayah berkaitan Alam Melayu, seperti \u201cFunan\u201d, \u201cCampa\u201d, \u201cSriwijaya\u201d, \u201cAcheh\u201d, \u201cPatani\u201d, \u201cMelaka\u201d dan sebagainya. Inilah sahaja pengiktirafan tarhadap perkembangan logik di Alam Melayu yang ditulis oleh sejarawan logik India dan Islam. Sejarawan logik Eropah\/Barat mungkin sahaja tidak tahu dimanakah kedudukan yang digelar Alam  Melayu itu. Makanya di sini, kami akan berusaha mengumpulkan maklumat-maklumat yang jauh lebih baik daripada hanya menyebut-nyebut beberapa wilayah dan nama orang yang berkaitan kepada Alam Melayu, dan tumpuan kami adalah India dan Alam Melayu.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong> <\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong>1. Pendahuluan <\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Kepada sesiapa yang biasa mentelaah sejarah India, tentunya termaklum bahawa kedapatan dua gerakan agama yang amat besar di India, iaitu agama Hindu dan agama Buddha. Sarjana-sarjana dikalangan dua agama ini bukanlah sahaja melihat agama mereka sebagai agama ritual semata-mata, namun melihat jauh kepada isu-isu pemikiran, terutamanya membangun kaedah-kaedah yang digunakan untuk mempertahankan agama mereka daripada serangan hujah lawan, juga menggunakannya untuk berhujah sesama seagama bagi mempertahankan hujah masing-masing. Mereka menamakannya sebagai <em>pramana<\/em> dan <em>nyaya<\/em>. Yang menjadi permasalahan utama dalam mengkaji bidang logik di India adalah, tidak kedapatannya sebuah tulisan khusus tentang logik sebelum kurun ke-2M, sebuah tulisan yang boleh disamatarafkan dengan <em>Organon<\/em> Aristotle yang ditulis sekitar tahun 330SM. Namun, tulisan-tulisan Aristotle sebenarnyapun memang dikumpulkan dan disusun semula sekitar kurun ke-2M juga. Apa yang kita telaah daripada buku-buku Aristole kini sebenarnya bukanlah yang asli ditulis oleh beliau. Manakala, paling awalnya di India adalah sebuah buku yang ditulis oleh seorang sarjana Hindu bernama Gautama (bukan Gautama  Buddha) berjudul <em>Nyayasutra<\/em>, ditulis sekitar kurun ke-2M. Mungkinkah sebenarnya tulisan-tulisan Aristotle dikumpulkan semula dan disusun berkeranakan wujudnya perdebatan diantara sarjana-sarjana India dengan sarjana-sarjana Greek, terutama dalam bidang logik? Maklumat-maklumat yang dikumpul setakat ini tidak mampu menyelesaikan persoalan ini. Berkaitan hubungan intelektual Greek-India, selalunya perbincangan akan hanya bertumpu kepada suasana sekitar penjajahan Alexender the Great ke India Utara. Maka, dihipotesiskanlah bahawa segala hal berkaitan intelektual mestilah berpaksi kepada penjajahan ini, tapi tidaklah banyak kemajuan dicapai. Walaupun tanpa penulisan yang khusus tentang <em>pramana<\/em> dan <em>nyaya<\/em>, sarjana-sarjana logik di India merakamkan disana-sini tentang kaedah berhujah tersebut semenjak awal. Tulisan-tulisan dalam bahasa Pali misalnya, yang merakamkan penghujahan-penghujahan Gautama Buddha mematahkan hujah-hujah sarjana-sarjana Hindu sezamannya sekitar kurun ke5SM, penuh dengan kaedah-kaedah pembuktian secara kontrapositif dan percanggahan. Jika begitu, kami akan pisahkan perkembangan logik di India kepada fasa-fasa berikut :<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.75in; text-align: justify; text-indent: -0.5in;\"><span>i.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>Logik Hindu (dari awal hingga abad ke-6 SM)<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.75in; text-align: justify; text-indent: -0.5in;\"><span>ii.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>Logik Hindu dan Logik Buddha (abad ke-6 SM hingga abad ke-2M)<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.75in; text-align: justify; text-indent: -0.5in;\"><span>iii.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>Perbalahan Logik Hindu dengan Logik Buddha (Abad ke-2M hingga abad ke-12M)<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.75in; text-align: justify; text-indent: -0.5in;\"><span>iv.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>Logik Hindu pasca-Gangesa (Abad ke-12M hingga abad ke-18M)<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Kami akan membincangkan beberapa bahagian daripada fasa-fasa ini.