Kemaskini terbaru: November 3, 2010

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hebahan

Seminar Etnomatematik Rumpun Melayu dan Lawatan Ilmiah

Matlamat besar mengadakan seminar ini adalah untuk menubuhkan kumpulan-kumpulan penyelidik etnomatematik di setiap kawasan kependudukan Rumpun Melayu di Asia Tenggara terutamanya. Ini bermaksud, sedapatnya kumpulan-kumpulan penyelidik etnomatematik akan diusahakan untuk ditubuhkan di Patani, Campa (Vietnam), Kemboja, Jawa, Sulawesi, Mindanao, Taiwan, Madagaskar, Sri Lanka, Sumatera, Jawa dan sebagainya. Tujuan pertamanya adalah untuk mendokumentasikan pencapaian Rumpun Melayu dalam bidang Sains Matematik khususnya, dan secara umumnya dalam bidang Sains dan Teknologi.

[Baca teks penuh...]

Jurnal Kesturi

Dapatkan Jurnal Kesturi keluaran Januari-Disember 2009. Jilid 19 (Bil. 1 & 2) yang baru sahaja diterbitkan.

[Baca teks penuh...]

Muktamar Tahunan Ke-31

7 Mac 2010 – ASASI telah mengadakan Muktamar Tahunan ASASI Kali ke-3 pada 27 Mac 2010 / 11 Rabiulakhir 1431H jam 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[Baca teks penuh…]

Seminar Ahli Muda ASASI 2009 Kali Ke-2

Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) telah menganjurkan lebih daripada 10 seminar di pelbagai tempat termasuk di luar Lembah Klang. Penganjuran ini telah mendapat perhatian masyarakat di Malaysia dan antara objektif penganjuran adalah seperti berikut; [Baca teks penuh…]

SEMINAR BULANAN ETNOMATEMATIK RUMPUN MELAYU SIRI 3/2009

SEMINAR BULANAN ETNOMATEMATIK RUMPUN MELAYU SIRI 3/2009 PENGENALAN Etnomatematik ialah matematik yang mengambil kira budaya di mana matematik itu berkembang. Menurut Maria (1999), etnomatematik merupakan kaedah untuk menjelaskan atau memikirkan matematik dalam budaya dan mikro budaya di mana ahli-ahlinya berhubungan antara satu sama lain dengan menggunakan komunikasi biasa. Manakala Shaharir (2002) pula mendefinisikan etnomatematik Melayu …

[Baca teks penuh...]

Seminar Intelek Muda ASASI 2009

Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) telah menganjurkan lebih daripada 10 seminar di pelbagai tempat termasuk di luar Lembah Klang. Penganjuran ini telah mendapat perhatian masyarakat di Malaysia dan antara objektif penganjuran adalah seperti berikut; –    menyentuh hal permasalahan masyarakat –    platform kepada penyelidik untuk membentangkan hasil penyelidikan yang berkaitan Islam dan budaya Melayu Justeru bagi …

[Baca teks penuh...]

Seminar ASASI-UTP : Pemikiran Budaya dan Teknologi

ASASI akan menganjurkan Seminar ASASI-UTP dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas (UTP)

Tema : Pemikiran Budaya dan Teknologi
Masa : 8:45pg-5:00ptg
Tarikh : 18 Ogos 2009
Tempat : Universiti Teknologi Petronas (UTP)

[Baca teks penuh...]

Seminar Bulanan Etnomatematik Rumpun Melayu II

Etnomatematik adalah kajian tentang matematik yang lahir dalam budaya dan etnik sesuatu kaum. Sekitar tahun 1970-an, bidang ini telah diperkenalkan di Amerika Syarikat dan Eropah oleh beberapa tokoh seperti d’Ambrosio, Marcia, Paulus Gerdes, Ahuja Mangho dan Frank Swetz.

Perluasan tesis Kuhn, 1962 kepada matematik oleh Shaharir (1992) dan Ernest (1993) menunjukkan program sains matematik semuanya berasal daripada Etnomatematik. Matematik moden ini pada hakikatnya berkembang daripada etnomatematik dan ia merupakan kunci untuk memahami matematik kontemporari yang berkembang daripada susur galur yang sama.

[Baca teks penuh...]

Seminar Etnomatematik Rumpun Melayu

Etnomatematik yang sebelum ini merupakan suatu kaedah dalam pendidikan Matematik, dan masih lagi seperti demikian di mana-mana kawasan dunia, kini di Malaysia dijadikan sebagai kaedah penyelidikan untuk merungkai pencapaian Bangsa Melayu semenjak awal dalam bidang Matematik dan bidang-bidang berkaitan dengannya. Perubahan paradigma ini diusulkan oleh Dr. Shaharir bin Mohd Zain, penyelidik Bersekutu INSPEM.

[Baca teks penuh...]

Seminar Kelestarian Penyelidikan Sains Sosial

Sains Sosial mungkin agak baru bagi ASASI. Tapi, sebelum ini, ASASI sebenarnya telah membuka keahlian kepada kumpulan-kumpulan sains sosial, sekaligus menambah gugusan awal yang hanya terdiri sains tulen sahaja. Kini ASASI telah mengorak langkah untuk melebarkan wawasannya. Bersama-sama dengan Sekretariat Falsafah dan Sains Islam, di USM, Pulau Pinang, ASASI menjalinkan kerjasama untuk menganjurkan seminar berikutnya

[Baca teks penuh...]

« Sebelum | Halaman 4 | Selepas »