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong>2. Logik Hindu Pra-Buddha<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Buku yang ditulis oleh Barua (1921) tersebut sebenarnya membincangkan perkembangan bidang kefalsafahan di India semenjak awal sehinggalah Gautama  Buddha, iaitu sekitar 500SM. Sumber rujukan beliau kebanyakannya adalah karya-karya dalam bahasa Pali yang membincangkan bagaimanakah Gautama Buddha berusaha mematahkan hujah sarjana-sarjana Hindu sebelumnya dan sezamanya. Jadinya, beliau sebenarnya menyusun kembali sejarah falsafah di India semenjak awal sehinggalah kepada Gautama  Buddha menggunakan susastera awal Buddha. Mengikut turutan bab, beliau menyatakan nama-nama berikut sebagai sarjana-sarjana Hindu terawal : Aghamarsana, Prajapati Paramesthin, Brahmanaspati, Anila, Dirghatamas, Narayana, Hiranyagarbha, Visvakarman, Mahidasa Aitareya, Suravira\/Sakalya, Mandukeya\/ Kauntharavya, Raikva, Badhva, Sandilya, Satyakama Jabala, Jaivali, Gargyayana, Pratardana, Uddalaka, Varuna, Balaki, Ajatasatru, Yajnavalkya, Asuri, Pippalada, Bharadvaja, Naciketas, Purna Kasyapa, Kakuda Katyayana, Ajita Kesakambalin, Maskarin Gosala, Sanjaya and Mahavira. Beliau hanyalah mampu menganggarkan zaman-zaman tertentu sarjana-sarjana ini aktif berkarya\/mengajar.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><em>2.1. Golongan Metafizik Hindu<\/em><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Suatu maklumat yang amat menarik dinyatakan oleh Barua adalah golongan-golongan ahli metafizik di India yang awal. Senarainya, seperti yang dinyatakan oleh beberapa sarjana Hindu dan Gautama Buddha, adalah seperti berikut :<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.75in; text-align: justify; text-indent: -0.5in;\"><span>i.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>Pengelasan  Silanka : Kalavada, Isvaravada, Atmavada, Niyativada, Svabhavavada, Yadricchavada.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.75in; text-align: justify; text-indent: -0.5in;\"><span>ii.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>Pengelasan  Svetasvatara : (Sama dengan Silanka), Bhatavada dan Purusavada.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.75in; text-align: justify; text-indent: -0.5in;\"><span>iii.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>Pengelasan  Asvaghosa : (Sama dengan Svetasvatara), Prakritivada.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.75in; text-align: justify; text-indent: -0.5in;\"><span>iv.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>Pengelasan  Sustura : (Sama dengan Asvaghosa), Parinamavada.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.75in; text-align: justify; text-indent: -0.5in;\"><span>v.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>Pengelasan  Mahabodi : Ahetuvada, Issarakaranavada, Pubbekatavada, Ucchedavada, Khattavijjavada.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.75in; text-align: justify; text-indent: -0.5in;\"><span>vi.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>Pengelasan Mahavira (599SM-527SM) : Ekkavadin (Monist, Theist dan Monotheist), Anikkavadin (Pluralist), Mitavadin (Extensionist), Nimmitavadin (Cosmologist), Sayavadin (Sensualist), Samucchedavadin (Annihilationist), Niyavadin (Externalist) dan Nasantiparalokavadin (Materialist).<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.75in; text-align: justify; text-indent: -0.5in;\"><span>vii.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>Pengelasan  Gautama Buddha (sahabat Mahavira) : Sassatavadin (Externalist), Ekaccasassatavadin (Semi-externalist), Antanantika (Extensionalist), Adhicca-samuppannika (Fortutitous Originist), Uddham-aghatanika\/Sannivadin\/ Asannivadin\/Neva-sanni-nasanni-vadin (Eschatologist), Ucchedavadin (Annihilationist) dan Ditta-dhamma-nibbanavadin (Sensualist\/Positivistic Hedonist).<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><em>2.2. Logik Formal Hindu<\/em><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Maklumat seterusnya yang menarik perhatian kami disini adalah kaedah-kaedah logik yang diformalkan sebelum 500SM, iaitu :<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.75in; text-align: justify; text-indent: -0.5in;\"><span>i.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>A adalah B.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.75in; text-align: justify; text-indent: -0.5in;\"><span>ii.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>A mustahil kedua-dua, B dan bukan-B.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.75in; text-align: justify; text-indent: -0.5in;\"><span>iii.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>A samada B atau bukan-B.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.75in; text-align: justify; text-indent: -0.5in;\"><span>iv.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>A bukanlah B mahupun bukanlah bukan-B.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Tentunya, kaedah-kaedah ini digunakan oleh setiap anggota kalangan golongan metafizik tadi berhujah berusaha mematahkan hujah golongan yang lain. Kami merasakan tentunya ada sebuah karya yang berbicara tentang kaedah-kaedah logik ini, memandangkan banyaknya golongan metafizik yang mengambil bahagian dalam perdebatan.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong>3. Logik Hindu Seiring Logik Buddha<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Tidak juga banyak penyelidikan dilakukan bagi merungkai permasalahan logik di zaman ini. Ini berkemungkinannya disebabkan isu-isu yang timbul dalam berbagai perdebatan antara aliran-aliran seagama mahupun antara yang berlainan beragama masihlah bertunjangkan kepada kefahaman bahawa logik adalah neutral atau berkecuali daripada sebarang kesalahan. Walaupun begitu, terdapat beberapa maklumat penting untuk zaman ini bagi pihak Hindu.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><em>3.1. Gerakan Vaisesika<\/em><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Sejarah logik Hindu dimulai dengan seorang pengasas gerakan Vaisesika\/Aulukya bernama Kanada\/Kanabhuj\/Kanabhaksa yang menulis karya berjudul <em>Vaisesikasutra<\/em> pada tarikh yang belum dapat ditentukan, namun ada yang meletakkan tarikh seawal kurun ke-3SM. Buku pertama yang memformalkan logik di India ini kemudiannya diulas pada abad ke-4M oleh Prasastapada menerusi karyanya yang berjudul <em>Padharta-dharma-samgraha<\/em>.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><em>3.2. Gerakan Nyaya<span> <\/span><\/em><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Sarjana kedua terpenting bagi agama Hindu dalam bidang logik adalah pengasas gerakan Nyaya bernama Gotama\/Gautama yang menulis karya berjudul <em>Nyayasutra<\/em> pada abad ke-2M. Karya ini diulas dengan panjang lebar oleh Vatsyayana\/Paksilasvamin (1967) pada kurun ke-3M menerusi judul karya <em>Nyayadarsana<\/em><em> Bhasya<\/em>.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><em>3.3. Logik Buddha<\/em><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Walaupun sarjana-sarjana Buddha memang melakukan perdebatan yang kerap dengan sarjana-sarjana Hindu, menyambung tradisi yang ditinggalkan oleh Gautama Buddha, namun mereka mungkin belum menyedari wujudnya karya logik yang dihasilkan oleh Kanada seawal kurun ke-3SM(?). Jadinya. mereka masihlah berkarya seperti mana biasa dan kadang-kala sahaja meletakkan asas-asas logik di dalam karya mereka. Perbincangan terhadap seluruh karya-karya utama yang dihasilkan oleh sarjana-sarjana Buddha zaman ini dilaporkan dengan teliti oleh Hazra (1998).<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong>4. Perbalahan Logik Hindu-Buddha di India <\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\">Di India, pertembungan logik dikesan berlaku diantara golongan Nyaya-Vaisesika disebelah pihak Hindu dengan golongan Yogacara dipihak Buddha yang terutamanya diwakili oleh Dignaga dan Dharmakirti. Pertembungan ini dirakamkan oleh Shastri (1964). Sekitar kurun ke-2M hingga kurun ke-5M, sarjana-sarjana Buddha seperti Asanga dan Vasubandhu lebih banyak mengambil konsep-konsep logik Hindu yang diasaskan oleh Kanada, Gotama, Vatsyayana, Prasastapada dan lain-lainnya. Mereka mungkin cuba juga untuk menyesuaikan konsep-konsep tersebut dengan falsafah-falsafah Yogacara dan Buddha. Memulakan perdebatan, buku Gotama dan ulasannya oleh Vatsyayana kemudiannya dikritik hebat oleh Dignaga bagi pihak agama Buddha sekitar kurun ke-5M menerusi bukunya <em>Pramana-Samuccaya<\/em> (lihat Hattori, 1968). Pandangan-pandangan Dignaga seterusnya dikritik bagi pihak Nyaya-Vaisesika oleh Uddyotakara Bharadvaja pada penghujung kurun yang ke-6M melalui karyanya <em>Nyaya-vartika<\/em>. Perbincangan seterusnya dipihak Nyaya-Vaisesika dilakukan oleh Kumarila melalui <em>Sloka-vartika<\/em> dan oleh Prabhakara melalui <em>Brhati<\/em>. Kritikan kedua oleh pengikut agama Buddha terhadap Nyaya-Vaisesika dilakukan oleh Dharmakirti (1962, 1966, 1967) sekitar pertengahan pertama kurun ke-7M melalui bukunya <em>Pramana-vartika<\/em> dan <em>Nyaya-bindu<\/em>. Kritikan tersebut disasarkan terhadap pandangan-pandangan Uddyotakara  Bharadvaja. Pandangan-pandangan Dharmakirti kemudiannya diulas dan diperkukuhkan oleh Dharmottara, Santaraksita dan Kamalasila sehinggalah penghujung kurun yang ke-11M. Vacaspatimisra kemudiannya sekitar awal kurun yang ke-9M mengkritik pandangan-pandangan Dharmakirti bagi pihak Nyaya-Vaisesika melalui bukunya <em>Nyayavartika-tatparyatika<\/em>. Pandangan-pandangan Vacaspatimisra diulas sehingga kurun yang ke-11M oleh Jayanta, Bhasarvajna, Sivaditya, Vyomasiva, Sridhara dan Udayana. Agama Buddha kemudiannya menghilang dari bumi India selepas kurun yang ke-12M. Ini menamatkan segala perdebatan diantara kedua belah pihak.<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"text-align: center;\" align=\"center\">\n<p class=\"MsoBodyText\"><strong><em>4.1. Rumusan  Perdebatan<\/em><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\">Shastri merumuskan kemajuan yang dicapai dalam sealaf tahun dalam bidang logik kepada tujuh bahagian berikut :<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\">\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 0.75in; text-indent: -0.5in;\"><span>i.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>Nyataisme (<em>Realism<\/em>) : Fikiran mendapat maklum (secara langsung atau secara perwakilan\/buddhi-vrrti) terhadap benda-benda luaran yang wujud berasingan darinya.<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 0.75in; text-indent: -0.5in;\"><span>ii.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>Bendaisme (<em>Materialism<\/em>) : Pengetahuan adalah kualiti bagi ruh dan bukannya terbitan bagi sesuatu benda.<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 0.75in; text-indent: -0.5in;\"><span>iii.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>Wakilisme (<em>Representationism<\/em>) : Benda luaran memindahkan bentuknya, yang merupakan wakil, kepada fikiran.<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 0.75in; text-indent: -0.5in;\"><span>iv.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>Unggulisme  Nisbi (<em>Subjective Idealism<\/em>) : Benda luaran adalah ciptaan fikiran.<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 0.75in; text-indent: -0.5in;\"><span>v.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>Unggulisme  Bermatlamat (<em>Objective Idealism<\/em>) : Benda luaran adalah ciptaan Akal  Jagat.<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 0.75in; text-indent: -0.5in;\"><span>vi.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>Unggulisme  Melampau (<em>Transcendental Idealism<\/em>) : Benda luaran disahkan kewujudannya oleh fikiran melalui konsep benda fikiran.<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 0.75in; text-indent: -0.5in;\"><span>vii.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>Wacanaisme (<em>Dialecticism<\/em>) : Benda luaran langsung tidak boleh difahami oleh fikiran.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><em>4.2. Apoha<\/em><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Kami mengesan suatu konsep yang amat menarik perhatian, kerana konsep ini amat rapat dengan Matematik, iaitu konsep dua kali penafian (apoha), ditakrifkan sebagai A adalah bukan bukan-B. Lihat Sharma (1969).<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong>5. Logik Navya-Nyaya<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\">Sebagai pengakhir kepada segala perdebatan Hindu-Buddha di India, sarjana Nyaya-Vaisesika seterusnya yang mengambil bahagian adalah Gangesa sekitar kurun yang ke-12M menerusi bukunya <em>Tattva-cintamani<\/em> yang menukilkan kaedah falsafah yang baru bergelar Navya-nyaya, yang dikatakan sebagai gabungan teori pengetahuan Nyaya-Vaisesika dan Buddha. Pandangan-pandangan Gangesa inilah yang mengungguli perbahasan falsafah di India sehingga kurun yang ke-18M. Lihat  Matilal (1968).<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong>6. Bibliografi Logik Dignaga di Alam Melayu<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Ada dua cara bagaimana kami mahu menunjukkan dua bahagian yang seterusnya ini. Pertamanya, adalah menerusi kajian manuskrip yang tersebar di Alam Melayu dan Cina. Manakala, keduanya adalah menerusi kajian filologi terhadap perkataan-perkataan daripada berbagai bahasa rumpun Melayu. Setakat ini, menerusi kajian silang rujukan, kami hanyalah mampu menyemak bibliografi logik India yang masuk ke Funan dan Sriwijaya, lihat Mohammad Alinor (2010) :<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.75in; text-align: justify; text-indent: -0.5in;\"><span>i.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>Dignaga, ?, \u0100lambanapar\u012bk<span style=\"font-family: &quot;Tahoma&quot;,&quot;sans-serif&quot;;\">\u1e63<\/span>\u0101 \/ Wu Hsiang  Ssu Chen  Lun (Terj. Paramartha) (<span>TSD<\/span><span> 1619);<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.75in; text-align: justify; text-indent: -0.5in;\"><span>ii.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>Dignaga, ?, Hastav\u0101laprakara<span style=\"font-family: &quot;Tahoma&quot;,&quot;sans-serif&quot;;\">\u1e47<\/span>a \/ Chang chung lun (Terj. I-Tsing pada 702@703M) (TSD 1621);<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.75in; text-align: justify; text-indent: -0.5in;\"><span>iii.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>Dignaga, ?, Ny\u0101yamukha \/ Yin ming cheng li men lun (Terj. I-Tsing pada 711M) (TSD 1629);<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.75in; text-align: justify; text-indent: -0.5in;\"><span>iv.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>Dignaga, ?, Samanyalaksanapariksa \/ Kuan tsung hsiang lun sung (Terj. I-Tsing pada 711M) (TSD 1623);<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"margin-left: 0.75in; text-align: justify; text-indent: -0.5in;\"><span>v.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span>Dignaga, ?, Upadayaprajnaptiprakarana \/ Ch&#8217;\u00fc yin chia she lun (Terj. I-Tsing pada 703M) (TSD 1622);<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span>Kami sebenarnya perlu menunjukkan dengan jelas bagaimanakah manuskrip-manuskrip ini boleh berada di Funan dan Sriwijaya, yang belum kami dapat lagi lakukan. Kajian kami terhadap batu bersurat (prasasti) Funan dan Sriwijaya tidak menunjukkan langsung bahawa konsep-konsep logik Dignaga diukirkan padanya. Namun, memanglah sedemikian sebab batu bersurat selalunya tidak digunakan sebagai perantara konsep-konsep falsafah secara langsung, apatah lagi logik. <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong>7. Istilah Logik India dalam Kamus Rumpun Melayu<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Kini tinggal kaedah kedua, iaitu kajian filologi tentang bagaimana istilah-istilah logik India masuk kedalam pengistilahan rumpun Melayu. Rujukan kami disini adalah kajian yang dilakukan oleh Nur  Nadiah (2008) di bawah seliaan kami. Beliau berhujah bahawa beberapa istilah yang digunakan di dalam buku <em>Nyayasutra<\/em> dikesan ditemui sebagai istilah (dengan perubahan makna) masukkan dalam kamus-kamus rumpun Melayu, iaitu :<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 0.75in; text-indent: -0.5in;\"><span>i.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span><em>Samsaya\/Vimarsa, <\/em>iaitu<span> <\/span>sangsi\/ragu yang disebabkan memiliki sedikit tentang sesuatu. \u201cSansaya\u201d (Jawa) dan \u201csansan\/sayan\u201d (Bali) bermaksud takut, sedih dan ragu.<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 0.75in; text-indent: -0.5in;\"><span>ii.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span><em>Drstanta, <\/em>iaitu kefahaman terhadap benda yang ditanggapi oleh cendekiawan tidak berbeza dengan kefahaman orang kebanyakan. \u201cDresta\u201d (Jawa) bermaksud adat resam.<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 0.75in; text-indent: -0.5in;\"><span>iii.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span><em>Vada<\/em>, iaitu bentuk perdebatan yang bukan bermatlamatkan untuk mencari kemenangan tetapi untuk mendapatkan kebenaran. \u201cWada\u201d (Jawa) dan \u201cbada\u201d (Batak) bermaksud bergaduh.<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 0.75in; text-indent: -0.5in;\"><span>iv.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span><em>Jalpa, <\/em>iaitu bentuk perdebatan yang bermatlamatkan untuk mencari kemenangan. Satu pihak akan berusaha untuk memetahkan hujah pihak yang lagi satu, dan sebaliknya. \u201cAlpa\u201d (Melayu) bermaksud lupa.<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 0.75in; text-indent: -0.5in;\"><span>v.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span><em>Chala<\/em>, iaitu hujah bertujuan untuk mengalahkan hujah lawan. \u201cCela\u201ddan \u201cchalaka\/celaka\u201d (Melayu) bermaksud kutukan.<\/p>\n<p class=\"MsoBodyText\" style=\"margin-left: 0.75in; text-indent: -0.5in;\"><span>vi.<span style=\"font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 7pt; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; font-family: &quot;Times New Roman&quot;;\"> <\/span><\/span><em>Jati, <\/em>iaitu memahami kesamaan atau ketaksamaan hujah lawan. \u201cJati\u201d (Melayu) bermaksud benar.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong><span>8. Perbincangan<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span>Jika kita mahu sesuatu yang jauh lebih baik daripada hanyalah istilah-istilah logik yang dipinjam daripada istilah-istilah logik India dalam bahasa Sanskrit dan Pali, juga kemudiannya istilah-istilah mantik yang dipinjam daripada bahasa Arab, dan kininya istilah-istilah logik yang dipinjam daripada bahasa Greek-Eropah, maka kita perlu mendapatkan istilah-istilah yang jauh asli daripada bahasa-bahasa rumpun Melayu. Bagaimana ini boleh dilakukan? Itulah hala tujuan makalah ini seterusnya. <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><strong>Rujukan<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Barua, B. 1921. <em>A History of Pre-Buddhistic Indian Philosophy<\/em>. Delhi : Motilal Banarsidass Publishers.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Bochenski, I.M. 1956. <em>History of Formal Logic<\/em>. Freiburg : K. Alber.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Dharmakirti. 1962. Nyaya-Bindu. (trans.) Stcherbatsky, F.Th. New York : Dover Publication.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Dharmakirti. 1966. Pramanaviniscayah. (trans.) Vetter, T. Wien : Hermann Bohlaus.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Dharmakirti. 1967. Hetubinduh. (trans.) Steinkellner, E. Wien : Hermann Bohlaus.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Hazra, K. L. 1998. <em>Pali Language and Literature : A Systematic Survey and Historical Study<\/em>. Volume 1 &amp; 2. New Delhi : D.K. Printworld (P) Ltd.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Hattori, M. 1968. <em>Dignaga, on Perception, Being the Pratyaksapariccheda of Dignaga\u2019s <\/em>Pramanasamuccaya. Cambridge : Harvard University Press.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Matilal, B. K. 1968. <em>The Navya-Nyaya Dictrine of Negation : The Semantics and Ontology of Negative Statements in Navya-Nyaya Philosophy<\/em>. Cambridge : Harvard University Press.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Mohammad Alinor  Abdul Kadir. 2010. Hubungan  Intelektual Terawal  Dunia Melayu-Cina. <em>Prasidang Seminar Kebangsaan Bandingan  Melayu-Cina<\/em>. 25\/9\/2010. UTAR, PJ.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\"><span> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Sharma, D. 1969. <em>The Differentiation Theory of Meaning in Indian Logic<\/em>. The Hague : Mouton.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Shastri, D. N. 1964. <em>Critique of Indian Realism<\/em>. Agra : Agra University Press.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">\n<p class=\"MsoNormal\" style=\"text-align: justify;\">Vatsyayana\/Paksilasvamin. 1967. <em>Nyaya-darsana Bhasya<\/em>. Volume 1-5. Culcutta :<\/p>\n\n<!-- NgfbSharing::get_buttons content filter skipped: buttons_on_index not enabled -->\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Makalah ini bakal membincangkan perkembangan bidang pengetahuan yang digelar epistemologi dan logik di India, bukan sepertimana biasa membincangkannya di Greek, seolah-olah seluruh hal berkaitan bidang ini datangnya dari Greek. Sarjana-sarjana Barat baru sahaja mengiktiraf kewujudan bidang ini di India menerusi buku yang popular ditulis oleh Bochenski (1956), yang memaparkan sejarah perkembangan logik di Eropah\/Barat, Islam dan India. <\/p>\n <a class=\"moretag\" href=\"https:\/\/www.asasi.org.my\/?p=1172\">[Baca teks penuh...]<\/a>","protected":false},"author":4,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[9],"tags":[],"class_list":["post-1172","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-c02-makalah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1172","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1172"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1172\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1174,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1172\/revisions\/1174"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1172"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1172"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.asasi.org.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1172"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}